NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Friday, October 11, 2013

AWEK ABANG POYO BAB 7







                                            BAB 7

DI HUJUNG kaunter, termenung seorang jejaka idaman Malaya sambil memerhati salji yang turun bagaikan kristal. Suasana café tika ini sudah lengang dengan pengunjung, sebab  lunch hour akan berakhir tak lama lagi. Jam dinding pun sudah menunjukkan hampir 3.00 petang. Hari ini dia betul-betul tidak bersemangat dan bertenaga untuk menjalankan tugas seperti biasa. Kenapa? Sakit perut cirit-birit sebab makan Tom Yam malam tadi ke? Entahlah, perut ni tak pula meragam, macam biasa saja. Tapi hati ni macam ada yang tak kena saja, rasa libang-libu pun ada, kalau cuaca panas, logik le jugak, ini sejuk ketak. Kenapa ya?
        “Dahlah tu Anas, tak payah lagi kau dok renung kaki lima tu, dia tak akan datang hari ini. Dia off,” tegur Kak Suhana isteri kepada  Abang Johan pemilik café Caravanserai.
        “Eiisy… kak ni, apa pulak, saya ni tak ada kena-mengena dengan dia langsung.”
        “Kau boleh bohong semua orang, tapi kau tak boleh bohong diri sendiri, you can fool everyone but you can’t fool yourself,” terjah Kak Suhana.
        “Nonsence, that is senseless kak, merepeklah akak ni.” Anas mula keluar dari kaunter dan terus mengutip pinggan, cawan, gelas dan apa yang tersisa di atas meja lalu dibawa ke dapur. Saja dia nak melarikan diri dari Kak Suhana, kalau tak, lagi lama dia di situ, lagi kuat dia kena giat.
        Terasa sepi dan sunyi saja kitchen Caravanserai walaupun Azlan selaku Ketua Tukang Masak dan Danny sebagai pembantunya sedang sibuk bertungkus-lumus membuat segala preparation untuk dinner time bermula jam 6.00 petang nanti. Bunyi kelentang-kelentung perkakas dapur tak pernah berhenti dan senyap, kadang-kadang bunyi deburan air paip berbunyi deras tatkala Danny membasuh peralatannya.
        Tapi kenapa masih lagi terasa sunyi dan sepi, kosong dan hambar serta tiada keceriaan. Seolah-olah cafe Caravanserai ini baru saja dilanggar Garuda. Ada lagi ke Garuda sekarang? Kalau dalam cerita Hikayat Malim Deman adalah makhluk yang bernama Garuda ini. Kau kenal Garuda? Aku pun tak kenal, kalau Garuda Air tu aku tahulah, sebab aku pernah naik. Lagipun zaman dah berubah, mana ada orang nak pakai khidmat Garuda lagi? Manusia sekarang kalau nak menghancurkan sesebuah negara atau wilayah, memadai mereka menggunakan jet pejuang yang paling canggih dan terkini. Dalam sekelip mata saja dah jadi padang jarak padang terkukur, lenyap dari peta dunia. Begitulah yang sering dilakukan oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan sekutunya Israel yang pegecut tu, terhadap negara-negara Islam di rantau asia. Amerika Syarikat dengan suka hati dan sukacitanya menjual jet pejuang F-35 yang paling canggih di abad ini kepada Tel Aviv dengan alasan untuk mempertahankan bangsa Yahudi Israel Zionis laknatullah dari serangan Palestin. Logik ke tidak? Tentulah sesuatu yang tidak logik. Memang hidup ini kadangkala hilang logikalnya gara-gara kerakusan manusia hayawan. Okey, ‘back to the future’…
        “Anas, kenapa kau renung tungku dapur tu macam tu sekali? Karang pecah tungku dapur tu, tak pasal-pasal kena cari lain,” sindir Azlan sambil berlawak menyedari kepelikan perangai Anas pagi ini. Anas terkesima. Tak sangka ada mata yang memerhatinya.
        “Tak ada apalah, aku tengah perhatikan dapur ni, kotor semacam aje. Kenapa tak dibersihkan?” Anas terkantoi lagi, dah tu berlagak macho.
        “Tulah, waktu ada depan mata, kau ajak dia bergaduh. Kau sakat dia macam-macam. Bila dah tak ada dah mula angau,” sampuk Danny sambil mencebikkan bibir ke arah Anas.
        “Kau orang suka buat tuduhan palsu tahu tak, nasib baik minah kerek tu tak ada. Kalau dia dengar apa yang kau orang katakan tadi, tak pasal-pasal dia ingat aku sukakan dia,”  bantah Anas.
        “Kalau cuka katakan cuka, tidaklah aku terbeli lenga. Kalau kau suka, cakap saja suka, tak adalah kami tertanya-tanya.”  Amboi siap dengan pantun lagi si Azlan ni.
        “Chop! Aku nak tanya, lenga tu binatang apa?” tanya Danny dengan dahi berkerut.
