NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Thursday, September 12, 2013

AWEK ABANG POYO BAB 3




BAB 3

        “BERCINTA dengan orang tua, dah tak ada ke lelaki muda kat dunia ni?” sindir Anas Irfan yang duduk melengu di kaunter cashier sebaik saja Abang Rahim keluar. Saja dari tadi duduk kat situ, sebab nak menadah telinga. Kata orang seberang, nak menguping.
        “Heh mamat poyo, suka hati akulah nak bercinta dengan siapa? Kalau aku bercinta dengan datuk kepada datuk kau, itu pun kau tak perlu ambil kisah. Hal engkau ada aku kisah. Kau ada? Diri aku, suka hati akulah!” melengking suara Kasdina Alya. Nasib baik café dah tak ada pelanggan.
        “Nampak sangat kau tu dah desperate. Desperado!” Anas mencebik bibir, mengejek.
        “Lantak akulah, desperate ke, desperado ke, ‘despairbodo’ ke. Lu apa hal, Lu apa kes, aku bukannya minta tolong kau pun. Apa kau peduli?” Tajam mata Kasdina Alya merenung mamat poyo yang berada di hadapannya. Kalau boleh nak saja dia rebus mamat ni buat sup. Eiee… geramnya!
        “Memang taklah tak ada kena-mengena dengan aku, tapi gelagat kau orang tadi telah membuatkan mata aku sakit. Lebih kurang macam pencemaran penglihatan gitu. Polluted tau tak?”
        “Polluted kepala hangguk dan kepala hotak kau. Kalau dah kau kata pencemaran, tapi kenapa kau pandang aku juga?” Sakit hati betullah dengan mamat tiga suku ni.
        “Sebab kau dah tertonggo kat dalam café ni, terpaksalah aku tengok. Takkan aku kena pejam mata, macam mana nak kerja? Akai ada ke?” Anas Irfan masih belum puas berhujah.
        “Aku rasa kau ni ada masalah psiko, something wrong  somewhere, kalau tak, kau tak akan jadi macam ni. Lelaki yang normal selalu bersikap matang dalam setiap tindak-tanduk dan perkataan.” Nah ambil kau, dapat sebijik. Puas hati? Nak sangat.
        “Aleh, macamlah kau tu normal sangat, sikit-sikit jerit, mengalahkan bini Tarzan yang kehilangan anak,” ketawa Anas Irfan melihat Kasdina Alya yang sudah kehilangan kata-kata dan terus melarikan dirinya ke dapur. Mak Cik Singa tu memang macam tu, bila dah nak kalah mula nak lari. Lemah jiwa betul. Tapi yang hebatnya Mak Cik Singa tu tak pula nak gugurkan air matanya bila kena kutuk dan kena ejek.Tahan pula dia. Agaknya dia tak ada perasaan kut, sebab tu tak macam perempuan lain. Ah… buat apa dok fikir pasal dia, kerja dah habis, balik rumah, tidur lagi bagus.

