NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Wednesday, September 22, 2010

Lembayung kasih-MU bab 15

BAB 15

Maira ligat di dapur, sekejap ke sana kejap ke sini macam lipas kudung,semua dibuat

dengan pantas kerana takut tak sempat. Maira melihat jam di dinding yang telah menunjukkan

pukul 12 tengah hari, semua juadah hampir siap.Juadah istimewa untuk hari minggu ialah nasi

ayam special, ayamnya diperap dengan kicap dan madu lepas itu dipanggang ,manakala nasinya

pula ditumis dengan bawang putih dan halia sampai kekuning-kuningan,masukkan kulit ayam

dibahagian yang berlemak ,daun pandan,gula batu dan sedikit garam. Last sekali masukkan beras

dan air secukupnya. Ah..........wanginya, Maira mencium bau nasi yang telah siap dimasak,

mudah-mudahan tuan rumah berpuas hati dan tetamu pun suka. Pembasuh mulut pula

Maira menyediakan pudding koktel yang lazat dan enak. Sedang asyik Maira mengacau sos

untuk nasi ayamnya,satu suara menyeregahnya dari belakang.

“Opocot.......meletup.........mak kau” serentak dengan itu tangan yang sedang mengacau sos

tadi terangkat dan lebihan sos yang ada pada senduk itu terpercik pada tudungnya.Maira

menoleh kebelakang Abang Sham sedang ketawa,memang dia tahu ini kerja Abang Sham.

“Sorry abang tak tahu Maira melatah,kalau tahu dah lama abang usik Maira” ketawa Abang

Sham bukan main kuat lagi, Maira marah dan geram.

“Abang ni jahat tau, nasib baik Maira tak lemah jantung, kalau tak terus padam kat sini

juga” Maira menjeling, mukanya masam.

“Tengok ni ,tudung Maira dak kotor kena sos,mana boleh tanggal ni”

“Sorrylah ...nanti abang belikan yang baru, tapi .....yang Maira sibuk pakai tudung waktu

memasak ni buat apa?”

“Abang ni macam tak tahu pula, abang tu bukan muhrim Maira,mana boleh Maira buka

aurat sewenang wenangnya.Berdosa tau”

“Dah anggap macam adik pun tak boleh juga?

“Memang tak boleh sebab bukannya adik-beradik susuan,kalau anakangkat yang dibela dari

kecil pun dia tak boleh membuka aurat di depan apa atau adik -beradik lelaki angkatnya”

“Kalau macam tu tak berpeluanglah abang nak tengok rambut Maira”

“Oi......tolong sikit,tak malu, abang jangan nak buka topik ye, janji tadi mesti ditunaikan!”

“Janji apa?” Abang Sham mengerut dahi, pura-pura lupa.

“Buat-buat lupa pula, tudung ni !!....” Maira menunjukkan tudungnya sambil tersenyum.

“Maira nak yang cantik sekali, warnanya putih atau biru, kalau tak dapat Maira tak nak

kawan abang lagi” Maira rasa macam budak-budak,biarlah sekali sekala seronok juga.

“Hai,....dah pandai peras ugut pula ya?”

“Bukan peras ugutlah, tapi mengambil peluang yang datang sekali sekala” Maira

ketawa terkekeh-kekeh. Abang Sham geram dipermainkan, dia membaling lebihan sayur yang

terletak diatas meja ke arah Maira. Sekali tak kena, dua kali tak kena, Maira mengelak,kali

ketiga Abang Sham membaling lebihan hirisan tomato terkena hidung Maira. Abang Saham

ketawa. Maira ingin membalasanya. Dia mengambil buah tomato yang lebih masak, Maira

membaling dan Abang Sham mengelak. Dengan tak semena-mena Fansuri masuk ke dapur,

balingan tomato tadi terkena dadanya. Maira terkesima,tak sangka begini jadinya, gelak ketawa

yang memenuhi ruang dapur tadi hilang tiba-tiba. Abang Sham menoleh ke belakang ,

tersenyum memandang Fansuri manakala Maira berdiri kaku menajadi kecut dan takut.

“Maaf Encik, saya tak sengaja”

“Oh, patutlah riuh rendah semacam, tengah bergurau senda rupanya ” pedasnya sindiran,

Maira hanya diam menanti butir bicara yang pastinya tidak enak didengar keluar dari mulut

lelaki yang berwajah masam itu.

