susahlah nak menulis bab ni ,sukarnya nak gambarkan bagaimana perasaan seorang perempuan yang dipaksa kahwin tanpa kerelaan,tak retilah nak tulisnya supaya ianya maenjadi ayat yang sedap dibaca dan meyentuh perasaan pembaca,ialah kita kahwin pun atas dasar suka dan cinta, serta menunggu-nunggu pasangan kita hadir dalam hidup.
dalam novel ini saya terpaksa mengambil masa yang lama untuk mendalami perasaan Nur Asiah yang terlalu kecewa dengan sikap ayahnya, yang memaksa dia berkahwin dalam usia yang muda, eh, saya kahwin dulu pun muda juga, tapi tak kisah sangat sebab kahwin dengan boyfriend.
Bab sedih-sedih ni susah sikit nak lakarkan ,sebab tak terlalu menjiwai perasaan itu. so kalau ada sesiapa yang kena kahwin paksa ke,tak suka kat suami ke,atau tak cintakan suami ke bolehlah berkongsi dengan saya bagaimana perasaan itu, dengan perasaan yang sebenar mungkin boleh memberi impak best giler dalam novel cahaya cinta nanti. sebenarnya saya telah menulis sebuah novel yang bertajuk '" Cinta Seindah Mimpi" masih dalam proses penelitian dengan syarikat alaf 21 mudah-mudahan nanti mendapat tempat di hati pembaca.
NOW SHOWING
OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga.
Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis.
Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima.
Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.
No comments:
Post a Comment