BAB 16
Maira telah menyiapkan segala keperluan yang hendak di bawa. Semuanya telah dimasukkan ke dalam kereta,tunggu datuk dan datin keluar dari bilik saja dan mereka akan segera bertolak. Datin kata mereka perlu bertolak awal pagi agar perjalanan selesa dan tidak panas.Maira tidak menyangka sama sekali datin akan mengajaknya bercuti bersama, pucuk dicita ulam mendatang , bercuti pula di Swiss Garden Damai Laut Country Resort, siapa tak nak?..........kalau dulu masa zaman sekolah , bila bercuti di Pantai Teluk Senangin dia akan melalui jalan yang sama untuk ke Swiss Garden Damai Laut Country Resort dan matanya tak akan lepas memandang papan tanda yang mengarahkan ke hotel lima bintang itu, dalam hati bilakah dia akan dapat bercuti di situ?, Tapi sekarang angannya menjadi kenyataan. Tak sudah-sudah Maira mengucapkan syukur diberi peluang yang tak ternilai, peluang bercuti , balik kampung dan peluang tidak mengadap si mamat cengih tu, ah…….leganya.
Bila Maira siap mengunci pintu,datuk dan datin masuk ke dalam kereta,tapi Maira pelikDatuk masuk dan duduk di sebelah pemandu. Jadi siapa yang akan memandu?. Hatinya menjadi berdebar-debar, jangan-jangan si mamat cengih tu ikut tak?, oh,…….tidak. Maira tercegat di belakang bila melihat Fansuri mula menghidupkan enjin kereta, patutlah datin kata masukkan barang ke dalam kereta Fansuri,ingatkan mereka hanya tukar kereta. “Maira,cepatlah masuk!” arah Datin Rosnah, kaki Maira terasa berat untuk melangkahmasuk ke dalam kereta namun digagahi jua. Kenapalah mamat ni ikut?, bagaimanalah nasib aku di sepanjang hujung minggu ini?. Debar hatinya belum lagi reda tatkala kereta Fansuri mula meluncur laju melalui lebuh raya utara selatan menuju ke Perak. Dalam pada itu hati Maira girangnya bukan main,maklumlah dah lama tak balik kampung walaupun jarak antara K.L dengan Perak bukanlah jauh,tapi tugas yang membatasi segalanya.
Perjalanan agak laju,sekali sekala mereka berhenti di kawasan rehat kerana datin hendak ke tandas.Bila perjalanan diteruskan semula Maira perasan Fansuri asyik melihatnya dari cermin hadapan, Maira gelisah,hatinya resah. Akhir sekali dia menutup mukanya dengan buku,pura-pura tidur.Mudah-mudahan datin disebelahnya tidak menyedari.
Perjalanan dari K.L ke Damai Laut Country Resort mengambil masa kira-kira 4 jam sungguh memenatkan bagi datin, tapi walaupun datin nampak penat tapi keseronokkan jelas terasa. Semasa chek in Fansuri mengambil tiga buah bilik bersebelahan antara satu sama lain. Maira menghantar datin ke biliknya dan menyiapkan segala keperluan datin termasuklah ubatan,pakaian ,makanan dan miuman.
“Datin minum dulu” Maira menghulurkan segelas jus kepada datin. “Terima kasih Maira!,saya nak rehat dulu , lepas tu kita lunch, dan lepas lunch nanti Maira temankan saya ke Samsara SPA”
“Baik datin, saya balik ke bilik dahulu, kalau datin memerlukan apa-apa call saya” Mairamenutup pintu bilik, dia juga letih dan perlu berehat. Maira merasa jemu menunggu datin yang sedang membuat rawatan SPA .Buku yang dibaca pun tidak mampu menghilangkan kebosanannya. Satu jam setengah menunggu datin benar-benar membuatkan jemu dan bos serta mengantuk. Maira berjalan keluar dari Samsara SPA,meninjau-ninjau kawasan hotel yang luas, macam-macam ada, tapi yang paling menyenang ialahpantainya yang cantik berhadapan dengan Pulau Pangkor. Tergamam Maira seketika,betapaindahnya suasana ini. Maira berjalan terus tapi matanya tidak lepas memandang keindahan laut yang membiru. Tiba-tiba….
“Aduh!!......” Maira terjatuh,betapa cuainya dia. “Maafkan saya , saya tak sengaja terlanggar awak” Maira hanya mendiamkan diri.Dia tahu dia yang bersalah berjalan tanpa memandang kedepan . “Maafkan saya” Maira mengangkat muka melihat orang yang berdiri dihadapannya.
“Heh!, you!” Maira terkejut besar.
“Maira Asmara!” lelaki itu menjerit sambil mencari kepastian.
“Ikmal Arif!” Maira menjerit kegirangan. Satu pertemuan yang tidak disangka-sangka
setelah sekian lama tidak berjumpa.
“As!,kau buat apa di sini?”
“Aku ikut majikan aku bercuti dan kau buat apa pula kat sini?” tak sabar rasanya
mengetahui cerita kawan lama.
