NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Sunday, December 20, 2009

Bab 12 cinta seindah mimpi


BAB 12

Sesampai saja Pak Man ke banglow mewah itu dia terus mencari Maira , seperti biasa Maira akan berada di dapur membuat kerja apa yang patut. Barang ini perlu diserahkan segera sebelum ia terlupa.

“Assalamualaikum!” Pak Man memberi salam sebaik saja melihat Maira.

“Waalaikummussalam, selamat pagi, Pak Man apa khabar?”

“Sihat ,alhamdulillah, ini hah,Mak Piah kamu kirimkan barang” Maira menyambut huluran Pak Man, apa ke benda ni?elok saja bungkusannya.

“Bukalah tengok!” Pak Man menduga , Maira yang teruja mencium sebelum membukanya.

“Wow...bestnya, ingat juga Mak Piah pada Maira ya” bukan main ceria lagi Maira dengan

kiriman dari Mak Piah,dia akan menyimpannya baik-baik agar tiada siapa yang tahu.

Keluarga datin sudah selesai makan dan Maira sudah pun mengemas meja makan. Bila

keluargadatin sedang rancak berbual di ruang keluarga sambil menonton tv perut Maira mula

berbunyi, kriuk-kriuk minta diisi, Maira menekan-nekan perutnya tak tahan dah dengan rasa

lapar ni, tapi bila dia orang nak naik atas ni?,eeee...........lambatnya.

Sebaik saja keluarga datin mula naik ke bilik masing-masing, Maira pun mengeluarkan

bungkusan misteri yang dikirim oleh Mak Piah itu, dia mencium penuh nikmat, selera untuk

makan membuak -buak. Maira mengambil nasi dan sedikit lauk sementara resepi rahsia itu

dibubuh hirisan bawang merah dan lada hijau. Maira makan dengan penuh selera dan nikmat,

hmmm.........tiada tolak banding dengan resepi lain. Tengah asyik Maira menyuap,tiba-tiba tanpa

dijangka Fansuri masuk ke dapur.

“Eeei...........bau apa busuk sangat ni? ..eeyak.........” Fansuri menutup hidungnya dan

menahan dari pada muntah. Maira terpampan tanpa dapat meneruskan suapannya, seleranya

terus terputus dan mati di situ saja.

Fansuri datang ke meja makan dan merenung kehairanan apa yang ada di atas meja. Dia

menceduk beberapa biji benda yang berada di dalam pinggan itu,lalu diciumnya ,

uwek...........busuknya.

“Apa benda ni?” sekali lagi Fansuri mengulang , hati Maira sudah menjadi panas,makanan

yang sedap tadi sudah terasa pasir . Mamat ni memang nak kena. kalau dah hilang sabar aku ,aku

curah biji-biji ni dengan kuah sekali atas kepala kau baru tahu, baru padan dengan muka,

berlagak nak mampus,tak tahu nak hormat orang langsung. Dasar mamat tengeng!!............cipan

tengeng!!.....cipan!.......gampang!!....jerit Maira keras tapi tak pula terkeluar dari kerongkongnya.

Sabar Maira........kau datang sini dengan niat nak kerja.

“Itu keju jeruk dari Belanda”

“Mana ada keju jeruk?”

“ Tau tak apa...” Maira bangun dan mengangkat semua hidangan dan dimasukkan ke dalam

sink, walau pun sayangkan hidangan tadi,tapi nafsu makannya telah tiada . Itulah bodoh sangat ,

walaupun kau cerdik,bijak dalam ilmu perniagaan tapi kau masih bodoh dan jahil dalam

memperkayakan sumber alam,bodohnya kau petai jeruk pun kau tak kenal.

“Boleh awak makan benda yang busuk macam ni?” sakitnya hati Maira dengan kata-kata

itu. Memang mamat ni tak sayang mulu.Karang aku sumbat biji petai ni dalam mulut, baru tahu!.

