NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Saturday, April 19, 2014

Buat pembaca Awek Abang Poyo Bab 20

                                    BAB 20

SEMENJAK peristiwa hari itu, Kasdina Alya malas untuk bekerja pada hari minggu. Malas untuk bersua muka dengan mat poyo, apalagi berbalas cakap dan bergaduh dengannya. Penat tau tak. Kalau Mat Yo takpe juga, boleh juga bertanya khabo tentang Harimau Malaya, bungkus ke, cemerlang.
Bila dah tak kerja pada hujung minggu, bukannya dia reti duduk diam pun. Ada saja kerja yang dia nak buat, janji masuk ‘cap kepala Queen’. Paling tidak pun dia akan kerja dengan Abang Rahim,  kerja kemas bilik apartmen tempat orang-orang kaya tinggal, terutamanya pelancong-pelancong dari Arab Saudi yang tinggal berminggu-minggu di kota London ini. Tauke minyak bolehlah datang untuk bercuti dan shopping segala, dek non takat kerja tukar minyak hitam, jangan nak berangan!
Sesuatu yang seronok tengok pada pelancong Arab ni bila mereka keluar shopping, dining atau beriadah di park yang luas di bandaraya ini. Semua isteri dan anak-anak perempuan dewasa mereka akan berjubah hitam dan memakai niqab. Cantik sangat.
Tugas Abang Rahim seperti biasa menghantar pekerja-pekerjanya setiap pagi buat kerja servis apartmen kat area Mayfair, Hyde Park Corner. Mencuci, membersih dan mengemas satu bangunan yang mempunyai beberapa unit apartmen, memang  memenatkan. Tapi bukan kerja sorang. Kadang-kadang Abang Rahim pun nolong. Banyak jugalah benda yang perlu dibuat. Semualah, bathroom, bedroom, vakum karpet sampai ke dalam tandas. Tapi kira okeylah bagi yang tahan. Masyuk pun lebat juga. Bolehlah. Ah... kat London ni kalau rajin dan ringan tulang, boleh kaya bila balik Malaysia nanti. Bayangkan kalau kerja sebagai pencuci pinggan mangkuk pun boleh dapat ratusan pound seminggu. You kiralah sendiri. Kali dengan sebulan, dan darab dengan empat lima kali duit Malaysia. Adalah, gedebak-gedebuk dalam tiga atau empat K jugak. Banyak tu dong... Lebih korang gaji guru beso. Lebih daripada boleh. Rezeki ALLAH melimpah-ruah, janji ada mau. Banyak juga student yang buat part-time, cari duit lebih. Scholarship ciput kata dia orang. Tapi yang ramainya, sekor-sekor ada set hi-fi dan gadget digital kat rumah. Kalau student jantan rocker, electric guitar jenama baik, Fender, Gibson, Ibanez bagai, satu kemestian. Mana datang duit! Itu yang kata ciput tu! Sanggup ikat perut. Selesai graduasi, third class kira bertuah. Nasib tak baik, ‘tapau’, atau yang teruk lagi sangkut, dropped out. Mulalah hai-hai, bye-bye pada alam belajar. Jadi le tukang masak tak bertauliah macam Abang Lan tu.
