NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Wednesday, December 16, 2009

Bab 11 cinta seindah mimpi

BAB 11

Sudah menjadi kebiasaan Maira kalau hari minggu dia akan membawa Datin Rosnah berjalan-jalan dan bersiar-siar di taman sambil menolak kerusi rodanya. Mula-mula dulu datin tak nak sebab malu dan tak suka menjadi tontonan orang ramai. Berkat kesabaran Maira dan sokongan keluarga akhirnya datin setuju.
Ternyata hasilnya sungguh membanggakan kerana datin nampak lebih ceria dan
berkeyakinan.Maira tanpa jemu dan penat menolak kerusi roda datin sambil bersembang,kadang-kala cerita lucu,ada ketikanya cerita sedih dan yang selalu dia buat ialah kata-kata motivasi yang memberikan datin semangat dan kekuatan untuk bangkit semula. Kata Maira kalau datin lumpuh sekali pun tak bermakna jiwa dan semangatnya turut lumpuh,dari segi agama pula,sakit itu sendiri ialah tanda sayangnya Allah pada hambanya .Dia beri kita sakit supaya kita memperolehi kebajikan yang banyak dan proses penghapusan dosa, alangkah beruntungnya bagi orang yang
sabar dengan ujian Allah.
“Datin, tadi Abang Sham call,dia kata nak datang jumpa kita kat taman tasik ni”
“Ada dia cakap nak bawa Nadia?”
“Tak adalah pula, tapi mana dia nak tinggalkan si Nadia tu?”
“Ya tak ya juga ” ada rindu di hujung bicara datin ,Maira juga demikian.Dah dua minggu Abang Sham tak bawa Nadia jumpa datin,alasannya dia sibuk sangat,sampai hari minggu pun dia kerja. Entahlah orang berniaga ni tak faham Maira.
“Assalamualaikum nenek” sapa suara kecil dari belakang.
“Waalaikumussalam, oh.....cucu nenek dah sampai” girangnya datin menyambut cucu kesayangan.
“Nenek sihat?, kakak sihat?” petahnya si kecil bercakap sambil memeluk neneknya dan memandang ke arah Maira. Maira senyum dan mengangguk.
“Nadia sihat?, kakak nampak macam kurus saja ”
“Sihat,tapi Nadia rindu sangat pada nenek dan kakak sebab tu kurus, papa tak nak bawa Nadia jumpa nenek dan kakak, asyik sibuk saja”
“Amboi, bukan main pandai lagi mengadu ” Abang Sham memicit hidung Nadia.
“Betul apa cakap Nadia tu, kami pun rindu” Maira mula membela. Abang Sham tersengih.
“Mama apa khabar?” Abang Sham mencium tangan dan pipi datin.
“Alhamdulillah...rasanya ada perubahan?”
“Maira pula macam mana?”
“Macam mana apa ?, macam ni lah” Maira mula menyakat.
“Abang tanya kesihatan awak,bagus ke tidak?”
“Oh, kesihatan Maira, bagus alhamdulillah, ingatkan tadi fizikal Maira, kot abang tanya Maira dah bertukar jadi lelaki ke?” Maira ketawa mengenakan Abang Sham.
“Hiss........Maira ni dah pandai loyar buruk ya?”
“Itulah abang, tanya soalan pun tak betul,macam mana periksa boleh lulus dulu? ” Abang Sham cuba untuk memukul Maira, tapi Maira sempat lari, suasana menjadi riuh dan girang dengan gelak ketawa. Akhirnya Nadia mengajak Maira untuk menemaninya bermain di playground. Maira juga tanpa segan dan silu turut bermain seperti Nadia dan di wajah Nadia penuh keceriaan dan kebahagiaan, Maira bahagia kerana dapat membuat anak yatim yang dahagakan kasih sayang ibunya itu bahagia.
“Tengok tu, Maira bukan main seronok macam budak-budak “ Abang Sham memulakan cerita. Datin Rosnah menatap wajah anaknya dengan penuh makna. Abang Sham pura-pura tak nampak,padahal dia tahu apa yang tersirat di hati mamanya daripada apa yang tersurat di wajah tua itu.
“Sham ,kalau dah suka dan dah jumpa yang sesuai, apa nak tunggu lagi,teruskanlah, mama ni tak kisah siapa pun yang Sham pilih asalkan dapat membahagiakan anak dan cucu mama. Siapa pun Maira mama tak tak peduli, yang penting dia seorang gadis yang baik, jujur, beragama dan sikapnya penuh kasih sayang. Lagi pun nampaknya Nadia suka sangat dengan si Maira tu dah serasi lah tu”
“Entahlah mama..... ada Sham bagi hint-hint kat dia tu macam jinak-jinak merpati ,kadang-kadang dia buat lawak ada ketikanya dia buat bodoh saja”
“Sham tak sungguh-sunggh kot, cuba lagi atau pun berterus terang saja,biar dia faham, Janganlah pula sampai terlepas, menyesal nanti” Abang Sham mencium dan menggenggam tangan datin dan tersenyum mengerti, dia tahu ada sesuatu yang belum lunas di hati Sham,itulah cara anaknya meminta bantuan.
“Please mama, tolonglah promotkan diri Sham ni pada Maira”
“Hai..........dah berumur macam ni pun masih tak pandai nak promotkan diri sendiri?,buat malu saja. Mama ni I bukan apa, kalau mama yang buka mulut takut Maira salah faham, mama takut dia ingat mama memilihnya sebagai menantu sebab nak suruh jaga mama seumur hidup, mama tak nak rosakkan kepercayaan Maira pada mama. So.....Sham kenalah berusah sendiri." Abang Sham melepaskan hela nafas yang panjang, kenapa dia tak terfikir sejauh itu. Tapi tak apalah suatu hari nanti dia akan luahlah juga hasrat hatinya pada Maira. Biar Maira mengerti di hatinya sudah ada rasa sayang, biar Maira tahu bahawa orang sepertinyalah yang Abang Sham
tunggu selama ini. Biar Maira sedar kasih sayang dan cinta bukan mengenal erti pangkat dan darjat. Harap-harap Maira akan terima.

No comments:

Post a Comment