“Encik, makan benda busuk yang sedap tak mengapa, sebab keluar nanti pun tetap busuk,

kira o,klah,tapi kalau dalam perut dan hati tu dah lama ada benda yang membusuk di dalam, itu

yang Allah marah, sebab dia akan menyusahkan hidup orang lain.” padan dengan muka kau,

kalau kau cerdik kau fahamlah dengan apa yang aku cakap, kalau kau terasa sekali pun aku tak

kisah.

Maira terus meninggalkan dapur dan menuju ke biliknya. Kalau ikut kebiasaannya dia

dia akan menyiapkan semua dia masuk bilik. Masuk saja dalam bilik Maira terus meng-

menghempaskan badannya ke atas tilam,sedih bertebaran di mana-mana.Apalah yang dibencikan

sangat dengan aku ni? Adakah wajah aku ni sama dengan bekas tunangnya dulu?. Oh,.....tuhanku

tabahkanlah aku untuk seketika masa lagi.

Maira mencapai kertas dan pen lalu mencoretkan di dada kertas, meluahkan apa yang

terbuku dan segala kepedihan yang dirasakan.

“Yong suka sangat makan nasi dengan petai,tak busuk ke?” Adila bertanya bila melihat

Maira yang begitu bersemangat menyuap nasi ke mulut,maklumlah petai rebus dengan sambal

belacan,ikan kembung masak lemah cili padi satu pasangan yang ideal.

“Mana ada busuknya,penambah selera adalah”

“Yong ni kalau dapat makan nasi berulamkan petai, hah.....tak ingat dunia” mak

menyampuk.

“Yong, esok-esok tak ada orang nakkan Yong kalau orang tahu Yong ni hantu petai,tak

ada kelas”

“Yong pun nak interview dulu calon suami,makan petai ke tak?, kalau tak permohonan

ditolak” semua ahli keluarga ketawa walaupun sedang menjamu selera.

“Yong,....yong...kalau bercakap nak menang saja” abah pula menambah.

“Betul apa abah, jangan disebabkan tak suka petai boleh runtuh rumah tangga”

“Kalau dah suka makan sajalah ,tak payah nak cipta alasan” mak menggiat,Yong hanya

terkerising manakala abah dan adik-adik ketawa melihat telatah Yong.

“ Abah tau tak,petai ni sebenarnya boleh buat ubat,ubat kencing manis”

“Yang abah tahu bila abah makan sakit seluruh badan,sebab petai tu angin”

“Mungkinlah agaknya,sebab bila dah berumur macam ni semua benda pun dah tak boleh

makan” mak mencelah dan Yong mengangguk setuju.

Alangkah indahnya kenangan lalu, walaupun hidup susah tapi dalam hati ada rasa bahagia,

macam manalah keadaan mak sekarang?,rindunya nak jumpa mak.Wajah mak terbayang diruang

mata, Maira mencapai handsetnya lalu mendail.

“Assalamualaikum mak”

“Waalaikumussalam, Yong ke ni?”

“Ya mak, mak apa khabar?”

“Tak berapa sihat ,demam selsema sikit, yong apa khabar?”

“Mak dak makan ubat?”, Maira mula risau dan susah hati, patutlah hatinya rindu sangat

pada mak.

“Dah. Mak dah pergi klinik pun. Esok baik lah ni,tak payahlah Yong risau”

“Yong belum tidur lagi ke?”

“Belum rindukan mak dan adik-adik”

“Kalau rindu baliklah kampung,dah lama Yong tak balik,orang lain pun kerja juga tapi ada

masa untuk balik kampung” terpukul Maira dengan keyataan Mak, sebab selalu sangat Maira

memberi alasan sibuk dengan kerja,memanglah kerja di rumah datin ni mana ada cuti.

“O,klah mak mungkin hujung bulan nanti Yong balik”

“Baguslah tu adik-adik tu dah rindu sangat pada Yong. Baliklah kami tunggu!” sayunya hati

Maira dengan permintaan mak.Terbayang wajah mak yang sentiasa kelihatan tenang,bagaikan

terdengar suara mak yang lembut dan usapan mak yang membahagiakan. Mak!!.........maafkan

Yong kerana menyembunyikan sesuatu.









