NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Friday, June 3, 2016

SENGAL PUNYA MAMAT BAB 6

Sebelum baca bab yg seterusnya Ummu nak minta tolong dulu dengan korang.
Tolong like Fanspage Karya Ummu Wafa. Sajalah jadikan Ummu Wafa lebih glamor


                                                     
        
                                    
https://www.facebook.com/Karya-Ummu-Wafa-505284036346960/


                                                                                                                                                                                                                                                            BAB 6                                                                             
          SAKIT Tok Wan Limah makin menjadi-jadi sejak balik dari klinik tempoh hari. Ubat yng diberi oleh doktor mungkin tak serasi dengan tok wan. Demam dan batuk selsemanya bertambah kuat. Kadangkala tok wan kelihatan sukar bernafas. Bila dipujuk untuk dibawa ke hospital, dia bermati-matian tidak mahu pergi. Katanya, apa-apa pun berlaku, biarlah dia mati di atas rumah pusaka ini. Ah… susah betul untuk mendepani krisis penolakan tok wan.
         Susah hati Siti Ajira memikirkan keadaan tok wan. Karang, kalau apa-apa terjadi pada tok wan, dia juga yang susah, dia  juga yang akan dipertanggungjawabkan. Dia juga yang akan dikutuk dan dimaki hamun oleh anak-anak tok wan. Ya ALLAH, bantulah aku! Siti Ajira menadah tangan ke langit dan kemudiannya dia meraup ke muka. Mudah-mudahan ALLAH mendengar doanya.
       “Siti, kenapa termenung ni?” Terkejut Siti Ajira bila mendengar ada orang menyapanya dari belakang. Dia menoleh.
       “Oh mak. Bila mak sampai? Tak dengar pun bunyi motor mak.” Siti Ajira mengangkat muka redupnya. Penyapu lidi yang berada di tangan diletak di sebelahnya.
       “Baru aje, memanglah Siti tak dengar, kalau fikiran tu melayang jauh,” jawab Salmiah lembut. Dia duduk berhampiran dengan Siti Ajira. Di atas pangkin di bawah pokok manggis. Perlahan-lahan Salmiah mengusap wajah anak sulungnya yang kelihatan tidak ceria dan susah hati. Siti Ajira membiarkan saja, dan dia rasa bahagia bila sekali-sekala dapat sentuhan dari mak.
       “Tok wan macam mana hari ini?” Salmiah bertanya.
       “Macam tulah mak. Masih tetap tak mahu dibawa ke hospital. Susah betullah tok wan ni,” rungut Siti Ajira.
       “Tak apalah, kita pujuk lagi. Mudah-mudahan kali ini dia mahu,” pujuk Salmiah sambil menepuk-nepuk bahu anaknya.
       “Ni, mak datang sini Pak Sahak tahu ke?”
       “Tak, dia tak ada kat rumah. Mak curi-curilah keluar,” jawab Salmiah tenang. Siti Ajira memandang muka Salmiah dengan padangan cuak bercampur simpati.
       “Karang dia balik tengok mak tak ada. Jenuhlah mak kena balun nanti.”
       “Tak mengapalah Siti, mak dah biasa macam tu. Dahlah, jom kita naik atas tengok tok wan,” ajak Salmiah untuk mengalih topik perbincangan.
       “Yalah. Tadi tok wan tidur, sebab tu Siti turun bawah sapu sampah yang dah menimbun,” terang Siti tanpa diminta.
       “Kasihan anak mak, mesti Siti penat kan, jaga tok wan sendirian.”
       “Tak mengapa, Siti dah biasa. Cuma Siti terkilan sangat. Kenapa pak ngah langsung tak nak balik jenguk tengok tok wan. Siti dah berkali-kali telefon dia, cakap tok wan tak sihat. Tapi sampai sekarang  bayang pun tak nampak,” rungut Siti Ajira yang berbaur kesal.
       “Nak buat macam mana. Orang dah kaya-raya, mana nak ingat kat emak dia yang dah tua ni. Biarkanlah dia Siti, mudah-mudahan dia sedar suatu hari nanti.” Salmiah memujuk Siti Ajira dan juga memujuk hatinya yang turut sama terkilan dengan tindakan adiknya. Sampai hati Kairol buat emak macam ni.
       “Mak, sebenarnya tok wan tu rindu sangat dengan pak ngah. Kalau tidur asyik sebut nama pak ngah aje. Kasihan Siti tengok tok wan tu. Siti rasa nak saja pergi Kuala Lumpur tu, dan seret pak ngah balik dan sujud bawah kaki tok wan.” Marah sekali Siti Ajira bila mengenangkan sikap tidak bertanggungjawab bapa saudaranya.
       “Sabarlah Siti. ALLAH bukan saja menguji tok wan, tapi ALLAH uji kita sekali.”
       “Betul cakap mak tu. Kadangkala Siti tertanya sendiri. Kenapalah kehidupan Siti tak sama dengan remaja lain. Dari kecil sampailah ke besar,” luah Siti Ajira.
       “Maafkan mak. Ini semua salah mak. Mak yang tak mampu beri kebahagiaan untuk anak-anak mak. Mak yang lemah sebenarnya.” Kata-kata Salmiah yang mengandungi rasa bersalah dan kesal yang teramat sangat.
       “Mak, bukan salah mak. Sebenarnya inilah takdir hidup Siti. Ada ayah, tapi tak bertanggungjawab dan hilang entah ke mana. Tak apa, Siti redha semua tu.”
       “Miah, bila kau sampai?” tegur tok wan sebaik saja dia membuka mata.
       “Baru aje mak. Macam mana mak hari ini?”
       “Macam nilah, agaknya aku ni dah nak mati. Hidup pun dah menyusahkan anak cucu.”
       “Hisy tok wan, jangan cakap macam tu. Siti tak pernah rasa susah pun menjaga tok wan. Siti suka, malah Siti sayang sangat dengan tok wan.” Siti Ajira mula sedih.
       “Apa yang mak merepek ni. Bila masa pula mak telah menyusahkan Miah?” Salmiah mengusap kepala emaknya yang masih terbaring.
       “Mak minta maaf pada kau Miah.”
       “Kenapa pula?” Kerut di dahi Salmiah berlapis-lapis.
       “Sebab mak banyak menyusahkan kau. Kasihan kau Miah.” Suara tok wan bergetar dan mata tuanya basah.
