NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Monday, February 6, 2012

Persis Bidadari Syurga 23







                                                      BAB  23


Selesai solat subuh Aiman  berdiri di beranda rumah, membuang pandangan  keseluruh kawasan rumahnya. Sesungguhnya rumah ini telah hilang serinya.  Warna alam terasa pudar dan tidak bermaya. Semuanya telah hilang bersama semangat Nur Asiah. Tapi pagi ini satu semangat telah muncul dalam diri Aiman, mungkin juga sebab mimpi indah malam tadi,  Nur telah pulang kepangkuannya, sedikit sebanyak harapannya berbunga kembali.         
Pagi ini Aiman tidak akan ke pejabat lagi , dia telah menghantar surat berhenti ,tapi majikannya tidak meluluskan permohonannya ,lalu  diberinya  cuti selama mana yang dia mahu. Baiknya majikan. Mungkin juga pihak majikan telah menilai segala hasil kerja Aiman sebagai Ketua Eksekutif  Pengeluaran selama ini. Selama ini kerjanya amat cemerlang dan menjadi kebanggaan syarikat, tapi semenjak Nur Asiah menghilang ,segala kosentrasi telah tiada dan dia seakan-akan  tiada semangat lagi untuk bekerja. Barulah Aiman sedar betapa pentingnya Nur Asiah dalam hidupnya. Selama ini dia sering menidakkan hak Nur Asiah sebagai isterinya dan selalu melebihkan Adura dalam segala hal. Tapi peliknya, setelah Nur Asiah tiada dia sendiri tidak mempedulikan Adura lagi. Penyudahnya Adura juga keluar dari rumah. Ah... hidup ini memang pelik dan gila.
Semangat yang baru muncul dalam diri Aiman ialah dia ingin membersihkan rumahnya, spring clean ,bersih seperti yang Nur selalu buat. Sewaktu Nur ada, rumah mereka sentiasa bersih ,tiada sampah dan habuk, Nur Asiah selalu menyucinya, malah di dalam rumah selalu berbau wangi, begitu juga dengan bilik tidur Nur, selalu saja bau bunga ros, segar dan menyenangkan. Aiman rindu itu semua. Sekurang-kurang bila Nur Asiah balik nanti,rumah ini sentiasa bersih dan mewangi untuk  menyambut kepulangannya.Tapi balikkah Nur Asiah?.
Tiba-tiba handset Aiman berbunyi, Aiman menjawab.
“Assalamualaikum, mami!”
“Waalaikummussalam, Aim sihat?”
“Sihat, mami dan papa  sihat?”
“Bolehlah, dah tua-tua ni,taklah bagus sangat kesihatannya. Aim kat ofis ke ni?”
“Tak kat rumah”
“Tak kerja ke?, atau demam?”
“Cuti panjang, cadang nak berhenti, tapi bos tak bagi, so dia bagi cuti panjang kat Aim”
“Hah ,nak berhenti kerja?, kenapa Aim?, “  bukan main terkejut  Puan Jamaliah.
“Saja, dah tak ada mood nak kerja, duit banyakpun buat apa, bukannya ada anak isteri yang nak ditanggung”   terkedu Puan Jamaliah, dia tahu apa yang Aiman rasa.
“Habis, Aim duduk rumah nak buat apa?, tak ke lagi bosan?”
“Aim bercadang nak cari Nur.”
“Tak habis-habis lagi ke dengan perempuan kampung tu?”
“Mami please!, Nur tetap isteri Aim, dan  Aim sayangkan Nur sampai bila-bila”
“Aim saja sayangkan dia, sedangkan perempuan tu lari entah ke mana.”
“Nur lari pun sebab kita mami”
“Aik...kenapa pulak mami terbabit dalam krisis rumahtangga Aim?.”  Tahu pula Puan Jamaliah marah, ingatkan tak tahu.
“Mami lupa?, mamilah perancang utama, kalau tidak kerana desakan mami supaya Aim berkahwin satu lagi, tentu Aim tak kahwin dan Nur tak lari dari rumah dan cucu yang mami harapkan tu ,bukannya  dapat pun”  Wah...sesedap rasa saja Aiman bercakap, dia perlu meluahkan apa yang terbuku dihatinya selama ini.
“Ya mami tahu, mami memang banyak salah pada Aiman dan Nur, tapi yang dah pergi entah ke mana tu, biarkan  dia. Si Adura tu, Aim pergilah pujuk, biar dia balik tinggal dengan Aim”
“Sudahlah mami, Aim tak mahu isteri yang curang, isteri yang tidak setia dan sedikit masa lagi Aim akan lepaskan Adura.”
“Entahlah Aim, mami pun tak tahu apa yang boleh mami bantu dengan rumahtangga kau  ni”
“Tak  mengapalah mami, Aim akan  cuba menyelesaikannya sendiri. Okaylah mami, Aim ada kerja sikit ni”
“Yalah, kalau kau free baliklah rumah mami,dapat kita berkumpul”
“Insya’Allah mami, kirim salam pada  papa dan adik”


