NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Monday, October 26, 2009

novel cinta seindah mimpi

BAB 2

Azan subuh sayup-sayup kedengaran memecah keheningan pagi, kedengaran kokok ayam

jantan sahut-bersahutan menandakan malam akan kembali keperaduannya dan akan diganti

dengan siang. Sudah menjadi rutin bagi Zaidah menyiapkan kerja-kerja rumah di awal subuh.

.

Sekejap lagi dia akan pergi ke Pasar Minggu Batu Gajah, semalam dia sudah berjanji dengan Pak

Daud untuk menghantarnya ke pekan minggu . Selalunya pun Pak Daud yang menghantarnya ber

sama barang dagangan ke pasar minggu.Waktu balik pun Pak Daud akan menjemputnya.

“Bang!...bang!... bangun!, sembahyang subuh!” Zaidah menepuk-nepuk halus bahu kamal

yang masih nyenyak tidur.

.

“Pukul berapa Idah ?” terpisat-pisat Kamal menggosok matanya.

“Pukul 6 .15 pagi bang, cepatlah bangun boleh Idah siapkan abang”

“Tak mengapalah Idah , hari inikan sekolah cuti,Amran boleh tolong abang, Idah pasti

banyak kerja,kejap lagi Pak Daud datang, nanti lambat pula”

“Baiklah abang, tapi apa-apa hal pun abang ambillah wuduk dulu, nanti lambat pula

subuhnya” Zaidah mengangkat suaminya ke atas kerusi roda,lalu disorongnya kerusi roda itu ke

bilik air inilah juga kerja rutinnya sejak 8 tahun yang lalu . Suaminya tidak mampu bergerak

bebas lagi,apa lagi untuk bekerja mencari rezeki,dunianya hanyalah rumah dan kerusi roda.

Selesai berwuduk Kamal menyerong kerusi rodanya sendiri perlahan-lahan masuk ke bilik

untuk sembahyang, dalam keadaannya sekarang dia banyak bergantung kepada orang lain.

Dalam usia 48 tahun ini dia masih boleh melakukan kerja apa-apa saja sekiranya dia tidak

lumpuh akibat kemalangan jalan raya 8 tahun yang lalu. Air mata menitis perlahan

mengenangkan kepayahan itu.

Di bilik sebelah kedengaran Zaidah sedang mengejutkan anak-anaknya supaya

bangun bersolat. Itulah Zaidah isteri yang amat dicintai, seorang wanita tabah dan penyayang

yang dikenali hampir 27 tahun yang lalu. Kasih sayangnya tidak pernah berubah dan berbelah

bagi walaupun dia sudah tidak seperti dulu lagi.Kadang-kala dia berasa amat sedih bila melihat

Zaidah bersusah payah kehulu-kehilir mencari rezeki untuk menyara keluarga, membesarkan

dan menyokolahkan anak-anak bersendirian,tak cukup dengan itu bebannya bertambah dengan

terpaksa menyediakan duit untuk membeli ubat-ubatannya. entah mengapa pagi itu hatinya amat

pilu bila mengenangkan semuanya, air matanya menitis kembali tapi disapunya pantas agar

Zaidah tidak menyedarinya.

“Abang, Idah pergi dulu, nanti biar Azman mandikan abang, Idah pesan pada Azman

supaya buat apa yang patut” Zaidah menyalami tangan Kamal dan Kamal mencium dahi Zaidah

tanda kasih.

“Baik-baik ya Idah, pergilah abang izinkan”

“Abang tu lepas sarapan jangan lupa makan ubat, semuanya Idah dah sediakan di atas meja”

“Biarlah Idah jangan risau, pergilah nanti lambat pula” beratnya hati Zaidah untuk

meninggalkan suami yang terkial-kial di atas katil mengurus dirinya sebaik saja selesai solat,tapi

apa boleh buat. Dia perlu segera ke pasar minggu untuk berniaga, kalau lambat sampai lambatlah

gerainya dibuka dan pelanggan tetapnya lama menanti. Selalunya kalau hari minggu Adila akan

mengikutnya berniaga di pasar,tapi hari ini Zaidah kena berniaga bersendirian kerana Adila ada

kelas tambahan.Biarlah asalkan Adila berjaya dalam PMR nya tahun ini macam Azman dan

Yong.

“Idah, bungkuskan Mak Jah nasi lemak 6 bungkus dengan kuih sekali”

“Kenapa banyak hari ini Mak Jah?” Zaidah diterpa kehairanan.

“Kau bukan tak tahu anak-anak Mak Jah,kalau balik kampung nasi lemak kaulah yang dia

orang ingat” terang Mak Jah sambil menyengeh. Zaidah senyum lebar, dadanya kembang kena

puji.

“Eh, Yong tak balik ke?, dah lama Mak Jah tak jumpa Yong,sihat ke dia?”

“Sihat,Yong jarang balik, sibuk agaknya,tapi dia telefon selalu, tanya khabar tentang abah

dia dan adik-adiknya”

“Baik budaknya Yong tu, apa kerjanya kat Kuala Lumpur tu?

“Entahlah Mak Jah, katanya dia kerja pejabat”

“Apa-apalah Idah , yang pentingnya halal, kalau dia telefon katakan Mak Jah kirim salam”

“Insyaallah Mak Jah ,baik-baik dijalanan tu”

“ Yalah ,aku balik dulu,kirim salam kat Kamal juga, dah lama aku tak jenguk

dia,maklumlah sejak aku sakit lutut ni susah nak berjalan, inipun ada budak-budak kat rumah

yang membawa, kalau tak, takdale aku merasa nasi lemak kau ni”

“Ya lah Mak Jah , Assalamualaikum” Zaidah ketawa melihat kesungguhan Mak Jah

bercerita, dia menghantar Mak Jah dengan pandangan mata, tak puas rasanya bersembang

dengan orang sebaik Mak Jah. Waktu dia tengah-tengah susah dulu, Mak Jah lah orang yang

banyak membantu dari segi kewangan,dorongan dan kasih sayang sedangkan mereka tidak

mempunyai pertalian dan hubungan darah, tapi atas dasar ukhwah Mak Jah sanggup

menghulurkan bantuan, akan adakah lagi orang sebaik Mak Jah?,semulia Mak Jah?, sedangkan

keluarga sendiri tak pernah ambil peduli.

