NOW SHOWING
OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga.
Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis.
Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima.
Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.
Saturday, April 26, 2014
Friday, April 25, 2014
Sinopsis Lembayung Kasih-Mu
Novel
Lembayung kasih-Mu mengisahkan seorang gadis yang bernama Maira
Asmara. Maira Asmara adalah
seorang yang terlalu sayangkan keluarganya,
dia melakukan dua pekerjaan dalam sehari demi menampung
keluarga, bagi membantu
ibunya.Ayahnya lumpuh akibat kemalangan 8 tahun yang lalu.
Maira mempunyai seorang kekasih, tapi
kekasihnya tidak setia kerana sudah jemu dengan alasan Maira,tunggu dulu!.
Kematian ayahnya dan kehilangan Hasrie
kekasihnya yang telah berkahwin dengan gadis
lain menyebabkan Maira merasa
terlalu sedih dan kecewa, tapi akhirnya dia
sedar, sudah takdir,
jodoh pertemuan di tangan
TUHAN. Tentu ALLAH akan menggantikan yang lebih baik dari Hasrie,lalu
dia redha dan pasrah.
Maira berhenti kerja di pejabat
kerana tidak suka
dengan perangai bosnya yang
mata keranjang,dia menghadiahkan sebiji penumbuk kenangan tepat kena pada
mata bosnya apa bila bos Maira
cuba berbuat jahat
kepadanya. Selepas itu Maira
mendapat pekerjaan baru, iaitu menjadi orang gaji kepada
Datin Rosnah yang
lumpuh. Maira menjaga
dan merawat dengan penuh keikhlasan dan dia berpendapat dengan
izin ALLAH Datin Rosnah boleh sembuh dan pulih seperti biasa,
Memang begitu kehendak ALLAH, Datin Rosnah
sembuh dan dapat berjalan seperti biasa, mungkin juga kesan dari terapi urutan
yang Maira lakukan setiap hari. Semua
ahli keluarga datin menyayangi Maira
kecuali anak lelaki bongsunya yang sering
membenci dan mendera Maira.Maira menjadi keliru, apakah wajahnya seiras
dengan bekas tunang anak lelaki datin yang bernama Fansuri itu,sehinggakan
setiap kali bersua muka ada-ada
saja yang tak kena dimata lelaki
tersebut.Maira menjadi geram dan benci kepada Fansuri.
Fansuri pula sudah tidak dapat
menyembunyikan rasa hatinya lagi,
dia bersikap kejam terhadap Maira adalah untuk melarikan
diri dari jatuh cinta kepada gadis itu, sebab dia pernah bersumpah tidak
akan jatuh cinta
dengan mana-mana perempuan,
padanya semua perempuan adalah
sama,jahat dan suka mengambil peluang. Tapi
dia silap, cinta itu
hadir tanpa dipaksa.Cinta itu anugerah ALLAH yang terindah.
Dalam diam Maira mengintai kekacakan
Fansuri.Bila Fansuri mengishtiharkan perdamaian, Maira sambut dengan berlapang dada, sesiapa
pun boleh berubah. Bila
Fansuri menghadiahkan
senyuman,sudah dapat mencairkan segunung benci, Maira
jatuh hati dengan
perwatakan Fansuri yang baru,
Fansuri yang dalam hatinya
sudah tiada dendam,
Fansuri yang mula berjinak-jinak dengan agama
dan Fansuri yang mula
menyintai Maira, tapi tidak
mampu disuarakan.Kehadiaran Maria
dalam keluarganya sungguh bererti, Maira membawa banyak perubahan, Maira mengajar
Datin Rosnah sembahyang dan
mengaji, mereka semua
mula memilih hidup dalam beragama.
Makin hari cinta Maira makin menggebu,tapi untuk menerima
lafaz cinta dari Fansuri adalah
sesuatu yang mustahil
bagaikan menunggu bulan
jatuh ke riba, sebab
Maira pernah mendengar sendiri, Fansuri sekali-kali
tidak akan memilih
orang gaji sebagai
pasangan hidupnya,jadi sebelum Maira menjadi lebih mabuk dan asyik
dengan kekacakan Fansuri lebih baik dia berundur, kerana dia
sendiri sedar enggang
dengan pipit tak akan dapat
terbang bersama,siapalah Maira pada Fansuri yang memiliki kekayaan,kedudukan dan
sangat kacak. Maira sedar itu semua.
Maira mengambil keputusan untuk menyambung
pelajarannya ke London,disamping dia melarikan diri dari cinta Fansuri
dan dia juga mempunyai misi tersendiri,
iaitu mencari kekasih dari alam
mimpinya yang telah
menjadi teman tidurnya
bertahun-tahun lamanya. Hati Maira
berat mengatakan dia akan
menemui Ahmad kekasih dari
alam mimpinya di Kota London, sebab setiap kali dia
hadir,latar belakangnya ialah London Bridge.Maira tidak tahu
siapakah Ahmad,tapi dia perlu mencari,.mimpi itu telah menguasai
hidupnya.
Kehilangan Maira menjadi tamparan yang hebat
kepada Fansuri, dia
menyesal kerana selama ini dia
tidak pernah menyatakan hasrat hatinya pada Maira, dia fikir Maira tahu apa
yang dia rasakan. Maira pergi tanpa
sempat mengucapkan selamat
tinggal padanya, kalaulah dia tidak ego selama ini, tentu Maira telah
menjadi miliknya.
Kalaulah
dia tahu, kali terakhir
dia melihat Maira
semasa di KLIA
, dia tidak akan
membiarkan Maira menangis, sebab sekembalinya dari Kuching dia dapati
Maira sedang menunggunya di Balai Ketibaan bersama lelaki yang sering bersama
dengan Maira, seandainya dia tahu saat itu Maira akan meninggalkan dia, tentu dia
akan datang pada
Maira dan tidak akan membenarkan Maira pergi, dan akan diucapkan
kata cintanya pada
Maira, dia sudah
tidak peduli lagi, siapa Maira, yang penting
cintanya pada Maira
kian mekar dan mewangi.
Tapi kerana cemburu dan ego dia
membiarkan Maira menangis
dan bersedih semasa di KLIA.
Maira telah pergi,yang tinggal hanyalah
kenangan dan kesedihan,sehinggalah suatu hari dia membaca novel tulisan
Maira,tahulah dia apa yang ada dalam
hati Maira, Fansuri mengambil keputusan
untuk mendalami ilmu agama, mencari cinta ALLAH dan Rasul, seperti
yang Maira syaratkan untuk
menjadi calon suaminya. Hampir 3 tahun
Fansuri belajar agama di pondok tradisional bagi melengkapkan
diri dengan ilmu-ilmu agama.
Manakala
Maira belum berhasil dengan pencariannya,sehinggalah suatu hari Ahmad
hadir dalam mimpi dan memberi
tahu dia tidak
dapat menemui Maira lagi, Maira
jadi sedih dan rindu, rindu yang teramat sangat.Rindu serindu-rindunya, sehinggakan
dia jatuh sakit.
Derita yang ditanggung hampir
meragut nyawanya,semangat untuk hidup telah hilang, dia pasrah dengan
apa saja yang berlaku.