BAB 13

Hari pertama cuti persekolahan semester. Nadia dari petang semalam sudah berada di


rumah datin Dengan adanya Nadia rumah itu menjadi terang dan bercahaya,riuh dengan suara


hilai ketawa Nadia. Malam tadi beria-ria dia nak tidur dengan Maira. Abang Sham terpaksa


mengalah dengan permintaan puteri kesayangannya. Bukan main seronok lagi Nadia


sehinggakan tak mahu tidur ,letih Maira bercerita, lepas satu cerita sambung cerita lain pula,


akhirnya kedua-dua tertidur tanpa sedar.


“Selamat pagi kakak!” terpacak anak kecil yang baru bangun dari tidur.


“Dah mandi ke belum?”


“Belum” Nadia menghulurkan tangannya minta dipeluk.


“Emm......bucuknya anak siapa ni hah?”


“Anak papalah..


“Kalau anak papa dia mesti baik, dia mandi dulu, gosok gigi dan pakai baju cantik,lepas tu


boleh sarapan pagi bersama dengan nenek dan tok wan”


“O.K, tapi kakak kena janji, rancangan kita malam tadi mest jadi?” membuntang mata


Maira mendengarnya. Tak sangka anak kecil itu masih mengingatinya.


“Boleh ya kak?” berulang kali Nadia memujuk dan meminta kepastian,selagi Maira tidak


mengiakan selagi itulah dia tidak mahu melepaskan pelukannya.


“O,k , kita tanya papa dulu” akhirnya Maira mengalah, tak sampai hati menolak


permintaan anak kecil yang kehilangan kasih ibu itu.


“Sayang kakak” sebuah ciuman singgah di pipi Maira dan Maira ketawa bahagia. Bibik Ina


menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah Nadia,dia sudah masak dengan perangai Nadia,


kalau nak kan sesuatu, mesti dapat , kalau nak yang itu ,itu juga tak boleh diganti dengan yang


lain . Bibik Ina mengikuti Nadia ke biliknya.


Hidangan sarapan pagi sudah tersedia di atas meja terutamanya hidangan istimewa si kecil


itu,cucur jagung adalah kegemaran Nadia,selalunya kalau Nadia nak datang Maira akan membeli


jagung untuk di buat cucur.. Sama macam Maira waktu kecil dulu, mak selalu buat cucur jagung


untuknya. Kadang-kadang Maira akan merajuk setengah hari kalau mak tak sempat membuat


cucur jagung untuknya eee..........buruknya perangai aku. Maira tersenyum sendiri.


“Non, tolong aja rin gi mana sih mau bikin cucur jagung” bibik Ina mengejutkan lamunan

Maira.

“Oh, senang saja bik, mula-mula asingkan jagung dari tongkolnya kemudian blend kan


ikan bilis bersama dengan bawang besar , cili kering , gula , garam dan sedikit baking


powder . Lepas tu campurkan tepung gandum, satu biji telur dan hirisan daun bawang dengan


ramuan yang telah diblend tadi. Kemudian goreng dalam minyak yang panas.”


“Bibik lagi pusing disuruh Nadia bikin itu cucur sama macam Non buat, kalau engak sama,


Marah terus,engak mau makan “ Maira ketawa mendengar rungutan bibik, mungkin teruk bibik


dikerjanya. Memang Nadia anak yang cerewet, cukup payah untuk menyenangi seseorang,


perangainya sama dengan perangai uncle Fan nya,tak pula diikut perangai papanya yang mudah


mesra dengan sesiapa saja. Tapi Maira bersyukur, Nadia tak pula cerewet dengannya malah


terlebih manja, Maira tersenyum sendirian.


