NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Tuesday, November 1, 2011

persis bidadari syurga bab 9


BAB 9

Nur Asiah masih teresak-esak di birai katil. Aiman bertindak di luar batas kemanusiaan,memukul dan menderanya kerana sebuah tanda tangan. Hati Nur Asiah benar-benar terluka ,hancur dan remuk . Aiman memaksanya menyain surat kebenaran untuk berkahwin dua. Siapapun tak akan rela diri dimadukan.

“Cepat sain!!” Aiman menjerit lagi. Nur Asiah masih terpaku di situ bersama tangisan.

“Tak nak,Nur tak nak sain!!!” Nur Asiah meninggikan suara.

“Oh…dah pandai melawan ya?” Aiman mengankat tangan untuk menampar muka Nur lagi, tapi Nur Asiah cepat-cepat sembunyikan wajahnya.

“Kalau abang berkahwin dua,abang tak kan dapat berlaku adil,selama ini pun abang tak pernah berlaku adil pada Nur,abang selalu pukul Nur!”

“Lebih baik kau diam,jangan nak membebel,aku hanya suruh kau sain surat tu saja.Sebenarnya kalau aku nak kahwin tak perlu izin kau pun,aku boleh kahwin dimana-mana pun, tapi aku tak nak cemarkan nama aku dengan berkahwin disempadang siam” Aiman menarik rambut Nur Asiah yang panjang mengurai, sakitnya tuhan saja yang tahu,air matanya mengalir tanpa henti,

“Abang boleh kahwin, tapi abang ceraikan Nur dulu!!” bergegar Tiang Arasyh bila isteri meminta suami menceraikannya. Tapi Nur tak peduli lagi,Nur rasa dia wajib memintanya daripada membenar diri disiksa oleh suami sendiri.

“Ha….ha…ha…. ceraikan kau?,……kau ingat aku akan ceraikan kau?, kenapa, kau nak kembali pada kekasih kau dulu?” Aiman ketawa lagi, mengejek. Sakit hati Nur dengan tuduhan itu.

“Tolonglah lepaskan saya, biarkan saya kembali pada keluarga saya”

“Aku takkan ceraikan kau sampai bila-bila,aku akan jadikan kau hamba dalam rumah ini”

“Abang kejam!!” Nur Asiah menjerit,

“Dan aku akan lebih kejam lagi kalau kau tak sain” renungan Aiman yang menyinga membuatkan Nur Asiah kecut perut. Tuhanku yang maha melihat,bantulah aku yang tak berdaya ini. Aku akan berserah padamu, andai ini takdirku. Dengan hati yang penuh luluh Nur Asiah mengambil pen lalu menyain surat tersebut.Aiman senyum puas, penuh kemenangan dan orang yang akan tersenyum lebih puas ialah ibu mertuannya,yang berusaha sungguh-sungguh untuk Aiman berkahwin lain, walaupun bukan dengan wanita pilihannya. Maka akan bermulalah episode derita yang tiada taranya.

Nur Asiah pergi ke tadika seperti biasa, tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan. walaupun kerja hanya guru tadika, tapi pun sudah beribu erti bagi Nur Asiah. Nasib baik hanya kerja ini yang dibenarkan oleh Aiman. Katanya, kerja ditadika tak ada pekerja lelaki, jadi tak adalah dia cemburu. mana-mana pun Nur Asiah tak kisah, janji dapat duit boleh simpan dan boleh bagi kat makayah, sikitpun tak apa ,janji berekat.

“Nur, kenapa dengan kau ni?” terkejut Suriani melihat mata Nur Asiah yang besar kembang.

“Alah biasalah, macam biskut direndam air, jadilah kembang” Nur Asiah buat lawak, tapi tak jadi. Suriani tak ketawa pun, tapi sebaliknya dia sebik membelek-belek wajah dan badan Nur Asiah.

“Kau ni kenapa?”

