BAB 10
Ahli qariah mula hadir di rumah Pak Man, ramai juga yang datang sehingga tak muat rumah. Bacaan doa dan tahlil di mulakan, manakala kaum ibu sibuk menyusun dan mengatur hidangan untuk dibawa keluar. Banyak lauk pauk yang dimasak oleh Mak Piah dan jiran-jirannya,kecur seleranya bila melihat sambal udang dengan petai,tak sabar rasanya nak menjamu selera.
“Kak,tengok tu, handsomenya orang tu,siapa agaknya, Imah tak pernah nampak pun dia kat kampung ini” Imah anak ke dua Pak Man yang berusia 18 tahun itu mencuit bahunya sebaik saja dia mengintai di balik langsir. Teruja juga Maira ingin melihat siapaka jejaka yang Imah maksudkan itu.
“Mana, tak nampak pun?” hai....tak malu anak dara mengintai.
“Tu hah,...yang pakai baju melayu putih tu, yang duduk dekat dengan abah tu”
alamak.......rasa nak pitam Maira seketika. Melabuk jantung Maira melihat Fansuri ada dalam majlis itu , buat apa dia datang?,rasa macam tak percaya Fansuri boleh datang ke majlis ini,sebab kalau nak di katakan dia rapat dengan Pak Man taklah pula ,tak macam Abang Sham yang rapat dengan sesiapa saja.Tapi kira bagus jugalah sebab dia menghargai orang yang bekerja dengannya.
Betul kata Imah, Fansuri memang kacak dengan baju melayu tersebut, bagaikan pengantinlah pula . Maira tersenyum sendiri Selepas majlis makan-makan,para tetamu pulang yang tingal hanyalah keluarga terdekat saja,tapi Fansuri belum balik, gelisah Maira dibuatnya,dia bercadang menyuruh Pak Man menghantarnya sebaik saja Fansuri beredar, yang peliknya lelaki itu buat bodoh saja,tak nak
balik ke?. Puas Mak Piah memujuknya untuk tidur di rumahnya,bukan tak sudi,tapi dia takut datuk dan datin marah,dapat datang ke sini pun dah kira ok, hiss......lambatnya mamat ni blah.
“Kenapa Maira nampak gelisah saja?” Adam dari belakang menyapa. Maira hanya tersenyum,matanya kadang-kadang mencuri pandang ke arah Fansuri dan Pak Man yang sedang rancak berbual. Maira melihat jam di tangannya, sudah pukul 11 malam. Ah……..dia mengeluhsendirian.
“Maira nak balik,dah lewat ni”
“Kalau begitu jomlah saya hantarkan”
“Tak nak, biarlah Encik Fansuri balik dulu”
“By the way,... apa kata kita sembang-sembang dulu,marilah duduk kat sini” Adam mengajak Maira duduk di kerusi berhampiran dengan meja komputernya. Di sebelahnya rak-rak buku yang tersusun rapi seronoknya Maira bukan main lagi,banyak buku-buku yang menarik. Adam melihat gelagat Maira yang teruja bila melihat buku, agaikan anak kecil yang terjumpa mainan yang banyak.
“Maira suka baca buku?”
“Suka sangat,ini semua buku milik Adam ke ?”
“Kalau Maira suka bacalah” Adam dapat melihat keceriaan dan keseronokan di wajah Maira, tak sangka gadis yang berada di ceruk dapur ada minat untuk membaca dan belajar. Lepas satu-satu buku dibeleknya, semuanya menarik,rasa nak baca semua sekali. Kalaulah dapat berlama-lamaan di sini pasti seronok ,bagaikan berada dalam sebuah perpustakaan ,tak sangka dia akan bertemu dengan orang yang mempunyai minat yang sama dengannya.
“Banyaknya buku Harun Yahya, semua buku tulisan dia Adam ada ke?”
“Taklah semua,tapi kebanyakannya ada, buku yang Maira pegang tu cukup bagus,kalau Maira suka bacalah,tentu seronok”
“Mana sempat habis”
“Adam bukan suruh habiskan malam ini juga, bawalah balik, dah habis pulanglah nanti jangan nak buat harta pula” Maira tersengih dengan usikan Adam. Pandai juga Adam melawak.
“Kalau saya nak buat harta juga, macam mana?”
“Ada satu cadangan, nampaknya Maira kenalah duduk di sini”
“Lalu ke menanggungnya” Maira giat mengusik dan memancing Adam, saja suka-suka.
“Apa pula tak lalunya, bagi saja nasi dengan petai cukup...” besaR ketawa Maira diikuti dengan Adam, suaranya jelas sampai ke luar, Fansuri yang sedang leka bersembang dengan Pak Man pun menoleh, dia merenung tajam ke arah Maira, Maira perasan akan renungan itu lalu dia memperlahankan ketawanya sambil menutup mulut.
“ Jadi Adam tahulah rahsia Maira?”
“Adalah sikit-sikit “ Adam masih tersenyum-senyum, entah apa lagi yang dia tahu mengenai Maira.
“Tak aci lah Pak Man ni, asyik buka rahsia Maira saja , nanti dia” ketawa Maira masih berbaki. Baru saja habis cakap, Pak Man sudah terpacak di hadapannya, belum sempat Maira menggiat,Pak Man dulu membuka mulut.
“Maira, Encik Fansuri ajak balik!”
