Selesai mandi, datin menuju ke almari pakaian untuk mengambil baju. Dia bersyukur amat sangat kerana banyak perkara yang dia dapat lakukan sendiri, kalau dulu Maira lah yang membantunya untuk mandi, berpakaian dan lain-lain lagi.
Datin Rosnah membuka almari pakaian, tersusun baju-bajunya yang mahal dan berjenama,ada yang warnanya terang dan ada yang pudar,ada bajunya yang nipis dan ada juga yang tebal ada yang pendek paras lutut dan ada juga yang labuh panjang.Datin Rosnah mengeluh perlahan,terasa baju-baju itu semua sedang mengejek-ngejeknya, dia tidak lagi sesuai untuk memakai pakaian itu semua, badannya sudah tidak cantik seperti dulu, sudah tidak solid dan seksi lagi,kalau dulu daia begitu berbangga dengan potongan badannya yang cantik, walau pun usianya sudah mencecah 50 tahun, tapi dia kelihatan lebih muda dari usianya. Dia tidak lagi dapat memperagakan pakaiannya yang cantik itu dan menunjukkan baju-baju yang dibeli dari luar negara pada teman-teman lagi, dia sekarang hanyalah wanita tua yang lumpuh dan tak berupaya lagi. Perlahan-lahan air matanya menitis ke pipi. Hatinya dibungkusi rasa sayu.
Datin Rosnah menyelak satu persatu pakaiannya,mencari yang benar-benar sesuai dengannya, akhir sekali dia memilih seluar panjang hitam dan blaus putih berbunga merah. Bila Datin Rosnah keluar dari biliknya Maira sudah lama menunggu. Buntang mata Maira melihat datin,sungguh di luar dugaan, siapa sangka bila Allah memilihnya,dia pasti berubah.
“Datin kelihatan sungguh cantik dan muda hari ini”
“Ya ke Maira ?”
“Betul, datin kelihatan 10 tahun lebih muda dari usia” Maira memuji ikhlas ,
“Awak terlalu pandai memuji Maira “ Datin Rosnah menghadiahkan senyuman untuk Maira,sekarang dia bersyukur pada Allah kerana telah mengembalikan kesihatannya perlahan-lahan, kalau dulu mulutnya turut herot akibat serangan stroke,tapi kini tidak lagi..
“Saya memuji benda yang betul datin,sesuai sangat baju dengan tudungnya”
“Terima kasih Maira kerana hadiakan saya tudung ini”
“Sama-sama datin, jomlah Pak Musa dah lama menunggu di bawah” Maira memimpin tangan Datin Rosnah sambil menuruni anak tangga. Hati Maira bukan main lagi seronok bila melihat datin memakai tudung, sekurang-kurangnya dakwah bil hal yang cuba disampaikannya tercapai. Pak Musa membuka pintu kereta untuk datin, lalu menutupnya dengan penuh cermat, manakala Maira masuk ikut pintu belah pemandu,sebelum sempat dia melabuhkan punggungnya ke kerusi empuk kereta Marcerdes itu Maira melaung kearah Pak Man yang sedang menyiram pokok bunga.
“Pak Man kami pergi dulu, jaga rumah, Assalamualaikum”
“Waalaikummussalam” Pak Man melambaikan tangan ke arah Maira takala kereta Mercedes biru tua perlahan -lahan meninggalkan perkarangan bangglow mewah itu. Sebaik saja sampai di Hospital Pantai Puteri, Pak Musa bergegas membuka pintu untuk datin, Pak Musa perlu cepat, sekejap lagi pukul 9. 30. Datuk Zaman akan ke Time Square untuk bermesyuarat dengan para pelaburnya. Sebelum Pak Musa pergi datin sempat berpesan supaya Fansuri datang menjemputnya pada pukul 12 .30 tengah hari nanti, Pak Musa mengangguk sambil mengiakan dan kemudian kereta Mercedes biru tua itu berlalu meninggalkan bangunan Hospital Pantai Puteri itu. Maira memimpin datin masuk ke dalam bangunan hospital, setelah mendaftar mereka terus beredar ke bilik rawatan fisioterapi.
