NOW SHOWING
Wednesday, December 9, 2009
bab 10 cinta seindah Mimpi
Ahli qariah mula hadir di rumah Pak Man, ramai juga yang datang sehingga tak muat rumah. Bacaan doa dan tahlil di mulakan, manakala kaum ibu sibuk menyusun dan mengatur hidangan untuk dibawa keluar. Banyak lauk pauk yang dimasak oleh Mak Piah dan jiran-jirannya,kecur seleranya bila melihat sambal udang dengan petai,tak sabar rasanya nak menjamu selera.
“Kak,tengok tu, handsomenya orang tu,siapa agaknya, Imah tak pernah nampak pun dia kat kampung ini” Imah anak ke dua Pak Man yang berusia 18 tahun itu mencuit bahunya sebaik saja dia mengintai di balik langsir. Teruja juga Maira ingin melihat siapaka jejaka yang Imah maksudkan itu.
“Mana, tak nampak pun?” hai....tak malu anak dara mengintai.
“Tu hah,...yang pakai baju melayu putih tu, yang duduk dekat dengan abah tu”
alamak.......rasa nak pitam Maira seketika. Melabuk jantung Maira melihat Fansuri ada dalam majlis itu , buat apa dia datang?,rasa macam tak percaya Fansuri boleh datang ke majlis ini,sebab kalau nak di katakan dia rapat dengan Pak Man taklah pula ,tak macam Abang Sham yang rapat dengan sesiapa saja.Tapi kira bagus jugalah sebab dia menghargai orang yang bekerja dengannya.
Betul kata Imah, Fansuri memang kacak dengan baju melayu tersebut, bagaikan pengantinlah pula . Maira tersenyum sendiri Selepas majlis makan-makan,para tetamu pulang yang tingal hanyalah keluarga terdekat saja,tapi Fansuri belum balik, gelisah Maira dibuatnya,dia bercadang menyuruh Pak Man menghantarnya sebaik saja Fansuri beredar, yang peliknya lelaki itu buat bodoh saja,tak nak
balik ke?. Puas Mak Piah memujuknya untuk tidur di rumahnya,bukan tak sudi,tapi dia takut datuk dan datin marah,dapat datang ke sini pun dah kira ok, hiss......lambatnya mamat ni blah.
“Kenapa Maira nampak gelisah saja?” Adam dari belakang menyapa. Maira hanya tersenyum,matanya kadang-kadang mencuri pandang ke arah Fansuri dan Pak Man yang sedang rancak berbual. Maira melihat jam di tangannya, sudah pukul 11 malam. Ah……..dia mengeluhsendirian.
“Maira nak balik,dah lewat ni”
“Kalau begitu jomlah saya hantarkan”
“Tak nak, biarlah Encik Fansuri balik dulu”
“By the way,... apa kata kita sembang-sembang dulu,marilah duduk kat sini” Adam mengajak Maira duduk di kerusi berhampiran dengan meja komputernya. Di sebelahnya rak-rak buku yang tersusun rapi seronoknya Maira bukan main lagi,banyak buku-buku yang menarik. Adam melihat gelagat Maira yang teruja bila melihat buku, agaikan anak kecil yang terjumpa mainan yang banyak.
“Maira suka baca buku?”
“Suka sangat,ini semua buku milik Adam ke ?”
“Kalau Maira suka bacalah” Adam dapat melihat keceriaan dan keseronokan di wajah Maira, tak sangka gadis yang berada di ceruk dapur ada minat untuk membaca dan belajar. Lepas satu-satu buku dibeleknya, semuanya menarik,rasa nak baca semua sekali. Kalaulah dapat berlama-lamaan di sini pasti seronok ,bagaikan berada dalam sebuah perpustakaan ,tak sangka dia akan bertemu dengan orang yang mempunyai minat yang sama dengannya.
“Banyaknya buku Harun Yahya, semua buku tulisan dia Adam ada ke?”
“Taklah semua,tapi kebanyakannya ada, buku yang Maira pegang tu cukup bagus,kalau Maira suka bacalah,tentu seronok”
“Mana sempat habis”
“Adam bukan suruh habiskan malam ini juga, bawalah balik, dah habis pulanglah nanti jangan nak buat harta pula” Maira tersengih dengan usikan Adam. Pandai juga Adam melawak.