“Hah.....?.” terpenpan Maira mendengarnya,terlalu asing di telinganya.
di balik wajah tua Pak Man.
“Memanglah Pak Man cadang nak hantar Maira balik, tapi Encik Fansuri cakap tak payahlah susahkan Pak Man,lagi pun nak balik ke rumah yang sama” serba salah Pak Man menerangkannya, dia takut Maira salah faham.
“O.klah kalau pun tak nak susahkan Pak Man,Adam kan ada,bolehkan Adam hantar
Maira?”
“Tak jadi masalah” Adam senyum, memang itu pun dia hendak,dia ingin mengenali Maira dengan lebih dekat.Gadis cantik yang telah mencuri hatinya.
“Tapi Maira, Pak Man takut Encik marah sebab bantah cakap dia” Pak Man lagi resah bila Maira memberi alasan.
“ Alah, Pak Man cakap saja pada dia Maira tak mahu” Adam hanya memerhati dan menilai hati gadis ini. Terkia-kial orang tua itu mengadap Fansuri menyampaikan arahan Maira. Kasihan Pak Man tak pasal-pasal menjadi orang tengah.
Fansuri datang ke arah Maira,wajahnya macam selalu,masam dam garang tanpa senyum. kecut perut Maira melihatnya.
“Jom balik hari dah malam, nanti mama risau” lagaknya seperti seorang abang mengawal seorang adik, Maira terkedu , hatinya bengkak, menyibuk betullah mamat ni, macamlah aku ni adik dia,tak boleh tengok orang senang,dengki!!.....muka Maira masam mencuka, tiada lagi senyum manis seperti tadi.
Pak Man melihat dengan hati yang sedih,dia tahu Maira tak nak tapi tiada pilihan,dia juga tahu Maira takut dengan Fansuri sebab selalu kena tengking oleh Fansuri.Kasihan Maira gadis sebaik itu diperlakukan sedemikian. Adam tercengang tanpa kata, segala angannya musnah, terlepas peluang dia untuk mengenali Maira dengan lebih mesra.Tak apalah lain kali cuba lagi.
“O.klah Adam, Maira balik dulu,buku-buku tu bila dah Maira habis baca Maira kirimkan pada Pak Man tau” berat hati Adam untuk melepaskan Maira pergi. Terlalu banyak perkara yang dia ingin tahu tentang Maira.Adam hanya mengangguk lemah. Setelah Fansuri bersalam dengan Pak Man dan keluarganya dia terus masuk ke dalam kereta menunggu Maira.
“Esok kalau terjadi apa-apa pada saya Pak Man tolong report polis tau” Maira masih sempat berlawak, tapi itulah hakikatnya, dia takut bila berdua-duaan dengan Fansuri,apa-apa pun boleh terjadi.
“Hiss......kamu ni Maira,mula nak merepek-repek, pergilah Encik sedang menunggu “ Pak Man bersuara, hatinya ralat,harap-harap Maira faham dengan kedudukannya.
“Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam”
Sepanjang perjalanan dari kampung Sungai Penchala ke rumah mereka, Fansuri tidak bercakap sepatah pun, mereka dibungkusi suasana sepi dan kaku. Apa malangny nasib Maira malam ini?, terpaksa berdua-duaan dengan si mamat baran ni,terasa perjalanan untuk pulang ke rumah terlalu jauh, jemu Maira berada di dalam kereta tak sampai-sampai juga, padahal waktu datang tadi taklah jauh sangat. Maira mula menguap beberapa kali, dia mencuba untuk tidak tertidur,lalu dijegil matanya bulat-bulat,tapi akhirnya dia tewas ,mata yang bulat tadi layu dan
tertutup juga. Fansuri memandu tenang menyusuri malam, sejak masuk kereta sampai sekarang tidak ada sepatah kata pun dia hemburkan pada Maira,dia tahu Maira marah dan sebal dengan sikapnya,dia juga tahu Maira memang membencinya. Siapa pun akan marah kalau hari-hari kena buli dan yang peliknya dia sendiri tidak tahu kenapa dia suka sangat membuli Maira?. Apakah untuk menghalang rasa sukanya pada Maira?....... Entahlah.......sememangnya dia telah berjanji dengan hatinya dia tidak akan jatuh cinta lagi pada mana-mana perempaun,kerana perempuan adalah semuanya sama,jahat dan suka mengambil kesempatan. Tapi untuk melepaskan Maira balik dihantar oleh Adam Helmi dia tak sanggup, dia tak akan izin Maira naik kereta Adam Helmi lagi. Entah kenapa dia macam tak suka bila Adam datang mengambil Maira tadi?........ Cemburu ke?......mana adalah, tak kanlah dia cemburu, Maira bukan siapa-siapa padanya, dia hanya orang gaji, takkan nak jatuh hati pada orang gaji ...mana ada kelas. Tapi kenapa hatinya sakit bila dia lihat Maira begitu mesra sekali dengan Adam tadi , padahal mereka baru saja bertemu.........entahlah. Fansuri mengeluh sendirian .Dia menoleh ke arah Maira di sebelah.rupa-rupanya gadis itu sudah tertidur. Alanglah comelnya wajah Maira waktu tidur,seperti bayi yang
tidur lena dan mulus.Comel sungguh!!, hati Fansuri mula tersentuh.
NOW SHOWING
OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga.
Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis.
Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima.
Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.
No comments:
Post a Comment