NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Wednesday, November 25, 2009

bab 7 Cinta Seindah Mimpi

BAB 7



Petang yang damai,angin sepoi-sepoi bahasa. Suasana amat nyaman sekali. Maira berjalan
menuju ke pondok rehat di tepi kolam sambil membawa hidangan petang. Kata datin mereka
berdua ingin minum petang di luar. Kelihatan Datuk Zaman berlari-lari anak di sekeliling
kawasan rumah sambil melakukan senaman ringan, manakala datin hanya duduk di bangku
rehat.
“Datin, minuman dah siap,silakan!, hari ini saya masak curry puff berinti ayam campur
sayur,tentu datin suka”
“Jom,Maira makan dengan saya”
“Eh,tak payahlah datin,terima kasih saja. Lagi pun saya ada banyak kerja di dapur”
“Duduk ajelah Maira sembang-sembang dengan saya, kerja kat dapur tu mana ada pernah
habis” Datin Rosnah ikhlas mempelawa dan Maira terpaksa akur walau pun dia tahu sekejap
lagi dia pasti akan berasa kekok bila Datuk Zaman duduk sekali untuk minum petang.
“Emm........sedapnya curry puff ni, pandai Maira masak” puji datin ikhlas membuatkan
Maira rasa bangga dan dihargai.
“Terima kasih datin, kalau datin nak makan apa-apa datin cakap saja pada saya,insyaallah
saya usahakan”
“ Dimana awak belajar masak?”
“Dengan mak saya, mak saya memang pandai masak, kalau dekat pekan Batu Gajah tu nasi
lemak kukus dia tiada siapa yang boleh tanding” Maira bangga sunguh dengan mak. Betul kata
mak,masakan boleh menawan hati seseorang.
“Suatu hari nanti nak rasanya saya bertemu dengan mak awak, mesti mak awak seorang
yang hebat”
“Bo....boleh” gugup Maira menyatakan persetujuannya, manalah tahu kalau betul Datin
Rosnah melaksanakan hasratnya, tak ke haru biru, sedangkan selama ini Maira tak pernah
menceritakan pada mak tentang kerjanya yang terbaru ini.

Tiba-tiba pintu pagar terbuka dengan sendirinya, sebuah kereta Nissan EX TRAIL putih
masuk dan berhenti da halam rumah, kereta siapa lagi kalau bukan kereta si mamat baran tu.
Pemandunya turun dan menutup pintu kereta lalu berjalan menuju ke pondok rehat.
“Alamatnya .....bapa segala bala sudah sampai!” desis Maira dalam hati,dia mula rasa cemas
dan takut, dia perlu beredar segera sebelum apa-apa berlaku.
“Kenapa Maira bangun?.duduklah,belum habis bersembang lagi”
“Tak mengapalah datin ,mungkin lain kali saja,saya masuk dulu” belum pun sempat Maira
melangkah satu suara telah menengkingnya.
“Hah,...kenapa kamu duduk kat sini ?, dah habis ke kerja kamu kat dapur tu?” kasarnya
suara, apa salah aku?, rintih Maira dalam hati,dia hanya tunduk tak perlu menjawab.
“Fan kenapa berkasar dengan Maira?,dia tak buat apa-apa kesalahan pun, mama yang suruh duduk temankan mama” datin membela,lega sedikit hati Maira.
“Tak baik Fan layan Maira macam tu, Maira gadis yang baik,susah nak cari pembantu
rumah yang baik dan jujur macam dia tu” Datuk Zaman mula menyampuk sebaik saja
melabuhkan punggungnya di kerusi.
“Itulah papa, mama suka sangat beri muka kat orang gaji, esok-esok dia pijak kepala kita
baru tau ”
“Jangan mudah berperangsangka dengan orang, tak baik tau, apa lagi dengan Maira,dia
telah banyak membantu mama, jangan buli dia boleh tak?, mama tak suka” bangganya Maira datin masih membela dia,sebuah kemenangan untuk Maira dan tamparan untuk si mamat baran tu, nasi tak dingin pinggan tak retak, kau tak ingin aku pun tak hendak ,kau ingat aku heran sangat dengan kau. Terasa ringan saja mulut Maira ingin menjeritkan perkataan itu kepada si mamat baran tu, tapi dia masih waras lagi,dia hanyalah seorang pembantu rumah.
“Mama pun satu, selalu saja bela dia, nanti dia naik lemak ,malas kerja”
“Mama nak tanya,yang Fan tak suka sangat dengan Maira tu kenapa?,ada dia buat apa-apa pada Fan.ada dia usik barang-barang Fan?, hati-hati Fan, orang kata kalau benci sangat boleh terbalik jadi suka,siapa tahu?” Datin Rosnah mengusik,manakala Fansuri mencebik.
“Dengan orang gaji tu? ,tak payah lah mama. Sesuatu yang mustahil” aduh !, sombongnya
mamat ni. Kata-katanya menghiris hati Maira, Maira mendengar dari jauh,suaranya sengaja di
kuatkan seolah-olah dia ingin Maira mendengarnya. Memang nasi tak dingin, pinggan tak
retak, aku berharap agar tidak bertemu lagi dengan si mamat baran tu.untuk hari ini, hatinya cukup benci, menyampah dan berbagai rasa lagi yang ada. Maira ingin segera masuk
kebiliknya, berwuduk dan merawat hatinya yang pedih itu. Tiba-tiba Datuk Zaman masuk
ke dapur menatang dulang bekas minuman petang tadi.

“Maira janganlah ambil hati dengan sikap dan cakap si Fan tu, sebenarnya dia tu tak reti nak bergaul dengan orang” hai dah tua bangka pun tak reti nak, bergaul,kerja sebagai pengarah pun tak pandai guna bahasa yang elok?.sia-sia saja belajar tinggi, otak letak kat lutut.Kalaulah dapat Maira meluahkan kata-kata itu alangkah puasnya hati.
“Tak mengapalah datuk, saya sedar siapa saya, saya ucap terima kasih sebab layan saya dengan baik dan budi datuk sekeluaga tak akan saya lupakan”
“Sabar ya....Maira” Maira mengangguk dan senyum. Datuk Zaman berlalu meninggalkan
Maira sendirian di dapur, barulah Maira sedar kenapa orang sekarang tak hendak berkerja
sebagai orang gaji. Patutlah orang ramai sekarang terpaksa mengambil pekerja asing seperti
Indonesia,Thailand dan lain-lain negara untuk dijadikan pembantu rumah. Rakyat Malaysia
sendiri dah tak hendak kerja yang tak ada kelas seperti itu lagi. Apa lagi kalau dapat majikan
yang teruk dan kaki buli.Mereka lebih sanggup menganggur dari bekerja padahal peluang dan kekosongannya banyak, akhir sekali orang asing yang mengaut keuntungan yang rugi rakyat sendiri dan bangsa sendiri.

