NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Monday, October 4, 2010

Lembayung kasih-MU bab 17

Maira tak suka, Maira benci!!................menyampahnya tengok mamat ni, bengang betul,jembalang tanah, karang kalau aku karate terabur gigi, kutip satu-satu kat jalan raya ni baru tahu. Ya Allah......... aku rasa nak cekik-cekik saja mamat cipang ni. Takhabis-habis Maira menyumpah seranah Fansuri dalam dalam hati, tak sangka Fansuri sejahat ini, sengaja buat plan supaya Maira tak dapat makan malam dengan Ikmal. Pasti Ikmal sedang menunggunya.Maira

rasa ingin menjerit agar Fansuri memberhentikan keretanya dan berpatah balik.

Bencinya!!!................ kenapalah aku dipertemukan dengan manusia seperti ini?

Maira tak akan lupa, apa yang Fansuri lakukan terhadapnya. Fansuri sengaja memberitahu

datuk dan datin yang dia ingin mengajak Maira menemaninya berjalan-jalan di Bandar Lumut,

datin mengizinkan dan datuk membenarkan, kata datuk eloklah berteman sebab Fan bukan

nya biasa kat tempat ni, kau tu pondan ke apa?, takut pergi sorang, kau tu dah tua, tak ada pun

orang nak culik kau. Selama ini pergi luar negeri tak kisah pun, saja tak boleh tengok aku

aku senang, dengki!! ,busuk hati!!, Maira menjerit dalam hati, melepaskan amarahnya

yang berbuku. Tiba-tiba handsetnya berbunyi,

Maira menjawab,

“Sorrylah Ikmal aku tak dapat makan malam dengan kau,tapi esok sebelum kau chek out

aku jumpa kau,bolehkan?” jawab Maira dalam nada yang sedih, Fansuri hanya menjeling dan

tersenyum puas kerana dapat mengenakan Maira. Sepanjang perjalanan Maira hanya membisu

tanpa sepatah kata.

Sebaik saja tiba di Bandar Lumut Fansuri meletak kereta di tempat parking. Fansuri

mengajak Maira keluar tapi Maira buat tak dengar saja, dia diam membatu, dia bercadang untuk

duduk saja dalam kereta. Tapi akhirnya dia terpaksa akur dengan arahan Fansuri lagi pun

keindahan panorama Bandar Lumut pada waktu malam memang tidak dapat Maira lepaskan.

Keindahan Bandar Lumut yang bermandikan cahaya cukup mempersonakan. Bandar Lumut

sekarang tak sama dengan dulu, sekarang semuanya telah berubah. Kawasan membeli-belah,jeti

tempat rehat di sekitar tebing dan restoran, semuanya canggih dan meriah macam berada di

luar negara. Maira mengambil peluang melepak di dataran sambil melihat feri yang datang dan

pergi .

“Feri tu nak ke mana?”

“Ke Pulau Pangkor”

“Malam-malam begini pun ada pengangkutan?”

“Ya, sampai pukul 10. 30 malam” Maira menjawab acuh.

“Kalau macam tu bolehlah kita pergi sana, tengok tu orang tengah ramai naik feri”

“Saya tak nak,kalau Encik nak pergi,encik pergilah seorang” Maira membuat muka poyo.

“Kalau saya paksa?”

“Saya terjun dalam air ni” Fansuri ketawa mendengar ugutan Maira,dia tahu marah Maira

masih berapi, kalau boleh melawan tentu dia ingin melawan,biarlah Maira marah asalkan masih

bersamanya dan tidak makan malam dengan Ikmal. Fansuri berjanji dia akan memujuk

Maira.

Dalam perjalan pulang Fansuri singgah di Sri Manjung, katanya dia lapar, yang

sebenarnya Maira juga lapar, mereka singgah di sebuah restoran Western Food Uncle Zam

untuk menjamu selera.

Maira termenung di lobi hotel sementara menunggu Ikmal chek out. Fikirannya jauh

menerawang ke zaman remajanya, terlalu indah untuk di kenang. Ikmal, Hasrie , dia dan

Laili adalah kawan rapat. Mereka selalu berada dalam satu kumpulan, sama-sama belajar dan

sama bermain,bila dapat keputusan peperiksaan SPM mereka semua mendapat yang cemerlang.

Ada juga pelajar-pelajar yang menggelarkan mereka pasangan romantik, Maira tak peduli itu

semua, tapi suatu peristiwa yang memalukannya tak dapat Maira lupakan sampai bila-bila.

Semuanya berpunca dari secarik kertas yang Hasrie tuliskan untuk Maira “ Ku rasa bergetar

jiwa ini bila berada bersama mu” tapi kertas itu Ikmal dapat, dia ingin membaca sekuat hati

untuk pengetahuan kelas. Maira tak sanggup menanggung malu lalu dia dan Laili mengejar

Ikmal keliling kelas .Kelas menjadi gamat dan bising, tiba-tiba Cikgu Azmi masuk, maka

bermula hukuman yang lebih memalukan.

“Memanglah kadang-kala teringin nak kembali ke zaman itu. By the way ....aku nak tanya,

kau nak tak kerja dengan aku?, kau tu bukannya tak berkelulusan,kerja sebagai orang gaji,itu

yang aku rasa pelik”

“Kerja dengan kau ?” Maira melihat Ikamal mencari kepastian.