Seperti biasa setiap kali menemani datin ke hospital Maira berada di ruang tamu yang disediakan oleh pihak hospital sehinggalah datin selesai menjalani latihannya. Maira akan berada di situ sambil menyelesaikan bacaannya.Maira seronok menemani datin ke sini, sebab inilah masa rehatnya yang agak panjang di samping dapat menghabiskan bacaannya yang tertangguh sebelum ini. Datin membuat latihan seminggu sekali dan Maira akan membawa apa-apa saja buku yang hendak dibaca. Sedang asyik Maira membaca tiba-tiba satu suara lembut menyapa.
“Assalamualaikum!” Maira mendongak, wajah yang tidak di kenali berada di hadapannya.
“Waalaikumussalam “ Maira menjawab sambil menutup buku yang dibaca.
“Maaf, saya menganggu awak” si gadis tersenyum manis sambil menghulurkan tangan Maira menyambut, matanya terpaku pada teg nama “ Dr Nuha Ahyak”,cantiknya nama itu secantik orangnya.
“Salam perkenalan saya Nuha”
“Saya Maira Asmara, silakan duduk !”
“Terima kasih, sekali lagi saya minta maaf kerana menggangu awak membaca”
“Oh, tak mengapa, saya saja mengisi masa sementara menunggu majikan saya menjalani latihan ”
“Datin Rosnah tu bukan mak awak ke?” Dr Nuha mencari kepastian.
“Bukan, saya cuma orang gaji di rumahnya saja
“Orang gaji?, biar betul” Dr Nuha merasa pelik dan keliru.
“Kenapa tak percaya ke?” Maira seperti berlucu meniru gaya iklan dalam tv, kedua-dua gadis itu gelak,nampak mesra walaupun baru bersua.
“Dr Nuha kerja kat sini ke?” Maira tersedar, apa punya soalan bodoh, dah ada kat sini tentulah kerja kat sini.
“ Ye, dah tiga tahun saya kerja kat sini”
“Tak pernah nampak pun, saya tiap-tiap minggu datang kai sini”
“Hemm.........mana nak nampak,kalau membaca sampai tak sedarkan diri” Maira tersentak. Kata-kata itu pernah didengari dulu,itulah kata-kata yang sering Hasri tujukan padanya.
“Eh, Dr Nuha nampak ke?” Maira membulatkan matanya yang galak dan bercahaya. Dr Nuha mengangguk sambil tersenyum,manis sekali senyuman itu.
“Tiap-tiap minggu saya lalu depan awak dan saya Nampak awak dengan dunia awak aje”
“Malulah saya kalau ada orang perasan kelakuan saya”
“Apa nak dimalukan,saya suka ulat buku seperti awak”
“Ulat buku aje suka,ulat bulu tak suka ke?” Maira berlucu,mereka berdua ketawa.
“Awak ni kelakar juga ya?, nampak macam serius saja”
“Taklah, Dr Nuha belum kenal saya lagi”
“Sebab tu saya nak mengenali awak, ada sesuatu yang menarik pada diri awak”
“Tapi Dr......tak malu ke nanti berkawan dengan orang gaji seperti saya?”
“Hiss....awak ni ,the first step jangan panggil saya Dr Nuha lagi, panggil saja Nuha atau pun kakak dan yang paling sedap, panggil saja Kak Nuha.” Maira terkerising melihat arahan Nuha, siap dengan gaya mata seakali. Dunia ini memang pelik dan aneh, seorang doktor yang berkedudukan mahu pula berkawan dengan orang gaji yang tak punya apa-apa.
“Kak Nuha?”
“Ya, lebih mesra dan akrab”
“Buku apa yang Maira baca tu?,asyik sangat Kak Nuha nampak”
“Ini buku Profeser Harun Yahya, bertajuk “ Kaum-kaum yang pupus”
“Best sangat ke?,apa yang menarik di dalamnya?”