Monday, November 23, 2009

bab 6 Cinta Seindah Mimpi

BAB 6

Maira berpusing-pusing di hadapan cermin almari solek , sesekali dia membelek-belek mukanya yang sememangnya licin,putih dan gebu itu. dia tersenyum puas,sekurang-kurangnya dia masih cantik walaupun bekerja sebagai orang gaji. Maira melihat jam di tangan,dia perlu sampai tepat pada masanya kalau tidak berbakul-bakul bebelan Laili dan Mona, sendat kepalanya nanti.Maira berjalan tenang ke arah datin sekeluarga yang sedang berehat sambil membaca surat khabar di ruang tamu.
“Datin, lauk untuk makan tengah hari telah saya masak semuanya,apa-apa keperluan datin telah saya sediakan,cuma lauk belum saya hidangkan,takut nanti sejuk pula,kalau boleh saya nak keluar sekarang”
“Nak kemana?” menyampuk pula si baran di sebelah datin.
“Nak ke K L,Encik” Maira tunduk, takut pun ada.
“Tak boleh!!” Fansuri melarang keras tanpa mengangkat muka. Maira terperanjat dan datin juga terkerjut.
“Kenapa Fan?, biarkanlah Maira pergi, lagi pun Maira dah beri tahu papa dan mama
minggu lepas”
“Kalau dia pergi siapa nak siapkan makan tengah hari nanti?”
“Semuanya dah siap, tunggu senduk saja. Itu pun takkan Fan tak boleh buat? terang datin,dia hairan dengan sikap Fansuri terhadap Maira, apa saja yang Maira buat semuanya tak kena di mata Fansuri dan sikapnya selalu kasar dengan Maira. Apa yang datin takut Maira tak tahan dengan kerenah Fansuri lalu berhenti,mana lagi dia nak cari orang gaji sebaik Maira tu.
“Tapi bukan kerja kita mama” Fansuri masih berkeras.
“Biarkanlah Maira keluar,bukannya selalu,lagi pun semuanya itu ada dalam syarat dan peraturan semasa beliau memohon kerja dulu” Datuk Zaman mula mencelah setelah dirasakan suasana terasa tegang.Maira tetap diam dan tunduk, hatinya sedih dan marah .Manusia yang tak berperikemanusiaan, hendak saja diajarnya, tunggu kamu!!.
“O.k lah, Maira ikut Abang Sham, kebetulan Abang Sham memang nak ke KL,jumpa kawan bisnes bolehlah abang dropkan Maira kat mana-mana.Cepat sampai cepatlah boleh balik tak gitu?” Abang Sham memperlawa, entah betul-entah tidak dia mempunyai urusan di KL,lantaklah Maira tak perduli,yang pentingnya dia dapat keluar.
Maira mengangkat muka,senyum berbunga di bibir,suasana menyebelahinya,datuk dan datin mengangguk tanda setuju, tapi si baran tengeng terkejut nampaknya.mukanya masam memandang tepat padaMaira.
“Tapi macam mana dengan Nadia ?”
“Tinggal saja dengan mama,lagi pun dia sedang tidur”
“O.Klah kalau begitu.Saya pergi dulu datuk,datin, kalau ada apa-apa hal datin call saja saya” Maira berlalu melintasi Fansuri yang masih merenung tajam kepadanya..
“makhluk macam ni pun ada di atas muka bumi” ngomel Maira perlahan sambil menjeling Fansuri.
“Apa kamu cakap?” tengkingnya marah, kecut perut Maira.
“Eh,,eh,,,,,tak ada apa-apa Encik” menggigil Maira,kaki dan tangannya menjadi sejuk. Menyesal dia mengikut mulutnya yang celupar itu.Kus.........semangat. Akhirnya Maira melangkah membuntuti Abang Sham yang mula keluar dari rumah.
“Terima kasih Abang Sham kerana tolang Maira, tak sangka masih ada orang kaya yang suka menolong orang”
“Yalah,abang kan lelaki melayu terakhir” Abang Sham berlawak dan berderai ketawa Maira.
“Kenapa Maira cakap macam tu?, Maira tersinggung ke dengan sikap Fan tadi?” Maira hanya diam membisu,menggeleng tidak, mengangguk pun tidak mengenangkan sikap Fansuri tadi,apa yang dia rasa terlalu geram dan terlalu benci.
“Sabar ajelah Maira,maafkan lah dia, mungkin dia tak bermaksud untuk menyakiti hati Maira ” Abang Sham seolah-olah tahu ada api yang sedang marak membakar hati ini. Maira menoleh ke arah Abang Sham.
“Kenapa dia jadi macam tu?, Setiap kali jumpa Maira ada saja yang tak kena,asyik nak Tengking Maira saja, macam tak suka saja Maira kerja di rumah datin”
“Oh, tak ada lah macam tu,dia tu sebenarnya anti perempuan, yalah sejak tunangnya lari dengan lelaki lain ke luar negara, tinggalkan dia. Dulu dia tak macam tu,tapi sejak kejadian itu berlaku dia menganggap semua perempuan adalah sama ” Abang Sham membuka rahsia, terkedu Maira dengan cerita yang tak di sangka-sangka.Siapa sangka orang kaya lagi handsome pun kena tinggal oleh tunang, tak heranlah aku yang kapchai sengkek ni boy friend boleh lari.
“Memang patut pun tunang dia lari, garang semacam saja,macam singa” terluah juga apa yang Maira fikirkan.
“Amboi sedapnya mengutuk, dah lupa ke dia tu adik Abang Sham?” Abang Sham mengusik dan Maira menyengih.
“oppss............sorry, terlepas cakap, tapikan Abang Sham, dia tak sepatutny a bersikap sedemikian, seharusnya dia mesti terima itu semua sebagai qada dan qadar, sebab jodoh pertemuan adalah ketentuan Allah, siapa kita untuk mempersoalkannya, lagi pun mungkin ada hikmah disebalik kejadian itu,sebab setiap apa yang Allah jadikan mesti bersebab,tiada satu pun yang sia-sia. Cuba Abang Sham bayangkan, kalau mereka jadi berkahwin dan dia ada anak ,tup....tup....isteri dia lari dengan lelaki lain, macam mana dengan nasib budak tu?, tak ke naya jadinya? dan dia lagilah tak boleh terima keadaan sedemikian” bersungguh-sungguh Maira berhujah dan melahirkan pandangannya, Abang Sham hanya tersenyum sambil memandu dengan tenang.
“Yang Maira marah sangat kat dia tu kenapa?”
“Bukan apa bang, macamlah dia sorang yang pernah kecewa dalam percintaan, habis semua perempuan dianggapnya musuh, jiwa dia tu lemahlah bang, lembik, tak kuat langsung harapkan muka saja handsome,baran pula tu, he.......Maira tak berkenan langsung”
“tapi dia seorang pencinta yang hebat dan seorang yang setia”
“Itu bukanlah pencinta yang hebat namanya, itu ialah pendendam.Seorang pencinta yang hebat ialah seorang yang mempunyai jiwa seni yang halus tap i kuat, sebab cinta itu sebenarnya ialah pengorbanan, kita memberi tapi tak semestinya kita memiliki.Macam cinta sahabat kepada Rasulullah, mereka sanggup berkorban apa saja demi Rasul yang mereka cinta”
“wah......hebatnya Maira, nanti Abang Sham cakap apa yang telah Maira cakapkan

tadi,boleh?”
“Eh,... janganlah bang, nanti runtuh bumbung rumah datin bila dia tengking Maira”
“Tau takut, kenapa dengan abang Maira tak takut?”
“Sebab Abang Sham lain, abang baik,tak sombong, Abang Sham dengan Encik Fansuri
bezanya jauh bagai langit dengan bumi”