“Ya dengan aku, lagi pun syarikat aku memang memerlukan penyelia pemasaran,sesuai

benar dengan kau,macam mana?”

“Biar betul kau ni?” Maira seakan tidak percaya rezeki datang menggolek.

“Yalah,tak percaya ke?,lagi pun sampai bila kau nak kerja sebagai orang gaji?,buat penat

saja belajar” . Maira tersengih mendengar omelan Ikmal,macam berleterlah pula.

“Tengoklah macam mana nanti,biar aku fikir dulu”

“Kalau tak nak kerja pun tak apa,kau jadi isteri aku,aku bagi kau gaji macam biasa,macam

mana? Ketawa Maira meledak namun dia menutup mulutnya sementara Ikmal hanya tersengih.

“Kau ni kalau nak ayat perempuan tak romantik langsung”

“Betul ni As,kalau kau sudi, sekarang juga aku bagi kau cincin tanda”

“Kau ni kalau nak buat lawak pun biarlah berpada-pada” merona muka Maira namun dia

masih ketawa kecil.

“As, aku tak main-main. Kau tahukan aku ni macam mana orangnya, kalau aku suka aku

terus cakap suka,kalau aku benci aku terus cakap benci. Aku tak suka berputar belit dan hipokrit”

Maira terkesima mendengar pengakuan Ikmal. Dia tidak pernah menyangka cinta Ikmal

untuknya masih ada.

“Ik, dengar dulu,aku sayangkan kau, aku bahagia bila berada di sampingkau.Kau suka buat

lawak dan aku suka cara kau berterus terang” Maira menundukkan kepala,tak sanggup rasanya

nak mengucapkan perkataan itu, iaitu menolak lamaran Ikmal buat kali kedua. Dia tahu Ikmal

pasti terasa dan kecewa seperti dulu.

“Ik, maafkan aku,aku telah lama menganggap kau sebagai saudara aku dunia akhirat, so aku

tak mampu untuk menerima cinta kau” akhirnya Maira memberanikan diri untuk menatapi anak

mata Ikmal yang sedang menunggu dan mengharap.

“Yalah aku sedar,siapalah aku di hati mu” wajah Ikmal sugul.

“Ik, kadang-kala persahabatan yang ikhlas lebih bahagia dari percintaan dan perkahwinan”

“Entahlah As, aku mengambil masa yang lama untuk menerima hakikat, yang kau tak

mencintai aku malah kau menerima cinta Hasrie, tapi bila aku tahu kau tak jadi isteri Hasrie,

cinta itu berputik kembali.Aku tak pernah padam nama kau dari hati aku” Maira mengeluh lemah.

“Aku harap kau jangan merajuk seperti dulu,kau tu dah tua,buruk tau orang tua merajuk”

Maira merubah nada .Ikmal tersenyum melihat memek muka Maira yang beria-ria memulihkan

suasana.

“Ik, kalau kau sayangkan aku , kau jadilah abang aku, aku ni dah lah tak ada abang,tak ada

ayah pula” Maira masih merasa bersalah, tapi apakan daya cinta tak boleh dipaksa sebab cinta

adalah anugerah yang terindah.

“Baiklah As, aku hormati pendirian kau, tapi jangan lupa kalau kau ada masalah kau

datanglah jumpa aku dan satu lagi aku harap kau pertimbangkan tawaran kerja tadi”

“Baiklah abang” Maira berlawak sambil menjeling Ikmal, memang itu yang dia

maksudkan, Ikmal ketawa melihat telatah Maira. Maira yang dikenali dulu masih sama,lemah

lembut dan penyayang, adakalanya tegas dan ada ketikanya garang sampai boleh bergaduh

dengan orang.

“As, aku kena pergi dulu,nanti terlambat pula”

“Boleh aku hantar kau sampai ke kereta?” Ikmal mengangguk dan mereka

beriringan menuju ke tempat letak kereta.

“Wah,...hebatnya kereta kau” teruja Maira melihat kereta Honda CRV milik Ikmal, Maira

membuka pintu dan menjenguk ke dalam.

“Naiklah aku bawa kau jalan-jalan”

“ Tak naklah, lain kali saja , lagi pun kau nak cepat. Bila di K.L nanti jangan lupa hubungi

aku” Maira terlalu sedih merelakan sebuah perpisahan,belum puas pun dia bersama,bercerita dan

ketawa perpisahan itu sudah membatasinya.

“Janganlah sedih,aku tak akan lupakan kau”

“Betul?,janji tau”

“Betul aku janji,akukan abang” Ikmal berlawak dan wajah Maira ceria kembali.

“Assalamualaikum!”

“Waalaikumussalam!” Ikmal Arif masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Maira

melambai-lambaikan tangan ke arah Ikmal sebaik saja kereta itu mula bergerak meninggalkan

kawasan parking kereta.

Sebaik saja Maira masuk ke dalam lobi hotel dia terserempak dengan Fansuri yang tercegat

di situ, seolah-olah sedang menunggunya,jangan-jangan dia nampak tadi?,ah,............lantak dia

lah,apa kena mengena dengan aku?.

“Pergi mana?” keras suara Fansuri.

“Hantar kawan” Maira menjawab tanpa rasa takut, dia berjanji pada diri,dia tidak ingin

dibuli lagi,dia sudah bosan ditengking dan di sumpah seranah, cukuplah tu, dia ada harga diri,

dia akan menjawab kalau dimaki hamun lagi ,lantaklah kalau Fansuri nak pecat pun, sebab kerja

dengan Ikmal sudah menunggu. Telinga Maia sudah bernanah dengan sumpah seranah Fansuri,

ingat aku apa? tiang lampu?,tiang elektrik?, batu jalan?, batu nesan?, atau apa?,kalau aku lembu

tak apa lah juga.

