BAB 17
KASDINA
berada di dapur rumah terrace
sewanya. Sebuah dapur yang bersih dan cantik walaupun kecil, wallpaper
dindingnya berwarna beige, bertingkap
kaca dan berlangsir corak bunga-bungaan halus English Flowers. Di luar tingkap
pula ada pasu-pasu bunga yang berwarna putih dipenuhi dengan pokok Morning Glory
yang berbunga lebat, cantik dan mempesona. Manakala di atas kabinet dapur kayu
pine ada dua pasu pokok Aloe vera yang tumbuh segar. Di satu sudut, berkilat lebar Rubber Plant dalam
pasu plastik besar yang sedia subur sejak beli dari Woolworths, pasar
Portebello dua tahun lalu. Sekali-sekala bayu dari luar menghembus nyaman. Begitulah
panorama alam yang baru menukar musim dan suasananya beransur-ansur. Tiada lagi
cuaca dingin yang membeku, sebaliknya diganti pula dengan putik-putik bunga
yang tidak lama lagi akan menguntum, mewarnai landskap bumi dengan warna-warna
keceriaan.
Dua
hidangan utama sudah siap. Iaitu, Laksa Kedah dan Spaghetti bolognaise cita
rasa Melayu. Macam mana tu yong? Senang saja, tambahkan sedikit rasa pedas dan
manis dalam sos, barulah terangkat rasanya, dek non! Kalau ikut original recipe
spaghetti bukannya sedap mana, rasa hambar dan kosong saja, maklumlah puak-puak
mat saleh nu bukannya kreatif dalam masakan, harap dressing aje lebih. Tak sama dengan orang Melayu masak yang cukup
dengan pedas, manis, masam dan masinnya.
Ting
tong, loceng rumah berbunyi berselang. Kasdina Alya bergegas berlari ke arah
pintu. Pasti minah dua orang tu yang balik. Suka sangat tinggalkan kunci.
Pintu
dikuak. Bukan minah berdua yang balik. Tapi...
“Oh,
dah sampai semuanya, masuk ya, sila.” Kasdina Alya mempelawa teman-teman June
dan Nisa’ masuk ke dalam rumahnya yang tak seluas mana.
“Assalamualaikum
Kak Kas,” seorang gadis manis memberi salam.
“Waalaikumussalam,
masuk dan duduklah,” mereka semua bersalam-salaman dan memperkenalkan diri
masing-masing. Kasdina Alya meneliti semua gadis-gadis manis di hadapannya.
Semuanya cantik, sopan dan lemah lembut. Sama macam June dan Nisa’. Sejuk perut
melihat mereka yang seramai sepuluh orang ni, termasuk June dan Nisa’. Di celah-celah
gadis Melayu itu ada pula terselit seorang anak orang putih yang siap bertudung
lingkup dan berjubah. Masya-ALLAH. Cantiknya dia. Persis bidadari syurga.
Matanya hijau berkilauan bak permata zamrud, senyuman manisnya penuh keikhlasan
dan memikat hati sesiapa saja yang melihatnya. Kasdina Alya hipnotis. Betapa
cantiknya kejadian ALLAH. Subhanah!
“Akak
dah siap ke hidangannya?” tanya June curious.
“Dah,
jangan risau, cuma akak tengah masak pencuci mulut.”
“Sorrylah akak. Kami semua datang awal.” Nisa’
menyampuk.
“No hal punyalah, Nisa’ dan June boleh
mulakan usrah, sementara itu akak siapkan hidangan.”
“Akak
nak Nisa’ bantu ke?”
“Tak
payah, akak boleh buat sendiri. Nisa’ teruskan saja usrah tu.”
“Terima
kasih akak, kerana tolong Nisa’ dan kawan-kawan sampai terpaksa mengorbankan
cuti akak.”
“Tak
apalah Nisa’, kitakan hidup bagaikan satu keluarga. Kenalah tolong-menolong.
Barulah hidup ini penuh erti.”
“Sayang
Kak Kas.” Nisa’ memeluk Kasdina Alya erat. Terharu Kasdina Alya seketika.
Terkenang pada Aida yang sekian lama ditinggalkan. Rindu pun berguguran pada
Aida adik perempuannya, dan juga pada
keluarganya yang tercinta.
Usrah
yang dijalankan oleh Nisa’ dan June berlarutan sampai lebih satu jam. Bila santapan
mula dihidangkan, semuanya nampak teruja untuk menikmatinya, termasuklah anak
mat saleh yang sorang tu, Mariam Jamila, cantik namanya secantik orangnya.