“Kalau saya nak buat harta juga, macam mana?”
“Ada satu cadangan, nampaknya Maira kenalah duduk di sini”
“Lalu ke menanggungnya” Maira giat mengusik dan memancing Adam, saja suka-suka.
“Apa pula tak lalunya, bagi saja nasi dengan petai cukup...” besaR ketawa Maira diikuti dengan Adam, suaranya jelas sampai ke luar, Fansuri yang sedang leka bersembang dengan Pak Man pun menoleh, dia merenung tajam ke arah Maira, Maira perasan akan renungan itu lalu dia memperlahankan ketawanya sambil menutup mulut.
“ Jadi Adam tahulah rahsia Maira?”
“Adalah sikit-sikit “ Adam masih tersenyum-senyum, entah apa lagi yang dia tahu mengenai Maira.
“Tak aci lah Pak Man ni, asyik buka rahsia Maira saja , nanti dia” ketawa Maira masih berbaki. Baru saja habis cakap, Pak Man sudah terpacak di hadapannya, belum sempat Maira menggiat,Pak Man dulu membuka mulut.
“Maira, Encik Fansuri ajak balik!”
“Hah.....?.” terpenpan Maira mendengarnya,terlalu asing di telinganya.
di balik wajah tua Pak Man.
“Memanglah Pak Man cadang nak hantar Maira balik, tapi Encik Fansuri cakap tak payahlah susahkan Pak Man,lagi pun nak balik ke rumah yang sama” serba salah Pak Man menerangkannya, dia takut Maira salah faham.
“O.klah kalau pun tak nak susahkan Pak Man,Adam kan ada,bolehkan Adam hantar
Maira?”
“Tak jadi masalah” Adam senyum, memang itu pun dia hendak,dia ingin mengenali Maira dengan lebih dekat.Gadis cantik yang telah mencuri hatinya.
“Tapi Maira, Pak Man takut Encik marah sebab bantah cakap dia” Pak Man lagi resah bila Maira memberi alasan.
“ Alah, Pak Man cakap saja pada dia Maira tak mahu” Adam hanya memerhati dan menilai hati gadis ini. Terkia-kial orang tua itu mengadap Fansuri menyampaikan arahan Maira. Kasihan Pak Man tak pasal-pasal menjadi orang tengah.
Fansuri datang ke arah Maira,wajahnya macam selalu,masam dam garang tanpa senyum. kecut perut Maira melihatnya.
“Jom balik hari dah malam, nanti mama risau” lagaknya seperti seorang abang mengawal seorang adik, Maira terkedu , hatinya bengkak, menyibuk betullah mamat ni, macamlah aku ni adik dia,tak boleh tengok orang senang,dengki!!.....muka Maira masam mencuka, tiada lagi senyum manis seperti tadi.
Pak Man melihat dengan hati yang sedih,dia tahu Maira tak nak tapi tiada pilihan,dia juga tahu Maira takut dengan Fansuri sebab selalu kena tengking oleh Fansuri.Kasihan Maira gadis sebaik itu diperlakukan sedemikian. Adam tercengang tanpa kata, segala angannya musnah, terlepas peluang dia untuk mengenali Maira dengan lebih mesra.Tak apalah lain kali cuba lagi.
“O.klah Adam, Maira balik dulu,buku-buku tu bila dah Maira habis baca Maira kirimkan pada Pak Man tau” berat hati Adam untuk melepaskan Maira pergi. Terlalu banyak perkara yang dia ingin tahu tentang Maira.Adam hanya mengangguk lemah. Setelah Fansuri bersalam dengan Pak Man dan keluarganya dia terus masuk ke dalam kereta menunggu Maira.
“Esok kalau terjadi apa-apa pada saya Pak Man tolong report polis tau” Maira masih sempat berlawak, tapi itulah hakikatnya, dia takut bila berdua-duaan dengan Fansuri,apa-apa pun boleh terjadi.
“Hiss......kamu ni Maira,mula nak merepek-repek, pergilah Encik sedang menunggu “ Pak Man bersuara, hatinya ralat,harap-harap Maira faham dengan kedudukannya.
“Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam”
Sepanjang perjalanan dari kampung Sungai Penchala ke rumah mereka, Fansuri tidak bercakap sepatah pun, mereka dibungkusi suasana sepi dan kaku. Apa malangny nasib Maira malam ini?, terpaksa berdua-duaan dengan si mamat baran ni,terasa perjalanan untuk pulang ke rumah terlalu jauh, jemu Maira berada di dalam kereta tak sampai-sampai juga, padahal waktu datang tadi taklah jauh sangat. Maira mula menguap beberapa kali, dia mencuba untuk tidak tertidur,lalu dijegil matanya bulat-bulat,tapi akhirnya dia tewas ,mata yang bulat tadi layu dan
tertutup juga. Fansuri memandu tenang menyusuri malam, sejak masuk kereta sampai sekarang tidak ada sepatah kata pun dia hemburkan pada Maira,dia tahu Maira marah dan sebal dengan sikapnya,dia juga tahu Maira memang membencinya. Siapa pun akan marah kalau hari-hari kena buli dan yang peliknya dia sendiri tidak tahu kenapa dia suka sangat membuli Maira?. Apakah untuk menghalang rasa sukanya pada Maira?....... Entahlah.......sememangnya dia telah berjanji dengan hatinya dia tidak akan jatuh cinta lagi pada mana-mana perempaun,kerana perempuan adalah semuanya sama,jahat dan suka mengambil kesempatan. Tapi untuk melepaskan Maira balik dihantar oleh Adam Helmi dia tak sanggup, dia tak akan izin Maira naik kereta Adam Helmi lagi. Entah kenapa dia macam tak suka bila Adam datang mengambil Maira tadi?........ Cemburu ke?......mana adalah, tak kanlah dia cemburu, Maira bukan siapa-siapa padanya, dia hanya orang gaji, takkan nak jatuh hati pada orang gaji ...mana ada kelas. Tapi kenapa hatinya sakit bila dia lihat Maira begitu mesra sekali dengan Adam tadi , padahal mereka baru saja bertemu.........entahlah. Fansuri mengeluh sendirian .Dia menoleh ke arah Maira di sebelah.rupa-rupanya gadis itu sudah tertidur. Alanglah comelnya wajah Maira waktu tidur,seperti bayi yang
tidur lena dan mulus.Comel sungguh!!, hati Fansuri mula tersentuh.
Monday, December 7, 2009
bab 9 cinta seindah Mimpi
Perlahan-lahan kereta Proton Saga Pak Man meninggalkan perkarangan banglow mewah Warna biru laut milik Datuk Zaman dan Datin Rosnah. Masih terbayang di wajah Maira akan kesungguhan Pak Man mengajak Maira ke rumahnya malam esok sempena ,kenduri doa selamat untuk Pak Man dan Mak Piah.
Seminggu lagi Pak Man akan berangkat ke taham suci Mekah untuk menunaikan haji. Maira susah hati dan ragu-ragu untuk mengiakan dan memberikan harapan kepada Pak Man. keputusan bukan di tangannya, tapi dia berharap datuk dan datin mengizinkan dia pergi.Maira tahu kalau dia tidak dapat menghadari majlis tesebut pasti Pak Man sekeluarga akan berasa hampa,kerana sudah lama Pak Man ingin memperkenalkan Maira kepada keluarganya.Mak Piah sendiri sudah tak sabar-sabar lag untuk melihat Maira yang selalu diceritakan oleh Pak Man.Maira berkira-kira bagaimanakah bentuk permintaan yang akan dibuat kepada datuk dan datin, susah benar rasanya nak cakap.
“Datin saya nak cakap sikit boleh?” Datin Rosnah merenung wajah Maira yang dalam keresahan.
“Ada apa Maira?”
“Datin malam esok,boleh tak saya pergi kenduri di rumah Pak Man?”
“Bila kenduri tu?”
“Malam esok datin, Pak Man janji nak datang ambil saya, dia berharap sangat saya dapat hadir”. Datin Rosnah melihat ke wajah Maira yang penuh mengharap,dia tahu pasti Maira nak sangat pergi selama ini pun buka dia tak nampak hubungan rapat Maira dengan Pak Man bagai seorang anak dengan bapa, tentu Maira kan sedih kalau tak dapat pergi.
“Pergilah saya benarkan, sebenarnya Pak Man pun ada jemput saya tapi datuk banyak kerja,so tak dapatlah saya pergi”
“Terima kasih datin” riangnya hati Maira tidak terkata,ternyata datin seorang majikan yang baik dan bertimbang rasa.
