NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Tuesday, October 27, 2009

bab 3 cinta seindah mimpi

“Tak samalah bang,suasana bercinta dengan suasana dah kahwin lain, kalau dah kahwin
tentu anak berderet-deret, mana nak romantiknya”
“Pandainya menjawab buah hati abang ni !” Hasrie ingin menarik hidung Maira,
geramnya pada gadis ini,ada-ada saja jawapannya.Tapi Maira sempat melarikan mukanya, dia
tidak mahu dirinya disentuh sewenang-wenangnya oleh lelaki.
“Abang tu, kalau tangan tak berjalan tak boleh ke?”
“Sebenarnya abang geram, Maira tu hendak aje menjawab”
“Hai,...sekolah tinggi-tinggi mestilah pandai menjawab” Maira mencebik sambil
menjeling manja. Hasrie tahu jelingan itulah yang menjadikan dia separuh nanar dalam merebut
cinta Maira. Jelingan dari mata galak Maira itulah yang tak akan dia lupa sampai bila-bila.
“As,esok-esok bila dah kahwin sepatah abang cakap sepuluh As menjawab, berdosa tau!”
“His,...abang ni,tak habis-habis cakap pasal kahwin,kenapa ni?,dah kemaruk sangat ke?”
“Yalah, kalau ikutkan hati abang dah lama kita kahwin.Tinggal sebumbung,tapi As saja
yang degil, asyik tunggu-tunggu . Abang pun tak fahamlah” suara Hasrie mula bertukar
intonasi,seolah-olah merajuk.
“Sabarlah bang, As bukannya tak nak, tapi keluarga As banyak bergantung pada As, abang
sabar ya”
“Sampai bila As?” Hasrtie mula mencari kepastian di mata Maira.
“O.k, As janji, selepas As selesaikan masalah keluarga, mungkin hujung tahun kita
bertunang, kemudian terus kahwin,tak payah tunggu lama-lama boleh?”
“Boleh, tapi As tahulah mak abang tu,asyik mendesak saja, takut- takut dia ada plan
lain ,silap-silap haribulan melopong As nanti ” seronok Hasrie dapat mengusik dan mengenakan
Maira. Mata Maira bulat tanda terkejut dengan ungkapan Hasrie, mana kala Hasrie terkekeh-
kekeh ketawa. Kena kau,baru tahu!,
“Jomlah kita balik, dah nak maghrib ni nanti tak sempat” Maira mengajak tanpa melihat
Hasrie. Di hatinya ada gundah dek usikan Hasrie tadi. Bagaimana kalau usikan Hasrie itu
menjadi kenyataan?, Maira menjadi resah, dia bukan tidak tahu, selama ini pun ibu Hasrie tidakmenyukai sangat Maira, mungkin sebab keluarga Maira tak setaraf dengan anaknya. Kalaulah itu yang terjadi bagaimana akan ku tempuh hidup ini?, desis hati Maira pilu, namun keresahan hatinya disembunyikan dibalik senyuman agar Hasrie tidak dapat membaca gelodak hatinya di kala ini.
“ As kenapa berjalan laju sangat?”
“Eh, ya ke, tak perasan pun ” Maira menoleh ke belakang,memang ya,diaterkehadapan.Bila masa dia berjalan laju pun dia tak sedar.
“Kenapa As ni, ada apa-apa ke?” Hasrie kehairanan, tadi nampak cerah aja, sekarang dah
redup. Hasrie menatap wajah kesayangannya. “Wahai hati yang gelisah, damailah kau,agar dia
tidak tahu”.
“Bukan apa, dah maghrib ni takut tak sempat”
“Alah, kita singgahlah mana-mana masjid, lepas tu kita makan malam” Maira senyum
tanda setuju.
“As, apa kata abang bawa As jumpa mak abang?”
“Bila?”
“Minggu depan,macam mana?”
“Tapi As dah janji dengan mak nak balik kampung, kasihan abah, rindu sangat dia pada
As. Lain kalilah ya bang, kalau tak pun abang ikut As balik kampung, nak tak?. Tentu mak