“Mama cari awak , dia ajak lunch” Maira memanggung kepala,kemudian dia mengangguk-

ngangguk tanpa kata. Mengapalah dalam hidupnya dipertemukan dengan orang seperti ini?,kasar,

garang,sombong ,tidak mesra dan penuh keegoan.

Petang hari kedua di Damai Laut ,suasana pantai yang indah itu cukup mendamaikan jiwa.

Bahagia datang di segenap pelusuk hati.Maira seronok sekali bermain ombak di gigi pantai yang

datang dan pergi tanpa jemu. Kaki seluar jeansnya di singkatkan hingga ke paras bawah lutut

menampakkan betisnya yang putih gebu.Dia tak peduli kerana pantai pada waktu itu sudah tidak

ada pengunjung, tak ada sesiapa pun yang melihatnya. Hati Maira berbunga riang, inilah suasana

yang dia idam-idamkan dalam hidupnya. Bercuti di tepi pantai sambil mendengar muzik,melihat

matahari terbenam yang terbias di dada laut, melihat burung-burung camar yang pulang

dengan hati riang, mendengar desiran ombak yang setia menghempas pantai lalu di belai oleh

angin senja yang malu dan cuma satu yang kurang , tak ada kekasih untuk di rasai nikmat

percintaan dan kebahagian ini . Ah.......... lucunya.

Maira menghadap laut, tangannya didepakan, dia menyedut dan menghembusnya

beberapakali. dia terasa ingin berlari seperti sewaktu kanak-kanak dulu,berlari dengan penuh

keriangan tanpa rasa penat dan jemu. Maira berlari di sepanjang gigi pantai sambil ombak-

ombak kecil menyapa kakinya, hatinya puas dan lega, hilang segala stres dan kerunsingan.

patutlah mengikut para doktor bersukan dan beriadhah dapat menghilangkan tekanan.

Sebaik saja Maira menghabiskan lariannya, dia kembali ke kerusi tempat dia

meninggalkan barang-barangnya. Alangkah terkejutnya dia bila Fansuri sudah berada di situ

sambil berehat.

“Awak ke mana? Selalu saja menghilangkan diri” tak ada yang manis kalau perkataan

yang keluar dari mulut lelaki ini. Maira hanya membatukan diri. Hah,.......inilah dia bapa segala

stress, mana aku ada, disitulah ada dia,menyampah!!,.. tak bebas langsung, Maira menarik muka

masam, lantaklah kalau nak kata aku tak hormatkan majikan pun aku tak kisah,kau tu manusia

yang tak tahu hormatkan orang.

“Jom balik hotel, hari dah senja” spontan Maira menghentakkan kakinya tanda

protes,mulutnya muncung dan mata bulatnya menjeling Fansuri. Melampau betul lelaki ini!,..

Fansuri memalingkan mukanya ke arah lain menyembunyikan senyuman, gelihatinya melihat

telatah Maira yang seperti kanak- kanak, sungguh comel.

“Encik, saya nak tanya ya, kenapa ke mana saja saya pergi pasti encik ada sekali?”

Maira sudah terlalu geram,dia seakan lupa diri dengan siapa dia bercakap.

“Sebabnya engkau ada kerana aku pun ada” Fansuri menjawab sambil mengangkat

kening,tiada nada marah, Maira senyum kecil tapi dia masih keliru.

“Ah,..itu seni kata lagu ,tak ada kena mengena langsung”

“Tak kisahlah, awak tu di bawah tanggungjawab saya, kalau jadi apa-apa saya juga yang

susah”

“Tak adillah kalau macam ni”

“Kenapa pula?” Fansuri mengerutkan dahi kehairanan. Gadis ini makin berani. Ke mana

perginya rasa gelabah yang selalu ditunjukkan bila dia dimarah?. Fansuri merenung wajah

cantik yang putih bersih di hadapannya.

“Encik tahu tak , ramai jejaka yang nak mengorat saya, alih-alih tak jadi bila tengok encik

selalu saja ada bersama saya” lancangnya mulut Maira, entah dari mana dia memperolehi

kekuatan,yang anehnya Fansuri bukan main besar lagi ketawanya,tak pula marah,lucu ke?, Maira

mula tersengih-sengih antara malu dan menyesal menuturkan sedemikian. Fansuri merasa

senang dengan celoteh Maira, entahlah dia sendiri tidak mengerti dengan hatinya,apa yang dia

tahu dia selalu ingin berada di samping Maira walaupun dalam keadaan marah, memang dia tahu

ramai lelaki yang sering menjeling ke arah Maira dan bukan dia tak sedar Maira gadis cantik

yang mempunyai banyak kelebihan. Dalam diam dia berjanji akan berbaik-baik dengan Maira.

Kalau betullah Ikmal mempelawa Maira bekerja dengannya dan Maira pula bersetuju, maka

dialah orang yang paling rugi , melepaskan peluang yang ada begitu saja lantaran keegoan dan

sejarah silam.

“Habis Ikmal tu macam mana?”

