BAB 24
Sesuatu
yang Nur Asiah tak suka dalam hidupnya ialah ,melalui saat-saat perpisahan
dengan orang-orang tersayang, sedihnya terlalu lama melekat di hati dan
rindunya susah diubati. Tapi apa boleh buat, hidup ini perlu diteruskan juga,
kesedihan yang berpanjangan tidak dapat mengubah masa depannya.
“Nur , bersalin nanti kat kampung ya,
biar mak jaga Nur semasa dalam pantang”
“Insya’Allah mak, mana lagi Nur nak
pergi, kalau bukan di rumah mak”
“Jaga kandungan tu baik-baik, jangan
lasak sangat. Mak, kalau boleh tak nak bagi Nur pergi Kuala Lumpur lagi,
biarlah mak jaga Nur , sampai Nur bersalin,” kelam suara Mak Esah. Seorang ibu
tak akan betah melihat anaknya susah. Nur Asiah menyengih, memujuk rasa sedih
ibunya.
“Mak ,Nur kena kerja, kena simpan duit.
Perbelanjaan menyambut orang baru, bukannya sedikit , dan barang-barang pula
mahal sangat. Nur pun kalau boleh nak duduk dengan mak dan ayah,” rasa nak menangis, tapi Nur Asiah perlu
tunjukkan dia seorang yang tabah,kalau tak ,mak lagi susah hati untuk melepaskan
Nur.
“Kak , dalam bulan lepas, Naim ada ternampak Abang Aiman kat kampung ni,
tapi dia tak balik pun jumpa mak, agaknya dia datang cari Kak” Nur lihat Suriani mencebik. Nur Asiah senyum
hambar.
“Naim tak tegur dia?”
“Tak, Naim tengok dari jauh saja,
ingatkan dia balik dengan akak”
“Biarkanlah dia, akak tak nak dia cari
akak, akak nak pergi sejauh mungkin darinya, biar dia tidak mengetahui tentang
kehadiran anak kecil dalam kandungan ini.”
“Dahlah Nur tak payah nak story pasal tu
lagi, aku ada ,aku akan jaga kau, jom kita balik, hari pun dah petang benar ni.
Hah...Naim, ni ambil duit seratus ringgit, pergi repair basikal tu,
kalau ada lebih ,kongsi dua orang.’”
“Kak
Su, kalau lebihnya sepuluh sen saja?” Liki menyoal.
“Ha…lima sen soranglah rezeki kau orang,” semua ketawa dengar lawak Suriani, Liki apa
lagi, bila dah terkena batang hidungnya.
“Eh, Su, tak payahlah, basikal tu dah buruk,
tak ada maknanya kalau repair sekali pun,” Nur Asiah menegah. Apalah Su
ni, basikal buruk tu pun nak ganti. Lawak betul.
“Siapa kata tak ada makna?.Kau tahu ?,
memusnahkan sesebuah kenangan, bererti memusnahkan sebuah sejarah. Dan sejarah pula
tertulis kerana adanya peristiwa dan kenangan.”
Liki
menepuk tangan sebaik saja, Suriani menghabiskan bicaranya.
“Wah, Kak Su ni macam sasterawanlah” Liki mengampu dan Suriani menyengih.
“Tu lah kau,see the leg
lah” mereka ketawa, kecuali Mak Esah dan Pak Khalid yang tak faham dengan
bahasa budak-budak ni.
“Korang berdua, cuti sekolah nanti,
turunlah KL,boleh Kak Su bawa
jalan-jalan makan angin.”
“Mana ,pergi rumah Kak Su ke?” Liki teruja sungguh.
“Yalah, kau ingat rumah siapa?, rumah
Perdana Menteri?” gelak mereka bergema
lagi dengan pertanyaan Suriani.
“Okaylah mak, ayah , Nur balik dulu” Nur Asiah bersalam-salaman dan berpelukan
dengan ahli keluarganya, sayu menampar hati dan air mata bukan rahsia lagi.