Aiman turun ke bawah dan terus ke dapur, dia perlu membuat minuman untuk dirinya, sebelum melakukan spring clean , perutnya perlu diisi dulu, barulah selesa membuat kerja.
Selesai bersarapan ala kadar, Aiman naik balik ke tingkat atas. Tempat yang mahu dibersihkan dulu ,ialah bilik Nur, dia mahu bilik Nur bersih dan wangi macam dulu , sebab Nur memang suka wangi-wangian dan bila Nur balik nanti Nur  akan rasa selesa dan seronok, Aiman akan menjaganya dengan baik, seperti sedia- kala. Tapi balikkah Nur?.
Aiman menyapu lantai ,mengelap habuk ,menukar cadar, mengemas almari mekap Nur  dan membersih almari pakaian Nur. Dia bukannya pandai dan pernah buat ini semua, tapi dia selalu tengok Nur melakukannya, jadi dia buat seperti yang Nur buat. Perkara terakhir yang dia lakukan ialah ,mengemas dalam almari,mengeluarkan baju-baju yang terlipat   dan tergantung,semua baju yang ada itu, pakaian  yang dia hadiahkan untuk Nur, hatinya cukup sedih dan terkilan, satu pun Nur tak ambil hadiah yang dia berikan pada Nur, segala emas dan perhiasannya tersimpan kemas dalam sebuah kotak.
Dengan perasaan yang bercampur baur, Aiman mengambil pakaian Nur yang tergantung, lalu didakap dan dipeluknya baju tersebut, ada bau Nur yang melekat di situ, rindu yang bersarang pun sedikit menghilang dan  air mata pun meleleh perlahan, kemanakah pergi egonya selama ini?, kenapa sekarang baru menyesal?, nasi sudah menjadi bubur. Tiba-tiba Aiman ternampak sebuah kotak yang berbalut cantik , seperti kotak hadiah. Aiman mencapai lalu menelitinya. Sah, memang kotak hadiah dan ianya ditujukan pada Aiman.


“Selamat Hari Lahir yg ke 29. Semoga Allah sentiasa memberkhati abang
Cinta yang ikhlas berada di dalam jiwa,tak perlu perkataan untuk membuktikan,
cukup dengan sekilas perbuatan. Hargailah cinta ketika  ia  hadir
                                               Salam dari Nur  “


Aiman melihat tarikhnya, bukan main terkejut lagi,iaitu pada hari jadinya dua tahun yang lepas,bermakna ketika hari perkahwinan dia, sebab dia berkahwin dengan Adura pada hari lahirnya yang ke 29 . Oh...my God...,beribu penyesalan bertandang di hati saat ini , kalaulah dia tidak terlalu gopoh dengan perkahwinan keduanya, kalaulah dia tidak terlalu teruja untuk mendapatkan zuriat dan kalaulah dia  sedia memberikan sedikit ruang masa buat Nur,sudah pasti Nur akan menyerahkan cinta dan hatinya pada Aiman. Di saat Nur Asiah bersedia untuk bercinta dengannya, Aiman dengan tega melukakan hati Nur dengan perkahwinan keduannya.  Arghhh...suami jenis apakah aku ni!!... Aiman menjerit, namun ,tiada siapa yang mendengar  dan Nur juga tidak akan mendengarnya,kecuali Allah.Tiada guna menangisi benda yang telah berlalu.. Walau bagaimanapun Aiman tetap menangis, berbijik saba’ dan menyesali kebodohan diri sendiri sehingga hilangnya cinta yang ditunggu selama ini.
                                              

