NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Sunday, October 26, 2014

http://belidiskaun.blogspot.com/2014/10/cinta-kita-sempoi-ummu-wafa.html

Cinta Kita Sempoi ~ Ummu Wafa

SONIA, anak hartawan yang bekerja sebagai cleaner. Bekerja untuk meredakan tekanan dan mencari kebahagiaan yang telah lama hilang. Dalam diam, dia mula mencuri pandang pada bosnya yang berwajah sejuk tapi mahal dengan senyuman. Perasaannya kembali terisi. Tapi ikhlaskah lelaki itu menerima dirinya yang serba kekurangan itu?

JOE, lelaki hebat, baik dan prihatin. Dia ada segalanya, tapi hatinya kosong tanpa cinta. Tanpa diduga, kehadiran Sonia mula mewarnai hari-harinya. Di saat hatinya berlagu rindu, dia dikejutkan dengan berita yang mengejutkan.

Penipu! Akibat terlalu marah dan rasa diri tertipu, Joe menghalau Sonia jauh daripada hidupnya. Tapi lucunya, cakap tak serupa bikin. Bila Sonia menghilang, Joe jadi sasau. Sakit hatinya melilit hingga ke jantung bila Sonia didampingi lelaki yang lebih handsome dan bergaya.

Aduh, apa dia nak buat ni? Walau apa pun yang terjadi, Joe mesti menawan hati Sonia semula. Kalau tak, jiwa kacaulah hidupnya.

*****
(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM26.00 - RM22.90
Sila dapatkan di:http://belidiskaun.blogspot.com/2014/10/cinta-kita-sempoi-ummu-wafa.html

