Fan kenal lalat?”
“Mestilah kenal “ Fansuri meningkah, suspen.
“Kenapa dia tidak digemari?”
“Sebab dia merupakan haiwan yang membawa kuman dan penyakit”
“Habis kenapa Allah cipta lalat?” Maira menduga.
“Entah .saya tak pasti, tak pernah kaji pun”
“Bagaimana kepentingan lalat kepada manusia?”
“Apa sebenarnya kaitan lalat dengan masalah saya?, apa sebenarnya yang awak nak
sampaikan?” nada Fansuri sudah berubah, mungkin dia merasa jengkil dengan soalan bodoh itu.
“Tenang,sebenarnya saya ingin mengaitkan proses semula jadi alam ini. Allah jadikan lalatatau parasit yang lain semuanya bersebab. Allah tidak menjadikan sesuatu itu secara sia-sia. Seperti lalat tadi,di kakinya mengandungi kuman yang boleh merosak dan mereputkan sesuatu benda,contohnya bangkai dan tanpa lalat kita tidak tahu di situ adanya bangkai sebab secara fitrah ia suka kepada benda yang busuk. Begitu juga dengan kes awak .Allah jadikan sesuatu bukan untuk suka-suka, mesti ada kesinambungan antara satu peristiwa dengan peristiwa yang lain,lengkap melengkapi antara satu fasa dengan fasa kehidupan yang seterusnya,barulah hidup ini berwarna-warni, tidak rijik dan statik dan ini adalah proses pematangan seseorang disamping peluang memilih untuk awak. Walaupun ia amat menyakitkan tapi di hujungnya ada kemanisan. Seandainya awak masih bersama wanita itu sedangkan dia tidak setia pada awak ,bukan itu lebih menyakitkan?”
“Habis., Allah seolah-olah tidak adil pada saya mempertemukan perempuan seperti itupada saya sedangkan saya tidak pernah pun mempermainkan perasaan wanita”
“Jangan sekali-kali meragui keadilan Allah. Siapakah kita untuk mempersoalkannya. Allahmaha adil, apa yang berlaku itu adalah ujian untuk mengukur sejauh mana keimanan dan keyakinan kita pada qada dan qadar. Setiap ujian yang diberikan itu mengandungi hikmah,setiap hikmah mengandungi keberkatan dan pada keberkatan itu ada kebahagiaan”
“So, dalam kes saya ni apa pula hikmahnya?”
“Awak akan jadi lebih matang dalam menilai perempuan dan mungkin juga awak akanmenemui seseorang yang jauh lebih baik dari sebelumnya. Sebenarnya hikmah yang Allah campak itu kita tidak dapat lihat waktu berlakunya kejadian”
“Bila pula kita sedar itu adalah hikmah Allah”
“Terpulang kepada keadaan seseorang, mungkin setelah lama peristiwa itu terjadi,setelah kita dapat berfikir dengan tenang dan redha akan ketentuan Allah barulah kita sedar,oh,...ada hikmah disebalik kejadian itu” Fansuri merenung setiap patah perkataan yang keluar dari mulut
munggil yang merah itu. Terasa bicara Maira bagaikan bayu lembut yang dapat menyejukkan badan yang hangat.
“Lagi satu dalam bab memilih jodoh sudah ada garis panduan yang Allah tetapkan”
“Apa dia?”
“Ada empat faktor dalam memilih isteri iaitu agamanya, rupa parasnya, keturunannyadan hartanya, tapi yang paling disarankan ialah agamanya. Kerana isteri yang beragama dapat melengkapkan kebahagiaan sebuah keluarga”
“Bagaimana pula Maira?, apa pula yang awak pilih?”
“Pilihan untuk calon suami pun sama juga, agama yang terpenting, jadi saya akanmemilih agama dulu, lelaki yang beragama adalah pilihan saya, lelaki itu mesti mencintai Allah dan Rasul dahulu sebelum dia mencintai saya”
Fansuri termenung seketika, bicara Maira benar-benar telah melunakkan jiwanya, betapa selama ini dia tersasar jauh dari landasan,selama ini pun dia tak pernah ingat akan Allah dan dia tidak sangka Maira yang berada di ceruk dapur di rumahnya mempunyai nilai agama yang cukup kuat. Maira yang selalu menikus bila ditengkingnya mempunyai suara manja yang boleh menghapus duka silamnya dan Maira yang selalu mengemop lantai di rumahnya itu mempunyai hati budi yang luhur dan ikhlas, yang boleh memaafkan kesalahannya. Oh,......patutlah seluruh keluarganya sayang sangat pada Maira .Hanya dia saja yang buta. Oh,.........maafkan aku Maira.
“Hei!,........kenapa termenung, masih ingat orang lama ke?”
“Tak adalah, jomlah kita nikmati hidangan ini, dah sejuk pun”
“Kalau Fan nak lupakan kenangan silam saya boleh bantu”
“Betul ke?”
“Ya,...lepas makan nanti” Maira senyum sambil meneruskan suapannya diiringi muzik jazzyang mendamaikan jiwa sesuai dengan suasana santai. Hati Maira sungguh seronok kerana berjaya membawa Fansuri keluar sedikit dari daerah sepinya.
Kalau menurut pakar motivasi Datuk Maznah Hamid, golongan sedemikian adalah orangyang sakit, mereka tidak dapat menikmati hidup dengan sepenuhnya pada hari ini adalah kerana perasaan mereka dibelenggu oleh peristiwa zaman silam. Mereka menjadi mangsa kesan penderitaan pahit masa lampau. Sebenarnya mereka tidak menyedari perbuatan itu hanya akan menyakiti dan menyiksa diri mereka sahaja,sedangkan peristiwa pahit itu telah lama berlalu dan tidak lagi pedulikan orang,hanya kita seorang saja yang perasan.
Perkara buruk dan keterlanjuran yang telah berlaku tidak dapat diubah lagi , oleh itulupakan segala-galanya dan nikmatilah segala peristiwa yang sedang dan akan dilalui pada masa hadapan dengan penuh kesedaran dan keyakinan.
Walaupun kita melihat orang yang mengalami luka emosi itu bersikap independent tetapipada dasarnya mereka suka berleter, merungut dan suka mencari salah orang lain terutama kepada orang yang tidak mereka sukai.
Sikap ini kadang-kala terbawa-bawa hingga melibatkan orang yang tidak berkaitan dengannya. Orang-orang begini mempunyai sikap suka “ memprotes” . Dari segi dalaman mereka ingin bergantung kepada orang lain, tetapi mereka sukar bergaul rapat dengan teman-teman kerana sikap mereka yang tidak mahu mempercayai sesiapa pun dan mencurigai semua orang. Sikap mereka ini menyebabkan mereka dilanda kesepian dan kesunyian, untuk melarikan diri mereka menjadi “workaholic” itulah Fansuri yang Maira kenali, mempunyai segala-galanya tapi hidup sepi dalam dunianya sendiri.
No comments:
Post a Comment