“Mestilah best, cerita tentang tamadun silam yang telah dipupuskan oleh Allah iaitu zaman Nabi Nuh, Nabi Hud, Nabi Luth dan sebagainya,buku ini menjadi menarik sebab ada gambar sekali. Sebenarnya buku ini Maira pinjam dari kawan, itu yang sungguh-sungguh membaca sebab nak pulangkan pada tuannya. Dah lama sangat buku ini berada dalam simpanaMaira” Maira menyerahkan buku yang setebal 151 muka surat itu ke tangan Nuha. Terpegun Nuha melihatnya, gambar yang tertera pada cover buku tersebut sudah cukup menginsafkan ,tergambar pembalasan Allah yang maha dahsyat dan pedih. Gambar manusia yang telah menjadi batu berkelimpangan di mana-mana, menceritakan bahawa bila tiba azab dari Allah dengan sekelip mata saja ianya berkalu. Kalau dulu kita pernah mendengar kisah Si Tanggang yang bertukar menjadi batu akibat derhaka kepada ibunya, tetapi dalam buku ini kita boleh melihat satu kaum yang telah bertukar menjadi batu dalam berbagai keadaan, ada juga yang sedang melakukan maksiat. Maha Suci Allah yang maha berkuasa. Nasib baiklah Nabi Muhammad pernah meminta kepada Allah supaya pembalasan ke atas umatnya dilakukan pada hari akhirat nanti. Kalau tidak dah lama bumi ini ditelangkupkan oleh Allah akibat kejahatan-kejahatan yang telah dilakukan oleh manusia sekarang.
“Subhanallah,Tuhan yang maha pencipta,kalau dulu kita tak akan terfikir ntuk melihat kesan-kesan temadun lama secara visual,tapi sekarang dengan penemuan oleh ahli arkeologi kita dapat melihat setiap apa yang diceritakan oleh Allah melalui Al-Quran nul Karim.”
“Ya memang betul, cuba Kak Nuha selak muka surat 48. Di sana penulis menceritakan bagaimana Allah menjelaskan maksud ayat ke 82 Surah Hud. Bahawa Allah memberi kenyataan
“diterbalikkan” membayangkan yang mana wilayah tempat kaum Nabi Luth telah dihancurkan sama sekali oleh gempa bumi yang amat dahsyat dan hebat, sejurus itu Tasik Nabi Luth tempat berlakunya bencana tersebut merupakan bukti yang amat nyata kerana tasik tersebut masih ada sampai sekarang.”
“Sebenarnya apa yang telah berlaku ke atas kaum Nabi Luth?”
“Kaum Nabi Luth ialah kaum yang ingkar dengan seruan nabi mereka,mengamalkan budaya hidup yang cukup keji dan jijik. Mereka berkahwin dengan kaum sejenis, mereka juga memusuhi dan menganiaya nabi mereka yang tak jemu-jemu memberi peringatan. Kemuncak kebiadaban mereka ialah bila Nabi Luth didatangi oleh 2 orang tetamu lelaki di rumahnya. Kaum Nabi Luth mengelilingi rumahnya untuk mendapatkan lelaki tersebut bagi memuaskan nafsu mereka . Sebenarnya tetamu Nabi Luth itu ialah malaikatmembawa utusan dari Allah, Kedua malaikat itu menyuruh Nabi Luth bersama-sama pengikutnya beredar meninggalkan tempat tersebut kerana Allah akan menimpa azabnya pada waktu subuh” Nuha mendengar dengan penuh minat dan kusyu’, terasa bagaikan berada di hadapan guru agama, betapa dia terlalu jahil untuk mengingati sejarah nabi-nabi . Betapa selama ini dia telah lama meninggalkan ilmu-ilmu tentang islam, apa yang dikejar dan dipelajari selama ini ialah ilmu keduniaan semata-mata.
“Lepas tu apa yang terjadi?”
“Firman Allah dalam Surah Al- Hijir ayat 73- 76 yang bermaksud,akhirnya mereka pun di binasa kan oleh letusan suara yang menggempakan bumi ketika matahari terbit. Maka kami jadikan negeri kaum Luth itu tunggang terbalik ( tertimbus segala yang ada di muka buminya). Dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang terbakar. Sesungguhnya balasan azab yang demikian mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya. Dan negeri kaum Nabi Luth telah dibinasakan itu terletak dijalan yang tetap ( di lalui orang) “ Maira membaca petikan surah dan makna sekali. Terpegun Nuha mendengar kefasihan Maira membaca surah tersebut. Hatinya bagai ditarik-tarik untuk lebih mengenali gadis itu.
“Boleh awak ceritakan apa maksud ayat tersebut”
“Sebenarnya apa yang Allah ceritakan dalam Al- Quran itu tepat sekali dengan apa yang beralaku, mengikkut ahli arkeologi Jerman, Werner Keller , kesan-kesan kemusnahan kaum Nabi Luth yang disebabkan oleh letupan gunung berapi itu telah menenggelamkan bandar-bandarnya dan bandar-bandar tersebut menjadi Tasik Nabi Luth yang berada di sepanjang Israil -Jordan dan ianya juga dikenali sebagai “Laut Mati”. Kalau kita melihat gambar dari satelit kita akan dapat melihat dengan jelas penempatan kaum Nabi Luth yang telah ditenggelamkan itu”
“Kak Nuha tahu kenapa dipanggil Laut Mati?”