“Maira belum kenal kebaikan dia lagi, by the way, lelaki yang macam mana Maira suka?”
“Macam abang,baik, macho dan penyayang, lelaki melayu terakhirlah katakan” terkekeh-kekeh Maira dengan jawapannya yang spontan itu. Padahal jawapan yang sebenarnya dia pun belum pasti.Lelaki seperti apa yang dia idam-idamka.
“Jadi abang ada harapanlah?”
“Harapan apa Abang Sham?” Maira bertanya balik,terasa soalan itu terlalu bodoh,ah…….biarlah.
“Untuk memiliki cinta Maira ?” tanpa berselindung Abang Sham mengucapkan, terkedu Maira dibuatnya.
“Hai ...bang, siapalah Maira ni hanya melukut di tepi gantang saja tak layak seiring dengan abang” Abang Sham ketawa lepas, apa maksudnya Maira tak tahu, Maira hanya senyum cuba membaca reaksi Abang Sham.
“Maira tahu,kenapa kami pilih Maira sewaktu interview dulu?padahal ada calon yang lebih layak dari Maira”
“Tak tahu, kenapa?”
“Sebab abang dan papa tertarik dengan kepetahan Maira bercakap penuh semangat dan amat berkeyakinan serta berani memberikan pendapat”
“Terima kasih bang kerana percayakan Maira, Abang Sham boleh turunkan Maira di Stesen LRT dekat Masjed Jamek?”
“Boleh, Maira nak ke mana?”
“Nak jumpa kawan, lepas tu kami nak tengok wayang,makan-makan dan ke kedai buku”
“Kawan lelaki ke perempaun?” ada kerut di wajah Abang Sham.
“Kalau lelaki kenapa?” Maira mula memasang perangkap.
“Kalau lelaki abang cemburulah”
“Eh, abang ni ada-ada saja lah” tergelak Maira melihat gelagat Abang Sham,macam remaja pula.
“Boleh abang ikut?” Maira terkejut dengan pertanyaan Abang Sham, sama ada Abang Sham bersungguh atau tidak dia tidak tahu.
“Tak kanlah abang nak ikut, nanti apa pula kata kawan-kawan Maira, ha.... itu pun dia orang.O.klah.
“Abang, berhenti saja di sini” riang Maira melihat Laili dan Mona yang sudah tergedik-gedik melambaikan tangan ke arahnya.
“Ya,lah siapalah abang ni, orang tua katakan,mana nak layak berjalan dengan orang muda macam Maira” Abang Sham pura-pura merajuk.
“Salah tu, abang bukan tua, tapi macho, kalau tua tu yang kat rumah, Datuk Zaman,barulah tua.O.klah abang,nanti kita keluar lain kali, kita bawa Nadia sekali tentu dia seronok” Abang Sham senyum puas dengan janji Maira.
“Terima kasih bang!”
“Sama-sama, jaga diri baik-baik tau” Maira senyum dan mengangguk. Maira menutup pintu kereta sambil melambai-lambaikan tangan ke arah kereta yang mula bergerak.
“Amboi...... Maira kaya sungguh pak we baru hang ya?” Mona mula kepo, Maira hanya tersengih.
“ Kok, ya pun nak kepo, berilah salam dulu, ini tidak main terjah saja” Maira mengingati Mona sambil menghulurkan tangan bersalam.
“Sorry le teruja sangat.......siapa nama pak we baru hang tu?, dahlah kaya. Handsome pula, mana kau jumpa?” Maira ketawa melihat gelagat Mona yang tak sudah-sudah keponya, tak berubah langsung.
“Eh, minah, kok ya pun kau nak kepo,jomlah naik atas dulu , jangan berdiri kat tangga ni orang nak lalu ” Laili menepuk bahu Mona,. “Yalah kau ni memang dari dulu sampai sekarang, tak nyempat-nyempat.Gelojoh” Maira Mencelah lalu ketawa mereka pun pecah.
“Aku bukan apa, teruja sangat, sebab kau boleh dapat orang yang lebih dari SI Hasrie mangkuk tu, Maira ceritalah siapa dia?”
“Sebenarnya dia tu anak majikan aku, kira bos aku jugalah,aku tak ada apa-apa hubungan dengan dia,saja dia tumpangkan aku,kebetulan dia pun nak ke KL jumpa clain, puas hati?”
“Tak puas hati lagi, sebab aku tengok dia bukan main mersa lagi dengan kau, macam ada apa-apa”
“Sebenarnya dia baik,seorang yang berbudi tinggi, tak sombong walaupun kaya,penyayang dan caring terhadap keluarga dan orang lain”
“Kira beruntunglah kalau kau dapat tackle dia?” mahu juga Laili meyampuk. Maira Membulatkan matanya ke arah Laili tanda tidak setuju dengan pendapat itu.
“Sebenarnya dia dah berkeluarga, ada anak perempaun berusia 5 tahun, tapi isterinya telah meninggal tiga tahun yang lalu,sakit kanser usus”
“Oh,,....ye ke?.......kasihannya” Laili nampak simpati.
“Tapikan .....inilah peluang kau......duda pun tak apa, masih kacak dan kaya, apa nak lagi”? Minah ni kalau menyakat orang tak pernah berhenti. Maira menjeling tajam.
“Siapalah aku ni, nak memikat enggang di udara,sedangkan aku hanyalah pipit yang hanya Mampu terbang ke hujung dahan saja”
“Bermadahlah pula minah ni” terkejut Maira dengan cubitan di pinggangnya. Mona dan Laili ketawa melihat Maira menjerit dan melatah.
“Betul apa yang aku cakap ni, kalau ada orang DBKL yang nakkan aku pun, dah kira bagus,dapatlah juga aku berlaki” ketiga-tiga gadis itu ketawa serentak ,Mona yang paling kuat ketawa.
“Apa kata kalau abang DBKL tu yang hitam, kau nak juga?”
“India?,eh.......kau jangan melampau,takkan nak bagi aku yang gelap gulita, sebab nanti malam aku tak jumpa cari laki aku”
“Ha...ha......ha....ha.....” ketawa mereka pecah lagi, menyebabkan mereka menjadi perhatian orang ramai yang sama-sama menunggu train. Sejurus kemudian train pun tiba membawa mereka ke perhentian KLCC.

Wednesday, November 11, 2009

bab 5 cinta seindah Mimpi

BAB 5

Fansuri merenung gadis di hadapannya,sebelum ini dia tidak ingin ambil tahu bahawa gadis yang berada dalam rumahnya selama ini. Sungguh cantik, mukanya bujur sirih,bibirnya merah bak delima merkah, hidungnya mancung, pipinya putih gebu dan yang paling dia suka ialah tatkala mata gadis ini yang bercahaya dan galak, pandangannya menikam sukma. Maira gelisah direnung sedemikian, kali ini kesalahan apa pula yang akan di cari oleh majikannya . Lelaki di hadapannya ini bukan boleh dibaca moodnya, anginnya sentiasa berubah-rubah, sekejap ribut,sekejap lagi taufan, kalau orang perempuan bolehlah dikatakan pra monopous , perubahan
hormone,tapi orang lelaki pun ada juga, ia dinamakan andrapous. Eh, takkanlah mamat ni dah nak andrapous. Maira berkira-kira dalam kepalanya yang sudah bluer.
“Maaf Encik, Encik nak minum?”
“Yalah,........tak reti-reti nak buat kan air, dah tahu orang baru balik” terkedu Maira diherdik begitu, selalunya tiap kali Maira buatkan air tak pun dia minum, terletak saja di atas meja, membazir saja penyudahnya aku juga yang kena telan.
“Panas ke sejuk Encik?”
“Kalau hari panas takkan nak minum air panas, tak teti tengok cuaca ke?,bengap!!” amboi lelaki ni, bukan main sedap lagi cakap,aku baru tanya dua tiga patah dia dah bancuh aku lebih-lebih pula,siap kata aku bengap lagi, eh,...mak aku pun tak pernah cakap aku bengaplah!!!.. jerit Maira dalam hati .Tak apa ada ubi ada batas, suatu hari aku balas. Tungguuuuu!!.......

