NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Sunday, December 18, 2011

persis bidadari syurga bab 19

BAB 19

Biasanya kalau hari bekerja, Nur Asiah tidak dapat berehat dan berguling-guling di tempat tidur. Semuanya perlu cepat dan teratur untuk sampai ke tadika awal kerana dia tidak suka kelam kabut ,walaupun kelasnya bermula agak lewat, bersedia awal lebih baik dari terkejar-kejar dan tergesa-gesa.
Tapi pagi ini dia tak perlu buat semua itu, dia boleh berehat dan berlama-lama di tilam kerana hari ini,hari minggu, dia ingin merehatkan badannya secukup-cukupnya. Tiba-tiba pintu biliknya di buka.
“Hai...mak buyung, tidur balik ke?”
“Taklah… saja baring-baring, nak manjakan badan, mak aku kata, tak baik tidur selepas subuh, rezeki susah masuk,terutamanya waktu matahari sedang naik segalah.”
“Betullah tu, mak akupun cakap macam tu juga, tapi aku tak pernah ambil peduli,” Suriani ketawa.
“Siapa yang tak kenal kau, mana yang tak boleh ,itu yang kau nak buat kan? Brutallah konon. Hah...pagi ni kau tak meroloh kenapa?” Suriani ketawa lagi, dia tahu, kalau hari minggu, jangan cari dia sebelum pukul 10.00, tidurnya tak boleh diganggu.
“Aku nak ajak,kau shopping.”
“Hah...shopping? Nak…nak…”Nur Asiah teruja, memang dia nak beli barang.
“Amboi,mak buyung ni, bukan main lagi bersemangat.”
“Yalah, aku dah lama nak beli barang baby ni.”
“Dah tu kenapa duduk lagi ,pergilah siap.”
“Wei...supermarket belum bukalah,buat apa pergi awal-awal?”
“Kita keluar awal, kita jalan-jalanlah dulu,jalan-jalan cari breakfast,tak payahlah kita masak pagi ni, ada faham buyung?” Nur Asiah ketawa melihat kepala Suriani yang tergeleng-geleng,dah macam keling botol yang mabuk tody.
“Yalah aku siap, kau tu…kenapa tak bangun lagi, tak tahu nak keluar?” Nur Asiah menghalau Suriani keluar dari biliknya.
“Saja nak tengok kau bersiap, nak tengok perut kau yang bulat tu!”
“Eieeee...jahatnya,dah... keluar!” Nur Asiah menolak Suriani ke pintu. Suriani ketawa mengekek, bukannya bergerak pun badan sepertinya hendak ditolak,macam badak... sia-sia saja.