Saturday, October 25, 2014

CINTA ITA SEMPOI BAB 14

                                    BAB 14


        SEBAIK saja Joe sampai di rumah, dia dapati kereta BMW sports hitam metalik milik isterinya sudah terparkir elok di dalam garaj. Hai cepatnya balik, detik hatinya. Selalunya jangan harap nak ada kat rumah kalau hujung minggu begini. Kalau siang tidak melabuhkan tirainya lagi, usah dimimpi dia berada waktu ini di teratak sepi ini.
        Joe menolak daun pintu dengan perlahan, kemudiannya memberi salam kepada ahli rumah. Baginya, tak kiralah ada yang menyahut atau tidak, tapi pesan mak yang ini dia masih ingat sampai sekarang. Kata emak: “Bila masuk rumah, mesti kena bagi salam walaupun tiada siapa yang berada di dalam, sebab yang menjawab salam kita nanti adalah Malaikat Rahmah yang bersedia untuk menjawab bagi kesejahteraan kita”. So, sampai sekarang dia tidak pernah lupa beramal dengannya. Joe melangkah masuk dengan tenang. Sunyi saja suasana di dalam, tidak kedengaran suara bising Suria bermain dan berceloteh seperti selalu.
        “Suria, Suria… Papa balik ni! Ria, I’m home!” Joe memanggil-manggil anak kesayangannya. Diam, masih tiada sahutan. Tidak seperti biasa. Biasanya Suria akan berada di living room bermain sorang-sorang sementara menunggu papanya pulang. Suria seperti sudah tahu jam berapa selalu papanya sampai di rumah, kerana Joe tabiat semula jadinya suka berpegang dengan masa.
        Joe mencari bibik yang dilihatnya sedang sibuk di dapur.
        “Bik, mana Ria?” tanya Joe.
        “Ada di kamar pak. Demamnya panas banget. Dari tadi lagi dia…” Belum pun sempat habis pembantu rumahnya bercerita, Joe sudah berlari naik ke tingkat atas.
        Di pintu bilik, belum pun dia memulas tombol, pintu itu sudah terkuak dengan sendirinya. Harlina tercegat berdiri di dalam dengan muka marahnya.
        “Hah, tau pun nak balik. Anak awak tu demam dari tadi lagi. Menyusahkan orang!” tinggi suara Harlina. Sengaja diwujudnya suasana panas supaya dia dapat bergaduh dengan Joe. Tanpa mempedulikan isterinya yang berwajah masam dan menyinga itu, dia meluru ke arah Suria yang sedang terbaring di atas katil. Anak kecil yang berusia tiga tahun lebih itu memejamkan matanya rapat, mungkin sudah lama tertidur. Nampak kesan lelehan air mata yang hampir kering di pipi gebunya. Joe meletakkan tapak tangan kanannya ke dahi Suria.
        “Ya ALLAH panasnya! Dah bagi ubat ke belum?” tanya Joe cemas.
        “Belum, dia yang tak nak! Dia nak tunggu you juga yang suapkan dia,” terang Harlina tanpa sedikit pun rasa bersalah membiarkan anak itu menderita.
        “Apa! Belum bagi? Tak ada akal betul you ni. You nak biarkan dia merana?” marah Joe. Terkejut Harlina, ingat dia sorang aje reti marah.
        “Dia yang tak nak, mana pulak I tau. So, tak payahlah I nak susah-susahkan diri nak suapkan dia. Tunggu ajelah you balik. Apa masalahnya, tahan aje ler sakit sikit tu.” Harlina menjawab tanpa guna ‘kepala hotak’ dia untuk membela diri.
        “Paksa ajelah dia makan. Bukannya susah mana pun. You tak kesian ke tengok dia demam tu?” marah Joe lagi. Kali ini suaranya sudah meninggi. Rasa geram dengan perangai tak bertamadun isterinya sudah tidak mampu dibendung lagi. Kalau boleh diajar dengan dipukul atau ditumbuk, nak saja dia melakukan aksi itu. Dah kena sebijik kot mau berubah mana tau, detik hatinya.
        “Kenapa salahkan I pula? Budak manja awak tu yang tak nak makan ubat, I pula yang you nak marah, pasal pulak!” lawan Harlina balik.
        “Memanglah I marah, sebab you ni tak ada perasaan, mengalahkan apa. Harap muka aje cantik, otak letak kat kepala lutut. Buat malu aje! You biarkan dia rupa tu, sebab you tak sukakan dia, kan? Kalau boleh you nak dia mati, kan!!!” jerit Joe tanpa dapat mengawal perasaannya. Perempuan ini memang sudah melampau. Suria yang tidur sedari tadi, terjaga dengan sendirinya. Dia menangis dengan tiba-tiba dek kekecohan itu.
        “Ria, papa balik sayang.” Joe memangku anaknya yang panas pijar. Belas hati Joe melihat anak sekecil itu berperang dengan demamnya.
        “Papa I’m sicked. Don’t leave me again ya!” rintih anak kecil itu sambil tangan kecilnya memaut lengan Joe.
        “Okay honey, I’ll stay here with you.” Joe membelai kepala anaknya.
        “Kita makan ubat ya sayang. Bila dah makan ubat, insya-ALLAH nanti kita sembuh. Bila dah sembuh kita boleh pergi jalan-jalan, beli mainan, beli ais-krim dan beli anything you like,” pujuk Joe lembut.
        “Yes, I want. Ria nak. Ria nak sihat. Ria nak jalan-jalan dengan papa.” Anak kecil itu mula bersemangat walaupun suaranya masih perlahan. Harlina yang mendengarnya terasa berbulu lubang telinga. Tadi bukan main lagi menjerit-jerit tak nak makan ubat. Sekarang, sekali cakap aje dah nak. Menyampah! detik hatinya.
        “Mengada-ngada. Menyusahkan orang aje,” marah Harlina yang tegak berdiri di hujung katil anaknya.
        “Memanglah dia mengada-ngada, sebab dia kan kecil lagi. Kalau orang tua yang mengada-ngada barulah buruk kelaku namanya,” sembur Joe dengan air berperisa cili boh.
        “Apa maksud you?” Harlina mula terasa kepedasannya.
        “Tak ada apa-apa. Kenapa, terasa ke?” tanya Joe tanpa melihat pun isteri kekwatnya. Harlina mencebik. Menyampah sangat dengan anak, termasuklah papanya sekali, serius.. mengada sungguh. Tanpa mengambil masa lama Joe mula menyuapkan 10ml ubat demam berperisa oren ke mulut Suria, dengan sekali telan ubat itu dapat dihabiskan. Joe kemudiannya membaringkan kembali anaknya di atas tilam dan memujuk agar anak itu kembali tidur supaya mendapat rehat secukupnya.
