NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Monday, February 6, 2012

Persis Bidadari Syurga bab 22




                                                       BAB  22

        Segalanya terasa sepi dan sedih, kemana-mana pergi pun terbayang wajah Nur, kadang-kadang terbayang wajah Nur yang dalam ketakutan, kerana takut dipukul, kadang-kala terbayang wajah Nur yang lencun dengan air mata di  pipi. Semua kenangan itu menambahkan sesak di dada dan penyesalan di hati. Aiman betul-betul menyesal kini, kalaulah Nur Asiah ada di depan mata, dia dengan tidak segan silu, akan sujud di kaki Nur Asiah, dia akan pijak egonya sampai lunyai , dia akan meminta maaf dari Nur Asiah dari hujung rambut sampai hujung kaki.
        Sesekali air mata lelakinya meleleh menuruni pipi, air mata penyesalan bercampur dengan air mata rindu pada Nur Asiah. Andainya masa dapat diputar ke belakang, dia ingin menjadi  suami yang penyayang dan mithali.  Agaknya  kerenah  manusia memang begitu, melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang, menyakiti hati orang lain seenak rasanya, mendera orang lain sesuka hati, lepas tu menyesal di hujung perbuatan. Nasib baiklah ALLAH itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia menerima taubat hamba-hambaNya.
        “Nur, maafkan abang, abang bersalah,”  Aiman merintih lagi,tapi Nur Asiah tak mungkin mendengarnya. Aiman berjalan menghampiri pokok-pokok bunga yang ditanam oleh Nur, ada yang di dalam pasu dan ada juga yang ditanam di atas  tanah, macam-macam jenis bunga ada, Aiman tak tahu namanya, yang dia tahu hanya bunga ros. Kasihan pokok-pokok bunga Nur, semuanya dah tak segar macam dulu, pokok pun dah segan untuk berbunga, mungkin pokok juga merajuk seperti tuannya.
        “Heh...tak habis-habis lagi ke kau nak belek pokok tu?  Sakit hati Aiman melihat Nur yang dari tadi asyik membelek-belek pokok bunga ros tu, macamlah pokok tu sakit atau demam. Sakit hati betul.Aku yang duduk tertonggol dihadapannya langsung tak ditegur dan dipedulikan. Nur Asiah masih tidak mempedulikan Aiman. Kenapa Aiman suka cari pasal dengannya? Ada saja benda yang Aiman cipta untuk dijadikan bahan  amarahnya, Nur Asiah tak suka bergaduh, tak suka marah-marah dan tak suka hatinya di sakiti, apa lagi dimaki hamun. Jalan yang terbaik ialah diam dan buat bodoh saja.
        “Heh...betina, kau tak dengarkah apa yang aku cakap?” Aiman menyerbu datang dan merampas pasu pokok bunga ros yang berbunga lebat itu dari tangan Nur Asiah, dia tahu pokok itu kesayangan Nur Asiah, lalu dihempaskan ke lantai. Hah...baru puas hati aku. Pecah berderai pasunya.  Nur Asiah terpinga-pinga dengan tindakkan spontan Aiman, tak sangka Aiman sanggup merosakkan pokok yang tak berdosa demi untuk menyakiti hati Nur Asiah. Sampainya hati Aiman. Nur Asiah diam tak berkutik, biarlah ,kalau bercakap pun bukannya Aiman dengar dan ambil perhatian pun. Nur Asiah melihat suaminya dengan mata yang berkaca.
        “Apa salah pokok tu ?”
        “Pokok tu tak salah, kau yang salah, kau buat aku macam tunggul, kau lebihkan pokok dari aku, aku ni suami kau...” selamba saja Aiman bercakap.
        “Masya’Allah...” hanya sepatah saja yang terucap dari mulut Nur Asiah, laki aku ni betul ke tidak, takkan dengan pokok pun dia cemburu. Gila, memang dia gila!
        “Lain kali , kalau aku ada kat rumah,kau jangan nak pandai-pandai berkebun, sehingga mengabaikan aku, ingat tu!” Aiman mengambil gunting yang berada di atas lantai ,lalu menggunting semua bunga-bunga ros yang sedang berkembang mekar, habis botak pokok -pokok kesayangan Nur. Nur Asiah menangis, hatinya juga menangis, jiwanya juga menangis. Pokok-pokok itu lah sahabat masa sunyinya. Sampai hati Aiman.
        “Abang kejam!”
        “Apa, kejam? Oh...itu tak kejam, yang ni baru kejam,” Aiman menolak kepala Nur Asiah ,sehingga Nur Asiah jatuh tersungkur di atas tanah, nasib baik kepalanya tidak terhantuk dengan pasu bunga. Aiman mencebik dengan puas bercampur benci, lalu dia beredar masuk kedalam rumah. Nur Asiah masih tersedu di halaman dengan seribu kelukaan dan hati yang penuh duri.
        “Arghh...”  Aiman menjerit keras, melawan rasa sedih dan kesalnya, ternyata dia benar-benar terhukum dengan kesalahan dan dosanya, lalu kenangan itu benar-benar menyiksanya.    Aiman melangkah gontai masuk ke dalam rumah. Suasana rumahnya yang sepi mencengkam perasaan, terasa sedih dan sayu bila diri ditinggalkan dan juga sebagai petanda dirinya tidak diperlukan lagi.
        Apa yang Aiman rasa derita sepi ini ialah balasan dan hukuman terhadap dosa-dosanya selama ini.  Ini baru dibalas dengan rasa sepi dan sedih, dia sudah tidak mampu menanggungnya, bagaimana dengan dosa-dosanya yang lain? Ah...tak terjangkau di akal dan sanubari  , bagaimana peritnya nanti menerima balasan dari ALLAH. Ya ALLAH...Ya Tuhanku...ampunkanlah hamba-Mu yang berdosa ini.
        Dalam sujud Aiman meminta keampunan, dalam sujud dia memohon pertolongan dan dalam sujud dia berharap ,akan ada peluang ke dua untuknya bertemu kembali dengan Nur Asiah. Tuhanku...! Berilah aku peluang ke dua  untuk membuktikan sayang dan cinta aku pada Nur Asiah.
        Tuhanku, berilah daku peluang sekali lagi supaya aku dapat  menjadi suami yang baik dan mithali. Aiman meraut mukanya beberapa kali sebelum menamatkan doa tahajjudnya dan  sebelum memejamkan mata untuk tidur dia menyebut  “Nur Asiah, maafkan abang, I missed you so much...!”