Wah… semuanya cantik,semuanya comel,rambang mata ibu muda itu memilih pakaian untuk anaknya. Kalau boleh semuanya nak dibeli, nak diborong. Baju yang sekecil-kecil hinggalah yang sebesar-besar kanak-kanak pun ada. Dah naik mabuk Nur Asiah di buatnya.
“Wei...mak cik, mana satu nak beli ni, aku dah nak muntah ni, kau asyik pusing keliling saja, beli tak juga.”
“Alah sabarlah ,aku dah rambang mata ni, tak tahu nak pilih yang mana.”
“Anak kau lelaki ke perempuan?”
“Manalah aku tahu.”
“Hei..mak cik ,kita hidup zaman modenlah! Orang sekarang boleh tahu anak tu lelaki ke perempuan ,walaupun belum lahir.”
“Macam mana? Tengok perut ke?”
“Hah! Tengok perut, apa maksud kau?” Suriani pula yang tercengang.
“Yalah, mak aku kata, kalau orang mengandung tengoklah perut dia, kalau bulat memanjang ke depan,tandanya anak itu lelaki, kalau perut ibu tu bulat lebar kiri dan kanan, maka anaknya perempuan.
“Boleh percaya ke?”
“Entah! Aku pun tak tahu,mungkin ya dan mungkin juga tidak.”
“Tapi dengan kaedah ultra-sound,kita dapat tahu jantinanya,” pandainya Suriani memberi cadangan, macamlah dia pernah buat.
“Ah...apa pula kena mengena jantina dengan benda yang aku nak beli.”
“Kau ni mangkuk ayunlah, takkan itu pun tak tahu. Kalau anak kau tu girl, kau belilah pakaian dan barang-barang yang berwarna pink. If the baby is a baby boy maa...advisable you buylah everything in blue, because blue colour is suitable for baby boy, ada ngam maa...! Hah...aku cakap orang putih ni ,kau faham ke tak?” kembang hidung Nur Asiah menahan ketawa.
“Oh...really, thanks amoy aa... for your imformation, I don’t know how to choose the right things, tahi kucinglah kau, cakap orang putih konon, mulut makan petai.” Suriani ketawa galak bila ditempelak, lalu dia mencuit pinggang Nur Asiah yang sudah pun ketawa menggulung. Tiba-tiba ketawa Nur Asiah mati, matanya tertumpu ke arah pasangan muda yang sedang memilih barang-barang untuk baby mereka, mungkin mereka juga akan dapat anak sulung sepertinya, nampak mereka begitu teruja dan bahagia, tidak sepertinya, bersendirian menunggu hari bahagia. Alangkah indahnya kalau hidup ini seperti apa yang kita mahu. Pasti kita lebih bahagia. Alangkah bahagianya dia kalau Aiman seorang yang penyayang ,tidak baran dan tidak pembengis, tidaklah dia tercampak menumpang di rumah sewaan Suriani . Nur Asiah merenung ke dalam dirinya, segerombolan duka menyinggahi wajah, Nur Asiah diterpa rasa sayu tiba-tiba.
“Kenapa Nur, kau sedih?” Suriani simpati, matanya juga dilemparkan ke arah pasangan tersebut, dia tahu apa yang tersirat dalam hati sahabat karibnya.
“Sabarlah Nur, ALLAH menguji seseorang dengan cara yang berbeza. Mungkin ini bahagian kau, sabar ya!”
“Ya, aku tahu. Terima kasih kerana mengingatkan aku.”
“Kau jangan risau, aku boleh jadi ayah, sebab badan aku besar, kau jadi maklah sebab kau yang melahirkannya.”
“Eieeee...gelilah Su, kau ingat aku ni apa, main kahwin pondok-pondok macam zaman kecil dulu?” Suriani menyeringai.
“Apa salahnya ,kita sama-sama bela anak tu nanti. Kau jadi mak ,aku jadi ayah,kira lengkaplah sebuah keluarga.” Nur Asiah ketawa kembali , geli hatinya melihat telatah Suriani.
“Nanti tak ke budak tu nanti confuse ,mana satu mak,mana satu ayah, sebab dua-dua pakai tudung dan kenapa ayah orang lain tak pakai tudung, sedangkan ayah dia pakai tudung.Ha...ha...ha...lawak kau ni bukan saja bodoh tapi lawak gila tau tak?” Nur Asiah ketawa mengekek. Suriani, kalau bercakap ikut main keluar dari mulut saja. Suriani juga ketawa.
“Nur, kau ketawa ,dah hilang sedih kau?”
“Ofcourselah aku masih sedih, tapi hidup ini perlu diteruskan,meratap hiba bukanlah jalan penyelesaian.”
“Ha...macam tulah kawan aku, kuat dan tabah. Aku tabik springlah kat kau,” Nur Asiah menyengih. Suriani seorang kawan yang baik.
“Disebabkan kau kawan aku yang paling baik dalam dunia ni, aku akan belanja kau makan. Makanlah apa saja yang kau nak, aku bayar.”
“Wau!!! Kau dapat durian runtuh ke?”teruja Suriani dengan offer dari Nur.
“Tak ade maknanya, kalau nak belanja,tak payah tunggu durian runtuh ke, bangunan runtuh ke,bila-bila pun boleh,” mengekek Suriani ketawa.
“Terima kasih le…aku doakan kau mudah beranak.” Amin… mereka berdua ketawa. Sebaik saja selesai mereka membeli keperluan baby, mereka beredar ke Food Court untuk menjamu selera.
Selesai mereka makan dan bersantai, mereka bercadang untuk pulang. Jam menunjukkan pukul 3.30 petang, bermakna zohor telah tua. Bila mereka hendak melangkah keluar dari bangunan Leisure Mall , hujan tiba-tiba menjadi lebat. Pergerakan terpaksa terhenti, menunggu hujan teduh. Lima minit, sepuluh minit, hujan tak berhenti juga, malah semakin menjadi-jadi. Dua puluh minit berlalu, langit masih galak menangis, tak ada tanda pun mahu berhenti, sedang waktu zohor sudah terlalu tua, sekejap lagi zohor akan pergi, mereka menjadi resah. Haruskah diredah saja hujan yang masih menggila? Atau tunggu teduh dulu. Nur Asiah mengangkat kedua belah tangannya ,lalu berdoa. Suriani melihat kehairanan.
“Apa yang kau buat?” Suriani ingin tahu.
“Rasulullah pernah bersabda,” berdoalah pada waktu mustajab doa, iaitu ; sewaktu pasukan tentera bertempur, sewaktu mendirikan solat dan ketika hujan turun.” Riwayat Abu Dawud. Aku selalu berdoa pada waktu hujan turun sebab kata para ulama, waktu itu Malaikat sedang menurunkan rahmat dan rezeki.”
“Apa yang kau doa?”
“Aku berdoa agar segala permasalahan akan ada jalan keluarnya dan aku juga berdoa agar kau cepat mendapat jodoh dengan lelaki yang baik seperti kau,” Suriani menyeringai tanpa kata. Kemudian dia menoleh ke arah Nur Asiah sambil menganggukkan kepala, sebagai pertanyaan.
“Kalau kau tak kisah, redah saja hujan ni, tak tahu bila dia nak berhenti.”
“Kau tak kisah ke? Tak ke demam budak dalam perut tu?” Nur Asiah ketawa. Soalan Suriani selalunya bodoh giler.
“Jomlah , dapat aku main hujan, dah lama aku tak merasa mandi hujan.”
“All right, aku pun suka, aku kira satu dua tiga, kita lari, tapi kau hati-hati ya, takut jatuh.”
“Yalah nenek,” akhirnya mereka berlari serentak. Ha...tulah padahnya kalau berjalan tak bawa payung, tapi manalah tahu hari nak hujan. Bak kata pepatah: Ku harapkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.Betullah tu…siapa yang dapat meramalkan apa yang akan berlaku.
Sebaik saja pintu kereta dibuka, mereka menerpa masuk menyelamatkan diri. Separuh kuyup mereka berdua, sebab tempat letak kereta jauh sedikit. Termengah-mengah Nur Asiah dibuatnya,barang-barang yang dibeli pun basah,tapi tak kisahlah sebab di luar saja, dalam tak basah.
Suriani menghulurkan tangan kirinya ke belakang, meraba-raba seat belakang.
“Kau cari apa?” Tanya Nur Asiah.
“Aku cari kotak tisu, tadi aku rasa ada kat seat belakang.”
“Biasalah cari dengan tangan ,tak cari dengan mata, bila nak jumpa,” Nur Asiah menolong mencarinya, tapi tak jumpa juga .Eh...peliknya, tadi dia pun nampak ,memang ada kat belakang, mana ye? Nur Asiah membuka laci depan, membelek-belek, tiba-tiba dia terpegang kotak rokok. Berderau darah Nur Asiah kerana terkejut dan tak sangka.
“Su, sejak bila pula kau merokok?” Nur Asiah menunjukkan kotak rokok dengan wajah yang tegang.
“Hah...rokok? Aku hisap rokok? Mana kau jumpa?” Suriani kebingungan.
“Dalam ni, kalau tak pun rokok boyfriend kau.”
“Aku ada boyfriend?” Suriani menunjukkan jari telunjuknya ke hidung, masih kebingungan. Nur Asiah menyelongkar lagi dan dia terjumpa topi, spek mata hitam dan minyak rambut Safi. Suriani melihat dengan penuh tanda tanya, bila masa pula dia beli semua benda-benda ini, bila masa pula dia beli topi, takkan pakai topi dengan tudung, tak pernah dibuat pun. Cermin mata hitam ni, bila pula dia pandai bergaya? Eh...pelik sungguhlah, siapa pula yang menceroboh dan meletakkan barang- barang ni dalam keretanya? Suriani menggaru kepalanya yang bertudung, memang tak gatal pun! Tapi siapa pula yang gatal masuk menceroboh keretanya. Dia pening dan keliru. Tiba-tiba cermin kereta di ketuk beberapa kali, hujan di luar masih renyai- renyai. Suriani berbelah bagi untuk membuka atau tidak, cermin diketuk lagi. Suriani menoleh ke kanan, ada lelaki yang sedang berdiri di luar. Dengan tidak semena-mena pintu kereta dibuka dari luar.
“Kenapa anda berdua berada dalam kereta saya?” lelaki itu bertanya sebaik saja menjengukkan kepalanya ke dalam. Nur Asiah dan Suriani terkesima, mereka ternganga keduanya ,lalu..Mak!!!!!! Mereka menjerit sekuat hati kerana terkejut akibat salah masuk kereta. Dengan pantas mereka berdua keluar dari kereta,tanpa menghiraukan hujan yang masih renyai-renyai bernyanyi. Mereka berdua ketawa gelihati dengan gelagat sendiri. Suriani paling kuat ketawa, sebab dia merasakan kereta itu dia yang punya. Hantu kau Su! Ha...ha...ha...itulah ,ada mata tengok.
Bodoh punya Su, masuk kereta orang,sesedap hati dia saja menerjah harta orang, tak guna punya Su! Buat malu kompeni saja, ceh...Nur Asiah marah dalam hati, tapi dekat luar dia tersenyum-senyum kerana malu pada tuan kereta . Suriani apa lagi ,mukanya bertukar menjadi biru kerana malu, dengan wajah yang tersengih-sengih dia meminta maaf.
“Sorrylah saudara, kami tersalah masuk kereta, tak ada niat nak mencuri pun.”
“Tak mengapa, saya tahu awak tersilap masuk kereta sebab hujankan?” Wah...baiknya budi lelaki ini. Suriani merenung lelaki di hadapannya, bolehlah, taklah buruk sangat, tapi hati budinya yang cantik, sekarang bukan senang nak cari orang lelaki yang baik budi, eh...dah berpunya ke dia, kalau tak, kira line-clear, aku pun solo lagi.
“Su!” Suriani diam saja, tapi matanya legat memandang ke arah lelaki itu, ah...sudah, Su ni dah kena sampuk ke?
“Su!!!” Nur Asiah menjerit, Suriani seakan terpisat-pisat, dah sah…baru bangun dari khayalan. Apa yang dikhayalkannya tadi? Lelaki itu tersenyum melihat gelagat Suriani. Kacak sangatkah aku ,sampai ada wanita yang terpegun? kedua-duanya membalas renungan. Terlopong mulut Nur Asiah melihatnya. Nampaknya kumbang dan bunga sedang tertarik, menarik, kau memang menarik, kau memang da bomb! Dan hujan pun berhenti.
“Wei...wei…hello...! Apahal kau orang ni?” Nur Asiah mengetuk bumbung kereta,kedua-duanya tersedar. Hebatnya penangan cinta, aku yang tertonggok kat sini pun macam tak wujud. Cinta pandang pertama kut, tapi yang paling tepat ialah hikmah hujan dan hikmah tersalah kereta. Suriani tersipu malu, ceh...malu konon!
“Sorrylah kami ceroboh kereta you,malu rasanya.
“Tak mengapa, janganlah awak risau, pasti ada hikmahnya setiap yang berlaku,” wah...baiknya lelaki ni, puji Nur Asiah dalam hati, aku rasa budak ni sesuailah dengan Su, badan pun sama-sama sihat dan bulat, cute pun lebih kurang, baik…nampak gaya budak laki ni pun baik. Adakah ALLAH telah mengabulkan doa aku tadi? Nur Asiah tersenyum sendiri.
Akhirnya suatu perhubungan pun bermula bila Suriani dengan senang hati memberi nombor handsetnya pada lelaki yang bernama Roslan itu, malah dia turut mencari kereta kancil Suriani yang tersalah letak tadi. Sebaik saja kami mengucapkan terima kasih Roslan yang budiman itupun beredar. Senyum Suriani masih lagi melerek ,panjang sampai ke telinga. Suka sangat nampaknya dia, harap-harap jodohnya telah sampai.
Nur Asiah masuk ke dalam kereta dan menarik tali pinggang keledar lalu memasangnya, sebaik saja dia mengangkat kepala, matanya terpandang sesuatu yang dia sendiri tidak mahu percaya . Adura sedang berjalan berpelukan dengan seorang lelaki, tapi bukan dengan suaminya, bukan suami mereka, tapi siapa? Dah sah Adura berlaku curang, sebab hubungannya dengan lelaki itu cukup intim dan mesra sekali. Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku ni? Adakah Aiman sudah tahu? Kasihan Aiman! Dicurangi oleh isteri yang dia sayangi. Abang! Nur Asiah menyebut panggilan untuk Aiman, kolam hatinya penuh dengan rasa simpati dan sedih. Kenapa Adura sanggup mencurangi suaminya, sedangkan Aiman cukup sayang kepadanya, marah pun tak pernah apa lagi menjentiknya. Ah…sifat manusia sememangnya begitu, selalu tak tahu bersyukur.
“Nur, kenapa dengan kau,” Suriani peka terhadap perubahan wajah sahabatnya.
“Itu… kau lihat perempuan yang sedang berpelukan tu!”
“Ah…lantaklah dia, kau apa sibuk? Orang sekarang tak jaga tepi kain orang tau.”
“Masalahnya ,perempuan tu madu aku dan lelaki itu bukan suami kami, Adura sedang curang kepada suami kami,” bulat mata Suriani bila mendengar penerangan dari Nur Asiah.
“Dah tu ,kau nak buat apa?”
“Entahlah, kasihan Aiman, isteri curang di belakang.”
“Nur! Aku nasihatkan kau, biarkanlah dia orang, dulu waktu dia orang bercinta dan curang dengan kau, ada dia orang peduli dengan kau.Tak ada beb! Malah dia orang buat kau macam kain buruk saja. Dahlah jangan baik sangat dengan orang, nanti diri sendiri yang merana,” marah Suriani. Nur Asiah tak terasa pun kalau Suriani marah, sebab dia tahu Suriani selalu ikhlas.
“Jomlah kita balik,” Nur Asiah mengangguk tanda setuju, tapi ingatannya berpusat kepada Aiman, rindunya mula menerjah di kolam hati,walaupun Aiman pembengis tapi banyak juga kebaikan yang diberikan kepadanya, dan yang pasti mereka masih lagi suami-isteri. Sebengis mana pun Aiman , dia masih suami Nur Asiah. Abang, maafkan Nur! Dalam diam hatinya merintih.

