ANAK MAK
Alangkah susahnya bersuamikan orang masih lagi berada dibawah ketiak mak,tak habis-habis dengan keputusan mak, seolah-olah dia tak punya pandangan dan tak berupaya untuk berfikir langsung menguruskan rumahtangganya sendiri. Saya ada seorang kawan yang berada dalam dilema demikian. Telah berkahwin selama dua tahun dan sudah memiliki seorang cayaha mata lelaki. Masalah yang sering dia diluakan ialah suaminya tidak mahu pindah keluar dari rumah mak. Alasannya senang saja ,takut tak dapat menjalani kehidupan yang lengkap. Maklumlah selama ini sejak lahir hingga bekerja, dia tak pernah hidup sendiri,segala keperluannya dipenuhi oleh ibu dan bapa. Sehinggalah sekarang,sudah beranak pinak pun dia masih menerima bantuan dari keluarga.
Bila kawan saya meminta untuk keluar dari rumah tersebut dan duduk menyewa berasingan,ibu dan bapa mertuanya pula yang merasa khuatir dengan kebolehan anaknya menyara anak dan isteri. Mampukah anaknya membeli itu dan ini untuk anak dan isteri?, penyudahnya permintaan hanya tinggal permintaan. Suaminya hanya mendengar apa yang mak dia cakap,maka makan nasi berulam jantunglah dia, hari demi hari dan bulan demi bulan seterusnya berganti tahun.
Setiap kali saya berjumpa dengan pasti ada cerita yang tak ceria,memang patut pun, masih ada perkara yang belum lunas. Saya sering memberi pendapat kepadanya, bawalah berbincang dan berunding, bercerita dari hati ke hati tentang kemelut perasaan yang sedang dia hadapi. Sesetengah lelaki memang begitu ,suka mengambil ringan dalam sesuatu masalah, jadi kita sebagai isteri kenalah mengambil peranan untuk memahamkan suami. Adakalamereka bukan tak faham,tapi buat-buat tak faham kerana malas nak memikirkan hal-hal yang kecil dan kesampingan. Sedangkan pada kaum wanita hal-hal yang titik bengik itulah yang merobek hati dan perasaan isteri.
Dalam hal ini, bila suami terlalu manja dan melebihkan maknya dari pada isteri,maka separuh kepercayaan pada isterinya hilang. Sememang dan sewajibnya sebagai seorang anak suami mesti melebihkan mak berbanding isterinya, kalau tidak dia akan menjadi seperti sahabat Nabi Muhammad yang bernama Iqramah,dimana dia susah untuk mengucapkan dua kalimah syahadah ketika nazaknya sedangkan dia seorang ahli ibadat. Rasullullah menyuruh para sahabat mengumpul kayu api untuk membakarnya bilamana ibu kepada Iqramah tidak mahu mengampunkan anaknya. Setelah ditanya apakah kesalahan Iqramah sehingga demikian balasanya. Maka beritahulah si ibu,bahawa Iqramah sering melabihkan isterinya dalan setiap hal, maka ibunya terasa hati. Setelah dinasihatkan oleh Raullullah si ibu pun mengampunkan anaknya dan akhirnya si anak dapat mati dalam kelimah syahadah.
Keadaannya di sini,hak sebagai seorang isteri tetap ada, dan hak kepada ibu juga tidak boleh dipinggirkan. Hak sebagai isteri dalam mendidik anak ,memasak untuk suami dan anak-anak menguruskan kewangan keluarga,mendapat sebuah tempat kediaman yang sesuai dengan keadaannya dan lain –lain yang bersangkutan dengan kehidupan berkeluarga dan boleh mewujudkan keluargaku syurgaku tidak boleh diambil ringan oleh suami.
Tetapi akan tercapaikah impian si isteri untuk mendapat keluarga bahagia sekiranya sebahagian dari tugasnya telah diambil alih mak mertua. Kadang-kala mak mertua yang terlalu baik pun boleh menimbulkan masalah kepada isteri,apatah lagi kalau mak mertua yang jahat mulutnya.
Apa anda rasa kalau tugas anda mendidik dan mengajar anak telah diambil alih oleh ibu mertua,anda tidak lagi berkuasa untuk menegur dan memarahi setiap kelakuan anak anda. Bila anda membuka mulut untuk menegur si anak pasti ada suara nenek yang back up. Pasti anak-anak anda akan keliru,manakah yang betul dan manakah yang salah.
