BAB 14
SEBAIK saja Joe sampai di rumah, dia dapati kereta BMW sports
hitam metalik milik isterinya sudah terparkir elok di dalam garaj. Hai cepatnya
balik, detik hatinya. Selalunya jangan harap nak ada kat rumah kalau hujung
minggu begini. Kalau siang tidak melabuhkan tirainya lagi, usah dimimpi dia
berada waktu ini di teratak sepi ini.
Joe menolak daun pintu dengan perlahan, kemudiannya memberi
salam kepada ahli rumah. Baginya, tak kiralah ada yang menyahut atau tidak,
tapi pesan mak yang ini dia masih ingat sampai sekarang. Kata emak: “Bila masuk
rumah, mesti kena bagi salam walaupun tiada siapa yang berada di dalam, sebab yang
menjawab salam kita nanti adalah Malaikat Rahmah yang bersedia untuk menjawab
bagi kesejahteraan kita”. So, sampai sekarang dia tidak
pernah lupa beramal dengannya. Joe melangkah masuk dengan tenang. Sunyi saja suasana
di dalam, tidak kedengaran suara bising Suria bermain dan berceloteh seperti
selalu.
“Suria, Suria… Papa balik ni! Ria, I’m home!” Joe memanggil-manggil anak kesayangannya.
Diam, masih tiada sahutan. Tidak seperti biasa. Biasanya Suria akan berada di living room bermain sorang-sorang sementara
menunggu papanya pulang. Suria seperti sudah tahu jam berapa selalu papanya sampai
di rumah, kerana Joe tabiat semula jadinya suka berpegang dengan masa.
Joe mencari bibik yang dilihatnya sedang sibuk di dapur.
“Bik, mana Ria?” tanya Joe.
“Ada di kamar pak. Demamnya panas banget. Dari tadi lagi dia…”
Belum pun sempat habis pembantu rumahnya bercerita, Joe sudah berlari naik ke
tingkat atas.
Di pintu bilik, belum pun dia memulas tombol, pintu itu sudah
terkuak dengan sendirinya. Harlina tercegat berdiri di dalam dengan muka
marahnya.
“Hah, tau pun nak balik. Anak awak tu demam dari tadi lagi.
Menyusahkan orang!” tinggi suara Harlina. Sengaja diwujudnya suasana panas
supaya dia dapat bergaduh dengan Joe. Tanpa mempedulikan isterinya yang
berwajah masam dan menyinga itu, dia meluru ke arah Suria yang sedang terbaring
di atas katil. Anak kecil yang berusia tiga tahun lebih itu memejamkan matanya
rapat, mungkin sudah lama tertidur. Nampak kesan lelehan air mata yang hampir
kering di pipi gebunya. Joe meletakkan tapak tangan kanannya ke dahi Suria.
“Ya ALLAH panasnya! Dah bagi ubat ke belum?” tanya Joe cemas.
“Belum, dia yang tak nak! Dia nak tunggu you juga yang
suapkan dia,” terang Harlina tanpa sedikit pun rasa bersalah membiarkan anak
itu menderita.
“Apa! Belum bagi? Tak ada akal betul you ni. You nak biarkan
dia merana?” marah Joe. Terkejut Harlina, ingat dia sorang aje reti marah.
“Dia yang tak nak, mana pulak I tau. So, tak payahlah I nak susah-susahkan
diri nak suapkan dia. Tunggu ajelah you balik. Apa masalahnya, tahan aje ler
sakit sikit tu.” Harlina menjawab tanpa guna ‘kepala hotak’ dia untuk membela
diri.
“Paksa ajelah dia makan. Bukannya susah mana pun. You tak kesian
ke tengok dia demam tu?” marah Joe lagi. Kali ini suaranya sudah meninggi. Rasa
geram dengan perangai tak bertamadun isterinya sudah tidak mampu dibendung
lagi. Kalau boleh diajar dengan dipukul atau ditumbuk, nak saja dia melakukan aksi
itu. Dah kena sebijik kot mau berubah mana tau, detik hatinya.
“Kenapa salahkan I pula? Budak manja awak tu yang tak nak
makan ubat, I pula yang you nak marah, pasal pulak!” lawan Harlina balik.
