BAB 18
ARIEL
memanggil Kamal masuk ke biliknya. Sebaik saja Kamal masuk dia menyuruh Kamal
duduk dan Ariel cuba mengawal marahnya sebaik mungkin.
“Kamal,
kenapa kau buat aku macam ni?”
“Buat
apa? Aku tak buat apa-apa pun pada kau.” Kamal buat muka tak bersalah. Ariel
mengacip giginya, dan gerahamnya bergerak-gerak akibat menahan marah. Dah buat
salah pun masih tak mengaku, lahabau… punya manusia.
“Aku
nak tanya, apa tujuan kau menginaya aku? Adakah untuk membuktikan pada bos yang
aku tak bertanggungjawab?”
“Bila masa
pula aku menginaya kau? Kau cakap elok-elok sikit. Jangan nak mencari!”
“Habis,
kalau bukan kau yang buat, siapa yang memusnahkan segala data dan fail dalam
komputer aku, kalau bukan kau?”
“Kau
ada bukti ke?” Kamal sikit pun tak ada rasa bersalah dan malu. Dasar lanun!
“Dania
nampak kau masuk bilik aku dan bawa fail putih keluar. Apa semuanya Kamal? Apa
masalah kau sebenarnya.”
“Memang
aku yang buat semua tu. Sebenarnya kaulah masalah besar pada aku. Kerana adanya
kau dalam syarikat ini segala kebolehan dan jasa aku, tak pernah bos nampak.
Bos hanya nampak kau saja yang boleh buat kerja. Habis aku ni macam tak wujud.” Kamal
mula meluahkan apa yang telah membusuk dalam hati sejak sekian lama.
Rasa dendam dan iri hati yang telah lama dipendamnya.
“Ya
ALLAH… hanya kerana itu, sanggup kau khianati aku sabagai sahabat kau?” Ariel meraup muka, kesal bertandang lagi.
“Sekarang
kau dah tahu yang aku tak ikhlas berkawan dengan kau. Jadi apa yang kau nak
buat pada aku?” Bukan main sombong Kamal mencabar Ariel kerana dia tahu Ariel
tak akan berbuat apa-apa. Malah dia kenal sangat Ariel seorang yang baik hati
dan tidak pernah berkira. Apatah lagi untuk menghadiahkan dia flying kick atau pun penumbuk.
“Aku
tak akan buat apa-apa dan aku maafkan kau, tapi minta maaflah pada ALLAH kerana
kau telah melakukan dosa. Terima kasih pada kau kerana telah tunjukkan siapa
diri kau yang sebenarnya, sebelum aku terlalu lama mempercayai kau dan akhirnya
merosakkan hidup aku.”
“Kenapa
kau tak marah aku? Sebab kau sedar yang kau sememangnya tak layak untuk jawatan
yang kau pegang sekarang, bukan?” Begitu sombong Kamal berkata-kata seolah-olah
nama Ariel selama ini tak pernah ada dalam hatinya. Ariel tersenyum dalam
maksud tersendiri.
“Kamal,
kalau kau nak, sekejap lagi aku sendiri yang akan beritahu bos supaya jawatan
aku sekarang beri saja pada kau, biar kau puas hati.” Kamal terus merenung
Ariel, terasa kata-kata Ariel seperti menyindirnya. Kamal merengus tanda tak
puas hati, manakala Ariel bangun lalu membuka pintu biliknya dengan bermaksud
menyuruh Kamal keluar. Dia menjadi sebak tiba-tiba. Tak sangka kawannya sanggup
menikam dari belakang. Patutlah sejak kebelakangan ini banyak kerja-kerjanya
yang tidak berjalan dengan lancar, licin dan sempurna. Rupanya musuh itu bukan
datang dari hadapan, tapi datang dari belakang.
Sedihnya
rasa bila diri dikhianati, seolah-olah perhubungan selama ini tiada maknanya bagi
Kamal. Alangkah bahayanya perasaan hasad dan dengki ini kerana ianya telah
memusnahkan sebuah persahabatan yang dibina kerana ALLAH.
Patutlah,
para cendikiawan Islam selalu berkata; “Awasilah dari hasad dengki (iri hati),
sebab hasad dengki itu pertama-tama dosa di langit dan juga pertama di bumi.”
Cukuplah peristiwa keengganan Iblis laknatullah yang diperintah oleh ALLAH
supaya sujud kepada Nabi Adam a.s menjadi iktibar kepada kita semua. Kerana
dengki dan iri hati Iblis sanggup dimurkai dan dilaknati oleh ALLAH, walaupun
sebelum ini Iblis adalah hamba ALLAH yang taat dan kuat beribadat. Manakala
dosa yang pertama berlaku di muka bumi ialah saat Qabil membunuh Habil kerana
iri hati, bilamana qurban Habil diterima oleh ALLAH, sebaliknya qurban Qabil
ditolak. Lalu Qabil berkata; “Saya akan membunuh kamu.” Jawab Habil;
“Sesungguhnya ALLAH hanya menerima amal soleh dari orang yang bertaqwa.”
Hasad dengki
sebenarnya ialah penyakit hati dan maksiat batin yang terdapat dalam diri
manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan. Perkataan hasad berasal daripada
bahasa Arab iaitu al-hasad. Orang
yang mempunyai sifat hasad ini sentiasa mengharapkan sesuatu nikmat yang ada
pada diri seseorang berpindah kepada dirinya.
Dalam bahasa
Melayu perkataan “dengki” digandingkan dengan perkataan “hasad”, yang membawa maksud:
“Kebencian (kemarahan) kerana perasaan cemburu atau iri hati yang amat sangat.”