        “Papa, jangan tinggalkan Ria,” pinta anak kecil itu. Hampir luruh air mata Joe saat mata layu itu memandangnya dengan penuh pengharapan.
        “No dear, you just sleep well. Papa tak akan ke mana-mana,” janji Joe sambil membelai-belai jari-jari halus mulus Suria. Dalam hati yang pedih dan sedih itu Joe mencium tangan Suria berkali-kali, bagaikan ingin membuang kisah duka dia dan si kecilnya. Lima minit kemudian anak kecil itu tidur kembali. Joe menarik nafas lega, kemudian dia meraup mukanya berkali-kali.
        ‘Suria, kerana kamu papa masih berada di bawah bumbung rumah ini. Kerana kasih sayang kamu papa masih mampu bertahan,’ luah hati Joe sebelum dia bangun untuk turun ke dapur bagi menghilangkan dahaganya.
        Sebaik saja Joe keluar dari dapur, Harlina yang sudah siap berpakaian elok bagai artis pop melintas di hadapannya. Siap dengan handbag Gucci lagi.
        “Heh, you nak ke mana ni?” tanya Joe terkejut.
        “Keluar,” jawab Harlina sepatah. Tak tengok pun muka suaminya.
        “You nak keluar?” soal Joe dengan rasa tak percaya. Menyalahi norma, tak munasabah, dan tak keterlaluan kalau dikatakan tak berakal seorang ibu sanggup meninggalkan anaknya sendiri yang sedang terlantar sakit hanya kerana nak berseronok dengan kawan-kawan.
        “Ya, kenapa?”
        “Heh, ibu apa you ni! Anak tengah demam you boleh nak keluar merambu?”marah Joe                                                                               “Kalau I ada kat rumah pun, bukannya I boleh buat apa, I bukannya doktor.
        “Ya ALLAH, manusia jenis apa you ni? Anak sedang sakit, boleh you keluar semata-mata nak jumpa kekasih hati. Dah kemaruk sangat ke, walaupun hari-hari dah bertemu?” belasah Joe tanpa berselindung lagi. Hatinya cukup sakit dan kecewa.
        “So what? Suka hati I lah nak buat apa pun,” dengan bongkak Harlina menjawab.
        “Kesian I tengok you ni,” sindir Joe dengan ketawa sinisnya.
        “Tak payah nak menyindir. Straight to the point, apa kesian-kesian,” marah Harlina.
        “Setahu I, binatang pun tau sayangkan anak. Tapi you tak pernah sayangkan anak. Pelik betul! Maknanya you lebih teruk lagi dari binatang. Dahlah hidup bergelumang dengan dosa, siang malam. Kalau ALLAH ambil nyawa you saat ini, I tak tahulah bagaimana kesudahannya.” Joe meluahkan pukulan bahasa yang menyakitkan hati bagi sesiapa yang mendengarnya.
        “Eh, kubur kita masing-masing, kan?” Si dangkal ilmu mahu melontarkan hujah.
        “Betul, tapi I tetap dipertanggungjawabkan atas setiap apa yang you buat, selagi you tu masih isteri I. Pengembala akan dipertanggungjawabkan di atas setiap gembalaannya, faham!”
        “Kalau macam tu, you lepaskan I. Kita pun bukannya pasangan bahagia.” Seperti biasa Harlina mencabar Joe. Setiap kali pertengkaran berlaku, akhir kalamnya pasti dia akan mengungkapkan dialog yang sama. Sesuatu yang halal tapi amat dibenci oleh ALLAH. Bagi Harlina lafaz yang menggegarkan arasy itulah yang sering ditagihnya sejak dulu.
        “You terlalu sombong Harlina. Bukan saja dengan manusia, bahkan dengan TUHAN pun you nak berlagak. You tak sedar ke? Semoga ALLAH reserve kasihan belasnya terhadap kamu Harlina. Sesungguhnya azab yang bakal menanti teramatlah pedih. Bawalah bertaubat,” ucap Joe dalam nada kesal.
        “Ah… tak payah nak berceramah perasan ustaz dengan I. Tahulah macam mana I nak uruskan kehidupan sendiri. Yang pentingnya you ceraikan I dulu.”
        “Insaf Harlina. You dah jauh lari dari landasan yang sepatutnya dan selayaknya diperuntukkan kepada seorang  yang bergelar isteri,” nasihat Joe.
        “Eh, sudahlah! Boleh jalanlah! I dah bosan hidup dengan you. Tinggal dalam rumah ni macam hidup dalam neraka tau tak?” melengking suara Harlina.
        “Masya-ALLAH Harlina. Berhati-hati sikit kalau bercakap tu. You tak pernah tahu kehidupan di neraka ALLAH yang sebenarnya, sebab itulah you begitu berani cuba mencipta jalan untuk ke sana. Tolonglah ambil tahu pasal agama sikit. Udah-udah ler dengan jahil tu! Kesian betul dengan you ni. Apa pun I tetap berdoa semoga ALLAH membuka pintu hati you untuk kembali ke pangkal jalan,” kata Joe yang sudah tidak mahu lagi terus bertekak. Dia faham dan masak sangat, isterinya itu adalah seorang yang terlalu degil, dari zaman budak sampailah dah tua bangka, sikit pun tak reti nak berubah.
        “Ah sudahlah! Tak payah nak cakap banyak lagi. I nak blah.” Harlina berjalan sambil menghentak kakinya tanpa menoleh lagi ke arah suami yang masih tercegat di ruang tamu. Bajet diva dan kekwat. Podah!
Joe menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali, kemudian dia meletakkan sepuluh jarinya ke atas ubun-ubun, dan meraupnya sampai ke belakang kepala. Erm… apalah nak jadi.
Buntu betul fikirannya saat ini. Permintaan Harlina membuatkan dia begitu terhina. Payah untuknya membuat keputusan secara drastik sebelum memikirnya masak-masak. Jalannya begitu bersimpang-siur, kusut umpama benang halus yang berselirat. Ramai yang terlibat dalam isu rumah tangganya, dan banyak hati yang perlu ditatang.
        Doa Joe sebagai penggantungan, “Ya ALLAH, berilah daku kekuatan. Kasihanilah daku. Bantulah daku menangani masalah ku ini dengan sebaiknya. Permudahkanlah segala urusanku.































