NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Saturday, October 25, 2014

CINTA KITA SEMPOI BAB 13

                                     
                                BAB 13
JOE mengamati setiap patah perkataan yang keluar dari mulut female fannya Amanda. Rasa kelakar pun ada bila girl ni havoc mengeluarkan perkataan-perkataan bombastik yang syok juga untuk diajuk. Maklumlah muda-mudi zaman sekarang, bukannya sama dengan style generasi X yang kuat berfikir. Penangan ombak milineum ni, Gen-Y ni lebih manja, semuanya on the finger tips, tak perlu buat research sangat, jadi bahasanya short-cut ajelah… Sesuai sangat ler tu, semuanya suka bermalas-malas. Kalau kat kolej, sewaktu kuliah, lecturer suruh salin nota, ambil tablet snap jer kat white board, habis cerita. Joe senyum lagi. Seronok melihat Amanda yang bersembang tak ingat dunia, meriah sangat.
“Eh Aman, lama aku tak jumpa kau,” tegur seseorang. Amanda terkejut, lalu mendongak.
“Oh Wanda, ingat siapa tegur aku tadi. Kau buat apa kat sini?”
“Aku sedang cuci baju kot! Lagi mau tanya ka?” jawab Wanda dengan pertanyaan. Amanda gelak.
“Man, mana kau pergi sejak akhir-akhir ni? Dah lama aku tak jumpa kau kat club. Mana kau lepak?” tanya Wanda lagi.
Lately aku busy sikitlah beb, kena uruskan kedai Dobi Wangi yang kat Keramat tu. So, mana ada masa lagi nak join kau orang. Sorrylah.” Amanda beralasan dengan sepatutnya.
“Yalah, orang dah nak jadi business women katakan, mana nak join kita orang lagi.” Wanda buat suara merajuk.
“Tak adalah pulak macam tu. Ada masa nanti aku singgahlah, hang out macam biasa dengan kau orang. Nanti kau sampaikan salam aku kat member-member,” pesan Amanda. Wanda mengangguk setuju.
“Eh sista, takkan tak nak perkenalkan abang kau kat aku?” terjah Wanda sesuka hatinya. Wajah Amanda jadi kelabu.
“Bukan abang akulah,” jawab Amanda jujur, agar Wanda tidak melalut macam-macam.
“Hai, kau jangan nak tipu aku ya! Ini abang kau yang nombor berapa?”
“Mana ada, bukanlah!” Jenuh Amanda membesar dan mengecilkan biji matanya agar Wanda jangan nak over-over sangat.
“Aku taulah kau bukannya suka sangat kalau member-member kita kenal dengan abang-abang kau. Tapi alang-alang aku dah terserempak ni, introducelah kat aku. Apa salahnya, takkan itu pun nak kedekut beb! Bukannya luak,” kata Wanda dengan mulut celoparnya sambil melihat ke arah brader handsome yang berada di sebelah Amanda. Joe tersenyum, seronok melihat cara gadis-gadis ini berinteraksi sesama sendiri. Bahasa pun lain macam aje.
“Ini Abang Joe,” perkenal Amanda. Geram sangat dia dengan Wanda yang degil ni.
“Abang yang keberapa?” Tanya lagi. Banyak songeh betullah minah ni.
“Yang sulung,” tipu Amanda. Padan muka kau, kepo sangat.
“Kau orang adik-beradik muka semuanya sama ke?” tanya Wanda si kepo dengan soalan yang entah apa-apa.
“Yalah! Satu kapal, kan!” jawab Amanda. Senang cerita iyakan saja cakap Wanda ni, biar dia cepat berambus. Buat menyemak, ganggu urusan orang jer. Joe ketawa lagi.
“Woi, bila kau nak blah, kami nak makan ni?” kasar saja Amanda bertanya. Tapi Wanda tetap tersengih-sengih, macam tak terasa apa-apa. Dah lali dengan bahasa budak jahat.
“Kau ni kan, kedekut betullah! Bukannya nak pelawa aku makan bersama-sama abang kau yang handsome ini. Lagi halau, ‘hincit’ aku adalah. Tak patut betul…” rungut Wanda dengan buat-buat menjeruk muka.
“Kau nak aku belanja? Boleh.. tapi lain kali, bukan sekarang. Dipersilakan berlalu Cik Wanda yang kepo,” ucap Amanda bersahaja. Tak kisahlah samada Wanda terasa atau tidak, yang penting dia tidak mahu ada orang lain ‘menyelit’ sewaktu perbualannya dengan Abang Joe.
“Sampai hati kau halau aku,” protes Wanda yang tak tahu malu.
“Bukannya apa beb, kalau aku tak suruh kau angkat kaki la ni, risau nanti aku akan tercekik dan terbuntang biji mata dengan entah apa ke benda yang akan terkeluar dari mulut kau yang tak berfilter tu. Sekarang ni aku nak makan dengan aman, tanpa gangguan. Faham?” Amanda menjegilkan biji matanya ke arah Wanda yang sudah pun tersengih.
