NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Friday, April 25, 2014

Sinopsis Lembayung Kasih-Mu


      Novel  Lembayung kasih-Mu mengisahkan seorang gadis yang bernama  Maira   Asmara. Maira  Asmara  adalah  seorang  yang   terlalu sayangkan  keluarganya,  dia melakukan dua  pekerjaan  dalam sehari demi  menampung  keluarga,  bagi membantu ibunya.Ayahnya lumpuh akibat kemalangan 8 tahun yang lalu.
     Maira mempunyai seorang kekasih, tapi kekasihnya tidak setia kerana sudah jemu dengan alasan Maira,tunggu dulu!. Kematian ayahnya dan  kehilangan Hasrie kekasihnya yang  telah berkahwin  dengan gadis  lain  menyebabkan  Maira merasa  terlalu sedih   dan   kecewa, tapi akhirnya   dia  sedar,  sudah   takdir,  jodoh  pertemuan  di tangan  TUHAN. Tentu  ALLAH  akan menggantikan yang lebih baik dari Hasrie,lalu dia redha dan pasrah.
     Maira berhenti kerja  di pejabat  kerana  tidak  suka  dengan perangai  bosnya  yang   mata keranjang,dia menghadiahkan sebiji penumbuk kenangan tepat   kena pada   mata  bosnya apa bila bos Maira cuba   berbuat   jahat    kepadanya.   Selepas itu   Maira   mendapat   pekerjaan    baru, iaitu menjadi orang gaji   kepada   Datin  Rosnah  yang   lumpuh.  Maira   menjaga  dan   merawat dengan  penuh keikhlasan dan dia   berpendapat    dengan  izin  ALLAH Datin  Rosnah boleh sembuh dan pulih seperti biasa,
      Memang begitu kehendak ALLAH, Datin Rosnah sembuh dan dapat berjalan  seperti   biasa, mungkin juga kesan dari terapi urutan yang Maira lakukan setiap   hari. Semua ahli   keluarga datin menyayangi Maira kecuali anak lelaki  bongsunya yang  sering  membenci dan mendera Maira.Maira menjadi keliru, apakah wajahnya seiras dengan bekas tunang anak   lelaki   datin yang bernama Fansuri itu,sehinggakan setiap kali bersua   muka   ada-ada   saja yang tak kena  dimata lelaki tersebut.Maira menjadi geram dan benci kepada Fansuri.
      Fansuri pula sudah tidak dapat menyembunyikan rasa  hatinya  lagi,  dia  bersikap   kejam terhadap Maira adalah untuk melarikan diri dari jatuh cinta kepada gadis itu, sebab dia pernah bersumpah   tidak    akan   jatuh   cinta   dengan   mana-mana    perempuan,   padanya   semua perempuan adalah sama,jahat dan suka  mengambil peluang.  Tapi  dia  silap, cinta  itu   hadir tanpa dipaksa.Cinta itu anugerah ALLAH yang terindah.
     Dalam diam Maira mengintai kekacakan Fansuri.Bila Fansuri mengishtiharkan perdamaian, Maira sambut dengan   berlapang dada,   sesiapa  pun  boleh berubah.  Bila  Fansuri   menghadiahkan senyuman,sudah dapat  mencairkan  segunung benci,  Maira  jatuh  hati  dengan   perwatakan Fansuri  yang baru, Fansuri yang  dalam  hatinya  sudah  tiada  dendam,  Fansuri  yang   mula berjinak-jinak  dengan agama  dan  Fansuri yang  mula  menyintai  Maira, tapi  tidak  mampu disuarakan.Kehadiaran  Maria dalam  keluarganya  sungguh bererti, Maira  membawa banyak perubahan, Maira mengajar Datin Rosnah  sembahyang  dan   mengaji,  mereka  semua  mula memilih hidup dalam beragama.
     Makin hari cinta  Maira makin menggebu,tapi untuk menerima lafaz cinta dari  Fansuri adalah sesuatu     yang   mustahil  bagaikan   menunggu  bulan  jatuh  ke  riba, sebab  Maira    pernah mendengar   sendiri, Fansuri  sekali-kali  tidak  akan  memilih  orang  gaji  sebagai   pasangan hidupnya,jadi sebelum Maira menjadi lebih mabuk dan asyik dengan kekacakan Fansuri lebih baik dia berundur,  kerana dia  sendiri   sedar  enggang  dengan  pipit tak  akan dapat    terbang bersama,siapalah Maira pada Fansuri yang memiliki kekayaan,kedudukan  dan  sangat kacak. Maira sedar itu semua.