Nur Asiah berehat di pangkin bersama Mak Esah dan Pak Khalid sambil makan-makan.  Angin pantai yang menderu amat menyenangkan. Desiran ombak yang menghempas pantai sungguh mengalunkan ditelinga Nur Asiah  . Mentari senja yang kuning kemerahan beransur tenggelam dimamah senja yang kian tua . Segalanya  sama seperti yang Nur rasa semenjak dia dilahirkan dan berumah di tepi pantai ini. Rasa bahagia , aman dan tenteram menutup hati Nur yang retak berlubang. Sudah lama Nur  Asiah tak  merasakan kebahagian sebegini. Dia bebas melakukan apa saja, menuturkan apa saja dan makan apa saja,tiada lagi Aiman yang akan menjeling  ,mengawal dan yang akan memarahinya.
“Banyaknya Nur makan”  tegur Mak Esah, Nur Asiah menyengih, mulutnya penuh dengan cempedak goreng.
“Biarlah dia makan Sah, seronok saya tengok Nur makan, lagipun dia makan untuk dua orang”  Pak Khalid membela Nur. Tak tergugat pun selera  Nur Asiah dengan  teguran Mak Esah, dia memang hantu cempedak goreng, kat mana jumpa cempedak goreng pun dia akan beli. Aiman selalu mengejeknya, makanan kampung, Nur Asiah tak kisahpun, memang dia orang kampung .
“Nur, kalau banyak sangat makan, nanti gemuk , budak  dalam kandungan pun besar, nanti susah nak keluar”
“Nur dah gemuk ke mak?”
“Mana ada, naik badan sikit saja, tapi ayah suka tengok badan Nur berisi macam ni, nampak cantik, tak kurus macam jerangkung”    Mak Esah  dan Nur ketawa bila mendengar  ayat akhir dari mulut Pak Khalid, macam lucu pula.Pandai pula ayah buat lawak ya.
“Jadi, dulu ayah tengok Nur macam jerangkunglah ya?, ayah ni tak patut tau.”
“Taklah ayah bermaksud begitu” Pak Khalid  ketawa. Mak Esah juga ketawa.
“Habis tu?”
“Sebenarnya ayah nak cakap, Nur bertambah cantik bila badan berisi sedikit, muka Nur nampak berseri-seri,pipi pun  nampak kemerah-merahan dan senyum pun bertambah manis.”  Mak Esah memuji Nur Asiah, memang itu pun yang dia nampak pada Nur, seperti Nur  gembira sangat walaupun suami tiada di sisi.
“Nur, bagaimana  hubungan Nur dengan Aiman,  dah sah bercerai ke belum?”  berhati-hati Pak Khalid mengajukan  pertanyaan, takut Nur terasa hati.  Nur Asiah melihat wajah tua Pak Khalid yang sudah berkedut itu, wajah yang sudah menjadi hitam berminyak akibat bertahun-tahun berjemur di tengah lautan.
“Buat masa ini kami belum bercerai, Nur lari dari rumah kerana ingin menyelamatkan diri Nur saja. Tapi Nur dah buat  pemeriksaan doktor dan report polis.  Bila lepas bersalin nanti Nur akan failkan kes ini ke mahkamah untuk tuntutan percerian fasakh. “
“Kalau  Aiman tak nak macam mana?”
“Nur banyak bukti, yang boleh menyokong permohonan Nur.’
“Nur tak takut ke menjadi janda?”  susah hati Mak Esah.
“Kenapa perlu takut?, bukannya salah jadi janda, lebih baik menjanda mak daripada hidup bermadu, tak ada yang manisnya,kenapa?, mak malu ke kalau Nur jadi  janda?  ”
“Tak,cuma takut Nur tak tahan dengan umpat keji orang, maklumlah masyarakat kampung,pandangan mereka selalu serong.”
“Biarlah mak,kalau mereka nak pandang Nur ni dengan pandangan serong ke ,condong ke, tumbang ke, Nur  tak peduli. Sebenarnya  kalau Nur tak fikirkan maruah mak dan ayah dah lama Nur minta cerai atau pun Nur buat tuntutan fasakh di mahkamah. Nur tahu,  kalau Nur bercerai dalam usia perkahwinan  yang baru setahun dua, pasti kesalahannya dilemparkan pada Nur. Biasalah masyarakat suka menunding jari daripada membantu,”  sudah habis Nur Asiah memuntahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. Tiada rahsia lagi. Dan apa yang dia rasa, lega seleganya.