Nur Asiah melambai-lambaikan tangan
ke arah keluarganya ,tatkala kereta
kancil milik Suriani mula memecut laju dan menjauh. Hatinya juga menjadi
semakin sepi dan sedih. Biasalah adat berpisah.
Bila tiba di pertengahan jalan Suriani
memberhentikan keretanya di bahu jalan dan dia berlari ke kedai yang terletak
di tepi jalan. Entah apa yang dia cari kat kedai tu, menonong saja pergi tanpa
sepatah kata.
Nur Asiah menunggu di dalam kereta, dia
tidak selesa bila panas mentari petang menyuluh wajah. Suriani yang berada
dalam kedai tu punyalah lama, beli barang ke buat barang?, penat menunggu. Mata
Nur Asiah asyik merenung ke pintu kedai, mengharap Suriani segera keluar dari
kedai tersebut.
Tiba-tiba mata Nur Asiah terpaku, bila
seorang lelaki keluar dari kedai tersebut. Rasa macam kenal,tapi siapa ya?, Nur
Asiah mengamati lagi. Ya... dia kenal, dadanya berdegup kencang. Ya...Allah, Zarif
rupanya. Lelaki itu tak banyak berubah, malah makin handsome dan bergaya,ialah
!… gaya seorang doktor ,penuh karisma. Siapa sangka dia dapat bertemu semula
dengan Zarif setelah tujuh tahun
berpisah. Sebenarnya dia tidak pernah berharap untuk bertemu dengan Zarif, dia
akan malu dengan Zarif kerana ketidaksetiaannya. Tapi kenapa Allah
mempertemukannya. Nur Asiah legat
memerhatikan Zarif yang sedang berkira-kira untuk masuk ke dalam kereta. Dengan
tak semena-mena lelaki itu menoleh,
pandangan mereka bersatu seketika, kemudian dengan cepat Nur Asiah mengalihkan
pandangan matanya dan melarikan wajah. Detakan
dadanya seakan mahu pecah. Ya Allah...janganlah Zarif perasan akan aku, aku
harap dia tidak lagi mengenali wajah aku, maklumlah ,semasa kami bercinta dulu
,aku terlalu muda dan sekarang wajah telah berubah.
“Assalamualaikum!” garau saja suara yang memberi salam. Nur
Asiah terkejut, matanya membulat, seakan-tidak percaya. Kemudian dia menoleh,
wajah Zarif terlalu hampir bila lelaki
itu menunduk.
“Waalaikummussalam!” Nur Asiah menjawab dengan wajah yang serba
salah.
“Ini Nur Asiahkan?” Zarif mencari kepastian, Nur Asiah mengangguk,
dia tidak tahu untuk mempamerkan wajah apakah di saat ini, wajah gembira ke?,
wajah bersalah ke, wajah malu atau wajah rendah diri. Dia benar-benar blur
ketika ini.
“Zarif rasa bertuah sangat dapat jumpa
Nur hari ini, sejak balik Malaysia dua tahun lalu, Zarif ada juga cari Nur,
tapi tak jumpa” terkejut Nur Asiah.
“Cari Nur?, nak buat apa?”
“Saja nak jumpa Nur, nak tengok macam
mana wajah Nur sekarang. Nampaknya Nur bertambah cantik sekarang, apa lagi bila
dah mengandung macam ni,” merah muka Nur Asiah menahan malu, tak baik seorang
lelaki memuji isteri orang.
“His...mana ada, Nur biasa saja”
“Anak yang ke berapa?”
“Pertama” Nur Asiah menunduk, tak berani menentang
wajah kacak Zarif.
“Nur dengan siapa kat sini?”
“Dengan sepupu, dia ada dalam kedai tu,
tengah beli barang agaknya” menipu sikit, bolehlah kot, bukan apa ,takut Zarif
salah faham.
“Oh,..ingat dengan suami”
“Tak, suami Nur out station” bohong sunat,takkan nak cerita keadaan diri
Nur kini.
“Nur, minta nombor handset.”
“Nur rasa tak payahlah kot.”
