NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Thursday, September 12, 2013

AWEK ABANG POYO BAB 5




                                        BAB 5

PAGI yang dingin membeku, sejuk yang menyengat hingga ke tulang hitam, dan rasa tidak selesa dengan cuaca yang melanda tetap terasa, selagi winter time belum berakhir. Tapi pagi ini salji seakan malu untuk menyimbah bumi. Syukurlah, ada sedikit ruang keselesaan, namun angin yang bertiup tetap chilly. Mungkin bagi masyarakat pribumi atau yang dah berkurun menetap di kota muzikal ini tak terasa sangat kesusahannya bila menghadapi waktu begini, tapi bagi anak perantauan yang berasal dari negara yang panas lembab, terasalah sangat akan kepayahannya mengharungi saat ini, nak-nak kalau yang ada asthma seperti seorang kenalan yang berada di Colchester, di timur laut London itu, seksa sangat nampaknya.
Kasdina Alya masih melengkor macam ular sawa kenyang di tempat tidur bersama quilt atau gebar tebal biru kesayangannya. Saly yang bangun awal mula merasa pelik bila melihat Kasdina Alya masih nyenyak di pembaringan. Kenapa belum bangun? Sakit ke dia?
“Kas, bangun! Bangun! dah pukul 8.30 pagi. Nanti kau lewat pergi kerja,” gerak Saly. Kasdina Alya masih membatu.
“Heh, Kas. Bangunlah! Kau masuk kerja pukul 10.00, kan.” Saly menggoncang-goncang badan Kasdina Alya.
“Aku cutilah hari ini.” Kasdina Alya menguak gebar yang menutupi mukanya.
“Kau cuti, kenapa sakit ke?”
“Taklah saja nak cuti.” Kasdina menggosok matanya yang belum lagi terbuka luas.
“Betul kau cuti?” tanya Saly lagi, tak percaya.
“Kenapa tak boleh ke aku cuti? Atau aku kena minta kelulusan dari Queen Elizabeth dulu?” Saly mengekek.
“Taklah… aku rasa pelik bila kau cuti, lainlah kalau kau sakit,” ujar Saly mendatar, tapi tetap senyum-senyum. Adalah halnya tu.
“Aku ni saja nak manjakan badan, takkanlah nak torture dia bekerja tiap-tiap hari. Korang yang study tak seberapa pun, manjang ponteng kelas. Lagipun malam tadi aku dah masyuk lebat. So hari ini cutilah.”
“Oh, gitu ke, aku suka kalau kau cuti.”
“Aku tahu, tak payah nak bodek. Kejap lagi aku masak nasi goreng belacan,” janji Kasdina.
“Terima kasih, ini yang buat aku sayang kat kau.”
“Sebelum berterima kasih kat aku. Kau dah berterima kasih kat ALLAH?”
“Maksud kau apa?” Hah, tahu kau cuak.
“Tadi kenapa bila aku kejut sembahyang Subuh kau tak bangun?”
“Sejuklah nak bangun, lagipun aku mengantuk sangat. Baru saja aku masuk tidur, dah kena nak bangun Subuh,” baik punya alasan Saly.
“Kau tahu tak? Di akhirat esok-esok, ALLAH sediakan neraka sejuk yang sesuai untuk orang malas seperti kau. Kau ingat malaikat tu boleh terima alasan mengantuk kau tu? Melawan sejuk dan mengantuk itulah mujahadah namanya. Berjuang melawan nafsu. Memanglah winter ni sejuk, sedap tarik selimut, Subuh pun lewat pukul 6.00 pagi baru masuk, apa masalah, lainlah kalau spring atau summer, Subuh lagi awal pukul 1.30 pagi atau 3.30 pagi dah masuk, tapi kalau kita kuat semangat dan sungguh-sungguh nak jaga iman dan amal, kita boleh bangun untuk tunaikan solat punya. Apa ada hal! Lepas tu tidurlah balik. Bukan susah mana pun, pergi party tak pula ngantuk,” bebel Kasdina Alya. Pantang baginya kalau orang tak sembahyang. Ingat dunia ini bapak kamu punya. Mula dah nak geram ni, bebelnya bersambung di dalam hati.
“Yalah, aku tahu. Esok aku tak buat lagi,” janji Saly.
