NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Friday, November 4, 2011

persis bidadari syurga bab 10


BAB 10

Suasana riuh rendah tadi telah hilang,yang ada hanya bunyi desahan penyapu yang sedang digunakan oleh Fatin,suara jerit pekik murid-murid Tadika Sinar Jaya telah lama berlalu dan sekarang tadika tersebut dibungkus sepi walaupun masih ada orang didalamnya.

Nur Asiah masih seperti tadi, termenung jauh dan panjang di meja guru. Pandangan matanya melepasi tingkap nako bilik tadika, sesekali Fatin menjeling kawannya yang sedang tak sedarkan diri itu. Dia tahu tika ini jiwa Nur tidak ada di tadika tersebut, melayang entah kemana. Kasihan Nur! Dia mengeluh sendiri. Berat lagi mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Nur Asiah harus ditolong,tapi dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak menolongnya.

“Nur!” Fatin memanggil ,tapi tiada sahutan. Dah hanyutlah tu.

“Nur!!! Jomlah kita balik, kerja semuanya dah selesai,” suara Fatin sedikit tinggi.

Nur tertoleh,seakan-akan baru terjaga dari mimpi.

“Hah, apa kau cakap tadi?”

“Aku kata, jomlah kita balik.”

“Dah nak balik ke? Kenapa cepat sangat?” Wajah Nur Asiah mula berkerut seribu seperti orang tertelan jeruk buah asam kelubi.

“Yalah kerja dah habis,lagi pun aku nak singgah kedai runcit,nak beli barang sikit.

Kau nak ikut tak?” Nur Asiah hanya menggelengkan kepalanya. Dia menundukkan wajah

muramnya ke lantai, memerhati ibu jari kakinya yang sedang menguis-nguis lantai marmar

tadika tersebut. Fikirannya kusut, hatinya resah dan jiwanya tidak pernah tenteram. Yang ada

hanya sekeping hati yang kering dan kesedihan.

“Kalau kau tak nak ikut, aku balik dululah,hati-hati ya.” Nur Asiah hanya

mengangguk sebaik saja Fatin menghulurkan salam. Sekejap lagi dia juga akan pulang ke

rumahnya yang terletak tidak jauh dari tadika tersebut. Kakinya terasa amat berat untuk

melangkah. Berjalan pulang ke rumahnya bagaikan dia sedang memijak bara-bara api yang

menuju ke neraka. Seandainya Nur Asiah boleh lari, dia tidak ingin lagi kembali ke rumah itu

lagi. Rumah puaka,kata Suriani.

“Hah…! Kenapa kau baru balik?” Sebaik saja dia membuka pintu ,suara

terjahan yang kasar menyambutnya dimuka pintu. Suaminya tercegat dengan wajah yang tak

pernah manis dan garang giler, kecut perut Nur Asiah mendengarnya walaupun dia sudah biasa dengan tengkingan tersebut. Nur Asiah hanya diam tanpa menjawab,tak teringinpun untuk dia menjawab,tak ada gunanya menjawab. Lebih baik dia diam membatu.

“Hei…perempuan, kalau aku tanya,jawablah? Karang tak pasal-pasal pipi kau tu kena

pelempang aku.” Marahnya Aiman pada isteri tuanya yang diam membisu seperti orang

dungu. Selalu pun begitulah keadaan Nur, tak pernah dia melawan dan membantah.

“Ada mulut jawablah! Kalau tak lebih baik jadi bisu,” badan Nur Asiah tersandung ke hadapan disebabkan oleh tolakkan kasar Aiman. Sebelum terjatuh Nur Asiah sempat

menjeling kearah Adura yang sedang ketawa melihat dirinya yang sedang diperlakukan oleh suami sendiri.

“Hah! Tu lah bodoh sangat,apa yang abang buat tu sesuailah dengan orang bodoh

macam kau,” hilai ketawa Adura semakin kuat bila melihat Nur Asiah yang terkial-kial untuk bangun,dia merasakan kakinya sudah terseliuh akibat tolakan tersebut. Nur Asiah mencuba untuk bangun ,tapi terjatuh kembali. Tuhanku…sabarkanlah aku! Bantulah aku!

“Bangunlah bodoh...! Pergi masak,cepat, aku dah lapar ni!!!” Aiman menjerit sambil

menunjal kepala Nur Asiah, sekali lagi Nur Asiah tersungkur di lantai. Dalam keadaan yang

masih sakit dia bangun dan terus ke dapur, dia membasuh beras dan memasak nasi, kemudian

dia membuka peti ais dan mengintai-ngintai apa-apa yang boleh dimasak. Tak ada apa-apa

pun. Peti ais itu pun dah lama tak berisi. Nur Asiah melilau-lilau di sekitar kawasan dapur

mencari sesuatu yang boleh di masak, yang ada hanya telur dan sedikit sayur. Apa yang

terlintas difikiran Nur Asiah ialah untuk membuat sambal tumis telur. Kalau kat kampung dulu

waktu musim tengkujuh,lauk mereka sekeluarga ialah telur. Hari-hari makan lauk telur sebab

ayah tidak dapat turun ke laut. Adik-adik tidak pernah merungut walaupun hanya berlaukkan

telur. Malah mereka berasa bersyukur masih ada juga telur untuk di buat lauk,kalau tidak

mereka hanya makan nasi kosong saja.

