BAB 8
Angin senja bertiup nyaman, burung-burung yang berkicau riang sudah pulang ke sarang. Sekejap lagi mentari akan melabuhkan tirainya dan malam pula yang akan membentangkan hamparanya, tapi Aiman masih belum pulang. Semenjak dua menjak ni Aiman selalu begini, pulang lewat malam , alasannya banyak kerja. Kalau ditanya lagi,barannya pasti datang. Kalau nasib Nur Asiah tak baik, badannya yang menjadi mangsa.
“Ah………. “Nur Asiah melepaskan keluhan. Kenapa hidupnya tak seperti orang lain. bahagia yang diharap tak pernah kunjung tiba. Kenapa mengeluh, Allah tak suka kepada orang yang mengeluh,mengeluh sama seperti berputus asa. Allah berfirman “Janganlah kau berputus asa dari rahmat Allah” berserah dan berdoalah, dia yang mengatur dan menyusun hidup ini.
Sewaktu Nur Asiah bersiap-siap hendak solat maghrib, Aiman pun pulang. Tanpa sepatah kata Aiman terus masuk ke bilik air, manakala Nur Asiah menyempurnakan solatnya. Usai saja solat Nur Asiah berluru ke dapur untuk menyiapkan makan malam buat suaminya,biar pun dia tidak tahu, samaada hidangan malam ini di tinggal sepi di atas meja seperti malam-malam sudah atau suaminya akan duduk semeja ,makan bersamanya.
Semuanya sudah siap terhidang. Aiman turun,tapi bukan untuk makan malam. Aiman berpakaian kemas dan berbau wangi. Sedikit pun Aiman tak jeling hidangan yang tersedia di atas meja.
“Abang, jom makan” lembut suara Nur Asiah.
“Kau makanlah ,aku nak keluar”
“Abang nak pergi mana?”
“Tolong jangan sibuk boleh tak?” Aiman menyinga.
“Tapi, tiap-tiap malam abang tinggalkan Nur,Nur sunyi tinggal seorang”
“Kalau aku mengadap muka kau pun bukannya ada hasil”
“Kenapa abang cakap macam tu?”
“Kau tanya diri kau sendiri, apa hasil yang dapat kau berikan pada aku?,ingat sikit, kau tu mandul” tersentak Nur A siah dengan kenyataan Aiman. Sesungguhnya perkara yang tidak mahu Nur Asiah dengar dari Aiman ialah, perkataan mandul. Bermakna Aiman telah mempertikaikannya.
“Abang, sampai hati, abang cakap macam tu, bukankah kita telah berjanji untuk tidak membangkitkannya”
“Nur Asiah, aku lelaki,aku mahukan zuriat yang boleh menyambung keturunanku, boleh kau lahirkan zuriat untuk aku?” mak!!!...........kejamnya pertanyaan itu!!. Nur Asiah meraung pedih di dalam hati, air mata mula meleleh di pipi. Begitulah lelaki, bila kita tidak diperlukan , mereka mencampak kita seumpama kain buruk yang tidak berguna lagi.
Nur Asiah terpaku di kerusi, menangisi nasib malang yang menimpa diri, fasa kepedihan dan kedukaannya tak pernah berhenti. Kesedihan demi kesedihan, sehingga dia merasakan tiada lagikan penjuru dunia untuk dia rasai kebahagiaan. Manakala Aiman tetap pergi ,ke arah distinasi yang Nur Asiah sendiri tidak tahu. Patutlah sejak akhir-akhir ini suaminya sudah berubah, kalau dulu dia baran, malah sekarang bertambah-tambah lagi barannya..
Setiap pagi Nur Asiah akan bangun awal, dia akan bangun sebelum subuh muncul, dapatlah dia solat sunat dan juga melakukan kerja rumah. Malam tadi dia tidak sedar pun pukul berapa Aiman balik. Kalau dia jaga sekali pun dia tidak ingin menatap wajah Aiman. Kata-kata Aiman masih ternyiang-nyiang di telinga,sehingga tidurnya bertemankan air mata.
pagi ini, Nur Asiah ingin merajuk,biar Aiman tahu ,dia juga punya perasaan. Pergi kerja nanti dia tak ingin bersalaman dengan Aiman,biar Aiman sedar, kata-kata terlau sakit buat Nur Asiah, lebih sakit daripada dipukul dan dipalu.