Fansuri datang ke London setelah dapat tahu Maira sakit, Maha Suci ALLAH yang
mengatur rahsia di dalam
rahsia,Fansuri dan Ahmad adalah orang yang sama,Maira tidak dapat mengesan
kerana Ahmad di dalam
mimpinya sering datang dengan penampilan dan keterampilan yang penuh berunsur sunnah, Ahmad memakai
jubah yang menampakkan buku lalinya, rambutnya hitam beralun paras bahu, bermisai dan berjambang.Bila
Fansuri datang dengan wajah sedemikian,tahulah Maira orang yang dicari-cari selama bertahun adalah Fansuri
yang telah mencuri hatinya.
Berita gembira buat semua pembaca novel2 Ummu.
Nantikan kemunculan Drama Adaptasi Lembayung Kasih-Mu di TV2 pukul 9.00 malam, bermula pada 5 Mei 2014 nanti. Semoga terhibur. Untuk dapatkan Novelnya sila ke Karangkraf Mall atau sekarang sedang berlangsung PBKL. Potongan harga sangat berbaloi-baloi.
Saturday, April 19, 2014
Novel Awek Abang Poyo BAB 21
BAB 21
SENANG hati Kasdina Alya bila semua hidangan telah siap dan
bersedia untuk dihidangkan bila-bila masa saja. Ruang dapur kontemporari datin
yang cantik ni dah berbau macam kedai kek dan roti. Aroma herba oregano dan thyme semerbak menusuk hidung, menerbitkan rasa lapar dan teruja.
Kasdina Alya dan Kak Jah bertungkus-lumus menyusun dan mengatur
hidangan. Setiap hidangan pula dihias dengan cantik dan menarik. Siapa yang
melihatnya pasti akan terbuka selera dan kecur liurnya untuk merasai, belum
lagi baunya yang meresap masuk ke dalam hidung. Pendek kata gabungan antara
rasa, rupa dan hiasan yang cantik menyebabkan hidangan-hidangan tersebut tak
kalah dengan hidangan dari hotel lima bintang. Perghhh...
Bila tuan rumah dan tetamu sudah bersedia di meja makan, Kasdina
Alya menyuruh Kak Jah menghantar mushroom
soup yang masih panas, sebagai starter.
Kemudian Kasdina Alya menyediakan Grilled Beef Steak with Black Pepper Gravy
bersama baked potatoes yang berperisa cheese, gebu dan keemasan. Look delicious with brilliant garnished and dressing. Thumbs up!
memang A lah Kas. Sebelum hidangan Grilled Beef Steak dipersembahkan, Kak Jah
telah menghantar mangkuk besar salad dengan mustard dressing bersama sebiji Pepperoni
Pizza king size yang masih hangat
dan Mozzarella cheesenya yang masih
bergetah. Kasdina Alya tersenyum bila melihat mata Kak Jah membulat bila
melihat pizza yang masih panas berasap, kemudian nampak Kak Jah menelan air
liurnya beberapa kali. Bau oregano, thyme dan cheese memenuhi ruang dapur
membuatkan Kak Jah betul-betul teruja. Pejam celik-pejam celik mata Kak Jah
dibuatnya, lepas tu jelas kelihatan bahagian kerongkongnya bergerak-gerak
perlahan. Dah sah, telan air liur lagilah tu.
“Sabar Kak Jah, semua yang lebih ni bahagian Kak Jah dan Abang
Kasim. Jangan risau, hidangan tu Kak Jah hantar saja keluar dulu.”
“Itulah Kas, Kak Jah ni dah nak naik gila menahan nafsu, dah tak
sabar rasanya, mengancam betul baunya,” ujar Kak Jah sambil ketawa.
“Amboi Kak Jah, sampai macam tu sekali?” Kasdina Alya menyambung
ketawa.
“Mahunya tak gila, bukan senang nak rasa hidangan tahap lima
bintang ni. Kas tengoklah cheesenya tu, meleleh you,” semangat betul Kak Jah.
“Apa-apalah, lepas ni kita makan. Sekarang kita serve dulu, biar dia orang makan dengan
sempurna.” Ligat saja tangan Kasdina Alya menyiapkan hidangan steak yang
sebanyak tujuh pinggan itu, bermakna tujuh orang yang akan lebur dalam
kenikmatan. Termasuk Muhamat Fuyoo sekali ke tu? Hati Kasdina Alya tertanya
sendiri. Nak tanya Kak Jah takut pula. Yalah... Kak Jah kan, kuat menyakat.
Karang tak pasal-pasal katanya aku rindukan si Poyo yo-yo tu. Tak ke mampuih.
Sebagai hidangan pencuci mulut, Kasdina Alya menyediakan yogurt jelly
dan fruits cocktail. Muah... muah... lembut manis dan berperisa. Kelas dessert you Kas. Sedapnya sampai
terasa-rasa di anak tekak, Kak Jah tak henti-henti memuji masakannya. Bukan
main bertambah lagi Kak Jah makan, macam tak ingat dunia. Memang ahli ahwa’. Kata Kak Jah, dagingnya
lembut sangat, dan segala rempah perapan bersatu dengan daging tersebut
menyebabkan hidangan tersebut terasa sedap, nyaman dan bahagia bila menelannya.
Well marinated katanya, dalam nada
puji bodek. Kasdina Alya ketawa.
“Pandai pula Kak Jah meng‘intepretasi’ makanan ya?” usik Kasdina Alya sambil menjeling ke arah
Abang Kasim yang sibuk dengan garpu dan pisaunya. Sampai berbunyi kelentang-
kelentung. Dah lama dok England pun tak reti-reti. Hai... Abang Kasim, kalau
makan sekali dengan orang putih, pasti Abang Kasim akan dipandang sinis dan
serong, sebab tak ada etika di meja makan. Mamat saleh ni kalau makan, pantang
datuk nenek mereka kalau bunyi sudu dan garpu berlaga atau makan dengan tidak
tutup mulut sampai mengeluarkan bunyi, kerana
semua itu termasuk dalam etiquette
adab makan mereka. Tak macam orang kita, belasah semacam aje. Bila makan
macam-macam bunyi pun ada, terutamanya bila bab menghirup sup. Sruuup...
slurp... Tak apalah, yang mana baik tu kita ikutlah, yang mana buruk tu kita
buang ke tepi, sebab dia orang ni bukan perfect
mana pun. Tak nak ikut takpe, maklumlah masing-masing ada hujah stail mencekik
masing-masing, janji halalan thoyyiban
dan ‘konyang’ jang. Dan yang paling utama ikut sunah.
“Ya ALLAH, Kas. Sedapnya pizza ni, tak pernah Kak Jah makan pizza
sesedap ini,” puji Kak Jah ikhlas.
“Betul tu Kas, abang pun tak pernah rasa steak sesedap ini,” sampuk
Abang Kasim yang makin rancak memotong daging steaknya yang masih ada separuh.
Sedang asyik mereka bertiga menjamu selera, tiba-tiba ada pula suara memberi
salam. Kasdina Alya mengangkat muka, Kak Jah menoleh dan Abang Kasim
mengalihkan tumpuannya dari pinggan steak. Seorang lelaki kacak menghampiri
mereka.
“Oh... Encik Amar, makan?” pelawa Kak Jah ramah.
