NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Monday, October 4, 2010

Maira tak suka, Maira benci!!................menyampahnya tengok mamat ni, bengang betul,jembalang tanah, karang kalau aku karate terabur gigi, kutip satu-satu kat jalan raya ni baru tahu. Ya Allah......... aku rasa nak cekik-cekik saja mamat cipang ni. Takhabis-habis Maira menyumpah seranah Fansuri dalam dalam hati, tak sangka Fansuri sejahat ini, sengaja buat plan supaya Maira tak dapat supayaMairdapat makan malam dengan Ikmal. Pasti Ikmal sedang menunggunya.Maira rasa ingin menjerit agar Fansuri memberhentikan keretanya dan berpatah balik.

Bencinya!!!................ kenapalah aku dipertemukan dengan manusia seperti ini? Maira tak akan lupa, apa yang Fansuri lakukan terhadapnya. Fansuri sengaja memberitahudatuk dan datin yang dia ingin mengajak Maira menemaninya berjalan-jalan di Bandar Lumut, datin mengizinkan dan datuk membenarkan, kata datuk eloklah berteman sebab Fan bukannya biasa kat tempat ni, kau tu pondan ke apa?, takut pergi sorang, kau tu dah tua, tak ada pun orang nak culik kau. Selama ini pergi luar negeri tak kisah pun, saja tak boleh tengok aku aku senang, dengki!! ,busuk hati!!, Maira menjerit dalam hati, melepaskan amarahnya yang berbuku. Tiba-tiba handsetnya berbunyi,Maira menjawab, “Sorrylah Ikmal aku tak dapat makan malam dengan kau,tapi esok sebelum kau chek outaku jumpa kau,bolehkan?” jawab Maira dalam nada yang sedih, Fansuri hanya menjeling dan tersenyum puas kerana dapat mengenakan Maira. Sepanjang perjalanan Maira hanya membisu tanpa sepatah kata.

Sebaik saja tiba di Bandar Lumut Fansuri meletak kereta di tempat parking. Fansurimengajak Maira keluar tapi Maira buat tak dengar saja, dia diam membatu, dia bercadang untuk duduk saja dalam kereta. Tapi akhirnya dia terpaksa akur dengan arahan Fansuri lagi pun keindahan panorama Bandar Lumut pada waktu malam memang tidak dapat Maira lepaskan.Keindahan Bandar Lumut yang bermandikan cahaya cukup mempersonakan. Bandar Lumut sekarang tak sama dengan dulu, sekarang semuanya telah berubah. Kawasan membeli-belah,jeti tempat rehat di sekitar tebing dan restoran, semuanya canggih dan meriah macam berada di luar negara. Maira mengambil peluang melepak di dataran sambil melihat feri yang datang dan pergi .

“Feri tu nak ke mana?”

“Ke Pulau Pangkor”

“Malam-malam begini pun ada pengangkutan?”

“Ya, sampai pukul 10. 30 malam” Maira menjawab acuh.

“Kalau macam tu bolehlah kita pergi sana, tengok tu orang tengah ramai naik feri”

“Saya tak nak,kalau Encik nak pergi,encik pergilah seorang” Maira membuat muka poyo.

“Kalau saya paksa?”

“Saya terjun dalam air ni” Fansuri ketawa mendengar ugutan Maira,dia tahu marah Maira masih berapi, kalau boleh melawan tentu dia ingin melawan,biarlah Maira marah asalkan masih bersamanya dan tidak makan malam dengan Ikmal. Fansuri berjanji dia akan memujuk Maira.

Dalam perjalan pulang Fansuri singgah di Sri Manjung, katanya dia lapar, yangsebenarnya Maira juga lapar, mereka singgah di sebuah restoran Western Food Uncle Zam untuk menjamu selera.

