BAB 2
DENGAN
lafaz Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, Kasdina Alya mula menyusun langkah dengan
penuh hati-hati menyusuri jalan yang licin. Semilir angin dingin menyapa
wajahnya yang tidak bertutup sebaik saja dia melepasi pagar kayu rumahnya.
Sejuk dan pesi.
Tak
ramai manusia yang mundir-mandir pada waktu winter begini ni, kerana
kebanyakan aktiviti outdoor dikurangkan ataupun dihentikan buat sementara
waktu. Suasana alam menjadi berubah dan landskap bumi juga menjadi amat
berbeza. Tidak ada warna lain yang kelihatan melainkan warna putih yang telah
menutup muka bumi dan apa yang ada di hamparannya. Seumpama berada di lautan
kapas. Kalau waktu autumn dulu di hadapan rumah sewanya ada pokok Maple yang berdaun keemasan, lebat
dan cantik, tapi sekarang pokok tersebut hanya tinggal batang dan ranting yang
telah dibaluti salji.
Kasdina
Alya mempercepatkan langkahnya menuju ke tube station. Walaupun pada
kebiasaannya tidaklah jauh sangat rumah mereka dengan Queen’s Park Underground
ni, tapi dalam musim sejuk begini terasa lambat dan jauh pula rasanya. Ditambah
pula dengan boot Dr. Martens yang
dipakainya sedikit berat. Salji yang turun bagai gerimis pagi seperti shaved
ice menjadi bertambah lebat, berubah menjadi snowflakes. Payung
merah AirAsia yang diguna oleh Kasdina Alya menjadi senget bila salji tak
henti-henti menimpa. Agaknya kalau dia berdiam diri di tepi jalan ini buat
beberapa minit saja tanpa payung, dia akan menjadi orang salji. Salji yang
turun pagi ini lebih tebal dari semalam. Harap-harap tahun ini tidak seteruk
tahun lepas yang hingga mengakibatkan terputus perhubungan udara dan darat
kerana salji turun dengan lebat sekali.
Sebaik
saja sampai di hadapan sebuah restoran kat Notting Hill Gate, Kasdina Alya berhenti seketika, mendongak ke arah
papan tanda yang tertulis Bunga Tanjung Restaurant. Wah... best juga nama Bunga Tanjung ni, sebab ianya
selalu mewangi walaupun sudah kekeringan. Di sebelah papan tanda, ada bendera
Malaysia yang kaku bermandikan salji. Ingatkan Sang Saka Malaya! Alahai… kesiannya
Jalur Gemilangku yang kedinginan. Kalau kat tanah tumpah darahku, pasti Jalur
Gemilang ini akan megah berkibar bila ditiup angin.Tapi yang bagusnya kat sini,
bila nampak Jalur Gemilang terpacak di mana-mana, bermakna anak bangsa kita
sudah di persada, menapak di arena antarabangsa. Glokal buat kata tuk ketua.
Anak Melayu khususnya sudah berani melebarkan sayap di atas tanah bekas penjajahnya.
Bangga tak? Mestilah bangga. Kalau dulu si penjajah Inggeris mengaut segala isi
perut harta negara kita dan diangkutnya balik ke tanah tumpah temboloknya, maka
sekarang sesuai sangatlah kita semua punggah pula pound sterling bawa balik ke negara kita pula. Adilkan? Kalau dulu
JWW Birch bersama macainya hangkut bijih timah buat Tower Bridge, sekarang turn kita pula hangkut, erm.. ermm…
angkut apa ya, hah! Hangkut taik bijih budaya Punk buat jambatan biol, itu kata generasi X yang mengkagumi
budaya itu, not me. Tak nak, tak nak, tak naak…
“Kalau
rasa nak pergi minta kerja, masuk sajalah,” satu suara ghaib menyuruhnya dari
belakang. Hiss… siapa ni? Tegur tidak, salam pun tidak, tiba-tiba saja
menyindir dari belakang. Cakap Melayu pula tu. Kasdina Alya menoleh ke arah
datangnya suara. Dah sah seperti yang aku syak, Mr. Poyo sudah mali.