CINTA KITA SEMPOI BAB 13

                                     
                                BAB 13
JOE mengamati setiap patah perkataan yang keluar dari mulut female fannya Amanda. Rasa kelakar pun ada bila girl ni havoc mengeluarkan perkataan-perkataan bombastik yang syok juga untuk diajuk. Maklumlah muda-mudi zaman sekarang, bukannya sama dengan style generasi X yang kuat berfikir. Penangan ombak milineum ni, Gen-Y ni lebih manja, semuanya on the finger tips, tak perlu buat research sangat, jadi bahasanya short-cut ajelah… Sesuai sangat ler tu, semuanya suka bermalas-malas. Kalau kat kolej, sewaktu kuliah, lecturer suruh salin nota, ambil tablet snap jer kat white board, habis cerita. Joe senyum lagi. Seronok melihat Amanda yang bersembang tak ingat dunia, meriah sangat.
“Eh Aman, lama aku tak jumpa kau,” tegur seseorang. Amanda terkejut, lalu mendongak.
“Oh Wanda, ingat siapa tegur aku tadi. Kau buat apa kat sini?”
“Aku sedang cuci baju kot! Lagi mau tanya ka?” jawab Wanda dengan pertanyaan. Amanda gelak.
“Man, mana kau pergi sejak akhir-akhir ni? Dah lama aku tak jumpa kau kat club. Mana kau lepak?” tanya Wanda lagi.
Lately aku busy sikitlah beb, kena uruskan kedai Dobi Wangi yang kat Keramat tu. So, mana ada masa lagi nak join kau orang. Sorrylah.” Amanda beralasan dengan sepatutnya.
“Yalah, orang dah nak jadi business women katakan, mana nak join kita orang lagi.” Wanda buat suara merajuk.
“Tak adalah pulak macam tu. Ada masa nanti aku singgahlah, hang out macam biasa dengan kau orang. Nanti kau sampaikan salam aku kat member-member,” pesan Amanda. Wanda mengangguk setuju.
“Eh sista, takkan tak nak perkenalkan abang kau kat aku?” terjah Wanda sesuka hatinya. Wajah Amanda jadi kelabu.
“Bukan abang akulah,” jawab Amanda jujur, agar Wanda tidak melalut macam-macam.
“Hai, kau jangan nak tipu aku ya! Ini abang kau yang nombor berapa?”
“Mana ada, bukanlah!” Jenuh Amanda membesar dan mengecilkan biji matanya agar Wanda jangan nak over-over sangat.
“Aku taulah kau bukannya suka sangat kalau member-member kita kenal dengan abang-abang kau. Tapi alang-alang aku dah terserempak ni, introducelah kat aku. Apa salahnya, takkan itu pun nak kedekut beb! Bukannya luak,” kata Wanda dengan mulut celoparnya sambil melihat ke arah brader handsome yang berada di sebelah Amanda. Joe tersenyum, seronok melihat cara gadis-gadis ini berinteraksi sesama sendiri. Bahasa pun lain macam aje.
“Ini Abang Joe,” perkenal Amanda. Geram sangat dia dengan Wanda yang degil ni.
“Abang yang keberapa?” Tanya lagi. Banyak songeh betullah minah ni.
“Yang sulung,” tipu Amanda. Padan muka kau, kepo sangat.
“Kau orang adik-beradik muka semuanya sama ke?” tanya Wanda si kepo dengan soalan yang entah apa-apa.
“Yalah! Satu kapal, kan!” jawab Amanda. Senang cerita iyakan saja cakap Wanda ni, biar dia cepat berambus. Buat menyemak, ganggu urusan orang jer. Joe ketawa lagi.
“Woi, bila kau nak blah, kami nak makan ni?” kasar saja Amanda bertanya. Tapi Wanda tetap tersengih-sengih, macam tak terasa apa-apa. Dah lali dengan bahasa budak jahat.
“Kau ni kan, kedekut betullah! Bukannya nak pelawa aku makan bersama-sama abang kau yang handsome ini. Lagi halau, ‘hincit’ aku adalah. Tak patut betul…” rungut Wanda dengan buat-buat menjeruk muka.
“Kau nak aku belanja? Boleh.. tapi lain kali, bukan sekarang. Dipersilakan berlalu Cik Wanda yang kepo,” ucap Amanda bersahaja. Tak kisahlah samada Wanda terasa atau tidak, yang penting dia tidak mahu ada orang lain ‘menyelit’ sewaktu perbualannya dengan Abang Joe.
“Sampai hati kau halau aku,” protes Wanda yang tak tahu malu.
“Bukannya apa beb, kalau aku tak suruh kau angkat kaki la ni, risau nanti aku akan tercekik dan terbuntang biji mata dengan entah apa ke benda yang akan terkeluar dari mulut kau yang tak berfilter tu. Sekarang ni aku nak makan dengan aman, tanpa gangguan. Faham?” Amanda menjegilkan biji matanya ke arah Wanda yang sudah pun tersengih.
“Yalah, yalah! Tapi jangan lupa belanja aku nanti,” balas Wanda sambil bangun. Buat-buat muncung seketika.
“Okeylah.. nanti aku belanja. Kau nak makan apa? Dominos, Pizza Hut, Nasi Arab, atau apa saja. Kalau kau tak suka dengan apa yang aku sebut, sup kepala keretapi pun aku boleh belanja kau. Itu pun kalau ada orang jual.”
“Huh… tak ikhlas, perli akulah tew!”
“Taklah! Betul… botoi… Apa pulak perlinya. Tapi before you leave, tolong ambil gambar kita orang dulu.” Amanda menghulurkan Samsung Galaxy note 4 miliknya kepada Wanda.
“Tinggal dalam satu rumah pun nak bergambar juga ke?” tanya Wanda yang tak sudah dengan keponya.
“Kau ingat senang ke nak keluar makan dengan abang aku ni? Dia orang sibuk,” terang Amanda.
“Abang Joe kerja apa ya?” tanya Wanda lagi. Terjojol biji mata Amanda memberi warning pada Wanda yang tak faham bahasa.
Businessman,” jawab Joe dengan senyum.
“Kat mana tu? dan bisnes apa ya?”
“Area Wangsa Walk, Wangsa Maju. Abang niaga import eksport perabut,” terang Joe ikhlas.
“Wow, muda-muda lagi dah jadi ahli perniagaan. Yalah, ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi ya,” sahut Wanda.
“Tak payah banyak cakaplah Wanda wei! Kau snap aje ler gambar kami,” arah Amanda pada membernya yang banyak cekadak. Wanda membuat seperti apa yang disuruh, kemudian dia melihat gambar yang telah dirakam.
“Nah! Cayalah… Cantik dan fotogeniklah gambar kau orang.” Wanda menghulurkan kembali handfon ke tangan Amanda. Sebelum itu sempat juga dia selfie. Hendak jugak!
Cheers Wanda,” ucap Amanda.
Welcome. Aku blah dulu. Enjoy your  Big Mac.” Wanda mengangkat tangan kemudian berlalu. Amanda mula menjatuhkan pandangan matanya ke arah skrin. Terpukau dia seketika, antara percaya dan tidak. Kemudian dia menghulurkan handfon tersebut untuk tatapan Joe. Nampaknya Joe lagi terkejut, dan dia seakan terganggu dengan kejutan yang ini.
“Kenapa wajah kita hampir sama? Patutlah Wanda beria-ia mengatakan kita adik-beradik.” Amanda memulakan pertanyaan dengan muka yang agak keliru.
“Entah, abang pun tak tau. I have no idea,” tipu Joe. Tapi di dalam dadanya debaran kuat menggila, bagai nak pecah.
“Kebetulan aje ni! Lagipun kata orang, dalam dunia ni kita mempunyai tujuh orang yang memiliki wajah yang sama dengan kita. Excited ni bro, nampaknya sekarang saya dah jumpa seorang, tinggal enam lagilah ya!” Amanda ketawa dengan lawak tak jadinya.
“Amanda ada berapa orang adik-beradik? tanya Joe.
“Saya ada empat orang adik-beradik. Saya anak yang bongsu, dan perempuan hanya saya seorang.”
“Habis, siapa pula yang Amanda panggil kakak tu?”
“Oh, itu jiran kami. Kami berkawan sejak dari kecil, dan dia pun dah macam keluarga sendiri. Kenapa abang tanya?”
“Saja nak tahu. Mak dan ayah ada lagi?”
“Ada. Mama buat bisnes dobi dan papa, kontraktor,” terang Amanda.
“Oh macam tu,” sahut Joe bersama hati yang mula mengecut. Jauh benar tanggapannya. Mungkin hanya nama dan rupa saja yang berkebetulan, tapi hakikatnya belum pasti. Namun begitu di sepanjang pencariannya, dia tidak pernah bertemu dengan klu yang begitu hampir dengannya kecuali pada hari ini. Saat ini jiwanya meronta-ronta ingin meluahkan perkataan keramat yang dia simpan bertahun lamanya. Kalau boleh dia ingin katakan, “Amanda adikku, abang telah lama mencarimu.”
“Abang Joe, saya chau dulu ya! Sista saya dah WhatsApp. Kami dah nak beredar ni.” Lamunan pendek Joe terputus saat Amanda meminta izin untuk bergerak sebaik saja gadis itu selesai membaca mesej dari kakaknya.
“Okey, lain kali kita jumpa lagi boleh?” tanya Joe yang masih belum putus harapan.
“Boleh! Nanti lain kali saya perkenalkan kakak saya yang cun tu pada abang ya,” jawab Amanda sambil ketawa.
No problem. Apa salahnya, abang sudi dan okey jer,” jawab Joe dengan ketawa senang. Saat Amanda melangkah keluar dari Restoran Famili McDonalds KL Sentral tu hatinya sayu sekali, seakan dibawa pergi. Kenapa ya? Joe sendiri tiada jawapannya.












