BAB 10
“MAK, Mira tak nak kahwin, lebih-lebih lagi dengan Mail
tu. Tolonglah!” Amira menarik muka masam mengilu mengalahkan masamnya belimbing
buluh.
“Kenapa tak nak, Mail, kan kawan Mira sejak kecil lagi
dan Mail dah angau sangat dengan Mira.”
“Eh, Cik Yat Yit Yok, lebih baik kau diam, kalau tak aku
sental mulut tu dengan berus tembaga, baru kau tahu!” Amira menjerit ke arah kakaknya yang bernama Norhayati. Dia
tahu, gelaran Yat Yit Yok akan membakar kemarahan kakaknya. Biarkan, biar dia
tahu bagaimana rasanya marah terbakar.
“Mira, kenapa cakap macam tu dengan kakak, dahlah jarang-jarang
jumpa, balik sekali-sekala pun nak marah-marah.”
“Mana tak marah, kenapa dia menipu, kata mak sakit teruk
dan suruh Mira balik dengan segera.”
“Takkanlah suruh balik tengok mak pun marah-marah. Bila
dok kat Kuala Lumpur tu dah tak ingat mak yang tua kat kampung ni?” Mak Milah
menegur sikap Amira yang cepat sangat marah.
“Bukan itu maksud Mira, tapi cara dia bercerita dalam
telefon tu, macamlah mak dah kritikal sangat.”
“Alah, mak yang suruh dia buat macam tu,” selamba saja
Mak Milah memberi jawapan.
“Mak!!!” Terbakar seluruh dada Amira, dan dia tak mampu
bercakap lagi.
“Kenapa, salah?” Mak Milah bertanya balik.
“Memanglah salah, mak buat Mira gundah, susah hati dan
macam-macam perkara yang menakutkan terfikir kat kepala Mira ni bila Cik Yat
Yit Yok called, dan cakap macam tu.
Tak boleh ke mak buat alasan lain?” Nak saja Amira meninggikan suara, tapi
takut dosa pula.
“Kau rasa, bila mak cakap elok-elok yang kau nak
ditunangkan dengan Mail tu, nak ke kau balik?” Terkedu Amira tanpa jawapan.
Memang sumpah dia tak akan balik. Dia tak nak bertunang dengan Mail anak Tuk
Ketua kampung tu, bukannya handsome
mana pun, serabai dan selekeh saja. Duit
banyak tapi tak reti nak berhias.
“Mak, batalkan saja niat mak tu!” Amira meminta
sungguh-sungguh.
“Kenapa?” Mak
Milah buat bodoh.
“Mira tak sukakan Mail tu, takkanlah mak nak suruh Mira
kahwin dengan Mail bendul tu.” Terbayang di ruang mata Amira gelagat Mail yang
bendul sewaktu berada di Tingkatan 5 dahulu. Ikut saja apa orang cakap, selalu
saja senyum dan tersengih. Nampak poyo. Getik nengok, kadang-kadang pakai seluar
sampai ke dada. Skema giler. Mana dia pergi situlah Mail mengikutnya. Mak, aku
tak nak kahwin! Idak…!
“Alah, mula-mula kahwin, memanglah tak suka, dah lama-lama
nanti suka dan cintalah.” Mak Milah masih mempertahankan pendapatnya.
“Mira tak boleh kahwin dengan Mail, tak boleh, tak boleh,
tak boleh, mak tahu tak?”
“Bagi alasan kat mak kenapa, atau kau dah ada teman
lelaki? Kalau kau dah ada boyfriend, hah…
tunjukkan kat mak ni, sebelum rombongan peminangan Tuk Ketua tiba,” lagi
serabut kepala Amira dengan pertanyaan Mak Milah. Boyfriend? Selama hidup aku, mana aku ada boyfriend, kawan-kawan biasa
adalah. Tambah-tambah kat KL, bukan senang nak cari boyfriend yang boleh dipercayai, ‘boya pren’ ramai le! Ha… aku ada idea, aku nak suruh Pian menyamar jadi teman
istimewa aku, biar Pian datang sini berjumpa dengan mak. Tapi boleh harap ke,
si Pian tu? Ish… tak boleh jadi ni. Aku rasa kalau Pian datang sini, belum pun
sempat Pian naik ke rumah, dah kena halau dengan mak, mak bukannya berkenan
dengan orang seni macam Pian tu, harapkan rambut saja besar macam sarang
tebuan. Tak boleh, tak boleh. Habis nak minta tolong siapa? Kalau Ariel boleh?
Heh… tak malu ke nak minta tolong Ariel? Dahlah penipu, pembohong, ada hati nak
minta tolong orang. Marah Ariel pasal kes dulu pun belum selesai hingga sampai
sekarang. Ariel tak pernah lagi call
atau hantar SMS, itu pun tak faham ke? Arghh… buntunya.
“Hah… kenapa diam? Tak ada teman lelakilah tu,” bukan
main lagi Mak Milah mencantas hati dan perasaan Amira.
“Kalau mak nak suruh Mira kahwin, tolonglah cari orang
lain, tapi jangan Mail.”