Maira datang kembali dengan segelas jus oren dan sepinggan kuih, dia meletak dulang perlahan-lahan di atas meja.Maira akan menjadi kalut dan gelabah bila Encik Fansuri merenungnya, apa saja yang dipegang terasa ingin jatuh. Kenapa dia nak marah sangat? takkanlah pasal nak minum panas atau sejuk pun nak marah. Hiss………peliklah manusia ni.
“Encik, minuman Encik dah siap,silakan”
“Biarkan disitu” arah Fansuri tanpa menoleh, tapi suaranya masih kasar, dia leka membaca
surat khabar. Maira cepat-cepat berlalu meninggalkan ruang tamu. Dia perlu segera ke dapur,kerjanya di dapur masih banyak yang belum siap. Malam ni datin kata datuk balik awal,datuk nak makan malam di rumah.Datuk nak makan malam bersama dengan keluarga di rumah, selalu nya datuk dinner dengan client sekali-sekala makan di rumah, kadang-kadang balik lambat dan ada ketikanya tak balik langsung.Maklumlah orang bisnes katakan mestilah sibuk,tapi datuk baik, bicaranya jauh lebih halus dan lembut dari si bujang baran tu, walaupun datuk tak banyak
cakap dan mesra bahasanya tak pernah kasar dan tinggi. Hai......ragam orang kaya ni macam-macam,pening kepala aku, lantak kome le....yang penting gaji aku dibayar.
Semuanya dah selesai, cuma sayurnya bubuh kemudian, bila waktu nak makan, kalau bubuh sekarang nanti sayurnya jadi lecur,dah tak ada khasiat dan tak cantik lagi. Senang hati Maira bila kerjanya sudah separuh siap,cuma perkakas di dapur yang belum siap, dia menyanyi-nyanyi perlahan-lahan sambil tangannya ligat membasuh pinggan mangkuk.
“Tak baik menyanyi di dapur, nanti dapat suami tua”
“Dapat suami tua yang baik hati tak mengapa,.....asalkan jangan dapat suami muda yang baran dan tak berbudi perkerti” pantas dan ringan saja mulut Maira menyahut, seketika juga dia melopong, matanya bulat. Opsss..........alamak terlepas cakap, his.........mulut aku ni kalau tak menjawab tak boleh ke?, aku bukan bermaksud untuk menyindir dia. Maira memberanikan diri memusingkan badan mengadap Fansuri yang tercegak di ruang dapur.
“Encik, minta maaf, saya ingatkan Pak Man tadi yang menegur saya” bohong Maira, padahal dia tahu Pak Man dah lama balik. Padan dengan muka engkau, kena sebiji, Maira menunduk ke bawah, tak berani nak memandang Fansuri yang berdiri tegak tanpa senyum. Memang itu pun yang sering terjadi kalau bercakap mulut tu tak pernah senyum. Mahalnya......
“Kenapa Encik?,dah lapar ke?”
“Belum lagi, tapi tak tahan mencium bau masakan kau, Oh ya, mama pangil kau” Fansuri bersuara perlahan,matanya mencuri melihat gadis yang terkulat-kulat di tepi sinki,dia tahu gadis itu menjadi gelabah bila diperlakukan demikian.
“Baik Encik, saya pergi jenguk datin sekarang” Maira bergegas meningalkan dapur. Berdua-duaan dengan lelaki ini membuatkan dadanya bergetar, entah kenapa. Maira tak sanggup.......Bilik datin sudah dipindahkan ke tingkat bawah, senang unutk datin keluar masuk dengan kerusi rodanya, Maira telah menghias bilik datin sebaik mungkin,biar datin merasa selesa dan seronok tinggal di bilik itu,walaupun balik sekarang tidak sebesar bilik tidurnya yang lama.
“Ada apa datin panggil saya?”
“Maira saya nak ke bilik air” datin mula kelihatan gelisah di atas katil,mungkin sudah terlalu lama dia menahan. Maira memapah Datin Rosnah perlahan-lahan menuju ke bilik air,semenjak Datin Rosnah diserang stroke dua bulan yang lalu,kehidupannya telah banyak berubah, dia terlalu bergantung kepada orang lain untuk mengurus hidupnya, tiada lagi sosial party yang sering dihadirinya,tiada lagi datin -datin dan datin seri yang menjadi ahli kelabnya datang menziarah, betullah kata orang,kawan ada waktu kita senang, bila susah kawan pun cabut.
“Datin,nak ambil wuduk ke?, biar saya bantu” Maira memberanikan diri,dia tahu
pertanyaan itu mungkin asing pada Datin Rosnah, Maira tak perduli, biarlah datin marah asalkan dia dapat membantu dengan ikhlas.Selama dia menguruskan datin, tidak pernah sekali pun datin menyuruh dia menyiapkan pakaian sembahyangnya. Apakah datin sekeluarga telah lupa cara untuk sembahyang?, soalan itulah yang sering bertandang di kepala Maira.
“Maira boleh bantu?”
“Insyaallah datin”
“Tapi saya dah lupa bagaimana nak solat,kerana selama ini saya telah lama lupakan Allah” air mata datin mula mengalir, mungkin itu tanda keikhlasan mengakui kekurangannya. Belas hati Maira melihat air muka datin yang hiba. Orang sakit perlu dilayang dengan baik dan penuh kasih sayang,Itulah kata mak yang sering Maira ingat. Maira menyapu air mata datin yang berjurai di pipi.
“Sabarlah datin, ini adalah hikmat dari Allah. Allah yang lebih mengetahui sedaya apa yang dia buat dan kita hanya mampu berserah” tangisan datin makin menjadi, bahunya terhenjut-henjut menahan esakan. Maira memeluk datin, memberi kekuatan padanya,wanita ini harus dikasihani,dia telah hilang sebahagian dari kehidupannya ,dia perlu di beri kekuatan untuk meneruskan hidupnya yang masih panjang.

“Sabar ya datin, datin masih ada saya, saya bersedia berkhidmat dan membantu datin ”Datin Rosnah meneliti cahaya di mata Maira, ada keikhlasan dari matanya yang galak bersinar itu. Bertuahlah kedua orang tuanya memiliki anak sebaik ini. Maira membantu datin mengambil wuduk dengan sempurna. Kemudian memapahnya kembali ke katil.Seketika itu pintu bilik di ketuk dan dibuka,terjengul Fansuri di muka pintu.

