Sebagai penghargaan buat pembaca ummu yg dikasih semua. Jeng...jeng...jeng... Dengan rasminya ummu mempersembahkan Sinopsis ,bab pertama dan seterusnya CINTA KITA SEMPOI. I lap uolls
SINOPSIS
Cinta Kita Sempoi
by
Ummu Wafa
JOE seorang lelaki biasa, semula jadi
tampan dengan perwatakan yang sangat sederhana. Berambut ikal paras bahu, blue
jeans lusuh, kurta kapas, sandal silang suede, beg sandang dan gitar kapuk jenama Fender.
Walaupun sempoi rugged begitu, dia memiliki animal magnetism yang membuatkan awek cair
melihatnya, hatta awek eksekutif. Xtvt masa lapangnya adalah seniman jalanan di
sub-way sekitar downtown KL. Sekadar menghiburkan diri dan orang ramai yang lalu-lalang
dengan lagu rakyat dan lagu protes ciptaanya sendiri. Kadangkala layan juga Bob
Dylan, Cat Stevens atau Beatles, jika ada yang request. Ada yang appreciate dengan huluran ringgit
dan sen, dan tidak kurang juga yang melemparkan pandangan tidak sporting.
Setiap kali Joe busking, dia pasti tidak akan
lupa menyanyikan lagu “Bonda” ciptaan M. Nasir yang sering didendangkan bersama
adiknya sewaktu kecil. Seni kata puitis yang diubah sedikit tatkala mereka
bermain bersama, sudah sebati di bibir dan sanubarinya. Saat Joe menyanyikan
lagu itu kembali dalam versi baru, digarap pula dengan ritma blues, hatinya
cukup pedih seperti disayat sembilu. Terlalu feeling, kadangkala air
matanya mengalir tanpa disedari. Terpendam sebuah duka yang dalam pada
bait-bait lagu tersebut. Berbekalkan cover killer song M.Nasir itu, Joe
memulakan sebuah pencarian. Seperti biasa lagu wajib setiap kali menutup tirai
persembahannya tentunya “Lat tali lat tali tam plom” versi improvisasi reggae
yang dedikasikan buat adiknya yang tercinta.
Kehidupan Joe seperti ‘reptilia’ dua alam. Siang hari Joe bekerja
di pejabat seperti biasa, menjadi bos dalam syarikat besar milik bapa
mertuanya. Malam menjengah, terutamanya Saturday night, Joe akan pergi busking di tempat yang menjadi
tumpuan orang ramai seperti di BB atau di Uptown. Hasil yang dihulurkan oleh
yang mengagumi aksinya akan dibahagikan terus kepada vagabonds, gelandangan yang
bertaburan di sekitar KL. Kadangkala Joe akan lepak bersama mereka dan tidur dengan
mereka berbumbungkan langit. Apa yang membuatkan Joe berperangai pelik
sedemikian, tiada siapa yang tahu.
SONIA, gadis cleaner yang simple lawa bekerja di
pejabat Joe. Sering mencuri pandang dan memerhatikan bosnya yang berwajah
tenang. Selama setahun dia bekerja di situ, tak pernah dia melihat bosnya
tersenyum mahupun ketawa seperti orang lain. Sonia senang melihat wajah Joe
yang sejuk dan polos. Walaupun Joe tak pernah senyum, tapi dia bukanlah seorang
yang serius tahap infiniti yang tidak menghormati orang di sekelilingnya. Bicaranya
tetap lembut dan sopan. Kontradik dengan watak isterinya yang garang, sombong,
bajet diva dan kekwat. Sonia selalu berfikir tentang chemistry pasangan ini, dan
jawapannya tidak pernah dia temui. Bagaimana karakter mereka yang jarak bagai
langit dan bumi itu boleh tinggal sebumbung? Kalau dapat dikorek petak sejarah
perkahwinan bosnya yang sempoi artistik hensem itu, pasti ada cerita menarik di
sebaliknya.
Di benak dan di fikiran Sonia, terlintas hasrat untuk
mencungkil beberapa isu misteri lelaki yang sering dia jumpa di KL Sentral.
Wajahnya mirip sekali dengan Mr. Johari atau Joe yang dia kenal. Betul-betul dia
tidak percaya dengan apa yang dilihat, atau apakah matanya yang tersilap. Mana
mungkin bosnya yang meneraju company sebesar itu boleh selamba saja
busking di tempat awam begitu. Ataupun pelanduk dua serupa? Ah… serabut kepala aku!