Maira termenung di lobi hotel sementara menunggu Ikmal chek out. Fikirannya jauhmenerawang ke zaman remajanya, terlalu indah untuk di kenang. Ikmal, Hasrie , dia dan Laili adalah kawan rapat. Mereka selalu berada dalam satu kumpulan, sama-sama belajar dan sama bermain,bila dapat keputusan peperiksaan SPM mereka semua mendapat yang cemerlang. Ada juga pelajar-pelajar yang menggelarkan mereka pasangan romantik, Maira tak peduli itu semua, tapi suatu peristiwa yang memalukannya tak dapat Maira lupakan sampai bila-bila. Semuanya berpunca dari secarik kertas yang Hasrie tuliskan untuk Maira “ Ku rasa bergetar jiwa ini bila berada bersama mu” tapi kertas itu Ikmal dapat, dia ingin membaca sekuat hati untuk pengetahuan kelas. Maira tak sanggup menanggung malu lalu dia dan Laili mengejar Ikmal keliling kelas .Kelas menjadi gamat dan bising, tiba-tiba Cikgu Azmi masuk, maka

bermula hukuman yang lebih memalukan.

“Memanglah kadang-kala teringin nak kembali ke zaman itu. By the way ....aku nak tanya,kau nak tak kerja dengan aku?, kau tu bukannya tak berkelulusan,kerja sebagai orang gaji,itu yang aku rasa pelik”

“Kerja dengan kau ?” Maira melihat Ikamal mencari kepastian.

“Ya dengan aku, lagi pun syarikat aku memang memerlukan penyelia pemasaran,sesuai benar dengan kau,macam mana?”

“Biar betul kau ni?” Maira seakan tidak percaya rezeki datang menggolek.

“Yalah,tak percaya ke?,lagi pun sampai bila kau nak kerja sebagai orang gaji?,buat penat saja belajar” . Maira tersengih mendengar omelan Ikmal,macam berleterlah pula.

“Tengoklah macam mana nanti,biar aku fikir dulu” “Kalau tak nak kerja pun tak apa,kau jadi isteri aku,aku bagi kau gaji macam biasa,macammana? Ketawa Maira meledak namun dia menutup mulutnya sementara Ikmal hanya tersengih.

“Kau ni kalau nak ayat perempuan tak romantik langsung”

“Betul ni As,kalau kau sudi, sekarang juga aku bagi kau cincin tanda”

“Kau ni kalau nak buat lawak pun biarlah berpada-pada” merona muka Maira namun dia

masih ketawa kecil.

“As, aku tak main-main. Kau tahukan aku ni macam mana orangnya, kalau aku suka aku

terus cakap suka,kalau aku benci aku terus cakap benci. Aku tak suka berputar belit dan hipokrit”

Maira terkesima mendengar pengakuan Ikmal. Dia tidak pernah menyangka cinta Ikmal

untuknya masih ada.

“Ik, dengar dulu,aku sayangkan kau, aku bahagia bila berada di sampingkau.Kau suka buat

lawak dan aku suka cara kau berterus terang” Maira menundukkan kepala,tak sanggup rasanya

nak mengucapkan perkataan itu, iaitu menolak lamaran Ikmal buat kali kedua. Dia tahu Ikmal

pasti terasa dan kecewa seperti dulu.

“Ik, maafkan aku,aku telah lama menganggap kau sebagai saudara aku dunia akhirat, so aku

tak mampu untuk menerima cinta kau” akhirnya Maira memberanikan diri untuk menatapi anak

mata Ikmal yang sedang menunggu dan mengharap.

“Yalah aku sedar,siapalah aku di hati mu” wajah Ikmal sugul.

“Ik, kadang-kala persahabatan yang ikhlas lebih bahagia dari percintaan dan perkahwinan”

“Entahlah As, aku mengambil masa yang lama untuk menerima hakikat, yang kau takmencintai aku malah kau menerima cinta Hasrie, tapi bila aku tahu kau tak jadi isteri Hasrie, cinta itu berputik kembali.Aku tak pernah padam nama kau dari hati aku” Maira mengeluh lemah.