“Aku datang kursus,dah empat hari ,esok dah nak balik,kau pula bila datang?”
“Baru chek in tadi”
“Kau sekarang kerja kat mana?”
“K.L,kau pula kat mana?” Ikmal sendiri tidak menyangka dia akan bertemu lagi dengan
gadis yang pernah menjadi pujaannya.
“Aku pun kat K.L juga, tentu kau berpangkat besar sekarang,aku tengok bukan main
bergaya lagi sekarang”
“Sebenarnya aku berniaga,buka syarikat sendiri kecil-kecilan,kau pula kerja apa?”
“Kau tak akan percaya kalau aku katakan,aku bekerja sebagai orang gaji” Maira menjawb
bersahaja,dia tidak perlu merasa merendah diri dengan Ikmal.
“Tipulah kau ni, biar betul” Ikmal tidak percaya.
“Betul, buat apa aku nak tipu kau,apa aku dapat?” Maira cuba meyakinkan kawannya.
“Nanti!,….nanti, aku nak tanya kau, kau ni dah kahwin ke belum?” Maira menggeleng-
gelengkan kepalanya.
“Habis hari itu aku dengar Hasrie kahwin, bukan dengan kau?”
“Bukan dengan akulah,dengan orang lain” Maira masih ketawa melihat gelagat Ikmal
macam dulu-dulu.
“Jadi sekarang kau ni sololah?” Maira tidak segera menjawab.
“Jomlah duduk dulu,penat aku berdiri” Maira mengajak Ikmal duduk di kerusi di tepi
balkoni yang disediakan oleh pihak hotel.
“Kau ni asyik tanya aku saja,kau tu dah kahwin ke belum?”
“Belum lagi sebab aku tak jumpa dengan gadis seperti kau” Maira ketawa ,manakala hati
Ikmal berbunga riang, dia tak lepas memandang wajah Maira, lebih cantik dan lebih menawan
dari dulu.
“As. Kau makin cantiklah” Ikmal Arif suka memuji,Maira senyum tersipu-sipu malu.
“Kau ni tak berubah,macam dulu juga” Ikmal tersengih.
“Itulah As, dulu aku gilakan kau separuh mati, tapi si Hasrie tu juga yang kau pilih,alih-
alih Hasrie kahwin dengan orang lain”
“Jodoh Ikmal, itu kerja Allah,kita hanya merancang , dia yang menentukan. Tapi aku tak
kisahlah, lagi pun dia tak setia,dia tak layak untuk memiliki cinta aku”
“Habis,siapa yang layak,aku?” Maira ketawa mengekek melihat telatah Ikmal,memang
Ikmal begitu,tak malu.Tapi Maira selalu seronok bila bersama dengan Ikmal Arif, seorang yang
kelakar dan pandai mengambil hati.
Jauh di sudut sana Fansuri dari tadi memerhatikan Maira yang sedang rancak berbual
dengan seorang lelaki. Fansuri tak pernah melihat Maira seceria itu, kadang-kala Maira ketawa
hingga nampak barisan giginya yang tersusun bak mutiara itu, sesekali dia tersenyum
simpul dan ada ketikanya Maira menjeling, entah apa yang mereka bualkan Fansuri tidak
tahu, yang pasti hatinya tidak tenteram dengan peristiwa itu. Dia tidak suka melihat Maira
berbual-bual dengan lelaki itu, apatah lagi lelaki tersebut boleh tahan orangnya,kacak dan
bergaya.
Fansuri pasti Maira cukup seronok dengan suasana itu, tapi Fansuri sakit hati dengan
apa yang dilihatnya. Dia tak perlu menjad penonton . Fansuri berjalan menuju ke arah mereka,
“Assalamualaikum” Fansuri memberi salam, Maira terperanjat sambil menoleh, tau pula
mamat ni beri salam.
“Waalaikumussalam” Ikmal menjawab.
“Fansuri” Fansuri memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan.
“Saya Ikmal Arif” Ikmal menyambut tapi tertanya-tanya.
“Ikmal, inilah majikan aku, aku dating ke sini dengan mereka” Maira memperkenalkan
Fansuri, kehadirannya membuatkan mood Maira berubah.
“Maira, mama panggil awak” Maira baru tersedar dari kelupaannya . Sepatutnya dia
menunggu Datin di lobi Sansara SPA.
“O.klah aku kena pergi dulu”
“Malam nanti kau free tak?,aku nak belanja kau makan”
“Free, boleh no problem, tapi apa-apa hal kau ambik no aku dulu” Maira menyebutnya
sementara Ikmal menekan dalam handsetnya.
“As majikan kau handsome, jangan kau terpikat padanya pula” Ikmal membisikkan
di telinga.Maira ketawa kecil. Sakit hati Fansuri melihat kemesraan mereka berdua walaupun dia
tidak tahu apa yang mereka bualkan.
“Kau ni ada ada sajalah, o.klah aku pergi dulu”
Akhirnya Maira meninggalkan Ikmal di situ sambil membuntuti Fansuri menuju ke Sansara SPA.