“Sebelum
kita menjamu selera, June nak perkenalkan dulu chef kita yang hebat dan cantik
ini. Kak Kasdina Alya, housemate June
dan Nisa’. Berkerja sebagai chef di Caravanserai Cafe dan masih available.” Kasdina Alya ketawa dengan
lawak June, macamlah yang hadir tu semuanya lelaki. Pandai juga June melawak.
“Terima
kasih Kak Kas, kerana sudi masak untuk kami,” ujar gadis yang bernama
Farahdiba.
“Yalah
Kas, hidangan hari ini nampak sedap sangat,” puji gadis yang bernama Zahratul
Aini.
“Belum
makan lagi dah tahu sedap?” seloroh Kasdina Alya.
“Betul
Kak Kas, tengok pun dah tahu sedap, tak sabar nak laksa akak ni,” gadis yang
lain pula menyampuk.
“Kalau
macam tu, jom kita makan, tak payah berlengah lagi,” pelawa Kasdina Alya.
Kesemua gadis-gadis usrah itu menikmati hidangan dengan penuh ceria dan gurau senda,
termasuklah Mariam Jamila yang sudah pandai ‘shikit-shikit’ berbahasa Melayu.
“Mariam,
boleh ke awak makan makanan yang pedas ini?” Kasdina bertanya dengan simpati
bila melihat gadis itu kerap minum Evian.
“Saya
mahu belajar makan pedas, saya suka ini laksa,” sebijik-sebijik bahasa baku
keluar dari mulut Mariam Jamila yang kepedasan. Kasihan dia. Kalaulah Kasdina
Alya tahu ada ahli usrah June yang berbangsa Inggeris, taklah Kasdina Alya
bubuh cili kering banyak mengikut sukatan biasa. At least tak lah pedas sampai ternganga-nganga anak mat saleh ni. Tapi
kira tabik spring jugalah pada Mariam Jamila, sebab mampu menghabiskan
semangkuk laksa. Bila habis semua laksa dan spaghetti Melayu, muncul pula pencuci
mulut Melayu, kuih badak berendam atau buat kata orang sini, The bathing Rhino. Ya le tu, pandai le
kamu.
“Oh,
badak berendam,” ujar Zulaikha bersama titis air mata tumpah di pipi sebaik
saja si badak berendam yang lemak manis itu masuk ke dalam mulutnya.
“Eh
Zu! waktu makan benda pedas tadi tak pula mengalir air mata awak. Apa pasal
makan kuih yang manis ni boleh meleleh air mata?” pelik pula June melihat
keadaan sahabatnya.
“Sebenarnya
saya rindukan mak saya. Badak berendam yang Kak Kas buat ni sama sebijik dengan
masakan mak saya. Itu yang emo sikit.”
Zulaikha bercerita.
“Oh,
kasihannya dia. Nah makan banyak sikit, biar terubat rindu awak tu.” Kasdina
Alya menambah lagi kuih badak berendam ke dalam mangkuk Zulaikha.
“Alahai
ciannya Zu, anak emaklah katakan.” Hanani mengusik.
“Inilah
salah satu kebaikan kita berusrah. Kita dapat bantu-membantu antara satu dengan
yang lain. Berkongsi rasa sedih dan gembira dan tegur-menegur bila ada di antara
kita yang terkeluar dari landasan, kerana teras agama kita adalah berpesan
dengan kesabaran dan berpesan-pesan dengan kebenaran.” June memberi pandangan. Kasdina
Alya mendengar dengan penuh ralit. Betul kata June tu, bila berada di rantau
orang, hanya kawan-kawanlah saudara terdekat kita, yang akan datang bila
dipanggil, yang akan membantu bila diminta pertolongan, dan yang akan
menasihati jika kita tersalah jalan. Keluarga, jauh di tanah air dan mereka
tidak akan tahu apa yang berlaku.
“Mariam
Jamila, boleh saya tanya awak?”
“Ya,
silakan Kasdina.”
“Sudah
lama awak embraced Islam?”
“Belum
lama, kira-kira baru enam bulan.”
“Bagaimana
pandangan keluarga awak terhadap Islam? Dan bagaimana pula hubungan awak dengan
keluarga?” Mariam Jamila tersenyum manis. Terpukau lagi Kasdina Alya seketika. Maniskah
pengalamannya dalam mencari sinar Islam?