“Sorry Fan, Maira tak sengaja tu, abang yang mulakan dulu”

“Itulah abang, suka sangat bagi muka pada orang gaji, lain kali kepala kita dipijaknya”

Fansuri mula menunjukkan barannya. Maira diam tak berkutik, kalau boleh dia ingin menjadi

halimunan waktu itu, dia tak sanggup mendengar kutukan Fansuri, apa lagi di hadapan Abang

Sham. Jembalang tanah punya mamat,kau ingat aku ni jin ke?,nak main pijak-pijak kepala orang?

“Eh,....... Fan jangan cakap macam tu pada Maira, Maira pun ada perasaan.Lagi pun abang

dan mama tak anggap Maira seperti orang gaji, Maira adalah sebahagin dari keluarga kita, Fan

pun tahu jasanya pada mama” Abang Sham membela macam biasa, Maira masih menunduk,dia

tahu dia yang bersalah mungkin selama ini dia lupa diri disebabkan kasih sayang yang

dicurahkan oleh Abang Sham dan datin.

“Kakak!!...kakak!... ada orang nak jumpa” Nadia berlari sambil terjerit-jerit dari ruang

tamu menuju ke dapur.

“Siapa?” Abang Sham ingin tahu . Hairan.......... Maira tersengih memandang Abang

Sham tanpa mempedulikan Fansuri yang masih tercegat di dapur.

“Boy friend Mairalah” Maira menjawab sebelum berlari keluar menemui tetamunya.

“Assalamualaikum” Nuha menghulurkan tangan.

“Waalaikumussalam “ Maira menyambut mesra, seketika itu mereka berpelukan, gembira

dan seronok sekali menerima tetamu pertamanya sejak bekerja di rumah datin hampir 1 tahun

lebih.

“Datin apa khabar?”

“Macam inilah doktor,so far so good,alhamdulillah” mesra sekali datin menyambut tetamu

Maira, seronoknya buka main dengan kunjungan doktor muda ini . Selama ini pun dia suka

sangat melihat Dr Nuha, gadis yang cantik,baik,lemah lembut dan bila berurusan dengan pesakit

dia selalu menggunakan bahasa yang lembut dan bersemangat. Datin Rosnah tidak menyangka

Nuha akan datang ke rumahnya dan yang paling dia tidak sangka ialah bila pula si Maira tu

berkawan dengan Dr Nuha?, tahu ke si Nuha yang Maira tu bekerja di rumah orang bukannya

kerja pejabat seperti orang lain. Mudah-mudahan Nuha tak kisah siapa Maira.

“Eh, jomlah kita duduk,lupa pula saya nak pelawa doktor”. Datin Rosnah mempelawa

Nuha duduk Nadia yang sedari tadi berada di sisi datin terkebil-kebil memerhatikan Nuha.

“Yang kecil comel ni siapa?” Nuha mencuit hidung Nadia sambil duduk bertinggung duduk

sama paras dengan Nadia. Nuha menghulurkan bungkusan coklat yang diikat dengan reben

merah dan satu beg kertas yang berisi anak patung barbie doll. Nadia yang tadi malu-malu

menyambut dengan seronok huluran itu.

“Ini Nadia cucu saya”

“Oh,.... cantiknya nama dan ini untuk datin” Nuha menghulurkan sebakul buah tangan

yang berisi buah-buahan yang sudah siap digubah. Datin menyambut dengan hati yang gembira.

Tingginya budi pekerti gadis ini.

“Eh....buat susah-susah saja doktor ni”

“Apa pula susahnya datin,bukan saya yang menggubahnya” Nuha ketawa mesra. Maira pula

senyum dan lega dengan penerimaan datin terhadap tetamunya, maklumlah yang menjemputnya

orang gaji. Semasa dia meminta kebenaran untuk menjemput Nuha datang ke sini,dia berdoa dan

berharap sangat datin setuju dengan permintaannya. Alhamdulillah...datin tidak keberatan malah

seronok pula nampaknya.

“Fan,.Sham...mari sini!!...” Datin Rosnah memanggil kedua anak lelakinya sebaik saja

mereka keluar dari dapur.

“Kenalkan ini tetamu Maira dan mama”

“Saya Nuha, apa khabar?” Nuha mendahului pertanyaan dengan mesra

“Baik, alhamdulillah” dengan serentak kedua-duanya menjawab.