Zaidah tersedar dia terlalu jauh mengelamun, melayan perasaan, dia tahu tidak ada

gunanya dia membelai perasaan sayunya, perkara yang berlalu biarlah berlalu, lagi pun

pelangannya berderet menunggu nasi lemaknya.

Letihnya tidak terkata,kalau musim cuti persekolahan, pengunjung ke pasar minggu

cukup ramai, bermakna ramailah pelanggannya,ada yang lama dan ada yang baru. Alhamdulillah

barang dagangannya habis terjual, dapatlah untung lebih sedikit, barang rumah pun banyak yang

dah habis, ubat Abang Kamal pun dah habis juga, yang paling penting ialah yuran peperiksaan

Azman dan Adilah yang mesti disegerakan. Zaidah memegang erat duit yang berada didalam

tanganya. Duit ini akan digunakan sebaik-baik mungkin. Lamunannya diputuskan oleh deringan

handsetnya.

“ Assalamualaikum mak !” panjang umur Yong, baru rindu ini bertandang di hati, suara

Yong dah kedengaran ditalian.

“ Waalaikummusalam, Yong apa khabar?”

“Baik, sihat, mak macam mana?” tak sabar rasa Yong nak mendengar khabar

“Semuanya sihat, sekarang ni cuti sekolah, Yong tak balik kampung ke?”

“Tak lah mak, tapi Yong rindu sangat pada mak, abah dan adik-adik, mak berniaga ke hari

ini? “

“Ya , dah habis pun, mak tengah tunggu Pak Daud datang ambil”

“Mak, Yong dah bank in duit untuk bulan ini, Yong rasa ubat abah dah nak habis, manakala

yuran adik-adik tu bolehlah mak jelaskan”

“ Yong, mak minta maaf sebab selalu menyusahkan Yong dengan masalah keluarga”suara

mak mula kendur.

“Kenapa mak cakap macam tu?, dah jadi tanggungjawab Yong membantu keluarga”

“Tapi Yong, duit gaji Yong habis untuk keluarga, terutama ubat-ubat abah yang mahal tu,

mak rasa bersalah pada Yong,” sedih Zaidah mengenang nasib diri, Yong seolah-olah menjadi

mangsa, dia tidak pernah mengutamakan keperluan dirinya.

“Mak dahlah tu, yang mak sedih-sedih ni kenapa?” Yong tahu, saat ini pasti kelopak mata

mak akan basah digenangi air mata, itulah kebiasaan.

“Mak sedih sebab tidak dapat membahagiakan Yong dan adik-adik”

“Mak, berapa kali Yong nak ulang, Yong bahagia dengan apa yang kita ada,kebahagiaan

bukan terletak pada harta benda mak, tapi pada hati yang sejahtera dan Yong sanggup lakukan

apa saja untuk keluarga kita. Dahlah tu mak, nanti orang nampak mak menangis” itu lah Yong,

yang menjadi tulang belakang mak. Zaidah amat bersyukur kerana dikurniakan anak sebaik

Yong. Adakah lagi anaknya yang sebaik dan semulia hati Yong?, setabah semangat Yong, dia

jarang mengeluh apa lagi menangis dalam menghadapi kegetiran hidup ini.

“Mak, nanti kirim salam pada abah dan adik-adik, mungkin hujung bulan nanti Yong balik,

Yong nak cepat ni, nak pergi kerja”

“Hari minggu pun kerja ke?”

“Ya mak, Yong buat part time job”

“Yong, jaga kesihatan, jaga makan tau, mak takut Yong jatuh sakit, susah nanti”

“Alah mak ni macam tak kenal Yong, Yong tahulah jaga diri, mak usahlah risau, mak pun

sama tak payahlah kerja kuat sangat, jaga kesihatan, assalamualaikum!”

“Waalaikumusalam!” Zaidah mengelap matanya yang masih basah, rindunya pada Yong

kian tepu.

BAB 3

Maira gadis pujaannya sejak 6 tahun yang lalu, cintanya hanya untuk Maira ,gadis luar

biasa yang berjaya mencuri hatinya.

“ Abang, tengok tu!, alangkah cantiknya matahari terbenam, warnanya yang kemerah-

merehan perlahan-lahan bersembunyi di balik awan,burung-burung terbang kesana-kemari untuk

pulang ke sarang dan bayu petang yang berhembus lembut cukup mendamaikan.Oh, .....alangkah

indahnya panorama ini kalau As ada kanves saat ini,akan As abadikan di dada kertas “

“Sudahlah As,jangan nak mula,bukannya abang tak tahu kalau As dapat melukis, abang

mati berdiri pun As tak sedar ”

“Eh,abang ni ke situ pula, tapi As terujalah dengan suasana ini,terlalu indah, tak tahulah

bila pula kita akan dapat berdua-duaan dalam suasana seperti ini lagi” Maira memejamkan

matanya, menarik nafas dalam-dalam seolah-olah mengabadikan keindahan ini di dasar hatinya,

lalu dihembusnya perlahan-lahan tanda puas.

“Alah, dah kahwin nanti bila-bila masa pun boleh datang As!”

No comments:

Post a Comment