Tapi bila Nur Asiah bersiap siap untuk pergi kerja, Aiman juga bersiap-siap untuk kepejabat. Awalnya…………bukankah selalunya lambat. Kalau Nur ,memanglah cepat. Kerja di tadika, budak-budak datang sekolah awal pagi. Tapi, Aiman nak kemana pagi-pagini?. Nur Asiah melihat saja Aiman bersiap tanpa menegurnya. Sebelum keluar rumah Nur Asiah menghidangkan sarapan seperti biasa, dan Aiman akan bersarapan bersedirian ,kalau dia memilih untuk bersarapan lambat.
“Nur Asiah keluar rumah tanpa bersalam dengan Aiman,tapi ada Aiman kisah?, memanglah Aiman tak kisah…………. Nur Asiah rasa cukup sedih. Tiba-tiba sebuah kereta Nissan Sky line silve lalu di hadapannya. Nur Asiah terkejut, itu kereta Aiman,kenapa tega Aiman membiarkan Nur Asiah berjalan kaki ke tadika?, kenapa dia tidak menumpangkan Nur Asiah?, bukan dia tak nampak Nur, bukan dia tak kenal Nur.Alang-alang dia dah lalu jalan yang sama. Ya Allah, sampainya hati suamiku,memperlakukan aku begini….apa salahku padanya. Sepanjang jalan airmatanya berjurai-jurai,apa lagi dengan angin pagi yang dingin itu membalut tubuh, menjadikan Nur Asiah terasa dirinya benar-benar kerdil.
Bila sampai di tadika, Nur Asiah buat biasa saja, takut Fatin dan Suriani menyedari kesan air mata padanya,kalau boleh dia tak nak sesiapa yang tahu,walaupun pada kawan baik.
“Kau dah sarapan ke belum?” tanya Suriani, namun tiada jawapan dari Nur Asiah, padahal Nur duduk dekat saja dengannya. Dah sah…..tengah hanyutlah tu.
“Aku tanya ni, kau dah sarapan ke belum?” Suriani menepuk meja,Nur Asiah terjaga dari lamunan dan terpinga-pinga.
“Hah………kau tanya apa?” Nur Asiah menoleh. Dia cuba senyum,tapi hambar.
“Ni , kenapa mata merah?. Aiman buat apa kat kau pagi ni?” emosi semacam saja Suriani. Dia memang geram dengan Aiman,. Kalau boleh dia nak ajar Aiman,tapi Nur melarang.apa-apa hal pun dia masih suami aku. Itulah ayat yang Suriani menyampah mendengarnya, Nur Asiah terlalu lembut, sehingga suami buat dia macam sampah. Dia mengenali Nur Asiah sejak lima bula yang lalu. Ketika itu Nur Asiah baru habis belajar dan datang ke tadikan untuk mencari kerja kosong,dia melihat Nur Asiah susah untuk senyum, orangnya cantik,tapi diwajahnya ada garis-garis duka. Bila dia berjaya memasuki hati Nur Asiah, barulah dia tahu,begitu tragisnya hidup wanita muda yang berusia 24 tahun ini. Tahulah dia wanita muda ini banyak menderita tak punya kawan untuk meluahkan perasaan dan dia menyimpan derita itu bertahun lamanya .
“Eh……..Nur, aku dah tanya kau banyak kali, kau nak tak kalau aku belasah saja si Aiman tu?” Suriani memberi tawaran, Nur Asiah senyum sumbing sambil melihat atas dan bawah . Memanglah Su boleh belasah,tengoklah badan dia ,tegap dan besar, tak macam Nur Asiah yang kurus cekeding ni. Nur Asiah menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Eieee….itu yang aku geram dengan kau ni, lemah sangat”
“Aimankan suami aku”
“Aku tahulah, mamat tu laki kau,tapi laki kau tu tak berperikemanusia tau”
“Habis, kalau kau pukul dia,nanti dia dakwa kau,kau juga yang kena masuk penjara”
“Apa punya bendullah kau ni, bukan aku yang buat,aku upah oranglah. Kira aku ni master main ,perancang strategi.Kalau aku yang bantai, dah tentulah laki kau kenal aku” Nur Asiah ketawa. Lega hati Suriani.
