NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Monday, February 6, 2012

Persis Bidadari Syurga 24














                                                            BAB  24
       
Sesuatu yang Nur Asiah tak suka dalam hidupnya ialah ,melalui saat-saat perpisahan dengan orang-orang tersayang, sedihnya terlalu lama melekat di hati dan rindunya susah diubati. Tapi apa boleh buat, hidup ini perlu diteruskan juga, kesedihan yang berpanjangan tidak dapat mengubah masa depannya.
        “Nur , bersalin nanti kat kampung ya, biar mak jaga Nur semasa dalam pantang”
        “Insya’Allah mak, mana lagi Nur nak pergi, kalau bukan di rumah mak”
        “Jaga kandungan tu baik-baik, jangan lasak sangat. Mak, kalau boleh tak nak bagi Nur pergi Kuala Lumpur lagi, biarlah mak jaga Nur , sampai Nur bersalin,” kelam suara Mak Esah. Seorang ibu tak akan betah melihat anaknya susah. Nur Asiah menyengih, memujuk rasa sedih ibunya.
        “Mak ,Nur kena kerja, kena simpan duit. Perbelanjaan menyambut orang baru, bukannya sedikit , dan barang-barang pula mahal sangat. Nur pun kalau boleh nak duduk dengan mak dan ayah,”   rasa nak menangis, tapi Nur Asiah perlu tunjukkan dia seorang yang tabah,kalau tak ,mak lagi susah hati  untuk  melepaskan Nur.
        “Kak , dalam bulan lepas, Naim  ada ternampak Abang Aiman kat kampung ni, tapi dia tak balik pun jumpa mak, agaknya dia datang cari Kak”  Nur lihat Suriani mencebik. Nur Asiah senyum hambar.
        “Naim tak tegur dia?”
        “Tak, Naim tengok dari jauh saja, ingatkan dia balik dengan akak”
        “Biarkanlah dia, akak tak nak dia cari akak, akak nak pergi sejauh mungkin darinya, biar dia tidak mengetahui tentang kehadiran anak kecil dalam kandungan ini.”
        “Dahlah Nur tak payah nak story pasal tu lagi, aku ada ,aku akan jaga kau, jom kita balik, hari pun dah petang benar ni. Hah...Naim, ni ambil duit seratus ringgit, pergi repair basikal tu, kalau ada lebih ,kongsi dua orang.’” 
        “Kak Su, kalau lebihnya sepuluh sen saja?” Liki menyoal.
        “Ha…lima sen soranglah rezeki kau orang,”  semua ketawa dengar lawak Suriani, Liki apa lagi, bila dah terkena batang hidungnya.
        “Eh, Su, tak payahlah, basikal tu dah buruk, tak ada maknanya kalau repair sekali pun,” Nur Asiah menegah. Apalah Su ni, basikal buruk tu pun nak ganti. Lawak betul.
        “Siapa kata tak ada makna?.Kau tahu ?, memusnahkan sesebuah kenangan, bererti memusnahkan sebuah sejarah. Dan sejarah pula tertulis kerana adanya peristiwa dan kenangan.”
Liki menepuk tangan sebaik saja, Suriani menghabiskan bicaranya.
        “Wah, Kak Su ni macam sasterawanlah”  Liki mengampu dan Suriani menyengih.
        “Tu lah kau,see the leg lah” mereka ketawa, kecuali Mak Esah dan Pak Khalid yang tak faham dengan bahasa budak-budak ni.
        “Korang berdua, cuti sekolah nanti, turunlah KL,boleh  Kak Su bawa jalan-jalan makan angin.”
        “Mana ,pergi rumah Kak Su ke?”  Liki teruja sungguh.
        “Yalah, kau ingat rumah siapa?, rumah Perdana Menteri?”  gelak mereka bergema lagi dengan pertanyaan Suriani.
        “Okaylah mak, ayah , Nur balik dulu”  Nur Asiah bersalam-salaman dan berpelukan dengan ahli keluarganya, sayu menampar hati dan air mata bukan rahsia lagi.
        Nur Asiah melambai-lambaikan tangan ke  arah keluarganya ,tatkala kereta kancil milik Suriani mula memecut laju dan menjauh. Hatinya juga menjadi semakin sepi dan sedih. Biasalah adat berpisah.
        Bila tiba di pertengahan jalan Suriani memberhentikan keretanya di bahu jalan dan dia berlari ke kedai yang terletak di tepi jalan. Entah apa yang dia cari kat kedai tu, menonong saja pergi tanpa sepatah kata.
        Nur Asiah menunggu di dalam kereta, dia tidak selesa bila panas mentari petang menyuluh wajah. Suriani yang berada dalam kedai tu punyalah lama, beli barang ke buat barang?, penat menunggu. Mata Nur Asiah asyik merenung ke pintu kedai, mengharap Suriani segera keluar dari kedai tersebut.