Kenapa mak mertua perlu merebut kasih anak sendiri,cemburu dengan menantu dan mengongkong si anak,sehingga tiada ruang untuk isteri. Kalau macam tu tak payahlah beristeri sekiranya memiliki isteri hanya untuk teman tidur. Apa suami ingat isteri itu sebagai tiang lampu?,tiang elektrik?,atau batu jalan?,batu kapur atau batu nesan? yang tak berperasaan. Kalau sayangkan anak simpan saja di rumah biar bujang terlajak sampai berkulat.
Suamiku!, cintai daku seadanya aku,aku perlukan sebuah kehidupan yang sempurna, sebuah keluarga yang bahagia,yang jauh dari tangan-tangan asing yang mencampuri urusan rumah tanggaku. Aku ingin membentuk keluargaku mengikut acuanku sendiri. Aku teringin sekali memasak makanan kegemaranmu dan mengurutmu bila kau rasa perlu. Bergurau senda tanpa batasan dan waktu. Tapi bilakah aku akan rasai semua ini sekiranya hidupku tiada privacy .
Aku tidak mengimpikan sebuah mahligai kayangan,yang aku mahu cukuplah suatu tempat untuk kita anak beranak beradu kasih, cukuplah ada nafkah zahir dan batin, itulah syurgaku. Suamiku!, bertanggungjawablah ke atas diriku dan anak-anak, kerana perkahwinan adalah suatu amanah besar dari Allah yang dipertanggungjawabkan dan perlu dipikul oleh suami isteri.
Suamiku!, pernahkah kau mendengar Rasulullah s,a,w bersabda” Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang baik (solehah),tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang baik” (Riwayat al-Baihaqi)
SEBAB-SEBAB KENAPA PERLU HIDUP BERASINGAN
1. Pravacy- seseorang isteri memerlukan tempat yang pravarcy untuk diri dan
keluarganya , tanpa ada gangguan dari mana-mana pihak dan melihat apa yang dia lakukan. Kerana dalam hidup berkeluarga ini ada perkara yang perlu kita kongsi dan
ada pula sesetengah benda tidak patut orang lain tahu.
2. Menjaga aurat- tentu si isteri akan berasa tidak selesa dan rimas ,kalau sentiasa bertudung lingkup semasa berada di dalam rumah. Demi menjaga aurat ,si isteri terpaksa berbuat demikian. Isteri juga perlu memakai pakaian yang selesa untuknya dalam keadaan mengurus rumah tangga semasa berada di dalam rumah, tak kiralah pakaian itu seksi atau tidak
3. Menjaga kemesraan suami isteri- bila tinggal bersama keluarga, kemesran antara suami isteri , menjadi terbatas, mungkin timbul perasaan malu untuk bergurau senda di hadapan keluarga. Seperti kita tahu, gurau senda membawa bahagia.
4. Isteri mudah mendapat stress , apa tidaknya kalau isteri setiap masa dan ketika selalu
isteri terpaksa menahan dan menelan saja api kemarahan yang tak dapat diluahlan.
Untuk bergaduh dan bertengkar terasa malu dengan mertua, sedangkan melepaskan kemarahan adalah seni untuk menghilangkan stress. Melegakan stress adalah penting kerana stress boleh membawa pelbagai penyakit.
5. Membina institusi keluarga sendiri- institusi kekeuargaan yang mantap dan kukuh perlu dibina dari bawah dengan asas kasih sayang dan keharmonian rumahtangga. institu ini perlu ada ibu dan ayah yang setiasa memantau dan mengawasi setiap pergerakan anak-anak
PANAS BARAN
Bila kita menyebut perkataan panas baran, mungkin tergambar dihadapan mata kita akan watak-watak orang yang panas baran dengan wajahnya yang bengis,muka merah tanpa senyum dan mulut yang menbebel-bebel memarahi sesuatu. Sungguh buruk dan memualkan. Pepatah melayu mengatakan panas baran adalah lebih buruk dari nasib malang yang menimpa seseorang dan dalam banyak kelakuan atau sifat manusia yang keji dan amat membinasakan ialah panas baran.
Panas baran ialah sejenis penyakit bagi orang-orang yang tidak sabar. Orang yang pans barang selalunya meluah melalui kata-kata dan perbuatan. Bila sesuatu perkara berlaku tanpa sempat berfikir orang yang panas baran akan bertindak. Kadang-kadang baru saja beberapa minit dia akan menyesal dengan apa yang telah dia lakukan. Mungkin dia tidak bercadang pun untuk menyakiti atau mengguris perasaan orag lain.