CINTA KITA SEMPOI BAB 12

                                             BAB 12

        KERETA Myvi putih Sonia mula memasuki bangunan terminal KL Sentral, dan dia meletakkan keretanya di tempat selamat yang telah disediakan oleh pihak KL Sentral di bawah seliaan Metro Parking. Sebaik saja masuk ke dalam kawasan parking tersebut, maka bersedialah jiwa dan raga bahawa tengkuknya akan dipotong oleh bayaran parkir yang melampau.
        “Wah, mahalnya. Sejam pertama RM4, dan RM4 juga untuk jam seterusnya. Cekik darah ke apa?” rungut Amanda tidak puas hati dengan caj bayaran parking di situ.
        “Biasalah KL, macamlah kau tu baru hari ini tiba di KL. Bukan lagi cekik darah, dengan tulang dan segala organ dalaman sekali dicekiknya,” sampuk Sonia sambil ketawa.
        “Maknanya, kalau kita ambil masa satu jam satu minit pun akan jadi lapan ‘hengget’?”
        “Yupp… dan kalau kau letak kereta kat sini berjam-jam, maka berpuluh-puluh henggetlah note merah kau melayang,” terang Sonia sambil melangkah.
        “Hish… tak ada perasaan simpati langsung,” komen Amanda yang masih tak puas hati.
        “Memanglah, mesin autopay tu mana ada perasaan,” ketawa Sonia lagi.
        “Akak ni… maksud saya bukan mesin, tapi manusia yang kontrol harga tulah. Tak boleh ke murahkan sedikit, barulah tak menyusahkan orang.” Wah prihatin juga minah ni ea.
        “Inilah harga yang perlu kita bayar untuk sebuah kemajuan dan pembangunan, nak tak nak telan sajalah,” jawab Sonia.
        “Mana boleh macam tu, penduduk KL ni bukan semuanya berduit. Malah kadangkala, lebih miskin lagi dari orang kampung taw! Kalau dah jalan sikit kena tol, letak kereta sikit dah kena bayar gila-gila, apa yang tinggalnya?” luah Amanda dalam rasa tak puas hati yang tak habis. Hmm… nak pula dia ambil tahu benda-benda macam ni erk. Bagus juga akalnya.
        “Okeylah, apa kata kau ambil calon jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur. Akak akan undi kau.” Sonia ketawa bersahaja dan Amanda juga mengekek. Jauh dan meleret benar isu parkir itu diperbincangkan.
        Sebaik saja memasuki ruang legar KL Sentral, Sonia mencari orang yang ingin ditemui, dah sampai ke belum. Tak nampak batang hidung pun. Janji malam tadi bukan main lagi nak datang awal, padahal bukannya jauh mana stesen LRT dengan rumah dia. Dahi Sonia berkerut. Yang seorang lagi pun macam tak ada aje, ke mana perginya dia hari ini? Tak dengar pun bunyi petikan gitar tongnya. Sonia tercari-cari dua wajah di sebalik manusia yang sedang bergerak ke sana dan ke mari. Hati Sonia mula rasa terkilan. Tujuan datang semata-mata nak cuci mata dan cuci telinga, tapi doktornya pula tak ada. Ah… hampanya.
        “Akak cari siapa ni?” tanya Amanda yang rasa pelik dengan tingkah Sonia.
        “Cari Kak Eja. Janji dengan akak nak jumpa kat sini, tapi tak nampak pun dia,” rungut Sonia.
        “Senang cerita call ajelah, baru tau dia kat mana,” cadang Amanda.
        “Ya tak ya juga, lupa pulak. Berguna juga kamu ni ya Aman,” sempat juga Sonia mengata. Amanda diam aje. Sonia terus mendail nombor Eja.
        “Assalamualaikum, kau kat mana ni?” tanya Sonia kuat, melawan kebisingan segala benda yang berada di situ.
        “Nia sorrylah, aku tak jadi keluar. Perut aku ni sakit ya amat, memulas-mulas sejak dari subuh tadi,” jawab Eja.
        “Habis kenapa kau tak beritahu aku?”
        “Aku dah mesej pagi tadi lagi, kau tak baca ke?” tanya Eja balik.
        “Tak.. aku lupa nak tengok. Tak mengapalah! Kau makan ubat dan rehat cukup-cukup ea. Kalau teruk sangat pergi hospital tau, dan jangan lupa call aku,” pesan Sonia. Talian diputuskan.
        “Macam mana, Kak Eja datang tak?” teruja Amanda bila dengar nama Eja. Suka sangat dia kalau dapat berborak dengan Eja, maklumlah sama-sama kepala tak betul.
        “Tak jadi datang, dia tak sihat,” beritahu Sonia.
        “Oh ruginya. Kalau tak, tentu seronok bertemu dengan Kak Eja. Lama dah saya tak jumpa dia.”
        “Yalah… dia sibuk, studentlah katakan. Bukannya macam kau, free memanjang. Kerja sikit, gaji banyak, cuti banyak,” perli Sonia.
        “Biasalah kak, dah anak bos, dapatlah keistimewaan itu. Bukannya macam ahkak, bapa ada syarikat sendiri, tapi anak jadi cleaner kat tempat orang. Apa ke halnya?” balas Amanda balik sambil ketawa seronok bila dapat menempelak Sonia.
        “Pandai kau kenakan akak balik ya,” cubit Sonia geram.
        Tiba-tiba bunyi petikan gitar berkumandang di celah-celah orang ramai. Sonia mengintai untuk memastikannya. Kemudian dia tersenyum lebar. Hatinya mula diburu kegembiraan.
        “Akak ni kenapa senyum-senyum semacam aje?” tanya Amanda dengan rasa pelik tapi matanya turut menyoroti apa yang Sonia sedang pandang.
        “Diam ajelah. Jangan nak menyibuk,” larang Sonia tanpa menoleh pun ke arah Amanda. Matanya melekat pada lelaki yang sedang menyanyi sambil memetik gitar.
        “Oh, akak tengah syok layan mat busker nyanyi erk. Patutlah nak cuci mata kat sini,” sakat Amanda yang memang mengena.
        “Hish, kau ni merepek aje. Dah dia nyanyi, akak dengarlah, macam orang lain juga,” dalih Sonia.
        “Ya ke, saya tengok muka akak ceria dan suka jer, serta bersemangat nampak.” 
        “Kau nikan, kecoh lebih jer tau! Lebih baik kau dengar brader tu nyanyi.” Diam seketika mulut Amanda, dan telinganya dipanjangkan untuk mendengar bait-bait lagu yang disulami dengan petikan gitar. Sungguh mengasyikkan.
        “Yalah kak, bestlah lagu dia. Pandai pula dia goreng ya, masuk dengan lagu yang dia nyanyi, macam profesional jer. Siapa dia tu?” tanya Amanda yang mula tertarik dengan kehebatan mat busker itu.
        “Entahlah akak pun tak kenal, tapi dia selalu main kat sini bila hari minggu,” cerita Sonia.
        “Oh, kak dah selalulah tengok dia buat persembahan, atau datang sini semata-mata nak tengok dia?” usik Amanda. Sonia berkerut wajah, tidak setuju dengan terjahan Amanda walaupun hakikatnya betul.
        “Kebetulan aje, bila akak keluar dengan Kak Eja, kita orang jumpa kat sini. Itu yang boleh perasan mat busker tu menyanyi,” terang Sonia. Entah Amanda percaya atau tidak, lantak mu lah!
        “Apa pun saya sukalah abang tu nyanyi, bestlah suara dia. Nyanyian dia tu macam meresap ke dalam urat sendi pulak, syoklah!” pandai sekali Amanda membuat gambaran. Sonia ketawa. Ada-ada aje.
        Amanda melangkah ke depan.
        “Hish, nak ke mana tu?” tanya Sonia.
        “Nak gi depan sikit, tak puaslah berdiri kat sini, tak berapa jelas,” jawab Amanda dengan senyum.”
“Amboi… sekali dengar dah jatuh syok, sampai nak duduk depan penyanyi lagi, apa cerita! Huh… dulang paku serpih betul minah ni.” Sonia mengata. Manakala Amanda menyengih, lalu menonong berjalan dan berdiri di hadapan lelaki yang sedang beraksi dengan lagu “Bonda”, killer song M. Nasir itu. Suaranya yang bluesy, dengan seni kata yang menarik, alunan yang indah dan ekspresi wajah dan showmanship yang cukup unik menjadikan lagu tersebut hidup dan menyentuh sampai ke dasar hati. Sedap didengar dan dihayati oleh yang berjiwa nusantara sepertinya.
Lepas satu lagu ke satu lagu Amanda mendengar brader busker itu menyanyi. Baginya stail brader itu sesuatu yang unik, indah dan berseni. Menghiburkan orang, tanpa mempedulikan orang, dan khalayak yang lalu-lalang juga tidak kisah siapa yang sedang melalak. Kalau mereka suka dengar, mereka akan berhenti dan layan seketika. Seandainya telinga mereka merasa perit mendengarnya, mereka akan berlalu bersama sebuah cebikan. Tak mengapa, itu lu punya hal. Si penyanyi akan tetap mengalunkan nyanyiannya, samada orang suka atau tidak, dia tetap akan menyanyi seikhlas hati, tanpa perlu hipokrit sekiranya lagu yang didendangkan tidak sesedap seperti yang dinyanyikan oleh penyanyi asal. Amanda merasa sangat terhibur. Suatu pengalaman baru yang jarang dilakukan oleh anak-anak golongan kaya sepertinya yang suka clubbing.
Sonia yang ‘layan’ dari jauh juga merasa terubat rindunya selama seminggu bila dapat mendengar gemersik suara mat busker yang dia sendiri tidak tahu namanya.
Closing number yang biasa dinyanyikan oleh mat busker itu ialah, “Lat tali lat tali tam plom”. Dengan suara serak-serak basah, sebaik mungkin dia menyanyikan lagu improvised itu. Sonia cukup-cukup tak faham. Walaupun demikian lagu yang telah diubah suai itu sangat catchy untuk didengar walaupun seni katanya agak kelakar. Reggae rythmnya betul-betul rasa tersagat. Sesuatu yang dikira upset, Sonia tak sangka Amanda boleh pula menyanyikan lagu tu sama-sama. Bukan main rock steady, bagus punya sing along, macamlah dia dah kenal lama dengan mat busker tu.

