NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Friday, October 11, 2013

AWEK ABANG POYO BAB 14





BAB 14

“MAK.” Kasdina Alya terbangun dari lenanya. Terkejut dia seakan ada suara yang memanggil namanya di telinga. Indahnya mimpi tadi kerana dapat bertemu dengan mak. Lakaran syahdu dalam mimpinya di mana mak mengucapkan betapa rindunya pada Kasdina, disusuli dakapan sayang.
“Mak!” Rindu yang telah kian lama berbunga lebat ini, sedikit terubat dengan kehadiran mak, walaupun singkat.
Kasdina Alya berpyjama bangun dari katil lalu menuju ke bilik air. Usai berwuduk dikedinginan malam bersalju, dia menetapkan kaki qiam khusyuk di atas sejadah pemberian emak. Dimulakan dengan solat taubat, kemudian solat tahajud empat rakaat, dua salam, diapit solat hajat dan diakhiri dengan solat witir sebagai pelengkap. Kepada Penciptanya tempat dia bermohon segala kekuatan dan menyerahkan jiwa dan raganya di atas segala permasalahan. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya untuk ALLAH, TUHAN semesta sekelian alam. 

SUASANA pagi yang windy dan foggy, sejuknya seperti biasa tetap menyucuk hingga ke tulang, walau dah berlapis pakai, termasuk jumper tebal. Angin lembutnya mengebas dan menyakitkan telinga. Penglihatan terhalang sedikit, kira-kira 50 atau 60 meter saja benda yang nampak di hadapan. “Leceh betul,” bisik hatinya. Kasdina Alya mempercepatkan langkahnya menuju bus stop di seberang jambatan Salisbury Road, di mana salah seorang rakannya menginap. Dia bercadang nak singgah sekejap di kedai kebab kat Harrow Road, sebab perutnya terasa lapar sangat pagi ni. Double decker No. 36 yang dinaikinya bergerak perlahan, merempuh kabus pagi. Tiada perkhidmatan train ke Harrow Road, direct dari Queens Park. Lapar punya pasal, ke sana juga dia, nak jalan tak larat, walaupun jaraknya taklah jauh mana. Loceng ditekan, Kasdina Alya meluru turun. Laju menyeberangi jalan yang sibuk. Tak sabar untuk mendapatkan Doner Kebab Turki kegemarannya. Take-away bersama sebotol Lucozade orange. Sambil berjalan dia menikmati kebab yang spicy lagi juicy bersama chili jeruk yang sedap itu. Asyik sangat dengan kebabnya, sedar-sedar dah sampai Westbourne Park Underground untuk ke tempat kerjanya. Kalau nak dikira masih terlalu awal untuk dia masuk kerja kerana jam di tangannya baru menunjukkan pukul 9.00 pagi, sedangkan duty timenya pukul 10.00 pagi. Gedebuk-gedebak… tolak masa perjalanan 15 minit, bermakna dia mempunyai lebihan masa yang agak banyak. Nak buat apa datang awal? Sedangkan kerja dibayar mengikut jam. Ah… dalam hidup ini tak perlu nak berkira sangat. Tak perlulah semua benda yang kita buat perlu di calculate. Simpanlah sebahagiannya untuk kebajikan dengan qasad untuk mendapatkan saham akhirat. Sebab Ar-Rahman juga tidak pernah berkira dengan hambanya, hatta yang ingkar. So, janganlah kedekut dengan kudrat yang dibekalkan. Kalau sampai awal, boleh buat kerja awal dan buatlah apa yang patut. Pasti bos sayang!  Senyum Kasdina Alya sendirian.
“Assalamualaikum, good morning Gov!” Kasdina Alya menghulur salam pagi yang penuh ceria kepada majikannya yang sedang menunduk di kaunter sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam Café Caravanserai. Kepalanya tak pula kelihatan.
“Waalaikumussalam!”  itu saja jawapan bosnya.
“Abang Johan cari apa tu?”
“Suka hati akulah cari apa pun.” Ehh, lain macam saja bunyi Abang Johan ni.
“Kenapa ni abang Johan. Hangin semacam aje bunyi. Kas tanya elok-elok, Abang Johan jawab dengan kasar, kenapa? Malam tadi bergaduh dengan ma’am ke? Tulah Abang Johan, tak pandai jaga hati isteri. Bila isteri merajuk, Abang Johan dah hangin satu badan, alih-alih orang lain yang kena tempiasnya.” Kasdina Alya tertawa sendiri. Dalam kepala otaknya nak saja dia sakat Abang Johan ni macam-macam, sebab Abang Johan ni spesies Abang Rahim juga, jenis simpton TB kronik a.k.a Takut Bini. Kalau dengan orang bengkeng semacam, balik rumah, senyap… macam tikus. Ha… ha… ha… Kasdina Alya menyambung ketawanya.
