NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Sunday, October 25, 2009

Novel Cinta Seindah Mimpi

BAB 1

Malam ini seperti juga malam yang lepas, pengunjung keluar masuk kedai tanpa putus.
Maira melihat jam dihadapannya, terasa masa bergerak terlalu lambat. Jam di dinding
menunjukkan baru pukul 10 .30 , bermakna 1 jam 30 minit lagi dia terpaksa menunggu.
Sesekali Maira menguap, terasa sangat mengantuknya, difikirannya ternampak bantal-bantal
yang bergelimpangan seolah-olah sedang melambai-lambainya.
“Eh, Maira kenapa ni lesu aja aku nampak?” tegur Mona rakan setugasnya.
“Ya lah aku rasa malam ini mengantuk sangat “ Maira memejam dan mencelek matanya
berapa kali. Seorang pelanggannya terlihat kemudian tersenyum ke arahnya.Maira membalas
senyuman kemudian menunduk malu.
“Eleh, yang aku tahu kau tu selalu saja mengantuk” Mona melepas cakap,selamba saja kemudian tersenyum.
“Cik kak oi!, kalau cakap tu simpan untuk esok sikit!” Maira cuba membulatkan matanya
yang layu,pura-pura marah.
“ Itulah, buat kerja sampai dua, pagi kerja malam pun kerja, mana nak cukup rehat “
“Dah nasib badan, nak buat macam mana”
“Tapikan, kalau kau terima saja Abang Roy tu kan senang, tak payahlah kau kerja teruk macam ni”.
“Eh, tak hendaklah aku”serentak itu mereka ketawa, terbayang di mata mereka lelaki yang
mereka panggil Abang Roy itu. Orangnya baik , suka tersengih dan perutnya boroi, itulah bos
mereka. Ketawa mereka terhenti bila ada pelanggan masuk. Maira dan Mona memberikan
senyuman kemesraan, sepasang pelanggan yang melangkah masuk ke kedai langsung tidak
mempedulikannya.Maira melihat Mona dan Mona mengangkat kening. Alangkah sombongnya
manusia, tak payah sombonglah wahai manusia, kalau hidup di dunia ini masih menghirup udara
yang sama. Sewaktu di kaunter pembayaran Maira melihat pasangan tadi tak segan silu
berpeluk-pelukan dan berbicara dengan nada manja.Perempuannya cantik dan bergaya,mungkin orang kaya manakala lelakinya pula kacak dan segak. Tapi nak termuntah Maira melihat gelagat mereka.Oh, inilah remaja zaman sekarang, sudah terlupa akan adat dan susila,dosa dan pahala halal dan haram. Tepat jam 12 malam Maira dan Mona bersiap-siap untuk pulang, shift mereka telah tamat dan diganti dengan shift pagi. Abang Azlan terpacak di muka pintu, macam biasa dia akan datang mengambil duit untuk disimpan di bank pagi esoknya.
“Maira dah nak balik ke?, biar Abang hantar” pelawa Azlan dengan penuh harap sebab
selama ini pun Maira tidak pernah mempedulikan perlawaannya.
“Terima kasih ajalah Abang Azlan ,kami boleh jalan bukannya jauh sangat rumah kami”
Maira menolak lembut, dia tahu Abang Azlan cuba menarik perhatiannya.
“Apa salahnya Maira, hari pun dah jauh malam, bahaya tau anak gadis berjalan malam-
malam begini” Azlan masih tidak berputus asa.
“Jomlah Maira, janganlah jual mahal sangat, orang dah nah hantar, kau pun bukannya larat
sangat nak berjalan” Mona menyiku Maira di sebelah. Azlan seperti selalu tersengeh macam
kerang busuk.Maira merenung muka Mona mencari kepastian, dia tahu kalau berjalan memakan masa 10 minituntuk sampai ke rumah, sedangkan dia terlalu letih dan mengantuk untuk berjalan kaki.
“Apa-apa ajalah kau ni' Maira memberi isyarat setuju.
“Best apa, selalunya orang mengantuk disurung bantal, tapi kau mengantuk disua naik
kereta”Mona pantas menarik tangannya, lalu membuka pintu kereta dan masuk. Maira tersenyum sendiri inilah kali pertama dia menaiki kereta Mercedes, kalau bas tu adalah, tapi Mercedes jugakan. Alangkah lembut dan selesanya menaiki kereta mewah, perlahan-lahan Maira terlelap,sedar-sedar saja mereka telah berada di hadapan rumah mereka.Maira segera keluar dari kereta, dia perlu cepat ,matanya sudah terlalu sempit untuk dibuka.
“Terima kasih Abang Azlan” Maira mengucap bersahaja.
“Sama-sama kasih Maira” Azlan membalas menggoda sambil tersengeh.