“Kenapa mama menangis?” kasar pertanyaan Fansuri kearah Maira, dia hairan bila melihat Mata mamanya bengkak kesan menangis. Datin Rosnah hanya diam.
“Apa yang dah kau buat pada mama hah?” Fansuri menghampiri dan merentap kasar
tangan Maira
“buat apa?” Maira bertanya tidak senang dengan cara Fansuri yang menuduh tanpa usul periksa.
“Habis kenapa mama menangis?”
“Lepaslah sakit tau!!” Maira merengus tangannya kuat, sakitnya hati pada Fansuri tuhan saja yang tahu.
“Sudahlah Fan, Maira tak bersalah” Fansuri perlahan-lahan melepaskan cengkamannya. Maira mengjeling tajam dengan senyum sinisnya. Huh......baran tak bertempat. Tak usul periksa dasar mamat tengeng......sumpah Maira dalam hati. Tapi hari ini dia puas dan menang sebab datin sudah melihatkan perubahannya, mahu pula dia sembahyang. Syukurlah.
“Encik tolong keluar, datin hendak solat!” Maira meminta dengan sopan dan perlahan, tapi dia tak sudi melihat Fansuri lagi. Solat ?. Fansuri kehairanan dengan perkataan itu, selama ini dia tidak pernah melihat mamanya solat, begitu juga dengan papa. Tapi akhirnya dia patuh dengan permintaan Maira, perlahan-lahan dia merapatkan daun pintu.Keluarga datin telah selesai makan malam, kini giliran Maira pula untuk mengemas dan membersihkan pinggan mangkuk, hatinya puas segala lauk pauk masakannya semuanya habis licin, berselera sungguh mereka, datin tu walaupun sakit, tapi seleranya baik,syukurlah.


Alangkah bosannya makan sorang-sorang, tak berselera langsung. Maira merenung hidangan di atas meja,sebetulnya dia belum makan malam , perutnya rasa lapar tapi seleranya mati. Kalau kat kampung tentu seronok makan ,walaupun lauknya biasa saja tetapi tetap sedap sebab berebut dengan adik adik. Maira mencapai ulamnya yang setia, tiap kali makan itulah yang diambil,lainlah kalau makan tengah hari, Pak Man ada, boleh bersembang sambil makan. Mak selalu marah bila Maira buat macam ni, makan sambil membaca buku, kata mak tak hormatkan rezeki namanya, tapi Maira selalui menyeringai sekali sekala Maira menyampuk. Apa salahnya nasi berulamkan buku, lauk yang tak sedap pun terasa lazat dan mak hanya menggelengkan
kepala.

Tengah sedap Maira makan sambil membaca, Maira terdengar ada orang masuk ke dapur, siapa lagi kalau bukan si baran tengeng tu, mungkin dia haus . Ah!....…......lantak dialah, ini rumah dia. Maira tidak menoleh, dia meneruskan suapan dan bacaannya, tetapi lelaki ini menarik kerusi dan duduk semeja dengannya. Maira mula menjadi gelabah dan tak tentu arah, dia menutup buku dan mengangkat pinggannya lalu meletak ke dalam sinki. Entah apa yang lelaki ini mahu dia tak tahu, Maira menjadi takut sebab kesan cengkaman lelaki ini tadi masih terasa sakitnya. Maira bergegas meninggalkan ruang dapur. Kalau kau nak apa-apa ambillah sendiri,
inikan rumah kau!. Laung Maira dalam hati.


Suasana pagi amat damai sekali, burung-burung berkicau riang, kesana-kemari terbang mencari makanan. Maira bersiar-siar di halaman rumah sambil menyiram pokok-pokok bunga datin, selalunya bunga-bunga ini disiram oleh Pak Man, tapi hari ini, hari minggu Pak Man bercuti. Pada kebiasaannya penghuni banglow dua tingkat ini bangun lambat kalau hari minggu, melainkan kalau ada hal tertentu. Maira telah membuka pintu pagar pagi-pagi lagi, dia tahu sekejap lagi orang yang ditunggu akan tiba. Belum pun dia sempat habis memikirkan tentang orang yang ditunggu, sebuah kereta BMW biru telah masuk ke perkarangan rumah.

Maira terus menghentikan kerjanya, dia meluru ke kereta dan membuka pintu kereta.
“Assalamualaikum sayang!” Maira menyapa ceria.
“Waalaikumusalam”
“Sayang apa khabar?”
“Sihat, kakak sihat?” Si kecil yang berusia lima tahun memeluknya manja.
“Sihat sangat, tapi kakak rindu pada Nadia” Maira memeluk dan mencium itu bertubi-tubi.
“Pada anak saja rindu?, papanya tak rindu ke?” Maira menjeling Abang Sham sambil mencebik.
“Abang Sham kalau tak meyampuk tak boleh ke?”
“Dah nasib badan,tak ada orang rindu, tak ada orang sayang”
“Papa dah besar tak malu merajuk” Nadia mentertawakan Papanya diiringi ketawa Maira Yang mengejek
“Nah, bunga untuk Maira dan yang ini untuk mama” Abang Sham menghulurkan dua jambangan bunga ros yang cantik. Maira menerima dan menciumnya, segar ,wangi, indah dan mendamaikan. Abang Sham bagaikan tahu dia memang suka bunga ros, melihat bunga ros pun sudah cukup membahagiakannya.
“Terima kasih Abang Sham, Maira memang sukakan bunga ros”
“Kasih Maira diterima dan disimpan di sini” Abang Sham meletak tanganya di dada, tak sudah-sudah nak buat lawak, Maira ketawa.
“Jom Nadia, Abang Sham, masuk dalam kita bersarapan. Hari ni Maira masak special
untuk Abang Sham, iaitu nasi lemak kukus dengan sambal tumis sotong dan paru”
“Wah,....sedapnya...” “ Hai, belum makan pun dah tahu sedap?”
“Yalah kalau kakak masak ,semuanya mesti sedap, tak macam bibik, masak pun tak pandai” Nadia mencelah, petahnya anak kecik ini. Maira ketawa senang.
“Kalau macam tu tinggalah kat sini, boleh kakak masak yang sedap -sedap selalu biar Nadia jadi gemuk “
“Kakaklah yang ikut kita orang, balik rumah Nadia” Si kecil ini tidak mahu mengalah,papanya pula tersengeh-sengeh, macam ada sesuatu saja.
“Tak boleh sayang, nanti nenek Nadia tak ada orang nak jaga”
“Tukarlah dengan bibik, biar bibik jaga nenek dan kakak jaga Nadia dan papa” amboi anak ni, pandainya mengatur, atau sudah diprogramkan mindanya, serentak itu Maira dan Abang Sham ketawa sambil melangkah masuk ke dalam rumah Maira perasan langsir tingkat atas terselak, seolah-olah ada orang di belakangnya. Siapa lagi yang berada di atas kalau bukan Fansuri, sebab malam tadi datuk tidur di bilik datin tingkat bawah. Hai.......m..ain intai-intailah
pula,....turun ajelah!.

Maira menyediakan sarapan pagi, sudah menjadi kebiasaan kalau hari minggu,keluarga Mereka akan berkumpul sambil makan-makan.Bila semua ahli keluarga telah berkumpul di meja makan Maira mengeluarkan resepi rahsianya.
“ Yang ini kakak buatkan istimewa untuk Si kecil yang pintar” Maira meletakkan sebiji kek Coklat yang tertulis “ untuk Nadia” melompat Nadia kerana terjekut dan teruja.
“Kenapa kakak buatkan kek untuk Nadia ?” Maira membisikkan sesuatu di telinga Nadia. Matanya bulat tanda terkejut.
“Happy birthday kakak!!” serentak itu Nadia memeluk tengkuk Maira dan mencium pipinya.
“Hari ini hari jadi Maira ke?” Datin Rosnah bertanya ceria. Maira senyum dan
mengangguk, semua orang memberi ucapan pada Maira, tapi tidak si baran tengeng yang sombong tu, dia hanya mengangkat muka dan kening, lantaklah aku pun tak kisah.
“Oh, ...patutlah papa bagi bunga pada kakak, ingatkan papa nak ngorat kakak tadi, mana papa tahu hari ini hari jadi kakak?”
“Adalah, rahsia “ Abang Sham mempermainkan Nadia, semua orang ketawa, melainkan si baran tu yang memandang tepat ke wajah Maira. Maira tidak tahu apa maksudnya lalu dia menjatuhkan pandangan matanya ke lantai.