       “Mak, dahlah tu. Ni, mak dah mandi ke belum?” tanya Salmiah. Tak nak melayan bual emak yang mula merepek-repek.
       “Belum. Mak tak nak mandi, mak sejuk,” adu tok wan.
       “Kalau mak sejuk, biar Miah lapkan badan mak dengan air suam. Lepas tu Miah akan suapkan bubur untuk mak, mak tentu lapar, kan?”
       “Tak apalah biar Siti yang lapkan badan mak,” bantah tok wan.
       “Mak, sementara Miah ada ni, biarlah Miah yang buat. Kasihan Siti. Biarlah dia berehat,” pujuk Miah. Akhirnya tok wan termakan juga pujukan Miah dan setuju untuk dilap badannya. Miah melakukan dengan rasa bahagia dan tanggungjawab. Miah dandan rambut tok wan dan dipakaikan bedak sehingga wangi seluruh tubuh tok wan.
       “Miah maafkan mak,” pinta tok wan tiba-tiba.
       “Dah, kenapa lagi mak ni?”
       “Betul, mak minta maaf pada kau.” Mata tua tok wan bergenang.
       “Apa yang buat mak sedih ni.”
       “Mak sedih, sebab mak, hidup kau menderita dan tak pernah bahagia.” Suara tok wan tersekat-sekat, sambil air mata jernih laju menuruni lurah pipi tuanya.
       “Apa yang mak merepek lagu ni?” Susah hati Miah dengan maknya. Sensitif sangat dia akhir-akhir ni.
        “Betul Miah. Dulu, mak yang paksa kau berkahwin dengan Sahak selepas kau diceraikan oleh bapa Siti. Mak ingat Sahak boleh bahagiakan kau, rupa-rupanya Sahak seorang lelaki yang jahat dan tak bertanggungjawab. Mak menyesal sangat Miah.”
        “Ya ALLAH mak, benda tu pun dah lepas, dan berlalu. Lagipun dah nasib dan takdir saya hidup begini. Bukan salah mak pun. Dahlah tu mak, jangan dikenang lagi. Mak berehat ya.” Salmiah cuba meredakan emosi sedih tok wan.
        “Macam mana mak tak sedih dan susah hati, si Sahak tak guna tu sesuka hati membantai kau aje. Sakit hati mak bila dengar kau memanjang kena pukul. Senang cerita kau minta cerai ajelah dari Sahak tu.” Tok wan mengumpul kekuatannya bercakap dari hati ke hati dengan Salmiah walaupun tutur katanya tersekat-sekat dan tidak lancar.
        “Mak dahlah tu, tak payah fikir pasal Miah lagi. Tengok tu, mak tercungap-cungap bila bercakap. Dah rehat ya. Miah tunggu mak kat sini.” Salmiah menggosok-gosok badan kurus emaknya.
        “Tapi Miah janji dengan mak, Miah minta cerai ya dari Sahak, sebab mak takut Mia mati di tangan dia.” Mata tua tok wan menatap wajah Miah yang tak pernah cerah dan ceria.
        “Mak, janganlah risau. Miah tahulah nanti,” pujuk Miah lagi.
        “Miah!!! Miah!!! Miah!!!” Jeritan di luar rumah mengejutkan mereka tiga beranak. Siti Ajira yang terlelap di sebelah tilam tok wan tadi terus bingkas bangun akibat terkejut.
        “Mak, pak Sahak datang,” beritahu Siti Ajira dalam debar.
        “Panjang umur Sahak, baru saja kita berbual pasal dia, dah dia muncul,” sahut tok wan bersahaja, tapi hatinya tetap risau dan cemas. Apalah yang akan dibuat oleh Sahak tu pada anaknya.
        “Miah, balik!!!” Sahak menjerit lagi. Dia tahu sangat, isterinya memang ada di sini walaupun dia masih belum melihat muka Salmiah. Kalau tak, macam mana motosikal Miah tu boleh ada di sini. Salmiah menjenguk di muka jendela.
        “Abang, mak sakit marilah naik, jenguk mak!” cakap Salmiah lembut seperti biasa.
        “Kau pekak ke? Aku kata balik, baliklah!!!” Sahak menjerit bagaikan orang kerasukan. Memang kerasukan pun. Salmiah menjeling benci. Macam nilah selalu bila dia sudah kalah judi. Syaitan judi dalam badannya akan merasuk dan mengamuk.
        “Alang-alang abang dah datang, naiklah sekejap tengok mak.” Salmiah tetap memujuk.
        “Eh, kau ni bangang ke apa? Aku datang sini nak suruh kau balik rumah, bukannya nak tengok si tua tu,” tengking Sahak. Melengking suaranya memenuhi ruang dan menyinggah di gegendang telinga tok wan.
        “Baliklah Miah, kalau tak lagi teruk Sahak tu mengamuk,” kata Tok Wan Limah pada Salmiah yang kelihatan serba salah.
        “Tapi mak.”
        “Miah! Balik sekarang. Kalau tak nahas aku kerjakan kau,” laung Sahak lagi.
        “Pergilah balik, mak tak apa-apa,” suruh tok wan. Salmiah sedih macam nak menangis.
        “Mak, Miah balik dulu. Ada masa nanti, Miah datang lagi. Salmiah benar-benar sedih. Air mata yang bergenang dari tadi menitik jatuh ke pipi Tok Wan Limah saat dia mencium wajah tua emaknya.
        Salmiah melangkah dengan hati yang berat. Bila sampai di halaman rumah, Sahak yang menunggu dengan perasaan bengang itu terus menunjal-nunjal kepala Salmiah sampai Salmiah tersadung ke hadapan.
        “Pak Sahak, jangan pukul mak!!!” laung Siti Ajira dari muka jendela. Tak tahan hati dia melihat bapa tirinya memperlakukan emak seperti itu.
        “Suka hati akulah, bini aku.” Sengaja Sahak membakar naluri Siti Ajira yang kian mendidih. Kalau imannya tak kuat, nak saja rasanya dia terjun dari jendela dan berlari untuk membelasah bapa tirinya yang kurang ajar dan jahat itu.
        “Kalau jadi apa-apa pada mak aku, kau tahulah nanti.” Amarah Siti Ajira tak mampu dikawal lagi.
        “Kau nak buat apa?” Sahak ketawa mengejek.
        “Aku report polis, biar kau meringkuk dalam penjara,” jawab Siti Ajira tegas.
        “Hahaha… ada aku kisah. $i@! Pergi mampuslah dengan polis kau tu.” Kuat ketawa Sahak sambil menghidupkan enjin motosikal buruknya dan kemudiannya berlalu pergi. Siti Ajira yang masih berdiri di jendela seakan terbakar seluruh badan. Sakitnya hati pada Sahak hanya ALLAH saja yang tahu. Kau tunggulah suatu hari nanti Sahak, masanya akan tiba juga. Siti Ajira mengepal-ngepalkan tangannya.

