NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Thursday, March 22, 2012

Persis Bidadari Syurga bab 26

BAB 26 “Betul ke kau nak cuti hari ini?” Suriani bertanya untuk memastikannya, “Ya, betul, aku tak laratlah, kaki aku rasa macam krem, tak boleh jalan” “Oklah kau rehat aje kat rumah, tapi sebelum tu kau kena telefon pengetua tadika dulu,beritahu kau cuti hari ni” “Baiklah mak cik” Suriani menjeling,pura-pura marah. “Jangan lupa minum susu, makan ubat yang doktor bagi tu, kemudian rehat” “Ya nurse, saya tak akan lupa” “Jangan buat kerja rumah, jangan masak, balik nanti aku beli saja lauk” “Baiklah opah” Nur Asiah ketawa mengekek, “Oooo...perli aku ya?” Suriani mencucuk pinggang Nur Asiah, Nur Asiah melarikan diri, dia tidak tahan digeletek. “Yalah , pokpek...pokpek...mengalahkan mak nenek. Eh...mak aku pun tak kuat membebel macam kau” “Memanglah, sebab mak kau dok jauh, cuba kalau dia ada depan mata kau, teruk dia pelurukan kau. Sekarang ni ,aku yang jadi mak kau” Suriani ketawa kuat. “Kira bagus juga tu, kau kahwin dengan ayah aku, barulah kau dapat jadi mak aku, cammana ,nak tak?, tawaran terbuka ni, tak ada tarikh tutup” Nur Asiah mengilai geli hati. “Eeeeeeiii...berdiri bulu betis aku, tak ada orang lain ke, kau nak promosikan kat aku,takkan bapa kau” “Kalau kau kahwin dengan ayah aku, kau dapat pakej, dapat anak dan dapat cucu sekali. Kira bebaloi tu, tiga dalam satu,ha..ha..ha...” hah...tahu takut. Nur Asiah ketawa lagi. “Daripada aku layan kau ,lebih baik aku pergi kerja,karang lambat pula aku, ingat tu apa yang aku pesan. Kunci pintu, sekarang ni orang jahat banyak” Suriani menyambung pesanannya. “Baiklah opah, baby bye-bye opah tu, opah nak pergi kerja” Nur Asiah mengusik lagi sambil menggosok-gosok perutnya seolah-olah sedang bercakap dengan bayi. “Eeeii...gelinya!” Suriani berlari masuk ke keretanya dan Nur Asiah ketawa terbahak-bahak dan hampir-hampir terkeluar kahak. Usai solat dhuha, Nur Asiah membaca Al-Quran, Surah Mariam,Surah Muhammad, Surah Luqman dan Surah Yusuf. Para ibu yang mengandung kalau boleh diwajibkan membaca surah-surah tersebut, bukan sekali saja, tapi melazimi pembacaannya sepanjang tempoh mengandung , kerana menurut para ulama’ ianya memberi kesan yang positif kepada perkembangan bayi dalam kandungan dan bayi mendengar apa yang kita baca. Suatu penemuan yang sungguh ajaib berlaku. Bayi yang berada dalam kandungan biasanya bergerak dengan aktif sekali. Tetapi apabila diperdengarkan bacaan Al-Quran bayi yang berada dalam kandungan tersebut menjadi lebih tenang dan relax. Bayi tersebut juga duduk dalam keadaan bersujud . Subhanallah,...Maha Suci Allah yang mentadbir setiap gerak geri makhluknya. Yang mempunyai ilmu sehingga tiada taranya. Umpama titis-titisan di lautan. Siapa pun boleh mencari tentang kebenaran ini, kerana terdapat dalam video YOU TUBE yang bertajuk A foetus prostrates to God . Maha Suci Allah, Yang Maha Agong, kau jadikanlah anakku ini insan yang akan beriman denganMu, yang akan menjunjung SyiarMu, yang akan berjuang dan syahid kerana mempertahankan AgamaMu. Ya Allah ya Tuhanku, peliharalah kami berdua