NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Monday, October 26, 2009

cahaya cinta

novel cahaya cinta

Mengesahkan tentang seorang gadis yang telah dipaksa berkahwin dalam usia yang muda dengan alasan untuk meringankan beban keluarga dan memberi peluang kepada adik-adiknya meneruskan pelajaran. Nur Asiah terpaksa merelakan kehidupannya dicorakkan sedemikian kerana dia sememangnya tidak mampu untuk melawan takdir.

Perkahwinan dilangsungkan dengan meriah dan Nur mula cuba untuk memberi hatinya untuk suami serta bertekad akan menjaga rumahtangganya dengan baik. Nur akan cuba melupakan cinta pertamanya, biarlah ,kerana tiada jodoh antara mereka.

Kebahagiaan yang Nur harapkan rupanya derita yang bertandang,suaminya seorang yang panas baran,sering kali Nur dipukul kerana kesilapan yang kecil. Nur disiksa dengan teruk, terutama perasaannya, kemuncak penyiksaannya ialah bila suaminya berkahwin lain dan membawa madunya tinggal sebumbung. Maka jadilah Nur seperti orang gaji yang tak bermaruah. Nur tidak tahu kenapa dia disiksa sedemikian,dan seolah-olah suaminya tidak pernah ada rasa kasih untuk dirinya. Nur redha dan pasrah, malah Nur juga tidak menyalahkan ayah di atas perkahwinan ini ,kerana bagi Nur semuanya sudah tersurat.

Takdir Allah yang maha kuasa, suami Nur mula dikesani mendapat penyakit kanser usus.Nur dengan ikhlas membantu tanpa dendam dihati. Suami Nur mula berubah dan melayan Nur dengan baik, mungkin juga dia sedar hidupnya sudah tidak lama. Madu Nur tidak pernah ambil tahu tentang suaminya sebaik saja dia mengetahui suaminya sudah tiada harapan untuk sembuh.

Sesuatu yang membahagiakan Nur ialah bila dia dapat tahu dirinya mengandung,Nur rasakan dunianya cukup bererti dengan kehadiran anak nanti. Tapi seketika dia sedih kembali, apakah nasib anaknya sekira terjadi apa-apa terhadap suaminya, seandainya suami-nya meninggal dunia ,maka jadilah anak kecil itu sebagai anak yatim yang akan membesar tanpa kasih seorang ayah.

Mati itu pasti dan janji Allah juga pasti,suaminya pergi juga disaat Nur amat memerlukanya, disaat Nur sedang menunggu hari untuk bersalin. Penderitaan Nur belum berakhir disini,kerana madunya telah datang dan menghalau Nur keluar dari rumah yang Nur diami,dengan alasan rumah itu telah ditukar nama oleh suaminya ke atas namanya, bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, Nur kembali ke rumah keluarganya dengan sehelai sepinggang,segala harta suaminya sudah dirampas oleh bekas madunya. Biarlah, Allah itu maha melihat dan mendengar.

Nur Asiah mengambil keputusan kembali ke Kuala Lumpur untuk meneruskan kehidupannya bersama anaknya, dia perlu berjuang bersendirian untuk membesarkan anaknya,. Di Kuala Lumpur Nur Asiah menyewa sebuah bilik dan bekerja sebagai pembantu tadika di sebelah malamnya dia mengambil upah menjahit baju di sebuah butik.

Nur Asiah mendapat peluang yang lebih baik bila dia menjadi pembantu rumah Encik Hanan, dia diberi sebuah bilik yang selesa untuk mereka dua beranak. Di situlah mendung yang menutupi mega raya mula berarak, meningalkan awan putih yang cerah dan ceria. Dengan gaji yang diterima dan upah menjahit baju dapat melegakan kesempitan yang Nur alami. Mungkin disitu titik bahagia untuk Nur, sebagai balasan di atas kesabaran dia dalam menghadapi liku-liku hidup ini. Sesuatu yang amat memeranjatkan Nur ialah kasih dan cinta Encik Hanan padanya . Nur bersyukur,akhirnya hadir juga cahaya cinta untuknya.