“Dr Nuha yang selalu merawat mama kat Hospital Pantai Puteri tu

“Oh, I see, saya Shamsuri” Abang Sham menghulurkan tangan perkenalan dan Nuha

menyambut dengan senyum mesra. Fansuri juga menghulurkan salam perkenalan tetapi di

wajahnya tiada sinar mesra, masam seperti biasa.

“Datin boleh saya siapkan hidangan sekarang?”

“Ya, silakan!”

“Kak Nuha duduk dulu,sembang-sembanglah dengan datin dan Abang Sham ya,Maira nak

siapkan hidangan sekejap” Nuha senyum dan mengiakan.

Maira terkejut besar bila dia menoleh Abang Sham dah berdiri di belakangnya, bila pula Abang

Sham masuk?, suka sangat masuk secara diam-diam,saja nak buat orang terkejut. Geram betul!.

“Boleh abang tolong?”

“Tak payah ,dah siap pun,kenapa abang tak temankan tetamu Maira tu?” ligat saja tangan

Maira menyusun hidangan ke atas meja.

“Seganlah abang,lagipun dia asyik melayan mama dan Nadia saja”

“Hai,..takkanlah orang macho macam abang ni segan dengan perempuan?”

“Baru-baru memanglah segan”

“Macam mana,cantik tak kakak angkat Maira?”

“Aik..........sejak bila pula ada kakak angkat ni?” Abang Sham buat muka terkejut.

“Ada le........” Maira menjeling, Abang Sham tersengih-sengih memperli.

“Cakaplah abang,macam mana tanggapan abang pada Kak Nuha?”

“Hmm...orangnya cantik sekali,peramah,lemah lembut dan penyayang,tapi ada satu yang

sama dengan Maira ialam matanya yang cantik bersinar”

“Ya ke?, Maira tak perasan pun”

“Memanglah Maira tak perasan, sebab tak boleh nampak mata sendiri,melainkan tengok

cermin, lainlah kalau mata Maira tu mata belalang” Abang Sham berlawak, kemudian mereka

ketawa.

“So, abang tak terpikat ke, kalau abang nak boleh Maira arrangekan”

“Amboi!,...pandainya nak jadi matchmaker, awak sendiri pun tak bertema

“Maira lainlah muda lagi ,abang tu yang dah tua, hidup tak berteman,rugi tau mengsia-siakan masa berlalu begitu saja lagi pun Nadia tu dah lama tak merasai kasih sayang ibu.

Sekarang abang dah jumpa sebutir permata yang berharga, berkilau dan cantik maka ambil

sajalah, sebab peluang datang bukannya selalu”

“Pandainya adik abang bercakap.Pok-pek.pok-pek macam mak nenek,mama pun tak kecoh

macam Maira tau”

“Maira bukannya apa bang, sayang rasanya nak melepaskan wanita yang sempurna sebaik

dia tu, lagi pun Maira sayang dia macam Maira sayangkan abang,kalau boleh you all boleh jadi

pasangan”

“Oh,.....barulah abang tahu, yang Maira telefon abang, paksa abang datang juga tanpa alasan

pasal inilah ya?”

“Ye lah,....tau tak pe” Maira tersengih-sengih, Abang Sham menggaru kepala tersedar diri

sudah dikenakan oleh Maira.

“So macam mana, nak tak?”

“Nak apa?”

“Alah abang ni,buat-buat tak faham pula, benci tau!” Maira pura-pura merajuk,

muncungnya panjang tapi matanya menjeling Abang Sham.

“Dahlah jangan buat muka cemberut tu, tiada siapa nak tengok”

“Eeeee.......abang ni geramnya, saja nak buat Maira marah, nak ke tidak?”

“Maira ni bertanya ke memaksa?”

“Dua-dualah, ada paksaan dalan pertanyaan”.

“O,klah , kalau Maira dah paksanganang ikut saja ,kalau tak merajuk panjang si baby tua ni

“Apa, abang cakap Maira baby tua?” Maira membulatkan matanya, serentak itu tangannya

singgah di bahu Abang, dia mencubit dan hatinya puas.

“Aduh!!......” Abang Sham menjerit kuat, mengada-ngada, sikit saja kena tapi menjerit

bukan main lagi. Padan muka.

Semasa di meja makan, Maira cukup tidak selesa. Apa tidaknya, kerusi Maira bertentangan

dengan kerusi Fansuri, segalanya terasa kaku dan kekok, dia seakan tidak mempunyai penyuap

nasinya ke mulut. Hatinya berdegup kencang, mungkin kerana takut dan segan. Sudah

diusir perasaan itu tapi keresahan bertandang juga menyebabkan dia betul-betul tidak dapat

makan dengan aman. Mungkin juga ini adalah kali pertama dia makan semeja dengan

Fansuri, ini pun untuk menghormati tetamunya.