Sebelum wayang bermula mereka singgah dulu di supermarket untuk membeli makanan


dan minuman serta kudapan. Nadialah yang paling seronok, ke sana ke mari mengambil


itu dan ini, agaknya semuanya nak dibeli, tersenyum Maira melihat gelagat Nadia, hatinya puas


dapat memberi secebis rasa bahagia kepada anak kecil itu. Mudah-mudahan Nadia selalu


bahagia,doa Maira dalam hati


Bila wayang bermula Maira dan Nadia ketawa terkekeh-kekeh melihat lakonan kanak-


kanak dalam wayang. Abang Sham juga ketawa, tapi Abang Sham ketawa kerana melihat Maira


ketawa. Maira tak sedar pun yang Abang Shan asyik memerhatikannya, fikirannya hanya


tertumpu pada layar dihadapan . Maira gelak lagi, kali ini lagi kuat, Abang Sham hanya


tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala, dalam hatinya berkata telatah Maira kadang-


kadang seperti anak remaja. Bila wayang tamat mereka beriringan keluar dari panggung. Di


wajah Maira masih terbayang rasa puas,seronok dan gembira, begitu juga dengan Nadia.


Mereka singgah ke Restoran KFC untuk makan tengah hari , suasana agak tenang tak ramai


pengunjung yang masuk.


Abang Sham memilih tempat yang agak terlindung dan privacy. Maira menurut


saja ,mana-mana pun boleh asalkan selesa.


“Kakak, bestkan cerita tadi?” Nadia bersuara, mulutnya penuh dengan makanan.


“Tak baik bercakap sewaktu makanan penuh dalam mulut, nanti boleh tercekik” Maira


menggosok-gosok belakang Nadia dengan penuh kasih sayang.


“Opss....sorry “ Nadia menutup mulutnya, Maira senyum melihat Abang Sham yang


sedari tadi melihat telatah mereka berdua.


“Macam tulah anak yang baik. o.k makan dulu lepas tu kita sembang” Nadia mengangguk,


patuh benar dia pada arahan Maira.Abang Sham masih senyum macam biasa, tapi dalam hatinya


bagaikan bergelora, jantungnya berdegup kencang, mampukan dia meluah apa yang terpendam


selama ini?,apakah reaksi Maira?. Menerima atau menolak?.Abang Sham menjeling Maira yang


sedang makan dengan tenang dan sopan. Siapa tahu gadis yang sedang makan dengannya ini


hanyalah orang gaji dan kalau Maira mengaku sekali pun tiada siapa yang akan percaya. Kalau


dilihat dari segi perwatakan dan gaya Maira seperti seorang yang berkerjaya dan berkarisma,


cara dia bercakap, bergaul dan buah fikirannya bukanlah seperti orang kampung yang tak tahu


apa-apa, kadang-kadang Abang Sham tertanya-tanya siapakah Maira?, walau pun Maira


mengatakan dia datang dari kampung dan ingin bekerja sebagai orang gaji. Ah,...tak kisahlah


siapa dia yang pentingnya aku sayang padanya dan Nadia juga suka pada Maira. Bukan senang


Nadia nak suka pada seseorang, pernah dia memperkenalkan kawannya pada Nadia,tapi siang-


siang lagi Nadia menolak.


“Eh. Papa, kenapa tak makan?” lamunan Abang Sham terputus oleh suara Nadia, Maira


menoleh.Dia melihat makanan Abang Sham belum lagi terusik.


“Kenapa ,Abang Sham tak sihat ke?”


“Tak ada apa-apa, makanlah” Maira menyudahkan suapannya, tanpa mengetahui apa yang


terbuku di hati Abang Sham, Maira seakan tidak mahu mengerti dan tidak pernah cuba untuk


mengerti tentang perasaan yang Abang Sham rasai selama ini. Selepas makan mereka


bersiar-siar di KLCC uria seterusnya sembahyang di Masjid Al Rahman. Selesai


sembahyang zohor Nadia mengajak papanya dan Maira bermain-main di taman permainan .


Seronoknya Nadia bukan main lagi, ke sana ke sini tanpa henti. Maira melihat gelagat


Nadia dengan penuh perhatian,kasihan walaupun hidup di bandar, tapi anak ini jarang sekali


dibawa keluar oleh papanya kerana alasan sibuk dan tak ada masa,lihatlah Nadia bagaikan rusa


masuk kampung.