        Tiba-tiba mata Nur Asiah terpaku, bila seorang lelaki keluar dari kedai tersebut. Rasa macam kenal,tapi siapa ya?, Nur Asiah mengamati lagi. Ya... dia kenal, dadanya berdegup kencang. Ya...Allah, Zarif rupanya. Lelaki itu tak banyak berubah, malah makin handsome dan bergaya,ialah !… gaya seorang doktor ,penuh karisma. Siapa sangka dia dapat bertemu semula dengan  Zarif setelah tujuh tahun berpisah. Sebenarnya dia tidak pernah berharap untuk bertemu dengan Zarif, dia akan malu dengan Zarif kerana ketidaksetiaannya. Tapi kenapa Allah mempertemukannya.  Nur Asiah legat memerhatikan Zarif yang sedang berkira-kira untuk masuk ke dalam kereta. Dengan tak semena-mena  lelaki itu menoleh, pandangan mereka bersatu seketika, kemudian dengan cepat Nur Asiah mengalihkan pandangan matanya dan melarikan wajah.  Detakan dadanya seakan mahu pecah. Ya Allah...janganlah Zarif perasan akan aku, aku harap dia tidak lagi mengenali wajah aku, maklumlah ,semasa kami bercinta dulu ,aku terlalu muda dan sekarang wajah telah berubah.          
        “Assalamualaikum!”  garau saja suara yang memberi salam. Nur Asiah terkejut, matanya membulat, seakan-tidak percaya. Kemudian dia menoleh, wajah Zarif terlalu hampir  bila lelaki itu menunduk.
        “Waalaikummussalam!”  Nur Asiah menjawab dengan wajah yang serba salah.
        “Ini Nur Asiahkan?”   Zarif mencari kepastian, Nur Asiah mengangguk, dia tidak tahu untuk mempamerkan wajah apakah di saat ini, wajah gembira ke?, wajah bersalah ke, wajah malu atau wajah rendah diri. Dia benar-benar blur ketika ini.
        “Zarif rasa bertuah sangat dapat jumpa Nur hari ini, sejak balik Malaysia dua tahun lalu, Zarif ada juga cari Nur, tapi tak jumpa”  terkejut Nur Asiah.
        “Cari Nur?, nak buat apa?”
        “Saja nak jumpa Nur, nak tengok macam mana wajah Nur sekarang. Nampaknya Nur bertambah cantik sekarang, apa lagi bila dah mengandung macam ni,” merah muka Nur Asiah menahan malu, tak baik seorang lelaki memuji isteri orang.
        “His...mana ada, Nur biasa saja”
        “Anak yang ke berapa?”
        “Pertama”  Nur Asiah menunduk, tak berani menentang wajah kacak Zarif.
        “Nur dengan siapa kat sini?” 
        “Dengan sepupu, dia ada dalam kedai tu, tengah beli barang agaknya” menipu sikit, bolehlah kot, bukan apa ,takut Zarif salah faham.
        “Oh,..ingat dengan suami”
        “Tak, suami Nur out station”  bohong sunat,takkan nak cerita keadaan diri Nur kini.
        “Nur, minta nombor handset.”
        “Nur rasa tak payahlah kot.”
        “Boleh Zarif jumpa Nur lagi, lain kali?” 
        “Nur isteri orang Zarif, tak baik dan tak manis kita berjumpa,pertemuan yang Allah aturkan seperti petang ini pun sudah memadai, untuk menjelaskan hutang lama, ini pun kalau ada mata yang memandang,dah jadi bahan fitnah.”
        “Okaylah, Zarif faham,tapi Zarif berharap akan ada pertemuan lagi untuk kita”
        “Hmmm... “ suara Suriani berdehem di sebelah.
        “Ini sepupu Nur, Suriani namanya”  Nur Asiah memperkenalkan Suriani yang sudahpun tersengih seperti kerang busuk, dia dah boleh mengagak apa yang ada dalam kepala Suriani tika ini.
        “Saya Zarif, kawan Nur, kami tinggal sekampung.”
        “Oh,...ya ke, tentu dah kenal sejak kecil kan?”   eh,...mak cik ni bukan main ramah lagi. Nak mengorek rahsialah tu.
        “Okaylah Zarif, kami pergi dulu, hari dah petang sangat ni,perjalanan jauh lagi” nasib baiklah si Su ni cerdik juga orangnya, tahu pula nak melepaskan aku dari jerat keadaan ini.
        “Balik mana?”
        “KL , Kandang Lembu”  Suriani melawak, Zarif ketawa senang,dan Nur Asiah hanya tersenyum menyembunyikan debar di dada. Hati mana tak berdebar, kalau terjumpa bekas kekasih hati, juga bekas abang angkat ,walaupun ianya hanya cinta monyet,tapi ianya cinta pertama. Cinta pertama memang susah nak lupa,kemana pergi pun tetap terkenang, walaupun hati dan perasaan sudah berubah arah, namun kenangan tetap ada.
        “Ya ke, saya pun nanti nak balik KL juga, tapi mungkin malam kot, sebab ada hal dengan keluarga”  wah!, ramahnya anak teruna Mak Cik Jenab ni. Tak tanya pun!.
        Bila salam diberi dan bersambut mereka pun berpisah mengikut haluan masing-masing. Dan Suriani memulakan agendanya sendiri.
        “Eh...siapa tu pakwe lama ke?, handsome betullah”  
        “Ya, zaman sekolah dulu, cinta monyet”  Nur Asiah mengiakan, tak guna berselindung dengan  Suriani, kerana dia  akan mengorek sampai dapat.
        “Tapi aku nampak tak macam cinta monyet pun,di matanya penuh kerinduan.”
        “Wah...pandainya  mak cik ni,pakar cinta ke?, sudahlah...Su , memang kami pernah bercinta,tapi tujuh tahun dulu. Kau tengoklah dia sekarang. Seorang doktor yang kacak ,takkan tak ada girlfriend”  Nur Asiah mematah cakap Suriani yang suka melalut.