  
                                                      BAB 7   
SITI AJIRA terbongkok-bongkok di halaman rumah dengan seberkas penyapu lidinya. Sudah banyak daun-daun kering dari pokok manggis dan rambutan jatuh berguguran memenuhi laman. Rasanya hampir tiga empat hari Siti Ajira tidak turun ke laman rumah akibat dari kekangan masa. Semuanya adalah gara-gara sakit tok wan yang makin menjadi sejak akhir-akhir ini. Kusut kepala Siti Ajira bila memikirkan banyak perkara yang masih perlu dibereskan.
Sebuah motosikal datang memasuki laman rumah. Berhenti betul-betul di hadapan Siti Ajira. Siti Ajira mengangkat muka.
“Hisy, kau ni! Kalau tak buat aku terkejut tak sah, kan?” Marah Siti Ajira pada Gee yang sudah pun tersengih.
        “Assalamualaikum!” Gee memberi salam penuh santun.
        “Waalaikumussalam… Mak cik pun ada sekali?”
        “Yalah Siti. Mak cik mintak Pozie tolong hantarkan mak cik ke sini. Saja nak dengar khabar tok wan kamu. Apa ceritanya?” tanya Mak Cik Kamilah, emak kepada Gee.
        “Eerm… Macam tulah mak cik. Tak ada perubahan pun.”
        “Lagi teruk dari hari tu ke?”
        “Nampaknya macam tulah,” jawab Siti Ajira sambil meluah beban.
        “Habis, tak bawak hospital?” tanya Mak Cik Kamilah.
        “Tok wan tak hendak, jenuh dah kami pujuk,” adu Siti Ajira.
        “Sekarang dia tengah buat apa?” tanya Mak Cik Kamilah lagi.
        “Tadi lepas Siti suapkan makan, tok wan kata dia nak rehat. Dia rasa penat agaknya,” cerita Siti Ajira.
        “Ya ke. Mak cik datang ni tak mengganggu dia ke?”
        “Taklah… tok wan suka kalau ada kenalan dia yang datang melawat. Jomlah kita naik,” pelawa Siti Ajira. Mereka bertiga beriringan naik ke atas rumah dan duduk berhadapan dengan tok wan yang sedang lena tidur.
        “Tok wan, tok wan, Mak Cik Kamilah datang ni, nak ziarah tok wan,” kejut Siti Ajira sambil mengusap-ngusap lengan tok wan yang semakin kecut. Tok wan diam, tidak menyahut.
        “Tok wan, bangunlah! Tengok siapa datang ni.” Siti Ajira mula menggoncang lembut badan tok wannya. Diam juga. Tidak bergerak dan menguit walau sedikit.
        “Tok wan,” panggil Siti Ajira lagi, tapi kali ini hatinya diserbu rasa gundah. Tok wan tidak juga bergerak.
        “Gee kenapa dengan tok wan aku ni? Tak nak dia bangun, selalunya tak macam ni.” Suara Siti Ajira mula menggeletar.
        “Cuba kau pegang pergelangan tangan dan rasa nadinya,” suruh Gee. Siti Ajira mengikut suruhan kawannya. Manakala Mak Cik Kamilah tak henti-henti memanggil nama tok wan. Tapi tok wan tetap juga tidur.
        “Nadi ada, macam mana ni?” Siti Ajira mula menggelabah dan menangis.
        “Siti sabar ya, bertenang dulu. Ingat semua ni ujian ALLAH. Okey Pozie, telefon ambulans sekarang. Kita bawa tok wan ke hospital,” arah Mak Cik Kamilah. Manakala Siti Ajira sudah mula panik, tapi masih lagi cuba mengejutkan tok wan yang memangnya sudah tidak sedar. Air mata Siti Ajira laju menuruni pipi. Hatinya semakin cemas dan takut bila tok wan tidak juga mahu bangun walaupun terus dikejutkannya beberapa kali.
        “Jira, sabarlah ya. Tok wan pengsan aje tu. Insya-ALLAH sekejap lagi ambulans sampai,” pujuk Gee. Susah hatinya melihat Ajira yang dilihatnya begitu sedih.
        “Gee, tok wan aku!” adu Siti Ajira bersama air mata yang kian lebat mengalir.
        “Ya, aku tahu. Sabarlah! Semua ni ujian ALLAH. Dah, cepat call emak kau,” arah Gee.
        “Ya, baiklah,” jawab Siti Ajira. Kemudiannya dia berjalan ke hulu  ke hilir, persis orang yang kehilangan punca.
        “Kau cari apa Jira?” tanya Gee, pelik melihat tingkah laku sahabatnya yang dah tak keruan.
        “Handfon aku,” jawab Siti Ajira resah.
        “Itu, yang kat tangan kau tu apa?” beritahu Gee. Siti Ajira melihat handfon di tangannya dengan pandangan yang berbalam-balam. Air matanya kian laju. Hatinya makin dicengkam risau dan resah.
        “Meh sini, aku call mak kau,” pinta Gee. Tak tahan hatinya melihat Ajira yang tengah panik.
        “Siti, sabar nak ya? Mengucap banyak-banyak. Ingat ALLAH,” pujuk Mak Cik Kamilah sambil menggosok-gosok belakang Siti Ajira.
        “Mak cik, kenapa tok wan saya pengsan ya?” tanya Siti Ajira dalam nada sedih, sambil air matanya terus mengalir lagi.
        “Adalah sebabnya tu Siti. Nanti insya-ALLAH bila doktor dah periksa, barulah kita semua tahu apa puncanya,” pujuk Mak Cik Kamilah.