“Sila... Saya dah kenyang pun. Banyak saya makan tadi, sedap
sangat. Yang ini ke Cik Kasdina, tukang masak import yang hebat.” Amar Akrimi
bertanya terus pada Kasdina Alya. Tersipu-sipu Kasdina Alya dibuatnya.
“Eh, taklah hebat, biasa-biasa saja.” Kasdina Alya merendah diri.
“Saya ingatkan tadi, chefnya dah berumur dan tua,” gurau Amar
Akrimi sambil ketawa yang bersambut dengan ketawa Abang Kasim.
“Rupa-rupanya cantik jelita, jambu! Stylo lagi. Tak gitu?” sampuk
Abang Kasim bagi menyambung kata-kata Amar Akrimi yang masih tersimpan.
“Betul tu Abang Kasim. Pandai awak masak, sedap sangat, saya suka, I like, I enjoyed!” Ikhlas Amar Akrimi mengucapkannya pada Kasdina Alya.
“Terima kasih...”
“Hai, suka pada masakannya saja atau pada orangnya sekali?” usik
Abang Kasim. Amar Akrimi ketawa senang, manakala muka Kasdina Alya bertukar
jadi merah jambu. Pink kaler. Malu...
“Kedua-duanya sekali,” jawab Amar Akrimi yang masih ketawa.
“Hiss… Abang Kasim ni, cakap merepek-repek,” marah Kasdina Alya.
“Alah, abang gurau sikit aje. Tak gitu Amar? Barulah seronok hidup kalau
dapat bergurau senda. Tak adalah asyik stres macam Kak Jah kau ni. Muka dia pun
selalu mencuka. Machem! Ni, yang dia
dapat ketawa bagai sebab dapat makan steak, kalau tak muncung dia panjang aje.”
Abang Kasim menyakat Kak Jah. Amar Akrimi mengangguk sambil ketawa kecil.
“Hah… Abang Kasim jangan nak bedaah,” marah Kak Jah.
“Hai, takkan tak ingat, baru je pagi tadi cemberut,” usik Abang
Kasim lagi.
“Dah Abang Kasim kata Jah masak tak sedap, Jah marahlah.” Amboi Kak
Jah gedik semacam aje bunyinya. Macam gadis belasan merajuk aje. Hahaha… Kasdina
Alya ketawa kuat, geli hati pula dengan gelagat andartu dan si bujang telajak
ni. Apa salahya kalau suka dah sama suka, say I love you, kan indah!
Don’t shy-shy.
Anas Irfan pula yang menapak ke dapur, tapi dengan mukanya yang
serius. Merenung tepat ke wajah Kasdina Alya seperti macam nak makan orang.
Takut Kasdina Alya dibuatnya. Pahal Encik Muhamat Fuyoo ni tengok orang macam
nak kasi warning kita aje? Gue tak ada apa-apa salah pun sama lu. Bikin panas
aje! Pantang betul dia melihat muka mat
poyo ni, potong stim orang nak menyembang saja. Mana tidaknya, dia selalu saja
kena smashed dengan mat poyo ni kalau dia ketawa kuat-kuat. “Elok
sangatlah tu, ketawa macam beruk. Orang perempuan tak elok ketawa macam jantan.
Jaga sikit perangai tu!” Macam nilah selalunya ayat-ayat sakarstik yang mat poyo
selalu gunakan untuk memperlahankan tempo aku bila aku terover sikit
dalam bersembang atau buat bising. Tahu sajalah, bergebang dengan Azlan dan
Danny, ada saja yang menjadi bahan ketawa. Cerita pasal telinga mat saleh jadi
asam keping ranum bila bertengkar pun, ketawa. Pendek kata, buka aje mulut,
baru nak kata aa… silap-silap haribulan boleh jadi bahan kelakor. Seingat aku
cerita mereka yang paling tak kering gusi aku dibuatnya ialah bilamana seorang
badwi Kampung Pisang datang KL. Dia solo ronda-ronda downtown KL. Teringin nak
nengok KLCC, maka dia pun pergi. Ambil LRT dari Pasar Seni. Sampai kat sana,
lama dia mendongak, kagum ia akan ketinggian dan kecantikan twin-towers
tu. Dia pun masuk. Jalan-jalan, naik escalator dan sebagainya. Sampai kat 2nd
floor, dia tengok orang ramai menunggu sesuatu. Dia pun menghampiri. Mak
besarnya oven, katanya dalam hati. Orang ramai pun masuk. Dia tak
berani. Mengucap panjang dia. Berdiri dia kat situ. Tiba-tiba datang seorang
orang putih, gayanya macam Scandinavian,
masa tu tak ada orang lain, dia pun mengisyaratkan dengan tangannya supaya
jangan masuk. Mat saleh tu buat dek aje. Tak lama selepas tu, jeng… jeng…
jeng... pintu pun terbuka. Terkejut beruk dia. Dilihatnya seorang negro
berambut kerinting yang keluar. Bertempik dia, kan aku dah kata jangan masuk.
Padan muka dah terbako. Begitulah adanya, disangkanya lift itu oven
beso. Hihihi…
“Hah Anas, dah makan?” tanya Abang Kasim.
“Sedap, kan Kas masak?” celah Kak Jah.
“Bolehlah,” jawab Anas Poyo, tak ikhlas. Berbulu telinga Kasdina
Alya. Dasar lelaki ego!
“Hai, deria rasa kau dah mati ke? Begini punya sedap, sampai Abang
Kasim kau menjilat ibu jari kaki, kau hanya cakap bolehlah? Mesti ada yang tak
kena dengan deria rasa kau ni.” Kak Jah menggiat.
“Takkan sampai menjilat ibu kaki?” ketawa Amar dengan lawak Kak
Jah.
“Kak Jah kau ni memang macam tu, kalau dia buat perumpamaan memang
gila-gila sikit. Kamus Dewan pun tak
pernah pakai perkataan tu,” luah Abang Kasim. Semua orang ketawa,
termasuk mat poyo, tapi matanya asyik mengawasi pergerakan Kasdina Alya.
“Okeylah, kami keluar dulu.” Amar Akrimi mahu beredar.
“Duduklah dulu, kita sembang-sembang,” pinta Abang Kasim. Kasdina
menatap wajah Kak Jah. Minta bantuan.
“Eloklah tu, kalau Anas dan Amar ada kat depan sini alamatnya tak
berusiklah hidangan Kas tu,” kata Kak Jah.
“Apa pasal pula?” tanya Abang Kasim. Hai… Abang Kasim ni lembab ke
bengong?
“Dia malulah nak menelannya, anak dara ada sopan santunya.
Selendang kena betul elok-elok, jangan nak tersipu-sipu, nyerongin tak tentu
kira. Kalau jalan depan orang tu, bongkok sabut sikit. Huloq tangan ke bawah,
mintak tumpang lalu. Salam dengan orang tua, cium tangan. Banyak le lagi. Itu
pun tak reti. Harap nama aje Kasim Selamat. Buat malu P. Ramlee the legend
aje.
“Tapi Jah tak malu pun, selamba aje menyental depan abang?” Abang Kasim tak puas lagi menyakat Kak Jah.
Saja nak mengenakan Kak Jah yang masih anak dara walaupun sudah berumur empat
puluh dua tahun.