        “Tapi, kalau ada cinta di hati, soal berapa banyak tahun tu ,tak jadi hal, yang penting cinta masih ada.”
        “Eh,..sudahlah Su, yang kau merepek-repek ni kenapa?, kau lupa ke aku ni masih isteri orang?”
        “Bukan apa, in case ,just sediakan payung sebelum hujan.”
        “Apa maksud kau?”
        “Yalah,...sebaik saja kau bercerai dengan Aiman nanti, Zarif dah ada menunggu.”
Nur Asiah mencubit paha Suriani, apa lagi menjeritlah mak cik Indon tu kesakitan.
        “Tak ada benda lain ke nak cakap?”
        “Tak ada,...kalau tak bercakap, nanti kau tidur, bosanlah aku nanti. Ha...tu dalam plastik banyak jajan untuk kau, makanlah...”
        “Kau beli semua ni?”
        “Tak, aku curi, sebab tu lama”  mereka ketawa . Nur Asiah membuka plastik jajan dan makan , mereka bersembang sambil makan dan meneruskan perjalanan yang masih jauh.



Persis Bidadari Syurga 23







                                                      BAB  23


Selesai solat subuh Aiman  berdiri di beranda rumah, membuang pandangan  keseluruh kawasan rumahnya. Sesungguhnya rumah ini telah hilang serinya.  Warna alam terasa pudar dan tidak bermaya. Semuanya telah hilang bersama semangat Nur Asiah. Tapi pagi ini satu semangat telah muncul dalam diri Aiman, mungkin juga sebab mimpi indah malam tadi,  Nur telah pulang kepangkuannya, sedikit sebanyak harapannya berbunga kembali.         
Pagi ini Aiman tidak akan ke pejabat lagi , dia telah menghantar surat berhenti ,tapi majikannya tidak meluluskan permohonannya ,lalu  diberinya  cuti selama mana yang dia mahu. Baiknya majikan. Mungkin juga pihak majikan telah menilai segala hasil kerja Aiman sebagai Ketua Eksekutif  Pengeluaran selama ini. Selama ini kerjanya amat cemerlang dan menjadi kebanggaan syarikat, tapi semenjak Nur Asiah menghilang ,segala kosentrasi telah tiada dan dia seakan-akan  tiada semangat lagi untuk bekerja. Barulah Aiman sedar betapa pentingnya Nur Asiah dalam hidupnya. Selama ini dia sering menidakkan hak Nur Asiah sebagai isterinya dan selalu melebihkan Adura dalam segala hal. Tapi peliknya, setelah Nur Asiah tiada dia sendiri tidak mempedulikan Adura lagi. Penyudahnya Adura juga keluar dari rumah. Ah... hidup ini memang pelik dan gila.
Semangat yang baru muncul dalam diri Aiman ialah dia ingin membersihkan rumahnya, spring clean ,bersih seperti yang Nur selalu buat. Sewaktu Nur ada, rumah mereka sentiasa bersih ,tiada sampah dan habuk, Nur Asiah selalu menyucinya, malah di dalam rumah selalu berbau wangi, begitu juga dengan bilik tidur Nur, selalu saja bau bunga ros, segar dan menyenangkan. Aiman rindu itu semua. Sekurang-kurang bila Nur Asiah balik nanti,rumah ini sentiasa bersih dan mewangi untuk  menyambut kepulangannya.Tapi balikkah Nur Asiah?.
Tiba-tiba handset Aiman berbunyi, Aiman menjawab.
“Assalamualaikum, mami!”
“Waalaikummussalam, Aim sihat?”
“Sihat, mami dan papa  sihat?”
“Bolehlah, dah tua-tua ni,taklah bagus sangat kesihatannya. Aim kat ofis ke ni?”
“Tak kat rumah”
“Tak kerja ke?, atau demam?”
“Cuti panjang, cadang nak berhenti, tapi bos tak bagi, so dia bagi cuti panjang kat Aim”
“Hah ,nak berhenti kerja?, kenapa Aim?, “  bukan main terkejut  Puan Jamaliah.
“Saja, dah tak ada mood nak kerja, duit banyakpun buat apa, bukannya ada anak isteri yang nak ditanggung”   terkedu Puan Jamaliah, dia tahu apa yang Aiman rasa.
“Habis, Aim duduk rumah nak buat apa?, tak ke lagi bosan?”
“Aim bercadang nak cari Nur.”
“Tak habis-habis lagi ke dengan perempuan kampung tu?”
“Mami please!, Nur tetap isteri Aim, dan  Aim sayangkan Nur sampai bila-bila”
“Aim saja sayangkan dia, sedangkan perempuan tu lari entah ke mana.”
“Nur lari pun sebab kita mami”
“Aik...kenapa pulak mami terbabit dalam krisis rumahtangga Aim?.”  Tahu pula Puan Jamaliah marah, ingatkan tak tahu.
“Mami lupa?, mamilah perancang utama, kalau tidak kerana desakan mami supaya Aim berkahwin satu lagi, tentu Aim tak kahwin dan Nur tak lari dari rumah dan cucu yang mami harapkan tu ,bukannya  dapat pun”  Wah...sesedap rasa saja Aiman bercakap, dia perlu meluahkan apa yang terbuku dihatinya selama ini.