Monday, December 12, 2011

persis bidadari syurga bab 18


BAB 18

Sudah dua hari Aiman mengambil cuti sakit, jarang sekali Aiman mengambil cuti, baginya menyelesaikan kerja dengan tidak bertangguh adalah kemestian, tapi bila dah sakit begini, badan perlu dilayan dan diberi rehat. Dia semamangnya sedang sakit, sakit hati dengan kerenah dan perangai Adura yang semakin menjadi-jadi, sakit rindu dan penyesalan pada Nur yang sudah tak tertanggung dan sakit badan yang kian menyucuk-nyucuk. walaupun sudah makan ubat,tapi kebahnya tak mahu juga.

Aiman terlentang di ruang tamu keseorangan, Adura dengan alasan yang sama macam semalam telah lama pergi meninggalkan Aiman keseorangan. Kenapa Adura begitu tega melakukan demikian? Adakah ini hukum karma? Entahlah… mungkin juga,kerana dia dulu lebih dari tega memperlakukan Nur.

Sebuah kereta masuk ke garaj memecah keheningan dan kesunyian rumah tersebut. Penghuninya terbaring lesu. Bila pintu dikuak dan salam diberi, baru Aiman tahu, maminya yang datang menziarahi. Mana mami tahu dia tak sihat?

“Ya ALLAH, Aim, kenapa teruk sangat ni? Dah jumpa doktor ke belum?” cemasnya Puan Jamaliah melihat anak kesayangan terbaring lesu .

“Dah mami, tapi tak juga kebah.”

“Biasalah tu demam tengah naik, kadang makan ubat pun tak jadi.”

“Sakit sangat badan Aim,mami.”

“Memanglah, kalau demam semua sendi-sendi kita rasa sakit, sabarlah.”

“Mana mami tahu Aim demam?”

“Sebenarnya, mami rasa tak sedap hati, bila call Aim tak dapat-dapat, hati mami resah semacam saja bila ingat Aim,tu yang mami datang ni. Itulah hubungan batin antara ibu dan anak,” Aiman termenung seketika. Adakah Nur akan merasai perasaan yang sama terhadap dia? Hubungan batin antara suami dan isteri? Tahukah Nur yang dia sedang sakit begini? Ah...mungkin tidak! Aiman termalu sendiri, tak mungkin Nur akan mengingatinya, seorang suami yang kejam dan pembengis, seorang suami yang busuk hati dan kuat cemburu, yang selalu menyiksa mental dan fizikal Nur. Nur, maafkan abang...! Abang menyesal, kembalilah pada abang! Air mata Aiman tumpah satu persatu, terkenang dosanya yang terlalu banyak,makin lama makin banyak air yang turun di lurah pipi.

“Kenapa Aim, sakit sangat ke?” Aiman hanya menggelengkan kepalanya, tak mampu untuknya bercerita tentang derita hatinya. Semenjak Nur pergi, hatinya tak pernah tenteram dan bahagia. Anehnya perasaan, bila dah tak ada, baru rasa kehilangan.

“Aim, kenapa nak? ceritalah dengan mami.”

“Tak ada apa mami, mami boleh tak ambilkan air untuk Aim,” Aiman mengubah tajuk. Dia tak bercadang untuk berkongsi masalah hati dengan mami, kerana dia tahu mami tak akan faham. Puan Jamaliah berlenggang menuju ke dapur dan kemudian datang dengan segelas air.

“Aim, kenapa dapur tu kuat sangat berhabuk? Tak pernah sapu ke?”

“Sejak Nur tak ada, tak ada siapa yang menyapu.”

“Habis Adura tak masuk dapur?” terkejutnya Puan Jamaliah,hah...baru tahu.

“Tak mami, dapur tu tak pernah berasap lagi.” Biarlah mami tahu tentang menantu kesayangannya,yang dibanggakan selama ini.

“Mana Adura pergi ni?”

“Kerjalah mami,” malas rasanya Aiman melayan cakap dengan maminya, badan yang sakit ni pun tak tertanggung.

“Hai dah senja macam ni pun tak balik lagi? Kerja apa tu?”

“Mami, selagi tak malam dia tak balik, dia buat rumah ni macam hotel, sesuka hati dia bila nak balik.” Biarlah dia membuka pekung sendiri didepan mami, biar mami tahu menantu kesayangannya tak sebaik manapun ,kalau nak dibandingkan dengan Nur.Bagaikan langit dengan bumi.

“Hah...betul ke Aim?” ternganga Puan Jamaliah. Kenapa tak percaya ke?

“Buat apa Aim tipu mami? Apa Aim dapat? Dah dua hari Aim demam, ada dia peduli? Itulah menantu yang mami pilih, itulah menantu kesayangan mami. Kalau ada Nur , dia tak akan benarkan Aim sakit sendirian, Nur akan jaga Aim,” sayu mata Aiman membuang pandangan di luar laman dan Puan Jamaliah sepi seketika ,terpukul dengan kata-kata Aiman.

Sebaik saja azan maghrib selesai berkumandang, barulah nampak batang hidung Adura. Baru baliklah tu… Hatinya menjadi kecut bila melihat kereta ibu mertuanya ada di garaj. Bila pula orang tua ni sampai? Bukan dia heran sangat dengan Puan Jamaliah tu, tapi takut lakonannya selama ini terbongkar. Hiss...kacaulah orang tua ni, datang tak bagi tahu. Ah...lantaklah, dia nak cakap apa pun,kalau tahan ,tadah telinga, kalau rasa dah menanah saja lubang telinga ni, tahulah apa aku nak buat.

Bila saja Adura melangkah masuk ke dalam rumah, ibu mertuanya sudah siap sedia tercegat macam polis trafik, manakala Aiman tersandar di sofa.

“Hai...mami, dah lama sampai,” Adura berlagak macam biasa, tunjuk muka tak bersalah.

“Mami dah separuh hari kat sini, kau baru balik? Kau dari mana? Dah malam baru sampai rumah, apalah jauh sangat tempat kerja Kuala Lumpur dengan Cheras ni?”

“Alah, Adura keluar makan dengan kawan-kawan lepas kerja, bukannya kemana pun! Mami pun nak datang tak bagi tahu, tak adalah Adura balik cepat.”

“Hei...mami tak fahamlah dengan kamu ni, sanggup kamu pentingkan kawan-kawan kamu sedangkan suami kamu sakit kat rumah, isteri jenis apa kamu ni?” Puan Jamaliah kesal sungguh dengan sikap Adura.