Monday, November 2, 2009

bab 4 cinta seindah mimpi

BAB 4

Maira bersendirian di tepi kolam dan air terjun buatan, bunyi deruan air terjun itu

cukup mendamaikan . Suasana rumah yang sunyi dan sepi itu membuatkan Maira tenggelam

dalam kenangannya sendiri. Siapa sangka keadaan boleh berubah dalam sekelip mata, kalau dulu

dia dan adik-adiknya mempunyai seorang ayah tapi kini dia dan adik-adiknya sudah menjadi

anak-anak yatim. Kalau dulu dia mempunyai seorang kekasih yang boleh dijadikan tempat

mencurahkan perasaan, tapi kini dia telah di tinggal bersendirian dalam hampa dan kecewa.

Oh tuhanku, ujian apakah lagi yang akan kau turunkan untukku?, tak mampu lagi aku

menanggungnya tapi aku tiada pilihan kerana aku tahu aku adalah milikmu. Peristiwa sebulan

yang lalu cukup membuatkan Maira menderita,kecewa dan merana. Betullah kata pujanga, cinta

sesama manusia tak akan sampai ke mana,tapi cinta kepada Allah akan membawa bahagia dari

dunia sampai ke akhirat. Tapi suatu pertanyaan yang Maira sendiri tiada jawapannya ialah kenapa Hasrie begitu tega memperlakukannya sedemikian,apakah salahnya selama ini?. Tengah hari itu Mairaa nekad untuk ke kampung Hasrie. Firasatnya kuat mengatakan Hasriea berada di kampungnya sebaba semasa Mairaa mencubaa nasiba menelefona Hasriea di kampung,ada orang yang menjawab dalam telefon mengatakan Hasrie berada di halaman rumah dan dia sibuk sangat. Mungkin hari ini dia dapat menemui Hasrie setelah sekian lama dia tidak dapat menghubungi lelaki itu. Sudah tiga bulan dia tidak bersua muka dengan lelaki itu, ada rindu yang menggunung, ada kata yang ingin disuara dan ada bicara yang ingin disampaikan.

Dalam telefon Hasrie seolah-olah tidak mahu berbual panjang seperti selalu, segala keceriaanya telah hilang, Maira menjadi hairan sendiri. Apakah lelaki itu telah berubah hati?. Sejak abah meninggal dunia tiga bulan dulu Maira tidak dapat menghubungi Hasrie, Dia ingin meluahkan segala kesedihan hatinya pada Hasrie selaku lelaki yang akan melindungi dan mendampinginya tatkala susah dan senang.Tapi Maira hampa. Hasrie tidak pun menghubunginya. Kenapa jadi begitu?. Apakah lelaki itu merajuk dengannya kerana Maira selalu mencari alasan bila Hasrie meminta agar mereka segera berkahwin, mungkin tak , Hasrie selalu faham keadaannya, enam tahun bercinta takkan lelaki itu tak kenal hati budinya?, Hari ini dia ingin memberi tahu Hasrie dia sudah bersedia untuk menjadi isteri kepada Hasrie bila-bila masa pun. Mak juga bersetuju

dengan pendapat Maira. Kata mak dapatlah dia merasa bermenantu seperti orang lain. Maira tersenyum sendiri.

Bila melewati rumah Hasrie hati Maira menjadi tak keruan, jantungnya berdebar kencang, di hadapan rumah Hasrie ada beberapa buah khemah putih dan orang ramai keluar masuk di rumah tersebut, seperti ada sebuah kenduri besar-besaran,kebetulan pula ada lagu selamat pengantin baru yang sedang berkumandang dicorong pembesar suara. Perkahwinan siapakah itu?,setahu Maira Hasrie adalah anak bongsu .Maira memberanikandiri untuk melangkah, dalam kepalanya mula bercambah soalan yanng dia sendiri tidak mahu.

Adakah itu...................... ya Allah, ya Tuhanku, kakinya terpacak di bumi. Tiada upaya lagi untuk melangkah.Dunia berputar,hari yang terang seakan tiba-tiba jadi gelap gulita dan kelam.Memang sah itulah Hasrie kekasihnya yang sedang makan beradab dan bersuap-suapan dengan isterinya dalam pakaian pengantin yang cukup angun dan bergaya.Maira ingin pengsan,mukanya sudah menjadi pucat dan biru, tapi dikuatkan semangat agar dia tidak rebah disitu,dihadapan ratusan tetamu, dia masih ada maruah. Maira ingin menangis tapi disekanya air mata agar tidak tumpah supaya tiada siapa yang tahu hatinya sedang hancur umpama kaca yang terhempas ke batu. Maira menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali, alangkah teganya lelaki ini mempermainkannya. Kenapa dia tidak diberi tahu?, kenapa Hasrie tidak memutuskan hubungannya dengan cara seorang yang gentleman?, kenapa Maira yang perlu mencari sendiri jawapannya?, sedangkan jawapan yang Maira temui umpama belati yang telah merobek segala isi perutnya. Alangkah kejamnya dia selama ini, Patutlah selama ini terlalu susah untuk Maira menghubunginya.

Dalam perjalanan pulang Maira membawa motosikalnya dengan laju sekali,kebetulan pula hujan turun dengan lebat,dia tak peduli itu semua, Maira meredah hujan bersama dengan air mata yang semakin deras mengalir menuruni pipinya bersatu dengan hujan yang kian menggila.

“Oh my girl, dont be sad”, suara Encik Razie mengejutkan Maira, lamunannya terputus,Maira menoleh cuba mempamirkan senyuman, tapi tetap suram. Encik Razie adalah ayah angkatnya, ayah kepada kawan baiknya Nila.

“Perkara yang lepas biarlah berlalu ,usah dikenang-kenangkan lagi ,tak ada gunanya” Puan Aliza pula menyampuk dari belakang sambil datang membawa segelas jus,kuih dan satu bar coklat.

“Tapi Maira sedihlah mama, kenapalah terlalu banyak sangat perkara yang menyedihkan dalam hidup Maira?, kematian abah saja sudah cukup meruntum jiwa Maira ditambah pula dengan kesakitan yang diberi oleh Hasrie ini, Maira rasa dah tak tertanggung lagi”

“Sabarlah Maira, sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar. Allah selalu memberi dugaan kepada hambanya yang dia sayang, jangan takut, Allah itu terlalu dekat dengan Maira dan dia tak akan membiarkan Maira begitu saja.Papa yakin Allah pasti mempunyai perancangan yan baik untuk Maira,pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya”

“Betul cakap Papa tu, biarkanlah Hasrie tu, dia tak ikhlas bercinta dengan Maira, dia tak sanggup untuk berkongsi susah dan senang dengan Maira, Dia juga hanya suka pada Maira tapi tidak pada keluaga Maira, buat apa orang yang pentingkan diri sendiri?” Maira mengangkat muka, mungkin betul kata mama.Hasrie tak ikhlas mencintainya. Ah,............biarkanlah lelaki itu pergi,lepaskanlah kenangan bersamanya dan Maira berazam untuk melupakan nama lelaki yang pernah singgah di hatinya suatu masa dahulu, hidup ini perlu di teruskan.

