NOW SHOWING
OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga.
Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis.
Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima.
Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.
Thursday, March 22, 2012
BAB 25 Seawal pagi lagi Aiman telah menunggu di hadapan Klinik Safwan. Kalau nak kira,pintu klinik belum pun di buka ,tapi Aiman sudah terpacak di situ menunggu seseorang dengan penuh sabar.
Penat Aiman berdiri di kaki lima klinik,namun orang yang di tunggu ,tak juga tiba. Aiman mula resah, kalau mengikut jadual temujanji . Nur Asiah akan datang untuk berjumpa dengan doktor untuk rutin pemeriksaan bagi ibu mengandung pada hari ini.
“Kenapa dia tak datang, sekarang sudah pukul 10.30 pagi “ Aiman bertanya sendiri,namun dia sendiri tiada jawapannya. Dengan langkah yang longlai dia menuju ke kereta yang diparking di hadapan klinik tersebut. Aiman memasuki kereta, dalam hati dia berharap ,agar Nur segera datang , dan kalau Nur tak datang sekali pun dia akan menunggu sehingga habis waktu klinik tu dibuka, biar puas hatinya berkorban untuk menunggu Nur.
Pelik sungguh hati ini, bila dah hilang tercari-cari, bila dah tiada tertunggu-tunggu untuk berjumpa, sewaktu dulu, semasa diam sebumbung ,tidur sekatil, perasaan rindu dan cinta tidak segila ini. Manusia memang pelik dan gila, lebih gila dari pesakit mental di Tanjung Rambutan.
Tepat pukul 11.00 pagi,sebuah kereta kancil,tiba-tiba saja berhenti dan parking betul-betul di hadapan keretanya, kacau betul kereta ni,mahu saja Aiman menyembunyi hon keretanya agar kereta kancil itu berpindah,kerana kereta kancil tersebut telah menghalang pandangan matanya.
Tiba-tiba pintu kereta kancil dibuka dan seorang perempuan yang gemuk menolak pintu keluar. Eeeeii...geram rasanya ,macam nak tendang punggung aje. Buat menyemak saja. Aiman mengomel dalam hati. Dah tu,lambat sangat beredarnya, siap bersembang lagi dengan temannya yang berada di dalam kereta. eeeiii......buat rosak pandangan mata,kalau cantik takpalah juga. Ini sakit saja mata melihatnya.
Perempuan gemuk tadi ke sebelah tempat duduk penumpang di bahagian hadapan, siap membuka pintu untuk temannya. Bilakah mereka ni nak beredar,lambat sangat pergerakkannya. Dahlah tu siap dengan ketawa-ketawa lagi,sakit hati Aiman melihatnya. tapi yang peliknya , tak pula Aiman mengalihkan pandangan matanya dari melihat perempuan gemuk itu, nak pula dia tahu, apa yang terjadi seterusnya.
Sepasang kaki di hulur keluar dari kereta, kaki yang cantik, putih dan gebu. Tapi kalau dilihat dari kaki tersebut, pasti orangnya gemuk juga. Eh...tak ada orang yang cantik ke yang boleh dilihat dengan tenang. Ingatan untuk menunggu Nur Asiah hilang seketika. Aiman memerhati lagi perempuan gemuk itu menghulurkan tangan untuk mengangkat orang yang berada di dalam kereta, wajah perempuan gemuk itu sangat ceria dan orangnya juga meriah, asyik ketawa bila bercakap. Peliknya dunia ini, walaupun diri tak sehebat mana, tapi masih ada rasa gembira dan bahagia. Tidak seperti dia, memiliki apa saja, tapi hati tak bahagia dan tenteram. Betullah kata orang,kemewahan dan harta buka tiket untuk bahagia, tapi hati yang sejahtera yang boleh membawa bahagia dan sakinah.