        KASDINA Alya memasuki ruang dapur untuk memulakan tugasnya sebagai tukang masak yang dibayar khas di rumah Datuk Zakaria Sulung dan Datin Azizah yang terletak di kawasan posh, St John’s Wood, Swiss Cottage, kira-kira 10 minit perjalanan dari pusat bandar itu. Bukan tak ada tukang masak di rumah besar ini, tapi untuk malam ini Datuk Zakaria nak hidangan yang berjenis-jenis. Ala-ala gaya hotel gitu. No problem… beres dol!
        Terpegun Kasdina Alya melihat suasana dapur kontemporari yang moden dan cantik. Segala kelengkapan memasak ada, ruang dapur yang luas dan bersih. Peti ais yang besar dan meja dapur yang cantik. Di ruang dapur juga ada diletakkan pokok-pokok berdaun hijau, tidak ketinggalan pokok Aloe vera, suatu kombinasi yang berpadanan dengan dinding yang berwarna putih cerah. Wah… cantiknya, pasti Kasdina Alya dapat memasak dengan penuh ceria dan bahagia.
        “Kenapa Kas?” tegur Datin Azizah, sebaik saja melihat Kasdina Alya seperti sedang tenggelam dalam dunianya.
        “Sorry datin, saya teruja sangat dengan dapur datin ni, cantik sangat. Pandai datin decorate. Rasa bahagia bila berada di dapur datin,” puji Kasdina ikhlas.
        “Alah, saya ni buka pandai mana pun, try and error kata orang, kalau tak suka, ubah balik.”  Datin Azizah merendah diri.
        “Tapi saya suka cara datin hias, nampak seni dan mendamaikan, bukan hanya sekadar dapur. Konsep, juga design, kira-kira ada designer touched dan signature gitu. Kalaulah saya dapat dapur seperti ini, saya tak akan keluar ke mana-mana.” Kasdina Alya ketawa sendiri.
        “Kas memang suka memasak?” tanya Datin Azizah.
        “Ya suka. Saya bercita-cita untuk memiliki sebuah café yang cantik dan moden satu hari nanti, kalau ALLAH izin. Sebagai tempat orang bersantai dan membuat pertemuan serta tempat orang merasai hidangan lazat yang menjadi trademark saya.” Kasdina Alya ketawa lagi dengan angan-angannya sendiri. Tak malu, angan-angan Minah Jenin pun nak beritahu orang.
        “Saya doakan suatu hari Kas akan dapat apa yang Kas
impikan.” Kasdina Alya mengangguk dengan kata-kata datin. Biarlah ianya jadi kenyataan.
        “Untuk malam ini apa yang datin nak saya sediakan?”
        “Saya nak Kas masak, masakan ala Siam, Tom Yam, Ikan Tiga Rasa, Sotong Goreng Butter, Ketam Sweet Sour, Kerabu Mangga, dan untuk starter Kas buat Popia berinti daging atau Bergedil. Manakala untuk dessert Kas buat Sagu Gula Melaka bersama krim, boleh! Semua bahan-bahan sudah saya beli dari Chinatown Soho dan sebahagiannya di mini market Thai kat Queensway petang tadi. Sea bass, squids dan crabs yang nampak segar tu datuk beli kat fishmonger Kilburn High Road, minced meat dan lain tu kat kedai Halal Meat & Poultry Pakistan, juga kat sana, tapi kalau ada apa-apa yang tak cukup beritahu saja saya,” arah Datin Azizah.
        “Datin, boleh saya tanya?”
        “Kenapa datin tak buat western food?”
        “Alah, western food tu bukan sedap mana pun kalau nak dibandingkan dengan makanan dan taste kita orang Melayu yang cukup rasa pedas, manis dan masamnya. Dengan lebih tepat selera kita orang Nusantara. Saya pun dah lama tak merasa masakan Tom Yam yang kaw-kaw ni. Bila buat sendiri tak ada pula rasa sedap mana pun, semua yang ada dalam resipi dan segala arahannya patuh belaka, tapi rasa out, apa yang tak kena tak tau le,” cerita Datin Azizah sambil ketawa yang bersambut dengan ketawa Kasdina Alya.
        “Okey, malam saya akan masak special punya untuk datin sekeluarga dan tetamu. Datin jangan risau, saya janji akan masak hidangan dengan sempurna seperti apa yang datin kehendaki,” janji Kasdina Alya sungguh-sungguh.
        “Terima kasih Kas, kalau Kas nak minta tolong apa-apa, panggil saja Kak Jah.” 
        “Ya datin. Okey. Satu lagi datin, saya nak tahu berapa orang tetamu yang akan hadir, ramai ke datuk jemput?”
        “Sekitar lapan orang. Kenapa tak cukup bahan ke?” Risau nampaknya datin Azizah.
        “Eh, tak… cuma saja nak tahu supaya senang nak agak untuk masak, plus keluarga datin yang beberapa orang lagi tu. Perlu juga estimate dan buat sukatan yang betul agar tidak membazir,” jelas Kasdina jujur.
        “Bagus, ada gaya seorang tukang masak yang mahir,” puji Datin Azizah. Belum apa-apa lagi dah kembang hidung Kasidna Alya dengan pujian mak datin.
        Di dapur yang cantik dan mewah itu, seorang gadis sedang rancak ‘bersilat bawang’ dengan resipi masakan ciptaannya seperti yang dihajati. Pantasnya dia bekerja mengalahkan lipas kurang upaya. Zap zip zup, sampai Kak Jah yang sedang membantu memotong sayur pun terpusing-pusing  bola matanya melihat kelincahan Kasdina Alya beraksi. Agaknya kalau masuk pertandingan Master Chef, pasti dia menang.
        Dalam keadaan sibuk dan rancak itu, tiba-tiba Kasdina Alya berhenti dari meneruskan tugasannya. Kemudian dia menghampiri Kak Jah yang sedang memotong sayur.
