NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Tuesday, April 30, 2013

ADAPTASI DRAMA LEMBAYUNG KASIH-MU

MAIRA ASMARA
Gadis pembantu rumah yg telah jatuh cinta secara rahsia pada Fansuri . 

FANSURI
Mamat poyo yang ego. Suka membuli  Maira Asmara. Susah untuk tersenyum, sekali dia tersenyum
meruntuhkan segunung perasaan benci Maira Asmara

Adik beradik Maira Asmara.
Maira Asmara terlalu mengambil berat akan kebajikan adik-adiknya setelah ayahnya lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Maira Asmara menolak tawaran belajar ke luar negara semata-mata untuk membantu keluarganya.

Dah lama jatuh cinta, tapi sembunyikan, sebab tak sama kedudukan. Akhirnya perasaan yang menggila tidak dapat
disembunyikan, lalu dilahirkan melalui perbuatan, Namun Maira Asmara yang bendul tahap gaban tak faham pun bahasa badan yang Fansuri tunjukkan. 

Maira Asmara. Orang gaji yang berhati emas itu telah mengetuk pintu hatinya yang sekian lama tertutup terhadap perempuan. Sekarang hati dan perasaannya hanya untuk Maira Asmara, namun begitu berat rasanya untuk melafazkan aku cinta padmu.

Nadia- anak kecil yang kematian ibu. Merindu kasih sayang sang ibu, meminta Maira Asmara menjadi ibunya.
Nadia anak kepada Shamsuri, abang kepada Fansuri. Shamsuri dengan wajah yang ceria memberitahu, dia suka dan cintakan Maira Asmara. 
Antara pelakon2 yang membintangi Adaptasi Drama Lembayung KasihMu di TV1
Adaptasi Drama Lembayung KasihMu





TEMUI MEREKA SEMUA DALAM  ADAPTASI  DRAMA LEMBAYUNG KASIH -MU

TV 1  yang akan ditayang tidak lama lagi. Sebelum itu bacalah novelnya dahulu. Merasai kehangatan cinta Maira Asmara terhadap lelaki ego yang bernama Fansuri.



6 comments:

  1. maaf bertya,yg jd adik pompuan fouziah gous yg bgambar sebelah dia tu farah nurizzati salleh tu ke?kalau benar bagai dikata,ermmm...mmg cantik manis orgnya...pasni boleh terus jadi pelakon lah

    ReplyDelete
  2. Rasanya ya kut. Kita tunggu dan lihatlah ya. Cerita ni belum keluar. Kalau dah tiba masanya nanti Ummu beri tahu.Okey.

    ReplyDelete
  3. Tahniah kak! sy mmg follow novel2 dari akak. sy mmg suka sgt dgn novel2 karya akak. sy ingatkan amir minah macho dapat diadaptasikan ke drama. sy dah berangan2 dah nak tgk kat tv perangai gila2 si amir tu. tahniah sekali lagi!

    ReplyDelete
  4. Mieyra. Sebenarnya Amir Minah Macho pun dah di log oleh syarikat pernerbitan untk diadaptasi, cuma lambat sikit, maklumlah TV1 dan TV2. Akak ada 4 buah buku, semuanya akan diadaptasi. Terbaru ni Awek Abang poyo telah dilog oleh Sha's Media utk terbitan Astro. Akak harap penerbit dapat shoot kat London, barulah cerita tu tak lari dari skrip asal. Apa pun kita tunggu ya!

    ReplyDelete
  5. Kepada pembaca blog tersayang, Kak Ummu nak sebarkan berita gembira ni. Lembayung Kasih-Mu akan mula bersiaran pada 5 mei 2014 nanti. Pukul 9.00 TV2. Jangan lupa temujanji ya.

    ReplyDelete