“Aku nak cari kesan kekejaman laki kau”

“Kesannya kat sini” Nur Asiah menunjukkan dadanya. Sedetik itu air matanya berguguran. Suriani cemas, dia pantang melihat air mata,pasti dia nak menangis sekali.

“Nur ,ceritalah kat aku, luahkanlah”

“Aiman nak kahwin lain”

“Hah……..” bulat mata Suriani, mulutnya terlopong. terkejut sangatlah tu.

“Aku suruh dia ceraikan aku, tapi dia tak mahu. Aku tahu bila aku dah bermadu hidup aku akan lebih tersiksa”

“Entahlah Nur, aku tak tahu macam mana nak tolong kau, aku dah suruh kau lari saja dari rumah puaka tu kau tak nak”

“Kau ni, aku tengah macam ni pun kau buat lawak” Nur Asiah memprotes sikap Suriani. Tak simpati langsung.

“Betullah, itu rumah puaka, si puaka tu ,laki kau. Apa nama suamilah kalau hari-hari balun isteri. Tak ke puaka namanya” marah Suriani, tapi terover sikit.

“Aku dah cakap biar aku belasah saja si Aiman tu” eik…….sambung lagi, marah sangatlah tu, sambil tangan nya digenggam. Macam samsenglah pula.

“Su, kau ni tak habis-habis nak belasah orang, cakap aje lebih, buat tak juga.Kau ingat Aiman tu apa?, anak kambing?, anak kucing?, kalau kau belasah dia, nak ke dia diam?, kau tak rasa lagi penampar puaka dia, aku yang dah kena ni,hah…cair segala tahi telinga tau!!” marah Nur Asiah. Suriani ketawa berdekah-dekah. Nur Asiah hairan,apa pasal pula minah ni?

“Wei sister,…….Wa tak sangka Lu kerek giler, Wa punya geli hati sampai nak terkentut ha…ha…ha….” kuatnya Suriani ketawa. Akhirnya Nur Asiah tersenyum sumbing melihat Suriani ketawa. Suriani selalu begitu, tak malu, anak dara cakap tak senonoh. Air jernih di tubir mata pun berhenti keluar.

“Nur,sabar ya, kau seorang yang kuat, sebab tu Allah bagi ujian yang hebat. Kau pun tahu ,Allah itu maha melihat dan maha mendengar, dia tak akan membiarkan kau derita selamanya. Aku ni tak berpa pandai nak nasihat orang, tapi senang ceritalah. Mak aku kata, orang baik dibalas baik, orang jahat dibalas jahat. Jangan risau, akan adanya balasan untuk

Aiman”

“Ya Su, aku akan ingat selalu.Allah sedang menguji aku” Nur Asiah pasrah.

“Buat masa sekarang kau jangan dok fikir lagi pasal laki kau tu, biarlah dia kahwin. Nanti bila dia selalu asyik sibuk dengan bini barunya ,tak adalah masa dia nak cari kesalahan kau saja,tak adalah kau kena marah memanjang” Nur Asiah melihat muka Suriani. Boleh pakai ke nasihat minah ni?, tapi betul juga cakap Su, biarlah dia dengan dunianya dan aku dengan dunia aku.

“Oklah Su, aku dengar nasihat kau,sebab aku pun bukannya ada pandangan lain sekarang”

“Ha……..macam tulah kawan, aku akan sentiasa bantu kau, kalau kau rasa nak lari, kau datanglah rumah aku” Nur Asiah tersenyum tawar. Masa depannya masih gelap,kelam dan berbalam-balam. Dia tidak tahu untung nasibnya hari esok, segalanya di sarahkan pada Allah Yang Maha Mengetahui.

Perkahwinan Aiman berlangsung dengan meriah, maklumlah kahwin dengan anak orang kenamaan. Biarlah Nur tak hairan pun . Walaupun dipelawa oleh mertua dan suaminya,tak teringin Nur Asiah nak memijak tangga Hotel Hilton tersebut. Nur tahu pelawaan tersebut semata-mata untuk mempersendakaan dan menyakiti hati Nur Asiah.