“Eh... Abang Kasim ni, daripada makan steak yang sedap, karang tak
pasal-pasal makan selipar jepun celup sos.
Kalau tak pun makan nasi kanji seminggu, nak?” Ketawa Kasdina Alya dan
Amar Akrimi mendengar gurauan Kak Jah. Anas juga tak terkecuali, huh... tahu
juga mamat poyo ni ketawa ya?
“Kau ni Jah, kasar sangat dengan abang. Karang abang merajuk, siapa
nak tolong kau pergi beli barang?” Dah si bujang terlajak buat-buat merajuk
pula.
“Yalah I’m sorry, tak nak naik lori,” sengih-sengih Kak Jah menuturnya.
“Okeylah,” sambut Abang Kasim. Seronok Kasdina Alya melihat
hubungan mereka berdua, bertekak tapi tak sampai bercakar dan marah-marah. Tak
seperti aku dengan mat poyo ni, pantang jumpa aje, pasti ada yang tak kena. Sebaik
saja teruna-teruna kacak macho itu beredar, mereka bertiga rancak kembali
menyapu apa-apa yang belum licin.
Buat pembaca Awek Abang Poyo Bab 20
BAB 20
SEMENJAK peristiwa hari itu, Kasdina Alya malas untuk bekerja pada
hari minggu. Malas untuk bersua muka dengan mat poyo, apalagi berbalas cakap
dan bergaduh dengannya. Penat tau tak. Kalau Mat Yo takpe juga, boleh juga bertanya
khabo tentang Harimau Malaya, bungkus ke, cemerlang.
Bila dah tak kerja pada hujung minggu, bukannya dia reti duduk diam
pun. Ada saja kerja yang dia nak buat, janji masuk ‘cap kepala Queen’. Paling
tidak pun dia akan kerja dengan Abang Rahim, kerja kemas bilik apartmen tempat orang-orang
kaya tinggal, terutamanya pelancong-pelancong dari Arab Saudi yang tinggal
berminggu-minggu di kota London ini. Tauke minyak bolehlah datang untuk bercuti
dan shopping segala, dek non takat kerja tukar minyak hitam, jangan nak berangan!
Sesuatu yang seronok tengok pada pelancong Arab ni bila mereka
keluar shopping, dining atau beriadah di park yang luas di bandaraya
ini. Semua isteri dan anak-anak perempuan dewasa mereka akan berjubah hitam dan
memakai niqab. Cantik sangat.
Tugas Abang Rahim seperti biasa menghantar pekerja-pekerjanya setiap
pagi buat kerja servis apartmen kat area Mayfair, Hyde Park Corner. Mencuci, membersih
dan mengemas satu bangunan yang mempunyai beberapa unit apartmen, memang memenatkan. Tapi bukan kerja sorang.
Kadang-kadang Abang Rahim pun nolong. Banyak jugalah benda yang perlu dibuat.
Semualah, bathroom, bedroom, vakum karpet sampai ke dalam tandas. Tapi kira
okeylah bagi yang tahan. Masyuk pun lebat juga. Bolehlah. Ah... kat London ni
kalau rajin dan ringan tulang, boleh kaya bila balik Malaysia nanti. Bayangkan
kalau kerja sebagai pencuci pinggan mangkuk pun boleh dapat ratusan pound
seminggu. You kiralah sendiri. Kali dengan sebulan, dan darab dengan empat lima
kali duit Malaysia. Adalah, gedebak-gedebuk dalam tiga atau empat K jugak.
Banyak tu dong... Lebih korang gaji guru beso. Lebih daripada boleh. Rezeki
ALLAH melimpah-ruah, janji ada mau. Banyak juga student yang buat part-time,
cari duit lebih. Scholarship ciput kata dia orang. Tapi yang ramainya,
sekor-sekor ada set hi-fi dan gadget digital kat rumah. Kalau student jantan
rocker, electric guitar jenama baik, Fender, Gibson, Ibanez bagai, satu
kemestian. Mana datang duit! Itu yang kata ciput tu! Sanggup ikat perut.
Selesai graduasi, third class kira bertuah. Nasib tak baik, ‘tapau’, atau yang
teruk lagi sangkut, dropped out. Mulalah hai-hai, bye-bye pada alam
belajar. Jadi le tukang masak tak bertauliah macam Abang Lan tu.
Itulah senario setengah pelajar Melayu kat kota metropolitan ni.
Ada juga yang dah terlampau barat mengalahkan orang barat pun ada. Hai...jenis
tak sedar dirilah katakan. Padahal kat kampung dulu habis tinggi tuak nira
halal Lubuk Gong yang dia telan, tapi bila duduk kat sini dah pandai hirup wine. Maklumlah mak bapak tak ada depan
mata. Bila tengok gelagat dia orang, nak termuntah, malu rasanya nak mengaku deme
tu dari bangsa dan satu bahasa dengan teman. Bulan Ramadhan pula selamba saja berkembut.
Jantan betina serupe. Bagi penampo baru tau. Jenis ‘soton’ tak berapa nampak.
Ada tu... nyorok agaknya. Sedar-sedar Pian, dah jadi Pe‘ah. Makeover jantan ke
betina mudah beno di sini. Siap aje duitnya. Mak apak kat kampung bersedia aje
le menerima menantu orang putih yang sekilas pandang di air, tak tau jantan
betina itu. Selamat menyambut menantu, hihi...
Tiba-tiba GALAXY Note 11nya berbunyi.
“Assalamualaikum Kas.”
“Waalaikumussalam. Ini siapa?” tanya Kasdina Alya. Tak pernah kenal
pula rasanya suara ni.
“Alah, takkan tak cam suara saya. Datin Azizah.”
“Oh datin... sorrylah tak
berapa cam suara datin tadi. Ingatkan sapa. Datin sihat?”
“Alhamdulillah, setakat ini okeylah. Awak?”
“Saya pun okey aje.”
“Baguslah kalau awak sihat. Saya ni nak bagi job dekat awak. Nak
ke?”
“Apa jobnya datin?” Kasdina Alya teruja sendiri. Agaknya datin dah
perkenalkan aku pada member-member dia kut. Lebar senyum Kasdina Alya. Nasib
baik datin tak nampak. Kalau nampak apa salahnya, hang kan hobi kumpul duit.
“Datang masak untuk dinner
malam ni. Kali ni English cuisine, amacam! Boleh kan, sebab saya nak sambut
kedatangan kakak saya yang datang bercuti kat sini.” Ternganga Kasdina Alya.
“Entahlah datin, mungkin tak dapat kut...” Aduh sayangnya... duit
dah nak masuk tu, tapi mengenangkan berkemungkinan besar akan terjumpa mat poyo
nanti malam, lambaian fulus yang melambai-lambai seperti bendera Union Jack
ditiup angin spring itu terpaksa
ditolak.
“Awak, tak ada program kan malam nanti?”
“Tak ada.”
“Dah tu, daripada dok lepak-lepak lebih baik awak mai sini, buat extra dosh. Saya akan bagi awak lebih
dari sebelum ini,” janji Datin Azizah sungguh-sungguh.
“Tapi datin...”
“Tak ada tapi-tapinya, nanti petang saya suruh Abang Kasim datang
ambil awak,” arah Datin Azizah sampai Kasdina Alya tak sempat mencelah.