“Eh Mira, dengar sini. Kau sepatutnya rasa bersyukur dan
berterima kasih, sebab ada juga orang yang nakkan kau. Lagi satu, di antara
ramai-ramai anak gadis kat kampung ni, Mail pilih kau untuk jadi teman
hidupnya. Kalau kau nak tahu, ramai anak gadis kat kampung ni tersua-sua muka
mereka supaya dilamar oleh Tuk Ketua,” lantang suara Mak Milah. Kecut hati,
kecut perut dan kecut perasaan Amira.
“Untung kau Mira, dapat anak Tuk Ketua Kampung Pinang
Sebatang yang kaya-raya.” Norhayati menyampuk.
“Kalau macam tu kau saja yang menjadi menantu Tuk Ketua
Leman tu, aku tak ingin pun nak jadi menantu orang kaya,” marah Amira menyinga
ke arah Norhayati. Mak Milah menjeling tajam ke arah Amira, anak ni memang kuat menjawab.
“Masalahnya Mail tu tak hendakkan aku, dan aku pun dah
ada boyfriend,” ketawa Yati
membuatkan Amira lagi sakit hati.
“Hah… kalau dah ada boyfriend
tu kahwin sajalah, kenapa dok suruh aku yang kahwin?”
“Tentang aku, kau tak payah risau, petik saja jari,
adalah yang datang. Masalah yang kita nak bincang sekarang ialah kau, sementara
Mail tengah dok tergila-gilakan kau ni, elok sangatlah kau terima dia, kalau
tidak kempunan nanti nak berlaki.”
“Eh… Cik Yat Yit Yok, jaga mulut kamu, ALLAH itu Maha
Mendengar, jangan sombong dengan kecantikan yang ALLAH pinjamkan untuk kau.
Sekali kau berperasaan sombong dan riak, habis segala pahala dan kebaikan kau
ditelannya, reti… umpama api yang memakan sekam.” Amira menyudahkan kata,
dengan kata sufinya.
“Amboi, amboi… sedapnya bercakap tentang pahala dan dosa,
sedarlah diri tu sikit, yang kau dok melawan cakap mak tu tak berdosa? Dulang
paku serpih, mengata orang, dia yang lebih.” Norhayati tetap berlawan cakap
dengan Amira, walau belum tentu menang.
“Sudah, sudah, jangan nak bertekak. Hasil perbincangan
ialah, esok rombongan peminangan dari Tuk Ketua Leman akan datang, dan mak akan
terima peminangan tersebut,” tegas arahan Mak Milah, macam arahan Tuan General.
“Ini tak adil!” Amira memberontak lagi.
“Apa yang tak adilnya?” Pening kepala Mak Milah.
“Dengan Cik Yat Yit Yok yang merapu ni, mak beri dia
peluang untuk tentukan pilihannya, tapi dengan Mira, bukan main mak main
paksa-paksa pula, ha… mana keadilannya? Jangan pandangku sebelah mata.”
“Sebab tulah mak tanya, kau ada teman lelaki ke, tak?”
Norhayati menyampuk. Mak Milah mengangguk tanda betullah tu. Amira terbonyok
macam tempoyak busuk. Sakit hatinya tak tahu nak digambarkan lagi.
“Sampai hati mak buat anak mak macam ni,” nada suara Amira
bertukar sedih.
“Mira, sebenarnya mak ni bukanlah nak paksa sangat kau
kahwin, tapi si Mail tu nak sangat kat kau. Bila Tuk Ketua datang merisik untuk
si Mail tu, mak jadi serba salah. Mak tak mampu nak menolak sebab mengenangkan budi mereka sekeluarga
pada kita selama ini memang tak terbalas.”
“Oh… jadi untuk membalas budi mereka, Mira pula yang
terpaksa gadai body, macam tu?”
“Bukan macam tu Mira, mak mana yang nak lihat anaknya
menderita. Mak buat macam tu sebab mereka semua adalah dari keluarga yag
baik-baik, beragama, berketurunan, berharta dan lain-lain lagi. Jadi mak rasa
kalau kau menolak peminangan mereka, samalah seperti menolak segala rezeki yang
ada di hadapan mata kau.”
“Tapi mak, Mira tak cintakan Mail.”
“Cinta yang lahir selepas perkahwinan adalah lebih
berkat,” pujuk Mak Milah.
“Tidak mak, Mira tak akan bertunang dengan Mail, mak
tengoklah nanti.” Ugutan Amira membuatkan Mak Milah cemas, budak tu bukannya
betul sangat, kalau dia marah, macam-macam benda boleh dia buat.
Putih mata Mak Milah melihat Amira yang berlari turun ke
bawah bersama kunci motosikal. Seketika kemudian bising bunyi enjin motosikal
dipressed kuat macam orang nak masuk
lumba haram. Tanpa memakai topi keledar Amir mendecit laju motosikal tua milik
Mak Milah itu, dan Mak Milah pula diam hingga tak terkata, hanya mampu
menggeleng-gelengkan kepalanya, tanda ‘aje yang betoi’, sebaik saja melihat
Amira dari jendela.
Ya ALLAH… ya TUHANku, harap-harap janganlah si Amira buat
kerja gila dan bodoh.
kesian dan marah kat Amira pun ada...Haishh
ReplyDelete