Pagi lagi Maira telah sampai ke pejabat . Staf lain ramai yang belum sampai lagi.Sekejap
lagi suasana yang sepi ini akan bertukar menjadi riuh-rendah, ada-ada saja suara yang
kedengaran terutama Nina Si Murai tu ,kalau tak dapat bercakap tak sah.
“Assalamualaikum Maira!” panjang umur Si Nina ni baru saja fikir pasal dia dah muncul.
“Waalaikumusalam awal kau hari ini, mimpi apa?”
“Mentang-mentanglah aku selalu lambat, kalau aku datang awal sekali-sekala menjadi
kesalahan ke?” Nina mula berjenaka.
“Tak le,aku takut kau buang tabiat aje,” mereka sama-sama ketawa.
“Maira jom kita soru dulu, aku laparlah!”
“Hai, kerja pun belum dah lapar?, kau pergilah,aku dah sarapan di rumah. Maira memberi
alasan padahal dia tak mempunyai duit.Puas dia mencari beg tangannya tapi tak jumpa, kata
Mona mungkin begnya tertinggal di dalam kereta Abang Azlan. Petang nanti dia akan menelefon
Abang Azlan supaya menghantarnya di kedai 24 jam milik Abang Azlan tempat Maira berkerja.
“Alah, jomlah temankan aku, aku lapar sangat ni, malam tadi aku tak makan”
“Malaslah, aku banyak kerjalah”
“Jomlah Maira aku ada berita gembira ni nak beritahu kau” Nina merengek seperti anak kecil.
“Oh, aku dah agak dah, patutlah datang awal, ini mesti bersebab okeylah aku temankan kau”
Maira mencebikkan bibir sambil melihat gelagat Nina .Nina adalah sahabat baiknya di pejabat selain Laili yang tinggal serumah dengannya. Hari ini Laili cuti demam, jadi terpaksalah dia datang ke pejabat bersendirian. Mula-mula bekerja di Gemilang 6 bulan dulu, Ninalah orangyang pertama menegurnya, Ninalah orang yang banyak mengajarnya tentang kerja-kerja dipejabat. Staf yang lain kebanyakkannya sombong,maklumlah mereka tu dah senior, bergaya pula
tak macam dia bertutup lingkup setiap masa.

Nina dan Maira berjalan menuju ke lif untuk turun makan di tingkat bawah, Nina seperti biasa berjalan sambil bercerita lepas tu ketawa terkekeh-kekeh. Kadang-kadang dia cemburu melihat Nina yang brutal itu, Orangnya sentiasa happy go lucky, tak pernah dengar dia mempunyai masalah, maklumlah anak tunggal kesayangan mak keluarga pula kaya, apa ada masalah. Sesekali teringin dia hidup macam Nina tanpa masalah yang sering membelenggu,
apapun dia bersyukur dengan kehidupan yang dia ada sekarang.