        “Erm.. lambatnya ambulans,” rungut Siti Ajira dalam tak sabar.
“Sekejap lagi sampailah tu. Mak cik pun dah telefon ketua kampung tadi. Tak lama lagi sampai jugalah dia orang tu kat sini. Siti siap-siaplah dulu apa-apa yang patut untuk dibawa ke hospital,” suruh Mak Cik Kamilah.
       “Baiklah mak cik. Siti pergi kemas barang-barang dulu.” Akur Siti Ajira.  
        TIDAK lama kemudian, kereta ambulans pun tiba di halaman. Jiran-jiran mula berkumpul, berziarah dan melahirkan rasa simpati. Siti Ajira sudah berhenti menangis, tapi mata tetap bengkak dan mukanya nampak sembab.
        “Sabarlah Siti ya, kita doa pada ALLAH semoga tok wan cepat sembuh.” Hanya itulah saja kata-kata pemujuk yang mampu diucapkan oleh Salmiah dalam keadaan sekarang. Dia sendiri terkejut, terkedu dan cukup tidak sangka dengan berita yang dia dapat. Macam mana mak boleh pengsan dengan tiba-tiba? Soalan itu yang terus menikam-nikam benakya dari tadi.
        “Mak, tok wan tak apa-apa, kan?” tanya Siti Ajira untuk menyedapkan hatinya sendiri.
        “Hmm.. insya-ALLAH tak ada apa-apa. Tok wan pengsan, mungkin sebab penat ataupun tak cukup air dalam badan dia kot,” jawab Salmiah mengikut apa yang dia rasa.
        “Okey semua, ambulans dah nak bergerak ni. Ada sesiapa atau waris yang nak naik sekali bagi menemani pesakit,” tanya petugas.
        “Saya!” Laju saja Salmiah menawarkan diri.
        “Baiklah, jom!” kata nurse yang membuat pengumuman.
        “Siti, mak nak pesan ni, bila bawa kereta nanti tu elok-elok sikit, berhati-hati. Jangan nak difikirkan sangat pasal tok wan,” peringat Salmiah. Dia tahu, saat ini perasaan anaknya sedang kacau dengan kejadian yang tidak disangka ini. Dia bimbang akan keselamatan anaknya yang mudah terbawa-bawa dengan kesedihan yang boleh mengalpakan diri.
        SUDAH dua hari tok wan dimasukkan ke ICU. Kata doktor, tok wan telah koma. Puncanya, jangkitan kuman telah merebak ke bahagian hati dan otak. Meraung Siti Ajira tatkala mendengar penerangan dari doktor. Menyesal separuh nyawa dia dengan kebodohannya sendiri.
        “Sudahlah Siti, jangan menangis lagi. Bukan salah Siti. Tok wan yang tak mahu ke hospital,” pujuk Salmiah buat entah yang keberapa kali. Siti Ajira tetap juga menangis. Sedih bercampur kesal terus melanda hati.
        “Tapi mak.. kalaulah Siti tak ikut cakap tok wan, pasti tok wan tak jadi macam ni. Kenapa la Siti ni bodoh sangat?” Siti Ajira tetap juga menyalahkan dirinya sendiri.
        “Sabarlah nak. Dah ketentuan. Benda dah nak jadi. Nak buat macam mana. Mak tahu, kita semua serba salah dengan sikap culas dan keras hati tok wan. Dia yang liat sangat nak ke hospital. Kita boleh buat apa?” terang Salmiah.
        “Emak, sebenarnya kalau nak ikutkan, Siti boleh jer dukung atau cempung tok wan masuk dalam kereta dan bawa dia ke hospital. Tapi yalah…” Terhenti kata-kata Siti Ajira di situ. Tak tahu apa yang dia fikirkan.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        
“Ya, mak tahu.. tapi tok wan tu juga ada perasaan, kan? Kita tak boleh sewenang-wenang buat dia seperti haiwan peliharaan yang boleh kita paksa dukung untuk dibawa buat pemeriksaan. Walaupun niat kita baik, tapi kita kena hormat dan raikan juga kehendak ‘tak mahu’ dia tu,” terang Salmiah lagi.
“Tapi mak, inilah jadinya bila kita bertindak di atas dasar kesian. Maksud Siti, buat sesuatu yang tidak kena pada tempatnya. Takut juga Siti kalau ini merupakan suatu ketidakadilan buat tok wan.”
“Betul tu Siti, tapi kita dah buat apa yang termampu oleh kita. Perlu mak ingatkan, semua ini terjadi atas kehendak ALLAH juga. Janganlah kita menyesalai dengan apa yang telah berlaku.”
“Mak.. Siti betul-betul sedihlah mak. Siti takut tak sempat jumpa dengan tok wan lagi. Doktor pun ada kata peluang untuk tok wan sedar semula sukar diramal, tak ada jaminan yang dia akan okey dalam masa yang terdekat ini, kerana ia melibatkan faktor usianya juga,” lirih sendu suara Siti Ajira.
“Siti.. kita doakan yang terbaik untuk tok wan ya. Kita serah saja pada ALLAH yang menguasai jiwa kita ini.” Salmiah memeluk anaknya erat. Memberi kekuatan padanya agar dia dapat menerima takdir yang telah ditentukan ini. Air matanya meleleh perlahan. Dia tahu apa yang sedang anaknya rasai, kerana dia juga merasai apa yang dia rasai. Namun hanya pada ALLAH mereka mampu berserah.