“Sebelum mami tuduh Adura, mami tanya dulu anak kesayangan mami ni, ada dia pentingkan Adura? Sejak si bodoh tu keluar dari rumah ni, Aiman dah tak pedulikan Adura lagi, asyik menilik gambar si bodoh saja, tiap-tiap minggu keluar pergi cari si bodoh tu, sampai ke Melaka. Apa yang dia nak dari perempuan kampung yang bodoh itupun Adura tak tahu. Dia ingat Adura ni apa? Patung cendana? Tak ada perasaan? Hah...sekarang, mana tak jatuh sakit, kalau dah ke hulu ke hilir mencari bini dia yang bodoh bongkong tu. Padan muka! Aiman mencerlun ke arah Adura, rasa nak saja dia menampar mulut kecil comel tu, bukan dia tak larat nak mengangkat tangan, tapi dia dah berjanji dengan dirinya, dia tak akan mengulangi kesilapan yang sama. Puan Jamaliah tercengang dengan cerita yang baru dia dengar. Tak sangka dan tak tahu nak cakap apa, terpempan langsung terduduk di sofa. Manakala Adura senyum sumbing, tanda mengejek.

“Tapi, Adura tak boleh membiarkan Aiman sakit sendirian, kalau jadi apa-apakan susah. Lagi pun buat apa pergi keluar jumpa kawan-kawan, Adurakan dah kahwin, berilah tumpuan pada rumahtangga. Tengoklah rumah ni, macam tak bertuan,berhabuk sana berhabuk sini, sampai bila Adura nak jadi perempuan manja yang tak tahu buat kerja?” ikhlas Puan Jamaliah menasihati menantunya, bagai sedang menasihati anak sendiri. Bulat mata Adura mendengarnya.

Hello...what do you mean? Mami nak suruh Adura buat semua kerja-kerja rumah ni? Oh...no! Dunia Adura bukan terkurung saja dalam rumah, tapi outdoor,ada faham… I’m a career woman. Adura tak akan buat kerja-kerja bodoh tu , dan Adura tak akan jadi macam perempuan bodoh tu.”

“Patutlah selama ini you tak pernah buat kebaikan pun pada I,sebab itu semua kerja bodoh?” Aiman menempelak . Adura senyum sumbing.

“Yalah buat apa I nak buat kerja untuk orang.”

“Bagus, mami dah dengarkan…dan tengok sendirikan? Betapa hebatnya menantu kesayangan mami ni. Sekarang ni dia dah tak mampu berlakun lagi, so , dia dah menjelma dalam bentuk asalnya,” berasap telinga kedua-dua perempuan itu mendengar sindiran berbisa dari Aiman. Mereka saling berpandangan dengan bahasa hati ,hanya mereka yang tahu isi hati masing-masing.

“Celaka kau Aiman!” Adura menyumpah seranah dalam hati, tunggu dan lihatlah apa yang akan aku buat.

“Ya, memang inilah diri I yang sebenarnya, kenapa, menyesal kahwin dengan I? Eh…boleh jalanlah! Boleh blah… kalau setakat you, melambak I boleh cari,” Adura sudah hilang pertimbangan dan rasa hormat kepada ibu mertuanya, dia tidak suka dirinya diperkotak-katikkan oleh sesiapa.Dia akan melepaskan apa yang dia tidak suka. Menitik air mata Puan Jamaliah bila mendengar bahasa menantu yang dia sayang selama ini. Betapa dia terlalu buta dalam menilai antara kaca dan permata. Orang bandar yang di sangka berpendidikan dan bertamadun, tapi inilah watak yang mampu dipertontonkan oleh Adura.

“Selama ini pun bukan I tak tahu ,you main kayu tiga,” kata-kata itu cukup memeranjatkan Adura, macam mana Aiman boleh tahu? Dan kata-kata itu juga membuat Puan Jamaliah ingin tumbang, dan nafasnya seakan sesak. Kejutan demi kejutan, membuatkan dia tidak tahan lagi. Air matanya semakin laju. Anakku! Maafkan mami, mami telah runtuhkan masjid yang kamu bina dan inilah balasannya. Maafkan mami!

“Sekarang you dah tahu, so, you nak buat apa?” angkuhnya Adura. Aiman hanya tenang, dia perlu belajar bersabar,bertindak dalam keadaan marah ,amat buruk padahnya.

“I tak akan buat apa-apa, terpulang pada you, you sendiri tahu you masih isteri orang dan apakah hukum bagi isteri yang curang,apa-apa hal pun I akan selesaikan dengan baik.”

“Agrhhh...sudahlah, I dah bosan, I nak keluar dari rumah ini,” Adura berlari naik ke bilik dan sebentar kemudian dia keluar semula dengan mengheret beg pakaiannya yang besar.

“Adura! Sabar nak , jangan buat macam ni, kita masih boleh berbincang, sabar dulu, jangan pergi nak!” Puan Jamaliah merayu.

“Sudahlah mami, biarkan dia pergi,jangan ditahan lagi, tempat dia bukan disini,” Aiman tidak menoleh pun ke arah Adura, baginya kalau itu keputusan Adura, dia akan terima, lagipun dia sudah tidak tahan lagi dengan kerenah Adura. Biarlah rumah ini menjadi sepi dan kosong sekali pun ,dia tak kisah ,daripada dia berterusan sakit hati terhadap isterinya. Sekirannya perpisahan ini boleh menjadi titik kesedaran dan keinsafan bagi Adura, alangkah baiknya. Kalau boleh dia tidak mahu menjadi suami yang gagal lagi, dalam hati dan niat diri, dia berazam untuk menjadi suami yang bertanggungjawab ,suami teladan bagi dambaan isteri. Kesilapan lalu? Dia akan jadikan panduan, lagipun bumi mana yang tak ditimpa hujan, manusia mana yang tidak melakukan kesilapan dan kesalahan. Belajar dari kesilapan adalah sebaik-baik guru dan ALLAH itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

persis bidadari syurga bab 17


BAB 17

Cuaca panas dari siang membawa bahang sampai ke malam. Aiman turun ke dapur untuk minum air, tekaknya rasa dahaga. Masuk saja ke ruang dapur hatinya tiba-tiba diterpa rasa sayu, sayu sangat, sampai ke hujung hati yang amat dalam.

Sejak Nur Asiah pergi, dapur itu tidak pernah berasap lagi, segala peralatan di dapur masih tersusun kemas tanpa di usik. Segala kenangan bermain di ruang mata, kelincahan Nur yang sedang memasak makanan, membuat minuman ,Nur yang sedang membasuh pinggan mangkuk,mengemas,mengelap dan macam-macam yang dia buat. Aiman tahu walaupun Nur penat menguruskan rumahtangga, tapi Nur tetap melakukan dengan ikhlas, Nur masih lagi mampu menghadiahkan seberkas senyuman untuknya.

“Nur!” Aiman memanggil, bayang-bayang dan halunisasi pun hilang. Nur memang dah tak ada, Nur dah pergi jauh ,entah kemana. Air mata rindu mula bergenang di tubir mata. Kalaulah masa dapat diputar ke belakang, dia tidak akan mensia-sia dan menyakiti Nur, dia tidak akan menduakan Nur, biarpun hidupnya tanpa zuriat,dia tetap memilih Nur , sebab sekarang pun dia tidak sepenuhnya bahagia, malah banyak kepayahan yang dia alami, hatinya selalu bengkak dengan sifat dan kerenah Adura, sehingga saat ini pun Adura masih belum menjenguk muka,padahal malam sudah lama membentangkan hamparannya. Kemanakah Adura? Dia sendiri tidak tahu.

Aiman menuang air ke dalam gelas dan meneguknya perlahan-lahan, sejuk air yang menuruni lurah tekaknya tidak mampu memecah kenangannya terhadap Nur. Terbayang di mata ,Nur sedang menuang air untuknya dan menghulurkan gelas padanya. Ah…Aiman mengeluh berat penuh kekesalan. Kalau dulu dia tak perlu ke dapur untuk segelas air, jerit saja, Nur akan datang segera seperti khadam dan Nur akan melayannya seperti raja. Nur maafkan abang! Aiman merintih,merayu, tapi dengarkah Nur Asiah? Manusia memang begitu, menghargai setelah tiada,tidak dipeduli semasa ada, mencari walaupun tak jumpa, dengan harapan tetap bersua.

Bunyi kriuk pintu berlagu menyebabkan lamunan Aiman terputus, dia tahu ,tentu Adura sudah pulang. Aiman meninggalkan ruang dapur dan menuju ke bilik depan.

“Adura, you pergi mana sekarang baru nak balik?” Aiman menyambut kepulangan isteri dengan sergahan yang keras. Tak nampak pun Adura terkejut , malah dia mempamerkan wajah tak bersalah, selamba badak saja.

“Alah, bisinglah you ni, I keluar sekejap dengan kawan-kawan.”