“Itu lain,Ikmal kawan lama”

“O.k, sekarang balik,nanti mama cari” amboi!, lunaknya suara, mana hilangnya suara

halilintar yang sering membelah bumi?,apa dah jadi?,aku tak buat apa-apa pun kat mamat ni,tapi

suaranya yang lunak itu membuatkan aku rasa nak rebah,he!......he!,.....he!....

“Tunggulah sekejap lagi encik saya belum puas lagi menikmati suasana senja yang indah

ini,lagi pun tadi saya dah beritahu datin yang saya turun ke pantai” Fansuri merenung Maira,

gadis ini sudah pandai meminta dan sudah berani bertentang mata bila bercakap.

“Kalau awak suka,malam ini kita turun lagi ke pantai dan saya belanja awak makan di The

Gayam Cafe tu” boleh percaya ke mamat ni, Maira terbedik-bedik, pening Maira memikirkan

sikap Fansuri, dah buang tebiat ke mamat ni?.

“Kenapa tak percaya ke?” Maira terkerising buat muka poyo.

“Betul?,tak tipu?” Fansuri mengangguk sambil tersenyum.

“Eieee,.....bestnya...” Maira teruja dengan apa yang didengar dan yang akan dilalui. Fansuri,

alangkah menawannya senyuman lelaki ini. Sesungguhnya Maira sedar Fansuri memiliki

senyuman yang boleh membuatkan wanita tergoda dan mencairkan hati yang marah, tergodakah

aku?, Maira tersenyum lagi.

“Jom balik!” bukan main lagi Maira mendahului Fansuri.

“Tunggu dulu” arahan diberi.

“Kenapa?”

“Tu seluar awak, turunkan!” Fansuri menunjuk ke arah kakiku.

Astaghfirullah........Ya Allah .....ampunkan aku kerana kecuaian yang tak aku sedari, aku lupa.

Bodohnya aku!. Alangkah malunya Maira sedari tadi betisnya menjadi santapan Fansuri

dan sedari tadi dia telah mendedahkan auratnya kepada orang yang bukan muhrimnya,

tapi syukurlah juga Fansuri mengingatkan,sekurang-kurangnya dia prihatin dengan auratku.

Seperti yang dijanjikan Maira turun ke lobi hotel menemui Fansuri,itu pun setelah dia

menerima SMS beberapa kali Maira ragu dan serba salah, patutkah dia makan malam dengan

orang yang dia tak suka dan paling benci selama ini?...... Hatinya berbelah bagi, tapi bila Maira

bertanya kepada datin.Dia senyum dan menyuruh Maira pergi,katanya kasihan Fan menunggu di

bawah , kata datin lagi bukan senang Fan nak makan malam dengan seorang gadis. Datuk juga

menyetujui dan menyuruh dia turun makan lagi pun mereka berdua ada rancangan sendiri.

Akhirnya Maira memberanikan diri menemui Fansuri di lobi. Terpana Maira seketika melihat

Fansuri yang kacak bersama senyumannya yang menawan itu. Ah,….berdebarnya hati

tatkala Maira membalas senyuman,dia sendiri tak faham kenapa hatinya berdebar dan berdegup

kencang. Kalau selama ini bila melihat saja Fansuri hatinya menjadi panas mendidih dan

bergelegak,tapi malam ini lain pula.Hai..apa dah jadi ni?.

Maira sempat menjeling ke arah Fansuri yang cukup kacak dan tampan dengan jean biru

dan baju T berkolar warna putih. Hati Maira lebih kuat berdebar bila Fansuri mengajak dia jalan

beriringan,rasa malu dan kekok pun ada, maklumlah dia sedar siapa dirinya dan sesungguhnya

dia tak layak untuk berada disamping lelaki yang sekacak ini, aku tak akan lupa,aku hanya orang

gaji .

Sampai saja di The Gayam Café, Fansuri mengambil meja yang jauh dari orang ramai

dan menghadap ke laut.Tak ramai pengunjung yang berbangsa melayu,yang ramai ialah bangsa

asing.Suasana malam yang cukup indah dan mempesonakan, ditemani oleh deruan ombak laut

yang menghempas pantai dan apa paling mengkagumkan ialah separuh café tersebut berada

dalam air. Suasana yang indah itu dilengkap lagi dengan alunan muzik jazz yang dimain

oleh Earl Klugh dengan lagu yang bertajuk Dance with me , sungguh mengasyikkan.

Oh,....tuhan sampai mati aku tak akan lupa suasana santai yang indah ini, andaainya

dapat kurakam suasana ini inginku abadikan dalam dairi bahawa inilah saat yang terindah

dalam hidupku.

“Hello Cik Maira!, dah sampai ke mana awak mengelamun?” Maira tersedar dari

lamunannya,dia tersipu-sipu malu.

“Tak ke mana,cuma sedang menghayati suasana yang cukup mengasyikkan ini”

“Oh, jadi Maira suka?” Fansuri tak lepas memandang wajah jelita yang telah lama mencuri

hatinya, cuma dia saja yang ego dan tidak mahu mengaku,tapi bila dia melihat Maira bersama

lelaki lain cemburunya bagai nak gila. Fansuri tersenyum sendiri.