BAB 1

Nur Asiah masih lagi berdiri di tepi jendela, memerhati malam yang kian larut, sesekali kedengaran cengkerik dan unggas-unggas malam menegurnya. Di dada langit tiada sebutir bintang pun yang berkelip, untuk menemani alam maya saat ini. Suasana malam cukup sepi,kosong, hitam dan kelam, bagaikan mengerti keadaan hatinya sekarang.

Nur Asiah melepaskan keluhan lemah, jalan di hadapannya hitam dan gelap,bercabang-

cabang dan berduri, kalau mengikut kata hati , mahu saja dia melompat jendela ini dan melari

kan diri, meninggalkan keluarga dan tinggalkan lauk pauk kenduri yang telah siap dimasak oleh penduduk kampung secara bergotong royong. Tapi kata pepatah, kalau ikut hati, mati dan ikut rasa maka binasa. Ah!...........Nur Asiah melepaskan keluhan,buntunya fikiran. Dia tidak mahu binasa dalam hidupnya lantaran tidak mahu menurut kata kedua orang tua. Dia tidak terlintas pun untuk menjadi anak yang mendurhaka kepada ibu bapa.

Esok dia akan dinikahkan dengan pemuda yang menjadi pilihan keluarga,dia tidak pernah ambil tahu tentang lelaki tersebut. Selama bertunang sekali pun dia tidak pernah melihat tunangannya ,melihat gambar pun dia tidak sudi, dia cukup terkilan dengan tindakan ayah yang terus saja menerima pinangan tentang lelaki itu, tanpa bertanya kepadanya. Ayah memang kejam, tapi untuk melawan ayah,adalah sesuatu yang mustahil. Ayah cukup garang, kata-katanya tak boleh dilawan. Meningkah cakap ayah bagaikan menadah lava gunung berapi yang pastinya akan membakar diri sendiri .

Tika ini berbagai rasa yang sedang bergelut dihatinya ,rasa cemas, resah, sedih, marah dan gementar bercampur baur menjadi satu. Fikirannya serabut dan kusut, manakala badan-

nya terlalu letih dan lemah. Sememangnya dia tidak bersedia untuk perkahwinan ini, kahwin paksa, macam orang zaman dulu-dulu.Tapi pada siapa dia harus mengadu?, mak?, dia akan tetap menyokong ayah . Kata-kata ayah tak pernah mak bantah. Ah!............Nur Asiah melepaskan keluhan buat kesekian kalinya. Tiba-tiba pintu bilik di buka. Mak menjengukkan kepalanya.

“Eh!....Nur, kenapa tak tidur lagi?, dah larut malam ni, tak baik pengantin tidur lewat, nanti masuk angin dan hilang seri wajah” Nur Asiah hanya menatap wajah mak Esah tanpa mengucapkan apa-apa, dia tahu Mah Esah dapat membaca riak di wajahnya,tanpa dipaksa air matanya mula meleleh menuruni lurah pipinya yang putih gebu.

“Sudahlah Nur,bawalah brsabar, mungkin ini adalah takdir Nur. Sebenarnya ayah berniat baik, dia inginkan Nur bahagia”

“Tapi, Nur masih muda, Nur masih nak belajar dan belum puas lagi Nur duduk dengan mak, lagi pun Nur belum dapat membalas jasa mak dan ayah” dalam suara yang tersekat-sekat Nur meluahka apa yang dia rasa.

“Tak mengapalah Nur, dengan mengikut cakap ayah tu Nur dah pun membalas jasa kami, mak tahu Nur anak yang baik, Nur tak pernah melawan cakap kami. Mak selalu berdoa agar Nur bahagia” Mak Esah memeluk Nur Asiah erat, mendamaikan jiwa anak gadisnya yang keresahan.

“Mak, Nur takut” Nur Asiah semakin memeluk maknya, seperti anak kecil yang sedang ketakutan.

“Biasalah Nur, pengantin baru memang merasa demikian, mak dulu pun takut juga nak jumpa ayah, maklumlah tak kenal. Dahlah, jangan fikir macam-macam lagi, jangan nangis lagi nanti bengkak mata tu, rehatlah!., Nur perlukan kesihatan yang secukupnya untuk hari yang bersejarah esok” Mak Esah menepuk-nepuk bahu anak gadisnya.

