BAB 13
Hari pertama cuti persekolahan semester. Nadia dari petang semalam sudah berada dirumah datin Dengan adanya Nadia rumah itu menjadi terang dan bercahaya,riuh dengan suara hilai ketawa Nadia. Malam tadi beria-ria dia nak tidur dengan Maira. Abang Sham terpaksa mengalah dengan permintaan puteri kesayangannya. Bukan main seronok lagi Nadia sehinggakan tak mahu tidur ,letih Maira bercerita, lepas satu cerita sambung cerita lain pula, akhirnya kedua-dua tertidur tanpa sedar.
“Selamat pagi kakak!” terpacak anak kecil yang baru bangun dari tidur.
“Dah mandi ke belum?”
“Belum” Nadia menghulurkan tangannya minta dipeluk.
“Emm......bucuknya anak siapa ni hah?”
“Anak papalah..
“Kalau anak papa dia mesti baik, dia mandi dulu, gosok gigi dan pakai baju cantik,lepas tu boleh sarapan pagi bersama dengan nenek dan tok wan”
“O.K, tapi kakak kena janji, rancangan kita malam tadi mesti jadi?” membuntang mata Maira mendengarnya. Tak sangka anak kecil itu masih mengingatinya.
“Boleh ya kak?” berulang kali Nadia memujuk dan meminta kepastian,selagi Maira tidak mengiakan selagi itulah dia tidak mahu melepaskan pelukannya.
“O,k , kita tanya papa dulu” akhirnya Maira mengalah, tak sampai hati menolak permintaan anak kecil yang kehilangan kasih ibu itu.
“Sayang kakak” sebuah ciuman singgah di pipi Maira dan Maira ketawa bahagia. Bibik Ina menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah Nadia,dia sudah masak dengan perangai Nadia, kalau nak kan sesuatu, mesti dapat , kalau nak yang itu ,itu juga tak boleh diganti dengan yang lain . Bibik Ina mengikuti Nadia ke biliknya.
Hidangan sarapan pagi sudah tersedia di atas meja terutamanya hidangan istimewa si kecil itu,cucur jagung adalah kegemaran Nadia,selalunya kalau Nadia nak datang Maira akan membeli jagung untuk di buat cucur.. Sama macam Maira waktu kecil dulu, mak selalu buat cucur jagung untuknya. Kadang-kadang Maira akan merajuk setengah hari kalau mak tak sempat membuat cucur jagung untuknya eee..........buruknya perangai aku. Maira tersenyum sendiri.
“Non, tolong aja rin gi mana sih mau bikin cucur jagung” bibik Ina mengejutkan lamunan Maira.
“Oh, senang saja bik, mula-mula asingkan jagung dari tongkolnya kemudian blend kan ikan bilis bersama dengan bawang besar , cili kering , gula , garam dan sedikit baking powder . Lepas tu campurkan tepung gandum, satu biji telur dan hirisan daun bawang dengan ramuan yang telah diblend tadi. Kemudian goreng dalam minyak yang panas.”
“Bibik lagi pusing disuruh Nadia bikin itu cucur sama macam Non buat, kalau engak sama, Marah terus,engak mau makan “ Maira ketawa mendengar rungutan bibik, mungkin teruk bibik dikerjanya. Memang Nadia anak yang cerewet, cukup payah untuk menyenangi seseorang perangainya sama dengan perangai uncle Fan nya,tak pula diikut perangai papanya yang mudah mesra dengan sesiapa saja. Tapi Maira bersyukur, Nadia tak pula cerewet dengannya malah terlebih manja, Maira tersenyum sendirian.