“Dah gila ke apa? Pagi-pagi buat ketawa.” Anas Irfan mengangkat kepalanya kemudian menyimbah kata-kata yang berperisa Tobasco ke muka Kasdina Alya. Bulat mata Kasdina Alya. Nak kata apa? Huh… memang tak terkata apa-apa. Malunya tak payah nak cakap, tebal mukanya dah macam kulit buntut Rhino. Tanpa menyahut sepatah pun Kasdina Alya melarikan diri ke dapur. Kus semangat… macam mana boleh tersalah orang? Macam mana pula mamat tu boleh datang kerja pada weekdays ni? Ada cuti apa-apa yang aku tak tahu ke? Hiss… buat malu aku aje, Kasdina Alya merungut sendiri.
“Hah! Kas, kenapa yang kau mengomel sorang diri ni?” sergah Abang Johan sebaik saja dia keluar dari loo.
“Opocut! Meletup kau.” Kasdina Alya melatah bila disergah. Ketawa Abang Johan melihat Kasdina Alya melatah.
“Tak sangka Kas ni boleh tahan melatah, kalau abang tahu dah lama abang usik Kas. Enjoy tengok orang melatah ni. Dapat juga hiburan free.”
“Bukan melatahlah, tapi terkejut aje. Sebab dalam kepala Kas ni pun tengah marahkan abang tadi, tau!”
“Apa pasal pagi-pagi buta ni Kas nak marahkan abang pulak?” Pelik Johan dibuatnya, namun dia masih lagi ketawa kecil.
“Kenapa bukan abang yang duduk kat kaunter kat luar tu tadi?”
“Hah, kenapa pula abang kena duduk kat kaunter pagi-pagi ni? Customer pun belum ada, satu benda pun kau belum masak,” tanya Johan yang doubled pelik bila Kasdina Alya mula memuncungkan mulutnya.
“Yalah, kerana abang Kas dapat malu?”
“Heh, kau ni bermimpi ke main wayang? Bila pula abang malukan kau? Tolong sikit. Abang tak faham satu benda pun apa yang kau cakap. Cu citer, apa ke bendanya yang mengganggu fikiran kau sampai pagi-pagi buta dah macam orang tak betul ni.”
“Tadi, masa Kas datang. Kas tegur dan rasa nak beramah-tamah dengan orang yang berada di kaunter tu… Kas ingatkan Abang Johan. Rope-ropenya al-mangkuk si poyo tu. Hiss… malu Kas tau.” Johan ketawa bila mendengar cerita ringkas padat dari Kasdina Alya. Ingatkan besar sangatlah masalahnya.
“Kenapa abang ketawa?” marah Kasdina. Terasa dirinya diejek.   
“Kau ni, kan macam budak kindergartenlah. Asyik gaduh aje. Pantang jumpa, bertekak macam rasis menegakkan benang basah. Eh, kamu nak tau, orang tua-tua kata kalau asyik bergaduh, lama-lama ada jodoh, err… atau jadi jodoh, abang pun tak ingat.”
“Eeeii… tak naklah Kas, tak kuasa I, daripada Kas berjodoh dengan dia, lebih baik Kas pilih Uncle Razak The Sailorman tu. Ada le rupa orang. Cool, baik, romantik lagi,” ketawa Kasdina Alya dengan lucuannya sendiri. Abang Johan okey aje!
“Habis, kau ingat, aku ni nakkan kau? Peelease... Kalau muka setakat macam kau ni melambak kat kampus. Tak sedar diri.” Sebiji mercun bola saiz jumbo telah dilemparkan oleh Anas Irfan ke telinga Kasdina Alya. Ketawa Kasdina Alya terhenti dan dia terkedu buat kali keduanya. Bila masa pula Mamat Poyo bin Alang Cekadak ni masuk dapur pun dia tak tahu. Itulah pesan orang tua-tua buat tak endah. Kalau cakap siang, pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Itu pun tak ingat ke. Inilah padahnya. Kan dah termalu sendiri.
        Tak tahu nak buat apa, Kasdina Alya terus ke loo, tanpa sepatah kata, meninggalkan Abang Johan yang juga masih terkedu dengan kata-kata kesat Anas Irfan. Dia kesal, kalau bukan kerana mulutnya yang tiris, mungkin Kasdina Alya tak akan termalu begini, saja-saja. Kasihan Kasdina!
                                       









No comments:

Post a Comment