NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Wednesday, November 11, 2009

bab 5 cinta seindah Mimpi

BAB 5

Fansuri merenung gadis di hadapannya,sebelum ini dia tidak ingin ambil tahu bahawa gadis yang berada dalam rumahnya selama ini. Sungguh cantik, mukanya bujur sirih,bibirnya merah bak delima merkah, hidungnya mancung, pipinya putih gebu dan yang paling dia suka ialah tatkala mata gadis ini yang bercahaya dan galak, pandangannya menikam sukma. Maira gelisah direnung sedemikian, kali ini kesalahan apa pula yang akan di cari oleh majikannya . Lelaki di hadapannya ini bukan boleh dibaca moodnya, anginnya sentiasa berubah-rubah, sekejap ribut,sekejap lagi taufan, kalau orang perempuan bolehlah dikatakan pra monopous , perubahan
hormone,tapi orang lelaki pun ada juga, ia dinamakan andrapous. Eh, takkanlah mamat ni dah nak andrapous. Maira berkira-kira dalam kepalanya yang sudah bluer.
“Maaf Encik, Encik nak minum?”
“Yalah,........tak reti-reti nak buat kan air, dah tahu orang baru balik” terkedu Maira diherdik begitu, selalunya tiap kali Maira buatkan air tak pun dia minum, terletak saja di atas meja, membazir saja penyudahnya aku juga yang kena telan.
“Panas ke sejuk Encik?”
“Kalau hari panas takkan nak minum air panas, tak teti tengok cuaca ke?,bengap!!” amboi lelaki ni, bukan main sedap lagi cakap,aku baru tanya dua tiga patah dia dah bancuh aku lebih-lebih pula,siap kata aku bengap lagi, eh,...mak aku pun tak pernah cakap aku bengaplah!!!.. jerit Maira dalam hati .Tak apa ada ubi ada batas, suatu hari aku balas. Tungguuuuu!!.......

Maira datang kembali dengan segelas jus oren dan sepinggan kuih, dia meletak dulang perlahan-lahan di atas meja.Maira akan menjadi kalut dan gelabah bila Encik Fansuri merenungnya, apa saja yang dipegang terasa ingin jatuh. Kenapa dia nak marah sangat? takkanlah pasal nak minum panas atau sejuk pun nak marah. Hiss………peliklah manusia ni.
“Encik, minuman Encik dah siap,silakan”
“Biarkan disitu” arah Fansuri tanpa menoleh, tapi suaranya masih kasar, dia leka membaca
surat khabar. Maira cepat-cepat berlalu meninggalkan ruang tamu. Dia perlu segera ke dapur,kerjanya di dapur masih banyak yang belum siap. Malam ni datin kata datuk balik awal,datuk nak makan malam di rumah.Datuk nak makan malam bersama dengan keluarga di rumah, selalu nya datuk dinner dengan client sekali-sekala makan di rumah, kadang-kadang balik lambat dan ada ketikanya tak balik langsung.Maklumlah orang bisnes katakan mestilah sibuk,tapi datuk baik, bicaranya jauh lebih halus dan lembut dari si bujang baran tu, walaupun datuk tak banyak
cakap dan mesra bahasanya tak pernah kasar dan tinggi. Hai......ragam orang kaya ni macam-macam,pening kepala aku, lantak kome le....yang penting gaji aku dibayar.
Semuanya dah selesai, cuma sayurnya bubuh kemudian, bila waktu nak makan, kalau bubuh sekarang nanti sayurnya jadi lecur,dah tak ada khasiat dan tak cantik lagi. Senang hati Maira bila kerjanya sudah separuh siap,cuma perkakas di dapur yang belum siap, dia menyanyi-nyanyi perlahan-lahan sambil tangannya ligat membasuh pinggan mangkuk.
“Tak baik menyanyi di dapur, nanti dapat suami tua”
“Dapat suami tua yang baik hati tak mengapa,.....asalkan jangan dapat suami muda yang baran dan tak berbudi perkerti” pantas dan ringan saja mulut Maira menyahut, seketika juga dia melopong, matanya bulat. Opsss..........alamak terlepas cakap, his.........mulut aku ni kalau tak menjawab tak boleh ke?, aku bukan bermaksud untuk menyindir dia. Maira memberanikan diri memusingkan badan mengadap Fansuri yang tercegak di ruang dapur.
“Encik, minta maaf, saya ingatkan Pak Man tadi yang menegur saya” bohong Maira, padahal dia tahu Pak Man dah lama balik. Padan dengan muka engkau, kena sebiji, Maira menunduk ke bawah, tak berani nak memandang Fansuri yang berdiri tegak tanpa senyum. Memang itu pun yang sering terjadi kalau bercakap mulut tu tak pernah senyum. Mahalnya......
“Kenapa Encik?,dah lapar ke?”
“Belum lagi, tapi tak tahan mencium bau masakan kau, Oh ya, mama pangil kau” Fansuri bersuara perlahan,matanya mencuri melihat gadis yang terkulat-kulat di tepi sinki,dia tahu gadis itu menjadi gelabah bila diperlakukan demikian.
“Baik Encik, saya pergi jenguk datin sekarang” Maira bergegas meningalkan dapur. Berdua-duaan dengan lelaki ini membuatkan dadanya bergetar, entah kenapa. Maira tak sanggup.......Bilik datin sudah dipindahkan ke tingkat bawah, senang unutk datin keluar masuk dengan kerusi rodanya, Maira telah menghias bilik datin sebaik mungkin,biar datin merasa selesa dan seronok tinggal di bilik itu,walaupun balik sekarang tidak sebesar bilik tidurnya yang lama.
“Ada apa datin panggil saya?”
“Maira saya nak ke bilik air” datin mula kelihatan gelisah di atas katil,mungkin sudah terlalu lama dia menahan. Maira memapah Datin Rosnah perlahan-lahan menuju ke bilik air,semenjak Datin Rosnah diserang stroke dua bulan yang lalu,kehidupannya telah banyak berubah, dia terlalu bergantung kepada orang lain untuk mengurus hidupnya, tiada lagi sosial party yang sering dihadirinya,tiada lagi datin -datin dan datin seri yang menjadi ahli kelabnya datang menziarah, betullah kata orang,kawan ada waktu kita senang, bila susah kawan pun cabut.
“Datin,nak ambil wuduk ke?, biar saya bantu” Maira memberanikan diri,dia tahu
pertanyaan itu mungkin asing pada Datin Rosnah, Maira tak perduli, biarlah datin marah asalkan dia dapat membantu dengan ikhlas.Selama dia menguruskan datin, tidak pernah sekali pun datin menyuruh dia menyiapkan pakaian sembahyangnya. Apakah datin sekeluarga telah lupa cara untuk sembahyang?, soalan itulah yang sering bertandang di kepala Maira.
“Maira boleh bantu?”
“Insyaallah datin”
“Tapi saya dah lupa bagaimana nak solat,kerana selama ini saya telah lama lupakan Allah” air mata datin mula mengalir, mungkin itu tanda keikhlasan mengakui kekurangannya. Belas hati Maira melihat air muka datin yang hiba. Orang sakit perlu dilayang dengan baik dan penuh kasih sayang,Itulah kata mak yang sering Maira ingat. Maira menyapu air mata datin yang berjurai di pipi.
“Sabarlah datin, ini adalah hikmat dari Allah. Allah yang lebih mengetahui sedaya apa yang dia buat dan kita hanya mampu berserah” tangisan datin makin menjadi, bahunya terhenjut-henjut menahan esakan. Maira memeluk datin, memberi kekuatan padanya,wanita ini harus dikasihani,dia telah hilang sebahagian dari kehidupannya ,dia perlu di beri kekuatan untuk meneruskan hidupnya yang masih panjang.

“Sabar ya datin, datin masih ada saya, saya bersedia berkhidmat dan membantu datin ”Datin Rosnah meneliti cahaya di mata Maira, ada keikhlasan dari matanya yang galak bersinar itu. Bertuahlah kedua orang tuanya memiliki anak sebaik ini. Maira membantu datin mengambil wuduk dengan sempurna. Kemudian memapahnya kembali ke katil.Seketika itu pintu bilik di ketuk dan dibuka,terjengul Fansuri di muka pintu.

“Kenapa mama menangis?” kasar pertanyaan Fansuri kearah Maira, dia hairan bila melihat Mata mamanya bengkak kesan menangis. Datin Rosnah hanya diam.
“Apa yang dah kau buat pada mama hah?” Fansuri menghampiri dan merentap kasar
tangan Maira
“buat apa?” Maira bertanya tidak senang dengan cara Fansuri yang menuduh tanpa usul periksa.
“Habis kenapa mama menangis?”
“Lepaslah sakit tau!!” Maira merengus tangannya kuat, sakitnya hati pada Fansuri tuhan saja yang tahu.
“Sudahlah Fan, Maira tak bersalah” Fansuri perlahan-lahan melepaskan cengkamannya. Maira mengjeling tajam dengan senyum sinisnya. Huh......baran tak bertempat. Tak usul periksa dasar mamat tengeng......sumpah Maira dalam hati. Tapi hari ini dia puas dan menang sebab datin sudah melihatkan perubahannya, mahu pula dia sembahyang. Syukurlah.
“Encik tolong keluar, datin hendak solat!” Maira meminta dengan sopan dan perlahan, tapi dia tak sudi melihat Fansuri lagi. Solat ?. Fansuri kehairanan dengan perkataan itu, selama ini dia tidak pernah melihat mamanya solat, begitu juga dengan papa. Tapi akhirnya dia patuh dengan permintaan Maira, perlahan-lahan dia merapatkan daun pintu.Keluarga datin telah selesai makan malam, kini giliran Maira pula untuk mengemas dan membersihkan pinggan mangkuk, hatinya puas segala lauk pauk masakannya semuanya habis licin, berselera sungguh mereka, datin tu walaupun sakit, tapi seleranya baik,syukurlah.


Alangkah bosannya makan sorang-sorang, tak berselera langsung. Maira merenung hidangan di atas meja,sebetulnya dia belum makan malam , perutnya rasa lapar tapi seleranya mati. Kalau kat kampung tentu seronok makan ,walaupun lauknya biasa saja tetapi tetap sedap sebab berebut dengan adik adik. Maira mencapai ulamnya yang setia, tiap kali makan itulah yang diambil,lainlah kalau makan tengah hari, Pak Man ada, boleh bersembang sambil makan. Mak selalu marah bila Maira buat macam ni, makan sambil membaca buku, kata mak tak hormatkan rezeki namanya, tapi Maira selalui menyeringai sekali sekala Maira menyampuk. Apa salahnya nasi berulamkan buku, lauk yang tak sedap pun terasa lazat dan mak hanya menggelengkan
kepala.

Tengah sedap Maira makan sambil membaca, Maira terdengar ada orang masuk ke dapur, siapa lagi kalau bukan si baran tengeng tu, mungkin dia haus . Ah!....…......lantak dialah, ini rumah dia. Maira tidak menoleh, dia meneruskan suapan dan bacaannya, tetapi lelaki ini menarik kerusi dan duduk semeja dengannya. Maira mula menjadi gelabah dan tak tentu arah, dia menutup buku dan mengangkat pinggannya lalu meletak ke dalam sinki. Entah apa yang lelaki ini mahu dia tak tahu, Maira menjadi takut sebab kesan cengkaman lelaki ini tadi masih terasa sakitnya. Maira bergegas meninggalkan ruang dapur. Kalau kau nak apa-apa ambillah sendiri,
inikan rumah kau!. Laung Maira dalam hati.


Suasana pagi amat damai sekali, burung-burung berkicau riang, kesana-kemari terbang mencari makanan. Maira bersiar-siar di halaman rumah sambil menyiram pokok-pokok bunga datin, selalunya bunga-bunga ini disiram oleh Pak Man, tapi hari ini, hari minggu Pak Man bercuti. Pada kebiasaannya penghuni banglow dua tingkat ini bangun lambat kalau hari minggu, melainkan kalau ada hal tertentu. Maira telah membuka pintu pagar pagi-pagi lagi, dia tahu sekejap lagi orang yang ditunggu akan tiba. Belum pun dia sempat habis memikirkan tentang orang yang ditunggu, sebuah kereta BMW biru telah masuk ke perkarangan rumah.