        “Hiss… kau ni, lenga tu bijan le. Cek Jah kau panggil Lenge, Nyonya Ah Soh kau panggil Chee Ma, Uncle Applanaidu kau panggil Ellu dan Atuk Francis Light kau panggil Sesame Seeds, itu pun tak tahu ke?” marah Azlan lucu. Riuh-rendah, gegak-gempita ruang dapur dengan ketawa mereka bertiga.
        “Oh… aku ingat binatang yang macam lalat,” ujar Danny.
        “Itu langau namanya. Ingat, bukan bangau ya! Eh, kau dulu SPM dapat berapa? Lenga dengan langau pun tak tahu,” tanya Azlan sambil bergurau.
        “SPM aku dulu satu saja A, iaitu pendidikan seni, yang lain semuanya ada, sebut saja alphabet apa yang kau orang nak, insya-ALLAH Z pun ada.” Danny ketawa dengan ceritanya. Anas juga ketawa.
        “Habis macam mana kau boleh datang ke London ni?” tanya Azlan lagi.
        “Kau ingat orang yang bijak pandai saja yang boleh datang sini? Orang macam aku ni tak layak?”
        “Tak adalah aku bermaksud begitu. Selalunya, lazimnya, orang datang sini belajar, dah habis belajar, baru kerja,” terang Azlan, tak bermaksud pun nak memperkecilkan Danny.
        “Di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan. Where there’s a will, there’s always a way. Aku gamble dengan hidup aku. Panjang ceritanya, aku pendekkan ya, kalau nak cerita semua, tiga hari tiga malam tak habis. Aku datang melalui Eropah, naik ferry Stena Line kat Hook van Holland, sampai Harwich International Port masuk sebagai pelancong, ambil train sampai Liverpool Street Station. Kemudian mula le merayau, habis satu London ni aku jejaki. Hampir tak ada tempat yang tak ada tapak kaki aku. Dah puas aku terokai, baru le aku berjuang, berhempas pulas pula mencari kerja,” terang Danny akan asal-usul sejarah kisah perkelanaannya.
        “Oh…kau ni datang sebagai PETAI lah ya? gurau Anas. Mereka bertiga ketawa lagi.
        “Sekarang bukan PETAI lagi, tapi dah jadi PADI,” terang Danny yang masih ketawa.
        “Apa pula PADI tu?” tanya Azlan.
        “Ha… tulah kau, berlagak cerdik, padi pun tak tahu. Makan nasi pandai. Maknanya Pendatang Dengan Izin le.” Semua ketawa dengan penjelasan Danny.
        “Kau ni ada-ada saja. Okeylah aku balik dulu, waktu duty aku pun dah habis.”
        “Tak terkilan ke tak dapat jumpa si dia? Kalau tak jumpa hari ini, minggu depan pulalah baru dapat jumpa. Alangkah rindunya,” usik Danny sambil tersengih-sengih.
        “Kenapa pula aku nak terkilan atau terkelam. Minah tu pun bukan siapa-siapa dengan aku,” bantah Anas buat-buat marah.
        “Hei… Kasdina tu cantik orangnya, jangan kau menyesal kalau dia kena rembat. Aku ni dah lama sukakan dia, tapi saja nak bagi peluang kat kau dulu. Kalau kau tak nak aku ambil,” usik Danny lagi.
        “Cantik apa? Nenek aku lagi cantik dari dia. Kalau kau nak, ambiklah. Ada aku kisah?”  balas Anas sambil ketawa, tapi ada rasa kecut pada sudut hatinya yang paling dalam. Kenapa ya?
        “Ha… ha… ha… dah sah nenek kau tu cucuk botox,” kuat ketawa Danny dengan lawaknya sendiri. Azlan juga ketawa tapi Anas diam saja, tak ada apa pun yang lucunya.
        “Dahlah, aku chau dulu, layan kau orang takkan habis. Assalamualaikum!”
        “Waalaikumussalam!” jawab Azlan dan Danny serentak.
        “Tak nak kirim salam ke?” usik Danny yang masih belum puas menyakat. Ha… baru kau tahu bagaimana panas hati bila kena sakat. Ini tidak, macam orang tak ada perasaan. Selalu saja sakat Kasdina sampai kawan tu asyik bengang dan bengong aje. Selalunya yang jadi mangsa ialah mereka berdua. Asyik kena dengar si Kasdina merungut dan marah-marah. Dah naik tersumbat lubang telinga ni, kadangkala kuali yang tak berdosa pun boleh jadi mangsa si Kasdina. Habis lesut badan kuali tu diketuk-ketuk untuk melepaskan geramnya pada Anas.
 Anas berlalu dengan tidak menyahut. Dah malas melayan usikan Danny lagi. Tapi betul juga kata Danny, dia tak ada peluang lagi untuk bergaduh dengan Kasdina The Lion Princess tu, sampailah Sabtu dan Ahad yang akan datang. Rasa kosong dan dingin saja hatinya yang sebelah ni, seperti gerimis salji yang sedang menghujani kepalanya. Sejuk dan dingin.

















No comments:

Post a Comment