“Tak, tolong jelaskan”
“Tasik Nabi Luth itu merupakan tasik yang menjangkau 400 meter ke dalam. Manakala paling dalam sekali di dunia. Kedalaman dasarnya 800 meter dari permukaan Medierenium. Salah satu ciri penting Tasik Nabi Luth ialah kandungan garamnya yang sungguh tinggi dengan isipadu 30 peratus, sebab itu lah tiada sebarang organisma yang boleh hidup di dalamnya termasuk ikan dan lumut,lalu penulis-penulis barat menggelarkannya “Laut Mati” ,lagi satu kalau Kak Nuha tak pandai berenang pun Kak Nuha tak akan lemas”
“Seronoknya buku ni, boleh saya pinjam?”
“Susah nak cakap,sepatutnya saya telah pulangkan buku ini pada tuannya,sebab dah dua bulan berada dalam simpanan saya,nanti orang kata nak buat harta pula. Walau apapun saya ada cadangan” Nuha merenung Maira menanti buah cadaangan.
“Kak Nuha free tak hujung minggu ni?”
“Free,kenapa?”
“Apakata kalau hujung minggu ni kita pergi kedai buku, kita cari buku ini?”
“Boleh, satu cadangan yang baik. Kak Nuha pun tak ke mana,pukul berapa nak pergi?”
“Yang itu nanti saya call Kak Nuha untuk confirm,tapi Kak Nuha,saya ada benda nak tanya”
“Apa,tanyalah?”
“Tak malu ke Kak Nuha berjalan dengan saya?”
“Kenapa pula Kak Nuha nak malu?”
“Yalah, siapalah saya ni, kerjaya tak ada rupa pun kurang, tak setaraf langsung dengan Kak Nuha”
“Hah.........jangan nak bermadah-madah, Kak Nuha tak pandang itu semua, kita semuanya sama disisi Allah,tak ada yang lebih tak ada yang kurang” Nuha memicit hidung Maira yang mancung,Maira menjerit, seketika tangan dilepaskan hidungnya menjadi merah.Peliknya hati ini, pada pertemuan pertama hati sudah terpaut,kemesraan sudah terjalin ,seolah-olah sudah bertahun mengenali. Wahai Tuhan!....Dunia ini masih belum kurang insan-insan yang berhati mulia dan berbudi pekerti. Terima kasih Allah.
Nuha beredar bila melihat waktu bertugasnya sudah hampir. Hilang saja bayangan Nuha, Fansuri pula datang, belum lagi pukul 12.30 tengah hari dia sudah datang.Buat apalah mamat ni datang cepat?. Maira cuba memperbetulkan duduknya yang tidak selesa. Fansuri menghampiri Maira.
“Mama mana?”
“Ada di dalam ,belum siap” Maira menundukkan mukanya,tak berani menentang Si wajah kacak yang bermuka masam itu. Berbicara dengannya bagaikan seorang pesalah dengan seorang hakim. Jantung Maira berdegup kencang, entah mengapa tak ada ketenangan di dalam hati. Fansuri melabuhkan punggungnya di sofa yang bertentangan dengan Maira, dia tahu Maira mula gelabah,memang itu pun yang dia suka, melihat Maira yang gelabah dan tak tentu kira. Maira menundukkan muka sambil membaca buku. Fansuri tidak tahu buku apa yang Maira baca tapi semacam tak ada kosenstrasi. Dalam diam dia mencuri merenung wajah Maira. Jelas sekali Maira seorang gadis yang cukup sempurna. Orangnya tinggi lampai, kulit putih bersih, hidung mancung seludang,alis matanya lentik, pipi gebu bak pauh dilayang, bibir merah bak delima merkah dan yang paling menarik ialah sepasang matanya yang jernih dan galak. Tapi kenapa aku terlalu suka mendera dan menengkingnya?,apa salahnya padaku selama ini?, tak ada pun. Malah dia terlalu baik dengan semua orang. Penampilannya cukup menarik, pakaiannya sopan, tingkah lakunya lemah lembut tapi cergas ,sekali pandang dia adalah wanita yang penuh karisma. Siapakah kau wahai gadis?, kenapa gadis seperti kau sanggup menjadi tukang masak dan tukang cuci?...,tak cukup dengan itu kau selalu ku tengking dan kudera tanpa sebab. Bila Maira mengangkat muka, pandangan matanya bertemu, hati terpana seketika. Maira cepat-cepat mengalihkan pandangan matanya ke arah lain, dia mula gelisah, terasa sofa yang didukukinya panas dan berapi. Maira bangun, dia perlu beredar dari situ, sekurang-kurangnya mengambil angin luar.