Tuhanku tabahkanlah aku selalu!, Sudah 1 jam lebih dia menunggu kedatangan Encik Azlan, selalunya dia jarang lewat Sejak masuk bekerja pada pukul 7 malam tadi Maira berharap sangat Encik Azlan datang cepat biar dia dapat kepastian adakah beg tangannya tertinggal dalam kereta Encik Azlan. Hatinya cukup gelisah, apa tidaknya sejak dari semalam dia tidak dapat mengguna handsetnya,tentu banyak panggilan masuk yang tidak berjawab.
“Mona, kenapa Encik Azlan lewat sampai ya?” Maira cuba melepaskan rasa cemas.
“Kenapa dah rindu ke?” Mona yang suka mengusik tersengih-sengih.
“Hantu kau, tak teringin aku nak rindu kat Encik Azlan tu” Maira mencebik, tapi matanya
asyik menoleh keluar kedai, tak sabar-sabar menunggu kedatangan bosnya.
“Tapi Encik Azlan selalu rindu kat kau, dia suka pada kau, bertuah badan”
“Eee.... tak sior aku!”
“Sior tak sior ,dia banyak duit, walau pun dia tu tak berapa nak handsome tapi duit dia yang
berkepuk tu yang handsome tau”
“Lantaklah itu duit dia, tak ada kena mengena dengan aku langsung”
“Memanglah tak ada kena mengena dengan kau Cik Kak oi, tapi kalau kau kahwin dengan dia takla hidup kau susah, kau juga yang senang nanti” suara Mona makin meninggi , dia tak
peduli sama ada pelanggan yang baru masuk tadi mendengar perbualan mereka atau tidak.
Maira membulatkan mata,sambil mulutnya terkumat-kumit mengharapkan Mona faham. Mona
menolehnya sambil tersengeh.
“Habis kau nak suruh aku jadi isteri no dua”
“Apa salahnya,islam menghalalkan berpoligami,lagi pun Encik Azlan mampu”
“Eh, kau ingat aku ni apa?, aku tak akan mendera atau menyiksa kaum sejenisku semata-mata untuk kepentingan diri sendiri”
“Yalah..... malas aku nak nasihatkan kau, tolak tuah”
“Banyaklah kau punya tuah, kalau hak orang nak dirampas” Mona berlalu kebelakang untuk menyusun barang-barang di rak. Beberapa orang pelanggan masuk, Maira menyapa ramah dengan senyuman. Tiba-tiba pintu cermin di tolak kasar,Maira mengangkat muka, belum sempat Maira memberi salam dan menghadiahkan senyuman Puan Aliza terus menyerang dan mengherdiknya
“Hoi!............betina gatal, kau jangan nak goda laki aku, dah tak ada jantan lain ke kau
nak goda. Dah kebulur sangat nak berlaki?, harapkan muka saja cantik, tapi hati busuk”. Herdik Puan Aliza keras sambil mengcampakkan beg tangannya ke muka Maira. Maira terpampan tanpa sepatah suara,terkejut dengan jeritan dan maki hamun Puan Alina. Wajahnya cukup bengis manakala sikapnya sungguh kasar dan biadap. Beberapa orang pelanggannya terpinga-pinga dan memandang mereka tanpa berkedip Maira mengambil beg tangan yang dicampakkan oleh Puan Alina tadi, memang sah inilah punca masalahnya. Beg itulah yang dinanti-nantikannya sejak dari tadi.
“Puan Alina, tak perlulah terjerit-jerit macam ni saya boleh jelaskan, saya tak buat apa-apa”
“Sudah!!!,...tak perlu kau jelaskan ,dasar orang kampung, tak sedar diri, lain kali kau jangan pandai-pandai nak naik kereta laki aku lagi. Kalau dah gatal nak berlaki pergilah cari jantan-jantan kat luar tu,bersepah di tepi jalan.Kau cekup saja”
“Tapi Puan dah salah sangka,kami tak ada apa-apa hubungan, pasal semalam tu Mona pun
ada sekali” Maira sedia membuka kebenaran. Harap-harap Puan Alina dapat mengawal
kemarahannya.
“Aku tak nak dengar apa-apa alasan dari kau, lebih baik kau berhati-hati sebelum aku
cacatkan muka kau yang cantiktu” Puan Alina menengking keras bagaikan orang yang sudah
hilang kewarasannya.
“Sudahlah Lina!, bawalah bersabar, tak malu ke awak terjerit-jerit depan orang ramai?”
Encik Azlan yang berada di belakang isterinya mula bersuara. Encik Azlan nampak cemas dan rimas dengan sikap dan kelakuan isterinya yang sudah tidak dikawal lagi. Cemburu butanya sudah menggila.
“Awak pun sama, tak sedar diri dah tua masih nak menggatal!!”. Sergahan Puan Aliza betul-betul membuatkan Encik Azlan tercabar dan malu.Tanpa berlengah dia menarik kasar tangan isterinya dan keluar dari kedai.
“Awak ni betul-betul dah melampau !!” jerkah Enck Azlan.Hanya itu yang sempat Maira
dengar .Hiba hatinya tidak terkira “Tuhanku tabahkanlah hati ini” rintihnya dalam hati.Seorang
pelanggan menghampiri kaunter untuk membuat pembayaran, Maira berusaha memberikan senyuman.
“Sabarlah dik, sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar” Maira mengangguk sambil mengucapkan terima kasih.
“Maira maafkan aku,” Mona menghampiri dan menggengam tangan Maira yang masih
sejuk seperti batu.
“Tak apalah bukan salah kau pun “
“Tapi aku bersalah kerana tak tolong kau” Mona masih diterpa dengan rasa bersalah.
“Itulah kau, dengan orang macam itu kau suruh aku bermadu?, silap-silap haribulan aku kena kerat 18 tau, mati katak “ Maira cuba berlawak walaupun hati dirundung sedih
“Eee..... takutnya.Sebenarnya tadi aku menyorok balik pintu, rasa nak tercabut jantung aku bila dia menjerit, macam gorila betina”
“Ha.....ha....ha..... kau ni pasal melabelkan orang no satu ,sudahlah tak baik mengata orang,
biarkanlah dia,moga-moga dia mendapat hidayat Allah. Mona aku nak balik awal,kau dengan
Hairi jaga kedai tau, kalau Encik Azlan telefon beri tahu dia aku tak sihat”
“Yalah,tapi kau baik-baik dijalanan”
“Terima kasih “ Sedang Maira berkemas-kemas untuk pulang awal handsetnya berbunyi, Maira membaca pesanan.
“Maira, maafkan saya pasal tadi”
“Bukan salah Encik Azlan pun, cuma salah faham” Maira membalas SMS yang dikirimkan.
Maira keluar dari kedai dan menahan teksi untuk pulang ke rumah .Tiba-tiba Maira merasa terlalu rindu pada mak,saat kesedihan yang berjela ini kalau ada mak tentu dapat diangkatkan sedikit kesedihannya, seperti biasa mak akan mendamaikan jiwanya, memberikannya semangat untuk meneruskan hidup ini. Maira mendongak ke langit, tiada bintang yang berkelip-kelipan dan tiada sinaran bulan yang menghiasi dada langit, kelam dan suram seperti hatinya kala ini.