Selepas sembahyang maghrib Maira bersiap-siap untuk ke rumah Pak Man di Kampung Sungai Pengcala,dia perlu cepat takut Pak Man lama menunggu, Pak Man mesti sibuk maklumlah kenduri akan diadakan selepas solat isyak. Makan malam untuk keluarga sudah pun Maira sediakan. Semuanya sudah terhidang di atas meja. Tunggu makan saja. Hiss......mana pula Pak Man ni?, kata tepat lepas mahgrib, jangan-jangan trafik jam. Sebuah kereta Proton Waja hijau
memasuki perkarangan banglow datuk, Maira kehairanan.Selalunya kereta Pak Man Proton Saga,siapa pula ni?, lain yang di tunggu lain pula yang tiba. pemandunya keluar dari kereta, berbaju melayu,boleh tahan kacaknya.
“Saudari ni Cik Maira ke?”
“Ya, boleh saya tahu awak ni siapa?” Maira menjadi keliru.
“Oh, saya Adam Helmi anak Pak Man, ayah minta maaf sebab tak dapat jemput Cik Maira, jadi dia suruh saya datang jemput,tak jadi masalahkan?” barulah lega hati Maira. Ingatkan siapa tadi.
“Boleh kita pergi sekarang?”
“Nanti dulu!!” Maira mengarahkan. Adam Helmi berhenti melangkah, melihat Maira yang mengeluarkan handsetnya ,menekan dan bercakap.
“Pak Man kenapa tak jemput saya?”
“Maaflah Maira, Pak Man sibuk sangat sebab ada saudara jauh yang datang,jadi tak sempat nak ambil Maira, tapi jangan risau anak Pak Man akan jemput Maira namanya Adam Helmi,mungkin sekejap lagi dia akan sampai”
“Dia dah sampai pun,saja nak pastikan betul ke dia anak Pak Man,manalah tahu ada yang menyamar,tak ke naya Maira.”
“Bertuah punya budak!” terkekah –kekeh Maira bila mendengar Pak Man memarahinya. Akhirnya . Adam Helmi membuka pintu kereta untuk Maira, wow............gentlemannya dia.
Sebaik saja Maira sampai keluarga Pak Man semuanya meluru untuk menyambut Maira. Hai.......rasanya bagai menyambut menantu lah pula.Hati Maira menjadi kembang, apa tidaknya semua orang memberi perhatian kepadanya, macamlah dia orang penting. Seronok Maira melihat keluarga Pak Man yang bersungguh-sungguh untuk berkenalan dengannya. Selalunya dia hanya mendengar tentang kebaikan Mak Piah dari mulut Pak Man saja. Kadang kala Mak Piah mengirimkan juadah untuknya,begitu juga akan mengirim makanan untuk Mak Piah sekiranya dia masak lebih.
“Oh,...inilah Maira, cantiknya dia, tak sangka Maira lebih cantik daripada yang Pak Man ceritakan” tersenyum Maira wajahnya mula merona merah, malu bila diberi perhatian yang lebih oleh keluarga Pak Man. Jiran-jiran yang datang ke majlis itu juga melihatnya, mungkin dalam kepala mereka sedang berteka teki siapakah aku?, paling tidak pun mungkin ada yang mengatakan aku adalah calon menantu Pak Man. Eeee......tak malu,
“Mak Piah,terima kasihlah kerana menjemput saya,dapatlah kita berjumpa ya?”
“Yalah Maira,dah lama Mak Piah nak jumpa dengan Maira,tapi tak berkesempatan.Syukurlah kali ini kita dipertemukan” Mak Piah memeluk Maira tanda kasih.Bahagia itu hadir dalam hati Maira . Sesungguhnya masih ada insan yang mulia yang dapat menghargai dirinya.
Tuesday, December 1, 2009
bab 8 Cinta Seindah Mimpi
BAB 8
Selepas keluarga datin makan malam mereka berehat seketika di ruang tamu sambil
bersembang. Maira di dapur pantas menyiapkan dan mengemas segala peralatan memasak
di dapur. Dia mendoakan agar keluarga datin cepat naik ke bilik masing-masing. Sudah dua
minggu Maira menantikan movie tersebut,Maira teruja sangat hendak melihat lakonan Jackie
Chan dalam filem terbarunya.