Sebaik saja perempuan yang berada dalam kereta itu keluar,lalu pakaiannya dibetulkan oleh perempuan gemuk yang pertama tadi,mulia sungguh hatinya. Dengan tidak semena-mena,perempuan yang kedua itu pun menoleh ke kiri dan ke kanan. Berderau darah naik ke muka, seluruh tubuh menjadi panas seketika kerana darah berlari laju, Memang dia terkejut beruk, sedangkan beruk pun tak terkejut seperti dia. Aiman menggosok-gosok mata beberapa kali, kut salah penglihatan, atau cornea mata dah berselaput? Dah sah...itu Nur Asiah, isteri aku ,yang aku cintai. Aiman dengan rasa rindu yang berkobar-kobar terus membuka pintu kereta, tapi seketika kemudian dia menutup kembali. Walaupun rindu sedang menggelodak di dalam hati, namun akalnya masih berfungsi. Kalau dia meluru keluar tiba-tiba, pasti Nur Asiah ketakutan, mungkin Nur Asiah akan berlari balik ke kereta,manakala temujanjinya dengan doktor akan dilupakan saja. Kemungkinan juga Nur Asiah akan menjerit meminta tolong dan gelagat mereka akan menjadi perhatian orang ramai, sebab kaki lima klinik tersebut penuh dengan orang yang lalu-lalang. Satu perkara yang paling Aiman takuti ialah kehilangan jejak Nur Asiah buat kesekian kalinya, takut mereka berdua terkejut dan melarikan diri ,justeru itu dia hanya perlu bersabar dan tak perlu tergesa-gesa. Aiman membatalkan niatnya dan membiarkan saja Nur Asiah dan perempuan gemuk itu pergi. Siapa dia yang gemuk tu?,sebenarnya taklah gemuk mana, bukanlah gemuk macam Shanie yang pelakon tu, cuma badannya agak besar dan tegap, serta berisi. Tapi sesuatu yang dia tak sangka ialah perubahan pada diri Nur Asiah. Nur nampak lebih cantik dengan badan yang berisi,perutnya sudah membuyut ke depan . Nur bertambah putih dan gebu,malah makin berseri-seri. Ah...rindunya untuk memegang Nur, memeluk Nur dan bermadu kasih dengan Nur. Segala rasa ini ,memang dah lama tak keruan dalam dirinya. Mungkin inilah pembalasan dari Allah.
Aiman terjaga dari khayalan bila terdengar pintu kereta di hadapannya ditutup, bermakna perjumpaan dengan doktor sudah selesai dan mereka akan meninggalkan tempat itu. Aiman juga menghidupkan keretanya, dia perlu mengikuti kemana saja kereta itu bergerak, dia perlu tahu dimana Nur Asiah bersebunyi selama ini.
Nampaknya mereka berdua pergi ke KL dan Aiman mengikut saja kereta kancil tersebut, Nur Asiah mungkin tak akan perasan kalau dia melihat kereta dibelakangnya sekalipun, sebab Aiman membawa kereta yang baru dibelinya, dia tahu ,kalau dia membawa keretanya yang lama, pasti Nur Asiah akan cepat dapat tahu bahawa mereka sekarang ini diekori.
Dihujung perjalanan tahulah Aiman kemana mereka nak pergi. Mereka memasuk kawasan parking, begitu juga Aiman. Akhirnya mereka berdua menuju ke Sogo, Aiman tetap mengekori dengan tanpa disedari. Kedua perempuan itu memasuki kedai pakaian bayi. Aiman melihatnya dari jauh, memerhati gelagat mereka berdua memilih barang- barang untuk bayi. Sebenarnya Aiman juga tak sabar untuk membeli barang-barang untuk anaknya nanti, terlalu teruja rasanya. Aiman melihat Nur Asiah meletak kembali barang yang sudah disukainya, mungkin Nur tak cukup duit!, atau barang tersebut terlalu mahal? ,oh...kasihan Nur.
Selesai membeli-belah mereka pun beredar,menuju ke tempat parking kereta dan seterusnya kembali ke rumah. Lega hati Aiman bila sudah tahu dimana Nur Asiah tinggal dan dia berjanji akan kembali. Petang itu wajah Aiman tidak keruh lagi, bibirnya sudah boleh mengukir senyum dan hatinya terasa lapang. Nur!...tunggulah, abang datang untuk mengambil mu!. Sememangnya tempat tinggal Nur taklah jauh sangat dari rumah Aiman,tapi sebab tak tahu nak cari dimana, itu yang buat tak jumpa. Tapi sekarang jalan untuk Aiman terbuka luas,mungkin Allah masih ada ihsan terhadapnya, kerana Allah sentiasa bersifat pemaaf dan pengampun dan aku , antara manusia yang terlalu alpa tentang kasih sayang Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment