NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Wednesday, November 25, 2009

bab 7 Cinta Seindah Mimpi

BAB 7



Petang yang damai,angin sepoi-sepoi bahasa. Suasana amat nyaman sekali. Maira berjalan
menuju ke pondok rehat di tepi kolam sambil membawa hidangan petang. Kata datin mereka
berdua ingin minum petang di luar. Kelihatan Datuk Zaman berlari-lari anak di sekeliling
kawasan rumah sambil melakukan senaman ringan, manakala datin hanya duduk di bangku
rehat.
“Datin, minuman dah siap,silakan!, hari ini saya masak curry puff berinti ayam campur
sayur,tentu datin suka”
“Jom,Maira makan dengan saya”
“Eh,tak payahlah datin,terima kasih saja. Lagi pun saya ada banyak kerja di dapur”
“Duduk ajelah Maira sembang-sembang dengan saya, kerja kat dapur tu mana ada pernah
habis” Datin Rosnah ikhlas mempelawa dan Maira terpaksa akur walau pun dia tahu sekejap
lagi dia pasti akan berasa kekok bila Datuk Zaman duduk sekali untuk minum petang.
“Emm........sedapnya curry puff ni, pandai Maira masak” puji datin ikhlas membuatkan
Maira rasa bangga dan dihargai.
“Terima kasih datin, kalau datin nak makan apa-apa datin cakap saja pada saya,insyaallah
saya usahakan”
“ Dimana awak belajar masak?”
“Dengan mak saya, mak saya memang pandai masak, kalau dekat pekan Batu Gajah tu nasi
lemak kukus dia tiada siapa yang boleh tanding” Maira bangga sunguh dengan mak. Betul kata
mak,masakan boleh menawan hati seseorang.
“Suatu hari nanti nak rasanya saya bertemu dengan mak awak, mesti mak awak seorang
yang hebat”
“Bo....boleh” gugup Maira menyatakan persetujuannya, manalah tahu kalau betul Datin
Rosnah melaksanakan hasratnya, tak ke haru biru, sedangkan selama ini Maira tak pernah
menceritakan pada mak tentang kerjanya yang terbaru ini.

Tiba-tiba pintu pagar terbuka dengan sendirinya, sebuah kereta Nissan EX TRAIL putih
masuk dan berhenti da halam rumah, kereta siapa lagi kalau bukan kereta si mamat baran tu.
Pemandunya turun dan menutup pintu kereta lalu berjalan menuju ke pondok rehat.
“Alamatnya .....bapa segala bala sudah sampai!” desis Maira dalam hati,dia mula rasa cemas
dan takut, dia perlu beredar segera sebelum apa-apa berlaku.
“Kenapa Maira bangun?.duduklah,belum habis bersembang lagi”
“Tak mengapalah datin ,mungkin lain kali saja,saya masuk dulu” belum pun sempat Maira
melangkah satu suara telah menengkingnya.
“Hah,...kenapa kamu duduk kat sini ?, dah habis ke kerja kamu kat dapur tu?” kasarnya
suara, apa salah aku?, rintih Maira dalam hati,dia hanya tunduk tak perlu menjawab.
“Fan kenapa berkasar dengan Maira?,dia tak buat apa-apa kesalahan pun, mama yang suruh duduk temankan mama” datin membela,lega sedikit hati Maira.
“Tak baik Fan layan Maira macam tu, Maira gadis yang baik,susah nak cari pembantu
rumah yang baik dan jujur macam dia tu” Datuk Zaman mula menyampuk sebaik saja
melabuhkan punggungnya di kerusi.
“Itulah papa, mama suka sangat beri muka kat orang gaji, esok-esok dia pijak kepala kita
baru tau ”
“Jangan mudah berperangsangka dengan orang, tak baik tau, apa lagi dengan Maira,dia
telah banyak membantu mama, jangan buli dia boleh tak?, mama tak suka” bangganya Maira datin masih membela dia,sebuah kemenangan untuk Maira dan tamparan untuk si mamat baran tu, nasi tak dingin pinggan tak retak, kau tak ingin aku pun tak hendak ,kau ingat aku heran sangat dengan kau. Terasa ringan saja mulut Maira ingin menjeritkan perkataan itu kepada si mamat baran tu, tapi dia masih waras lagi,dia hanyalah seorang pembantu rumah.
“Mama pun satu, selalu saja bela dia, nanti dia naik lemak ,malas kerja”
“Mama nak tanya,yang Fan tak suka sangat dengan Maira tu kenapa?,ada dia buat apa-apa pada Fan.ada dia usik barang-barang Fan?, hati-hati Fan, orang kata kalau benci sangat boleh terbalik jadi suka,siapa tahu?” Datin Rosnah mengusik,manakala Fansuri mencebik.
“Dengan orang gaji tu? ,tak payah lah mama. Sesuatu yang mustahil” aduh !, sombongnya
mamat ni. Kata-katanya menghiris hati Maira, Maira mendengar dari jauh,suaranya sengaja di
kuatkan seolah-olah dia ingin Maira mendengarnya. Memang nasi tak dingin, pinggan tak
retak, aku berharap agar tidak bertemu lagi dengan si mamat baran tu.untuk hari ini, hatinya cukup benci, menyampah dan berbagai rasa lagi yang ada. Maira ingin segera masuk
kebiliknya, berwuduk dan merawat hatinya yang pedih itu. Tiba-tiba Datuk Zaman masuk
ke dapur menatang dulang bekas minuman petang tadi.

“Maira janganlah ambil hati dengan sikap dan cakap si Fan tu, sebenarnya dia tu tak reti nak bergaul dengan orang” hai dah tua bangka pun tak reti nak, bergaul,kerja sebagai pengarah pun tak pandai guna bahasa yang elok?.sia-sia saja belajar tinggi, otak letak kat lutut.Kalaulah dapat Maira meluahkan kata-kata itu alangkah puasnya hati.
“Tak mengapalah datuk, saya sedar siapa saya, saya ucap terima kasih sebab layan saya dengan baik dan budi datuk sekeluaga tak akan saya lupakan”
“Sabar ya....Maira” Maira mengangguk dan senyum. Datuk Zaman berlalu meninggalkan
Maira sendirian di dapur, barulah Maira sedar kenapa orang sekarang tak hendak berkerja
sebagai orang gaji. Patutlah orang ramai sekarang terpaksa mengambil pekerja asing seperti
Indonesia,Thailand dan lain-lain negara untuk dijadikan pembantu rumah. Rakyat Malaysia
sendiri dah tak hendak kerja yang tak ada kelas seperti itu lagi. Apa lagi kalau dapat majikan
yang teruk dan kaki buli.Mereka lebih sanggup menganggur dari bekerja padahal peluang dan kekosongannya banyak, akhir sekali orang asing yang mengaut keuntungan yang rugi rakyat sendiri dan bangsa sendiri.

No comments:

Post a Comment