“Ya sudah tentu, terima kasih kerana memberi peluang untuk saya merasai semua ini”

“Sama-sama, asalkan Maira suka, tapi sebelum itu saya nak minta maaf atas kekasaran dan

sifat buruk saya selama ini. Saya tahu saya banyak dosa pada awak,saya selalu menyakiti hati

awak dan sekarang saya menyesal, saya sepatutnya tak mengucapkan perkataan yang bukan-

bukan pada awak,saya harap awak dapat maafkan saya “ terlopong mulut Maira dan matanya

sedikit bulat,terkejut dan terkesima dengan apa yang didengar, tak sangka lelaki yang ego ini

meminta maaf darinya,peliknya apa sudah berlaku, dah buang tabiat ke apa?,jangan-jangan dah

nak mati kut?.Hiss.....kus semangat,tak baik mengata orang. Syukurlah dia dah sedar dan insaf.

Inilah yang dikatakan,hati manusia itu milik Allah yang sentiasa dibolak balikkan. Maira tahu

mungkin ini ucapan ikhlas dari Fansuri kerana di wajahnya ada garis resah dan sesalan.

“Tak mengapa,saya tak kisah pun semua itu, saya maafkan encik” Maira menghadiahkan

senyuman. Betul ke aku ni?, dulu bukan main lagi nak balas dendam,tak cukup dengan itu aku

hamput dia dengan macam-macam perkataan, kalau nak kira aku pun berdosa juga.Ah,....kira

cincailahtu,tapi mengapa sekarang perasaan marah dan menyampah tu dah tak ada?.Oh, memang

betullah, senyumannya telah mencairkan segunung benci.

“Terima kasih Maira, awak seorang gadis yang baik”

“Tapi kalau encik tak marah, boleh saya tanya?”

“Maira jangan panggil encik boleh tak? tak selesalah terlalu formal”

“Habis nak panggil apa?” Maira kehairanan, kenapa banyak sangat perubahan dalam diri

lelaki ini.Mamat ni tengah buat lawak bodoh ke ?

“Awak panggil saja apa yang awak suka, nak panggil abang pun boleh” hai!,…….. lelaki

ini sudah lebih, pandai menggoda, muka Maira berubah rona.

“Seganlah,kekok sangat rasanya”

“Habis awak panggil abang pada Abang Sham tu tak kekok?” Fansuri merenungnya, nafas

Maira terasa tersekat dan terhenti, dia menoleh ke arah lain, tak sanggup bertentang mata,takut

terkena panah asmara.

“Abang Sham tu lain”

“Apa yang lainnya?” Fansuri seakan mendesak.

“O.klah , saya panggil saja Suri”

“Eh, itu nama perempuan” Fansuri pura-pura marah, padahal dia senang sekali melihat

Maira ketawa, matanya yang galak seakan bercahaya, giginya yang putih bersih tersusun indah

bagaikan mutiara,dihiasi pula dengan bibirnya yang sentiasa merah bak delima merkah walaupun

tanpa gincu.

“Kalau tak suka Suri saya panggil Ah Fan,boleh?” kedua-duanya ketawa serentak, Ketika

itu bahagia ada dimana-mana. Maira bagaikan tidak percaya dia boleh bergelak mesra dengan

orang yang tak pernah disukainya.Aneh,.....betullah dunia ni bulat dan sentiasa beredar.

“Buat apa ,itu nama orang cina” senyuman Fansuri masih mekar di bibir. Alangkah

menawannya senyuman itu, pasti sampai bila pun Maira tak akan lupa.

“Awak panggil saja Fan, macam orang lain panggil” Fansuri mencadangkan dan Maira

mengangguk tanda setuju.

“Apa yang Maira nak tanya tadi?”

“Kalau Maira tanya Fan jangan marah ya?”

“Tanyalah ,kalau boleh saya jawab,saya jawab”

“Kenapa selama ini Fan selalu berkasar dengan saya?” berubah air muka Fansuri,mungkin

dia tidak menyangka Maira akan bertanya soalan cepumas itu.

“Maafkan saya kerana selama ini saya selalu berkasar dengan awak,mungkin saya terlalu

egois dan terlalu prejudis terhadap perempuan”

“Kenapa begitu sekali?” rasa ingin tahu melebihi rasa malu,memang itu yang dia nak tahu

mengapa selama ini dia didera tanpa sebab.Tapi macam mengorek rahsia oranglah pula.

“Cerita lama Maira, saya tak patut berdendam dengan kaum hawa kerana kesalahan

seseorang” wajah Fansuri teduh,sedih dan mungkin juga pilu bila mengingati kenangan silam.

Maira menyedari Fansuri seakan tersiksa untuk mengungkap kembali cerita dukanya.

“Sebenarnya , itulah sebab Allah melarang kita berdendam. Kata Dr Fadilah Kamsah, untuk

merasai bahagia dan damai kita hendaklah memaafkan orang dan buangkan segala dendam,

anggaplah perkara yang terjadi itu sebagai suatu proses pematangan diri satu episod kehidupan

yang berwarna-warni” tunak mata Fansuri merenung Maira yang petah bercakap. Sungguh tak

disangka gadis yang dulu macam penakut dan mudah gabra mermiliki pandangan yang boleh

meniupkan semangat dengan bahasanya yang indah.

“Untuk hidup yang lebih sejahtera,lepaskanlah dendam itu pergi, maaafkanlah orang-orang

yang terlibat,pasti Fan akan rasa lebih gembira,bahagia dan tenang”

“Takkan semudah itu, rasa bahagia boleh datang?” Fansuri mencari kepastian di balik

kilauan mataMaira.