“Yang
kau sibuk kenapa, suka hati akulah, nak kerja kat mana!” jerit Kasdina Alya
terhadap lelaki yang sudah pun berlalu meninggalkannya. Hiss… si poyo ni tak
habis-habis nak menyakiti hati aku. Mana dia tahu dalam kepala aku ni ada
angan-angan nak tanya kerja kosong kat sini?
“Huh…
si poyo penyibuk betul, memang pun tadi aku sedang berkira-kira nak berkerja
kat sini. Kau tahu kenapa? Sebab aku dah tak nak tengok muka si poyo tulah.
Buat sakit hati saja bila kena mengadap muka kau! Walaupun sebulan lapan kali.”
Kasdina Alya marah dan merungut sendiri. Dah macam orang meroyan.
“Aku
tak suka kau poyo, aku benci sangat dengan kau!” jerit Kasdina Alya sambil menyepak-nyepak
salji di kakinya. Muka yang tadi ceria, dah jadi masam kelat macam masam Buah
Nam-Nam muda.
Pintu
café dibuka dan Kasdina Alya memboloskan diri.
“Kenapa
tak kerja kat restoran baru tu? Orang tak terima kau ke?” Bukan ucapan salam
atau ucapan selamat pagi yang dia terima dari Anas Irfan, tapi kata-kata berperisa
cili api yang hadiahkan padanya. Dahlah kata-kata di jalanan tadi telah menggoncang
kesabarannya. Ini nak menambah lagi tahap kepanasannya, walaupun di luar tu below
zero. Karang terbakar café ni, siapa nak jawab?
“Kau
bukannya layak kerja kat situ, sebab kau masak bukannya pandai sangat. Tak
sedap manapun masakan kau tu, sebab tu kau tak diterima.” Anas Irfan menuang
minyak ke atas unggun api.
“Heh…
Encik Poyo bin Mangkuk Ayun, kau peduli apa kalau aku masak tak sedap, aku
bukan masak untuk kau pun, janji customer suka sudah! Tak ada kena-mengena
dengan kau, samada waktu kau hidup, mahupun bila kau dah mati, faham?” menyinga
Kasdina Alya. Sakit hati yang teramat sangat. Beginilah setiap hujung minggu.Terpaksa
memasak dalam mood yang dirobek-robek. Hantu punya mamat.
` “Amboi…
garangnya. Itulah sebabnya masakan kau tak sedap, kau selalu memasak dalam
keadaan marah, bengis dan tak ikhlas. Kalau kau nak makanan kau jadi sedap, kau
kena memasak dalam keadaan tenang, sabar dan senyum sokmo,” tegur Anas Irfan
sambil nyengih.
“Heh…
poyo, tak payah kau nak berlagak baik dengan aku. Aku hangin satu badan pun
disebabkan kau! Kau yang selalu buat aku hilang mood dan jadi pemarah.”
“Aik,
salah aku pula. Sendiri punya habit buruk, orang lain pula yang kena
tanggung. Banyak cantik! Akai ada ke?” jawab Anas Irfan sambil ketawa. Terbakar
isi nurani Kasdina Alya dibuatnya, walaupun di luar sana, cuaca terus mendingin.
Dengan rasa hati yang terlalu panas, Kasdina Alya membawa diri ke ruang dapur.
“Hai
dah nak pergi dah?” usik Anas Irfan.
“Tengok
tungku dapur lagi bahagia dari tengok muka kau yang tak proportionate tu.”
Kasdina Alya bangun lalu menyepak kaki kerusi yang tak berdosa. Dua tiga orang
pekerja yang sedang mengemas meja dan mengelap lantai ketawa dan senyum-senyum
melihat akan keadaannya. Dah faham sangat dengan situasi hujung minggu begini.
Macam hiburan teater pun ada. Mat saleh punya le hantu dan gila teater. Kalau
yang ini boleh le letak tajuk “Kucing
Parsi dan Anjing Rom.” Untuk mudah faham orang sini, memadai
disebut ‘CatDog’ saja sudahlah. Pasti gempak! Amacam… boleh! Kalau
boleh, maknanya Malaysia boleh!