“Aku harap kau jangan merajuk seperti dulu,kau tu dah tua,buruk tau orang tua merajuk”Maira merubah nada .Ikmal tersenyum melihat memek muka Maira yang beria-ria memulihkan suasana.

“Ik, kalau kau sayangkan aku , kau jadilah abang aku, aku ni dah lah tak ada abang,tak ada

ayah pula” Maira masih merasa bersalah, tapi apakan daya cinta tak boleh dipaksa sebab cinta

adalah anugerah yang terindah.

“Baiklah As, aku hormati pendirian kau, tapi jangan lupa kalau kau ada masalah kau

datanglah jumpa aku dan satu lagi aku harap kau pertimbangkan tawaran kerja tadi”

“Baiklah abang” Maira berlawak sambil menjeling Ikmal, memang itu yang diamaksudkan, Ikmal ketawa melihat telatah Maira. Maira yang dikenali dulu masih sama,lemah lembut dan penyayang, adakalanya tegas dan ada ketikanya garang sampai boleh bergaduh dengan orang.

“As, aku kena pergi dulu,nanti terlambat pula”

“Boleh aku hantar kau sampai ke kereta?” Ikmal mengangguk dan merekaberiringan menuju ke tempat letak kereta.

“Wah,...hebatnya kereta kau” teruja Maira melihat kereta Honda CRV milik Ikmal, Mairamembuka pintu dan menjenguk ke dalam.

“Naiklah aku bawa kau jalan-jalan”

“ Tak naklah, lain kali saja , lagi pun kau nak cepat. Bila di K.L nanti jangan lupa hubungi

aku” Maira terlalu sedih merelakan sebuah perpisahan,belum puas pun dia bersama,bercerita dan

ketawa perpisahan itu sudah membatasinya.

“Janganlah sedih,aku tak akan lupakan kau”

“Betul?,janji tau”

“Betul aku janji,akukan abang” Ikmal berlawak dan wajah Maira ceria kembali.

“Assalamualaikum!”

“Waalaikumussalam!” Ikmal Arif masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Mairamelambai-lambaikan tangan ke arah Ikmal sebaik saja kereta itu mula bergerak meninggalkan kawasan parking kereta.

Sebaik saja Maira masuk ke dalam lobi hotel dia terserempak dengan Fansuri yang tercegatdi situ, seolah-olah sedang menunggunya,jangan-jangan dia nampak tadi?,ah,............lantak dia lah,apa kena mengena dengan aku?.

“Pergi mana?” keras suara Fansuri.

“Hantar kawan” Maira menjawab tanpa rasa takut, dia berjanji pada diri,dia tidak ingindibuli lagi,dia sudah bosan ditengking dan di sumpah seranah, cukuplah tu, dia ada harga diri, dia akan menjawab kalau dimaki hamun lagi ,lantaklah kalau Fansuri nak pecat pun, sebab kerja dengan Ikmal sudah menunggu. Telinga Maia sudah bernanah dengan sumpah seranah Fansuri, ingat aku apa? tiang lampu?,tiang elektrik?, batu jalan?, batu nesan?, atau apa?,kalau aku lembu

tak apa lah juga.

“Mama cari awak , dia ajak lunch” Maira memanggung kepala,kemudian dia mengangguk-ngangguk tanpa kata. Mengapalah dalam hidupnya dipertemukan dengan orang seperti ini?,kasar, garang,sombong ,tidak mesra dan penuh keegoan.