Maira terus menghentikan kerjanya, dia meluru ke kereta dan membuka pintu kereta.
“Assalamualaikum sayang!” Maira menyapa ceria.
“Waalaikumusalam”
“Sayang apa khabar?”
“Sihat, kakak sihat?” Si kecil yang berusia lima tahun memeluknya manja.
“Sihat sangat, tapi kakak rindu pada Nadia” Maira memeluk dan mencium itu bertubi-tubi.
“Pada anak saja rindu?, papanya tak rindu ke?” Maira menjeling Abang Sham sambil mencebik.
“Abang Sham kalau tak meyampuk tak boleh ke?”
“Dah nasib badan,tak ada orang rindu, tak ada orang sayang”
“Papa dah besar tak malu merajuk” Nadia mentertawakan Papanya diiringi ketawa Maira Yang mengejek
“Nah, bunga untuk Maira dan yang ini untuk mama” Abang Sham menghulurkan dua jambangan bunga ros yang cantik. Maira menerima dan menciumnya, segar ,wangi, indah dan mendamaikan. Abang Sham bagaikan tahu dia memang suka bunga ros, melihat bunga ros pun sudah cukup membahagiakannya.
“Terima kasih Abang Sham, Maira memang sukakan bunga ros”
“Kasih Maira diterima dan disimpan di sini” Abang Sham meletak tanganya di dada, tak sudah-sudah nak buat lawak, Maira ketawa.
“Jom Nadia, Abang Sham, masuk dalam kita bersarapan. Hari ni Maira masak special
untuk Abang Sham, iaitu nasi lemak kukus dengan sambal tumis sotong dan paru”
“Wah,....sedapnya...” “ Hai, belum makan pun dah tahu sedap?”
“Yalah kalau kakak masak ,semuanya mesti sedap, tak macam bibik, masak pun tak pandai” Nadia mencelah, petahnya anak kecik ini. Maira ketawa senang.
“Kalau macam tu tinggalah kat sini, boleh kakak masak yang sedap -sedap selalu biar Nadia jadi gemuk “
“Kakaklah yang ikut kita orang, balik rumah Nadia” Si kecil ini tidak mahu mengalah,papanya pula tersengeh-sengeh, macam ada sesuatu saja.
“Tak boleh sayang, nanti nenek Nadia tak ada orang nak jaga”
“Tukarlah dengan bibik, biar bibik jaga nenek dan kakak jaga Nadia dan papa” amboi anak ni, pandainya mengatur, atau sudah diprogramkan mindanya, serentak itu Maira dan Abang Sham ketawa sambil melangkah masuk ke dalam rumah Maira perasan langsir tingkat atas terselak, seolah-olah ada orang di belakangnya. Siapa lagi yang berada di atas kalau bukan Fansuri, sebab malam tadi datuk tidur di bilik datin tingkat bawah. Hai.......m..ain intai-intailah
pula,....turun ajelah!.

Maira menyediakan sarapan pagi, sudah menjadi kebiasaan kalau hari minggu,keluarga Mereka akan berkumpul sambil makan-makan.Bila semua ahli keluarga telah berkumpul di meja makan Maira mengeluarkan resepi rahsianya.
“ Yang ini kakak buatkan istimewa untuk Si kecil yang pintar” Maira meletakkan sebiji kek Coklat yang tertulis “ untuk Nadia” melompat Nadia kerana terjekut dan teruja.
“Kenapa kakak buatkan kek untuk Nadia ?” Maira membisikkan sesuatu di telinga Nadia. Matanya bulat tanda terkejut.
“Happy birthday kakak!!” serentak itu Nadia memeluk tengkuk Maira dan mencium pipinya.
“Hari ini hari jadi Maira ke?” Datin Rosnah bertanya ceria. Maira senyum dan
mengangguk, semua orang memberi ucapan pada Maira, tapi tidak si baran tengeng yang sombong tu, dia hanya mengangkat muka dan kening, lantaklah aku pun tak kisah.
“Oh, ...patutlah papa bagi bunga pada kakak, ingatkan papa nak ngorat kakak tadi, mana papa tahu hari ini hari jadi kakak?”
“Adalah, rahsia “ Abang Sham mempermainkan Nadia, semua orang ketawa, melainkan si baran tu yang memandang tepat ke wajah Maira. Maira tidak tahu apa maksudnya lalu dia menjatuhkan pandangan matanya ke lantai.

No comments:

Post a Comment