Sebelum wayang bermula mereka singgah dulu di supermarket untuk membeli makanan dan minuman serta kudapan. Nadialah yang paling seronok, ke sana ke mari mengambil itu dan ini, agaknya semuanya nak dibeli, tersenyum Maira melihat gelagat Nadia, hatinya puas dapat memberi secebis rasa bahagia kepada anak kecil itu. Mudah-mudahan Nadia selalu bahagia,doa Maira dalam hati
Bila wayang bermula Maira dan Nadia ketawa terkekeh-kekeh melihat lakonan kanak-kanak dalam wayang. Abang Sham juga ketawa, tapi Abang Sham ketawa kerana melihat Maira ketawa. Maira tak sedar pun yang Abang Shan asyik memerhatikannya, fikirannya hanya tertumpu pada layar dihadapan . Maira gelak lagi, kali ini lagi kuat, Abang Sham hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala, dalam hatinya berkata telatah Maira kadang-kadang seperti anak remaja. Bila wayang tamat mereka beriringan keluar dari panggung. Di wajah Maira masih terbayang rasa puas,seronok dan gembira, begitu juga dengan Nadia. Mereka singgah ke Restoran KFC untuk makan tengah hari , suasana agak tenang tak ramai pengunjung yang masuk.
Abang Sham memilih tempat yang agak terlindung dan privacy. Maira menurut saja ,mana-mana pun boleh asalkan selesa.
“Kakak, bestkan cerita tadi?” Nadia bersuara, mulutnya penuh dengan makanan.
“Tak baik bercakap sewaktu makanan penuh dalam mulut, nanti boleh tercekik” Maira menggosok-gosok belakang Nadia dengan penuh kasih sayang.
“Opss....sorry “ Nadia menutup mulutnya, Maira senyum melihat Abang Sham yang sedari tadi melihat telatah mereka berdua.
“Macam tulah anak yang baik. o.k makan dulu lepas tu kita sembang” Nadia mengangguk, patuh benar dia pada arahan Maira.Abang Sham masih senyum macam biasa, tapi dalam hatinya bagaikan bergelora, jantungnya berdegup kencang, mampukan dia meluah apa yang terpendam selama ini?,apakah reaksi Maira?. Menerima atau menolak?.Abang Sham menjeling Maira yang sedang makan dengan tenang dan sopan. Siapa tahu gadis yang sedang makan dengannya ini hanyalah orang gaji dan kalau Maira mengaku sekali pun tiada siapa yang akan percaya. Kalau dilihat dari segi perwatakan dan gaya Maira seperti seorang yang berkerjaya dan berkarisma, cara dia bercakap, bergaul dan buah fikirannya bukanlah seperti orang kampung yang tak tahuapa-apa, kadang-kadang Abang Sham tertanya-tanya siapakah Maira?, walau pun Mairamengatakan dia datang dari kampung dan ingin bekerja sebagai orang gaji. Ah,...tak kisahlah siapa dia yang pentingnya aku sayang padanya dan Nadia juga suka pada Maira. Bukan senanNadia nak suka pada seseorang, pernah dia memperkenalkan kawannya pada Nadia,tapi siang-siang lagi Nadia menolak.
“Eh. Papa, kenapa tak makan?” lamunan Abang Sham terputus oleh suara Nadia, Maira menoleh.Dia melihat makanan Abang Sham belum lagi terusik.
“Kenapa ,Abang Sham tak sihat ke?”
“Tak ada apa-apa, makanlah” Maira menyudahkan suapannya, tanpa mengetahui apa yang terbuku di hati Abang Sham, Maira seakan tidak mahu mengerti dan tidak pernah cuba untuk mengerti tentang perasaan yang Abang Sham rasai selama ini. Selepas makan mereka bersiar-siar di KLCC uria seterusnya sembahyang di Masjid Al Rahman. Selesai sembahyang zohor Nadia mengajak papanya dan Maira bermain-main di taman permainan .
Seronoknya Nadia bukan main lagi, ke sana ke sini tanpa henti. Maira melihat gelagat Nadia dengan penuh perhatian,kasihan walaupun hidup di bandar, tapi anak ini jarang sekali dibawa keluar oleh papanya kerana alasan sibuk dan tak ada masa,lihatlah Nadia bagaikan rusa masuk kampung.