“Buatlah apa yang terbaik untuk diri Nur, mak tetap menyokong Nur”
“Nur , maafkan ayah, kalaulah  ayah tak paksa Nur dulu, tentu hidup Nur tak menderita.”
“Ayah,...tak baik cakap macam tu, kita orang  beriman tak boleh meletak perkataan kalau  dalam  kehidupan kita, sebab setiap yang terjadi itu telah tertulis dan tersurat, bukan salah ayah pun, semuanya atas kehendak Allah. Bak kata hadis, pena telah terangkat dan dakwat telah kering. Ayah jangan menyalahkan diri sendiri lagi tau, Nur tak suka. ”
“Yalah Nur, ayah faham.”
“Eh...budak-budak ni mana ya?, tak nampak batang hidung pun,”  Mak Esah mengubah tajuk perbualan sambil melihat kekiri dan kekanan seolah-olah sedang  mencari sesuatu. Sebenarnya dia ingin melarikan rasa sedih dan pilu yang menyelubungi diri  terhadap cerita Nur, tak sangka anak perempuannya menanggung derita yang amat sangat. Hati seorang ibu , memang cepat terasa.
“Alah,..merayaplah tu dengan si Su” Nur Asiah  memberitahu. Pak Khalid mula bangun dari pangkin, diikuti dengan Mak Esah .
“Nur duduklah, mak nak masuk ke rumah , nak masak, hari pun dah tinggi, Nur balik petang ni kan?”  
“Ya mak, esok Nur kerja”
“Yalah, kerjalah baik-baik”   Mak Esah melenggang berjalan menuju ke rumah, manakala Nur Asiah termenung sendirian di pangkin. Melayan perasaannya, perasaan rindu?,mungkin juga. Rindukah dia pada Aiman?,lelaki yang selama ini suka mendera fizikal dan mentalnya. Pelik...hidup ini memang pelik dan gila. Tapi itulah yang dikatakan pelik tapi benar.
“Hoi!...jauh kau termenung, ingat abang ke?” macam tahu aje Suriani ni, Nur Asiah menyengih tanpa kata.
“Terkejut aku, kau nikan ,kalau tak sergah aku tak boleh ke?, nasib baik aku tak lemah jantung” marah Nur pada  Suriani and The gang, baru saja jumpa ,dah tubuh geng. Entah apa-apalah dia orang ni.
“Sebab aku tahu kau tak lemah jantunglah, aku berani sergah kau, kalau tak aku pun tak nak tanggung risiko tengok kau tergolek kat sini, betul tak geng?”
“Betul,betul,betul,...”  Upin dan Ipin  pun  menyahut.
             “Kau orang ni dari mana?”
“Kami ni dari mengukur jalan, ambil sub tender dengan kontraktor JKR. Suriani dan budak-budak tu ketawa sakan, bagai nak rak, pasti ada sesuatu ni.
“Dah habis ke kerja mengukur jalan tu?”
“Dah, dah dapat imbuhan pun,ha...ha...ha...” Suriani ketawa kuat ,ibarat volume speaker dipulas habis,diikuti oleh Naim dan Liki.Nur Asiah kebingungan. Ada-ada saja dia orang ni.
“Apa cerita kau orang ni ?”  tak tahan Nur Asiah mendengar mereka mengekek-ngekek.
“Cerita menarik, tadi sewaktu aku ronda-ronda, kami lalu depan Kedai Kopi Pak Cik Mamat, ramai orang  kat situ, tiba-tiba seorang budak baling mercun,betul-betul terkena pada basikal Kak Su, apa lagi Kak Su pun melatahlah, “   cerita Naim, Suriani hanya tersengih setelah habis ketawa.
“Kak  tahu, Kak  Su cakap apa?,  Kak Su menjerit sambil berkata ponggong mak aku meletup!!...ponggong mak aku meletup!! ...,semua orang yang ada dalam kedai kopi tu lihat Kak Su dan ketawa”  Liki bercerita dengan gayanya, semua ketawa, Nur Asiah ketawa terbahak-bahak, dapat dia gambarkan bagaimana keadaan Su waktu itu.