Penyakit begini kalau dihidapi oleh suami, maka kesannya akan melibatkan seluruh ahli keluarga. Isteri dan anak-anak sentiasa menjadi mangsa keadaan. Apa yang ditakuti ialah penyakit yang tak berjangkit ini boleh merosak system kekeluargaan yang anda telah bina. Sesiapa pun akan merasa jemu dan bosan hidup dengan orang yang panas baran jika pantang salah sikit pasti ada hadiah yang diterima.
Bagaimana suami boleh mengatakan cinta dan sayang pada isteri,sedangkan dalam masa yang sama suami sering kali menyakiti hati dan perasaan isteri dan mungkin juga suami menjatuhkan tangan ke pipi mulus isteri ataupun sepak terajang yang isteri dapat. Dimanakah istilah cinta itu dapat diterap dan diadun untuk menjadi sebuah istana cinta yang bahagia.
Sebenarnya panas baran akan membuat hidup kita seperti berada dalam neraka, begitu juga dengan orang yang berada di sekelilingnya. Isteri, anak-anak dan mungkin juga jiran-jiran yang tinggal berhampiran, sebab bila si panas baran mengamuk dia tidak akan meluahkan perasaannya dalam keadaan terkawal atau perlahan, tapi dia akan menjerit dan memaki hamun seenak-enaknya, .Jadi tempiasnya juga terkena kepada jiran yang merasa terganggu dengan situasi tersebut.
Panas baran banyak memberi kesengsaraan kepada diri sendiri berbandig dengan orang lain, kerana api kemarahan yang sentiasa kita nyalakan adalah merupakan peracun diri. Bila kita sentiasa berada dalam keadaan marah ,kita tidak akan merasa tenang dan bahagia, api kemarahan sentiasa menyala, menyebabkan orang di sekeliling kita juga akan memarahi dan memusuhi sifat buruk kita. Dengan itu konsep kesefahaman dan kedamain sudah tidak wujud lagi.
Hidup ini terlalu singkat untuk kita membenarkan rasa marah ,dendam kesumat dan benci bertapak di ruang hati , kerana ianya akan menambah masalah dan kesulitan yang sudah sedia ada. Sesungguhnya tidak ada satu keberuntungan pun dengan mengekalkan panas baran menguasai diri anda.
APA YANG ISTERI MAHU
1. Suami yang banyak bersabar, tidak cepat melatah, sentiasa berfikir dahulu sebelum bertindak. Didalam hadis pun ada menyebut lelaki dikurniakan Sembilan akal dan satu nafsu. Manakala wanita pula diberi satu akal dan Sembilan nafsu. Jadi sebelum suami bertindak,cuba berfikir dahulu sebelum meluahkannya.
2. Suami berazam untuk membuang sifat panas baran tersebut, dan gantikan dengan sifat keriangan dan kasih sayang serta kesabaran, kerana sifat tersebut adalah umpama mentari yang sentiasa menyinari alam ini. Dan kita juga akan kelihatan lebih muda dan berseri kerana sering mempamirkan wajah yang beraseri dan ceria.
3. Bimbinglah isteri dengan tunjuk ajar yang baik. Seorang suami yang baik tidak mudah marah dan melatah jika sekiranya isteri tidak faham dan tahu dalam satu- satu hal, keupayaan berfikir dan menerima matlumat seseorang itu berbeza-beza dan berbagai. Apa yang selalu isteri harapkan ialah suami janganlah terlalu cepat mengamuk, marah dan sumpah seranah dengan mengatakan bebel, bodoh, bahlol,bangang,tak ada otak, tak sekolah dan bermacam-macam lagi perkataan yang mengguris hari dan mencalar perasaan. Janganlah suami memanggil isteri dengan perkataan sedemikian, apatahlagi di hadapan akan-anak. Kalau bukan suami yang menjaga maruah dan air muka isteri ,siapalagi yang akan menjaganya.
4. Suami , sabarlah dengan karenah isteri. Walau sehebat mana seorang isteri ataupun sekuat mana jiwanya dia tetap seorang yang lemah dan memerlukan perhatian seorang suami. Mungkin didalam mencari perhatian suami akan terlahirnya karenah-karenah yang tidak disenangi oleh suami tanpa disedari oleh si isteri sendiri. Jadi suami hendalah sentiasa peka akan hal disekeliling isteri atau kenapa isteri bertindak demikian dan sebolehnya cuba melayani kerenah isteri dengan baik selagi ianya tidak bertentang dengan syarak.
5. panas baran merosakkan mood untuk berasmara,ada ke patut siang kena marah, bila malam kena cari.
No comments:
Post a Comment