“Eh,...Maira kenapa sikit sangat makan?” datin bertanya.

“Dah kenyang” Maira menipu, harap tiada yang pera’’’’’’’’’’’’’’’’

“Hai,...takkan makan sikit saja dah kenyang?” tukas Abang Sham.

“Biasalah tukang masak, dah jemu dengan masakan sendiri” Maira berbohong lagi, padahal

perutnya menjerit-jerit minta di isi. Selepas makan Maira sibuk mencuci di dapur, dia

meminta Abang Sham menemani Kak Nuha di ruang tamu, mudah-mudahan ada keserasian

antara mereka dan tak sia-sialah rancangannya hari ini. Datin Rosnah sudah naik ke

biliknya untuk sembahyang zohor dan lelaki yang aneh itu pun tak ada, mungkin juga sedang

berehat di biliknya di atas. Lega Maira rasa bila kelibat susuk tubuh si aneh itu tidak

kelihatan di bawah, bebas rasanya untuk bergerak.

“Dah lama ke Dr Nuha bekerja di Hospital Pantai Puteri?” Abang Sham memulakan

bicara. Entah Mengapa dadanya berdebar, bukan dia tak pernah berbual dengan perempuan.

Di pejabatnya bersepah staf perempuan , muda-muda lagi bergaya dan ramai yang

ingin mendekatinya, tapi dadanya tak pula bergetar begini.

“Tak payahlah Sham panggil saya doktor, just call me Nuha .Sebenarnya dah 3 tahun saya

bekerja di jernih Sana,sejak habis belajar dulu” dada Abang Sham lagi bergetar hebat bila

melihat lirikan matanya cantik dan menawan. Memang dia memilki mata yang sama dengan

Maira.

“Tak pernah nampak pun,saya selalu juga ke sana,ialah sejak mama sakit”

“Yalah,kalau bertemu pun bukannya kenal”

“Betul juga,tapi kali ini kalau Sham pergi ke Pantai Puteri bolehlah Sham jumpa Nuha”

“Nak buat apa jumpa saya?”

“Saja,sembang-sembang ke,ajak makan ke,itu pun kalau Nuha sudi”

“Kalau ajak saya tak ada orang marah ke

“Siapa?,Maira?” Abang Sham ketawa lepas,rupa-rupanya lain tanggapan Nuha.

“Kenapa Sham ketawa,tak betul ke?” Nuha inginkan kepastian.

“Memang tak betul, si Maira tu adik angkat saya.Kalau Nuha nak tahu dia yang paksa saya

balik hari ini,kalau tak balik dia merajuk.Kata dia something special and meet someone special

,mungkin yang dia maksudkan ialah Nuha” Nuha menunduk malu.

“Ya ke?,patutlah nampak mesra saja,tak nampak kekok bila bersama dengan Sham”

“Sebenarnya kehadiran Maira banyak membantu kesihatan mama,dia yang berusaha

bersungguh-sungguh untuk memastikan mama dapat berjalan semula. Jasanya tak dapat kami

balas lagi pun kami tak anggap dia sebagai orang gaji”

“Habis kenapa tak ambil dia sebagai penyeri hidup Sham?’’

“Dah cuba tapi awal-awal lagi dah kena tolak,dia kata tak ada cinta untuk saya” Abang

Sham ketawa, diikuti oleh Nuha.

“Bagaimana dengan adik Sham?,Nuha tengok dia lain sikit”

“Memang lain sikit, dia macam tak suka dengan Maira,apa saja yang Maira buat semuanya

tak kena. Saya pun tak faham dengan sikapnya, kasihan Maira selalu kena dengan Fan tapi dia

cukup sabar”

“Rancaknya berbual,sembang pasal apa tadi?” Maira yang baru habis kerjanya di dapur

datang untuk turut serta dalam perbualan tersebut .

“Kami sedang mengumpat pasal Maira lah,pasal baby tua yang suka merajuk dan peras

ugut” Abang Sham memperli sambil ketawa, merah padam muka Maira yang putih itu.

“Abang Sham ni tak habis-habis nak menyakat Maira, menyampah tau!!......” Maira

membuat muka cemberut, Nuha ketawa melihatnnya.

No comments:

Post a Comment