“Wei...kau ketawa tu dah lebih, kau tak tengok lagi basikal kau tu”  Suriani menyedarkan Nur Asiah. Nur Asiah menoleh ke arah basikal yang di maksudkan. Mak oii!!!... apa dah jadi ni, kasihan basikal aku yang banyak jasa tu, baru saja dua hari Su naik , dah hancur?.
“Kenapa basikal tu?” tak puas hati Nur Asiah melihat basikal kesayangannya, walaupun buruk, tapi ia adalah sebuah kenangan, kenangan dia dan basikalnya sewaktu kali pertama Aiman melihatnya, dan jatuh parit bersama basikalnya. Dan semasa alam persekolahan ,sewaktu cinta monyetnya bersama Zarif , basikal buruk itulah yang menjadi saksi.
“Sebenarnya sewaktu aku terkejut dengan bunyi mercun tu , aku jadi gabra dan panik, tak tahu nak buat apa, fikiran aku jadi kosong, aku tekan-tekan kat kaki ,cari brek tak jumpa, jadi basikal tu meluncur laju merempuh tiang eletrik, “  mereka semua ketawa, kecuali Suriani yang merasa bersalah pada Nur Asiah, sebab basikal kesayangannya dah jadi macam cekodok pisang tak siap, rimnya dah bengkok teruk ,dah jadi nombor 8 dan handle nya pun dah senget.
“Memanglah kau tak jumpa cari breknya, basikal brek kat tanganlah mangkuk”  ketawa Suriani pecah berderai ,membingitkan lubang telinga. Lebih kuat dari orang lain, geli hati sangat sampai hentak-hentak kaki, memang pun bila dia dah sedar akan kekalutannya  itu telah memberi  impak yang besar kepada basikal Nur Asiah. Naim dan Liki  masih ketawa kuat apatah lagi melihat gelagat Kak Suriani, memang Kak Su ni lucu orangnya, selamba  badak saja.
“Nur , sorrylah, basikal kau dah jadi arwah, tapi tak apa ,nanti  pergi hantar repair “
“Alah, tak kisahlah yang pentingnya kau tu selamat tak cedera” ikhlas Nur Asiah menyatakan, berapalah sangat harga basikal buruk tu berbanding dengan budi yang telah Suriani hulurkan.
“Betul ke ni?”
“Yalah , ada pernah aku tipu kau selama ini?”  Suriani menggelengkan kepala sambil menyengih.
“Jomlah naik ke rumah, tentu mak dah masak ni, hari ni mak nak masak  asam pedas ikan pari, bolehlah kau belajar, dah kahwin nanti boleh bagi suami rasa”  Nur Asiah mengenyitkan mata.
“Hah...Kak Su nak kahwin?, bila?”  Aik!...menyibuklah pula Ipin dan Upin ni.
“Kenapa ?.Kau orang frust ke tak dapat  tackle   Kak Su?” Nur Asiah menyakat.
“Alah...kalau Kak Su kahwin pasti tak best lagi, mesti dia dah tak kawan dengan kita lagi” amboi!...macam merajuk pula si Ipin ni.
“Hah,...kau dengarlah cakap Kak kau tu, bila masa pula nak kahwin . Eh, Liki...kau ingat ada ke orang yang nak kan Kak Su yang gemuk macam anak gajah ni?” Suriani cuba melepaskan diri .
“Tak semua orang gemuk tu tak cantik,dan tak semua orang kurus tu cantik. Manusia ni ada pilihan masing-masing. Macam Naim tu , dia pun suka orang gemuk. Ayang nama dia”  Liki saja nak mengenakan Naim, panas lubang telinga Naim.
“Hoi!...apa hal kait-mengait dengan aku pula?, kau ni saja nak cari pasallah”  marah Naim.
“Su, jom kita naik ke rumah, sebelum gusti bermula, tak payah kau nak layan mamat dua ekor ni, kalau kau layan sampai esok pun tak selesai”   Suriani ketawa , dia seronok sangat dapat berkenalan dengan keluarga Nur Asiah, terutama adik-adiknya, maka kedua perempuan itupun berlenggang -lenggang yang tiada lenggoknya, naik ke rumah.





No comments:

Post a Comment