SENGAL PUNYA MAMAT BAB 6

Assalamualaikum para pembaca semua.
Lama Ummu tak jengok dan postkan bab yang terbaru.
So, camna tertunggu2 tak?
Kira oraitler tu. Bukan Ummu lupa, tapi kekangan masa dan jadual harian yg padat sesangat.
sampai naik semput . terlalu banyak benda yg nak dibuat.
 Nak ke tak baca  bab yg seteusnya ni? Angkat tangan dulu. Yesss...
K. bye... jumpa kat pintu sebelah

Tuesday, June 9, 2015

SENGAL PUNYA MAMAT BAB 5

  BAB 5                                                                             

          SAKIT Tok Wan Limah makin menjadi-jadi sejak balik dari klinik tempoh hari. Ubat yang diberi oleh doktor mungkin tak serasi dengan tok wan. Demam dan batuk selsemanya bertambah kuat. Kadangkala tok wan kelihatan sukar bernafas. Bila dipujuk untuk dibawa ke hospital, dia bermati-matian tidak mahu pergi. Katanya, apa-apa pun berlaku, biarlah dia mati di atas rumah pusaka ini. Ah… susah betul untuk mendepani krisis penolakan tok wan.
         Susah hati Siti Ajira memikirkan keadaan tok wan. Karang, kalau apa-apa terjadi pada tok wan, dia juga yang susah, dia  juga yang akan dipertanggungjawabkan. Dia juga yang akan dikutuk dan dimaki hamun oleh anak-anak tok wan. Ya ALLAH, bantulah aku! Siti Ajira menadah tangan ke langit dan kemudiannya dia meraup ke muka. Mudah-mudahan ALLAH mendengar doanya.
       “Siti, kenapa termenung ni?” Terkejut Siti Ajira bila mendengar ada orang menyapanya dari belakang. Dia menoleh.
       “Oh mak. Bila mak sampai? Tak dengar pun bunyi motor mak.” Siti Ajira mengangkat muka redupnya. Penyapu lidi yang berada di tangan diletak di sebelahnya.
       “Baru aje, memanglah Siti tak dengar, kalau fikiran tu melayang jauh,” jawab Salmiah lembut. Dia duduk berhampiran dengan Siti Ajira. Di atas pangkin di bawah pokok manggis. Perlahan-lahan Salmiah mengusap wajah anak sulungnya yang kelihatan tidak ceria dan susah hati. Siti Ajira membiarkan saja, dan dia rasa bahagia bila sekali-sekala dapat sentuhan dari mak.
       “Tok wan macam mana hari ini?” Salmiah bertanya.
       “Macam tulah mak. Masih tetap tak mahu dibawa ke hospital. Susah betullah tok wan ni,” rungut Siti Ajira.
       “Tak apalah, kita pujuk lagi. Mudah-mudahan kali ini dia mahu,” pujuk Salmiah sambil menepuk-nepuk bahu anaknya.
       “Ni, mak datang sini Pak Sahak tahu ke?”
       “Tak, dia tak ada kat rumah. Mak curi-curilah keluar,” jawab Salmiah tenang. Siti Ajira memandang muka Salmiah dengan padangan cuak bercampur simpati.
       “Karang dia balik tengok mak tak ada. Jenuhlah mak kena balun nanti.”
       “Tak mengapalah Siti, mak dah biasa macam tu. Dahlah, jom kita naik atas tengok tok wan,” ajak Salmiah untuk mengalih topik perbincangan.
       “Yalah. Tadi tok wan tidur, sebab tu Siti turun bawah sapu sampah yang dah menimbun,” terang Siti tanpa diminta.
       “Kasihan anak mak, mesti Siti penat kan, jaga tok wan sendirian.”
       “Tak mengapa, Siti dah biasa. Cuma Siti terkilan sangat. Kenapa pak ngah langsung tak nak balik jenguk tengok tok wan. Siti dah berkali-kali telefon dia, cakap tok wan tak sihat. Tapi sampai sekarang  bayang pun tak nampak,” rungut Siti Ajira yang berbaur kesal.
       “Nak buat macam mana. Orang dah kaya-raya, mana nak ingat kat emak dia yang dah tua ni. Biarkanlah dia Siti, mudah-mudahan dia sedar suatu hari nanti.” Salmiah memujuk Siti Ajira dan juga memujuk hatinya yang turut sama terkilan dengan tindakan adiknya. Sampai hati Kairol buat emak macam ni.
       “Mak, sebenarnya tok wan tu rindu sangat dengan pak ngah. Kalau tidur asyik sebut nama pak ngah aje. Kasihan Siti tengok tok wan tu. Siti rasa nak saja pergi Kuala Lumpur tu, dan seret pak ngah balik dan sujud bawah kaki tok wan.” Marah sekali Siti Ajira bila mengenangkan sikap tidak bertanggungjawab bapa saudaranya.
       “Sabarlah Siti. ALLAH bukan saja menguji tok wan, tapi ALLAH uji kita sekali.”
       “Betul cakap mak tu. Kadangkala Siti tertanya sendiri. Kenapalah kehidupan Siti tak sama dengan remaja lain. Dari kecil sampailah ke besar,” luah Siti Ajira.
       “Maafkan mak. Ini semua salah mak. Mak yang tak mampu beri kebahagiaan untuk anak-anak mak. Mak yang lemah sebenarnya.” Kata-kata Salmiah yang mengandungi rasa bersalah dan kesal yang teramat sangat.
       “Mak, bukan salah mak. Sebenarnya inilah takdir hidup Siti. Ada ayah, tapi tak bertanggungjawab dan hilang entah ke mana. Tak apa, Siti redha semua tu.”
       “Miah, bila kau sampai?” tegur tok wan sebaik saja dia membuka mata.
       “Baru aje mak. Macam mana mak hari ini?”
       “Macam nilah, agaknya aku ni dah nak mati. Hidup pun dah menyusahkan anak cucu.”
       “Hisy tok wan, jangan cakap macam tu. Siti tak pernah rasa susah pun menjaga tok wan. Siti suka, malah Siti sayang sangat dengan tok wan.” Siti Ajira mula sedih.
       “Apa yang mak merepek ni. Bila masa pula mak telah menyusahkan Miah?” Salmiah mengusap kepala emaknya yang masih terbaring.
       “Mak minta maaf pada kau Miah.”
       “Kenapa pula?” Kerut di dahi Salmiah berlapis-lapis.
       “Sebab mak banyak menyusahkan kau. Kasihan kau Miah.” Suara tok wan bergetar dan mata tuanya basah.
       “Mak, dahlah tu. Ni, mak dah mandi ke belum?” tanya Salmiah. Tak nak melayan bual emak yang mula merepek-repek.
       “Belum. Mak tak nak mandi, mak sejuk,” adu tok wan.