“Apa-apahal pun, nah makan dulu coklat ni” Encik Razie menghulurkan satu bar coklat. Maira menjeling, Encik Razie ketawa lepas ,dia faham maksud Maira.

“Papa sindir Maira ya?”

“Mana ada, nah makanlah,papa beli coklat ni kat luar negara tau, khusus untuk Maira”

“Tu ketawa tu,sindir Mairalah tu” Maira cemberut .

“Ya Allah Maira, betul tak ada, papa kan dah lama kenal Maira, kalau Maira sedih atau tension Maira suka makan coklat, makanlah biar hilang cemberu tu” Encik Razie dan Puan Aliza sama-sama ketawa. Maira umpama anaknya walaupun anak angkat, sayangnya pada Maira macam sayangnya pada anak sendiri, gadis yang cantik di hadapan mereka ini terlalu banyak istimewanya, rugi besar kepada sesiapa yang tidak menyedarinya. Maira mengambil coklat dari tangan papanya dan terus mengunyah seenak-enaknya.

“Mama, bila Nila balik K L?”

“Mungkin esok atau lusa”

“Kenapa dia orang lama sangat balik kampung, apa yang ada di Johor tu?”

“Biarkanlah dia, bukan selalu mereka balik Johor, biar hilang rindu orang tua Shah pada

mereka.

“Maira tidur sini malam ni ya?, temankan mama sebab papa ada makan malam kat luar dengan kawan-kawannya, bolehlah kita sembang-sembang”

“Tak bolehlah mama, Maira tak bawa pakaian, lagi pun pagi tadi Maira pergi interview dan dah dapat pun kerja tu,so nak kemaslah apa yang patut”

“Interview kerja apa?, dengan kerajaan?”

“Taklah, kerja sebagai orang gaji” Maira menjawab polos, sedangkan jawapannya itu telah merubah wajah kedua papa dan mama angkatnya.

“Hah.....biar betul Maira?” Encik Razie dan Puan Aliza terkejut besar, kedua-duanya tercengang. Kini giliran Maira pula yang ketawa.

“Yalah..betul apa, kenapa tak percaya...........?”

“Habis, kerja Maira dekat Syarikat Sinar Gemilang tu macam mana?”

“Panjang ceritanya papa” serentak itu Maira ketawa besar, geli hati masih terasa, terkekeh-kekeh Maira bila mengingatkannya.

“Yang ketawa sorang- sorang ni pasal apa?”

“Sebenarnya Maira dah berhenti dari syarikat tu dua minggu lepas, selepas Maira menumbuk muka bos” Maira bercerita sambil ketawa yang belum reda.

“Kenapa boleh jadi macam tu, beraninya awak ni!” Puan Aliza tak sabar ingin tahu.

“Apa tidaknya,bos Maira tu cuba nak buat jahat dengan Maira, dia ingat Maira ni sama dengan stafnya yang lain,boleh diangkut kesana-kemari dan buat sesuka hati, dia tu bukan lagi buaya tembaga tapi buaya jadian. Suatu hari dia panggil Maira masuk bilik, ingatkan nak bagi tugasan sekali dia cuba nak pegang dan cium Maira, katanya dah lama dia syok kat Maira. Apa nak tunggu lagi Maira sepak lah dia dan tumbuk padu kat mata, hah.....baru padan dengan muka. Lepas tu Maira maki dia dan terus letak jawatan tak teringin lagi nak kerja di situ.Lepas tu mama satu minggu dia asyik pakai cermin mata hitam sebab biji matanya lebam” Maira menghabiskan ceritanya bersama gelak ketawa yang bersambung dengan ketawa Encik Razie dan Puan Aliza.

“Habis,takkanlah nak kerja sebagai orang gaji kot, kerja saja dengan papa. Kerja kat ofis

atau kerja kat kafe,mana-mana saja yang Maira nak”

“Betul kata papa tu, takkan lah kerja sebagai orang gaji, macam tak ada kerja lain. His...awak ni”

“Kerja dengan papa ya, bantu papa kat ofis, sebab Nila tak lama lagi nak ikut suami dia

keluar negara lagi pun nanti bolehlah papa kenalkan dengan anak-anak kawan papa pada Maira”

“Taknaklah, papa ni dak buka agensi cari jodoh ke?”

“His.....budak ni, papa cakap yang betul bukannya main-main”

“ Terima kasih lah papa,mama tapi Maira rasa biarlah Maira memilih kerja ini.Mungkin ada hikmah di sebaliknya, buat masa sekarang Maira tak nak pekerjaan yang terpaksa berjumpa dengan orang ramai lagi pun bukan selamanya Maira nak jadi orang gaji, sekadar mencari pengalaman saja”

“O.klah, apa saja keputusan Maira kami hormati, kami tahu Maira bijak membuat

keputusan”

“Terima kasih papa, mama kerana percayakan Maira, tapi satu lagi permintaan, janganlah papa dan mama memberitahu mak tentang kerja Maira, nanti takut dia salah faham”

“Baiklah” Maira senyum ceria, alangkah beruntungnya dia mempunyai keluarga angkat yang amat menyayangi dan memahaminya,tempat dia mencurah segala rasa sedih, sayu,susah, dan pilu.Keluarga yang sering membantunya dikala susah dan senang padalah mereka tidak mempunyai apa-apa pertalian darah dengannya.


Maira menyuruh pemandu teksi berhenti mengikut alamat yang ada padanya. No 27, Jalan Mawar.Betullah ini rumahnya.Turun dari teksi Maira berdiri di hadapan pintu pagar, terasa cuak untuk masuk, apa tidaknya dengan rumah sebesar dan secantik ini tak tahulah pula bagaimana perangai penghuninya. Maira berkira-kira di dalam hati, tapi akhirnya dia memberanikan diri untuk menekan loceng di tepi pagar itu, alang-alang dah sampai,moh aje yong!,ape keme nak takut.ape ke helnya. Maira bermonolog dalam hati.

Tiba-tiba pintu pagar itu terbuka sendiri. Maira melangkah masuk. Mak oi!........rumah siapakah ini?, alangkah cantiknya rumah dengan halaman yang penuh tersusun indah, ada pargola yang cantik, bunga-bunga ros yang kembang mekar , air terjun buatan yang sedang menderu-deru dan sebuah kolam renang yang besar. Maira pasti penghuninya mempunyai citarasa yang tinggi.

Tapi kenapa rumah ini kelihatan sunyi dan sepi saja, mana tuan rumah dan mana anak-anak

mereka? masih di sekolah agaknya, maklumlah dia datang waktu pagi mestilah masing-masing

ada aktiviti. Belum pun sempat Maira memberi salam dan mengetuk pintu, pintu sudah pun di

buka dari dalam.