“Datin...” talian dah terputus. Aduh... Datin Azizah ni pun satu hal,
kalut semacam. Rasa tak cukup line, baru nak buka mulut lagi, kata aaa.. Tak
bagi peluang langsung untuk mengatakan tidak. Hebat sangat ke kakaknya sampai
nak kena makan western food? Hebat le kut. Mungkin anak penakan Lord Reid, yang
gubal perlembagaan Tanah Melayu ‘dolu-dolu’ tu, mana kamu tau! Apa salahnya
kalau makan makanan Melayu? Kak Jah kan, ada. Jadi tak payahlah aku yang
terpaksa pergi memasak untuk tetamunya dan terpaksa pula hidup bersembunyi dari
bayang-bayang mat poyo tu. Hai... kalut
betul.
BILA berada di dapur datin yang cantik dan nampak jarang berasap tu,
semangat Kasdina Alya untuk memasak buat kali keduanya di venue ini berkobar-kobar. Tak sabar rasanya nak mempersembahkan
hidangan-hidangan yang mouth-watering
yang diinginkan oleh tuan rumah, baik dari segi rasa mahupun garnish atau dressing. Ha... nak sangat hidangan omputih, biar terlebih barat
dari orang barat, gue bikin. Kalau setakat Grilled Lamb, Steak, Baked Mashed
Potatoes, Muffins, English atau Greek Salads, insya-ALLAH no hal.
Pejam
mata pun boleh buat. Amboi... berlagak nampaknya Cik Kas ni. Eh... bukan berlagak atau sombong diri, tapi dah I
pandai masak nak buat macam mana. Don’t
be jealous. Kasdina Alya tersenyum sendiri.
Sebagai hidangan istimewa malam ini, datin dah belikan beberapa
keping daging topside untuk dibuat
steak dan beberapa bahan lain, sesuai untuk dibuat appetizers dan juga dessert.
Tentang resipi, datin kata buatlah apa-apa saja, janji sedap. Woi... tahulah
teman apa nak dibuatnya. Masa inilah nak tunjukkan kepakaran dan kehandalan serta
praktikkan apa yang telah dia belajar dalam bengkel memasak dan kulinari The Naked
Chef anjuran Restoran Fifteen kat Westland Place lewat setahun lalu. Walaupun
tak sehebat mentornya, Jamie Oliver. Kira okeylah.
Nampak gayanya malam ni Kak Jah dan Abang Kasim dapatlah merasa
steak sepertimana masakan kat hotel-hotel dan restoran mewah. Berminyaklah
muncung nanti. Tapi janganlah sampai Abang Kasim dan Kak Jah terpelanting garpu
dan pisaunya sudahlah. Hihihi... Kasdina Alya ketawa sendiri.
“Kenapa Kas ketawa? tanya Kak Jah hairan.
“Tak ada apalah Kak Jah, saja teringatkan kawan saya yang makan steak
sampai tercabut gigi palsu.” Kasdina ketawa lagi. Menyembunyikan temberangnya.
Kenapa tak cakap jujur dengan Kak Jah? Mana boleh, nanti Kak Jah terasa hati,
tak baik tau menyinggung perasaan orang? Habis perasaan Anas yang kau singgung
selalu tu tak mengapa pula? Eh, itu dia yang mula dulu, dia yang suka cari kes
dengan gue. Gue hanya mempertahankan maruah gue aje. Kenapa tiba-tiba
teringatkan mat poyo tu? Jangan-jangan hantu dia dah datang.
Kasdina Alya tertoleh-toleh ke belakang, seolah-olah ternampak
kelibat seseorang.
“Kau tengok apa Kas?” tegur Kak Jah.
“Kak Jah, Anas dah datang ke belum?”
“Kenapa? Kau rindu dia ke?” sakat Kak Jah.
“Hiss, Kak Jah ni, ke situ pula. Saya tanya tu sebab tadi saya
nampak kelibat lelaki. Takkan lah dua tiga bulan saya tak tengok, Abang Kasim dah
berubah wajah jadi muda dan handsome.”
Kak Jah ketawa mengekek. Suka sangatlah tu.
“Kau nikan kuat betul loyar buruknya. Kalau Kas nak tahu itu anak
sulung datin. Baru saja datang bercuti kat sini. Dia tu kerja kat Amerika,” terang Kak Jah.
“Oh, macam tu ke, anak datin yang lain-lainnya mana?”
“Anak datin tak ramai, tiga orang saja. Anak nombor dua datin buat medic
kat Ireland dan yang bongsu belajar kat sini. Semuanya lelaki. Kenapa nak
berkenalan ke?”
“Kak Jah ni tak habis-habis menyakat saya. Huh... orang macam saya
ni tak layak nak berkenalan dengan orang kelas atasan. Kalau orang macam Abang
Kasim tu layaklah dengan tukang masak tak ada kelas macam saya ni.”
“Habis, kau nakkan Abang Kasim ke?” Belum apa-apa lagi Kak Jah dah
mengilai dengan soalannya sendiri.
“Heh, Kas nak buat apa dengan Abang Kasim? Kak Jah ni, agak-agaklah
sikit, Kas ni baru saja berumur dua puluh enam tahun, Abang Kasim tu dah masuk
empat puluh tujuh tahun. Dengan Kak Jah sesuailah kut,” balas Kasdina Alya.
Kedua-dua perempuan itu ketawa bukan main lagi.
“Siapa yang sebut-sebut nama abang ni?” Abang Kasim menapak ke ruang
dapur. Kasdina Alya dan Kak Jah berpandangan, masing-masing menggulung senyum.
“Kas yang sebut nama Abang Kasim, supaya abang Kasim ingat, malam
nanti jangan lupa hantar Kas, jangan buat macam hari itu.”
“Hari itu kenapa?” Abang Kasim bertanya, memang dia tak tahu
apa-apa pun.
“Yalah, hari tu, Kas tunggu abang sampai tertidur, alih-alih bila
celik mata, orang lain yang hantar. Buat malu Kas saja, dahlah Kas tidur
berdengkur.” Kak Jah dan Abang Kasim ketawa.
“Tak mengapalah, itu kan peluang terbaik untuk Kas mengenali Anas.
Anas tu budak baik tau, tak rugi kalau Kas mengenalinya,” puji Kak Jah.
“Aah... yalah tu Kak Jah, baiklah sangat,” perli Kasdina Alya.
Huh... mat poyo, dengan Kak Jah dan Abang Kasim bolehlah kau berlakon mengalahkan
Brad Pitt. Tapi, kalau dengan aku lebih baik tak payah, sebab terlintas saja
bayang kau, aku dah tahu niat kau yang sebenarnya.
Sambungan Novel Awek Abang Poyo bab19
BAB 19
AZLAN datang dengan membawa sejambak gubahan bunga Ros bercampur
bunga-bunga halus Lavendar. Cantik dan wangi. Semua krew cafe Caravenserai melihat
ke arah insan yang membawa bunga itu dengan penuh perasaan tertanya-tanya. Langkahnya
kemas dan cermat, senyumannya manis meleret. Nampak kacak, sasa dan menawan.
Model gitu!
“Apa hal Lan happy semacam aje, jackpot
ke malam tadi?” tanya Danny celupar. Azlan sengih dan krew-krew yang lain senyum.