“Tak payah kau berjanji dengan aku, berjanjilah dengan ALLAH dan dengan diri sendiri. Taubat, bukan tau buat. Ingat tu! Kita ni kalau ilmu tinggi mana sekalipun tak guna, kalau tak reti nak taat perintah ALLAH. ALLAH tak pernah pandang pun golongan yang dunianya aje hebat. Kau sendiri pun pernah dengar kan, kalaulah dunia ni ada nilai sebelah sayap nyamuk aje pun di sisi ALLAH, nescaya tak merasa orang-orang kafir yang ramai-ramai tu seteguk air sekalipun dari-Nya.”
“Yalah… Ustazah Kasdina Alya.”
“Tolong nasihat sikit dah panggil ustazah. Apalah kau ni! Eh… tapi sedap juga kalau letak panggilan ustazah kat depan nama aku ni, ya!” Kasdina Alya berkira-kira, diiringi perasan.
“Ustazah Rock & Roll bolehlah. Pergilah ambil tauliah kat JAIL(Jabatan Agama Islam London), jika ada. Pakai jeans, ada hati nak jadi ‘ostajah’ konon,” ejek Saly.
“Biarlah, aku jadi ustazah kontemporari gitu,” lawak Kasdina. “Tolong sikit mak adik… pakaian tak masuk, kalau idea dan pendekatan tu, takpa le kontemporari. Kau ni semua benda nak kau fusionkan, cukuplah dengan resipi-resipi masakan kau dah le!
Satu lagi, kalau kau teringin nak jadi ustazah kau kena pakai macam kawan kita Nisa’ dan June tu. Bercakap pun mesti macam mereka, adab mesti mau jaga beb! Bukannya seperti diri kau sekarang,” tempelak Saly. Kasdina Alya ketawa saja, tak terasa  pun dengan kata-kata perli temannya.
“Bukan main lagi kau kutuk aku ya. Aku taruh kau sikit aje, kau taruh aku balik berjela-jela apa hal, karang tak merasa Nasi Goreng Belacan aku baru tau!” gertak Kasdina.
“Yalah, sorry osta… oops! ostrich, demi Nasi Goreng Belacan kau yang teramat sedap tu, aku tarik balik kata-kata aku tadi walaupun ianya adalah kenyataan,” sembah Saly. Kasdina Alya memukul Saly dengan bantalnya bertubi-tubi.
Tiba-tiba pintu bilik Kasdina diketuk dan dikuak. Dah sah tak ada orang lain, pasti mek Kelantan yang sorang ni datang menjelma.
“Adik putih, tara kerja ka ini ari?” tanya Sarah.
“Tak, dia cuti.” Saly yang tolong jawabkan.
“Kenapa, adik putih ada sakit ka?” tanya Sarah lagi ala-ala Bangla Cuci Pinggan gitu.
“Saja, nak rehat,” jawab Kasdina Alya bersahaja.
“Saya tau, tadi malam adik putih sudah antar mari sama abang hensem masem. Itu pasallah ini ari tara kerja, sudah banyak happyla,” sakat Sarah.
“Ha, abang handsome hantar kau balik, mana kau boleh jumpa dia?” Saly bertanya teruja. Kepoh semacam aje mak cik dua orang ni.
“Dah dia tu anak buah datin, aku jumpalah kat sana,” bentak Kasdina.
“Itu jam saya tengok banyak cantik. Wah…very-very romantik abang hensem antar adik putih,” kata Sarah lagi.
“Woi mek, kau berhenti cakap macam Bangla boleh tak? Naik sesak dada aku dibuatnya, dan naik getik telinga aku mendengarnya. Kau dah kemaruk nak jadi bini Bangla ke, apa?” marah Kasdina Alya. Sarah dan Saly mengekek ketawa.
“Getik tu apa?” tanya Saly.
“Getik tu maknanya menyampah, meluat dan makna yang sewaktu dengannya,” terang Kasdina Alya.
“Oh, aku ingatkan buah betik,” ucap Saly kelakar, sambil ketawa. Menyahut lagi orang yang yang teringin nak jadi bini Bangla ni, “Kalau buah betik, ambo nak getek.”
“Ha, mek apa pulak menate getek tu? tanya Saly dan Kasdina serentak. “Maknanya, erm.. ermm… tak nak aku jawab, korang orang cari sendiri, tadi kata getik segala, pandai-pandai le korang cari, dalam kamus Oxford ada kut,” selamba aje mek jawab. Tak jawab idak le… kita sambung cerita kita balik, where were we? Bangladun! Okay… set.