Bila
di dapur, Kasdina Alya cukup sibuk dan ligat. Ke hulu ke hilir macam orang yang
sedang bersilat. Pantas dan cekap. Tiba-tiba saja dah siap satu masakan,
kemudian siap satu lagi masakan, kemudian, kemudian, kemudian... Dalam masa tak
sampai dua jam dia boleh siapkan menu makan tengahari. Siap dengan sambal
belacan lagi. Cayalah… mana bos tak sayang, mana kawan-kawan tak suka, sebut
saja nak makan apa, semua dia boleh masakkan. Agaknya kelebihan inilah yang
buatkan mamat poyo tu dengki sangat dengannya.
“Kas,
ada orang nak jumpa,” laung Tini yang berada di muka pintu dapur.
“Siapa?”
Kasdina Alya membasuh tangannya dengan washing
liquid sebaik saja habis membersihkan perkakas dapur yang berminyak.
“Keluarlah
cepat, penting katanya.” Tini memanggil lagi. Terkocoh-kocoh Kasdina Alya
keluar dari dapur. Siapalah agaknya yang nak jumpa aku? Entah-entah member dari
rumah sewa aku, tak pun pegawai-pegawai dari Home Office buat spot check kut!
“Hello darling, my dear Kasdina Alya. You alright mate, hows is going gal?” Abang
Rahim menyambut kedatangan Kasdina Alya penuh meriah dengan accent cockney
yang tak berapa nak jadi, sampai pelanggan yang sedang makan pun
tertoleh-toleh. Kas pun tak nak kalah, berhempas pulas dia menjawab, “Yeah I’m fine mate, just doing a bit of
creating new recipes.”
“Apalah
Abang Rahim ni, buat malu Kas aje, dah tu buat
suspen orang, ingat mat saleh mabuk mana yang datang.”
“Habis,
Kas tak sukalah jumpa abang?”
“Taklah
pula maksud begitu. Kenapa abang Rahim cari Kas?” soalan dijawab dengan soalan.
“Abang
datang ni nak tanya Kas, nak ke tidak…”
“Tengok
wayang?” Belum pun sempat Rahim menghabiskan ayatnya, Kasdina Alya dah teruja.
“Hiss…
tak menyempat. Banyaklah kau punya wayang. Kau nak suruh Kak Midah kau pelangkong
kepala abang ni dengan kayu baseball?”
“Alah,
tengok wayang dengan Kas pun nak cemburu?” ketawa Kasdina Alya. Seronok dia
menyakat Abang Rahim.
“Kas
bukan tak tahu dengan Kak Midah kau tu, kalau tiang lampu tepi jalan tu
dipakaikan maxi dan make-up
pun, dia boleh cemburu. Inikan pula dengan kau yang muda belia dan cantik molek
bergetah ni. Tak ke tanggal rambut abang dikerjakanya nanti,” ketawa Rahim
bersambung dengan ketawa Kasdina Alya. Memang betul kata Abang Rahim, Kak Midah
tu kuat cemburu. Padahal Abang Rahim dia tu bukannya kacak mana pun, elok sikit
dari Mr. Bean @ Kacang Parpu tu aje. Tak lebih, tak kurang. Itu pun nak kecoh.
“Dah
tu, abang datang ni kenapa?”
“Yang
pertama abang nak ziarah kau, tengok kau sihat ke tidak? Secondly, abang nak bagi kau peluang cari duit lebih.”
“Nak…
nak… nak…”
“Kau
ni kan, kalau pasal duit tak menyempat-nyempat. Abang belum habis cerita lagi
dah setuju. Karang abang bagi kau jalan cari duit haram, jadi keldai dadah, kau
nak?” ugut Rahim.
“Tak
nak… tak nak…” Kasdina Alya menyengih. “Tau pun,” sindir Rahim. Memang padan
muka si gelojoh ni, tau kau malu ya?
“Ha…
lain kali dengar dulu, apa abang nak cakap.”
“Hiss…
lambat betul abang ni, cakap ajelah, tak payah nak bagi mukadimah segala.