Buatlah kenduri sampai tujuh hari tujuh malam pun,Nur Asiah tak akan heran,tak kisah..malah hati Nur A siah tak berkudis pun. Pergilah berbulan madu ke hujung dunia ,ke langit hijau sekali pun ,Nur Asiah tak akan ambil tahu. Apa yang penting, jangan sekali-kali muncul di hadapan Nur Asiah lagi. Jangan ganggu hidup Nur lagi. Gantunglah perkahwinan ini dengan tali kapal sekali pun Nur Asiah sanggup, asalkan jangan lagi Aiman hadir dalam mimpi ngerinya.

Malang selalu memburu Nur Asiah, tanpa henti dan rehat. Nur Asiah diuji lagi, dan derita pun bertambah membukit, Nur Asiah menjadi lelah untuk mendaki. Yang tinggal hanya redha dan pasrah, kerana Allah lebih mengetahui.

Aiman tanpa belas kasihan dan rasa hormat pada Nur Asiah telah membawa isteri barunya untuk tinggal sebumbung dengan Nur, dengan alasan susah untuk mendapat pembantu rumah, kerana isteri barunya itu anak orang kaya,anak datuk,datin, mana pandai buat kerja rumah, yang dia tahu makan pakainya diuruskan oleh bibik. Menitik air mata Nur Asiah mendengar alasan Aiman, betapa Aiman terlalu tega menyakiti Nur , mengoyak seluruh maruah Nur dan menjadikan Nur sebagai babu untuk isteri barunya . Nur diarah menjaga segala makan pakai Adura dan Adura menjadi tuan dalam rumah itu,manakala Nur Asiah adalah orang gaji,malah seperti hamba.

Apa salah Nur?, apa dosa Nur?, selama ini Nur Asiah tak pernah sekalipun

mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri, Nur patuh segala arahannya, Nur tak pernah menjawab walaupun Nur tak suka, walaupun selalu kena bambu , Nur diamkan saja. Bila Aiman menghendaki Nur,Nur selalu rela. Tuhanku!............. aku mengadu padamu, aku terlalu sakit,sehingga aku tidak mampu membuka mulut, lukaku terlalu dalam dan hatiku telah lama hancur dan luluh. Tiada apa lagi yang tinggal padaku, semuanya telah lumat dimamah penderitaan. .Air mata Nur Asiah laju menuruni pipi. Nafas terasa tersekat di kerongkong.

Kalau dulu seorang saja pembuli, kini menjadi dua, kerana Aiman mengajar Adura, isteri barunya sama-sama membuli tanpa rasa bersalah dan berdosa. Dimanakah kemanusiaan?. Apakah mereka tahu ,Allah itu melihat dan tidak ada sedikit pun benda yang terlepas dari pemantauan dan catitan Allah. Sabarlah wahai Nur,………..sedikit masa lagi, bila sampai bantuan Allah ,kau akan tersenyum bahagia. Malam yang gelap akan kembali terang , bila tibanya mentari. Hujan yang lebat pasti teduh juga,bila tiada lagi air yang dikandung, rumput yang mati akan tumbuh kembali ,bila hujan menimpa bumi. Ribut yang kencang pasti berhenti kerana itu janji Allah, semuanya akan kembali seperti asal, kerana itulah putaran alam. Alllah berfirman” sesudah ada kesusahan pasti ada kesenanganl” yakinlah Nur!, sabarlah!.......sedetik lagi. Lihatlah Nur, Allah itu adil, walaupun Aiman mengahwini Adura kerana inginkan zuriat, tapi sampai sekarang mereka belum lagi dikurniakan cahaya mata. usia perkahwinan mereka bukan baru, sudah dua tahun , tak ada pun tanda-tanda Adura akan mengandung. Janganlah Nur risau, Allah itu Maha Kaya dan Maha Adil.

No comments:

Post a Comment