“Wahai malam yang kelam, bawalah bersama hatiku yang rawan ini pergi jauh dari mega raya ini dan munculkan Sang rambulan malam agar hatiku tenang” sedihnya Maira menyucuk ke ulu hati,namun disekanya airmata agar tidak tumpah.
Wahai hati,tabahkah kau menghadapi dugaan. Maira memujuk sendiri dan taksi pun membawa Maira pulang bersama sebuah peristiwa yang tidak dapat di lupakan.

Seperti biasa seawal pagi Maira bangun,bersolat dan bersiap-siap untuk ke pejabat, hari ini pun dia kena pergi bersendirian kerana Laili masih deman. Dia perlu keluar cepat, kalau cepat tak perlu berebut-rebut untuk dapatkan bas. Seksyen 17 bukanlah jauh sangat dari Kuala Lumpur, tapi kalau jalan jem boleh jadi sampai pukul 9. 00 pagi ke pejabat. Maira mencapai handsetnya yang tiba-tiba berbunyi.
“Hello,Assalamualaikum!” sapa suara yang amat dirindui.
“Waalaukummusalam, abang sihat?”
“Sihat, tapi mana As pergi, satu hari Abang telefon tak berjawab?” Hasrie bertanya dalam kerisauan.
“Alah, handset As tercicir dekat kedai tempat As bekerja tu, Abang kat mana ni?,”
“Masih kat rumah,tengah bersia-siap untuk pergi pejabatlah ni . As lunch time nanti kita jumpa ,Abang rindulah!”
“O.k , tempat biasa, As tunggu Abang, jangan lambat tau, kalau tak As tinggalkan Abang”
“Baiklah sayang, jumpa nanti”
“Bye :” Maira Asmara mengakhiri perbualan dengan suara yang riang, Hatinya kembali berbunga girang umpama bunga kembang pagi.Jiwanya kembali bersemangat, saat itulah yang ditunggu agar ada seseorang yang dapat mendamaikan hati dan perasaannya.