Itulah senario setengah pelajar Melayu kat kota metropolitan ni. Ada juga yang dah terlampau barat mengalahkan orang barat pun ada. Hai...jenis tak sedar dirilah katakan. Padahal kat kampung dulu habis tinggi tuak nira halal Lubuk Gong yang dia telan, tapi bila duduk kat sini dah pandai hirup wine. Maklumlah mak bapak tak ada depan mata. Bila tengok gelagat dia orang, nak termuntah, malu rasanya nak mengaku deme tu dari bangsa dan satu bahasa dengan teman. Bulan Ramadhan pula selamba saja berkembut. Jantan betina serupe. Bagi penampo baru tau. Jenis ‘soton’ tak berapa nampak. Ada tu... nyorok agaknya. Sedar-sedar Pian, dah jadi Pe‘ah. Makeover jantan ke betina mudah beno di sini. Siap aje duitnya. Mak apak kat kampung bersedia aje le menerima menantu orang putih yang sekilas pandang di air, tak tau jantan betina itu. Selamat menyambut menantu, hihi...
Tiba-tiba GALAXY Note 11nya berbunyi.
“Assalamualaikum Kas.”
“Waalaikumussalam. Ini siapa?” tanya Kasdina Alya. Tak pernah kenal pula rasanya suara ni.
“Alah, takkan tak cam suara saya. Datin Azizah.”
“Oh datin... sorrylah tak berapa cam suara datin tadi. Ingatkan sapa. Datin sihat?”
“Alhamdulillah, setakat ini okeylah. Awak?”
“Saya pun okey aje.”
“Baguslah kalau awak sihat. Saya ni nak bagi job dekat awak. Nak ke?”
“Apa jobnya datin?” Kasdina Alya teruja sendiri. Agaknya datin dah perkenalkan aku pada member-member dia kut. Lebar senyum Kasdina Alya. Nasib baik datin tak nampak. Kalau nampak apa salahnya, hang kan hobi kumpul duit.
“Datang masak untuk dinner malam ni. Kali ni English cuisine, amacam! Boleh kan, sebab saya nak sambut kedatangan kakak saya yang datang bercuti kat sini.” Ternganga Kasdina Alya.
“Entahlah datin, mungkin tak dapat kut...” Aduh sayangnya... duit dah nak masuk tu, tapi mengenangkan berkemungkinan besar akan terjumpa mat poyo nanti malam, lambaian fulus yang melambai-lambai seperti bendera Union Jack ditiup angin spring itu terpaksa ditolak.
“Awak, tak ada program kan malam nanti?”
“Tak ada.”
“Dah tu, daripada dok lepak-lepak lebih baik awak mai sini, buat extra dosh. Saya akan bagi awak lebih dari sebelum ini,” janji Datin Azizah sungguh-sungguh.
“Tapi datin...”
“Tak ada tapi-tapinya, nanti petang saya suruh Abang Kasim datang ambil awak,” arah Datin Azizah sampai Kasdina Alya tak sempat mencelah.
“Datin...” talian dah terputus. Aduh... Datin Azizah ni pun satu hal, kalut semacam. Rasa tak cukup line, baru nak buka mulut lagi, kata aaa.. Tak bagi peluang langsung untuk mengatakan tidak. Hebat sangat ke kakaknya sampai nak kena makan western food? Hebat le kut. Mungkin anak penakan Lord Reid, yang gubal perlembagaan Tanah Melayu ‘dolu-dolu’ tu, mana kamu tau! Apa salahnya kalau makan makanan Melayu? Kak Jah kan, ada. Jadi tak payahlah aku yang terpaksa pergi memasak untuk tetamunya dan terpaksa pula hidup bersembunyi dari bayang-bayang mat poyo tu. Hai...  kalut betul.