“Ya mami tahu, mami memang banyak salah pada Aiman dan Nur, tapi yang dah pergi entah ke mana tu, biarkan  dia. Si Adura tu, Aim pergilah pujuk, biar dia balik tinggal dengan Aim”
“Sudahlah mami, Aim tak mahu isteri yang curang, isteri yang tidak setia dan sedikit masa lagi Aim akan lepaskan Adura.”
“Entahlah Aim, mami pun tak tahu apa yang boleh mami bantu dengan rumahtangga kau  ni”
“Tak  mengapalah mami, Aim akan  cuba menyelesaikannya sendiri. Okaylah mami, Aim ada kerja sikit ni”
“Yalah, kalau kau free baliklah rumah mami,dapat kita berkumpul”
“Insya’Allah mami, kirim salam pada  papa dan adik”


Aiman turun ke bawah dan terus ke dapur, dia perlu membuat minuman untuk dirinya, sebelum melakukan spring clean , perutnya perlu diisi dulu, barulah selesa membuat kerja.
Selesai bersarapan ala kadar, Aiman naik balik ke tingkat atas. Tempat yang mahu dibersihkan dulu ,ialah bilik Nur, dia mahu bilik Nur bersih dan wangi macam dulu , sebab Nur memang suka wangi-wangian dan bila Nur balik nanti Nur  akan rasa selesa dan seronok, Aiman akan menjaganya dengan baik, seperti sedia- kala. Tapi balikkah Nur?.
Aiman menyapu lantai ,mengelap habuk ,menukar cadar, mengemas almari mekap Nur  dan membersih almari pakaian Nur. Dia bukannya pandai dan pernah buat ini semua, tapi dia selalu tengok Nur melakukannya, jadi dia buat seperti yang Nur buat. Perkara terakhir yang dia lakukan ialah ,mengemas dalam almari,mengeluarkan baju-baju yang terlipat   dan tergantung,semua baju yang ada itu, pakaian  yang dia hadiahkan untuk Nur, hatinya cukup sedih dan terkilan, satu pun Nur tak ambil hadiah yang dia berikan pada Nur, segala emas dan perhiasannya tersimpan kemas dalam sebuah kotak.
Dengan perasaan yang bercampur baur, Aiman mengambil pakaian Nur yang tergantung, lalu didakap dan dipeluknya baju tersebut, ada bau Nur yang melekat di situ, rindu yang bersarang pun sedikit menghilang dan  air mata pun meleleh perlahan, kemanakah pergi egonya selama ini?, kenapa sekarang baru menyesal?, nasi sudah menjadi bubur. Tiba-tiba Aiman ternampak sebuah kotak yang berbalut cantik , seperti kotak hadiah. Aiman mencapai lalu menelitinya. Sah, memang kotak hadiah dan ianya ditujukan pada Aiman.


“Selamat Hari Lahir yg ke 29. Semoga Allah sentiasa memberkhati abang
Cinta yang ikhlas berada di dalam jiwa,tak perlu perkataan untuk membuktikan,
cukup dengan sekilas perbuatan. Hargailah cinta ketika  ia  hadir
                                               Salam dari Nur  “


Aiman melihat tarikhnya, bukan main terkejut lagi,iaitu pada hari jadinya dua tahun yang lepas,bermakna ketika hari perkahwinan dia, sebab dia berkahwin dengan Adura pada hari lahirnya yang ke 29 . Oh...my God...,beribu penyesalan bertandang di hati saat ini , kalaulah dia tidak terlalu gopoh dengan perkahwinan keduanya, kalaulah dia tidak terlalu teruja untuk mendapatkan zuriat dan kalaulah dia  sedia memberikan sedikit ruang masa buat Nur,sudah pasti Nur akan menyerahkan cinta dan hatinya pada Aiman. Di saat Nur Asiah bersedia untuk bercinta dengannya, Aiman dengan tega melukakan hati Nur dengan perkahwinan keduannya.  Arghhh...suami jenis apakah aku ni!!... Aiman menjerit, namun ,tiada siapa yang mendengar  dan Nur juga tidak akan mendengarnya,kecuali Allah.Tiada guna menangisi benda yang telah berlalu.. Walau bagaimanapun Aiman tetap menangis, berbijik saba’ dan menyesali kebodohan diri sendiri sehingga hilangnya cinta yang ditunggu selama ini.
                                              

Nur Asiah berehat di pangkin bersama Mak Esah dan Pak Khalid sambil makan-makan.  Angin pantai yang menderu amat menyenangkan. Desiran ombak yang menghempas pantai sungguh mengalunkan ditelinga Nur Asiah  . Mentari senja yang kuning kemerahan beransur tenggelam dimamah senja yang kian tua . Segalanya  sama seperti yang Nur rasa semenjak dia dilahirkan dan berumah di tepi pantai ini. Rasa bahagia , aman dan tenteram menutup hati Nur yang retak berlubang. Sudah lama Nur  Asiah tak  merasakan kebahagian sebegini. Dia bebas melakukan apa saja, menuturkan apa saja dan makan apa saja,tiada lagi Aiman yang akan menjeling  ,mengawal dan yang akan memarahinya.
“Banyaknya Nur makan”  tegur Mak Esah, Nur Asiah menyengih, mulutnya penuh dengan cempedak goreng.