“His... kau ni, salah ke kalau aku senang hati?”
“Tak adalah salah, tapi siap bawa bunga bagai, ini yang aku rasa pelik ni.”
“Kas ada?” tanya Azlan.
“Ada kat dapurlah. Kenapa, kau bercinta dengan dia ke?” bising saja
mulut lembik Danny. Anas Irfan yang sedang minum di meja depan tersedak bila
mendengarnya. Nasib baik tidak ada siapa yang perasan.
“Bukan urusan kau,” tanpa menjawab Azlan meluru ke dapur.
“Hello dear, Kas apa
khabar pagi ini?” Azlan bertanya kuat dan ceria. Sengaja nak buat orang di luar
dengar.
“I’m fine,” senyum
Kasdina Alya, namun terkebil-kebil biji matanya melihat gaya Azlan yang macam
dah buang tabiat. Betul ke tidak Abang Lan ni, jangan-jangan dah telan dadah, mamat
ni bukannya boleh percaya.
“Abang nak hadiahkan bunga ini kepada tuan puteri yang baik hati.”
Azlan melutut di bawah sambil tangannya menghulur bunga ke arah Kasdina Alya.
Ketawa Kasdina Alya melihat ragam Azlan. Dah sah, kompom mamat ni dah buang
tabiat.
“Wah... romantik giler, ambillah cepat Kas,” arah Danny yang datang
menjenguk. Menyibuk betul mamat mulut lembik tu.
“His... abang ni, buat malu Kas saja. Bangunlah!” arah Kasdina Alya
yang masih ketawa.
“Kas ambil dulu bunga ni, baru abang bangun.”
“Yalah, sekarang cerita dengan Kas, abang mimpi apa malam tadi,
atau abang menang judi lagi?”
“Eh Kas, tak baik buruk sangka pada abang tau. Untuk pengetahuan
Kas, abang tetap dengan perjanjian kita tu, mulai hari itu abang dah taubat dan
tinggalkan kerja najis syaitan tu.”
“Dah tu ini bawa bunga dan coklat segala, kenapa?”
“Sebagai ucapan terima kasih pada Kas yang baik budi. Sebenarnya abang
seronok sangat bila dah tahu mak abang dah berjaya buat pembedahan dan sekarang
berada dalam keadaan sihat dan selamat. Dengan bantuan Kas, mak abang Berjaya diselamatkan.Terima
kasih Kas. Abang tak akan lupakan jasa Kas sampai bila-bila.” Kasdina Alya menghelakan nafasnya. Ha... lega
rasanya. Ingatkan apa tadi. Buat suspen aje.
“Hiss... dahlah tu abang, Kas menolong pun kerana ALLAH. Tapi yang
paling penting abang kekalkan niat hijrah tu, jangan toleh ke belakang lagi dan
kembalilah kepada ALLAH secara sepenuhnya,” nasihat Kasdina Alya.
“Maksud Kas?”
“Sebenarnya untuk menjadi muslim sejati, hendaklah kita mengamalkan
Islam secara menyeluruh, bukan main ambil apa yang kita nak saja. Semua yang
ALLAH larang kena tinggalkan dan semua yang ALLAH suruh mesti kita tunaikan. Barulah
hidup kita penuh dengan keberkatan,” ceramah Kasdina Alya. Azlan mengangguk
setuju.
“Eh, kau orang sembang apa ni?” Danny bertanya.
“Alah sembang biasa-biasa saja. Sembang macam mana nak jadi hamba
ALLAH yang baik. Nak join jomlah,” pelawa Kasdina Alya dengan senyum.
“Lain kali sajalah.” Danny berlalu meninggalkan mereka berdua. Dah Kasdina Alya jangka, itulah jawapan yang akan Danny bagi. Apalah Danny ni, kalau pasal mengumpat nombor satu nak ambil tahu.
“Terima kasih Kas kerana menjadi sahabat abang.”
“Kas bersahabat kerana ALLAH supaya kita dapat bantu- membantu antara satu sama lain. Kas Juga berterima kasih sebab abang sudi dengar nasihat Kas.”
“Orang secantik Kas ni, siapa yang tak sudi dengar apa yang Kas kata.”
“Hiss... abang ni ada-ada aje. Kas ni biasa saja bang, tak ada yang lebihnya. Walau bagaimanapun tahniahlah, sebab abang mampu berubah.”
“Abang ingat, abang kena buat perubahan yang lagi besarlah, tak cukup setakat ini saja.” Azlan mula meluah cita-citanya, bulat mata Kasdina Alya menunggu butir kata dari Azlan. Macam tak percaya aje. Cepat benar nak buat perubahan besar.
“Apa maksud abang?”
“Abang rasa abang nak balik Malaysia, tengok mak, rindu sangat dengan mak abang.”
“Oh macam tu ke, baguslah...” terhenti di situ kata-kata Kasdina Alya. Teringat pula akan dirinya sendiri. Jangan menjadi ‘dulang paku serpih’ mengata orang dia yang lebih. Dia sendiri, sudah empat tahun berlalu, ada dia mahu balik? Nak sebut perkataan balik pun tak pernah, inikan pula nak balik terus, for good. Entahlah!
Bila Azlan berlalu, Kasdina Alya masih duduk terpaku di kerusi, menatap bunga yang wangi dan cantik. Hanya pandangan mata saja di situ, sedang otaknya sudah berlari pulang. Tak payah naik MAS Jumbo segala. Sekelip mata saja dah sampai ke laman rumah. Melihat mak yang tersenyum manis dan ayah yang sudah sedikit uzur, dan adik-adik yang menanti untuk dipeluk, siap minta coklat lagi. Ha… tambah satu lagi anak buah yang comel macam mak yongnya. Alahai… rindunya, rindunya… rindunya… ucapan rindu yang terkeluar dari mulut Kasdina Alya. Rasa nak menangis saja saat ini.
“Alah dapat bunga selonggok, dah mula angau. Tak ubah macam beruk dapat bunga. Elok sangatlah tu, tukang masak bercinta dengan tukang masak.”
Lamunan Kasdina Alya terhenti. Nipis saja kulit telinga ni bila dengar kutukan maut dari mat poyo tu. Rasa nak saja bangun dan terus cekak dia punya leher baju, dan kasi warning, “Lu apa pasal suka sangat cari masalah sama gua”. Lepas tu, dush... dush... dush... tumbuk muka dia, biar pecah bibir lembik yang suka mengeluarkan perkataan yang sering menyakiti hatinya. Ha... barulah puas hati. Tapi masalahnya tak boleh buat macam tu. Aku dah terhutang nyawa dengan mat poyo ni, itu yang susahnya. Aku sekarang ni, sejak terhutang nyawa kat mat poyo ni, dah rasa macam hilang taring, kuku dan bisa. Dah rasa macam orang bodoh saja, bila mat poyo ni mengata atau mengutuk, aku hanya berdiam diri saja. Aduh, sakit jiwa dol... Susahnya bila hidup berhutang nyawa. Terpaksalah menahan sabar, macam menahan lapar sewaktu puasa. Ya ALLAH, sabarkanlah diri ini. Bilalah agaknya hutang nyawa aku nak selesai? Bila dah selesai nanti aku nak balun mat poyo ni cukup-cukup. Biar dia tahu Who I am.