seronok jumpa bakal menantu”
“Kecil tapak tangan,padang bola abang tadahkan, itulah yang abang nak buat selama ini,
As saja yang tak benarkan”
“Yalah, belum sampai masanya, buat apa nak kenal-kenalan, nanti basi pula.lagi pun As
belum bersedia”
“Heh, awak tu dah berumur, bila lagi nak bersedia?”
“Tolong sikit ya, belum lagi berumur, baru 25 tahun ”
“Kalau lambat lagi kahwin, bila dapat anak, kita pun dah tua, silap-silap anak dikatakan
cucu.”
“Ya ke bang?” Maira membuat muka bodoh, kedua-duanya ketawa sambil berjalan
menuju ke kereta. Suara azan maghrib sayup-sayup kedengaran, mereka perlu mencari masjid
untuk bersolat. Selepas makan malam Hasrie terus menghantar Maira ke rumah sewanya. Maira risau kalau lambat balik nanti kawan-kawannya akan tertanya-tanya kemanakah dia pergi. Sebaik saja dia membuka pintu Laili dan Mona terus menerpa ke arahnya. Hairan Maira.
“Kau ke mana ya?,sehari suntuk keluar, risau aku” Mona bertanya,gayanya seperti mak,
Maira tersenyum sendiri.
“Tak ingat ke?, kau juga yang suruh aku keluar dating dengan pak we sekali sekala, kau juga bising kalau setiap hari minggu aku asyik kerja saja,tak nampak dunia luar” Maira
menjeling ke arah Mona.
“Yalah, tapi taklah sampai malam-malam,karang jadi apa-apa susah tau”
“Alah, biarkanlah Mona, sekali sekala aje,apa kau nak takut Maira kan pandai karate,
bukan macam kau,” Laili menanagkan Mona yang mula kepo.
“Terima kasihlah kerana mengambil berat tentang aku,kau orang berdualah sahabat aku”
“Eh,Maira, tadi tu pak we kau ke?” Mona mula kepo kembali, Laili dan Maira mula
ketawa dengan gelagatnya.
“Mana kau tahu,?”
“Aku intailah,sebab tu aku tahu,handsome juga pak we kau ya?” Maira gelak.
“Kalau pasal skoden serah pada aje pada Mona, itu memang kerja dia, habis budak-budak
bujang rumah sewa sebelah dia skoden” Laili menemplak,serentak itu mereka bertiga ketawa.
“Kau ingat tak, sewaktu kau skoden minah kilang rumah sewa depan tu, tengah syok kau
skoden si minah tu,kayu langsir jatuh dengan langsirnya sekali atas kepala kau dan kau pula
terkial-kial hendak menyelak kain langsir yang telah menyelubungi kau” Maira membuka
kenangan silam mereka,Akhirnya mereka bertiga ketawa kuat sampai menekan perut.
“Patutlah kau tak layan abang-abang sebelah rumah, rupa-rupanya dah ada stady boy
friend” Mona masih belum puas hati untuk mengorek rahsia Maira, selama ini pun Maira tidak
pernah bercerita apa-apa tentang mana-mana lelaki padanya,dia tidak seperti gadis lain, dunianya hanyalah kerja.
“Kenapa kau tak bagi tahu aku?”
“Tak nak aku, nanti kau asyik skoden boyfriend aku” Maira melawak,
“Hello,....takkan kawan punya pun nak skoden?”
“Manalah tau, kau tu kalau tak dapat skoden tak lengkaplah hidupkan ha......ha.....ha....”
kuat nya ketawa Maira dan Laili,manakala Mona manarik muka masam, mungkin terasa hati.
“Kau ni mengata orang boleh tahan ya?” suara Mona mula kendur.
“Aku melawak ajelah, itu pun kau terasa, macam budak-budak” Maira membaling
kusyen kecil ke arah Mona dan akhirnya mereka meyambung kembali ketawa

No comments:

Post a Comment