Lat tali lat tali tam plom
Mak Minah balik kampung
Tanam jagung
Kahwin dengan Ah Tong
Beranak dalam tong
Anaknya sotong
Hikhikhik…

“Wah, hebat betulah bro! I like that number. Especially the last part, yang ada gelak-gelak tu, sempoi beb!” puji Amanda sebaik saja penyanyi jalanan itu menyudahkan lagunya.
“Thanxs, I’m Joe.” Joe menghulurkan tangan.
“I’m Amanda,” jawab Amanda. Mereka bersalaman. Wajah Joe nampak berubah dan terkejut. Amanda tersenyum, biasalah tu. Bila dia memperkenalkan nama femininnya, pasti ada yang tak percaya dan merenungnya untuk mencari kepastian. Bukan salah sesiapa kalau ada yang keliru. So, sendiri tanggunglah rasa terkilan itu. Salah sendiri juga, kan!
“Amanda selalu dengar abang busking kat sini ke?” tanya Joe ramah.
First time, tak pernah datang sini pun. Kenapa?” Amanda bertanya balik dengan senyum. Joe menjadi terpukau melihat senyuman Amanda. Dadanya mula bergetar dan berdebar kencang.
“Hebat juga Amanda ya, boleh ingat wording dan tempo lagu Lat tali lat. Macam mana boleh ingat?” Hati Joe lebih kuat berdebar, dia mengharapkan jawapan nanti adalah klu untuknya.
“Ah, kecil-kecil dulu selalu bermain dengan abang, kami nyanyi lagu ni. Seronok kan, waktu kecil?”
“Ya, waktu kecil adalah kenangan yang terindah dalam hidup kita, dan tak akan terpadam sampai bila-bila, seumpama kita mengukir di atas batu.” Joe meluahkan apa yang terbekam di dasar perasaan.
“Wah, hebat. Abang ni macam penyairlah,” puji Amanda meriah.
“Terima kasih Puteri Amanda,” ucap Joe dengan senyuman yang indah. Dalam debar yang menggoncang, ada bahagia yang datang menapak, dan Joe mahu bahagia itu berada lama dengannya. Manakala Amanda mengangkat keningnya berserta senyuman yang lebar bila dipanggil puteri. Hai… nak menyindir pun biarlah bertempat.
“Amanda, boleh tak abang belanja Amanda minum?” tanya Joe. Kalau boleh dia ingin berlama-lamaan dengan gadis ini. Ada sesuatu yang ingin dia cungkil dari gadis ini.
“Boleh, tapi saya bukan berseorangan. I was accompanied. Saya datang dengan kakak.”
“Mana kakak, ajak dia sekali,” pelawa Joe.
“Okey, nanti saya call ya.” Amanda mula menelefon Sonia dan mereka berbual seketika. Kemudian Amanda mengakhirkan perbualannya.
“Macam mana?” Joe ingin tahu.
“Kak Nia ada kat pameran buku kat Level 2. Dia benarkan saya sembang dengan abang. Bila nak balik nanti, saya akan cari dia,” jawab Amanda.
“Jom kita lepak kat McD,” ajak Joe yang mula mengemas barang-barang, termasuklah gitar dan amplifier Peavey portablenya.
“Sebelah ni aje? Ingatkan kat manalah tadi nak belanja saya minum,” rungut Amanda sambil ketawa. Joe senyum saja.
“Lain kali abang belanja di tempat yang lebih sedap dan selesa,” janji Joe. Entah mengapa, ringan aje mulutnya untuk menabur janji. Dia sendiri terkejut dengan perubahan yang berlaku dengan drastik ke atas dirinya, lain macam pula kali ini, selalunya cukup susah untuk beramah-tamah dengan orang yang baru dikenali. Mungkin juga ini disebabkan oleh desakan dalaman yang menjadikan dia begitu.
Dari jauh Sonia memerhatikan Amanda dan Joe yang sedang rancak bersembang sambil makan-makan, seolah-olah mereka sudah lama mengenali. Penuh keriangan dan gelak ketawa. Entah apa yang mereka bualkan. Menyesal pulak dia tak ikut serta, kalau tak dah boleh berkenalan dengan street entertainer pujaannya itu. Ruginya…