dari musibah dan malapetaka, kurniakanlah kesihatan yang baik untuk kami berdua. Ya Allah, perjalanan kami masih jauh, jadi berilah ketabahan yang jitu dan kuatkanlah semangat kami untuk mengharungi hidup yang penuh cabaran ini. Aku bersyukur padaMu Tuhan kerana memberi aku kesempatan untuk merasai nikmat menjadi seorang ibu. Aku berjanji,aku akan peliharan dan menggalas amanahMu ini dengan sebaiknya dan dengan penuh kasih sayang walaupun tanpa kehadiran seorang bapa. Nur Asiah merasakan perutnya mula bernyanyi lagu keroncong, minta diisi, Nur Asiah membancuh segelas susu dan nasi lemak serta buah. Akhirnya selesai saja makan dia mula mengantuk ,kepalanya minta disorongkan bantal dan matanya minta dikatup seketika. Nur Asiah tidur dengan lena dan mulus, maklumlah tidur seorang yang kekenyangan. Tidur Nur Asiah yang lena bagaikan puteri itu terganggu dek bunyi salam yang diberi.Siapalah yang mengacau aku tidur ni. Tak reti adab bertandang ke?, dalam Islam, beri salam sebanyak tiga kali sahaja, kalau tuan rumah tak menyahut, sila balik, bermaksud boleh blahhh!...yang depan rumah aku ni bukan lagi tiga kali, malah dah macam tape recorder, berulang-ulang salamnya diberi. Nasib baik aku ada kat rumah, kalau tak jinlah yang jawab salam kau. Ini pasti benggali jual karpet. Tak siapapun yang nak beli karpet . Zaman sekarang orang beli barang kat supermarket , ataupun beli secara online saja. Nur Asiah dengan sakit hatinya mencapai tudung dan membuka pintu. Ya Allah selamatkanlah aku!...Nur Asiah bagai nak pitam sebaik saja dia membuka pintu rumahnya. Dia menggigit jari, sakit. Oh...ini bukan mimpi,tapi reality. Dada Nur Asiah terus berdegup kencang, antara terkejut dan ketakutan. Mengapa Aiman berada sini ,tercegat ddidepan pagar rumahnya dan bagaimana dia boleh mencari aku?. Nur Asiah mula gabra, kepala lututnya mula bergoyang dan yang paling teruk dia mula menjadi gelabah. Kepalanya sudah berkecamuk dan dia seperti orang bodoh. “Nur, abang nak jumpa Nur” Aiman yang berada di luar pagar mula berbicara. “Nak buat apa?” Nur Asiah bertanya takut-takut. “Abang datang ni , sebab abang nak minta maaf pada Nur, bukalah pintu ni ,abang nak jumpa Nur” “Abang Nur tak ada apa-apa urusan dengan abang lagi, abang baliklah” Nur Asiah ketakutan. walaupun dia tahu Aiman takkan dapat berbuat apa-apa padanya kerana rumahnya mempunyai grill walaupun pintunya terbuka. “Tapi Nur masih isteri abang, bukalah Nur, abang nak minta maaf dari Nur” Aiman merayu. Bila mendengar Aiman merayu, Nur Asiah menjadi semakin takut, ini pasti ada helahnya, kerana selama dia mengenali Aiman, suaminya itu tak pernah merayu pada sesiapa. egonya terlalu tinggi,bak tingginya menara KLCC. Nur Asiah menjadi semakin keliru. “Nur, tolonglah, abang nak jumpa Nur, bukalah pintu ini” “Abang dah jumpa Nur, abang dah bercakap pun dengan Nur, Abang nak apa lagi?” “Abang nak sujud di kaki Nur, abang nak Nur maafkan abang” lagilah Nur Asiah takut bila dengar macam tu, entah-entah suaminya dah gila, atau dia memasang perangkap untuk membalas dendam terhadap Nur kerana melarikan diri darinya. Lelaki memang macam tu, tindakannya