“Boleh Zarif jumpa Nur lagi, lain
kali?”
“Nur isteri orang Zarif, tak baik dan
tak manis kita berjumpa,pertemuan yang Allah aturkan seperti petang ini pun
sudah memadai, untuk menjelaskan hutang lama, ini pun kalau ada mata yang
memandang,dah jadi bahan fitnah.”
“Okaylah, Zarif faham,tapi Zarif
berharap akan ada pertemuan lagi untuk kita”
“Hmmm... “ suara Suriani berdehem di
sebelah.
“Ini sepupu Nur, Suriani namanya” Nur Asiah memperkenalkan Suriani yang
sudahpun tersengih seperti kerang busuk, dia dah boleh mengagak apa yang ada
dalam kepala Suriani tika ini.
“Saya Zarif, kawan Nur, kami tinggal
sekampung.”
“Oh,...ya ke, tentu dah kenal sejak
kecil kan?” eh,...mak cik ni bukan main ramah lagi. Nak mengorek
rahsialah tu.
“Okaylah Zarif, kami pergi dulu, hari
dah petang sangat ni,perjalanan jauh lagi” nasib baiklah si Su ni cerdik juga
orangnya, tahu pula nak melepaskan aku dari jerat keadaan ini.
“Balik mana?”
“KL , Kandang Lembu” Suriani melawak, Zarif ketawa senang,dan Nur
Asiah hanya tersenyum menyembunyikan debar di dada. Hati mana tak berdebar,
kalau terjumpa bekas kekasih hati, juga bekas abang angkat ,walaupun ianya
hanya cinta monyet,tapi ianya cinta pertama. Cinta pertama memang susah nak
lupa,kemana pergi pun tetap terkenang, walaupun hati dan perasaan sudah berubah
arah, namun kenangan tetap ada.
“Ya ke, saya pun nanti nak balik KL
juga, tapi mungkin malam kot, sebab ada hal dengan keluarga” wah!, ramahnya anak teruna Mak Cik Jenab ni.
Tak tanya pun!.
Bila salam diberi dan bersambut mereka
pun berpisah mengikut haluan masing-masing. Dan Suriani memulakan agendanya
sendiri.
“Eh...siapa tu pakwe lama ke?, handsome
betullah”
“Ya, zaman sekolah dulu, cinta
monyet” Nur Asiah mengiakan, tak guna
berselindung dengan Suriani, kerana dia akan mengorek sampai dapat.
“Tapi aku nampak tak macam cinta monyet
pun,di matanya penuh kerinduan.”
“Wah...pandainya mak cik ni,pakar cinta ke?, sudahlah...Su ,
memang kami pernah bercinta,tapi tujuh tahun dulu. Kau tengoklah dia sekarang.
Seorang doktor yang kacak ,takkan tak ada girlfriend” Nur Asiah mematah cakap Suriani yang suka
melalut.
“Tapi, kalau ada cinta di hati, soal
berapa banyak tahun tu ,tak jadi hal, yang penting cinta masih ada.”
“Eh,..sudahlah Su, yang kau
merepek-repek ni kenapa?, kau lupa ke aku ni masih isteri orang?”
“Bukan apa, in case ,just sediakan
payung sebelum hujan.”
“Apa maksud kau?”
“Yalah,...sebaik saja kau bercerai
dengan Aiman nanti, Zarif dah ada menunggu.”
Nur Asiah
mencubit paha Suriani, apa lagi menjeritlah mak cik Indon tu kesakitan.
“Tak ada benda lain ke nak cakap?”
“Tak ada,...kalau tak bercakap, nanti
kau tidur, bosanlah aku nanti. Ha...tu dalam plastik banyak jajan untuk kau,
makanlah...”
“Kau beli semua ni?”
“Tak, aku curi, sebab tu lama” mereka ketawa . Nur Asiah membuka plastik
jajan dan makan , mereka bersembang sambil makan dan meneruskan perjalanan yang
masih jauh.
No comments:
Post a Comment