Angin pagi yang dingin berhambus lembut menyapa kulit dan wajah . Sesekali Maira memeluk tubuhnya bila angin dingin yang nakal itu mencium tubuhnya. Kenderaan mula bertali arus, tapi kenapa bas yang ditunggu tak kunjung tiba. Maira mula rasa tidak betah duduk menunggu bas yang akan membawanya ke destinasi. Kalau bas tak tiba juga dalam masa 20 minit lagi dia akan naik teksi. Tiba-tiba sebuah Proton Wira berwarna biru berhenti tepat di
kawasan bas menurun dan mengambil penumpang Maira kehairanan,ada juga orang yang tidak tahu undang-undang, pemandunya menurunkan cermin kereta dan menjengukkan kepala.
“As!” sapa Hasrie sambil tersenyum, dia tahu tentu Maira Asmara tidak menyangka dia akan terpacak di situ.
“Eh, abang, ingat siapa tadi!”
“Jomlah naik cepat, abang hantar”
“O.k “ riangnya hati tidak terkata, kekasih dinanti sudah tiba. Maira meluru masuk ke dalam kereta.
“Mana abang dapat kereta ni?”
“Belilah takkanlah abang curi” Hasrie pura-pura Marah, Maira tersengeh mengerti.
“Bila beli? Maira masih tidak berpuas hati.
“Semalam, untuk As juga,senanglah abang nak bawa As jalan-jalan”
“Entah ya entah tidak” Maira mencebik bibir dalam senyum.
“ Kenapa tak percaya ke?”
“Bukan tak percaya pada abang,tapi tak percaya pada gadis-gadis sekarang,pantang yang berkereta, hah, mulalah nak menempek dan menghimpit. Abang tu bukannya tahan kalau dah kena himpit”
“Ha....ha.....ha....ha..... ini kes cemburulah ya ?
“Yalah,cemburu tu kan tandanya sayang”
“Kalau sayang abang kenapa As tak nak terima lamaran abang?” Maira tersentak.Dia tahu
Hasrie sengaja mengheretnya untuk membincangkan permasaalahan yang tak pernah selesai dari dulu.
“Abang, bukankah kita dah bincang sebelum ini, berilah As masa untuk As selesaikan
masalah keluarga dulu “ berkali-kali itulah yang sering dipinta dari Hasrie, sebuah pengertian
tentang tanggungjawabnya.
“ Tapi As, mak abang tu selalu mendesak,abang pun dah tak tahu alasan apa lagi yang
harus abang berikan pada mak,lagipun As tahu abang ni dah tua. As nak abang ni tumbuh kulat
atau cendawan baru nak kahwin?”
“Kalau abang dah bercendawan nanti As kutip buat gulai lemak cendawan,sedap tau”
terkekeh-kekeh Maira ketawa.
“Abang sunguh-sungguh ni bukan buat lawak”
“Alah merajuklah pula pak cik ni ........buruklah “
“Apa, As panggil abang pak cik?” Hasrie mengjegilkan mata, Maira masih ketawa.
“Yalah.......abangkan kata abang dah tua”
“Huh.........loya buruk betullah, asyik kenakan abang saja,tak apa, tunggulah giliran abang
pula” Sebaik saja mereka sampai di Jalan Masjid India, Hasrie menurunkan Maira di tepi jalan
dan Maira hanya perlu menyeberangi jalan untuk ke pejabatnya.
“Asalamualaikum”
“Waalaikummusalam” Maira menjawab sambil memerhatikan kereta Hasrie yang mula bergerak.



No comments:

Post a Comment