tidak boleh dijangkau dan unpredictable. Dendam dan egonya terlalu sukar untuk dihapuskan. Nur Asiah mula menggigil, fobia terhadap peristiwa silam mula menghantui, kenangan semalan yang amat pahit dan melukakan. Terketar-ketar dia sewaktu menekan keypad handset membuat panggilan. “Su, kau tolong balik sekejap, aku takut ni” tanpa salam Nur Asiah meminta Suriani pulang, suaranya jelas dalam ketakutan. “Kau ni kenapa?,apa yang berlaku?” “Kau baliklah cepat, aku betul-betul takut ni, selamatkanlah aku” Nur Asiah mula menangis. Panik Suriani seketika. “Ya,ya aku balik, tunggu aku” Nur Asiah mengintai keluar , Aiman masih tercegat di luar pagar, tanpa jemu dan sabar. “Abang baliklah, jangan buat Nur macam ni, Nur bahagia dengan hidup Nur sekarang” “Abang tahu Nur bahagia, tapi abang menderita Nur, abang ingin hidup bersama Nur kembali” Aiman belum berputus asa, dia tahu Nur berada di balik pintu, mereka bercakap dalam jarak yang terlalu jauh, seorang di luar pagar dan seorang lagi di dalam rumah, nasib baik waktu pagi, kejiranan yang ada semuanya pergi bekerja,tiada siapa yang mendengar perbualan mereka dan itu jugalah amat menakutkan Nur Asiah , jika sekirannya sesuatu yang terjadi kepadanya , tiada siapapun yang dapat menolongnya. “Abang, tolonglah pergi” “Nur, dengarlah cakap abang, abang menyesal menyakiti hati Nur selama ini” “Sudahlah bang, benda dah berlalu, yang penting sekarang Nur inginkan ketenangan” “Nur maafkanlah abang!” Aiman merayu buat kesekian kalinya. Sebuah kereta kancil berhenti di hadapan rumah, pasti Suriani telah sampai. Nur Asiah mengurut dada lega, ketakutannya mula menghilang. Dia mula menjengukkan muka, ingin mengetahui apa yang berlaku. “Assalamualaikum” Suriani memberi salam. di hatinya masih tertanya-tanya. “Waalaikumussalam” “Kenapa Encik berada dihadapan rumah saya?” macam polis pula Suriani menyoal Aiman dengan suara yang tegas , dahlah tubuh besar tegap macam polis. Aiman melihat suriani dari atas ke bawah. “Sebenarnya saya nak jumpa Nur, Nur isteri saya” “Oh ,yake?,” macam sinis saja nada suara Suriani. “Tolonglah, saya perlu jumpa Nur, saya ingin minta maaf darinya.Dosa saya pada Nur cukup banyak” “Baguslah kalau dah sedar,pintu taubat masih terbuka” wah!,..bukan main berlagak lagi Suriani, dengan wajah yang bersahaja dia masih mampu mengawal perasaan. Kalau ikutkan hatinya mahu saja dia lutu lelaki ni habis-habisan , sebagaimana yang telah lelaki ni buat pada Nur. “Cik, saya nak sangat jumpa dengan Nur, saya nak minta maaf darinya, saya rindukan dia” hampir menangis Aiman merayu, dia tahu ,kawan Nur sajalah yang dapat membantu saat ini,kut-kut dapat memujuk Nur. “Betul nak minta maaf?, bukan sebab lain?” “Tak, saya rasa menyesal dan berdosa” “Ok, boleh dipertimbangkan,tapi kalau awak apa-apakan Nur, saya akan terus panggil polis dan untuk pengetahuan awak,report tentang keganasan awak selama ini sudah ada ditangan polis, sekali lagi awak buat ,maka selesailah riwayat awak” amboi Su, macam kuat saja bunyi. Bulat mata Aiman, tak sangka Nur Asiah akan bertindak demikian, kemudian dia menundukkan kepala, yalah siapa pun akan