CINTA KITA SEMPOI BAB 11


                                   BAB 11

        PAGI yang indah, bunga-bungaan di taman Puan Zaida berkembang mekar dan mewangi, burung-burung juga sudah riang berkicau di dahan tinggi. Sudah bersedia untuk keluar mencari makanan untuk seharinya, walau tidak dibekalkan akal tapi tinggi tawakalnya. Itulah sunnatullah kejadian alam, indah dan teratur. Sonia juga telah siap sedia untuk keluar, tapi hari ini bukan keluar untuk mencari rezeki, kerana hari ini adalah hari Ahad. Hari minggu begini syok saja-saja keluar untuk beberapa jam, relaks dan ambil angin. Just ronda-ronda Pasar Seni atau KL Sentral sementelah dah tak buat apa.
        “Hei, Nia nak ke mana ni?” tegur Puan Zaida yang sibuk melayan Bourgeonvilla berbagai warna kesayangannya.
        “Mama,Nia nak keluar sekejap.” Sonia meminta izin.
        “Nak pergi mana. Duduk ajelah kat rumah, temankan mama.”
        “Alah, sekejap aje ma. Nak ambil angin dan relakskan minda. Bila balik nanti, Nia temankanlah mama, okey!” Janji Sonia sambil menyarung kasut Adidas high-cutnya. Hari ini Sonia mengenakan dressing yang agak simple saja. Jeans dengan t-shirt putih di dalam serta cardigan biru di luar, dan tudung lilit bercorak ala Yuna.
        Sonia menekan punat alarm kereta Myvinya yang sudah seminggu tidak dibawa berjalan. Biasalah… kalau dah pergi kerja naik teksi balik naik teksi, maka alamatnya tak berusiklah cik Myvi tu. Belum pun sempat Sonia melangkah masuk ke dalam keretanya, sebuah motor racing berkuasa tinggi jenama Ducati memasuki perkarangan rumahnya. Tidak syak lagi, dah sahlah tu, tak adanya orang lain melainkan minah yang perasan jantan tulah yang datang.
        Topi keledar SHOEI ribuan ringgitnya ditanggalkan dan diletakkannya di atas tangki Ducatinya yang nampak lekuk. Aman turun tangkas bertenaga dari motor besarnya, sambil kakinya menguis untuk menongkat.
        “Hai ahkak, nak ke mana pagi-pagi buta ni?” meriah pertanyaan Aman.
        “Saja jalan-jalan jumpa kawan, cuci-cuci mata sikit dan ambil fresh air. Yang kau pagi-pagi lagi ni dah mendarat kat rumah kami ni kenapa?” tanya Sonia. Aman ketawa senang.
        “Akak ni kelakorlah, terasa pilot ler pulak,” ketawa Aman lagi.
        “Hurm… yalah tu, mulalah kau nak melalut.”
        “Ate… kalau dah mendarat tu keroje sapa? Saya sebenarnya dah janji dengan Daniel nak keluar main go-cart kat Taman Tasik Titiwangsa pagi ni. Saja nak release tension,” jawab Aman jujur.
        “Banyaklah kau punya melepas tension! Kerja tak seberapa, tension lebih, apa kes! Tapi for your information, yang nyata tension ahkak kau ni yang lebih. Jenuh mengejutkan kawan baik kau tu, haram tak bangun-bangun, tidur mati ke apa?” bising mulut Sonia.
        “Hah, Daniel tak bangun lagi ke? Aduhh… ini yang gua tak suka ni. Tak habis dengan janji melayunya. Kalau tahu tak bangun tadi lebih baik gua pergi jogging dulu,” rungut Aman.
        “Yalah, cuba kau nasihatkan sikit boyfriend kau tu, manalah tahu nasihat kau dia nak dengar. Asal pagi aje mesti liat nak bangun. Asal bangun jer mesti liat berpagi-pagi. Akak dengan mama ni dah letih kau tau,” adu Sonia pada Aman yang tergaru-garu malu di usik sebagai teman jantan adiknya Daniel.
        “Kau dah breakfast ke Aman?” tanya Zaida yang sibuk mendandan pokok Ros yang berbunga lebat, segar, cantik dan merah menyala.
        “Dah mak cik, breakfast in bed lagi, kenapa?”
        “Hari ini mak cik ada masak nasi lemak sambal sotong kegemaran kau. Kalau kau rasa nak makan pergilah ke dapur, ambil sendiri atau suruh bibik sendukkan. Sementara kau menunggu si Daniel bangun tak tau pukul berapa tu, elok sangatlah kau isi perut kau sendat-sendat,” suruh Puan Zaida, yang sememangnya telah menganggap Amanda seperti anaknya juga.
        “Mama mama, jangan panggil dia Aman lagi. Panggil aje nama penuhnya, Amanda atau Anaconda sebab itu hari dia kata dia nak berubah,” celah Sonia dengan ketawa mengejek.
        “Betul ke Amanda?” teruja pula Puan Zaida.
        “Insya-ALLAH mak cik kalau tak ada aral, tapi slow-slowlah.” Amanda mengiakan.
        “Alhamdulillah… baguslah tu, mak cik sokong kamu 100%, slowly but surely,” support Puan Zaida dengan wajah yang penuh kegembiraan.
        “Biasalah mama, orang dah ada buah hati, kenalah buat perubahan. Anak sungai lagikan berubah, ini kan pula Sungai Amazon tempat asal-usul Anaconda. Mestilah kena berubah untuk masa depan,” sindir Sonia dengan ketawa ringan nyakitkan hati. Amanda tersenyum bengkek.
        “Betul ke Amanda dah ada buah hati?”
        “Alah, mak cik dengarlah sangat temberang kak Nia tu, bukannya betul pun,” tipu Amanda.