“Yalah, yalah! Tapi jangan lupa belanja aku nanti,” balas Wanda sambil bangun. Buat-buat muncung seketika.
“Okeylah.. nanti aku belanja. Kau nak makan apa? Dominos, Pizza Hut, Nasi Arab, atau apa saja. Kalau kau tak suka dengan apa yang aku sebut, sup kepala keretapi pun aku boleh belanja kau. Itu pun kalau ada orang jual.”
“Huh… tak ikhlas, perli akulah tew!”
“Taklah! Betul… botoi… Apa pulak perlinya. Tapi before you leave, tolong ambil gambar kita orang dulu.” Amanda menghulurkan Samsung Galaxy note 4 miliknya kepada Wanda.
“Tinggal dalam satu rumah pun nak bergambar juga ke?” tanya Wanda yang tak sudah dengan keponya.
“Kau ingat senang ke nak keluar makan dengan abang aku ni? Dia orang sibuk,” terang Amanda.
“Abang Joe kerja apa ya?” tanya Wanda lagi. Terjojol biji mata Amanda memberi warning pada Wanda yang tak faham bahasa.
Businessman,” jawab Joe dengan senyum.
“Kat mana tu? dan bisnes apa ya?”
“Area Wangsa Walk, Wangsa Maju. Abang niaga import eksport perabut,” terang Joe ikhlas.
“Wow, muda-muda lagi dah jadi ahli perniagaan. Yalah, ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi ya,” sahut Wanda.
“Tak payah banyak cakaplah Wanda wei! Kau snap aje ler gambar kami,” arah Amanda pada membernya yang banyak cekadak. Wanda membuat seperti apa yang disuruh, kemudian dia melihat gambar yang telah dirakam.
“Nah! Cayalah… Cantik dan fotogeniklah gambar kau orang.” Wanda menghulurkan kembali handfon ke tangan Amanda. Sebelum itu sempat juga dia selfie. Hendak jugak!
Cheers Wanda,” ucap Amanda.
Welcome. Aku blah dulu. Enjoy your  Big Mac.” Wanda mengangkat tangan kemudian berlalu. Amanda mula menjatuhkan pandangan matanya ke arah skrin. Terpukau dia seketika, antara percaya dan tidak. Kemudian dia menghulurkan handfon tersebut untuk tatapan Joe. Nampaknya Joe lagi terkejut, dan dia seakan terganggu dengan kejutan yang ini.
“Kenapa wajah kita hampir sama? Patutlah Wanda beria-ia mengatakan kita adik-beradik.” Amanda memulakan pertanyaan dengan muka yang agak keliru.
“Entah, abang pun tak tau. I have no idea,” tipu Joe. Tapi di dalam dadanya debaran kuat menggila, bagai nak pecah.
“Kebetulan aje ni! Lagipun kata orang, dalam dunia ni kita mempunyai tujuh orang yang memiliki wajah yang sama dengan kita. Excited ni bro, nampaknya sekarang saya dah jumpa seorang, tinggal enam lagilah ya!” Amanda ketawa dengan lawak tak jadinya.
“Amanda ada berapa orang adik-beradik? tanya Joe.
“Saya ada empat orang adik-beradik. Saya anak yang bongsu, dan perempuan hanya saya seorang.”
“Habis, siapa pula yang Amanda panggil kakak tu?”
“Oh, itu jiran kami. Kami berkawan sejak dari kecil, dan dia pun dah macam keluarga sendiri. Kenapa abang tanya?”
“Saja nak tahu. Mak dan ayah ada lagi?”
“Ada. Mama buat bisnes dobi dan papa, kontraktor,” terang Amanda.
“Oh macam tu,” sahut Joe bersama hati yang mula mengecut. Jauh benar tanggapannya. Mungkin hanya nama dan rupa saja yang berkebetulan, tapi hakikatnya belum pasti. Namun begitu di sepanjang pencariannya, dia tidak pernah bertemu dengan klu yang begitu hampir dengannya kecuali pada hari ini. Saat ini jiwanya meronta-ronta ingin meluahkan perkataan keramat yang dia simpan bertahun lamanya. Kalau boleh dia ingin katakan, “Amanda adikku, abang telah lama mencarimu.”
“Abang Joe, saya chau dulu ya! Sista saya dah WhatsApp. Kami dah nak beredar ni.” Lamunan pendek Joe terputus saat Amanda meminta izin untuk bergerak sebaik saja gadis itu selesai membaca mesej dari kakaknya.
“Okey, lain kali kita jumpa lagi boleh?” tanya Joe yang masih belum putus harapan.
“Boleh! Nanti lain kali saya perkenalkan kakak saya yang cun tu pada abang ya,” jawab Amanda sambil ketawa.
No problem. Apa salahnya, abang sudi dan okey jer,” jawab Joe dengan ketawa senang. Saat Amanda melangkah keluar dari Restoran Famili McDonalds KL Sentral tu hatinya sayu sekali, seakan dibawa pergi. Kenapa ya? Joe sendiri tiada jawapannya.












No comments:

Post a Comment