“Dah lama ke awak kenal Ikmal tu?” hai!...........nak menyibuklah pula mamat ni.
“Dah lama ,masa zaman sekolah dulu”
“Dia kerja apa?”
“Entahlah katanya dia buat bisnes” Maira menjawab acuh tak acuh.
“Ikmal tahu tak awak kerja apa”
“Tahu, tapi dia tak kisah pun, malah dia minta pertimbangkan permintaannya” geramnya
Maira di soal begitu.
“Permintaan apa?” Fansuri ingin tahu.
“Dia minta saya kerja dengan dia,sama ada nak kerja di pejabat atau di rumahnya.” Tiba-tiba
Fansuri menghentikan langkahnya,menoleh ke arah Maira. Gelihati Maira melihat muka Fansuri
yang seperti terkejut.
“Habis awak terima permintaannya?”
“Belum tahu lagi, Tapi boleh dipertimbangkan, kerana gaji yang ditawarkan pun bagus
dan dia pun baik orangnya” Maira meneruskan langkah tanpa menghiraukan Fansuri, padan
muka kau kena tipu. Hati Maira puas dan dia senyum sendiri.
Selepas membuat rawatan di SPA ,datin mengajak mereka makan di Restoran Noodle
House . Maira terpaksa mengikut walaupun dia tak teringin untuk makan, masih terlalu awal rasanya untuk makan.
“Eh, Maira tak makan ke?”
“Belum lapar,lagi pun malam nanti saya nak jumpa kawan,dia nak belanja makan” “Kawan?” datin menyoal kehairanan.Fansuri menjeling tajam.
“Ya, kawan lama, dah lama terpisah ,kebetulan dia ada kursus kat sini” terlalu polos Maira menjawab,manakala Fansuri diam meneruskan suapannya.
“Hai Ros!......lama I tak jumpa you, I dengar you kena stroke, betul ke?” terkejut Datin Rosnah dengan sapaan yang tak disangka-sangka. Seorang sahabat lama yang telah lama menyepi. Alangkah kecilnya dunia .
“Betul, tapi sekarang dah beransur baik” nada Datin Rosnah tidak begitu riang,tidak seperti rindu seorang sahabat lama yang terpisah.
“Sorrylah I tak datang melawat you, maklumlah I sibuk sangat dengan bisnes dan club” Datin Lili beria-ria menerangkan, sedang Datin Rosnah hanya selamba saja. Fansuri pula meneruskan makannya tanpa mempedulikan apa yang berlaku.
“Tak apalah Lili, I pun dah beransur baik”
“Eh,mana Datuk Zaman?,tak nampak pun”
“Dia ada temujanji dengan rakan niaga tadi”
“Yang ini siapa pula?, menantu you ke Ros?” Maira menyambut huluran Datin Lili, dia jadi panik.Apa yang harus dijawab.
“Taklah ,saya Maira orang gaji datin” nampak terkejut besar Datin Lili,kenapa ya?. “Biar betul Ros, orang gaji pun dibawa bercuti” lancang betul mulut Datin Lili,patutlah keluarga ini nampak tak begitu mesra dengannya.
“Bukan orang gaji,tapi pembantu peribadi,selaku jururawat” “Ya ke , jangan sampai bermenantukan orang gaji sudahlah Ros,nanti apa kata kawan-kawan kita “ Jahatnya mulut perempuan ni,tak sesuai dengan orangnya. Rupa elok, pakai elok tapi hati busuk. Datin Rosnah terkedu tak tahu apa yang perlu dijawab.
“O.klah Ros, I pergi dulu,takut datuk cari pula”
“Eloklah tu Datin Lili,nanti kalau datuk cari lain you pula yang melopong” tersentak Datin Lili mendengar bidasan Datin Rosnah, mungkin dia tidak menyangka Datin Rosnah akan mengenakannya. Dengan muka yang masam Datin Lili merengus lalu meninggalkan mereka bertiga.bertiga.Akhirnya mereka bertiga ketawa. Maira terpegun melihat Fansuri ketawa ,inilah kali pertama Maira melihat Fansuri ketawa. Barisan giginya yang cantik membuatkan lelaki ini begitu menawan sekali. Teruja Maira seketika.
Hah……elok pun suara bila ketawa,tak adalah pula bunyi macam suara keldai ke.kuda ke, yang susah sangat nak ketawa tu kenapa?. Maira tersenyum sendiri sambil menoleh ke arah lain bila mendengar detik hatinya.
“Sebenarnya Datin Lili tu siapa?” Maira mula kepo. Ah, lantaklah.
“Kalau Maira nak tahu dia tu pernah nak jodohkan anaknya dengan Fan,tapi Fan tolak mentah-mentah, mungkin dia rasa marah dan berdendamlah tu”
“Oh, begitu, memanglah cinta tak boleh dipaksa, tapi cinta boleh datang dengan tak sengaja dan tanpa kita sedari” Maira menuturnya bersahaja saja,tapi Fansuri legat merenungnya. “Betul kata Maira tu” Datin Rosnah mengiakan sambil melemparkan senyuman pada Maira