Berjela pulak tu, Kas dah teruja sangat ni. Tangan kanan Kas ni tiba-tiba saja
gatal, ha… itu tandanya Kas nak dapat duit,” tak sabar rasanya dengan
pengumuman Abang Rahim ni. Terhegeh-hegeh, patutlah selalu kena sekeh dan belasah
dengan Kak Midah.
“Kau
ni tak sabarlah. Belajarlah bersabar sikit. Orang lelaki suka perempuan yang
banyak bersabar, tau tak? Kalau kau tak banyak bersabar, nanti boyfriend
kau pula yang tak sabar dengan kerenah kau. Baik kau dengar nasihat abang ni.”
Kasdina Alya ketawa gelihati sendiri. Terbayang di benaknya, macamlah bini dia
tu sabar sangat. Pantang Abang Rahim buat salah sikit, pasti laki dia kena
dengar celoteh sepertimana mamat-mamat saleh Speaker’s Corner berceloteh di
penjuru Hyde Park di setiap hujung minggu itu. Ataupun yang paling minimal, kena
makan kat luar, dapur tak berasap kerana Kak Midah mogok. Siapa yang penyabar
sebenarnya?
“Kenapa
kau ketawa?” tanya Rahim geram bila
Kasdina Alya ketawa tak sudah-sudah.
“Abang
Rahim ni macam ketam tahu tak?”
“Eh,
bila masa pula abang sepit kau?” Hai… masih tak faham lagi?
“Sendiri
mau ingatlah…” Kasdina Alya masih ketawa. Abang Rahim memang macam tu, jenis
lelaki yang tak tahu nak marah. Penyabo kata Perakman. Macam mana dia boleh tahan dengan Kak Midah yang bermulut
cili api itu pun dia tak tahu. Dah jodoh mereka agaknya, nak buat macam mana.
“Yalah,
abang tahu, abang sedar kelemahan abang,”
perlahan saja suara Abang Rahim bila menyedari kesilapannya. Macam sedih
aje bunyi suaranya. Itulah tadi ingke sangat.
“Dahlah,
jangan nak buat-buat sedih kat sini, orang nak berniaga! Cakap saja apa benda
yang nak abang sampaikan tadi,” desak Kasdina Alya.
“Sebenarnya
abang ada job nak bagi kat Kas. Datuk Zakaria Wisma Putra nak adakan
makan malam untuk menyambut rakan menterinya yang datang bercuti kat London ni.
Dia suruh abang carikan tukang masak yang handal seantero dunia. Jadi abang
teringatkan Kas. Kalau Kas nak, nanti abang bagi tahulah Datuk Zakaria.”
“Oh…
itu ceritanya, kenapa payah sangat, nak ngelewo sana nak ngelewo sini, halnya
tiga patah huruf aje, J.O.B. Payah beno! Ate… Mestilah Kas nak, peluang yang
datang tu bukannya selalu, tak gitu abang Rahim.”
“Yalah,
kau tu kalau pasal duit tak pernah menolak, Bank Negara pun tahu!” Kasdina Alya
buat-buat ketawa bila kena tempelak. Dah memang ya, nak buat lagu mana?
“Abang
Rahim, yang pentingnya duit tu halal. Kalau dapat duit haram nak buat apa? Hidup
kita nanti tak berkat, mati kena seksa, masuk neraka.”
“Betul
tu Kas, jangan asal kata duit, semuanya nak dirembat, tak kira halal haram.
Okeylah Kas abang chau dulu, take care
dan ingat tarikh temujanji tu, jangan lupa pula. Nanti orang Datuk Zakaria akan
hubungi Kas,” pesan Abang Rahim sebaik saja dia mahu melangkah keluar. “Okey
bang, thanks a lot. Elok-elok jalan, insya-ALLAH, Kas ingat. Kirim salam pada Kak
Midah.”
“Yalah,
dia pun dah lama sangat nak jumpa Kas. Sekali- sekala tu bila free, datanglah rumah abang. Kita
makan-makan dan sembang-sembang.” Alahai…
rasa tersentuhlah pula, rasa seperti seorang abang kandung sedang berpesan pada
adik perempuannya. Ini yang aku rasa nak
emo…
No comments:
Post a Comment