“Bagaimana temujanji mama dengan doktor?”
“Bagus,alhamdulillah, semua berjalan lancar, mama bersyukur sangat bila doktor cakap 90 peratus kesihatan mama telah pulih dan sekarang tinggal kaki saja yang belum pulih seperti biasa,tapi doktor kata mungkin dalam masa terdekat mama boleh berjalan dengan sempurna”
“Baguslah mama, lega Fan mendengarnya” Fansuri menoleh ke arah mamanya sambil tersenyum. Tangan kirinya memegang erat tangan kanan datin, penuh kemesraan. Datin juga menghadiakan senyuman yang manis untuk anak terunanya. Fansuri memandu dengan tenang menyusuri Jalan Lembah Pantai. Maira yang berada di kerusi belakang leka melihat kasih sayang ibu dan anak. Alangkah bahagianya bila berada disamping ibu. Sepantas kilat ingatannya pada mak menerjah kotak perasaan,rindunya tiba-tiba membuak. Mak !,….. Maira rindu sangat pada mak,tapi Maira tak dapat balik selalu, Maafkan Maira !...Matanya terasa panas,dia mengerdipkan matanya beberapa kali agar mutiara jernih yang bergenang di tubir matanya tidak tumpah.
“Sebenarnya mama nak ucapkan terima kasih pada Maira” bicara datin berhenti di situ,dia menoleh kebelakang, Maira senyum tapi penuh tanda tanya.
“Eh,..kenapa pula saya datin?”
“Kerana semangat awaklah yang membuat saya cepat sembuh. Doktor juga terkejut, proses pemulihan saya terlalu cepat,seolah-oleh satu keajaiban”
“Tapi saya tak banyak membantu”
“Tak Maira, awaklah yang banyak membantu, mungkin doa awak yang buat saya sembuh, mungkin juga air jampi An-Nusyrah yang selalu awak beri saya minum dan sapu itu yang betul-betul mujarab dan yang pasti semangat kental dan keikhlasan awak yang membuatkan saya benar-benar ingin sembuh” Maira memejamkan mata. Syukurlah pada Allah, dia yang maha adil dan maha penyembuh sementara aku hanyalah membantu yang mana terdaya.
Bila Maira membuka mata dia bertembung dengan sepasang mata yang sedang merenungnya dari cermin hadapan. Maira gelabah dan gelisah, adakah dia marah dan terasa kerana kerana datin memuji Maira?, Maira resah, dia tidak tahu membaca bahasa mata lelaki tersebut. Akhirnya dia membuang pandangan keluar tingkap kereta memerhati pemandangan di sepanjang perjalanan ke Mid Velly. Selesai mereka makan tengah hari di sebuah restoran datin mengajak. Maira ke kedai emas Poh Kong . Maira menurut saja manakala Fansuri memimpin ibunya. Datin tu walaupun dia berjalan dalam keadaan berdengkok-dengkok tapi dia tetap kuat dan bersemangat dan tidak mudah mengalah, kasihan Maira melihatnya, tadi Maira ingin menyurung kerusi rodanya agar datin tidak penat, tapi datin tak mahu, kata datin dia mahu berjalan sendiri biar cepat sembuh. Datin masuk ke kedai emas, mungkin nak hiburkan hatinya, membeli emas untuk diri sendiri.
“Maira sini kejap” Datin Rosnah memanggil Maira datang menghampirinya, Fansuri yang berdiri di sebelah datin nampaknya seperti jemu menanti mamanya membelek-belek barang kemas, maklumlah kerja orang perempuan.
“Hulurkan tangan Maira!” Maira tercengang, matanya bulat merenung datin. Dalam senyum Datin Rosnah menarik tangan Maira lalu dipakaikannya gelang tangan emas yang berikat berikat batu permata yang berwarna-warni.
“Eh, apa ni datin?” Maira menolak dengan rasa serba salah,rasa terkejutnya belum lagi reda.