“Biarlah dia makan Sah, seronok saya tengok Nur makan, lagipun dia makan untuk dua orang”  Pak Khalid membela Nur. Tak tergugat pun selera  Nur Asiah dengan  teguran Mak Esah, dia memang hantu cempedak goreng, kat mana jumpa cempedak goreng pun dia akan beli. Aiman selalu mengejeknya, makanan kampung, Nur Asiah tak kisahpun, memang dia orang kampung .
“Nur, kalau banyak sangat makan, nanti gemuk , budak  dalam kandungan pun besar, nanti susah nak keluar”
“Nur dah gemuk ke mak?”
“Mana ada, naik badan sikit saja, tapi ayah suka tengok badan Nur berisi macam ni, nampak cantik, tak kurus macam jerangkung”    Mak Esah  dan Nur ketawa bila mendengar  ayat akhir dari mulut Pak Khalid, macam lucu pula.Pandai pula ayah buat lawak ya.
“Jadi, dulu ayah tengok Nur macam jerangkunglah ya?, ayah ni tak patut tau.”
“Taklah ayah bermaksud begitu” Pak Khalid  ketawa. Mak Esah juga ketawa.
“Habis tu?”
“Sebenarnya ayah nak cakap, Nur bertambah cantik bila badan berisi sedikit, muka Nur nampak berseri-seri,pipi pun  nampak kemerah-merahan dan senyum pun bertambah manis.”  Mak Esah memuji Nur Asiah, memang itu pun yang dia nampak pada Nur, seperti Nur  gembira sangat walaupun suami tiada di sisi.
“Nur, bagaimana  hubungan Nur dengan Aiman,  dah sah bercerai ke belum?”  berhati-hati Pak Khalid mengajukan  pertanyaan, takut Nur terasa hati.  Nur Asiah melihat wajah tua Pak Khalid yang sudah berkedut itu, wajah yang sudah menjadi hitam berminyak akibat bertahun-tahun berjemur di tengah lautan.
“Buat masa ini kami belum bercerai, Nur lari dari rumah kerana ingin menyelamatkan diri Nur saja. Tapi Nur dah buat  pemeriksaan doktor dan report polis.  Bila lepas bersalin nanti Nur akan failkan kes ini ke mahkamah untuk tuntutan percerian fasakh. “
“Kalau  Aiman tak nak macam mana?”
“Nur banyak bukti, yang boleh menyokong permohonan Nur.’
“Nur tak takut ke menjadi janda?”  susah hati Mak Esah.
“Kenapa perlu takut?, bukannya salah jadi janda, lebih baik menjanda mak daripada hidup bermadu, tak ada yang manisnya,kenapa?, mak malu ke kalau Nur jadi  janda?  ”
“Tak,cuma takut Nur tak tahan dengan umpat keji orang, maklumlah masyarakat kampung,pandangan mereka selalu serong.”
“Biarlah mak,kalau mereka nak pandang Nur ni dengan pandangan serong ke ,condong ke, tumbang ke, Nur  tak peduli. Sebenarnya  kalau Nur tak fikirkan maruah mak dan ayah dah lama Nur minta cerai atau pun Nur buat tuntutan fasakh di mahkamah. Nur tahu,  kalau Nur bercerai dalam usia perkahwinan  yang baru setahun dua, pasti kesalahannya dilemparkan pada Nur. Biasalah masyarakat suka menunding jari daripada membantu,”  sudah habis Nur Asiah memuntahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. Tiada rahsia lagi. Dan apa yang dia rasa, lega seleganya.
“Buatlah apa yang terbaik untuk diri Nur, mak tetap menyokong Nur”
“Nur , maafkan ayah, kalaulah  ayah tak paksa Nur dulu, tentu hidup Nur tak menderita.”
“Ayah,...tak baik cakap macam tu, kita orang  beriman tak boleh meletak perkataan kalau  dalam  kehidupan kita, sebab setiap yang terjadi itu telah tertulis dan tersurat, bukan salah ayah pun, semuanya atas kehendak Allah. Bak kata hadis, pena telah terangkat dan dakwat telah kering. Ayah jangan menyalahkan diri sendiri lagi tau, Nur tak suka. ”
“Yalah Nur, ayah faham.”
“Eh...budak-budak ni mana ya?, tak nampak batang hidung pun,”  Mak Esah mengubah tajuk perbualan sambil melihat kekiri dan kekanan seolah-olah sedang  mencari sesuatu. Sebenarnya dia ingin melarikan rasa sedih dan pilu yang menyelubungi diri  terhadap cerita Nur, tak sangka anak perempuannya menanggung derita yang amat sangat. Hati seorang ibu , memang cepat terasa.
“Alah,..merayaplah tu dengan si Su” Nur Asiah  memberitahu. Pak Khalid mula bangun dari pangkin, diikuti dengan Mak Esah .
“Nur duduklah, mak nak masuk ke rumah , nak masak, hari pun dah tinggi, Nur balik petang ni kan?”  
“Ya mak, esok Nur kerja”
“Yalah, kerjalah baik-baik”   Mak Esah melenggang berjalan menuju ke rumah, manakala Nur Asiah termenung sendirian di pangkin. Melayan perasaannya, perasaan rindu?,mungkin juga. Rindukah dia pada Aiman?,lelaki yang selama ini suka mendera fizikal dan mentalnya. Pelik...hidup ini memang pelik dan gila. Tapi itulah yang dikatakan pelik tapi benar.
“Hoi!...jauh kau termenung, ingat abang ke?” macam tahu aje Suriani ni, Nur Asiah menyengih tanpa kata.