“Sekejap you cakap? Habis kerja pukul 5 petang, pukul 10 malam baru sampai rumah, sekejap ke tu?” Aiman sudah meninggikan suara, dia sebenarnya jarang meninggikan suara dengan Adura, tapi sejak akhir-akhir ni, Adura telah melampau. Dia buat rumah ni seperti hotel, sesuka hati dia saja bila nak balik, bila nak keluar.

“I bukan pergi mana pun, cuma pergi makan dengan kawan-kawan, takkan itupun tak boleh?”

“Adura, I ni suami you, you tak boleh biarkan I sendirian dan you berseronok-seronok dengan kawan-kawan you, tugas dan tanggungjawab you, pada I dan rumahtangga kita,you understand me!!!” Aiman mula menjerit.Kesabarannya sudah tinggal separuh.

“Eh... boringlah I dengan you ni ,asyik membebel saja,nampak saja muka I, ada saja yang tak kena, kenapa you sekarang, dah tak suka I?” Adura merengus marah lalu mengambil beg tangannya dan mahu beredar. Ada aku kisah?

“Adura! I sedang bercakap dengan you ni, jangan buat bodoh boleh tak?”

“Suka hati I lah, buat apa pun,” marah Aiman sudah mendidih, dia mengangkat tangan.

“Kenapa, nak pukul I, macam you selalu buat pada perempuan bodoh tu? Ingat, sekali saja you pukul I , I akan terus report polis, pukullah!” Adura mencabar dengan berani, Aiman menjatuhkan tangannya semula, sebenarnya dia telah berjanji pada dirinya sendiri, dia tidak mahu lagi menggunakan kekerasan pada isteri-isterinya, dia ingin bertaubat.

“Kenapa takut?” Ya Allah... Adura memang isteri yang durhaka, kuat melawan dan tak dengar cakap. Mungkin ini adalah pembalasan untuk aku. Sudah dapat isteri yang sempurna ,aku buang begitu saja.

“Adura, I ni suami you, you kena hormat,kalau nak kemana-mana kena minta izin. Berdosa seorang isteri melanggar arahan suami.”

“Habis ,you nak suruh I buat apa? Duduk rumah ,jaga makan pakai you? Oh...sorrylah, I’m not like that, macam bini you yang bodoh tu? Tolong sikit…”

“Adura, jaga sikit mulut you tu!” marah Aiman sampai panjang telinganya, marah sungguh-sungguh.

“Eh...sudahlah, malaslah nak bertengkar dengan you, I nak naik atas, tidur lagi baik,” tanpa menoleh pun ke arah Aiman , Adura terus berlalu menuju ke biliknya dengan perasaan panas membara.

Aiman dengan rasa marah dan panas hati terus keluar rumah membelah kepekatan malam. menyejukkan badan yang terasa hangat pijar. dan ingin mengisi perutnya yang sedang lapar.Sebentar kemudian terdengar enjin kereta menderu keluar dari perkarangan dan serentak itu bunyi dentuman pintu rumah yang dihempas keras oleh Adura.

Di tengah malam yang dingin ,Aiman terjaga.Tekaknya terasa perit dan badannya terasa panas, hujung tangan dan kaki terasa sejuk, macam orang demam saja gayanya. Aiman cuba untuk bangun,tapi tak berjaya ,kepalanya terasa berat dan berdenyut.

“Adura! Bangun sekejap ambil air untuk abang.Abang tak boleh bangun ni! Aiman menggerakkan Adura yang sedang nyenyak tidur. Diam tanpa respon.

“Adura…bangun! bangun! bangun!,” Adura menggerakkan badannya saja tapi tidak membuka matanya.Aiman mengejutkannya berkali-kali.

“Apa hal ,kejut I malam-malam buta ni? Ngantuk tahu tak?” marah Adura, seperti orang pemalas dikejutkan sembahyang subuh.Terlalu berat dan payah .

“Tolong ambilkan air dan ubat,abang demam ni.”

“Hiss...kacaulah, ambil sendiri tak boleh ke?” marah Adura lagi, tapi dia bangun juga untuk mengambil air dan ubat. Mukanya masam macam cuka, marah tidur nyenyaknya diganggu. Selepas memberikan ubat dan air ,Adura terus tidur tanpa bertanya keadaan suaminya. Bagi Adura tidurnya perlu cukup,tak boleh diganggu.

Aiman melayan demamnya, sakit badannya menyucuk-nyucuk,mata tak mahu lelap walaupun sudah dipejam, terbayang diruang mata, kebaikan dan kehalusan budi Nur Asiah. Nur Asiah tak akan membiarkan dia kesakitan begini, paling tidakpun dia akan menjelun kepalanya dengan air,biar cepat kebah, atau Nur Asiah akan memicit-micit badannya agar hilang sengal dibadan. Bila dah dekat subuh barulah dia terlelap setelah badannya beransur kebah .

Keesokkan paginya, Aiman bercadang hendak cuti saja, dia perlu berjumpa doktor,takut demamnya melarat. Manakala Adura tetap dengan sikapnya yang tak pedulikan suami dan tidak ambil tahu hal rumahtangga.

Sebaik saja Adura selesai bersiap, dia turun kebawah, ambil kunci kereta dan terus keluar tanpa bertanya akan kesihatan suaminya. Bagi Adura ,dia perlu cepat ,kawan-kawannya sedang menunggu,kalau terlewat pasti ada yang bising, semalam mereka telah berjanji untuk breakfast sama-sama. Tentang Aiman nanti saja dia telefon dari ofis.

Aiman menghantar isteri dengan pandangan yang cukup terkilan, takkanlah tak ada sedikitpun rasa kasihan pada suami yang sedang terlantar. Dimanakah kata-kata sayang dan cintanya selama ini? Dia tak faham,kenapa Adura terlalu mementingkan diri sendiri. Dalam keadaannya yang demam begini, dia amat memerlukan isteri yang boleh menyediakan ubat,makan minum dan sebagainya. Tapi tidak bagi Adura. Adura tidak bersedia untuk itu semua. Adura lebih suka berada di luar bersama kawan-kawannya ,berbanding menguruskan rumahtangga. Berkali-kali Aiman mengutuk dirinya. Kenapa dulu tidak berfikir panjang sebelum berkahwin dengan Adura, mungkin juga kerana dia terjebak dengan hasutan mami yang menginginkan sangat dia berkahwin lain, tapi lihatlah hasilnya. Yang dikejar tak dapat yang digendung berciciran,betul juga kata pepatah melayu, sesal dulu berpendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Aiman meraut muka, hatinya penuh celaru dan keliru.

Aiman memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan Klinik Safwan, klinik panel syarikat. Kalau datang pegawai Majlis Perbandaran, pasti keretanya kena saman, sebab bukan tempat letak kereta. Biarlah , Aiman tak kuasa nak cari parking, letak kereta jauh-jauh dan berjalan dalam keadaan tak berdaya ini. Dapat pandu kereta sampai ke klinik pun dah kira syukur.

Bila namanya di panggil, Aiman masuk ke bilik doktor, muka monyoknya dan jalannya longlai, dia benar-benar dalam kesakitan.

“Apa khabar Encik Aiman?” Doktor Hayati memulakan bicara.

“I demam, rasa teruk sangat.”

“Nanti I periksa,” Doktor Hayati memeriksa mengikut prosedur biasa.

“Kenapa I rasa pening,berat kepala dan nak muntah,pagi ni pun dah dua kali I muntah, jangan-jangan keracunan makanan.” Doktor Hayati hanya tersenyum sambil memeriksa tekanan darah Aiman.

“Tak ada kena mengena dengan keracunan, semuanya okay, sesetengah orang memang ada yang terkena penyakit macam you, isteri yang mengandung ,suami pula yang alah.” Aiman tercengang-cengang, tak faham langsung apa yang Doktor Hayati cakap.

“You ada rasa nak makan benda-benda masam tak?”

“Ya, I pun rasa pelik, selalunya I tak suka benda-benda masam ni, tapi sekarang lain benar rasa tekak ni.” Doktor Hayati ketawa.

“Bagus juga ,kalau semua lelaki macam you, kira baru adil, tak adalah semua benda orang perempuan nak kena tanggung.” Kepala Aiman yang dah pening, bertambah pening. Apa bendalah doktor ni cakap.

“Sorrylah doktor, saya tak faham ,apa yang doktor maksudkan?”

“Sebenarnya penyakit you ni ada pada wanita yang sedang mengandung,ianya dipanggil morning sickness ,alahan, terutamanya pada waktu pagi. Tetapi ada sesetengah kes, bila isteri yang mengandung, suami pula yang mengalami alahan. Macam youlah. Patutlah Puan Nur tak ada apa-apa alahan pun,walaupun kandungan dah masuk empat bulan.” Hah...! Nur mengandung? Bagai nak gugur jantung Aiman mendengarnya, darah menyirap naik ke muka, gementar seluruh lutut. Betapa dia terkejut dengan berita itu.