“Abang Sham tengoklah Nadia tu ,macam orang kampung masuk bandar”
“Ya lah, abang tahu,abang salah.Selalu sangat sibuk dengan kerja sampai tak ada masa untuk anak sendiri”
“Abang tak boleh biarkan perkara ini berterusan, tak baik untuk perkembanga seorang kanak-kanak, kasihan dia, terlalu banyak perkara yang Nadia terlepas, sudahlah dia tak dapat kasih sayang seorang ibu,papanya pula sentiasa sibuk dengan kerja” Abang Sham merenung wajah Maira yang ayu, memang benar kata Maira terlalu banyak masa bersama Nadia dipersiakan. Abang Sham menarik nafas dalam-dalam.
“Abang janji, lepas ni abang akan sentiasa luangkan masa untuk Nadia”Maira senyum puas dengan janji Abang Sham, sedangkan Abang Sham tengah kalut dengan perasaan sendiri, dalam diam dia mencari kekuatan untuk memulakan bicara , biarlah hari ini semuanya selesai di sini, dia tidak mahu menanggung lagi rasa yang tiada kesudahan ini,biar Maira tahu dan mengerti. kalau padi katakan padi tidaklah aku tertampi- tampi.
“Maira, abang cakap sikit boleh?”
“Eh, sejak bila pula abang nak cakap kena minta izin dari Maira?” Maira mengangkat keningnya bila melihat Abang Sham resah semacam saja.
“Maira jangan marah kalau abang tanya sesuatu ye?”
“Depent pada jenis soalan”
“Kalau macam tu tak payah cakaplah”
“La, abang ni macam budak-budak,cakap ajalah, Maira tengah dengar ni” Maira menanti Abang Sham mengeluarkan butir bicaranya sambil membetulkan tudung agar tidak ada anak rambut yang keluar.
“Maira, sudi tak jadi isteri abang?, abang sayangkan Maira.Sejak pertama kali jumpa Maira abang dah jatuh hati, jatuh cinta dan abang ingin abadikan Maira dalam hati abang” akhirnya terlucut juga kata-kata keramat yang disimpan dalam hati selama ini. Buntang mata Maira tanda terkejut,bukan lagi terkejut beruk tapi terkejut gorila,nasib baik tak pengsan. Itu kah benda yang membuatkan Abang Sham resah semacam?, Maira perasan tapi dia buat tak tahu . Abang Sham menatap wajah lembut Maira, dalam dadanya berdebar kencang, menanti patah kata yang akan keluar dari mulut Maira, apa-apa pun biarlah berpihak kepadanya.
“Abang Sham cuba pandang mata Maira” Maira mencari kekuatan setelah lama membiarkan soalan Abang Sham tergantung. Abang Sham merenung bmata galak Maira, alis matanya yang lentik , anak mata yang bersinar dan yang paling Abang Sham tak tahan bila Maira menjeling. Sungguh Abang Sham tergoda.
“Abang, walau apa yang Maira lafazkan nanti,biarlah ianya tidak menjejaskan hubungan kita selama ini” cukup berhati hati Maira menuturkannya takut ada hati yang tercalar.
“Maafkan Maira abang, Maira tak dapat terima abang” bagaikan diragut keras jantung Abang Sham bila mendengarnya, seluruh nadinya terasa terhenti.
“Kenapa, Maira dah ada orang lain ke?”
“Tak, tak ada sesiapa pun dalam hati Maira. Selama ini Maira anggap Abang Sham seperti abang kandung Maira,Maira tak pernah ada abang dan ayah pun dah tiada. Datuk, bapa saudara, sepupu pun tiada. Bila Maira jumpa abang , Maira rasa seronok sangat, Maira dapat merasai kasih sayang seorang abang. Maafkan Maira bang, jangan putuskan kasih sayang seorang adik kepada abangnya. Maira rasa itu lebih berharga dan bahagia dari sebuah percintaan” hampir menangis Maira meluahkannya.Wajah yang tadi ceria bertukar sendu dan sayu.Ralat rasa hati Abang Sham melihatnya.