       “Kalau mak sejuk, biar Miah lapkan badan mak dengan air suam. Lepas tu Miah akan suapkan bubur untuk mak, mak tentu lapar, kan?”
       “Tak apalah biar Siti yang lapkan badan mak,” bantah tok wan.
       “Mak, sementara Miah ada ni, biarlah Miah yang buat. Kasihan Siti. Biarlah dia berehat,” pujuk Miah. Akhirnya tok wan termakan juga pujukan Miah dan setuju untuk dilap badannya. Miah melakukan dengan rasa bahagia dan tanggungjawab. Miah dandan rambut tok wan dan dipakaikan bedak sehingga wangi seluruh tubuh tok wan.
       “Miah maafkan mak,” pinta tok wan tiba-tiba.
       “Dah, kenapa lagi mak ni?”
       “Betul, mak minta maaf pada kau.” Mata tua tok wan bergenang.
       “Apa yang buat mak sedih ni.”
       “Mak sedih, sebab mak, hidup kau menderita dan tak pernah bahagia.” Suara tok wan tersekat-sekat, sambil air mata jernih laju menuruni lurah pipi tuanya.
       “Apa yang mak merepek lagu ni?” Susah hati Miah dengan maknya. Sensitif sangat akhir-akhir ni.
        “Betul Miah. Dulu, mak yang paksa kau berkahwin dengan Sahak selepas kau diceraikan oleh bapa Siti. Mak ingat Sahak boleh bahagiakan kau, rupa-rupanya Sahak seorang lelaki yang jahat dan tak bertanggungjawab. Mak menyesal sangat Miah.”
        “Ya ALLAH mak, benda tu pun dah lepas, dan berlalu. Lagi pun dah nasib dan takdir saya hidup begini. Bukan salah mak pun. Dahlah tu mak, jangan dikenang lagi. Mak berehat ya.” Salmiah cuba meredakan emosi sedih tok wan.
        “Macam mana mak tak sedih dan susah hati, si Sahak tak guna tu sesuka hati membantai kau aje. Sakit hati mak bila dengar kau manjang kena pukul. Senang cerita kau minta cerai sajalah dari Sahak tu.” Tok wan mengumpul kekuatannya bercakap dari hati ke hati dengan Salmiah walaupun tutur katanya tersekat-sekat dan tidak lancar.
        “Mak dahlah tu, tak payah fikir pasal Miah lagi. Tengok tu, mak tercungap-cungap bila bercakap. Dah rehat ya. Miah tunggu mak kat sini.” Salmiah menggosok-gosok badan kurus emaknya.
        “Tapi Miah janji dengan mak, Miah minta cerai ya dari Sahak, sebab mak takut Mia mati di tangan dia.” Mata tua tok wan menatap wajah Miah yang tak pernah cerah dan ceria.
        “Mak, janganlah risau. Miah tahulah nanti,” pujuk Miah lagi.
        “Miah!!! Miah!!! Miah!!!” Jeritan di luar rumah mengejutkan mereka tiga beranak. Siti Ajira yang terlelap di sebelah tilam tok wan tadi terus bingkas bangun akibat terkejut.
        “Mak, pak Sahak datang,” beritahu Siti Ajira dalam debar.
        “Panjang umur Sahak, baru saja kita berbual pasal dia, dah dia muncul,” sahut tok wan bersahaja, tapi hatinya tetap risau dan cemas. Apalah yang akan dibuat oleh Sahak tu pada anaknya.
        “Miah, balik!!!” Sahak menjerit lagi. Dia tahu sangat, isterinya memang ada di sini walaupun dia masih belum melihat muka Salmiah. Kalau tak, macam mana motosikal Miah tu boleh ada di sini. Salmiah menjenguk di muka jendela.
        “Abang, mak sakit marilah naik, jenguk mak!” cakap Salmiah lembut seperti biasa.
        “Kau pekak ke? Aku kata balik, baliklah!!!” Sahak menjerit bagaikan orang kerasukan. Memang kerasukan pun. Salmiah menjeling benci. Macam nilah selalu dia sudah kalah judi. Syaitan judi dalam badannya akan merasuk dan mengamuk.
        “Alang-alang abang dah datang, naiklah sekejap tengok mak.” Salmiah tetap memujuk.
        “Eh, kau ni bangang ke apa? Aku datang sini nak suruh kau balik rumah, bukannya nak tengok si tua tu,” tengking Sahak. Melengking suaranya memenuhi ruang dan menyinggah di gegendang telinga tok wan.
        “Baliklah Miah, kalau tak lagi teruk Sahak tu mengamuk,” kata Tok Wan Limah pada Salmiah yang kelihatan serba salah.
        “Tapi mak.”
        “Miah! Balik sekarang. Kalau tak nahas aku kerjakan kau sekarang,” laung Sahak lagi.
        “Pergilah balik, mak tak apa-apa,” suruh tok wan. Salmiah sedih macam nak menangis.
        “Mak, Miah balik dulu. Ada masa nanti, Miah datang lagi. Salmiah benar-benar sedih. Air mata yang bergenang dari tadi menitik jatuh ke pipi Tok Wan Limah saat dia mencium wajah tua emaknya.
        Salmiah melangkah dengan hati yang berat. Bila sampai di halaman rumah, Sahak yang menunggu dengan perasaan bengang itu terus menunjal-nunjal kepala Salmiah sampai Salmiah tersadung ke hadapan.
        “Pak Sahak, jangan pukul mak!!!” laung Siti Ajira dari muka jendela. Tak tahan hati dia melihat bapa tirinya memperlakukan emak seperti itu.
        “Suka hati akulah, bini aku.” Sengaja Sahak membakar naluri Siti Ajira yang kian mendidih. Kalau imannya tak kuat, nak saja rasanya dia terjun dari jendela dan berlari untuk membelasah bapa tirinya yang kurang ajar dan jahat itu.
        “Kalau jadi apa-apa pada mak aku, kau tahulah nanti.” Amarah Siti Ajira tak mampu dikawal lagi.
        “Kau nak buat apa?” Sahak ketawa mengejek.
        “Aku report polis, biar kau meringkuk dalam penjara,” jawab Siti Ajira tegas.
        “Hahaha… ada aku kisah. $i@! Pergi mampuslah dengan polis kau tu.” Kuat ketawa Sahak sambil menghidupkan enjin motosikal buruknya dan kemudiannya berlalu pergi. Siti Ajira yang masih berdiri di jendela seakan terbakar seluruh badan. Sakitnya hati pada Sahak hanya ALLAH saja yang tahu. Kau tunggulah suatu hari nanti Sahak, masanya akan tiba juga. Siti Ajira mengepal-ngepalkan tangannya.