Kenapa perlu aku yang berfikir mencari jawapannya? Sebab pada riak wajah Joe
ada sesuatu yang tersembunyi, dan pada wataknya ada rahsia misteri yang
tersimpan, dan Sonia pula seakan terpanggil untuk merungkaikannya satu per satu.
Kadangkala Sonia terasa bodoh kerana selalu berfikir tentang
Joe, sedangkan masalahnya sendiri pun belum beres. Penderitaannya juga belum
tertebus dan terbayar. Pencariannya juga masih belum berhasil. Mudah-mudahan,
mungkin juga dengan cara menyibuk pasal hal orang lain ini dapat melupakan
keperitan hidup yang dilaluinya. Unlike Joe, Sonia disamping sibuk
dengan tugas harian di siang hari, adalah seorang volunteer yang menyertai badan
NGO yang sering beroperasi membantu gelandangan di ibu kota. Berkhidmat dengan
mengedarkan makanan dan pakaian kepada gelandangan yang berpeleseran dan yang
tidur di kaki lima. Keprihatinannya dalam khidmat sosial itu sedikit sebanyak dapat
merawat hatinya yang sudah sekian lama dirundung duka.
Peristiwa yang tidak dapat dilupakannya
ialah pada suatu malam di bulan Ramadan yang mulia, sewaktu dia dan para
sukarelawan yang lain sedang sibuk mengagihkan makanan sahur untuk mereka di
jalanan. Alangkah terkejutnya Sonia bila salah seorang daripada insan gelandangan
itu adalah bosnya sendiri. Dia terpempan, namun Joe melihatnya dengan pandangan
biasa. Mungkin juga Joe tidak mengenalinya. Otak Sonia makin kuat berfikir.
Melayan teka-teki yang tiada klu dan konklusi. Siapa Joe yang sebenarnya, atau memang
pelanduk dua serupa. Atau apakah yang dilihat itu adalah kembarnya?
Sebaik saja para sukarelawan beredar, Joe bangun pergi
meninggalkan yang lain. Habuan makanan yang dia terima diberikannya pada yang
berada di sisinya. Dengan besar hati lelaki gelandangan yang sudah separuh abad
di sebelahnya itu menyambut dengan wajah kesyukuran. Dalam masa yang sama Joe
juga dilihat menghulurkan beberapa keping RM buat pak cik gelandangan tersebut.
Air matanya meleleh dan jiwanya merintih. Adik, ke manakah kau menghilang? Mak,
kembalilah! Abang masih menunggu emak hingga ke hari ini. Joe melangkah bersama
air mata yang ‘tup-tap tup-tap’ gugur ke tanah.
Joe betul-betul sudah bosan dengan perkahwinan yang dibina di
atas dasar kasihan dan membalas budi. Tiga tahun dia duduk sekali berkongsi
bumbung. Selama itu jugalah dia hidup bagaikan robot yang tiada perasaan.
Diperlaku sesuka hati oleh isteri yang sememangnya tidak dia cintai. Harlina hanyalah
seorang suri yang hanya tertera namanya di dokumen nikah saja, tidak lebih dari
itu. Joe tidak berhak menegur atau menasihati segala perbuatan jelek yang Harlina
lakukan, jauh sekali menuntut kemesraan.
Demi Suria, Joe tetap mempertahankan rumah
tangganya walaupun tidak ada satu pun yang indah. Ibarat debu yang tidak dapat
digunakan untuk bersuci. Suci yang terbatas dan dihalang oleh keangkuhan. Kasih
Joe pada Suria sangat mendalam dan mustahil dapat dipisahkan, biar pun wujud
kemelut dan pergeseran. Walaupun anak kecil yang berusia tiga tahun itu bukan dari
darah dagingnya sendiri, namun kecomelan, keceriaan dan kemanjaannya sedikit
sebanyak membahagiakan Joe. Suria adalah Hummingbird Joe.
Sonia mengikuti rombongan NGO Aqsa Syarif ke Jalur Gaza. Memberi
bantuan kepada saudara seagamanya, penduduk Palestin yang sudah lama terhimpit
oleh pencerobohan rejim Zionis laknatullah. Bekerja di kilang roti tajaan milik
Aqsa Syarif. Menabur bakti kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan.
No comments:
Post a Comment