“Saja saya nak hadiahkan untuk Maira, sebab Maira selalu tolong saya” Datin Rosnah membelek-belek rantai tangan yang berambu-ramba itu, cantik sekali, sesuai dengan orangnya.
“Tapi datin, saya buat semua itu dengan ikhlas, lagi pun dah jadi tugas saya menjaga datin dan gaji yang datin berikan pun dah lebih dari cukup”
“Saya tahu awak ikhlas, saya juga tahu awak tak mahu, tapi saya nak beri juga. Lagi pun saya tak pernah membeli barang kemas untuk anak perempuan, menantu pun tak ada, jadi awak anggaplah saja ini pemberian daripada seorang ibu kepada anak perempuannya”.
“Tapi datin ia terlalu mahal, saya tak layak menerimanya” Maira melihat teg harga pada rantai . Hatinya bertambah celaru, terlalu mahal untuk dirinya memakai rantai tangan yang berharga hampir RM 2000, bukan dia tak mampu membelinya, tapi dia akan berfikir dua kali untuk membelinya, Dia tahu rantai tangan itu cukup cantik dan amat sesuai dengan tangannya, tapi hati kecil nya masih resah dan berbelah-bagi.
“Dahlah Maira,...... lebih mahal dari ini pun awak layak”
“Tak payahlah datin, lagi pun saya tak memerlukannya” Maira masih merasa serba-salah.
“Awak tak sudi menerima hadiah dari saya?”
“Bukan begitu, saya.........”
“Cantikkan Fan, sesuai dengan orangnya” Datin Rosnah masih mengusik-ngusik rantai di tangan Maira, Maira membiarkan saja. Fansuri senyum ke arah mamanya sambil mengangguk, tapi tidak pada Maira. Pandangan matanya menusuk tajam tembus ke jantung Maira, Maira menjadi takut, nafasnya seakan tersekat, takut peristiwa lalu berulang kembali dan cukup ngilu untuk diingati.
“ Apa yang kau dah buat pada keluarga aku hah?” Fansuri menjerit bengis, tangan gagahnya menyentap lengan Maira, kasar dan menyakitkan. Maira terpinga-pinga, tak faham dengan soalan dari Fansuri, dia tak tahu apa-apa. Apa pula yang dia dak lakukan pada keluarg datin?.
“Cakap!...cakap!...” tengkingan Fansuri makin kuat bila melihat Maira hanya mendiamkan diri.
“Cepat cakap!!........” kemarahan Fansuri makin menggila, Maira takut,dia ingin menangis tapi ditahannya.
“Buat apa Encik, saya tak buat apa-apa pun” Maira betul-betul sudah ingin menangis,dia betul-betul takut,muka tunduk ke bawah, terasa air panas mula mengalir ke pipi dan akhirnya jatuh ke lantai.
“Buat apa kau kata?, kau dah guna-gunakan keluarga aku, sebab tu semua mereka baik dengan kau,kau jangan ingat aku bodoh, Kau datang sini sebab nak kikis harta kami ya?, siapa yang hantar kau kemari?” hati Maira pedih dengan tuduhan yang tak berasas itu, sakitnya bagai disiat sembilu, luka dan berdarah mengalir bersama air matanya yang kian lebat.
“Tuduhan Encik terlalu berat untuk saya, saya tahu saya orang kampung,miskin dan bodoh tapi saya tak akan melakukan perbuatan yang menyekutukan Allah, saya masih ada iman, sebab dosa orang yang menyekutukan Allah tidak akan diampun, tempatnya adalah di dalam neraka dan saya tak akan membuat ubat guna-guna kerana ianya perbuatan syirik”
“Oh,...pandai cakap agama ya?”
“Encik, jangan membuat fitnah pada saya , kerana dosa memfitnah itu lebih besar dari membunuh”
“Sudahlah jangan nak berlagak baik kat sini, kalau ikutkan aku dah lama aku halau kau dari sini”
“Eh, Maira..kenapa sedih ni?” terputus segala kenangan yang amat menyakitkan itu
“Datin saya takut ada yang salah faham”
“Siapa pula yang nak salah faham?, dahlah... awak berhak memiliki lebih dari ini” Datin Rosnah menghadiahkan senyuman manis untuk melegakan hati Maira. Memang datin sekeluarga amat baik dan berhati emas melainkan lelaki yang tak pernah senyum di hadapannya .