     















SENGAL PUNYA MAMAT BAB 4

                                        BAB 4

SEMERBAK bau nasi goreng Mak Leha menyerbu masuk ke lubang hidung Farhan tatkala dia melangkah ke ruang dapur. Nasi goreng cili hijau bakar Mak Leha sememangnya menjadi kegemaran Farhan dari dulu.
“Assalamualaikum Mak Leha. Masak apa tu?” sergah Farhan yang datang perlahan-lahan di belakang Mak Leha.
“Opocot, emak kau meletop,” melatah Mak Leha seperti biasa apabila disergah. Farhan ketawa.
        “Bertuah punya budak. Kalau tak mengusik Mak Leha tak boleh ke?”
“Alah… usik sikit aje. Pa’an suka tengok Mak Leha melatah, macam comei jer.” Farhan Ketawa lagi.
“Banyak ler Pa’an punya comei. Pa’an jangan main-main. Karang Mak Leha terover melatah dan terketuk kepala Pa’an dengan seduk ni baru tau. Biol… tak berbini kau nanti, nak?”
“Memang tak nak berbini pun. Perempuan ni semuanya sama saja Mak Leha. Buat menyemak dan pening kepala aje.”
“Ops, tak betul tu Pa’an. Pa’an tak boleh berpandangan prejudis seperti itu. Takkanlah kerana seorang perempuan yang buat jahat dengan Pa’an, habis semua perempuan Pa’an nak hukum. Tak betul tu, mana maunya macam tu Pa’an. Seekor kerbau yang bawa lumpur, habis semuanya terpalit. Lagipun fitrahnya kita ni diciptakan berpasang-pasangan.” Terkeluar lagi ayat-ayat berbisa yang biasa Farhan dengar dari mulut Mak Leha yang memangnya pandai menyusun kata.
“Habis, Mak Leha tu tak ada pun pasangan tak apa pulak?”
“Siapa kata Mak Leha tak ada pasangan? Ada. Pa’an yang tak tau. Cumanya, dia dulu yang pergi meninggalkan Mak Leha. Sebab itulah sampai sekarang Mak Leha tak direzekikan bertemu jodoh dengan sesiapa. Ada ler hikmahnya tu. Insya-ALLAH kami akan bertemu semula nanti di pintu syurga.” Bersungguh Mak Leha menjawab.
“Erm… ya ler tu. Pandai ler Mak Leha. Mana Mak Leha tau. Kitab mana yang Mak Leha baca,” usik Farhan.
“Ustaz yang cakap,” ujar Mak Leha.
“Ustaz mana?” tanya Farhan, seolah memberi tekanan.
“Alah Pa’an… lain kali petang-petang tu rajin-rajin ler sikit tengok program ceramah kat dalam TV tu, ini tidak… Doeremon dan Upin Ipin juga dihadapnya, mengalahkan bebudak. Dah tu pandai pulak nak mempersoalkan cakap orang.” Berfakta dan yakin sekali Mak Leha menjawab. Farhan hanya senyum. Tau malu.
“Yalah yalah… Mak Leha menang.” Saja aje dia cuba menutup isu, supaya tak terus kena bedal dengan Mak Leha. 
“Mama mana Mak Leha?” tanya Farhan, sambil matanya melilau-lilau mencari kelibat mamanya.
“Dah keluar pergi butik ler,” jawab Mak Leha.
“Awalnya pergi. Selalunya 9.30 baru dia keluar.”
“Katanya ada stok baru sampai,” jelas Mak Leha.
“Oh, ya ke?”
“Mila dah pergi kolej?” Farhan bertanya tentang adik perempuannya pula.
“Dah pergi pun dengan kawannya.”
“Eh duduklah sarapan, Mak Leha dah sediakan ni, nanti sejuk pulak Nescafe tu,” suruh Mak leha.
“Baiklah. Terima kasih Mak Leha,” ucap Farhan hormat.
“Ya, sama-sama. Oh ya, tadi Puan ada pesan suruh beritahu Pa’an.”
“Pesan apa?”
“Puan cakap, dia suruh Pa’an balik awal sikit petang ini. Dia hendak Pa’an pakai smart-smart. Kemudian katanya, jangan pulak berselemuih dengan minyak hitam apabila sampai ke rumah nanti.” Mak Leha berjeda sambil melihat ke arah Farhan. Kepalanya ligat memikir, nak ke budak ni ikut cakap mama dia?
“Kenapa Mak Leha?” Farhan menepuk meja, mengejutkan Mak Leha yang telah terdiam seketika.
“Aa, aa… aku nak kawen, kau nak kawen. Kahwin… kahwin. Ish, ish kau ni…” Mak Leha melatah sambil menggaru kepalanya yang bertudung litup.
“Dah, dah! Siapa yang nak kahwin?” Farhan merendahkan suara.
“Sapa lagi, Pa’anlah! Petang nanti mama Pa’an ada jemput Datin Ruby datang minum petang kat sini.”
“Kenapa Mak Leha, kat rumah dia dah tak ada serbuk kopi nak dibancuh ke?” Laju saja Farhan memotong, tahu sangat dia dengan niat mamanya.
“Dak aeh, sajalah Puan ajak Datin Ruby dan anak gadis dia tu mai sini, bolehlah kenal-kenalkan dengan Pa’an. Manalah tahu kot-kot Pa’an berkenan,” cerita Mak Leha telus.
“Hisy Mak Leha, mama ni… tak habis-habis dengan pencarian calon menantunya. Rimaslah saya. Dah tau saya tak nak kahwin, nak juga dipadan-padan,” marah Farhan.
“Uh…tak baik Pa’an cakap lagu tu kat mama Pa’an. Setiap ibu yang melahirkan mestilah nak tengok anak-anaknya berumah tangga, kemudian beranak-pinak dan hidup bahagia. Ha, macam tulah jugak mama Pa’an. Jenuh, berbuih mulut dia suruh Pa’an cari pasangan. Pa’an buat bodoh aje. Dah tu, biar ajelah dia yang cari.” Farhan melihat ke arah Mak Leha yang selalu saja membela majikannya. Apa saja majikannya cakap, semuanya, yes maam! Orait belaka, tak boleh genglah dengan Mak Leha ni.
“Erm… dahlah, saya pergi dulu,” pohon Farhan.
“Karang macam mana, balik awal tak? Jangan lengah-lengah, nanti tak pasal Mak Leha yang kena marah dengan Puan,” temberang Mak Leha. Dah tu ‘baek’ punya, siap buat muka sedih seposen lagi.
“Ha, kenapa pulak Mak Leha yang kena?”
“Nanti mama Pa’an ingat Mak Leha dah lupa nak beritahu.”
“Mama ni pun satu. Apa yang main-main pesan bagai. WhatsApp, kan ada. Hantar aje ler,” rungut Farhan.
“Puan mana ada masa nak main benda alah tu. Dia kan, sentiasa sibuk.” 
“Mak Leha ni asyik ‘nyokong’ mama ni apa hal. Tak guna teknologi untuk kemudahan pun mama betul, apa citer!” tegur Farhan.
“Yalah… dah dia tu majikan Mak Leha. Sendiri mau ingat. Mestilah kena sokong.” Senyum Mak Leha. Farhan buat duck face.
“Assalamualaikum!” Farhan mengucap salam sambil ketawa kecil sebelum beredar.
“Waalaikumussalam! Macam mana?” tanya Mak Leha untuk kepastian.
“Macam mana apanya?” Farhan hilang punca.
Date dengan Datin Ruby dan anaknya lerrr?” Mak Leha menyengih.
“Ya ALLAH, tak habis lagi ke ‘story’nya?”
“Belum, selagi Pa’an tak bagi kata putus,” sahut Mak Leha.
“Tengoklah nanti, tak janji. Kalau ada, ada.” Naik malas Farhan nak melayan cakap Mak Leha lagi.
“Tak baik tau Pa’an, seorang anak mengecilkan hati ibunya. Apalagi mengecewakan perasaannya yang terlalu mengharap. Karang tak cium bau syurga, sebab syurga itu di bawah tapak kaki ibu.” Kata kunci terakhir dari Mak Leha telah menyentuh hati nurani Farhan. Memang, pengorbanan seorang ibu tidak ternilai. Apa salahnya kalau kali ini dia mengalah dengan kehendak mama?
“Yalah, yalah… karang saya balik awal,” jawab Farhan yang selalu kalah kalau berjual beli dengan isu syurga dan neraka.
“Ha, macam tulah anak yang soleh, balasan pastinya syurga. Dah, cepat pergi kerja. Nanti lambat pulak sampainya. Tau aje ler jalan jammed,” suruh Mak Leha dengan senyuman kemenangan.