Jam telah menunjukkan angka 10, dah tentulah sekejap lagi movie tersebut akan bermula,
tapi si mamat baran tu tak pun berganjak dari tempat duduknya,selalunya tak pula begitu,macam
tau-tau saja aku nak tengok tv, cepatlah naik atas!,gerutu Maira dalam hati. Duduk tak kena,
berdiri pun tak kena.Sekejap-sekejap Maira keluar dari biliknya mengintai ruang tv tersebuat
dah kosong ke belum, rupa-rupanya mamat tu masih ada lagi siap baca surat khabar lagi, hantu
betullah!.
Sepuluh minit kemudian penantian Maira berakhir,Fansuri sudah naik ke biliknya,peluang
Maira terbuka luas, perlahan-lahan Maira menekan remute control dan mula mengambil tempat.
Sesekali Maira tersenyum sendiri,ada ketikanya dia ketawa, geli hati melihat aksi spontan aktor
Jackie Chan menciut hati. Seronok bukan main lagi Maira,tak dapat tengok kat panggung pun tak
apa,janji dapat tengok kat tv pun jadilah. Maira cukup suka filem aksi ,lasak dan perang, kalau
dapat tengok dengan Laili lagi seronok.
“Hah.....kenapa tengok tv?, melabuk jantung Maira bila di tegur dengan suara yang keras
begitu, nasib baiklah tak sakit jantung,kalau tak tergoleklah dia ke bawah kerusi . Kenapalah si
mamat baran ni turun balik?, menyampah betul!!.
“Bak sini remote control tu , aku nak tengok bola” pinta Fansuri dengan suara yang tak
pernah lembut dan mesra. Maira terpaksa menghulurkan remote control dengan hati yang
tv?.kenapa dia tak boleh bagi aku peluang nak bersantai sikit?, selalunya pun Fansuri mencari
salah Maira…..Mengenangkan itu semua hati Maira menjadi lebih hangat dan terbakar, rasa
bencinya pada Fansuri membuak-buak,mendidih dan bernanah. Maira meninggalkan ruang tv
menuju ke dapur dan terus keluar.
Bulan purnama terang di dada langit,bayangnya jatuh ke dalam kolam. Bintang-bintang
berkelip-kelipan, bertaburan di ruang mega raya. Angin malam yang dingin menyapa dan
menyentuh tubuh Maira, namun kepanasan hati Maira belum lagi reda, kalau di buka tudungnya
dan melihat cermin dia tahu kedua-dua cuping telinganya pasti warna merah. Dia betul-betul
bengang di kala ini.
“Lelaki ini mesti di beri pengajaran, dia tidak pernah tahu untuk menghormati orang lain,
nanti kamu!, kamu belum kenal lagi siapa aku!”
Maira mundar mandir di tepi kolam mandi, berfikir dan cuba menyejukkan hatinya yang masih
membara, kalau diikutkan hati nak saja dia terjun ke dalam kolam itu. Tiba-tiba handsetnya
berbunyi, Maira menjawab setelah melihat Laili yang berada di talian.
“Assalamulaikum Maira!”
“Waalaikummusalam!” jawab Maira bersahaja.
“Hai.....lain macam saja bunyi, ada masalah ke?” pandainya si Laili menduga.
“Mana kau tahu?”
“Maira, aku kenal kau sejak kecil tau,apa saja mengenai kau semuanya dalam poket aku,kali
I
ini apa masalah kau?”
“Aku tengah bengang dengan anak majikan aku ni”
“Abang Sham?, kenapa?”
“Bukan Abang Sham lah , tapi adik dia. Si mamat baran yang tengeng tu selalu cari pasal
dengan aku, ada-ada saja yang dia nak kena kan aku. Kadang-kadang benda kecil pun dia
tengking aku,ingat aku ni apa ?, Tunggul ?,tension gila tau”
“Sabar sajalah Maira, dah itu kerja yang kau pilih, eh... dia handsome macam Abang Sham
tak?”
“Memang lah dia handsome lagi dari Abang Sham, tapi perangainya ya…… Allah, macam
hantu, aku rasa tak sanggup lagi nak kerja kat sini”
“Aku rasa kan, jangan-jangan dia ada hati kat kau, saja cari alasan nak kena kan kau”
“Ya ampun!............. tak teringin aku, handsome pun kalau perangai tak semiak buat
ape,sekupang pun aku tak hendak ,nak buat ape ? ngabihkan boreh aje” Maira dan Laili
ketawa serentak.