Petang hari kedua di Damai Laut ,suasana pantai yang indah itu cukup mendamaikan jiwa.Bahagia datang di segenap pelusuk hati.Maira seronok sekali bermain ombak di gigi pantai yang datang dan pergi tanpa jemu. Kaki seluar jeansnya di singkatkan hingga ke paras bawah lutut menampakkan betisnya yang putih gebu.Dia tak peduli kerana pantai pada waktu itu sudah tidak ada pengunjung, tak ada sesiapa pun yang melihatnya. Hati Maira berbunga riang, inilah suasana yang dia idam-idamkan dalam hidupnya. Bercuti di tepi pantai sambil mendengar muzik,melihat matahari terbenam yang terbias di dada laut, melihat burung-burung camar yang pulang dengan hati riang, mendengar desiran ombak yang setia menghempas pantai lalu di belai oleh angin senja yang malu dan cuma satu yang kurang , tak ada kekasih untuk di rasai nikmat percintaan dan kebahagian ini . Ah.......... lucunya.

Maira menghadap laut, tangannya didepakan, dia menyedut dan menghembusnyabeberapakali. dia terasa ingin berlari seperti sewaktu kanak-kanak dulu,berlari dengan penuh keriangan tanpa rasa penat dan jemu. Maira berlari di sepanjang gigi pantai sambil ombak-ombak kecil menyapa kakinya, hatinya puas dan lega, hilang segala stres dan kerunsingan. patutlah mengikut para doktor bersukan dan beriadhah dapat menghilangkan tekanan.

Sebaik saja Maira menghabiskan lariannya, dia kembali ke kerusi tempat diameninggalkan barang-barangnya. Alangkah terkejutnya dia bila Fansuri sudah berada di situ sambil berehat.

“Awak ke mana? Selalu saja menghilangkan diri” tak ada yang manis kalau perkataanyang keluar dari mulut lelaki ini. Maira hanya membatukan diri. Hah,.......inilah dia bapa segala stress, mana aku ada, disitulah ada dia,menyampah!!,.. tak bebas langsung, Maira menarik muka masam, lantaklah kalau nak kata aku tak hormatkan majikan pun aku tak kisah,kau tu manusia yang tak tahu hormatkan orang.

“Jom balik hotel, hari dah senja” spontan Maira menghentakkan kakinya tandaprotes,mulutnya muncung dan mata bulatnya menjeling Fansuri. Melampau betul lelaki ini!,.. Fansuri memalingkan mukanya ke arah lain menyembunyikan senyuman, gelihatinya melihat

telatah Maira yang seperti kanak- kanak, sungguh comel.

“Encik, saya nak tanya ya, kenapa ke mana saja saya pergi pasti encik ada sekali?” Maira sudah terlalu geram,dia seakan lupa diri dengan siapa dia bercakap.

“Sebabnya engkau ada kerana aku pun ada” Fansuri menjawab sambil mengangkat kening,tiada nada marah, Maira senyum kecil tapi dia masih keliru.

“Ah,..itu seni kata lagu ,tak ada kena mengena langsung”

“Tak kisahlah, awak tu di bawah tanggungjawab saya, kalau jadi apa-apa saya juga yangsusah”

“Tak adillah kalau macam ni”

“Kenapa pula?” Fansuri mengerutkan dahi kehairanan. Gadis ini makin berani. Ke manaperginya rasa gelabah yang selalu ditunjukkan bila dia dimarah?. Fansuri merenung wajah cantik yang putih bersih di hadapannya.

“Encik tahu tak , ramai jejaka yang nak mengorat saya, alih-alih tak jadi bila tengok encikselalu saja ada bersama saya” lancangnya mulut Maira, entah dari mana dia memperolehi kekuatan,yang anehnya Fansuri bukan main besar lagi ketawanya,tak pula marah,lucu ke?, Maira mula tersengih-sengih antara malu dan menyesal menuturkan sedemikian. Fansuri merasa senang dengan celoteh Maira, entahlah dia sendiri tidak mengerti dengan hatinya,apa yang dia tahu dia selalu ingin berada di samping Maira walaupun dalam keadaan marah, memang dia tahu ramai lelaki yang sering menjeling ke arah Maira dan bukan dia tak sedar Maira gadis cantik yang mempunyai banyak kelebihan. Dalam diam dia berjanji akan berbaik-baik dengan Maira. Kalau betullah Ikmal mempelawa Maira bekerja dengannya dan Maira pula bersetuju, maka dialah orang yang paling rugi , melepaskan peluang yang ada begitu saja lantaran keegoan dan sejarah silam.