BILA berada di dapur datin yang cantik dan nampak jarang berasap tu, semangat Kasdina Alya untuk memasak buat kali keduanya di venue ini berkobar-kobar. Tak sabar rasanya nak mempersembahkan hidangan-hidangan yang mouth-watering yang diinginkan oleh tuan rumah, baik dari segi rasa mahupun garnish atau dressing. Ha... nak sangat hidangan omputih, biar terlebih barat dari orang barat, gue bikin. Kalau setakat Grilled Lamb, Steak, Baked Mashed Potatoes, Muffins, English atau Greek Salads, insya-ALLAH no hal.
        Pejam mata pun boleh buat. Amboi... berlagak nampaknya Cik Kas ni. Eh...  bukan berlagak atau sombong diri, tapi dah I pandai masak nak buat macam mana. Don’t be jealous. Kasdina Alya tersenyum sendiri.
Sebagai hidangan istimewa malam ini, datin dah belikan beberapa keping daging topside untuk dibuat steak dan beberapa bahan lain, sesuai untuk dibuat appetizers dan juga dessert. Tentang resipi, datin kata buatlah apa-apa saja, janji sedap. Woi... tahulah teman apa nak dibuatnya. Masa inilah nak tunjukkan kepakaran dan kehandalan serta praktikkan apa yang telah dia belajar dalam bengkel memasak dan kulinari The Naked Chef anjuran Restoran Fifteen kat Westland Place lewat setahun lalu. Walaupun tak sehebat mentornya, Jamie Oliver. Kira okeylah.
Nampak gayanya malam ni Kak Jah dan Abang Kasim dapatlah merasa steak sepertimana masakan kat hotel-hotel dan restoran mewah. Berminyaklah muncung nanti. Tapi janganlah sampai Abang Kasim dan Kak Jah terpelanting garpu dan pisaunya sudahlah. Hihihi... Kasdina Alya ketawa sendiri.
“Kenapa Kas ketawa? tanya Kak Jah hairan.
“Tak ada apalah Kak Jah, saja teringatkan kawan saya yang makan steak sampai tercabut gigi palsu.” Kasdina ketawa lagi. Menyembunyikan temberangnya. Kenapa tak cakap jujur dengan Kak Jah? Mana boleh, nanti Kak Jah terasa hati, tak baik tau menyinggung perasaan orang? Habis perasaan Anas yang kau singgung selalu tu tak mengapa pula? Eh, itu dia yang mula dulu, dia yang suka cari kes dengan gue. Gue hanya mempertahankan maruah gue aje. Kenapa tiba-tiba teringatkan mat poyo tu? Jangan-jangan hantu dia dah datang.
Kasdina Alya tertoleh-toleh ke belakang, seolah-olah ternampak kelibat  seseorang.
“Kau tengok apa Kas?” tegur Kak Jah.
“Kak Jah, Anas dah datang ke belum?”
“Kenapa? Kau rindu dia ke?” sakat Kak Jah.
“Hiss, Kak Jah ni, ke situ pula. Saya tanya tu sebab tadi saya nampak kelibat lelaki. Takkan lah dua tiga bulan saya tak tengok, Abang Kasim dah berubah wajah jadi muda dan handsome.” Kak Jah ketawa mengekek. Suka sangatlah tu.
“Kau nikan kuat betul loyar buruknya. Kalau Kas nak tahu itu anak sulung datin. Baru saja datang bercuti kat sini. Dia tu kerja kat Amerika,”  terang Kak Jah.
“Oh, macam tu ke, anak datin yang lain-lainnya mana?”
“Anak datin tak ramai, tiga orang saja. Anak nombor dua datin buat medic kat Ireland dan yang bongsu belajar kat sini. Semuanya lelaki. Kenapa nak berkenalan ke?”
“Kak Jah ni tak habis-habis menyakat saya. Huh... orang macam saya ni tak layak nak berkenalan dengan orang kelas atasan. Kalau orang macam Abang Kasim tu layaklah dengan tukang masak tak ada kelas macam saya ni.”
“Habis, kau nakkan Abang Kasim ke?” Belum apa-apa lagi Kak Jah dah mengilai dengan soalannya sendiri.
“Heh, Kas nak buat apa dengan Abang Kasim? Kak Jah ni, agak-agaklah sikit, Kas ni baru saja berumur dua puluh enam tahun, Abang Kasim tu dah masuk empat puluh tujuh tahun. Dengan Kak Jah sesuailah kut,” balas Kasdina Alya. Kedua-dua perempuan itu ketawa bukan main lagi.
“Siapa yang sebut-sebut nama abang ni?” Abang Kasim menapak ke ruang dapur. Kasdina Alya dan Kak Jah berpandangan, masing-masing menggulung senyum.
“Kas yang sebut nama Abang Kasim, supaya abang Kasim ingat, malam nanti jangan lupa hantar Kas, jangan buat macam hari itu.”
“Hari itu kenapa?” Abang Kasim bertanya, memang dia tak tahu apa-apa pun.
“Yalah, hari tu, Kas tunggu abang sampai tertidur, alih-alih bila celik mata, orang lain yang hantar. Buat malu Kas saja, dahlah Kas tidur berdengkur.” Kak Jah dan Abang Kasim ketawa.
“Tak mengapalah, itu kan peluang terbaik untuk Kas mengenali Anas. Anas tu budak baik tau, tak rugi kalau Kas mengenalinya,”  puji Kak Jah.
“Aah... yalah tu Kak Jah, baiklah sangat,” perli Kasdina Alya. Huh... mat poyo, dengan Kak Jah dan Abang Kasim bolehlah kau berlakon mengalahkan Brad Pitt. Tapi, kalau dengan aku lebih baik tak payah, sebab terlintas saja bayang kau, aku dah tahu niat kau yang sebenarnya.
                                                                         


No comments:

Post a Comment