Kasdina Alya tidak menyahut sahutan. Dia hanya bangun, kemudian menjeling tajam ke arah Anas Irfan yang masih tercegat di tempat khas untuk krew melepak. Huh... tengok buntut kuali lagi bagus dari lihat muka kau. Belum pun Kasdina Alya beraksi dengan kuali dan periuk, namanya dipanggil oleh Abang Johan. Macam lipas kudung Kasdina Alya mampir ke depan.
“Ada apa Abang Johan?” tanya Kasdina Alya sebaik saja datang mengadap.
“Tu hah... ada orang nak jumpa kau,” tunjuk Abang Johan.
Ternganga mulut Kasdina Alya. Terjojol matanya membulat. Macam mana mamat haprak ni boleh datang ke mari?
“Pergilah, katanya dia saudara Kas. Takkan tak nak jumpa saudara sendiri,” arah Abang Johan yang tak tahu apa-apa.
“Tak mengapalah, Kas sibuk ni. Banyak kerja kat dapur.” Kasdina Alya mula nak beredar ke dapur. Belum pun dua langkah, namanya dipanggil kuat. Bercupak biji mata pelanggan yang ada dalam cafe Caravanserai memandang ke arahnya. Buat malu saja. Hiss... mamat haprak boleh buat aku gila tahu tak? Apa lagi yang dia nak? Kasdina Alya menyumpah dalam hati.
“Kasdina, bagilah peluang saya bercakap dengan awak.” Rafizi meminta lembut. Mengharapkan simpati Kasdina Alya. Aduz… hero Hindustan sudah mari. Hoi... kau tak ada kerja lain ke selain mengganggu hidup aku? Jerit Kasdina Alya dalam hatinya yang panas membara. Kalau nak diikutkan kepala otak aku yang tak betul ni, nak saja aku ambil kuali leper kat dapur, lepas tu ketuk-ketuk kepala si haprak ni. Biar leper sekali kepala dungunya dan dia serik nak ke sini lagi.
“Kas, please!” si haprak tak tahu malu ni merayu lagi. Muka Kasdina Alya dah merah menyala, menahan marah dan malu. Tapi mulutnya masih terkunci.
“Kas, pergilah sembang, selesaikan apa masalah kau orang. Lagipun tak elok kau orang sembang kat sini. Banyak mata yang memandang,” nasihat Abang Johan. Kasdina Alya menjeling tajam ke arah Abang Johan. Abang Johan buat-buat terkejut, kemudian senyum-senyum. Huh… bukannya nak tolong kita halau mamat haprak dari sini. Suruh lagi adalah. Tak boleh harap punya bos…
Kasdina Alya berjalan keluar dari café diikuti oleh Rafizi. Anas Irfan memandang dengan perasaan berdebar.
“Kas, jom kita jalan-jalan dan lepak kat mana-mana. Senang sikit kita nak sembang,” ajak Rafizi lembut. Kasdina Alya memejam mata rapat, kedua tangannya digenggam kemas, lurus di sisi. Eeii... mamat ni dah lebih, karang kalau hilang sabar aku ni, tak pasal-pasal aku angkat kaki kanan dan tendang perut, sebiji macam aksi Bruce Lee baru kau tahu. Melayang sampai entah mana-mana. Kau nak ke?
“Kasdina, bukalah mata awak. Pandanglah saya. Sebenarnya saya rindu sangat pada awak.” Bukan main lagi Rafizi merayu. Sedang Kasdina Alya sudah berbulu telinganya macam telinga Chimpanzee. Gegendang telinga pula sedang rancak berdengung-dengung. Hai... mamat ni memang nak cari nahas nampaknya.
“Kas, saya minta maaf pasal peristiwa dulu, saya menyesal sangat memutuskan pertunangan kita. Saya masih cintakan Kas, kalau boleh saya nak sambung balik hubungan kita yang terputus dulu,” selamba badak saja mamat ini mengarang ayat-ayat cintanya. Dasar muka tembok, tak tahu malu. Muka Kasdina Alya yang putih bertamah merah membahang.
“Eh, jantan tak guna, lebih baik kau berambus dari sini. Kalau kau nak tahu, di antara makhluk di bumi dan di langit yang aku tak mahu tengok ialah kau. Tak payah kau nak merepek-repek depan aku. Kau ingat aku ni pokok ke? Tak ada perasaan, tak ada maruah? Kau hancur lumatkan maruah aku dan keluarga aku, sehingga aku tak mampu untuk tinggal di tanah kelahiran aku. Puas hati kau?” Kata-kata yang tersimpan dalam hatinya terkeluar juga. “Kas, saya minta maaf sangat. Bukan begitu maksud saya dulu. Lagi
pun saya terpengaruh dengan fitnah orang?” Rafizi memberanikan diri untuk
membela diri.
“Siapa yang nak fitnah aku kalau bukan keluarga kau sendiri?”
“Saya tahu saya salah, sebab tidak selidik dahulu sama ada berita
yang saya dapat itu benar atau tidak. Saya menyesal sangat. Sampai sekarang
penyesalan itu tak pernah berhenti. Kalau Kas nak tahu, orang yang membuat
cerita palsu dulu ialah Mak Long Noraini. Dia mengata Kas macam-macam sehingga
kami sekeluarga termakan dan terpedaya dengan cerita bohongnya,” cerita Rafizi
sejujurnya. Kasdina Alya terkesima, antara percaya dan tidak.
“Eh mangkuk, kau jangan nak melibatkan mak long aku dalam hal ini.
Sebenarnya kau tu yang tak tahu berfikir. Kalau kau tu otaknya bagus dan boleh
pakai kau akan fikir dulu sebelum mendengar kata-kata dari orang lain.
Sepanjang aku berkenalan dengan kau, dan bertunang dengan kau, ada kau dapat
pegang hujung jari aku? Tak ada kan? Tangan aku pun kau tak pernah pegang kan?
Badan aku lagilah kau tak pernah sentuh kan? Sebab duduk dekat dengan kau pun
aku tak pernah. Maknanya kalau dengan orang yang aku cinta pun aku jaga iman
dan maruah aku, inikan pula dengan orang yang tah mana-mana yang kau tuduh. Kaulah
yang buta selama ini. Tak tahu menghargai aku. Alih-alih sekarang kau datang
nak menuntut cinta aku lagi? Mana letak otak kamu? Akai ada ke?” menyinga marah
Kasdina Alya mengalahkan singa baru beranak, yang diusik anak. Puas hatinya
melepas ketulan barah yang tersimpan dalam hatinya selama ini. Kalau nak kira
ini baru sikit, banyak lagi kata-kata kesat yang nak dihamburkan pada jantan
tak tahu malu ni.
“Kas, ampunkan saya, maafkan keluarga saya. Kami semua menyesal
sangat. Kami mencari Kas untuk minta maaf, tapi tak jumpa. Nasib baiklah saya
dihantar kursus kat sini selama enam bulan. Dapat saya jumpa awak. Buat
pengetahuan Kas, saya juga masih solo dan saya tak berniat pun untuk mencari
ganti awak,” sedih saja suara Rafizi, dia tahu kalau begini cara Kasdina Alya
melayannya, agak tipis harapannya untuk menyantum kembali cinta yang terlerai
dulu.