“Sukalah tu, dapat bodek majikan dia,” kata Farhan sambil berjalan keluar menuju ke garaj. Mak Leha ketawa di muka pintu, melambaikan tangan pada anak majikannya yang payah sangat nak dibuat padan.
FARHAN menuju ke tempat kerjanya dengan perasaan yang tidak ceria dan sedikit terganggu. ‘Karut betullah!’ luahnya perlahan sambil meneruskan perjalanan. Trafik berjalan lancar, dan tidak berapa lama kemudian dia sampai di tempat kerja tepat pada masanya.
Dari pagi hingga ke petang Farhan berada di bengkel yang berkembar dengan kedai aksesori yang juga menjadi miliknya. Tak sedar dia masa begitu cepat berlalu, ditambah pula dengan ramai pulak customer yang datang untuk servis dan repair. Bila dia melontarkan pandangannya dari bawah kereta ke arah jam dinding yang tergantung di sudut bengkel, barulah dia sedar bahawa hari sudah lewat, dan teringat ia akan janjinya pada Mak Leha.
Jarum pendek sudah pun tercacak ke angka lima. Bermakna kalau dia bergegas sekarang pun, sudah pasti dia akan lewat tiba. Farhan segera memanggil pekerjanya untuk menyambung kerjanya yang masih belum beres. Setelah membersihkan tangannya dari minyak hitam, lantas dia masuk ke pejabat, duduk menghadap handfonnya yang berada dia atas meja. Ya ALLAH… mak datuk, melambak-lambak WhatsApp dan SMS yang masuk. Semuanya dari mama dan Mak Leha. Dah tentu sekarang ini mama sedang berbuih marah padanya yang tidak endah dengan janji.
Sebaik saja dia selesai berkemas apa yang patut dan berpesan itu dan ini pada staf-stafnya, Farhan menghidupkan keretanya terus mendesup laju menuju ke rumahnya yang terletak di Damansara Height. Bila tiba di halaman rumah banglo mewah milik keluarganya, Farhan memakir kereta Iswara Aeroback lama di sebelah kereta mewah berjenama BMW. Farhan senyum sendiri. Agaknya kereta mewah ini milik tetamu mamanya yang belum pulang walaupun hari telah senja.
“Assalamualaikum.” Farhan melangkah ke dalam rumah dan memberi salam, kemudiannya mempamerkan senyuman. Tetamu yang ralit menyembang berpaling ke belakang. Melihat si pemberi salam. Buntang anak mata tetamu dengan muka cuak yang tidak disengajakan. Terjegil biji mata tuan rumah. Terkejut dengan perangai anak teruna yang tak senonoh.
“Waalaikumussalam,” perlahan saja jawab Puan Hanina. Suaranya terkelam ke dalam. Malu, sungguh memalukan.
“Maaflah lambat, jalan jammed teruk.” Farhan bercerita walaupun tidak ditanya. Tiga orang perempuan yang berbual tadi, diam tak terkata, seakan-akan terkena renjatan elektrik.
“Ini ke Datin Ruby kawan mama?” tanya Farhan, kemudian dia sengaja menyengih. Mempamerkan serbuk cili yang sengaja dia letakkan di atas gigi. Baru nampak sempoi. Nak saja dia ketawa kuat dan-dan tu juga bila melihat riak muka Datin Ruby dua beranak yang seakan tidak senang melihat ke arahnya.
“Han kenapa balik dalam keadaan macam ni?” tanya Puan Hanina yang cuba mengawal marahnya.
“Kenapa mama? Macamlah mama tak tahu kerja Pa’an. Kerjaya sebagai mekanik macam ni. Berlemuih dengan minyak hitam. Tak gitu datin?” Farhan menyengih lagi. Datin yang melihatnya semakin ngeri dan geli.
“Nina, you kata anak you ada syarikat, buat bisnes sendiri. Tapi yang depan I ni siapa pulak? Kerja kuli aje, you nak tipu I ke?” Datin Ruby meledakkan marah dan bengangnya pada Puan Hanina.
“Jomlah mummy kita balik. Ada ke patut dengan orang macam ni mummy nak jodohkan dengan Liyana. Gelilah!” Anak gadis Datin Ruby yang pakai separuh seksi itu bingkas bangun.
“Tunggulah dulu, kita sembang-sembang dan berkenal-kenalan,” ajak Farhan sambil menyengih lagi. Seronok pula rasanya mengenakan mak datin yang berlagak bagus ni.
“Eh, takkan nak balik. Tunggulah dulu. Sebenarnya Farhan bukan macam ni.” Tahan Puan Hanina dengan rasa bersalah yang amat sangat. Farhan menyengih lagi seperti kerang busuk, dengan buat muka separuh bodohnya.
“Sudahlah Nina, sengaja you nak kenakan I. Kalau I taulah macam ni anak you, tak hingin I datang sini tau. Mak dengan anak sama saja tak guna.” Farhan berhenti menyengih. Matanya mencerlun ke arah datin cap ayam yang bermulut berus dawai. Kasar dan celopar sekali.
“Jom mummy kita blah, buang masa aje.” Anak dara yang kurang sopan itu menarik tangan mummynya, lalu menuju ke pintu  dan melangkah keluar dari rumah tanpa pamitan. Terkedu Puan Hanina dengan tingkah laku calon menantu tak jadinya. Kedua beranak itu berdiri di depan rumah, menghantar tetamunya pulang. ‘Cepatnya berubah tingkah laku. Tadi bukan main sopan senyum simpul bagai, sekarang lain pula jadinya’. Detik hati Puan Hanina yang amat terkilan.
“Kenapa Pa’an jahat sangat, suka memalukan mama ya?” marah Puan Hanina sambil menepuk bahu anak terunanya. Farhan ketawa kuat.
“Kenapa, mama terkilan ke tak dapat berbesan dengan Datin Ruby yang glamor tu?” usik Farhan. Dia masih ketawa. Puan Hanina menjeling dengan hati yang sakit.
“Mama malu pada Datin Ruby tu, awak tu tak senonoh sungguh. Kenapa  pakai baju bengkel?” marah Puan Hanina.
“Tadi, banyak kereta masuk. Staf pula ada yang cuti. Terpaksalah Pa’an buat sendiri,” terang Farhan kenapa dia balik dalam keadaan comot dan kotor serta nampak selekeh.
“Sepatutnya Pa’an bersihkanlah badan tu dulu sebelum balik. Pakailah baju elok-elok macam biasa. Barulah mama ni tidak dituduh sebagai penipu.” Nada suaranya masih tinggi. Masih tak puas hati. Alahai terkilan sangatlah agaknya tak berpeluang bermenantukan anak datuk, datin. Ketawa Farhan belum selesai.
“Alah mama, biar mereka yang tertipu, asalkan jangan kita ditipu oleh mereka yang berwajah plastik tu. Mama nak ke menantu yang sombong dan kurang ajar macam tu?” Terpukul Puan Hanina dengan pertanyaan Farhan.
“Sebenarnya mama tak berapa kenal sangat dengan Datin Ruby tu. Kenal gitu-gitu aje, dan tak sangka pula perangai mereka sebegitu teruk.” Akur Puan Hanina ralat.
“Ha, tengok kerja ALLAH. DIA dah susun semua perkara. Kan, dah terbongkar segala perangai mereka sebenarnya. Lepas ni mama tak payahlah sibuk-sibuk pasal jodoh Pa’an. Kalau ada jodoh dengan sesiapa, maknanya adalah rezeki mama nak bermenantu. Kalau tak ada juga, kira serah saja pada ALLAH.” Peringatan pendek dari Farhan yang sememangnya tadi dia telah membuat seperti yang dirancang. Farhan senyum, puas hati.
“Yalah, tapi Farhan kenalah cari calon menantu untuk mama. Mama dan papa kamu, bukanlah muda lagi. Esok lusa pun boleh dijemput oleh ALLAH,” pesan Puan Hanina.
“Baiklah mama,” sahut Farhan sambil berlalu menuju ke bilik untuk membersihkan badannya.