        “Kak Jah, Kas nak tanya sikit boleh?”
        “Nak tanya apa?” Kak Jah bertanya balik.
“Kak Jah, rumah ni ada hantu tak?” 
“Eh… mana hantu?” Muka Kak Jah dah jadi macam asam kecut. Penakut!
“Eh, Kak Jah ni, belum apa-apa pun dah takut. Maksud saya tadi, Kak Jah pernah nampak hantu ke kat rumah ni?” ketawa Kasdina melihat muka Kak Jah yang ketakutan. Baru dengar perkataan hantu, dah jadi macam tu, kalau terserempak, agaknya pengsan terus, hihihi…
“Oh, Kak Jah ingat Kas ada nampak hantu tadi.”
“Laa… tulah sebabnya saya tanya. Saya nampak kelibat orang yang saya kenali kat sini. Entah-entah saka belaannya mengikuti saya sampai kat sini. Bila tuan dia tak dapat mengacau saya, dia suruh saka dia yang ikut saya,” tuduh Kasdina Alya tanpa asas.
“Kau ni Kas, percaya yang karut-marut tu, tak baik tau. Janganlah kau sebut pasal saka-maka ni, takut Kak Jah, meremang bulu tengkuk dibuatnya.”
“Habis yang saya nampak tadi siapa?”
“Dahlah tu, kau salah orang tu.”
“Kak Jah, tetamu dah sampai ke belum?”
“Belum, lambat lagi, kita masih ada tiga jam sebelum tetamu sampai. Kenapa Kas dah siap semua sekali ke?”  Pelik Kak Jah melihat Kasdina Alya ni.
“Kalau tetamu belum sampai, bermakna orang yang saya lihat tadi ialah hantu!” Kasdina Alya menyakat Kak Jah.
“Hiss… kau ni, dah, sambung aje kerja yang belum siap tu,” arah Kak Jah. Kasdina Alya ketawa mengekek melihat rupa Kak Jah yang nampak pucat. Ketawa, ketawa juga, tapi dalam kepalanya soalan yang bercambah tadi belum lagi terjawab. Siapa yang dia nampak tadi? Mungkin juga hantu si mamat tu yang mengekorinya sampai ke mari.
Tangan Kasdina Alya ralit membasuh sayur-sayuran, kemudian sayur-sayuran tersebut dimasukkan ke dalam bekas. Kelihatan tangannya bukan main ligat bekerja, tapi kepala otaknya merewang-rewang entah ke mana, sampai balik ke Malaysia dalam sekelip mata. Itu untungnya kalau berkhayal, mana-mana pun boleh pergi, percuma aje, senyum Kasdina Alya sendiri. Dah macam minah senteng nampak?
Kasdina Alya mengangkat semua sayuran yang dibasuh tadi untuk diletak di atas meja sebelum dipotong. Dengan sekali pusing saja dia telah mengadap ke arah Kak Jah yang sedang tercatuk di atas kerusi.
“Mak… hantu!!!” kuat jeritan Kasdina Alya  kerana terkejut dan terlambung segala benda yang dipegangnya. Mana tak terkejut beruk, pusing je badan, ada orang kat belakang. Sape suruh datang diam-diam. Salam tidak, bersuara pun tidak. Tiba-tiba aje berdiri di belakang orang. Tapi yang buat lagi rasa terkejutnya ialah macam mana mamat poyo tu boleh berada di hadapannya. Ingatkan tadi jelmaan atau sakanya saja.Tapi sekarang real punya, tuan punya badan yang tercegat memerhatikannya tanpa sebarang audio.
Kak Jah ketawa mengekek bila melihat Kasdina Alya yang terkejut jiddan itu. Baru padan muka, ada hati nak menyakat orang. Sendiri penakut mesti mau ingat. Ketawa Kak Jah masih bersisa dan masih lagi bergema di ruang dapur, mengenangkan gelagat Kasdina Alya yang terkejut sungguh dan mengalami kejutan yang mengalahkan beruk. Hahaha… lawak juga si Kas ni, ingatkan dia ni seorang yang pemberani, siap usik kita segala, tapi tengoklah terkejut sikit saja dah macam nak koma, nasib tak tergolek dog.
“Kenapa Kas, terdiam terus tanpa suara? Dah terpikat dengan abang handsome ke?” usik Kak Jah yang masih lagi tak habis ketawa. Macamlah lawak sangat, tapi muka Kasdina Alya sudah merona merah. Malu kerana terkejut sangat sampai terpelanting habis segala jenis aneka sayuran. Tapi ada satu yang tak betul dan yang tak kena seperti always. Kenapa mamat ni diam saja tanpa berkata apa-apa? Mana perginya mulut busuk yang berbisa tu? Yang selalu diguna untuk menembak orang? Yang terlalu menyakiti hati orang? Kenapa diam? Nak kontrol macho kat depan Kak Jah ke? Ceh… hipokrit, pandai pula dia berlakon. Kalau tak, mulut tu macam bertih, ada saja yang nak dikata dan disakatnya, sampai kan hati ini selalu saja terbakar. Pelik sungguh… mamat ni ada dua watak yang berbeza ke, atau memang jenis spesies dua alam?
Tanpa mengucapkan apa-apa Anas Irfan berlalu dari ruang dapur. Betul ke itu mamat poyo? Lain macam saja nampak, sikit pun tak nampak poyo. Salah orang kut? Atau pelanduk dua serupa.
“Kak Jah, tadi tu siapa?”
“Kenapa dah terpikat ke?”
“Hiss… Kak Jah ni, orang tanya sajalah, bukannya berminat pun!”
“Itu Anas, anak buah datin. Dia selalu datang ke mari.  Kenapa Kas kenal ke?”
“Tak kenal sangat, gitu-gitu aje,” ha… menipulah tu.
“Anas tu baik budaknya, sopan dan ringan tulang.” Pujian Kak Jah tu membuatkan Kasdina Alya ternganga. Sungguh tak diduga mamat poyo tu pandai sungguh berlakon dan menyembunyikan watak sebenarnya. Kasihan Kak Jah dan datin. Hidup-hidup dah kena kelentong dek mamat poyo tu. Alahai poyo…








No comments:

Post a Comment