      Maira mengambil keputusan untuk   menyambung   pelajarannya ke London,disamping dia melarikan diri dari cinta Fansuri dan dia juga mempunyai   misi tersendiri, iaitu mencari  kekasih   dari alam   mimpinya   yang  telah  menjadi   teman  tidurnya   bertahun-tahun lamanya.  Hati   Maira  berat mengatakan  dia  akan  menemui Ahmad   kekasih   dari  alam  mimpinya di   Kota London, sebab setiap kali dia hadir,latar belakangnya ialah London Bridge.Maira tidak  tahu   siapakah Ahmad,tapi dia perlu mencari,.mimpi itu telah menguasai hidupnya.
     Kehilangan Maira  menjadi tamparan yang  hebat  kepada  Fansuri,  dia  menyesal    kerana selama ini dia tidak pernah menyatakan hasrat hatinya pada Maira, dia fikir Maira tahu apa yang dia rasakan. Maira pergi tanpa  sempat mengucapkan selamat  tinggal   padanya, kalaulah  dia tidak ego selama ini, tentu Maira telah menjadi miliknya.
      Kalaulah  dia  tahu, kali   terakhir   dia    melihat  Maira   semasa    di   KLIA  , dia   tidak   akan  membiarkan Maira menangis, sebab sekembalinya dari Kuching dia dapati Maira sedang menunggunya di Balai Ketibaan bersama lelaki yang sering bersama dengan   Maira,  seandainya dia tahu saat itu Maira akan   meninggalkan dia, tentu  dia  akan  datang   pada   Maira dan tidak akan membenarkan Maira pergi, dan akan diucapkan kata  cintanya  pada   Maira,  dia  sudah  tidak  peduli  lagi, siapa Maira,  yang penting  cintanya   pada  Maira  kian  mekar  dan mewangi.   Tapi kerana  cemburu dan  ego dia   membiarkan  Maira  menangis  dan   bersedih semasa di KLIA.
     Maira telah pergi,yang tinggal hanyalah kenangan dan kesedihan,sehinggalah suatu hari dia membaca novel tulisan Maira,tahulah dia apa yang ada dalam   hati Maira,  Fansuri mengambil keputusan untuk mendalami ilmu agama, mencari cinta ALLAH dan Rasul,  seperti  yang  Maira syaratkan untuk menjadi  calon  suaminya. Hampir  3 tahun  Fansuri  belajar  agama di pondok tradisional bagi melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama.
    Manakala  Maira belum berhasil dengan pencariannya,sehinggalah suatu hari Ahmad hadir dalam mimpi  dan  memberi  tahu   dia  tidak  dapat  menemui Maira lagi, Maira jadi sedih dan rindu, rindu yang teramat sangat.Rindu serindu-rindunya, sehinggakan dia   jatuh  sakit.   Derita  yang ditanggung   hampir  meragut nyawanya,semangat untuk hidup telah hilang, dia pasrah dengan apa saja yang berlaku.

    Fansuri datang ke London setelah dapat  tahu Maira sakit,  Maha Suci ALLAH  yang   mengatur  rahsia di dalam rahsia,Fansuri dan Ahmad adalah orang yang sama,Maira tidak dapat mengesan kerana   Ahmad  di dalam    mimpinya sering     datang     dengan penampilan dan    keterampilan yang penuh  berunsur sunnah, Ahmad    memakai     jubah yang menampakkan buku lalinya, rambutnya    hitam beralun   paras bahu, bermisai dan berjambang.Bila Fansuri datang dengan wajah sedemikian,tahulah Maira orang yang   dicari-cari selama bertahun adalah Fansuri yang telah mencuri hatinya.

No comments:

Post a Comment