“Maksud you Nur datang buat check up kat sini,” Aiman menjadi teruja, tapi tak boleh nampak excited sangat, takut Doktor Hayati menyedari sesuatu yang pincang.

“Ya, masa tu you, out station, mungkin dia lupa nak beritahu you.”

“Hmmm...Nur tu memang pelupa, bila check up yang akan datang, bolehlah I temankan dia.”

“Nanti , I semak dalam data temujanji,” Doktor Hayati menekan papan kekunci komputernya, kemudian dia menyalin tarikh temujanji diatas kertas dan diserahkan kepada Aiman .Aiman mengambilnya dengan senyum lebar, dalam hati dia bersyukur pada Tuhan ,kerana doanya telah dimakbulkan, jalan untuk mencari Nur sudah terbentang.

persis bidadari syurga bab 16


Hannan kembali ke taman rekreasi tersebut, tapi datangnya bukan dengan membawa frame gambar seperti selalu. Hari ini dia datang dengan wajah baru, rambutnya yang panjang dan kusut masai itu telah di potong kemas dan pendek, jambang dan misai yang tumbuh meliar bak hutan simpanan itu juga sudah di potong.

Hannan yang datang hari ini penuh dengan gaya dan kekacakkan, kalau Nur Asiah melihatpun dia tak akan kenal dan percaya, bahawa dialah lelaki yang persis orang gila,terhuyung- hayang berjalan tanpa arah dan tujuan. Jasa perempuan muda itu padanya bukan sedikit, dia berhutang dengan seluruh kehidupannya yang akan datang, kalau tidak kerana nasihat perempuan muda itu, dia tak akan kembali sempurna begini. Dengan izin Tuhan.

Hannan berdiri, matanya melilau-lilau di kawasan sekeliling, mencari perempuan yang mengandung, tapi wajah perempuan muda yang mengandung itu tak kelihatan pun. Kenapa perempuan muda itu tak datang? Alangkah menyesalnya dia kerana tidak bertanya di mana perempuan muda itu tinggal dan nama perempuan itu pun dia lupa. Akhirnya dia meninggalkan taman rekreasi itu, dengan pencarian yang gagal dan penuh penyesalan kerana hari itu dia tidak bertanya dengan jelas di manakah perempuan itu tinggal.

Kekecewaan jelas terpancar di wajah Hannan sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam rumahnya. Seluruh keluarganya melihat dia berjalan dengan gontai menuju ke sofa.

“Hey…adik kakak yang handsome, dari mana ni? Kak Fatty menegurnya.

“Kemana lagi, kalau tak ke taman rekreasi, mencari kawan baru dia,tapi nampak gayanya tak jumpalah tu,” Datin Anisah membuka cerita.

“Siapa Han?” Cerita baru dari Datin Anisah menarik minat Kak Fatty ,semua mata tertumpu ke arah Hannan untuk mengetahui cerita sebenarnya. Perubahan diri Hannan kini masih lagi menjadi misteri kepada keluarganya. Apakah yang menyebabkan Hannan berubah dan kembali hidup normal.

“Suatu petang, Han ke taman rekreasi, seorang perempuan muda yg sedang mengandung datang menghampiri Han,memberi salam dan menghulurkan satu bekas makanan, agaknya dia melihat Han seperti gelandangan yang sedang kelaparan. Makanan tersebut ialah macaroni bakar, makanan kegemaran Han, dan arwah selalu membuat untuk Han. Sebaik saja, Han makan, rasanya seperti suatu keajaiban berlaku, rasa dan baunya sama seperti yang arwah buat. Han makan sampai habis, kerana lapar dan terlalu rindu pada arwah. Lepas tu perempuan muda itu mengajak bersembang, dalam bersembang dia memberi nasihat.

Antara nasihatnya ialah jangan berburuk sangka dengan ALLAH, banyak kata-katanya menyentuh hati dan membuka pintu kesedaran untuk Han, betapa dia sendiri pun berada dalam masalah, untung nasib dia pun dia tak tahu, kerana dia sedang melarikan diri dari suami yang suka menderanya, redup matanya menceritakan dia sedang menderita. Tapi dia seorang yang kuat dan tabah, dia berusaha menyedarkan Han, katanya kalau Han merasa susah, masih ada lagi orang yang jauh lebih susah. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada,” Hannan menghabiskan ceritanya. Terpegun semua keluarganya mendengar, siapakah perempuan mulia yang bernasib malang itu.

“Han tahu siapa namanya?” Datuk Aziz bertanya dengan minat.

“Itu yang jadi masalahnya, Han tak tahu siapakah nama dan di mana dia tinggal, cuma klu untuk Han cari dia ialah padang rekreasi, harap-harap dia muncul disitu, tapi setakat ni,dia tak datang lagi,” ralat sungguh Hannan tidak bertanya lanjut mengenai diri perempuan itu.

“Cantik tak?” Kak Fatty bertanya nakal sambil tersenyum dengan maksud lain. Hannan membalingkan kusyen ke arah Kak Fatty.

“Cantik, muka dia putih bercahaya,tapi sayang Han tak ingat namanya.”

“Oh…patutlah separuh mamai,” Kak Fatty mengejek. Datin Anisah mencerlun ke arah Kak Fatty. Jangan di usik hati adik yang baru nak sembuh ,manakala Datuk Aziz tersenyum, kalau boleh biarlah rumah ini kembali ceria seperti dulu, penuh kebahagiaan sekeluarga.

“Han jangan berputus asa, Insya’Allah… ketemulah tu nanti,” Datin Anisah memberi harapan.

“Tapi mama, esok Han dah nak berangkat ke Mekah. Lepas umrah Han terus pergi Europe,tak tahu bila nak balik. Han terkilan sangat.”

“Tak apalah Han, masa kat Mekah nanti, Han doa banyak-banyak, biar ada jodoh,dapat Han bertemu lagi dengannya.”

“Tapi Han bukan nak kahwin dengan dia,” pelik saja dengan mamanya berkata demikian.

“Maksud jodoh ini bukan untuk perkahwinan saja, dalam kamus dewan ,bermaksud pasangan hidup,bermaksud pertemuan, boleh juga dimaksudkan lawan atau pasangan dan satu lagi ,bermaksud sesuai, seperti durian jodohnya pulut, nasi lemak dan sambal tumisnya, macam tulah. Mama bermaksud akan ada pertemuan lagi untuk Han dengan perempuan misteri itu.”

“Ambil kau Han! Mama kan bekas guru, satu kau tanya, sepuluh dia jawab” Kak Fatty menemplak Hannan yang sudah tersengih.

“Papa rasa pun ,macam tu juga Han, dengan izin ALLAH,akan adanya pertemuan selepas ini, so, janganlah Han rasa ralat sangat. Di depan Kaabah nanti Han doalah untuk kesejahteraan dan kebahagian perempuan tu.”

“Baiklah papa, walaupun pertemuan itu singkat,tapi ianya memberi kesan yang amat dalam .Han tak dapat lupa,akan cahaya iman diwajahnya yang teserlah dalam tutur katanya,penuh pasrah dan redha, sehingga Han rasa malu dengannya. Kadang-kala Han rasa ,perempuan itu memang dihantar oleh ALLAH untuk membantu dan menyedarkan Han.”

“Betullah tu,sebenarnya, papa dan mama pun turut berhutang dengan perempuan itu,sebab dia telah mengembalikan semula keceriaan keluarga kita yang hilang. Syukur sangat.”

“Kak Fatty rasa,jangan-jangan perempuan itu,bukan manusia. Mungkin juga Malaikat yang berupa manusia, ataupun bunian.”

“Fatty, kalau bercakap tu,boleh tak realistik sikit, macam-macamlah awak ni.” Hannan dan Fatty ketawa bila ditegur, Fatty memang macam tu, suka merepek-repek.

“Budak-budak mana?” Hannan bangun sambil bertanya kakaknya.

“Ada kat luar, main dengan rabbit,” Fatty tahu , Hannan sukakan kanak-kanak. Arwah Fedora dulu sama usia dengan anaknya yang nombor dua. Kasihan Hannan,ALLAH mengambil miliknya dalam sekelip mata.