Sebaik saja Mak Esah keluar dari biliknya, Nur juga beredar ke bilik air untuk berwuduk, dia perlu mencari ketenangan dengan sembahyang hajat, dia ingin bermunajat pada Allah, berserah pada Allah kerana dialah yang lebih tahu akan untung nasibnya.

Dada Nur Aisah berdegup kencang sebaik saja pengantin lelaki masuk untuk upacara

membatal air sembahyang. Peluh dingin mula merintik bila mana dia diarahkan mencium tangan suaminya dan suaminya pula menjatuhkan bibir mengucup dahinya yang sudah sejuk pesi, rasa ingin menangis pun ada. Akhirnya dia menjadi isteri walaupun tanpa relanya.

Bila Nur Asiah mengangkat muka pandangan matanya bertembung dengan anak mata suaminya, debaran di dada bertambah kencang . Saat ini barulah dia tahu suaminya seorang yang kacak, kulitnya putih dan berkumis. Nampak handsome sangat dengan baju melayu bersamping dan seri pengantin terpancar diwajahnya. Selama ini Nur Asiah hanya tahu,nama bakal suaminya ialah Shahrul Aiman, tak lebih daripada itu.

Patutlah selama ini adik-adiknya sering memuji bakal abang ipar mereka,kata mereka bakal suami Nur kacak sangat, sesuai dengan Nur,sama padan.

“Beruntung Nur dapat suami yang kacak dan kaya, mak berharap dan berdoa Nur akan bahagia selalu” itulah kata-kata mak semalam. Bahagiakah dia dengan apa yang dia dapat sekarang?, sedangkan suaminya ini bukan lelaki yang dicintai, seseorang yang tak pernah dia kenal. Bolehkan dia menjadi isteri yang bahagia?.Sedang hatinya tidak pada lelaki yang berada di depannya kala ini. Tapi alangkah bahagianya dia kalau Zarif yang menjadi suaminya, zarif yang dicintai selama ini, tentu dia tidak menderita begini. Zarif maafkan Nur!, Nur tak berdaya melawan takdir, Nur tak berkemampuan untuk membantah cakap ibu bapa. Maafkan Nur dunia akhirat kerana telah mengecewakan Zarif. Nur merintih dalam hari. Ah!..........menyebut nama Zarif saja, seakan mahu tercekik, bagaikan menusuk belati ke dada sendiri, sakitnya seperti ingin tercabut nyawa dari badan. Nur Asaiah merapatkan birai matanya perlahan-lahan ,agar air yang mula bergenang itu tidak berlari jatuh ke pipi.

Bila dia membuka mata, pandangan mata suaminya masih melekat diwajahnya, meneliti wajah isteri yang baru dinikahi. Ternyata Nur lebih cantik berbanding dari gambar yang dilihatnya. Nur Asiah termalu sendiri bila direnung demikian, akhirnya dia melarikan pandangannya kearah lain. Acara seterusnya ialah bergambar dengan keluarga kedua-dua belah pengantin. Bukan main lebar lagi senyuman Mak Esah bila bersembang dengan besannya. Kadang kala kedengaran gelak ketawa ayah yang bersahut denga suara bapa mertuannya,bukan main riang lagi suara Pak Musa tu.

Oh!.......tuhanku tabahkanlah aku, kalaulah ini harganya yang perlu aku bayar untuk membahagiakan ayah dan mak, aku rela walaupun hatiku menderita, aku ingin menjadi anak yang solehah, yang sentiasa berbakti kepada orag tuanya. Apalah sangat cinta kepada Zarif kalau nak dibandingkan cinta dan kasih sayang yang telah ayah dan mak curahkan, yang telah banyak berjasa padanya. Kasih ayah sampai bila-bila dan kasih ibu bawa ke syurga. Tentang hati, itu adalah urusan Allah. Biarpun dia tidak menyintai suaminya tapi biarlah Allah meletakkan rasa hormat dan senang pada suaminya.

Kini sebulan sudah Nur menjadi isteri kepada Shahru Aiman,

No comments:

Post a Comment