“Ibu
saya seorang Protestant, ayah saya Atheist. Mereka berdua tidak mempeduli
tentang agama anak-anak mereka. Jadi saya tidak pernah menganut mana-mana agama
sejak kecil. Tetapi dalam hati saya selalu mencari sebuah makna dalam hidup. Saya
cuba mengenali agama Kristian dan Buddha, tetapi ternyata seakan ada sesuatu
yang tidak kena dengan kedua agama tersebut. Hidup saya tidak tenang, saya
mencari dan mencari, sehinggalah saya bertemu dengan rakan-rakan usrah saya kini.
Bila June menghadiahkan saya sebuah buku yang bertajuk, Islam--Answering All Your Problems, saat itu hati saya mula
tertarik dengan Islam. Dengan tekad saya berkata inilah agama yang saya cari,”
cerita Mariam Jamila dengan panjang lebar.
“So, bila pula awak mengucapkan
syahadah?” Kasdina Alya belum puas mendengar kisah penghijrahan gadis yang
asalnya bernama Rabecca Smith itu.
“Sebelum
saya mengucapkan syahadah, saya selalu menghadiri seminar-seminar Islamik dan
bertemu dengan saudara Muslim yang baru memeluk agama Islam terutamanya yang
berketurunan British. Dari situ saya mendapat ilham, ilmu dan kekuatan untuk
menyempurnakan pencarian saya. Pada 2nd Ramadhan 1433 Hijriah saya
melafazkan syahadah di hadapan Ketua Imam Khalifa Ezzat di London Central
Mosque, Regent’s Park. Masa tu Uncle Yusuf Islam pun ada hadir memberi
sokongan. Thanks ALLAH.”
“Oh luv, welcome to the family.” Kasdina
Alya menarik Mariam Jamila ke dalam pelukannya. Rasa kasih dan bersaudara sesama
Muslim menyerap jauh ke dalam jiwanya. Sesungguhnya Islam itu bersaudara. Tak mengira
bangsa dan warna kulit.
“Macam
mana dengan parent awak, mereka tak
marah?” Farahdiba mencetuskan soalan yang sama ingin Kasdina Alya tanya. Kilauan
mata Mariam Jamila memancar ke arah Farahdiba yang menunggu jawapan.
“Of courselah marah, walaupun pada
asalnya mereka tidak peduli dengan agama anak-anak, tapi bila saya memilih
Islam, mereka membantah. Kata mereka Islam adalah agama terroris, savage dan berbagai. Sah sudah mereka Islamophobia,
lalu bermulalah episod sukar. Mereka memulaukan saya, tapi saya tetap berbuat
baik dan menghormati mereka.” Ada air yang bertakung pada kelopak mata Mariam
Jamila, mungkin sedih mengenangkan saat dia dibuang oleh keluarga. Simpati
memenuhi ruang dada Kasdina Alya, begitu juga teman-teman usrahnya.
“Sabarlah,
awak tidak berseorangan. Kami semua adalah saudara awak dunia akhirat. Kalau
Mariam Jamila ada masalah, jangan malu untuk minta bantuan. Cakap saja, kami
sedia membantu,” janji Kasdina Alya. Teman-temannya yang lain juga mengangguk.
“I
nak beritahu something, sebenarnya
saya ingin menjemput Kasdina ke majlis perkahwinan saya nanti,” penuh bercahaya
mata Mariam Jamila sebaik saja dia membuka rahsianya.
“Hah,
you nak kahwin! Bila?” teruja Kasdina Alya mendengarnya. Tak sangka gadis
cantik ini dah berpunya. Tapi tak mustahillah, orang secantik Mariam Jamila ni
mestilah ramai yang tergila-gila.
“Weekend ni, kat Regent’s Mosque. Nanti
Kas dan teman-teman datang ya.”
“Insya-ALLAH,
saya akan datang. Siapa calonnya?”
“Pelajar
Malaysia juga, sama belajar dengan saya,” terang Mariam Jamila dengan senyum
lebar dan pandangan mata yang bercahaya.
“Ya
ke, syukur alhamdulillah, senanglah kita nak berhubungan in the future. Tahniah Mariam Jamila. Bila awak datang ke Malaysia
nanti, awak pasti suka tinggal di sana,” ujar Kasdina Alya dengan yakin.
‘”Saya
juga berharap begitu.”
“Semoga suami awak nanti dapat mengajar
awak menjadi muslimah sejati.”
“Itulah
yang saya harapkan, dan sebab itulah saya memilih dia menjadi pasangan hidup,
kerana saya tahu dia boleh membimbing saya menjadi muslimah sejati. Terima
kasih atas sokongan.”
“My pleasure, semoga hidup awak diberkati
ALLAH, god bless, ” doa Kasdina Alya pada sahabat yang baru dikenali.
No comments:
Post a Comment