Petang itu, Nur Asiah kembali beriadah di taman rekreasi. Rindu benar rasanya nak menghirup udara segar, mencium bau wangi bunga tembusu, kadang-kala bau bunga tanjung menusuk hidung, bau rumput yang baru di potong. Ah…segar rasanya, lapang fikiran, berkurung di dalam rumah selama dua minggu, cukup melemaskan. Seminggu dia demam, seminggu jugalah dia tidak ke tadika, buntu fikirannya ,terkurung di dalam rumah, mana tidaknya, dah baik dari demam pun tak boleh keluar rumah. Mak nenek yang kat rumah tu, banyak sangat pantang larangnya,banyak sangat songeh, katanya nanti badan lemahlah, kena rehat banyaklah, tak boleh keluar rumah petang-petanglah, macam-macamlah, pendek kata kalah arwah nenek aku punya pantang larang semasa hayatnya.

Nur Asiah meliau-lilau, mencari seseorang yang dia kenali, tak nampak pun! Kemana agaknya lelaki misteri itu pergi? Kalau dulu ada aje dia kat padang ni, memerhatikan kanak-kanak bermain. Apa pun Nur Asiah mendoakan yang terbaik untuk kawan barunya yang malang itu, malang kerana tidak dapat menilai cinta ALLAH, malang kerana berburuk sangka dengan Penciptanya sendiri. Semoga ALLAH memberi taufik dan hidayah-Nya pada si gelandangan itu.

Wednesday, November 23, 2011

persis bidadari syurga bab 15


BAB 15

Hannan membuka daun pintu,menjenguk ke dalam rumah, mencari mamanya. Rumah yang besar itu terasa sunyinya, kemana mereka semua?

` “Mama! Mama! Mama!” Hannan melaung. Dia naik ke tingkat atas mencari mamanya. Tiba-tiba pintu bilik dikuak, seraut wajah tenang mengukir senyum bersama kain telekong yang masih belum dibuka. Hannan menerpa lalu memeluk dan mencium ibunya.

“Mama maafkan Han, maafkan Han,” Datin Anisah memeluk erat, dia faham dengan gelodak jiwa yang sedang Hannan hadapi.

“Hannan anak mama, tak ada apa yang nak mama maafkan, Hannan tak buat salah apa pun.”

“Tapi, Hannan telah buat mama sedih,” Hannan belum melepaskan pelukannya, kasih ibu mendalam rasanya.

“Han, syukurlah…Han telah sedar.Hidup ini perlu diteruskan,yang pergi tetap pergi.”

“Ya mama, Han sedar, selama ini Han terlalu mengikut perasaan. Han ingin bertaubat, Han ingin kembali kepada ALLAH.”

“Oh…Han, anak mama!” Berderai air mata Datin Anisah kerana terlalu gembira. Anak lelakinya yang telah hilang pedoman hidupnya kerana kesedihan itu ,telah kembali mengenal diri, mengenal siapa Pencipta yang Agong.

“Mama, apa kata kita buat kenduri tahlil untuk Yasmin dan Fedora.”

“Bagus juga, sebaik-baiknya begitulah,bila kita terlalu rindu, kita hubungkan jiwa kita dengan kebajikan untuk mereka.Pasti sedikit sebanyak rindu itu terubat,” bening mata si ibu melihat mata si anak yang sarat dengan penderitaan. Penuh simpati. Dulu Hannan seorang yang periang, ceria dan suka mengusik. Semasa Yasmin hidup, keluarga mereka sangat bahagia. Tapi selepas kemalangan tersebut semuanya turut berubah, kehidupan Hannan dan kebahagiaan keluarganya juga turut kena tempiasnya.

Hannan berubah menjadi pendiam, yang dia tahu hanya menangisi pemergian anak dan isterinya, paling malang dia menyalahkan dirinya di atas peristiwa tersebut. Seolah-olah perkataan qada dan qadar tiada apa-apa makna bagi Hannan. Puas sudah dipujuk oleh abang dan kakaknya,tapi Hannan tetap tenggelam dalam dunianya. Hannan menjadi semakin teruk, sehingga kadang-kala dia sendiri tidak tahu, dimana Hannan tidur, anak itu merayau-rayau entah kemana, hanya doa yang sering mengiringi agar anak itu sentiasa selamat.

Tapi, senja ini, bersaksikan mega yang kemerahan diufuk barat,dengan kekuasaan-Mu ya ALLAH anakku Hannan telah kembali kepangkuan keluarga dengan selamat. Syukur pada-Mu ya Tuhan.

Petang itu, Hannan kembali ke padang rekreasi, tempat dia terjumpa perempuan muda tersebut. Dia ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada perempuan muda yang berhati mulia atas bicaranya yang telah melunakkan hati Hannan yang keras. Bicara yang telah menyedarkan dirinya, bicara yang penuh motivasi,padahal orang yang sedang bercakap itu sendiri belum tahu hujung panggal hidup dan nasibnya. Tetapi yang indahnya perempuan muda itu, penuh semangat dan keyakinan bahawa ALLAH sentiasa bersamanya dan ALLAH akan membantunya serta terlalu pasti ada hikmah yang terkandung disebaliknya.

Sejam Hannan menunggu, dua jam Hannan menanti, tapi perempuan muda itu tak kunjung tiba, tiga jam Hannan berharap agar perempuan itu akan datang. Senja mula beringsut ke malam ,Hannan masih disitu, menunggu dan berharap, selain ingin berterima kasih dia ingin menjemput perempuan muda itu ke majlis tahlil di rumahnya. Dia ingin membina persahabatan dengan orang yang senasib dengannya.

Tapi sayang perempuan muda itu tak juga datang. Kenapa, sakitkah dia? Hannan meninggalkan taman tersebut dengan persoalan yang tak terjawab.

“Nur, makanlah , bubur nasi ni masih panas, kau makanlah sekarang, dah sejuk nanti tak sedap.” Suriani memujuk Nur Asiah makan sambil tangannya meraba suhu di kepala Nur Asiah, panas badan Nur. Kasihan Nur dah tiga hari demam, tak kebah-kebah, di ajak ke klinik tak mahu.

“Nantilah,letak saja kat situ.”

“Nur, kau perlu makan, kalau tak makan, mana ada kuderat ,nanti lambat sembuh. Ha…nak angkat tangan pun tak lalu.”

“Ya, aku tahu, tunggulah sekejap.”

“Berapa banyak sekejaplah, tiap kali aku suruh ,itulah jawapannya. Nah! Nah buka mulut,aku suapkan,” Nur Asiah terpaksa membuka mulut,menelan satu persatu,walaupun semuanya terasa tawar dan kosong, orang demamlah katakan.

“Lepas ni aku bawa pergi ke klinik, kau siap ya?”

“Tak payahlah pergi klinik, nanti baiklah, demam biasa aje.”

“Aku bagi pilihan, kau nak siap sendiri atau aku tukarkan baju seluar kau, dengan yang kecil sekali, lepas tu aku dukung kau sampai ke klinik, mana kau nak?” Nur merenung mata Suriani, memang Suriani tak main-main. Dia boleh buat apa yang dia cakap, sebab badannya besar.

“Yalah aku ikut” kata Nur Asiah sambil mencebik.

“Aik…dah sakit macam tu pun ada hati nak cebik orang?” Suriani ketawa. Nur Asiah geram.

“Nur, kau dah beritahu mak kau pasal masalah kau ni?”

“Belum, aku tak sampai hatilah. Karang mereka semua susah hati kerana aku.”

“Betul tu, tapi macam mana kalau Aiman cari kau sampai kat kampung?”

“Aku rasa Aiman takkan cari aku, buat apa? Diakan benci dengan aku.Lagipun kalau dia cari aku sampai kat kampung, segala rahsia kejahatannya terbongkar.”

“Betul ...betul ...betul ...” Suriani mengangguk.

“Huh…elok sangatlah tu, dah macam Upin Ipin aje aku tengok” Nur mencebik lagi. Suriani ketawa keras. Suriani memang begitu, suka buat lawak, hati Nur Asiah selalu terhibur dengan telatahnya. Betullah kata orang tua. Orang yang ceria dapat membahagiakan orang lain. Mudah-mudahan hati yang sedih dan kecewa berkurangan sedikit.

Suriani membawa Nur Asiah dengan kereta kancilnya, menderu laju macam orang nak berlumba, kecut perut Nur Asiah dibuatnya, tapi Suriani selamba saja.

“Su, kau bawa kereta perlahan sikit boleh tak? Takut aku.”

“Laju ke? Aku rasa biasa saja.”

“Nenek kau, aku ni rasa nak gugur jantung tau, kecut perut aku sampai ke usus. Kau ni bukan lagi bawa kereta, tapi merempit tau tak?”

“Tak best bawa kereta pelahan-lahan, lambat sampai.” Suriani ketawa lagi.