“Terkejut aku, kau nikan ,kalau tak sergah aku tak boleh ke?, nasib baik aku tak lemah jantung” marah Nur pada  Suriani and The gang, baru saja jumpa ,dah tubuh geng. Entah apa-apalah dia orang ni.
“Sebab aku tahu kau tak lemah jantunglah, aku berani sergah kau, kalau tak aku pun tak nak tanggung risiko tengok kau tergolek kat sini, betul tak geng?”
“Betul,betul,betul,...”  Upin dan Ipin  pun  menyahut.
             “Kau orang ni dari mana?”
“Kami ni dari mengukur jalan, ambil sub tender dengan kontraktor JKR. Suriani dan budak-budak tu ketawa sakan, bagai nak rak, pasti ada sesuatu ni.
“Dah habis ke kerja mengukur jalan tu?”
“Dah, dah dapat imbuhan pun,ha...ha...ha...” Suriani ketawa kuat ,ibarat volume speaker dipulas habis,diikuti oleh Naim dan Liki.Nur Asiah kebingungan. Ada-ada saja dia orang ni.
“Apa cerita kau orang ni ?”  tak tahan Nur Asiah mendengar mereka mengekek-ngekek.
“Cerita menarik, tadi sewaktu aku ronda-ronda, kami lalu depan Kedai Kopi Pak Cik Mamat, ramai orang  kat situ, tiba-tiba seorang budak baling mercun,betul-betul terkena pada basikal Kak Su, apa lagi Kak Su pun melatahlah, “   cerita Naim, Suriani hanya tersengih setelah habis ketawa.
“Kak  tahu, Kak  Su cakap apa?,  Kak Su menjerit sambil berkata ponggong mak aku meletup!!...ponggong mak aku meletup!! ...,semua orang yang ada dalam kedai kopi tu lihat Kak Su dan ketawa”  Liki bercerita dengan gayanya, semua ketawa, Nur Asiah ketawa terbahak-bahak, dapat dia gambarkan bagaimana keadaan Su waktu itu.
“Wei...kau ketawa tu dah lebih, kau tak tengok lagi basikal kau tu”  Suriani menyedarkan Nur Asiah. Nur Asiah menoleh ke arah basikal yang di maksudkan. Mak oii!!!... apa dah jadi ni, kasihan basikal aku yang banyak jasa tu, baru saja dua hari Su naik , dah hancur?.
“Kenapa basikal tu?” tak puas hati Nur Asiah melihat basikal kesayangannya, walaupun buruk, tapi ia adalah sebuah kenangan, kenangan dia dan basikalnya sewaktu kali pertama Aiman melihatnya, dan jatuh parit bersama basikalnya. Dan semasa alam persekolahan ,sewaktu cinta monyetnya bersama Zarif , basikal buruk itulah yang menjadi saksi.
“Sebenarnya sewaktu aku terkejut dengan bunyi mercun tu , aku jadi gabra dan panik, tak tahu nak buat apa, fikiran aku jadi kosong, aku tekan-tekan kat kaki ,cari brek tak jumpa, jadi basikal tu meluncur laju merempuh tiang eletrik, “  mereka semua ketawa, kecuali Suriani yang merasa bersalah pada Nur Asiah, sebab basikal kesayangannya dah jadi macam cekodok pisang tak siap, rimnya dah bengkok teruk ,dah jadi nombor 8 dan handle nya pun dah senget.
“Memanglah kau tak jumpa cari breknya, basikal brek kat tanganlah mangkuk”  ketawa Suriani pecah berderai ,membingitkan lubang telinga. Lebih kuat dari orang lain, geli hati sangat sampai hentak-hentak kaki, memang pun bila dia dah sedar akan kekalutannya  itu telah memberi  impak yang besar kepada basikal Nur Asiah. Naim dan Liki  masih ketawa kuat apatah lagi melihat gelagat Kak Suriani, memang Kak Su ni lucu orangnya, selamba  badak saja.
“Nur , sorrylah, basikal kau dah jadi arwah, tapi tak apa ,nanti  pergi hantar repair “
“Alah, tak kisahlah yang pentingnya kau tu selamat tak cedera” ikhlas Nur Asiah menyatakan, berapalah sangat harga basikal buruk tu berbanding dengan budi yang telah Suriani hulurkan.
“Betul ke ni?”
“Yalah , ada pernah aku tipu kau selama ini?”  Suriani menggelengkan kepala sambil menyengih.
“Jomlah naik ke rumah, tentu mak dah masak ni, hari ni mak nak masak  asam pedas ikan pari, bolehlah kau belajar, dah kahwin nanti boleh bagi suami rasa”  Nur Asiah mengenyitkan mata.
“Hah...Kak Su nak kahwin?, bila?”  Aik!...menyibuklah pula Ipin dan Upin ni.
“Kenapa ?.Kau orang frust ke tak dapat  tackle   Kak Su?” Nur Asiah menyakat.
“Alah...kalau Kak Su kahwin pasti tak best lagi, mesti dia dah tak kawan dengan kita lagi” amboi!...macam merajuk pula si Ipin ni.
“Hah,...kau dengarlah cakap Kak kau tu, bila masa pula nak kahwin . Eh, Liki...kau ingat ada ke orang yang nak kan Kak Su yang gemuk macam anak gajah ni?” Suriani cuba melepaskan diri .