“Memanglah I marah, sebab you ni tak ada perasaan, mengalahkan
apa. Harap muka aje cantik, otak letak kat kepala lutut. Buat malu aje! You
biarkan dia rupa tu, sebab you tak sukakan dia, kan? Kalau boleh you nak dia
mati, kan!!!” jerit Joe tanpa dapat mengawal perasaannya. Perempuan ini memang
sudah melampau. Suria yang tidur sedari tadi, terjaga dengan sendirinya. Dia
menangis dengan tiba-tiba dek kekecohan itu.
“Ria, papa balik sayang.” Joe memangku anaknya yang panas
pijar. Belas hati Joe melihat anak sekecil itu berperang dengan demamnya.
“Papa I’m sicked.
Don’t leave me again ya!” rintih anak kecil itu sambil
tangan kecilnya memaut lengan Joe.
“Okay honey, I’ll
stay here with you.” Joe membelai kepala
anaknya.
“Kita makan ubat ya sayang. Bila dah makan ubat, insya-ALLAH
nanti kita sembuh. Bila dah sembuh kita boleh pergi jalan-jalan, beli mainan,
beli ais-krim dan beli anything you
like,” pujuk Joe lembut.
“Yes, I want. Ria nak. Ria nak sihat. Ria
nak jalan-jalan dengan papa.” Anak kecil itu mula bersemangat walaupun suaranya
masih perlahan. Harlina yang mendengarnya terasa berbulu lubang telinga. Tadi
bukan main lagi menjerit-jerit tak nak makan ubat. Sekarang, sekali cakap aje
dah nak. Menyampah! detik hatinya.
“Mengada-ngada. Menyusahkan orang aje,” marah Harlina yang tegak
berdiri di hujung katil anaknya.
“Memanglah dia mengada-ngada, sebab dia kan kecil lagi. Kalau
orang tua yang mengada-ngada barulah buruk kelaku namanya,” sembur Joe dengan air
berperisa cili boh.
“Apa maksud you?” Harlina mula terasa kepedasannya.
“Tak ada apa-apa. Kenapa, terasa ke?” tanya Joe tanpa melihat
pun isteri kekwatnya. Harlina mencebik. Menyampah sangat dengan anak, termasuklah
papanya sekali, serius.. mengada sungguh. Tanpa mengambil masa lama Joe mula
menyuapkan 10ml ubat demam berperisa oren ke mulut Suria, dengan sekali telan ubat
itu dapat dihabiskan. Joe kemudiannya membaringkan kembali anaknya di atas
tilam dan memujuk agar anak itu kembali tidur supaya mendapat rehat secukupnya.
“Papa, jangan tinggalkan Ria,” pinta anak kecil itu. Hampir
luruh air mata Joe saat mata layu itu memandangnya dengan penuh pengharapan.
“No dear, you
just sleep well. Papa tak akan ke mana-mana,”
janji Joe sambil membelai-belai jari-jari halus mulus Suria. Dalam hati yang
pedih dan sedih itu Joe mencium tangan Suria berkali-kali, bagaikan ingin
membuang kisah duka dia dan si kecilnya. Lima minit kemudian anak kecil itu tidur
kembali. Joe menarik nafas lega, kemudian dia meraup mukanya berkali-kali.
‘Suria, kerana kamu papa masih berada di bawah bumbung rumah
ini. Kerana kasih sayang kamu papa masih mampu bertahan,’ luah hati Joe sebelum
dia bangun untuk turun ke dapur bagi menghilangkan dahaganya.
Sebaik saja Joe keluar dari dapur, Harlina yang sudah siap
berpakaian elok bagai artis pop melintas di hadapannya. Siap dengan handbag Gucci lagi.
“Heh, you nak ke mana ni?” tanya Joe terkejut.
“Keluar,” jawab Harlina sepatah. Tak tengok pun muka suaminya.
“You nak keluar?” soal Joe dengan rasa tak percaya. Menyalahi
norma, tak munasabah, dan tak keterlaluan kalau dikatakan tak berakal seorang ibu
sanggup meninggalkan anaknya sendiri yang sedang terlantar sakit hanya kerana
nak berseronok dengan kawan-kawan.
“Ya, kenapa?”
“Heh, ibu apa you ni! Anak tengah demam you boleh nak keluar
merambu?”marah Joe “Kalau I ada kat rumah pun, bukannya I boleh buat apa, I
bukannya doktor.
“Ya ALLAH, manusia jenis apa you ni? Anak sedang sakit, boleh
you keluar semata-mata nak jumpa kekasih hati. Dah kemaruk sangat ke, walaupun
hari-hari dah bertemu?” belasah Joe tanpa berselindung lagi. Hatinya cukup
sakit dan kecewa.