berbuat demikian , demi mempertahankan keselamatannya. Dia benar-benar menyesal dan malu kini “Encik tunggu sini, biar saya masuk ke dalam dan pujuk dia,kalau-kalau dia mahu” Aiman mengangguk, penuh dengan harapan “Terima kasih cik” Suriani meninggalkan Aiman yang tegak berdiri di tepi pintu pagar dan melangkah masuk saja ke dalam rumah, Nur Asiah terus mengheret tangannya. “Apa kau cakap dengan dia?” cemas saja wajah Nur Asiah , manakala Suriani tersenyum mengejek. “Tahu takut, muka tu pucat macam tak berdarah, pagi tadi bukan main seronok kau main-mainkan aku ye?, sampai ketawa mengekek-ngekek. Sekarang kenapa tak ketawa lagi, ketawalah” “Su, janganlah main-main, aku tengah takut ni, macam mana kalau dia masuk ke dalam rumah dan heret aku?” “Tak dia tak akan berani buat demikian, sebab aku dah kasi warning kat dia ,kalau dia apa-apakan kau , jawabnya tidur dalam lokaplah dia malam ni” “Habis tu dia cakap apa?” “Dia datang nak jumpa kau , nak minta maaf dan dia rindukan kau” Nur Asiah menatap redup ke dalam mata Suriani , mencari kekuatan dan kebenaran . Betulkah Aiman datang kerana rindu. Cukup sukar untuk mempercayainya. “Apa pendapat kau?” saat ini Nur Asiah memang buntu dan keliru. “Dari riak wajahnya, aku rasa dia memang rindukan kau, aku kasihan tengok mukanya, wajah yang penuh dengan rasa bersalah yang menanggung kerinduan” “Tak payahlah main-main” “Bila masa pula aku main-main, aku cakap apa yang aku nampak. Kau nak jumpa dia tak?,” Nur Asiah menggelengkan kepala beberapa kali. “Aku tak nak jumpa dia, aku belum bersedia dan aku dalam kekeliruan” “Betul ni?, tak nyesal?, suami punyalah handsome pun tak nak jumpa, tak rindu ke?” Nur Asiah menjeling tajam ke arah Suriani, manakala Suriani ketawa mengejek lagi, masam muka Nur Asiah kerana Suriani tidak memahaminya. “Encik, minta maaf, Nur tak nak keluar, saya dah pujuk, tapi dia berdegil tak mahu jumpa encik” “Ya Allah.....ampunkanlah aku!” Aiman meraut wajahnya yang penuh dengan rasa kecewa, simpati melimpah di hati Suriani, tak sangka ya, seorang yang bengis dan baran boleh berubah menjadi seperti ini, benarlah, hati manusia ini milik Allah, yang sentiasa dibolek balikkan, dan hati tidak pernah tetap dalam satu keadaan. “Encik baliklah dulu, beri masa kepada Nur, sebab bukan perkara senang untuk Nur mengubati hatinya yang terlalu banyak luka dan calarnya. Lagi pun dia masih terkejut, dan keliru, macam mana encik boleh tahu dia berada di sini” Suriani menasihati lembut. Aiman merenung wajah tembam dan bulat di hadapannya, wanita ini mempunyai pekerti yang baik, walaupun mukanya tak cantik tapi hatinya cantik. “Baiklah saya dengar nasihat awak, tapi saya berharap awak dapat menolong saya” “Kalau Encik benar-benar dah insaf, saya akan membantu sebab saya tahu tempat seorang isteri ialah di sisi suami, itu pun kalau suami yang penyayang dan bertanggungjawab” pedas ternganga Aiman dengan mengunyah sindiran dari Suriani, apa boleh buat, orang dah bersalah, terima sajalah hukumamnya. Kemudian Aiman pulang dengan kehampaan, tapi dalam hati ada segunung harapan yang akan ditarahnya.

No comments:

Post a Comment