“Tak mustahil,yang pentingnya ikhlas mahu melepaskan”

“Tapi saya tak mampu,terlalu pedih,serasa baru saja semalam peristiwa itu berlaku”

“Boleh saya bercakap?” Maira menoleh merenung muka Fansuri, dia takut Fansuri akan

marah dan tersinggung.

“Kenapa perlu bertanya?”

“Bukan apa,saya takut apa yang saya bicarakan nanti tak disenangi Fan”

“Cakaplah saya ingin mendengar apa saja yang keluar dari mulut awak,sebab selama ini

saya tak berpeluang mendengarnya. Maira menarik nafas dalam-dalam.

Sunday, October 3, 2010

Salam untuk visitor dari Moscow City

Tolong add facabook saya, sebab saya ingin mengenali anda, saya tahu anda selalu hits blog saya.Terima kasih kerana sudi membaca. Sokongan anda semua membuatkan saya selalu berkarya. untuk Novel yang kedua ini saya tampilkan watak yang berlainan sedikit. Cahaya Cinta Nur pasti mengigit hati dan perasaan anda. salam facabook: faizahyahya yahya

Wednesday, September 29, 2010

Lembayung kasih-MU bab 16

BAB 16

Maira telah menyiapkan segala keperluan yang hendak di bawa. Semuanya telah dimasukkan ke dalam kereta,tunggu datuk dan datin keluar dari bilik saja dan mereka akan segera bertolak. Datin kata mereka perlu bertolak awal pagi agar perjalanan selesa dan tidak panas.Maira tidak menyangka sama sekali datin akan mengajaknya bercuti bersama, pucuk dicita ulam mendatang , bercuti pula di Swiss Garden Damai Laut Country Resort, siapa tak nak?..........kalau dulu masa zaman sekolah , bila bercuti di Pantai Teluk Senangin dia akan melalui jalan yang sama untuk ke Swiss Garden Damai Laut Country Resort dan matanya tak akan lepas memandang papan tanda yang mengarahkan ke hotel lima bintang itu, dalam hati bilakah dia akan dapat bercuti di situ?, Tapi sekarang angannya menjadi kenyataan. Tak sudah-sudah Maira mengucapkan syukur diberi peluang yang tak ternilai, peluang bercuti , balik kampung dan peluang tidak mengadap si mamat cengih tu, ah…….leganya.

Bila Maira siap mengunci pintu,datuk dan datin masuk ke dalam kereta,tapi Maira pelikDatuk masuk dan duduk di sebelah pemandu. Jadi siapa yang akan memandu?. Hatinya menjadi berdebar-debar, jangan-jangan si mamat cengih tu ikut tak?, oh,…….tidak. Maira tercegat di belakang bila melihat Fansuri mula menghidupkan enjin kereta, patutlah datin kata masukkan barang ke dalam kereta Fansuri,ingatkan mereka hanya tukar kereta. “Maira,cepatlah masuk!” arah Datin Rosnah, kaki Maira terasa berat untuk melangkahmasuk ke dalam kereta namun digagahi jua. Kenapalah mamat ni ikut?, bagaimanalah nasib aku di sepanjang hujung minggu ini?. Debar hatinya belum lagi reda tatkala kereta Fansuri mula meluncur laju melalui lebuh raya utara selatan menuju ke Perak. Dalam pada itu hati Maira girangnya bukan main,maklumlah dah lama tak balik kampung walaupun jarak antara K.L dengan Perak bukanlah jauh,tapi tugas yang membatasi segalanya.

Perjalanan agak laju,sekali sekala mereka berhenti di kawasan rehat kerana datin hendak ke tandas.Bila perjalanan diteruskan semula Maira perasan Fansuri asyik melihatnya dari cermin hadapan, Maira gelisah,hatinya resah. Akhir sekali dia menutup mukanya dengan buku,pura-pura tidur.Mudah-mudahan datin disebelahnya tidak menyedari.

Perjalanan dari K.L ke Damai Laut Country Resort mengambil masa kira-kira 4 jam sungguh memenatkan bagi datin, tapi walaupun datin nampak penat tapi keseronokkan jelas terasa. Semasa chek in Fansuri mengambil tiga buah bilik bersebelahan antara satu sama lain. Maira menghantar datin ke biliknya dan menyiapkan segala keperluan datin termasuklah ubatan,pakaian ,makanan dan miuman.

“Datin minum dulu” Maira menghulurkan segelas jus kepada datin. “Terima kasih Maira!,saya nak rehat dulu , lepas tu kita lunch, dan lepas lunch nanti Maira temankan saya ke Samsara SPA”

“Baik datin, saya balik ke bilik dahulu, kalau datin memerlukan apa-apa call saya” Mairamenutup pintu bilik, dia juga letih dan perlu berehat. Maira merasa jemu menunggu datin yang sedang membuat rawatan SPA .Buku yang dibaca pun tidak mampu menghilangkan kebosanannya. Satu jam setengah menunggu datin benar-benar membuatkan jemu dan bos serta mengantuk. Maira berjalan keluar dari Samsara SPA,meninjau-ninjau kawasan hotel yang luas, macam-macam ada, tapi yang paling menyenang ialahpantainya yang cantik berhadapan dengan Pulau Pangkor. Tergamam Maira seketika,betapaindahnya suasana ini. Maira berjalan terus tapi matanya tidak lepas memandang keindahan laut yang membiru. Tiba-tiba….

“Aduh!!......” Maira terjatuh,betapa cuainya dia. “Maafkan saya , saya tak sengaja terlanggar awak” Maira hanya mendiamkan diri.Dia tahu dia yang bersalah berjalan tanpa memandang kedepan . “Maafkan saya” Maira mengangkat muka melihat orang yang berdiri dihadapannya.

“Heh!, you!” Maira terkejut besar.

“Maira Asmara!” lelaki itu menjerit sambil mencari kepastian.

“Ikmal Arif!” Maira menjerit kegirangan. Satu pertemuan yang tidak disangka-sangka

setelah sekian lama tidak berjumpa.

“As!,kau buat apa di sini?”

“Aku ikut majikan aku bercuti dan kau buat apa pula kat sini?” tak sabar rasanya

mengetahui cerita kawan lama.

“Aku datang kursus,dah empat hari ,esok dah nak balik,kau pula bila datang?”

“Baru chek in tadi”

“Kau sekarang kerja kat mana?”

“K.L,kau pula kat mana?” Ikmal sendiri tidak menyangka dia akan bertemu lagi dengan

gadis yang pernah menjadi pujaannya.

“Aku pun kat K.L juga, tentu kau berpangkat besar sekarang,aku tengok bukan main

bergaya lagi sekarang”

“Sebenarnya aku berniaga,buka syarikat sendiri kecil-kecilan,kau pula kerja apa?”

“Kau tak akan percaya kalau aku katakan,aku bekerja sebagai orang gaji” Maira menjawb

bersahaja,dia tidak perlu merasa merendah diri dengan Ikmal.

“Tipulah kau ni, biar betul” Ikmal tidak percaya.

“Betul, buat apa aku nak tipu kau,apa aku dapat?” Maira cuba meyakinkan kawannya.

“Nanti!,….nanti, aku nak tanya kau, kau ni dah kahwin ke belum?” Maira menggeleng-

gelengkan kepalanya.

“Habis hari itu aku dengar Hasrie kahwin, bukan dengan kau?”

“Bukan dengan akulah,dengan orang lain” Maira masih ketawa melihat gelagat Ikmal

macam dulu-dulu.

“Jadi sekarang kau ni sololah?” Maira tidak segera menjawab.

“Jomlah duduk dulu,penat aku berdiri” Maira mengajak Ikmal duduk di kerusi di tepi

balkoni yang disediakan oleh pihak hotel.

“Kau ni asyik tanya aku saja,kau tu dah kahwin ke belum?”

“Belum lagi sebab aku tak jumpa dengan gadis seperti kau” Maira ketawa ,manakala hati

Ikmal berbunga riang, dia tak lepas memandang wajah Maira, lebih cantik dan lebih menawan

dari dulu.

“As. Kau makin cantiklah” Ikmal Arif suka memuji,Maira senyum tersipu-sipu malu.

“Kau ni tak berubah,macam dulu juga” Ikmal tersengih.

“Itulah As, dulu aku gilakan kau separuh mati, tapi si Hasrie tu juga yang kau pilih,alih-

alih Hasrie kahwin dengan orang lain”

“Jodoh Ikmal, itu kerja Allah,kita hanya merancang , dia yang menentukan. Tapi aku tak

kisahlah, lagi pun dia tak setia,dia tak layak untuk memiliki cinta aku”

“Habis,siapa yang layak,aku?” Maira ketawa mengekek melihat telatah Ikmal,memang

Ikmal begitu,tak malu.Tapi Maira selalu seronok bila bersama dengan Ikmal Arif, seorang yang

kelakar dan pandai mengambil hati.

Jauh di sudut sana Fansuri dari tadi memerhatikan Maira yang sedang rancak berbual

dengan seorang lelaki. Fansuri tak pernah melihat Maira seceria itu, kadang-kala Maira ketawa

hingga nampak barisan giginya yang tersusun bak mutiara itu, sesekali dia tersenyum

simpul dan ada ketikanya Maira menjeling, entah apa yang mereka bualkan Fansuri tidak

tahu, yang pasti hatinya tidak tenteram dengan peristiwa itu. Dia tidak suka melihat Maira

berbual-bual dengan lelaki itu, apatah lagi lelaki tersebut boleh tahan orangnya,kacak dan

bergaya.

Fansuri pasti Maira cukup seronok dengan suasana itu, tapi Fansuri sakit hati dengan

apa yang dilihatnya. Dia tak perlu menjad penonton . Fansuri berjalan menuju ke arah mereka,

“Assalamualaikum” Fansuri memberi salam, Maira terperanjat sambil menoleh, tau pula

mamat ni beri salam.

“Waalaikumussalam” Ikmal menjawab.

“Fansuri” Fansuri memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan.

“Saya Ikmal Arif” Ikmal menyambut tapi tertanya-tanya.

“Ikmal, inilah majikan aku, aku dating ke sini dengan mereka” Maira memperkenalkan

Fansuri, kehadirannya membuatkan mood Maira berubah.

“Maira, mama panggil awak” Maira baru tersedar dari kelupaannya . Sepatutnya dia

menunggu Datin di lobi Sansara SPA.

“O.klah aku kena pergi dulu”

“Malam nanti kau free tak?,aku nak belanja kau makan”

“Free, boleh no problem, tapi apa-apa hal kau ambik no aku dulu” Maira menyebutnya

sementara Ikmal menekan dalam handsetnya.