        “Mak cik rasa, kalau Aman ubah penampilan, pasti ramai yang jatuh hati pada Amanda. Cuba trylah!” saran Puan Zaida sambil senyum mengerti.
        “Ya ke mak cik,” excited si Aman.
        “Elok sangatlah tu… mertua sedang menyembang dengan bakal menantu,” laju jer mulut Sonia meluahkan kata sebelum dia menghidupkan enjin Myvinya. Amanda yang berdiri di tepi kereta ternganga malu dan tak sangka Sonia mengusiknya sampai begitu rupa. Tanpa banyak bual dia terus membuka pintu kereta Sonia, lalu masuk dengan muka tak malu.
        “Eh keluar keluar, akak dah nak jalan ni,” suruh Sonia.
        “Tak nak tak nak… akak dah malukan saya, akak kena bawa saya jalan-jalan,” desak Amanda dengan senyum untuk membasuh malunya pada Puan Zaida. Hai… kalau dah perempuan tu, perempuan juga ler, maintained mengada-mengada… Sonia tersenyum kosong.
        “Tahu malu pada manusia ya? Pada ALLAH tak pula terasa. Sepatutnya sebelum kita malu pada manusia, kita kena malu pada ALLAH dulu, barulah kita tak berani melakukan kejahatan,” ceramah awal Sonia sebaik saja dia mengambil keputusan untuk membiarkan saja Amanda mengikutnya. Mungkin ini peluang terbaik untuknya mendekati dan lebih mengenali Amanda. Kereta yang dipandu oleh Sonia mula bergerak perlahan meninggalkan perkarangan banglo mewah yang tersergam indah di Taman Ukay Perdana, UK itu.
        “Alah kak, belum sampai pun lima minit saya menikmati cruising Myvi bersama dengan ahkak, saya dah kena bedil. Kot ya pun peluru machine gun akak tu penuh, sabor-sabor ler sikit. Bagi can ler saya steady sikit dulu,” protes Amanda. Sonia ketawa geli hati.
        “Setahu akak, kau tu kebal. Lantaklah orang serang macam mana pun, kau buat derk aje. Akak kalau nak tembak kau pakai kereta kebal terus, baru hancur.” Sonia melawak lagi, penyudahnya kedua-dua pun ketawa.
        “Kak tak kesian ke kat adik akak yang macho ni?” tanya Amanda dengan sengih-sengih.
        “Mestilah, kesian sangat dengan kau dik, sebab kau ni jenis remaja yang menghadapi krisis identiti. Yang tak ada matlamat hidup dan hala tuju,” sebijik lagi Amanda kena.
        “Saya tahulah, tapi nak buat macam mana, dah lama berkeadaan begini dan rasa selesa pula begini. Lagipun saya tak kacau orang dengan pakaian yang begini.” Bukan main lagi ya kau nak berhujah, macamlah pandai sangat.
        “Itu yang salah tu, kau rasa, asal tak kacau orang, dah kira okey, dah tak bersalah. Bersalah dengan yang cipta kau, kau ambil kira. Kita ni dilahirkan sebagai perempuan, jadi kenalah meneruskan kehidupan kita dengan ciri-ciri sebagai perempuan sejati tu, seperti cara berpakaian, pergaulan dan percakapan. Jangan sekali-kali kita cuba menentang undang-undang peraturan ALLAH,” bantai Sonia.
        “Dulu, masa saya kecil-kecil kenapa akak tak ajak saya bermain? Alih-alih bila datang rumah akak asyik main dengan Daniel aje… dahlah kat rumah saya hanya ada abang-abang. Ha, sebab tulah saya jadi lagu ni.” Amanda beralasan.
        “Banyak cekadak betul kau ni ya! Ada ke pula akak yang kau nak salahkan. Sendiri mau ingat ler yang awak tu still perempuan walaupun berkawan dengan beratus orang lelaki sekalipun. Erm… kau kenal sotong tak?” tanya Sonia sambil menoleh melihat Amanda.
        “Ahkak oii… walaupun saya ni tak masuk universiti, tapi kalau setakat sotong tu, apa pulak tak kenalnya. Apa pula kena-mengena cerita saya dengan si squid tu? Auww! Tolong sikit… saya ni bukanlah jenis spesies lembik melekat tu,” jawab Amanda bersama ketawa lucunya.
“Ha, itulah yang kau tak faham! Sepatutnya kau ni kena ikut fitrah cik sotong kita tu, walaupun lama dia hidup dalam laut yang bergaram, sampai berjanggut, tapi tak ada pulak dia masin. Ini kejap aje main pondok-pondok dengan budak jantan, dah nak jadi jantan. Jantina tetap tak akan berubah walaupun kau cenderung untuk menjadi lelaki. Jadi kau kena sedar diri,” belasah Sonia tanpa simpati.
        “Aduih, kak. Asyik kena saja saya ni, tak tahan dah lubang telinga ni dah berasap dah ni,” jawab Amanda.
        “Itulah kau, asal orang nasihat kau tak nak dengar, sampai cakap mama kau pun kau tak heran ya. Bila nak berubah ni? Umur kamu pun dah lanjut, dah 23 tahun. Belajar malas, nasib baiklah mama papa kau kaya. Kalau tak tak tahulah nak jadi apa,” macam bertih goreng Sonia membebel.
        “Kak stop dulu pasal ni boleh tak? Gegendang telinga saya dah pecah sangat dah ni. Nantilah saya akan fikirkan balik segala nasihat akak yang bernas tu.” Amanda mengangkat tangannya tanda berjanji. Sonia ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepala. Hish… budak ni memang tak makan saman betul, agaknya selipar jepun taruh ketchup dia makan kot!