“Habis Ikmal tu macam mana?”

“Itu lain,Ikmal kawan lama”

“O.k, sekarang balik,nanti mama cari” amboi!, lunaknya suara, mana hilangnya suarahalilintar yang sering membelah bumi?,apa dah jadi?,aku tak buat apa-apa pun kat mamat ni,tapi suaranya yang lunak itu membuatkan aku rasa nak rebah,he!......he!,.....he!....

“Tunggulah sekejap lagi encik saya belum puas lagi menikmati suasana senja yang indahini,lagi pun tadi saya dah beritahu datin yang saya turun ke pantai” Fansuri merenung Maira, gadis ini sudah pandai meminta dan sudah berani bertentang mata bila bercakap. “Kalau awak suka,malam ini kita turun lagi ke pantai dan saya belanja awak makan di TheGayam Cafe tu” boleh percaya ke mamat ni, Maira terbedik-bedik, pening Maira memikirkan sikap Fansuri, dah buang tebiat ke mamat ni?.

“Kenapa tak percaya ke?” Maira terkerising buat muka poyo.

“Betul?,tak tipu?” Fansuri mengangguk sambil tersenyum.

“Eieee,.....bestnya...” Maira teruja dengan apa yang didengar dan yang akan dilalui. Fansuri,alangkah menawannya senyuman lelaki ini. Sesungguhnya Maira sedar Fansuri memiliki senyuman yang boleh membuatkan wanita tergoda dan mencairkan hati yang marah, tergodakah aku?, Maira tersenyum lagi.

“Jom balik!” bukan main lagi Maira mendahului Fansuri.

“Tunggu dulu” arahan diberi.

“Kenapa?”

“Tu seluar awak, turunkan!” Fansuri menunjuk ke arah kakiku.

Astaghfirullah........Ya Allah .....ampunkan aku kerana kecuaian yang tak aku sedari, aku lupa.

Bodohnya aku!. Alangkah malunya Maira sedari tadi betisnya menjadi santapan Fansuri

dan sedari tadi dia telah mendedahkan auratnya kepada orang yang bukan muhrimnya, tapi syukurlah juga Fansuri mengingatkan,sekurang-kurangnya dia prihatin dengan auratku.

Seperti yang dijanjikan Maira turun ke lobi hotel menemui Fansuri,itu pun setelah diamenerima SMS beberapa kali Maira ragu dan serba salah, patutkah dia makan malam dengan orang yang dia tak suka dan paling benci selama ini?...... Hatinya berbelah bagi, tapi bila Maira bertanya kepada datin.Dia senyum dan menyuruh Maira pergi,katanya kasihan Fan menunggu di bawah , kata datin lagi bukan senang Fan nak makan malam dengan seorang gadis. Datuk juga menyetujui dan menyuruh dia turun makan lagi pun mereka berdua ada rancangan sendiri. Akhirnya Maira memberanikan diri menemui Fansuri di lobi. Terpana Maira seketika melihat Fansuri yang kacak bersama senyumannya yang menawan itu. Ah,….berdebarnya hati tatkala Maira membalas senyuman,dia sendiri tak faham kenapa hatinya berdebar dan berdegup kencang. Kalau selama ini bila melihat saja Fansuri hatinya menjadi panas mendidih dan bergelegak,tapi malam ini lain pula.Hai..apa dah jadi ni?.

Maira sempat menjeling ke arah Fansuri yang cukup kacak dan tampan dengan jean birudan baju T berkolar warna putih. Hati Maira lebih kuat berdebar bila Fansuri mengajak dia jalan beriringan,rasa malu dan kekok pun ada, maklumlah dia sedar siapa dirinya dan sesungguhnya dia tak layak untuk berada disamping lelaki yang sekacak ini, aku tak akan lupa,aku hanya orang gaji .