“As majikan kau handsome, jangan kau terpikat padanya pula” Ikmal membisikkan

di telinga.Maira ketawa kecil. Sakit hati Fansuri melihat kemesraan mereka berdua walaupun dia

tidak tahu apa yang mereka bualkan.

“Kau ni ada ada sajalah, o.klah aku pergi dulu”

Akhirnya Maira meninggalkan Ikmal di situ sambil membuntuti Fansuri menuju ke Sansara SPA.

“Dah lama ke awak kenal Ikmal tu?” hai!...........nak menyibuklah pula mamat ni.

“Dah lama ,masa zaman sekolah dulu”

“Dia kerja apa?”

“Entahlah katanya dia buat bisnes” Maira menjawab acuh tak acuh.

“Ikmal tahu tak awak kerja apa”

“Tahu, tapi dia tak kisah pun, malah dia minta pertimbangkan permintaannya” geramnya

Maira di soal begitu.

“Permintaan apa?” Fansuri ingin tahu.

“Dia minta saya kerja dengan dia,sama ada nak kerja di pejabat atau di rumahnya.” Tiba-tiba

Fansuri menghentikan langkahnya,menoleh ke arah Maira. Gelihati Maira melihat muka Fansuri

yang seperti terkejut.

“Habis awak terima permintaannya?”

“Belum tahu lagi, Tapi boleh dipertimbangkan, kerana gaji yang ditawarkan pun bagus

dan dia pun baik orangnya” Maira meneruskan langkah tanpa menghiraukan Fansuri, padan

muka kau kena tipu. Hati Maira puas dan dia senyum sendiri.

Selepas membuat rawatan di SPA ,datin mengajak mereka makan di Restoran Noodle

House . Maira terpaksa mengikut walaupun dia tak teringin untuk makan, masih terlalu awal rasanya untuk makan.

“Eh, Maira tak makan ke?”

“Belum lapar,lagi pun malam nanti saya nak jumpa kawan,dia nak belanja makan” “Kawan?” datin menyoal kehairanan.Fansuri menjeling tajam.

“Ya, kawan lama, dah lama terpisah ,kebetulan dia ada kursus kat sini” terlalu polos Maira menjawab,manakala Fansuri diam meneruskan suapannya.

“Hai Ros!......lama I tak jumpa you, I dengar you kena stroke, betul ke?” terkejut Datin Rosnah dengan sapaan yang tak disangka-sangka. Seorang sahabat lama yang telah lama menyepi. Alangkah kecilnya dunia .

“Betul, tapi sekarang dah beransur baik” nada Datin Rosnah tidak begitu riang,tidak seperti rindu seorang sahabat lama yang terpisah.

“Sorrylah I tak datang melawat you, maklumlah I sibuk sangat dengan bisnes dan club” Datin Lili beria-ria menerangkan, sedang Datin Rosnah hanya selamba saja. Fansuri pula meneruskan makannya tanpa mempedulikan apa yang berlaku.

“Tak apalah Lili, I pun dah beransur baik”

“Eh,mana Datuk Zaman?,tak nampak pun”

“Dia ada temujanji dengan rakan niaga tadi”

“Yang ini siapa pula?, menantu you ke Ros?” Maira menyambut huluran Datin Lili, dia jadi panik.Apa yang harus dijawab.

“Taklah ,saya Maira orang gaji datin” nampak terkejut besar Datin Lili,kenapa ya?. “Biar betul Ros, orang gaji pun dibawa bercuti” lancang betul mulut Datin Lili,patutlah keluarga ini nampak tak begitu mesra dengannya.

“Bukan orang gaji,tapi pembantu peribadi,selaku jururawat” “Ya ke , jangan sampai bermenantukan orang gaji sudahlah Ros,nanti apa kata kawan-kawan kita “ Jahatnya mulut perempuan ni,tak sesuai dengan orangnya. Rupa elok, pakai elok tapi hati busuk. Datin Rosnah terkedu tak tahu apa yang perlu dijawab.
“O.klah Ros, I pergi dulu,takut datuk cari pula”

“Eloklah tu Datin Lili,nanti kalau datuk cari lain you pula yang melopong” tersentak Datin Lili mendengar bidasan Datin Rosnah, mungkin dia tidak menyangka Datin Rosnah akan mengenakannya. Dengan muka yang masam Datin Lili merengus lalu meninggalkan mereka bertiga.bertiga.Akhirnya mereka bertiga ketawa. Maira terpegun melihat Fansuri ketawa ,inilah kali pertama Maira melihat Fansuri ketawa. Barisan giginya yang cantik membuatkan lelaki ini begitu menawan sekali. Teruja Maira seketika.

Hah……elok pun suara bila ketawa,tak adalah pula bunyi macam suara keldai ke.kuda ke, yang susah sangat nak ketawa tu kenapa?. Maira tersenyum sendiri sambil menoleh ke arah lain bila mendengar detik hatinya.

“Sebenarnya Datin Lili tu siapa?” Maira mula kepo. Ah, lantaklah.

“Kalau Maira nak tahu dia tu pernah nak jodohkan anaknya dengan Fan,tapi Fan tolak mentah-mentah, mungkin dia rasa marah dan berdendamlah tu”

“Oh, begitu, memanglah cinta tak boleh dipaksa, tapi cinta boleh datang dengan tak sengaja dan tanpa kita sedari” Maira menuturnya bersahaja saja,tapi Fansuri legat merenungnya. “Betul kata Maira tu” Datin Rosnah mengiakan sambil melemparkan senyuman pada Maira