“Dia ada girlfriend ke?”
“Mana aku tahu, tapi kalau ada girlfriend pun pasti girlfriend dia cabut lari kalau perangai
macam tu”
“Sayang ya?, orang kaya lagi handsome tak ada girlfriend, pasti tak seronok hidup” Laili
makin berminat untuk mengetahui pasal mamat baran tu.
“Ah,...lantak dialah, tapi aku ada rasa sesuatu”
“Rasa apa?, cinta?”
“Bukan lah, aku rasa nak karate saja dia biar di tahu langit itu tinggi ke rendah ” sekali lagi
kedua-duanya ketawa,puas hati Maira dapat meluahkan rasa hatinya.
“Maira, kau jangan nak buat hal, aku tahulah kau tu ada tali pinggang hitam, karang tak
pasal-pasal dia saman kau,mana nak cekup duit nak bayar saman?, lagi pun esoknya tentu keluar
paper gambar dan cerita kau, seorang majikan teruk kena belasah dengan orang gaji, selalunya
majikan yang mendera pembantu rumah,tapi kes kau terbalik”
“Ha....ha....ha.....ha...” kuat ketawa Maira, cukup geli hati membayangkan kalau perkara itu
betul-betul terjadi. Ketawa Maira bersambut dengan ketawa Laili.
“Maira,...sembang lama-lama ni habislah duit aku, dahlah,aku nak cau dulu”
“Eh,...kedekutnya minah ni,o.klah apa-apa lah pun,thanks sebab dah mengingatkan aku dan
meminjamkan telinga kau untuk mendengar masalah aku “
“Yalah, jangan kau buat hal macam waktu persekolahan dulu,habis lebam muka Si Khairul
kau kerjakan”
“Ha.....ha.....ha.....kau ingat lagi ya peristiwa tu?”
“Apa ke tidak nya, tapi kat manalah dia sekarang ya?”
“Entahlah ,lost contact”
“Assalamualaikum”
“Waalaikumusalam” Maira menutup handsetnya dengan rasa lega dan sedikit tenang,dia
bercadang untuk lepak seketika lagi, mencari ketenangan di bawah bayang rembulan malam.
Memang itu yang paling dia gemari.
“Maira masuk!!.....kena embun nanti deman,kalau kau deman siapa nak buat kerja rumah?”
Fansuri menjerit sebaik saja membuka daun pintu, sekali lagi Maira terperanjat.
“Hah,...mamat ni memang tak sudah-sudah nak menyusahkan dan mengacau hidup aku!!”
Maira mendengus kasar dan merampus, geram betul , aku sepak baru tahu!!. lalu kakinya di
hayun dan kakinya terus menyepak.
Pang!!..........jatuh berderai dan pecah. Aduh kaki aku!!.... terlompat-lompat Maira dengan
kaki sebelah kiri. Manakala kaki kanannya dipegang, meleleh air matanya menahan sakit.
Di balik langsir, tersenyum Fansuri melihat telatah Maira yang sedang terdengok-dengkok meng
heret kakinya yang sakit masuk ke dalam rumah.Memang itu yang selalu dia buat, memerhatikan
Maira dari jauh tanpa di sedari olehnya.
Azan subuh di masjid berhampiran sayup-sayup berkumandang mengejutkan Maira dari
tidurnya.Perlahan-lahan Maira menggeliatkan badannya yang terasa berat. Maira bangun dan
turun dari katil,
Aduh!!,......sakitnya bukan kepalang, Maira meraba kakinya, ternyata kakinya besar dan
membengkak, dia berjengkit untuk membuka suis lampu, alangkah terkejutnya Maira, kakinya
telah merah membengkak, terlalu bisa bila memijak lantai, ya Allah .......apa dah jadi ni?.
Maira menggosok kakinya, dia mengambil keputusan mengheret saja kaki kanannya menuju ke
bilik air untuk mandi,berwuduk dan sebagainya.
Dalam kepayahan dan kesakitan Maira menyelesaikan juga sembahyangnya, dia perlu
segera ke dapur, tugas rutinnya sedang menunggu.