“Eh, lantak kaulah, aku peduli apa. Kalau kau nak tahu, aku pernah
sumpah kau dan keluarga kau agar menyesal seumur hidup kau orang kerana memfitnah
aku, dan kau akan terima balasannya di akhirat.” Kasdina Alya mahu beredar dari
tempat perbincangan. Bukannya jauh mana pun, kira-kira sepuluh langkah saja dari
kaki lima cafe Caravenserai.
“Kas, jangan pergi dulu, saya belum habis. Kas terimalah saya
kembali. Kita buang yang keruh dan ambil yang jernih. Saya masih cintakan awak.
Tolonglah Kas,” rayu Rafizi tanpa malu.
“Banyak cantik muka kau. Pergi kau dari sini dan jangan datang
lagi,” kasar dan keras sekali suara Kasdina Alya. Bukan tak ada yang mendengar
perbualan mereka, tapi tak kisahlah, mat saleh kat sini bukan faham pun butir
perkataan yang mereka bualkan.
“Kas please! Saya merayu pada awak. Berilah satu peluang lagi untuk
saya betulkan kesilapan dulu,” pantas
Rafizi memegang lengan baju Kasdina Alya, dah terdesak sangatlah tu.
“Sudahlah Rafizi. Cinta saya untuk awak dah lama tak ada, kerana
bagi saya awak telah lama mati. Sekarang lepaskan saya,” arah Kasdina Alya
dengan wajah yang tegang.
“Kas, tolonglah! saya masih cintakan awak.” Rafizi seakan ingin
menangis, susahnya merayu cinta pada orang yang telah dilukai. Dia akui semua
yang terjadi adalah salahnya. Tapi berilah peluang sekali lagi.
Tiba-tiba Anas Irfan terpacak di hadapan mereka yang sedang berdrama.
Pucat muka Kasdina Alya, terkejut dan malu.
“Eh, kenapa main pegang-pegang girlfriend orang ni?” kasar
suara Anas Irfan bertanya kepada Rafizi. Lelaki yang dia lihat sewaktu di
Regent’s Mosque tempoh hari. Nampaknya seperti lelaki yang Kasdina Alya
benci.
“Kau siapa? Ganggu urusan aku dengan Kasdina.” Rafizi melawan
balik.
“Buat pengetahuan kau, aku ialah Anas Irfan, boyfriend dia
dan kami sedang merancang untuk bertunang dan berkahwin. Puas hati?” Tegas saja
suara Anas Irfan, macam ia ia, dia tu boyfriend Kasdina Alya. Terkejut
Kasdina Alya mendengarnya.
“Kas, betul ke semua ini.” Rafizi bertanya lemah. Suaranya bergetar
dek kejutan yang tak disangka. Kasdina Alya pula ternganga, pucat dan blur.
Aduh... kusut... kusut...
“Kas, cakap dengan saya, betul ke jantan ni boyfriend awak?”
geram Rafizi melihat Anas Irfan yang senyum-senyum.
“Kalau ya, kenapa? Apa masalah kau? Aku dah tak ada kena-mengena
dengan kau lagi. Sejarah empat tahu lalu dah tak ada, dah masuk muzium pun, dan
tak perlu kau nak kutip puin-puinnya kembali. Aku dah ada hidup aku sendiri dan
aku dah bahagia sekarang. Lebih baik kau pergi dari sini,” suara Kasdina Alya
masih keras dan kasar. Lelaki bengong ni perlu diajar. Alang-alang ada orang
datang nak selamatkan keadaan, lebih baik aku ambil peluang. Tapi kira
berhutanglah pula. Hutang yang dulu pun tak selesai lagi, datang pula ‘bil’
baru. Mak! peningnya Kas... pening... pening...
“Okeylah Kas, saya pergi dulu. Maafkan saya dan keluarga saya dunia
akhirat,” ucap Rafizi lemah dan sedih.
“Tengoklah kalau pintu hati aku terbuka untuk maafkan kau
orang,” sengaja Kasdina Alya bersikap
sombong. Biar dia rasa bagaimana hidup terhina.
“Hiss... sombongnya, sedangkan ALLAH yang Maha Hebat itu pun
ampunkan hambanya yang bertaubat. Kau siapa? Hebat sangat ke?” Woi, woi... sakitnya hati aku dengan bahasa
mat poyo yang penyibuknya. Dahlah datang tanpa diundang, membantu pula tanpa
diminta. Volunteer cinta ke!
“Eh, suka hati akulah nak sombong ke, nak kembung ke, nak melambung ke. Kau apa tahu? Tolong jangan
menyibuk dalam urusan aku boleh?” Tajam mata Kasdina Alya mencerlun ke arah
Anas Irfan. Pandai-pandai saja mengaku boyfriend aku! Dan aku, kalau nak
cari boyfriend atau kekasih, sudah semestinya aku tak akan cari jenis
mat poyo mulut lembik berperisa cili burung ni. Kerja dia asyik mengutuk orang
saja. Perasan bagus. Piirah... cemuh Kasdina Alya dalam hati.
“Kau ni kan, jenis perempuan yang tak tahu berterima kasih. Orang
dah selamatkan dia, dah bantu dia, tapi masih menyombong. Apa punya oranglah.”
Bertambah terbakar hati Kasdina Alya.
“Eh, mamat. Kalau kau nak aku ucap terima kasih pada kau, okey! aku
ucapkan terima kasihlah banyak-banyak-banyak. Cukup? Kalau kau nak aku bayar
hutang nyawa yang kau tolong selamatkan aku tempoh hari, aku akan bayar. Sebut saja
berapa ribu yang kau nak. Janji aku tak ada apa-apa hutang nyawa lagi selepas
ini.”
“Banyak mana duit kau?” ejek Anas Irfan sambil ketawa.
“Kau boleh ambil semua simpanan aku selama empat tahun ni.
Ambillah, yang penting kau dan aku selepas ini saling tidak mengenali,” marah
Kasdina Alya.
“Kau beri dengan tidak ikhlas, aku tak hendak.”
“Ikhlas ke tidak, itu belakang kira, yang pentingnya hutang aku
selesai.” Kasdina Alya bersuara parau. Kelam rasa jiwa, sedih rasa hati.
Kenapalah dalam dunia ni dia bertemu dengan jantan-jantan yang menyakitkan hati
saja? Kolam mata Kasdina Alya terasa panas dan penuh, tapi dia cuba menyeka
agar tidak tumpah.
“Untuk pengetahuan kau, duit aku lagi banyak. Aku bukan nak duit
kau, tapi aku nak benda lain...” Anas Irfan ketawa. Sakit hati Kasdina Alya
melihatnya, tak ubah watak penjahat dalam movie Tamil.
“Habis kau nak apa?” marah Kasdina Alya berapi.
“Tunggu, suatu hari aku akan beritahu kau, macam mana kau perlu membayar
hutang nyawa kau itu...” Anas Irfan membisiknya di telinga. Menggigil kepala
lutut Kasdina Alya bila mendengarnya. Celaka punya jantan! sumpahnya dalam
hati. Kemudian Anas Irfan berlalu dengan ketawa yang menyeramkan hati Kasdina
Alya.
Subscribe to:
Posts (Atom)