“So what? Suka hati I lah nak buat apa
pun,” dengan bongkak Harlina menjawab.
“Kesian I tengok you ni,” sindir Joe dengan ketawa sinisnya.
“Tak payah nak menyindir. Straight to the point, apa kesian-kesian,” marah Harlina.
“Setahu I, binatang pun tau sayangkan anak. Tapi you tak
pernah sayangkan anak. Pelik betul! Maknanya you lebih teruk lagi dari binatang.
Dahlah hidup bergelumang dengan dosa, siang malam. Kalau ALLAH ambil nyawa you
saat ini, I tak tahulah bagaimana kesudahannya.” Joe meluahkan pukulan bahasa
yang menyakitkan hati bagi sesiapa yang mendengarnya.
“Eh, kubur kita masing-masing, kan?” Si dangkal ilmu mahu
melontarkan hujah.
“Betul, tapi I tetap dipertanggungjawabkan atas setiap apa yang
you buat, selagi you tu masih isteri I. Pengembala akan dipertanggungjawabkan
di atas setiap gembalaannya, faham!”
“Kalau macam tu, you lepaskan I. Kita pun bukannya pasangan
bahagia.” Seperti biasa Harlina mencabar Joe. Setiap kali pertengkaran berlaku,
akhir kalamnya pasti dia akan mengungkapkan dialog yang sama. Sesuatu yang
halal tapi amat dibenci oleh ALLAH. Bagi Harlina lafaz yang menggegarkan arasy itulah yang sering
ditagihnya sejak dulu.
“You terlalu sombong Harlina. Bukan saja dengan manusia, bahkan
dengan TUHAN pun you nak berlagak. You tak sedar ke? Semoga ALLAH reserve kasihan belasnya terhadap
kamu Harlina. Sesungguhnya azab yang bakal menanti teramatlah pedih. Bawalah
bertaubat,” ucap Joe dalam nada kesal.
“Ah… tak payah nak berceramah perasan ustaz dengan I. Tahulah
macam mana I nak uruskan kehidupan sendiri. Yang pentingnya you ceraikan I dulu.”
“Insaf Harlina. You dah jauh lari dari landasan yang sepatutnya
dan selayaknya diperuntukkan kepada seorang yang bergelar isteri,” nasihat Joe.
“Eh, sudahlah! Boleh jalanlah! I dah bosan hidup dengan you.
Tinggal dalam rumah ni macam hidup dalam neraka tau tak?” melengking suara
Harlina.
“Masya-ALLAH Harlina. Berhati-hati sikit kalau bercakap tu.
You tak pernah tahu kehidupan di neraka ALLAH yang sebenarnya, sebab itulah you
begitu berani cuba mencipta jalan untuk ke sana. Tolonglah ambil tahu pasal
agama sikit. Udah-udah ler dengan jahil tu! Kesian betul dengan you ni. Apa pun
I tetap berdoa semoga ALLAH membuka pintu hati you untuk kembali ke pangkal
jalan,” kata Joe yang sudah tidak mahu lagi terus bertekak. Dia faham dan masak
sangat, isterinya itu adalah seorang yang terlalu degil, dari zaman budak
sampailah dah tua bangka, sikit pun tak reti nak berubah.
“Ah sudahlah! Tak payah nak cakap banyak lagi. I nak blah.” Harlina
berjalan sambil menghentak kakinya tanpa menoleh lagi ke arah suami yang masih
tercegat di ruang tamu. Bajet diva dan kekwat. Podah!
Joe menggeleng-gelengkan
kepalanya beberapa kali, kemudian dia meletakkan sepuluh jarinya ke atas
ubun-ubun, dan meraupnya sampai ke belakang kepala. Erm… apalah nak jadi.
Buntu betul fikirannya
saat ini. Permintaan Harlina membuatkan dia begitu terhina. Payah untuknya membuat
keputusan secara drastik sebelum memikirnya masak-masak. Jalannya begitu
bersimpang-siur, kusut umpama benang halus yang berselirat. Ramai yang terlibat
dalam isu rumah tangganya, dan banyak hati yang perlu ditatang.
Doa Joe sebagai penggantungan, “Ya ALLAH, berilah daku
kekuatan. Kasihanilah daku. Bantulah daku menangani masalah ku ini dengan
sebaiknya. Permudahkanlah segala urusanku.
No comments:
Post a Comment