Nur Asiah terjaga, dari tidurnya bila ada yang memanggil namanya. Dia terpisat-pisat bangun, kokok ayam jantan jelas kedengaran sahut-bersahutan, bunyi ombak yang menderu tanpa henti juga jelas kedengaran,dan suara orang yang memanggil namanya juga jelas ditelinganya.  Nur Asiah bangun dari tempat  tidurnya, melihat jam di dinding, tepat pukul 3.00 pagi. Nur Asiah membuka pintu biliknya, kalau-kalau maknya yang memanggil, kosong. Tiada siapapun di luar biliknya. Nur Asiah berlalu ke bilik air untuk berwudhuk.
Dalam tahajjud dia memanjatkan doa semoga Allah memelihara kesihatan diri dan kandungannya, supaya Allah memelihara kesihatan suaminya, walaupun jauh di mata, semoga Allah membahagiakan suaminya, walaupun lelaki itu sering membuatkan dia menderita dan ALLAH memberi taufik dan hidayatnya, agar suaminya itu sentiasa menjadi hamba yang tuu buu ilallah dan beriman dengannya.
Lepas tahajjud  Nur Asiah langsung membaca Al Quran seperti biasa. Lirih suaranya membelah dini hari yang sepi bersama bunyi ombak yang berlagu tanpa henti. Inilah amalannya, bangun di separuh malam,lalu berbicara dengan ALLAH ,meminta itu dan ini, mengadu itu dan ini dengan Rabb yang Maha Mendengar tanpa malu dan segan. Dan ALLAH yang Melihat lagi Mendengar  telah mencampakkan kekuatan dalam dirinya, datanglah ujian macam mana sekali pun dia tetap akan bersabar dan yakin dengan firman ALLAH yang mulia “Sesungguhnya ALLAH bersama dengan orang-orang yang sabar.”
Selesai dia membaca Al Quran, Mak Esah terjengul di muka pintu bilik Nur.
“Ada apa mak?”
“Mak sedih saja dengar Nur baca Qur’an, sayu hati mak,”  tak tahu bila pula Mak Esah bangun.
“Mak ni macam-macam lah, mana ada  baca Qur’an boleh sedih?”
“Tak, alunan suara Nur yang mendayu tu ,macam sedang merintih.’
“Memanglah mak, bila kita baca Qu’ran ,perasaan kita akan tenang, jiwa kita akan kuat. Itu saja yang mampu membuat Nur berdiri lagi dan Nur yakin ALLAH akan menolong Nur.”
“Nur anak yang taat dan beriman, mak doakan  agar Nur dapat syurga ALLAH.”
“Terima kasih mak, mak dah tahajjud ke belum?”
“Dah, dah lama mak bangun, sebaik saja dengar suara Nur baca Qur’an, sedap suara Nur,” bangganya  Mak Esah memiliki anak seperti Nur Asiah, hatinya bersih dan semangatnya kuat, tetap sabar dengan ujian ALLAH, biarlah anak itu seperti Lagenda Asiah isteri Firaun laknatullah, yang tetap beriman walaupun suaminya kafir, dan beliau adalah diantara yang  terawal memasuki syurga ALLAH bersama Siti Khadijah binti Khuwailid.
“Tu kawan Nur yang sedap tidur tu tak tahajjud?”  Nur Asiah ketawa kecil melihat Suriani yang nyenyak tidur, siap dengan berdengkur lagi.
“Biarkan dia, lagipun dia uzur,”  Mak Esah mengangguk lalu beredar.




















No comments:

Post a Comment