“Korang tau kan, abang Bangla memang handsome semacam kan, gaya ‘benggaliwood’ gitu,” puji Sarah menyambung cerita yang terhenti gara-gara istilah getik, buah betik dan getek yang tak masuk bab. Jentik telinga baru tau!
“Sarah, kat Malaysia, orang macam kaulah yang selalu kena ayat dengan mat Bangla ni. Bangla ni memang jenis mulut manis penuh semut, pandai memuji dan pandai ambil hati, berbekal pula dengan rupa yang macam spesies stan-stan sikit. Sekali kena ayat, lentok habis segala minah bengong yang ketandusan cinta. Bila dah kahwin, ha… barulah tahu macam mana cinta itu berfungsi, masa tu baru tak ‘dan’ nak gostan,” terang Kasdina Alya.
“Biarlah, kan dah cinta, dapat hidup dengan abang Bangla yang kacak macam Shah Rukh Khan itu pun jadilah, kira okey apa, yang lain belakang kira.” Sarah ni saja nak memperhangatkan diskusi pagi yang dingin tu. Bukannya dia tak tahu si Kasdina ni tak sukakan mat Bangla. Lebih-lebih lagi yang perasan kacak dengan baju kemeja jalur yang dibutang sampai ke tengkuk itu.
“Aku ni dah lama rasa pelik dan bengang dengan anak gadis orang kita kat Malaysia. Apalah sangat yang dipandang pada si Bangla tu, badan dahlah… astaghfirullahaladzim, sorry to say bau bawang, masa depan tentunya tak ada, sebab dia orang pun bukannya stabil mana kat negara kita tu. Silap hari bulan kena cekup, sebab, majoritinya PETAI (Pendatang Tanpa Izin). Educated, tentunya tidak, sebab kebanyakannya berkerja sebagai buruh kasar dan pekerja Am saja, kalau macam doktor tu bolehlah sikit. Jadi nak ceritanya, mereka ni betul-betul berbekalkan rupa semata, terutamanya bahagian hidung dan air liur yang manis bergula. Dah tak ada sangat ke lelaki Melayu sampai kena bercinta dengan mat Bangla?” marah Kasdina Alya.
“Kau mana tahu, sebab kau tak pernah bercinta. Orang bercinta ni sanggup harungi lautan api tau tak,” ujar Sarah.
“Piiiraah… tahi kucing punya falsafah. Bila dah kahwin, bawa balik Bangladesh, duduk dalam rumah yang dibuat dari tanah dan lumpur, nak hidup dan makan pun susah, ha… masa tu, baru kau tahu betapa bergunanya nasihat orang. Waktu tu tak ada maknanya Abang Shah Rukh Khan kau tu, hari-hari le duk teriak tangis mengenangkan keluarga di Malaysia yang hidup aman damai dan bahagia,” tempelak Kasdina Alya. Sarah dan Saly ketawa keras, Kasdina Alya memang macam tu, terlalu konservatif.
“Okeylah kau menang, dan Sarah kalah. Korang ingat selain Bangladesh, destinasi mana lagi yang menjadi kegemaran minah Malaya?” tanya Saly pada Kasdina.                                     
“Lambok! Lambok!” pantas jawab Kasdina sambil ketawa.    
“Lain?” saja Saly nak kenakan Sarah. Biar dia tahu bukan semua orang minat bangsa asing ni, walaupun hidung mereka panjang sedepa ataupun lawa macam artis Bollywood.                 
“Nigeria kut!” celah Kasdina lagi sambil menjeling Sarah. Tapi Sarah buat muka sekupang, macam tak ada perasaan. Huh… buang karan saja.
“Okey, perbincangan ditutup buat sementara waktu untuk rehat dan makan,” celah Saly.
“Yalah Kas, aku dah lapar ni, jomlah masak,” pinta Sarah.
“Amboi, bukan main sedap lagi kau suruh aku masak.”
“Yalah sebab kau adik manis yang baik, adik putih yang cantik. Abang handsome banyak suka sama you,” tak habis-habis lagi minah Bangla ni mengusik. Kasdina Alya mencampakkan bantalnya ke arah Sarah sebelum dia beredar ke bilik air untuk qada hajat. 
            














No comments:

Post a Comment