“Abang Sham tengoklah Nadia tu ,macam orang kampung masuk bandar”


“Ya lah, abang tahu,abang salah.Selalu sangat sibuk dengan kerja sampai tak ada masa


untuk anak sendiri”


“Abang tak boleh biarkan perkara ini berterusan, tak baik untuk perkembangan


seorang kanak-kanak, kasihan dia, terlalu banyak perkara yang Nadia terlepas, sudahlah


dia tak dapat kasih sayang seorang ibu,papanya pula sentiasa sibuk dengan kerja” Abang


Sham merenung wajah Maira yang ayu, memang benar kata Maira terlalu banyak masa


bersama Nadia dipersiakan. Abang Sham menarik nafas dalam-dalam.


“Abang janji, lepas ni abang akan sentiasa luangkan masa untuk Nadia”Maira senyum


puas dengan janji Abang Sham, sedangkan Abang Sham tengah kalut dengan perasaan sendiri,


dalam diam dia mencari kekuatan untuk memulakan bicara , biarlah hari ini semuanya selesai


di sini, dia tidak mahu menanggung lagi rasa yang tiada kesudahan ini,biar Maira tahu dan


mengerti. kalau padi katakan padi tidaklah aku tertampi- tampi.


“Maira, abang cakap sikit boleh?”


“Eh, sejak bila pula abang nak cakap kena minta izin dari Maira?” Maira mengangkat


keningnya bila melihat Abang Sham resah semacam saja.


“Maira jangan marah kalau abang tanya sesuatu ye?”


“Depent pada jenis soalan”


“Kalau macam tu tak payah cakaplah”


“La, abang ni macam budak-budak,cakap ajalah, Maira tengah dengar ni” Maira menanti


Abang Sham mengeluarkan butir bicaranya sambil membetulkan tudung agar tidak ada anak


rambut yang keluar.


“Maira, sudi tak jadi isteri abang?, abang sayangkan Maira.Sejak pertama kali jumpa Maira


abang dah jatuh hati, jatuh cinta dan abang ingin abadikan Maira dalam hati abang” akhirnya


terlucut juga kata-kata keramat yang disimpan dalam hati selama ini. Buntang mata Maira tanda


terkejut,bukan lagi terkejut beruk tapi terkejut gorila,nasib baik tak pengsan. Itu kah benda yang


membuatkan Abang Sham resah semacam?, Maira perasan tapi dia buat tak tahu . Abang Sham


menatap wajah lembut Maira, dalam dadanya berdebar kencang, menanti patah kata yang akan


keluar dari mulut Maira, apa-apa pun biarlah berpihak kepadanya.


“Abang Sham cuba pandang mata Maira” Maira mencari kekuatan setelah lama


membiarkan soalan Abang Sham tergantung. Abang Sham merenung bmata galak Maira,


alis matanya yang lentik , anak mata yang bersinar dan yang paling Abang Sham tak tahan bila


Maira menjeling. Sungguh Abang Sham tergoda.


“Abang, walau apa yang Maira lafazkan nanti,biarlah ianya tidak menjejaskan hubungan


kita selama ini” cukup berhati hati Maira menuturkannya takut ada hati yang tercalar.


“Maafkan Maira abang, Maira tak dapat terima abang” bagaikan diragut keras jantung


Abang Sham bila mendengarnya, seluruh nadinya terasa terhenti.


“Kenapa, Maira dah ada orang lain ke?”


“Tak, tak ada sesiapa pun dalam hati Maira. Selama ini Maira anggap Abang Sham seperti


abang kandung Maira,Maira tak pernah ada abang dan ayah pun dah tiada. Datuk, bapa saudara,


sepupu pun tiada. Bila Maira jumpa abang , Maira rasa seronok sangat, Maira dapat merasai


kasih sayang seorang abang. Maafkan Maira bang, jangan putuskan kasih sayang seorang adik


kepada abangnya. Maira rasa itu lebih berharga dan bahagia dari sebuah percintaan” hampir


menangis Maira meluahkannya.Wajah yang tadi ceria bertukar sendu dan sayu.Ralat rasa hati


Abang Sham melihatnya.