“Banyaklah kau punya best, silap haribulan,kita ni bukan pergi klinik, tapi terbujur kaku kat bilik mayat, biar lambat asal selamat.”

“Baiklah Cik Puan,” Suriani menyengih.

Kereta Kancil Suriani berhenti di hadapan Klinik Safwan. Nur Asiah meminta Suriani menghantarnya ke klinik panel Aiman, nak pergi Hospital Besar Kuala Lumpur ,pasti dia tak lalu nak menunggu giliran, nak bayar sendiri, duitnya bukan sedikit. Apa salahnya guna panel. Jimat dan capat.

“Kau tak takut ke Aiman dapat cari,kalau kau guna panel dia?”

“Kau ni macam nenek aku lah, asyik risau saja, Aiman takkan dapat cari aku,pandailah aku cover line.” Nur Asiah membetulkan tempat duduknya, rasa sejuk menyucuk-nyucuk sampai ke tulang. Nur Asiah membungkus dirinya dengan baju sejuk milik Suriani.

“Eh…nenek kau ada lagi ke?” Nur Asiah memegang kepalanya yang sememangnya berat. Apa punya bengaplah minah ni.

“Su, boleh tak ,kau jangan banyak tanya, aku letih tahu nak jawab. Nenek aku tu dah meninggal, dalam kubur tau tak?” Tak kuasa Nur Asiah melayan kerenah Suriani.

“Habis, yang kau bandingkan aku dengan orang mati buat apa?” Suriani ketawa, Nur Asiah juga nak ketawa, tapi tak mampu.

“Eh…Su, diam boleh tak?”

“Okaylah, aku diam, karang kau juga yang sunyi bila tak dengar suara aku.”

“Tak mengapa, kalau kau diam dapatlah aku rehat.”

Tiba-tiba nama Nur Asiah dipanggil.Nur Asiah tak ingin Suriani menemaninya, takut Doktor Hayati dapat membaca keadaannya, sebab Doktor Hayati ni seorang yang terlampau ramah. Sebelum ini pun Doktor Hayati memang ramah dengan Nur Asiah dan Aiman. Nur Asiah menguak daun pintu, terjenguk kepalanya memerhati di dalam.

“Masuklah Nur, duduk ,apa masalah ni?” Doktor Hayati bertanya ramah.

“Demam.”

“Eh ...mana Encik Aiman?” kan dah tertangkap, Nur Asiah menjadi gabra.

“Abang, out stastion” bantai ajelah.

“Ya ke, itulah rasa pelik pula, bila Nur datang seorang, selalunya ditemani oleh Encik Aiman.” Memang Aiman selalu menemaninya ,bila berjumpa doktor, mungkin Aiman takut doktor terlebih periksa badan Nur dan menemui kesan-kesan penderaan.

“Hmmm …abang tu, sibuk sangat sekarang ni,” berbohong sunat,tak apa kot!

“Biar saya periksa Puan Nur sekarang,” Nur Asiah senyum sambil mengangguk. Manakala doktor Hayati memeriksa suhu,tekanan darah dan jantung.

“Ini demam biasa saja, Tahniah! Puan Nur dah tahu ke Puan Nur mengandung?”

“Ya” Nur Asiah senyum bangga.

“Dah berapa bulan?”

“Dalam 4 bulan lebih,” bangga giler Nur Asiah bila dia disahkan mengandung, tak adalah dicop sebagai perempuan mandul.

“Dah buat kad Pranatal?”

“Kad apa tu?” Teruja Nur Asiah menyoalnya, maklumlah bakal ibu.

“Kad Pranatal tu,ialah kad yang mencatatkan butiran kesihatan ibu dan anak sewaktu membuat pemeriksaan doktor. Ibu mengandung pula wajib membuat pemeriksaan sekali sebulan,tetapi sekiranya sudah hampir tarikh bersalin, ibu hendaklah membuat pemeriksaan sekali seminggu, dan setiap kali bayi dalam kandungan itu bergerak ,akan dihitung. Sekiranya pergerakkan bayi itu tak cukup dalam kadar yang ditetapkan, maka jantungnya amat lemah. Kad Pranatal juga menjadi rujukkan para doktor sekiranya timbul perkara yang berbangkit sekiranya ibu mengalami masalah kesihatan.” Wah… panjang lebar Doktor Hayati memberi penerangan. Tak sia-sia demam ni, ada hikmahnya, dapat ilmu yang tak pernah Nur Asiah ambil tahu selama ini. Nur Asiah mengangguk-angguk tanda faham.

“Jadi, saya buka Kad Pranatal untuk Puan Nur sekarang ya? Alang-alang, sementelah Puan Nur dah datang ni.”

“Boleh juga.”

“Semasa mengandung, Puan Nur kena jaga pemakanan,ambil makanan yang kaya dengan protein,seperti banyakkan minum susu, ikan,kekacang dan lain-lain,kerana protein diperlukan untuk pembentukan tisu baru, manakala vitamin dan zat galian, fungsinya membantu proses kimia yang kompleks dalam badan. Perkembangan bayi terbentuk berdasarkan apa yang ibu makan,terutamanya diawal proses pembentukan bayi.”

“Kalau saya tak lalu makan nasi,tak mengapa ke?”

“Tak jadi masalah, Puan Nur boleh mengambil karbohidrat yang lain seperti roti, kentang dan lain-lain, yang pentingnya ibu mengandung memerlukan 2,500 kalori setiap hari untuk membekalkan tenaga.”

“Doktor, saya kerap mengalami pedih hati,terutamanya pada waktu malam.”

“Oh…itu gejala biasa yang dialami oleh sesetengah ibu mengandung, ianya berpunca dari laluan sejumlah kecil isi perut ke dalam bahagian bawah tiub makanan (atau esophagus), yang memanjang dari mulut hingga ke perut. Ketika hamil kejadian ini berlaku kerana injap yang mengawal pintu masuk perut mengendur dan kerana uterus yang sedang membesar itu menolak perut ke atas.”

“Macam mana nak hilangkannya?”

“Puan Nur boleh cuba, makan hidangan ringan dengan kerap, sediakan susu pada waktu nak tidur, meminumnya jika berlaku pedih hati, dan cuba tidur dengan menggunakan bantal yang tinggi. Tapi saya akan bekalkan ubat anti-acid yang mengandungi magnesium untuk menutup permukaan perut yang berasid.”

“Tak merbahaya kepada kandungan ke ?”

“Puan Nur jangan risau, para doktor amat berhati-hati dalam memberi ubat kepada ibu mengandung, kerana ubat yang disyorkan oleh doktor telah pun mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.”

“Ooo… baru saya tahu.”

“Masih ada loya dan muntah-muntah?”

“Tak adalah pula,” Nur Asiah hairan selama ini dia tak pula terasa nak muntah.

“Baguslah, tak semua orang dapat keistimewaan macam tu. Okaylah ,saya akan bagi vitamin untuk Puan makan sepanjang tempoh mengandung, ianya baik untuk kesihatan dan perkembangan bayi. Kalau Puan ada apa-apa masalah sila datang ke klinik dan berjumpa dengan saya. Ini tarikh susulan Puan untuk pemeriksaan yang akan datang.”

“Terima kasih doktor, Assalamualaikum!”

“Sama-sama, Waalaikumussalam!”

Sebaik saja Nur Asiah melangkah keluar dari bilik Doktor Hayati, Suriani meluru datang menghampirinya.

“Apa hal lama sangat? Aku ingat kau dah pengsan kat dalam,” kalut betul Suriani.

“Biasalah orang mengandung, buat pemeriksaan kandungan.”

“Bahaya tak demam kau?”

“Bahayalah juga, doktor kata, kena banyak berehat, rehat badan,rehat mata dan telinga, jangan asyik dengar orang membebel-bebel saja, nanti sawan boleh naik ke kepala. Lama-lama boleh jadi biul.” Suriani ketawa bila terkena sindiran.

“Demam ada lagi tak?”

` “Dah kebah sikit?”

“Lagi apa doktor cakap?”

“Ya Allah Su, boleh tak kau bagi aku ruang bernafas sekejap, kepo macam polis pencen.”

“Mana ada polis pencen sibuk hal orang, kat kampung aku tu ada polis pencen, tapi asyik sibuk main papan Dam Aji bawah pokok jambu.”

“Dah sah polis pencen tu atuk kau.”

“Ha…atuk,atuk, tak main ya? Karang tersedak arwah atuk aku dalam kubur,” Nur Asiah ketawa , walaupun tak mengekek ,tapi cukup mencuit hati. Dengan Suriani ada saja benda yang nak dibualkannya.