Sampai saja di The Gayam Café, Fansuri mengambil meja yang jauh dari orang ramaidan menghadap ke laut.Tak ramai pengunjung yang berbangsa melayu,yang ramai ialah bangsa asing.Suasana malam yang cukup indah dan mempesonakan, ditemani oleh deruan ombak laut yang menghempas pantai dan apa paling mengkagumkan ialah separuh café tersebut berada dalam air. Suasana yang indah itu dilengkap lagi dengan alunan muzik jazz yang dimain oleh Earl Klugh dengan lagu yang bertajuk Dance with me , sungguh mengasyikkan. Oh,....tuhan sampai mati aku tak akan lupa suasana santai yang indah ini, andaainya dapat kurakam suasana ini inginku abadikan dalam dairi bahawa inilah saat yang terindah dalam hidupku.

“Hello Cik Maira!, dah sampai ke mana awak mengelamun?” Maira tersedar darilamunannya,dia tersipu-sipu malu.

“Tak ke mana,cuma sedang menghayati suasana yang cukup mengasyikkan ini”

“Oh, jadi Maira suka?” Fansuri tak lepas memandang wajah jelita yang telah lama mencuri

hatinya, cuma dia saja yang ego dan tidak mahu mengaku,tapi bila dia melihat Maira bersamalelaki lain cemburunya bagai nak gila. Fansuri tersenyum sendiri.

“Ya sudah tentu, terima kasih kerana memberi peluang untuk saya merasai semua ini”

“Sama-sama, asalkan Maira suka, tapi sebelum itu saya nak minta maaf atas kekasaran dan sifat buruk saya selama ini. Saya tahu saya banyak dosa pada awak,saya selalu menyakiti hati awak dan sekarang saya menyesal, saya sepatutnya tak mengucapkan perkataan yang bukan-bukan pada awak,saya harap awak dapat maafkan saya “ terlopong mulut Maira dan matanya sedikit bulat,terkejut dan terkesima dengan apa yang didengar, tak sangka lelaki yang ego ini meminta maaf darinya,peliknya apa sudah berlaku, dah buang tabiat ke apa?,jangan-jangan dah nak mati kut?.Hiss.....kus semangat,tak baik mengata orang. Syukurlah dia dah sedar dan insaf. Inilah yang dikatakan,hati manusia itu milik Allah yang sentiasa dibolak balikkan. Maira tahu mungkin ini ucapan ikhlas dari Fansuri kerana di wajahnya ada garis resah dan sesalan.

“Tak mengapa,saya tak kisah pun semua itu, saya maafkan encik” Maira menghadiahkansenyuman. Betul ke aku ni?, dulu bukan main lagi nak balas dendam,tak cukup dengan itu aku hamput dia dengan macam-macam perkataan, kalau nak kira aku pun berdosa juga.Ah,....kira cincailahtu,tapi mengapa sekarang perasaan marah dan menyampah tu dah tak ada?.Oh, memang betullah, senyumannya telah mencairkan segunung benci.

“Terima kasih Maira, awak seorang gadis yang baik”

“Tapi kalau encik tak marah, boleh saya tanya?”

“Maira jangan panggil encik boleh tak? tak selesalah terlalu formal”

“Habis nak panggil apa?” Maira kehairanan, kenapa banyak sangat perubahan dalam diri

lelaki ini.Mamat ni tengah buat lawak bodoh ke ?

“Awak panggil saja apa yang awak suka, nak panggil abang pun boleh” hai!,…….. lelaki

ini sudah lebih, pandai menggoda, muka Maira berubah rona.

“Seganlah,kekok sangat rasanya”

“Habis awak panggil abang pada Abang Sham tu tak kekok?” Fansuri merenungnya, nafasMaira terasa tersekat dan terhenti, dia menoleh ke arah lain, tak sanggup bertentang mata,takut terkena panah asmara.