“Maafkan abang Maira, abang terlalu mengikut perasaan,kalau itu yang Maira mahu abang


akan belajar untuk menyayangi Maira seperti seorang adik”


“Abang tak salah apa-apa pun, abang berhak untuk meluahkan apa yang ada dalam hati


kerana itu hak abang. Sebenarnya Maira yang salah kerana memberi abang jatuh hati pada


Maira” , Siapa pun akan jatuh hati pada mu Maira, dengan pakej lengkap yang ada pada mu


membuatkan aku merasakan kaulah wanita yang aku tunggu selama ini. Tapi apakan daya,hati


kau bukan untukku. Kupasrah kalau itu yang kau mahu.


Bila mereka sampai ke rumah hari sudah petang,bermakna mereka telah berjalan seharian.


Lepas bermain-main dan bersiar-siar di taman KLCC tadi mereka masuk balik ke bangunan


berkembar Petronas untuk membeli-belah di Isetan dan Suria KLCC. Sekali keluar bukan main


lagi Abang Sham berbelanja. Maira seronok membantu memilih baju untuk Abang Sham dan


Nadia, Abang Sham juga menghadiakan Maira baju yang sangat cantik.


“Uncle Fan!” Nadia menjerit keriangan , sebaik saja kereta berhenti Nadia terus berlari ke


arah Fansuri yang berada di hadapan rumah, tangannya didepakan minta dipeluk, seketika saja


Nadia telah berada dalam pelukannya.


“Nadia pergi mana tinggalkan Uncle Fan seorang?”


“Nadia pergi tengok wayang dengan kakak dan papa?”


“Seronok tak ceritanya?”


“Best sangat,kenapa uncle tak ikut?”


“Tak ada orang ajak uncle pun”


“O,k, lain kali Nadia suruh kakak ajak uncle” sebuah ciuman singgah di pipi Fansuri,


hatinya seronok dengan adanya Nadia, rumah yang besar itu tidak lagi sunyi dan sepi. Nadia


berlari masuk ke dalam rumah mencari nenek dan datuknya.


“Fan dah lama ke balik?” Abang Sham bertanya sebaik saja bersalaman.


“Dah lama”

“Tadi Fan kemana?”


“Jumpa client kat PutraJaya”


“Hai, hari minggu macam ni pun jumpa client juga?”


“Terpaksa bang, client tu datang dari Jakarta, hari ini saja masa yang dia ada”


“Fan jangan kerja kuat sangat, bawalah berehat atau pun bercuti, dah lama sangat Fan tak


bercuti, lagi pun kerja kat pejabat tu kalau nak ikut tak akan habis”


“Tengoklah bang” Fansuri membuntuti Abang Sham masuk ke dalam rumah. Maira masih


memunggah barang-barang yang ada dalam kereta untuk di bawa ke dapur.


Selesai mandi dan bersolat asar Maira menuju ke ruang tamu mencari datin yang sedang


berbual dengan Nadia yang sudah siap mandi.


“Datin perlukan apa-apa?”


“Tak ada apa yang saya perlukan, awak siapkanlah makan malam”


“Baik datin “ Maira mengangguk dan beredar menuju ke dapur. Di dapur Maira


bertembung dengan Fansuri yang sedang menuang jus oren ke dalam gelas. Tak berani dia


menyapa atau menegur lelaki itu.


“Lain kali kalau kerja buatlah cara kerja,jangan nak ambil kesempatan pula” berdesing


telinga Maira mendengar sindiran itu,hatinya menjadi sedih dan keliru, kenapakah lelaki ini tak


pernah untuk berbuat baik padanya? Dan tak sudah-sudah menyakiti hatinya. Buruk sangatkah


aku di matanya? ,dan hina sangatkah aku pada pandangannya?. Adakah aku sedang mengambil


kesempatan seperti tuduhannya?.Oh, tidak , aku bukanlah perempuan seperti itu, aku ada maruah.


Ah,...............biarlah apa pun tuduhan kau, hanya Allah saja yang tahu kebenarannya. Wahai hati,


sabarlah kau untuk seketika waktu. Wahai jasad yang kerdil bertahanlah kau untuk seketika lagi,


bersabarlah dengan apa yang kau hadapi,suatu masa nanti kau akan pergi jua dari sini.

No comments:

Post a Comment