“Maafkan abang Maira, abang terlalu mengikut perasaan,kalau itu yang Maira mahu abang akan belajar untuk menyayangi Maira seperti seorang adik”
“Abang tak salah apa-apa pun, abang berhak untuk meluahkan apa yang ada dalam hati kerana itu hak abang. Sebenarnya Maira yang salah kerana memberi abang jatuh hati pada Maira” , Siapa pun akan jatuh hati pada mu Maira, dengan pakej lengkap yang ada pada mu membuatkan aku merasakan kaulah wanita yang aku tunggu selama ini. Tapi apakan daya,hati kau bukan untukku. Kupasrah kalau itu yang kau mahu.
Bila mereka sampai ke rumah hari sudah petang,bermakna mereka telah berjalan seharian. Lepas bermain-main dan bersiar-siar di taman KLCC tadi mereka masuk balik ke bangunan berkembar Petronas untuk membeli-belah di Isetan dan Suria KLCC. Sekali keluar bukan main lagi Abang Sham berbelanja. Maira seronok membantu memilih baju untuk Abang Sham dan Nadia, Abang Sham juga menghadiakan Maira baju yang sangat cantik.
“Uncle Fan!” Nadia menjerit keriangan , sebaik saja kereta berhenti Nadia terus berlari ke arah Fansuri yang berada di hadapan rumah, tangannya didepakan minta dipeluk, seketika saja Nadia telah berada dalam pelukannya.
“Nadia pergi mana tinggalkan Uncle Fan seorang?”
“Nadia pergi tengok wayang dengan kakak dan papa?”
“Seronok tak ceritanya?”
“Best sangat,kenapa uncle tak ikut?”
“Tak ada orang ajak uncle pun”
“O,k, lain kali Nadia suruh kakak ajak uncle” sebuah ciuman singgah di pipi Fansuri,
hatinya seronok dengan adanya Nadia, rumah yang besar itu tidak lagi sunyi dan sepi. Nadia berlari masuk ke dalam rumah mencari nenek dan datuknya.
“Fan dah lama ke balik?” Abang Sham bertanya sebaik saja bersalaman.
“Dah lama”
“Tadi Fan kemana?”
“Jumpa client kat PutraJaya”
“Hai, hari minggu macam ni pun jumpa client juga?”
“Terpaksa bang, client tu datang dari Jakarta, hari ini saja masa yang dia ada”
“Fan jangan kerja kuat sangat, bawalah berehat atau pun bercuti, dah lama sangat Fan tak bercuti, lagi pun kerja kat pejabat tu kalau nak ikut tak akan habis”
“Tengoklah bang” Fansuri membuntuti Abang Sham masuk ke dalam rumah. Maira masih memunggah barang-barang yang ada dalam kereta untuk di bawa ke dapur.
Selesai mandi dan bersolat asar Maira menuju ke ruang tamu mencari datin yang sedang berbual dengan Nadia yang sudah siap mandi.
“Datin perlukan apa-apa?”
“Tak ada apa yang saya perlukan, awak siapkanlah makan malam”
“Baik datin “ Maira mengangguk dan beredar menuju ke dapur. Di dapur Maira bertembung dengan Fansuri yang sedang menuang jus oren ke dalam gelas. Tak berani dia menyapa atau menegur lelaki itu.
“Lain kali kalau kerja buatlah cara kerja,jangan nak ambil kesempatan pula” berdesing telinga Maira mendengar sindiran itu,hatinya menjadi sedih dan keliru, kenapakah lelaki ini tak pernah untuk berbuat baik padanya? Dan tak sudah-sudah menyakiti hatinya. Buruk sangatkah aku di matanya? ,dan hina sangatkah aku pada pandangannya?. Adakah aku sedang mengambil kesempatan seperti tuduhannya?.Oh, tidak , aku bukanlah perempuan seperti itu, aku ada maruah.
Ah,...............biarlah apa pun tuduhan kau, hanya Allah saja yang tahu kebenarannya. Wahai hati, sabarlah kau untuk seketika waktu. Wahai jiwa bersabarlah dengan apa yang kau hadapi,suatu masa nanti kau akan pergi jua dari sini.
No comments:
Post a Comment