“Tak semua orang gemuk tu tak cantik,dan tak semua orang kurus tu cantik. Manusia ni ada pilihan masing-masing. Macam Naim tu , dia pun suka orang gemuk. Ayang nama dia”  Liki saja nak mengenakan Naim, panas lubang telinga Naim.
“Hoi!...apa hal kait-mengait dengan aku pula?, kau ni saja nak cari pasallah”  marah Naim.
“Su, jom kita naik ke rumah, sebelum gusti bermula, tak payah kau nak layan mamat dua ekor ni, kalau kau layan sampai esok pun tak selesai”   Suriani ketawa , dia seronok sangat dapat berkenalan dengan keluarga Nur Asiah, terutama adik-adiknya, maka kedua perempuan itupun berlenggang -lenggang yang tiada lenggoknya, naik ke rumah.





Persis Bidadari Syurga bab 22




                                                       BAB  22

        Segalanya terasa sepi dan sedih, kemana-mana pergi pun terbayang wajah Nur, kadang-kadang terbayang wajah Nur yang dalam ketakutan, kerana takut dipukul, kadang-kala terbayang wajah Nur yang lencun dengan air mata di  pipi. Semua kenangan itu menambahkan sesak di dada dan penyesalan di hati. Aiman betul-betul menyesal kini, kalaulah Nur Asiah ada di depan mata, dia dengan tidak segan silu, akan sujud di kaki Nur Asiah, dia akan pijak egonya sampai lunyai , dia akan meminta maaf dari Nur Asiah dari hujung rambut sampai hujung kaki.
        Sesekali air mata lelakinya meleleh menuruni pipi, air mata penyesalan bercampur dengan air mata rindu pada Nur Asiah. Andainya masa dapat diputar ke belakang, dia ingin menjadi  suami yang penyayang dan mithali.  Agaknya  kerenah  manusia memang begitu, melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang, menyakiti hati orang lain seenak rasanya, mendera orang lain sesuka hati, lepas tu menyesal di hujung perbuatan. Nasib baiklah ALLAH itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia menerima taubat hamba-hambaNya.
        “Nur, maafkan abang, abang bersalah,”  Aiman merintih lagi,tapi Nur Asiah tak mungkin mendengarnya. Aiman berjalan menghampiri pokok-pokok bunga yang ditanam oleh Nur, ada yang di dalam pasu dan ada juga yang ditanam di atas  tanah, macam-macam jenis bunga ada, Aiman tak tahu namanya, yang dia tahu hanya bunga ros. Kasihan pokok-pokok bunga Nur, semuanya dah tak segar macam dulu, pokok pun dah segan untuk berbunga, mungkin pokok juga merajuk seperti tuannya.
        “Heh...tak habis-habis lagi ke kau nak belek pokok tu?  Sakit hati Aiman melihat Nur yang dari tadi asyik membelek-belek pokok bunga ros tu, macamlah pokok tu sakit atau demam. Sakit hati betul.Aku yang duduk tertonggol dihadapannya langsung tak ditegur dan dipedulikan. Nur Asiah masih tidak mempedulikan Aiman. Kenapa Aiman suka cari pasal dengannya? Ada saja benda yang Aiman cipta untuk dijadikan bahan  amarahnya, Nur Asiah tak suka bergaduh, tak suka marah-marah dan tak suka hatinya di sakiti, apa lagi dimaki hamun. Jalan yang terbaik ialah diam dan buat bodoh saja.
        “Heh...betina, kau tak dengarkah apa yang aku cakap?” Aiman menyerbu datang dan merampas pasu pokok bunga ros yang berbunga lebat itu dari tangan Nur Asiah, dia tahu pokok itu kesayangan Nur Asiah, lalu dihempaskan ke lantai. Hah...baru puas hati aku. Pecah berderai pasunya.  Nur Asiah terpinga-pinga dengan tindakkan spontan Aiman, tak sangka Aiman sanggup merosakkan pokok yang tak berdosa demi untuk menyakiti hati Nur Asiah. Sampainya hati Aiman. Nur Asiah diam tak berkutik, biarlah ,kalau bercakap pun bukannya Aiman dengar dan ambil perhatian pun. Nur Asiah melihat suaminya dengan mata yang berkaca.
        “Apa salah pokok tu ?”
        “Pokok tu tak salah, kau yang salah, kau buat aku macam tunggul, kau lebihkan pokok dari aku, aku ni suami kau...” selamba saja Aiman bercakap.
        “Masya’Allah...” hanya sepatah saja yang terucap dari mulut Nur Asiah, laki aku ni betul ke tidak, takkan dengan pokok pun dia cemburu. Gila, memang dia gila!
        “Lain kali , kalau aku ada kat rumah,kau jangan nak pandai-pandai berkebun, sehingga mengabaikan aku, ingat tu!” Aiman mengambil gunting yang berada di atas lantai ,lalu menggunting semua bunga-bunga ros yang sedang berkembang mekar, habis botak pokok -pokok kesayangan Nur. Nur Asiah menangis, hatinya juga menangis, jiwanya juga menangis. Pokok-pokok itu lah sahabat masa sunyinya. Sampai hati Aiman.
        “Abang kejam!”