“Abang nasi dah siap,” Nur Asiah memanggil suaminya. Aiman dan Adura datang, dan terus membuka tudung saji.

“Eh,Siah...! Lauk apa yang kau masak ni? Kau ingat aku ni pendatang asing

ke? Makan lauk telur?” Nur Asiah terkebil-kebil di tepi meja. Serentak itu bunyi pinggan

kaca jatuh berderai bersama sambal tumis telur yang bersepah dilantai. Nur Asiah memejamkan

matanya rapat-rapat, dia tidak mahu melihat sambal tumis yang masih panas berasap itu tumpah

ke lantai,hatinya sedih dan walang, belum pun kering peluhnya kerana memasak, sambal

tumis telur sudah bersepah di lantai. Tiba-tiba Nur Asiah merasakan kedua tulang pipinya dicengkam kuat,sakitnya tidak tertahan sehingga airmatanya meleleh keluar.

“Sakit bang, ampunkan saya!” Nur Asiah merayu bila Aiman masih belum melepaskan cengkaman pada rahangnya.

“Kenapa kau sengaja nak sakitkan hati aku hah?” Nur Asiah memejamkan mata

sambil menggeleng-gelengkan kepalanya,tak terniat pun untuk menyakiti hati suami,

walaupun dia sering disiksa oleh suaminya sendiri.

“Sebenarnya kat rumah kita dah tak ada apa-apa lagi yang boleh dimasak, barang-barang dapur semuanya dah habis, duit belanja pun dah lama abang tak bagi,” Nur Asiah memberanikan diri membuka mulut.Tudung Nur ditarik sehingga Nur Asiah tersentak ke belakang.

“Habis, kalau dah tak ada barang di dapur, tak reti ke nak pergi beli? Nur tak ada duit bang ,sebab sebelum ini pun dah pakai duit Nur.”

“Oh…sekarang kau nak kata aku tak bagi duit dapurlah ya? Nah sekarang kau ambil…” Pang!!! Sebiji penampar jantan singgah di muka Nur sehingga badan Nur terpusing kemudian terperosok di bawah meja makan. Sungguh kejam dan tragis. Nur Asiah menangis tanpa lagu dan irama,hanya airmata yang laju menuruni pipi. Mak , tolong Nur!!! Ayah datanglah ambil Nur! Datanglah ayah! Sebelum mayat Nur terbujur kaku! Nur Asiah merayu pilu, perlahan dan sayu, jauh menyusuk kalbu.

“Jom sayang, kita makan kat luar, menyampah aku tengok perempuan ni, bukannya boleh diharap,buat menyemak saja.” Aiman menarik tangan bini mudanya lalu keluar dari dapur, seketika kemudian kedengaran enjin kereta menderum keluar. Tiba-tiba Nur Asiah rasa pening berpusing-pusing,dia tak dapat bangun dan kemudian dia tersungkur kembali tanpa sedarkan diri. Entah berapa lama dia pengsan,dia tak tahu,tapi bila dia sedar hari sudah pun malam. Kelibat suami dan madu tak pula kelihatan. Nur Asiah bergegas naik ke biliknya dan memasukkan pakaian serta apa-apa saja keperluannya kedalam beg, dia perlu segera sebelum suami dan madunya pulang. Malam ini dia telah nekad, keselamatan dirinya perlu diutamakan, pergi jahanam dengan perkahwinan yang tak membahagiakan hidupnya. Nur tak nak jadi keldai lagi ayah.Sesabar manusia pun ada batasannya, kerana aku bukan malaikat yang memiliki hati emas. Mak ,ayah maafkan Nur, apapun yang terjadi selepas ini Nur tak berniat untuk memalukan mak dan ayah.

Ayah! Nur dah berusaha untuk menjadi isteri yang baik,tapi nasib Nur tak baik,Nur selalu dirundung malang. Hati Nur ni telah lama mati dan kering, sekering gurun sahara. Nur menderita selama ini ayah.

Nur tak tahu dimanakah silapnya percaturan hidupnya. Adakah ini semua salah ayah yang telah memaksa dia berkahwin dengan lelaki yang tak berperikemanusiaan ini? Mungkin tidak…

ayah mana yang sanggup melihat kesengsaraan anaknya,tapi ketentuan hidup ini tak sama

dengan yang dirancang. Siapa yang tahu tentang percaturan takdir dan dia hanya mampu

berserah,redha serta tawakal dengan apa yang berlaku kerana ALLAH lebih mengetahui.

Redha dengan perkahwinan ini bermakna dia telah redha dengan segala takdir ALLAH walaupun sepanjang perkahwinan selama enam tahun ini dia tidak pernah bahagia. Masih jelas peristiwa enam tahun lalu yang menjadi mimpi ngeri dalam kamus hidupnya. Yang merubah terus diri dan kehidupannya ,yang telah membunuh segala keceriaan dan kebahagiaannya,yang telah menyebabkan dia tidak lagi tahu bagaimana untuk tersenyum kerana bahagia. Dunianya terlalu kosong dan sepi. Seandainya ALLAH memanggilnya untuk kembali kealam yang satu lagi, dialah orang yang paling gembira, kerana hidup ini sudah tiada maknanya dan keindahannya lagi. Dialah yang paling gembira dapat menemui kekasih siang dan malamnya,tempat dia mencurah kesedihan. Tuhanku, Kaulah yang Satu!

No comments:

Post a Comment