“Assalamualaikum, saya Maira”

“Waalaikumusalam, oh, pembantu rumah yang baru tu ya, silakan masuk, pak cik ni tukang

kebun di rumah ini, masuklah !,datin sedang menunggu di dalam ”

“ Terima kasih pak cik ” Maira memberanikan diri masuk ke dalam rumah yang besar dan cantik itu.Tukang kebun itu membawanya berjumpa dengan datin. Hati Maira berbicara sendiri, macam manalah agaknya lagak seorang datin itu ya?, jangan-jangan cengil dan sombong, suka mengarah, entah-entah suka mendera, eeeii........takutnya, minta jauhlah, tapi kalau betullah sikapnya macam tu alamatnya tak sampai sebulanlah aku bekerja di rumah ini, cabut aje le.......

“Datin, ini Cik Maira sudah datang” seorang perempuan yang duduk di atas kerusi roda itu memusingkan kerusinya ke arah Maira. Masyaallah....datin ini lumpuh rupanya, nampak ketara tangan kirinya meringkut dan kaki kirinya tidak dapat di gerakkan.Oh, kasihannya... tak semena-mena ingatannya terhadap arwah abah bertandang kembali, pasti arwah abah dulu menderita seperti ini,bertahun usianya dihabiskan di atas kerusi roda , tak boleh bergerak dengan bebas dan sentiasa mengharapkan pertolongan orang lain. Air mata Maira ingin tumpah tapi diseka agar majikannya tidak tersalah sangka.

“Assalamualaikum datin, saya Maira orang gaji baru”

“Waalaikummusalam, selamat datang, saya Datin Rosnah ”tutur katanya tidak jelas sebab

mulutnya telah menjadi herot ke sebelah kiri.

“Terima kasih datin, saya akan berkerja dengan baik untuk datin dan akan membantu datin

dalam apa saja hal”

“Terima kasih Maira”

Tukang kebun tadi datang membawa segelas minuman untuk Maira, manakala Maira berpusing-

pusing kepalanya mencari kelibat manusia lain selain dari mereka bertiga, takkanlah rumah sebesar ini tak ada orang.

“Maira apa-apa tugas dalam rumah ini Maira boleh tanya pada Pak Man ” Maira mengangguk faham walau pun tak jelas butir bicaranya tapi Maira tahu maksudnya. Patutlah sewaktu interview dulu pihak penemuduga ada bertanya pernahkah dia mengurus orang yang sakit lumpuh?Dan mahukah dia sekiranya majikannya nanti lumpuh?, Maira menjawab dengan berani dan yakin dia sudah biasa mengurus seorang lumpuh kerana arwah abah dulu pun lumpuh dan sesuatu yang mungkin orang lain tak akan faham ialah Maira terpanggil untuk membantu orang yang lumpuh dengan segala ilmu yang dia ada, moga-moga ilmu itu memberi manfaat dan keberkatan. Sepetang di dapur bersama Pak Man banyak perkara mengenai keluarga datin yang Maira tahu, kata Pak Man keluarga datin tak besar, anak datin ada dua orang saja, itu yang peliknya, orang kaya tak ada anak tapi orang miskin anak berlambak. Kata Pak Man lagi anak datin yang sulung sudah berumah tangga tapi isterinya pula telah meninggal dunia, jadilah duda anak sorang, manakala anak datin yang seorang lagi tu masih bujang bekerja di syarikat papanya Datuk Zaman sebagai pengarah.Mungkin petang nanti Maira dapat bertemu dengan mereka.

“Dah lama ke datin tu kena serangan strok?”

“Baru dua bulan, sebelum ini dia sihat saja, biasalah ketentuan Allah siapa yang tahu” betul kata PakMan, kita manusia, siapa yang tahu akan perancangan Allah.

“Habis selama sakit, siapa yang uruskan datin, takkan tak ada orang gaji?”

“Mula-mula tu ada , tapi dia orang tak nak uruskan orang sakit lumpuh ni, jadi terpaksalah Pak Man dan anak bongsu datin yang uruskannya sementara menanti orang gaji baru” kasihan juga ya,.... tapi tabiklah pada anak bongsu datin tu kerana mahu dia mengurus ibunya yang sakit, susah nak cari orang lelaki macam tu zaman sekarang.

Hidangan makan malam pertama yang Maira sediakan ialah tom yam campur, siakap masak tiga rasa,sotong goreng tepung dan daging masak merah. Itu pun apa yang ada dalam peti ais saja,kata Pak Man dia yang membeli semua barang-barang tu dan dia bukannya tahu sangat main redah saja ,tersenyum Maira mendengar Pak Man bercerita,tak kesahlah, yang penting apa yang ada di dalam peti ais tu memudahkan Maira memasak.Bila tiba waktu makan malam Maira mendapatkan Datin Rosnah, bertanyakan samada dia mahu makan di dalam bilik atau makan bersama keluarganya di meja makan,. Datin Rosnah memberitahu dia ingin bersama-sama dengan keluarganya, lalu Maira menyorong kerusi roda datin ke meja makan.


Alangkah terkejutnya Maira melihat Datuk Zaman di meja makan, rupa-rupanya orang yang interview dia hari itu ialah Datuk Zaman sendiri. Maira memberi senyum dan mempersilakan Datuk Zaman makan dan dia membalas senyuman , manakala lelaki yang muda itu hanya diam dan masam saja,tiada sebarang reaksi, takut Maira melihatnya. Mungkinkah ini anak bongsu mereka, seperti yang Pak Man beritahu?, tapi kenapa Pak Man tak cerita yang anak lelaki datin ini sombong dan garang. Di meja makan Datin Rosnah terkial-kial mencuba untuk makan sendiri penuh kepayahhan kerana menggunakan sebelah tangan saja. Oh,...kasihan sungguh, luluh hati Maira melihatnya, bagaikan dia sedang melihat arwah abah yang sedang makan. Maira mengmenghampiri Datin Rosnah.

“Datin boleh saya suapkan untuk datin?” Datin Rosnah melihat tunak ke dalam mata Maira dan Maira senyum ikhlas,kemudian Datin Rosnah mengangguk setuju. Lepas satu-satu suapan Maira ditelan,berselera sungguh dia makan, macam orang dah lama tak makan, begitu juga dengan datuk dan anak lelakinya , bukan main bertambah lagi, mungkin mereka dah lama tak merasa makan di rumah maklumlah tak ada orang yang masak. Tapi yang Maira perasan ialah anak lelaki datin tu sekali-sekala menjeling tajam ke arah Maira, kenapa ya? apayang dia marah?,kenapa? takut aku bagi tulang ikan pada mak kau ke? Tengking Maira dalam

hati .


Keesokan harinya Maira memberanikan diri mencadangkan agar datin membuat sesi urutan terapi untuk, memulihkan urat-uratnya yanng telah tegang itu . Datin bersetuju malah bersyukur kerana ada orang perihatin dengan kesihatannya dan Maira sendiri yang akan mengurutnya.Kata datin sebuah rahmat telah datang padanya,Maira hanya tersenyum.

Maka bermulalah sesi urutan dari hujung kaki sampai ke kepala , terapinya tiap-tiap hari dalam tempoh satu jam saja iaitu pukul 9 pagi hingga 10 pagi itulah jadual yang Maira tetapkan selama dua minggu ini dan sesuatu yang menakjubkan telah berlaku. Jari-jari tangan kiri datin sudah boleh di gerakkan walau pun tangannya masih belum boleh diluruskan. Maira bersyukur kerana usahanya selama ini tidak sia-sia dan yang paling gembira sekali ialah datin sebuah harapan baru telah muncul,semangat untuk pulih berkobar-kobar di hati datin. Di wajah datin mula terpancar wajah yang ceria