        “Apa, kejam? Oh...itu tak kejam, yang ni baru kejam,” Aiman menolak kepala Nur Asiah ,sehingga Nur Asiah jatuh tersungkur di atas tanah, nasib baik kepalanya tidak terhantuk dengan pasu bunga. Aiman mencebik dengan puas bercampur benci, lalu dia beredar masuk kedalam rumah. Nur Asiah masih tersedu di halaman dengan seribu kelukaan dan hati yang penuh duri.
        “Arghh...”  Aiman menjerit keras, melawan rasa sedih dan kesalnya, ternyata dia benar-benar terhukum dengan kesalahan dan dosanya, lalu kenangan itu benar-benar menyiksanya.    Aiman melangkah gontai masuk ke dalam rumah. Suasana rumahnya yang sepi mencengkam perasaan, terasa sedih dan sayu bila diri ditinggalkan dan juga sebagai petanda dirinya tidak diperlukan lagi.
        Apa yang Aiman rasa derita sepi ini ialah balasan dan hukuman terhadap dosa-dosanya selama ini.  Ini baru dibalas dengan rasa sepi dan sedih, dia sudah tidak mampu menanggungnya, bagaimana dengan dosa-dosanya yang lain? Ah...tak terjangkau di akal dan sanubari  , bagaimana peritnya nanti menerima balasan dari ALLAH. Ya ALLAH...Ya Tuhanku...ampunkanlah hamba-Mu yang berdosa ini.
        Dalam sujud Aiman meminta keampunan, dalam sujud dia memohon pertolongan dan dalam sujud dia berharap ,akan ada peluang ke dua untuknya bertemu kembali dengan Nur Asiah. Tuhanku...! Berilah aku peluang ke dua  untuk membuktikan sayang dan cinta aku pada Nur Asiah.
        Tuhanku, berilah daku peluang sekali lagi supaya aku dapat  menjadi suami yang baik dan mithali. Aiman meraut mukanya beberapa kali sebelum menamatkan doa tahajjudnya dan  sebelum memejamkan mata untuk tidur dia menyebut  “Nur Asiah, maafkan abang, I missed you so much...!”

Nur Asiah terjaga, dari tidurnya bila ada yang memanggil namanya. Dia terpisat-pisat bangun, kokok ayam jantan jelas kedengaran sahut-bersahutan, bunyi ombak yang menderu tanpa henti juga jelas kedengaran,dan suara orang yang memanggil namanya juga jelas ditelinganya.  Nur Asiah bangun dari tempat  tidurnya, melihat jam di dinding, tepat pukul 3.00 pagi. Nur Asiah membuka pintu biliknya, kalau-kalau maknya yang memanggil, kosong. Tiada siapapun di luar biliknya. Nur Asiah berlalu ke bilik air untuk berwudhuk.
Dalam tahajjud dia memanjatkan doa semoga Allah memelihara kesihatan diri dan kandungannya, supaya Allah memelihara kesihatan suaminya, walaupun jauh di mata, semoga Allah membahagiakan suaminya, walaupun lelaki itu sering membuatkan dia menderita dan ALLAH memberi taufik dan hidayatnya, agar suaminya itu sentiasa menjadi hamba yang tuu buu ilallah dan beriman dengannya.
Lepas tahajjud  Nur Asiah langsung membaca Al Quran seperti biasa. Lirih suaranya membelah dini hari yang sepi bersama bunyi ombak yang berlagu tanpa henti. Inilah amalannya, bangun di separuh malam,lalu berbicara dengan ALLAH ,meminta itu dan ini, mengadu itu dan ini dengan Rabb yang Maha Mendengar tanpa malu dan segan. Dan ALLAH yang Melihat lagi Mendengar  telah mencampakkan kekuatan dalam dirinya, datanglah ujian macam mana sekali pun dia tetap akan bersabar dan yakin dengan firman ALLAH yang mulia “Sesungguhnya ALLAH bersama dengan orang-orang yang sabar.”
Selesai dia membaca Al Quran, Mak Esah terjengul di muka pintu bilik Nur.
“Ada apa mak?”
“Mak sedih saja dengar Nur baca Qur’an, sayu hati mak,”  tak tahu bila pula Mak Esah bangun.
“Mak ni macam-macam lah, mana ada  baca Qur’an boleh sedih?”
“Tak, alunan suara Nur yang mendayu tu ,macam sedang merintih.’
“Memanglah mak, bila kita baca Qu’ran ,perasaan kita akan tenang, jiwa kita akan kuat. Itu saja yang mampu membuat Nur berdiri lagi dan Nur yakin ALLAH akan menolong Nur.”
“Nur anak yang taat dan beriman, mak doakan  agar Nur dapat syurga ALLAH.”
“Terima kasih mak, mak dah tahajjud ke belum?”
“Dah, dah lama mak bangun, sebaik saja dengar suara Nur baca Qur’an, sedap suara Nur,” bangganya  Mak Esah memiliki anak seperti Nur Asiah, hatinya bersih dan semangatnya kuat, tetap sabar dengan ujian ALLAH, biarlah anak itu seperti Lagenda Asiah isteri Firaun laknatullah, yang tetap beriman walaupun suaminya kafir, dan beliau adalah diantara yang  terawal memasuki syurga ALLAH bersama Siti Khadijah binti Khuwailid.
“Tu kawan Nur yang sedap tidur tu tak tahajjud?”  Nur Asiah ketawa kecil melihat Suriani yang nyenyak tidur, siap dengan berdengkur lagi.
“Biarkan dia, lagipun dia uzur,”  Mak Esah mengangguk lalu beredar.