“Su, tak semestinya kejahatan dibalas dengan kejahatan. Dunia ini akan hancur sekiranya semua kejahatan dibalas dengan kejahatan.Kita lihat bagaimana Rasulullah sewaktu penduduk Taif menolak islam dengan membaling batu kepada Rasulullah, sehingga Beliau berdarah,maka Malaikat Jibril menawarkan pembalasan untuk mengambil bukit Taif itu,untuk dihempapkan ke atas penduduk Taif,tetapi Rasulullah melarang . Kata rasulullah. sekarang kereka menolak islamtetapi anak cucu mereka mungkin akan memeluk islam .Pembalasan yang seadil-adilnya ialah dari Allah”
“Hai….aku baru saja nak beri motivasi pada kau,supaya kuat,alih-alih kau pula yang bagi tazkirah pada aku”
“Begitulah hidup ini, saling berpesan-pesan dengan kebenaran” kuatnya Nur Asiah, seolah-olah tiada duka. Suriani melihat Nur Asiah dari atas sampai bawah.
“Kenapa kau tengok aku macam tu?”
“Aku musykillah” ceh….bahasa lama nampak. Suriani masih merenung Nur Asiah,sambil tangan kirinya memegang dagu,lagak seperti orang yang sedang berfikir.
“Apasal kau macsm penyiasat persendirian aje” Suriani ketawa kuat.
“Aku sebenarnya bingung memikirkan kau,macam mana kau boleh tak ada rasa marah bila laki kau buli dan balun kau,kau ni orang ke malaikat?”
“Siapa kata aku tak marah,aku juga marah ,kerana aku manusia. Tapi aku selalu kembali kepada Allah. Allahlah yang menyusun kehidupan aku begini, diberinya aku suami yang tak bertimbang rasa. Sebenarnya Allah ingin menguji, sejauh mana keiman dan kesabaran aku, jadi aku redhalah.Kerana dengan redha aku menjadi lega dan sedar diri, siapalah aku yang menginginkan syurga Allah,tapi tak mampu menanggung ujian. Syurga itu hanya untuk orang-orang yang sabar dan bertakwa saja” Nur!...Nur!!...terlalu berbeza cara dia berfikir dengan kita. Dia menjadikan kesengsaraan dan penderitaan ini adalah harga yang perlu dibayar untuk memiliki cinta dan syurga Allah. Patutlah Nur boleh bertenang.
“Dah tu macam mana kau cool kan diri kau?”
“Zikir, aku selalu mengamalkan zikir Nabi Yunus,ketika Beliau ditelan oleh ikan Nun, iaitu La ila ha illa anta,subhanaka inni kuntu mina zhalimim, dan doa yang diajar oleh Rasulullah, Allah humma inni a’auzubika minal hammi wal hazan . insya’allah. Allah akan memberikan aku kelapangan dan menghilangkan sedikit kedukaan”
“Takkan hebat macam tu sekali?”
“Sebenarnya doa ,adalah senjata bagi orang mukmin,doa lebih hebar dari apa yang kita sangkakan,di saat senjata yang canggih tidak dapat menembusi sesebuah benteng yang kukuh, tapi doa dapat meluncur menembusi Arasyh, dan berpatah ke bumi dalam bantuan malaikat lalu menghancurkan musuh-musuh dibalik benteng tersebut. Kau tahu diantara doa yang tiada hijab atau dinding pada Allah ialah doa orang yang di zalimi,tak kira orang islam atau orang kafir .
“Wah……….kalau macam tu kau bolehlah berdoa ,supaya Allah hancurkan suami kau,biar padan muka dia,biar dia tahu langit itu tinggi atau rendah”
“Hisss………..tak baik, kita tak boleh mendoakan untuk keburukan seseorang,tentang pembalasan, Allah lebih tahu. Aku selalu berdoa agar suamiku menjadi mukmin sejati,yang menyayangi aku kerana Allah, yang berlemah lembut dan tidak menyakiti isteri”
“Senangnya dia,………..habis,kau rela ajelah apa yang dia buat?”’
“Jangan silap, aku juga tak rela diri aku dibuat macam sampah ,sebab aku juga, manusia,punya hati dan perasaan,kalau binatang sekali pun ,dia tak akan rela diri di sakiti”
“So, apa kau nak buat sekarang?”
“Buat bodoh” serentak itu mereka ketawa. Tiba-tiba seorang pelajar lelaki 5 tahun berlari ke arah mereka sambil memegang seluarnya.
“Cikgu,nak push” Nur Asiah tercengang. Suriani ketawa keras.
“Ini pasti kau yang ajar ni,cakap pelik-pelik, macam orang nak beranak pula” Bila Nur Asiah membuka seluar anak kecil itu semerbak bau pun keluar. Dah sah!..........anak itu telah pun terpush. Laju Suriani berlari sambil mengekek ,takut dia yang kena basuh. Hampeh!...............
No comments:
Post a Comment