“Abang Sham tu lain”

“Apa yang lainnya?” Fansuri seakan mendesak.

“O.klah , saya panggil saja Suri”

“Eh, itu nama perempuan” Fansuri pura-pura marah, padahal dia senang sekali melihat

Maira ketawa, matanya yang galak seakan bercahaya, giginya yang putih bersih tersusun indah

bagaikan mutiara,dihiasi pula dengan bibirnya yang sentiasa merah bak delima merkah walaupuntanpa gincu.

“Kalau tak suka Suri saya panggil Ah Fan,boleh?” kedua-duanya ketawa serentak, Ketikaitu bahagia ada dimana-mana. Maira bagaikan tidak percaya dia boleh bergelak mesra dengan orang yang tak pernah disukainya.Aneh,.....betullah dunia ni bulat dan sentiasa beredar.

“Buat apa ,itu nama orang cina” senyuman Fansuri masih mekar di bibir. Alangkahmenawannya senyuman itu, pasti sampai bila pun Maira tak akan lupa.

“Awak panggil saja Fan, macam orang lain panggil” Fansuri mencadangkan dan Mairamengangguk tanda setuju.

“Apa yang Maira nak tanya tadi?”

“Kalau Maira tanya Fan jangan marah ya?”

“Tanyalah ,kalau boleh saya jawab,saya jawab”

“Kenapa selama ini Fan selalu berkasar dengan saya?” berubah air muka Fansuri,mungkindia tidak menyangka Maira akan bertanya soalan cepumas itu.

“Maafkan saya kerana selama ini saya selalu berkasar dengan awak,mungkin saya terlaluegois dan terlalu prejudis terhadap perempuan”

“Kenapa begitu sekali?” rasa ingin tahu melebihi rasa malu,memang itu yang dia nak tahu mengapa selama ini dia didera tanpa sebab.Tapi macam mengorek rahsia oranglah pula.

“Cerita lama Maira, saya tak patut berdendam dengan kaum hawa kerana kesalahan

seseorang” wajah Fansuri teduh,sedih dan mungkin juga pilu bila mengingati kenangan silam.

Maira menyedari Fansuri seakan tersiksa untuk mengungkap kembali cerita dukanya.

“Sebenarnya , itulah sebab Allah melarang kita berdendam. Kata Dr Fadilah Kamsah, untukmerasai bahagia dan damai kita hendaklah memaafkan orang dan buangkan segala dendam, anggaplah perkara yang terjadi itu sebagai suatu proses pematangan diri satu episod kehidupan yang berwarna-warni” tunak mata Fansuri merenung Maira yang petah bercakap. Sungguh tak disangka gadis yang dulu macam penakut dan mudah gabra mermiliki pandangan yang boleh meniupkan semangat dengan bahasanya yang indah.

“Untuk hidup yang lebih sejahtera,lepaskanlah dendam itu pergi, maaafkanlah orang-orang yang terlibat,pasti Fan akan rasa lebih gembira,bahagia dan tenang”

“Takkan semudah itu, rasa bahagia boleh datang?” Fansuri mencari kepastian di balikkilauan mataMaira.

“Tak mustahil,yang pentingnya ikhlas mahu melepaskan”

“Tapi saya tak mampu,terlalu pedih,serasa baru saja semalam peristiwa itu berlaku”

“Boleh saya bercakap?” Maira menoleh merenung muka Fansuri, dia takut Fansuri akanmarah dan tersinggung.

“Kenapa perlu bertanya?”

“Bukan apa,saya takut apa yang saya bicarakan nanti tak disenangi Fan”

“Cakaplah saya ingin mendengar apa saja yang keluar dari mulut awak,sebab selama inisaya tak berpeluang mendengarnya. Maira menarik nafas dalam-dalam.

No comments:

Post a Comment