Jadi, hasad dengki merupakan perasaan tidak senang hati dalam diri seseorang,
apabila melihat orang lain mendapat sesuatu kebaikan.
Menurut Hujjatul Islam Imam al-Ghazali
dalam kitabnya, Ihya Ulumuddin yang masyhur, banyak
faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu dihinggapi penyakit hasad dengki
ini, di antaranya ialah kerana adanya perasaan ujub. Ujub ialah perasaan takjub,
berasa ajib atau heran dengan diri sendiri, muncul atau hadir rentetan dari
sifat takabur, berasa diri lebih mulia dari orang lain, cintakan pangkat dan
kedudukan, perasaan permusuhan dan kebencian serta lain-lain. Orang yang
dihinggapi penyakit ini tidurnya tidak pernah aman dan nyenyak kerana asyik
berfikir bagaimana untuk membalas dendam atau merebut sesuatu dari seseorang
yang dicemburuinya. Apabila disebut di hadapannya
tentang kesenangan mana-mana hamba ALLAH, terutama yang dianggap musuh atau
saingannya, hatinya menjadi sempit, resah dan gundah-gulana. Tetapi apabila
diketahui pihak lawannya ditimpa kegagalan, dilanda musibah dan menerima nasib
malang, dia akan berasa gembira dan suka hati.
SE AWAL pukul 4.30 petang Ariel
Iskandar sudah sampai ke rumah. Perkara yang tak pernah dia buat semenjak
menjadi seorang pekerja ialah balik awal seperti ini. Hari ini moodnya
untuk bekerja hilang sama sekali kerana dia sudah tak mampu melihat muka Kamal yang
buat muka tak bersalah itu. Seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku, apalagi
untuk meminta maaf, jauh sekali! Ya ALLAH… jadikanlah aku orang yang sentiasa
sabar dan mendapat rahmat-Mu.
Bila salam diberi, tiada suara pun
yang menjawab. Suasana sepi. Selalunya ada suara dari TV atau Radio yang
memeriahkan ruang rumah mereka, sebab ibu memang suka sangat mendengar lagu.
Tapi petang ini kenapa sunyi saja rumah ni, agaknya Nilna dan Sofia pun tak ada
kat rumah.
“Assalamualaikum bik!” Ariel memberi
salam pada Bibik Jaiton yang sedang ligat di dapur.
“Waalaikumussalam! Eh! Tuan Ariel
sudah pulang, tapi pulangnya kok awal bangat dari biasa, ada apaan sih? Tuan
sakit?”
“Tak ada apalah bik, saja rasa nak balik
awal. Dah jemu balik lewat.” Ariel ketawa sendiri. Bibik Jaiton senyum.
“Bagus tu, kerjanya jangan terlalu
serius. Perlu juga ada masa untuk membelai diri, rawat diri. Kasian dong badan
terus-terusan dikerjain.”
“Maksud bik?” Ariel kadang-kadang
bukannya faham sangat dengan cakap bibik, tapi dia tahu kalau bibik bercakap
pasti selalu yang bernas dan baik. Kata Bibik Jaiton, dia ada degree, tapi
untuk mendapat kerja yang baik di Indonesia tersangatlah susah. Akhirnya dia
mengambil keputusan untuk merantau ke Malaysia, dan survive dengan menjadi amah di rumah keluarga Ariel sejak 5 tahun
yang lalu.
“Maksudnya, Tuan Ariel perlu libur..
apa itu, bercuti. Ha... kayak melancong ke
mana-mana.”
“Pandai saja bibik ni, mana boleh
cuti, kerja banyak.”
“Tuan, kerja itu sampai kapan pun
engak mahu habis, nama lagi kerja. Tapi kesihatan juga perlu dijaga, jangan
sampai stres.”
“Betul juga tu, boleh dipertimbangkan.
Okeylah bibik, saya nak jumpa ibu sekejap.” Ariel berlalu meninggalkan Bibik
Jaiton yang tengah ligat bersama pisang gorengnya di dapur.
“Ibu… Assalamualaikum, Ariel dah
balik.” Ariel mengetuk pintu bilik ibunya. Sebentar kemudian pintu bilik itu
dikuak dari dalam.
“Ya ALLAH, kenapa ni ibu?” terkejut
besar Ariel bila melihat biji mata
ibunya yang membengkak akibat terlampau
kuat menangis.
“Masuklah Ariel.” Ariel melangkah
masuk sebaik saja disuruh.
“Ibu, apa sebenarnya yang telah
berlaku?”
“Sakit hati ibu tahu tak? Sanggup dia
lukakan hati ibu.” Puan Hasni menangis lagi.
“Cuba ibu ceritakan. Apa yang telah
Sofia lakukan?”
“Bukan Sofia yang buatkan hati ibu
terluka.”
“Habis tu siapa?” Ariel semakin bingung.
“Nah, lihat ni...” Puan Hasni menyerahkan sebuah sampul surat
kepada Ariel, dan rasa ingin tahu melonjak-lonjak dalam dadanya, lalu dia terus
membuka.
“Ya ALLAH!” Terkejut beruk Ariel melihat
gambar-gambar yang dilihatnya, patutlah mata ibunya membengkak sebesar telur
ayam. Memang patut pun, kerana orang yang yang dimaksudkan dalam gambar
tersebut adalah suaminya yang sedang berduaan dan berpelukan dengan wanita
lain.
“Apa pendapat Ariel?”
“Entahlah ibu, Ariel tak tahu nak kata
apa sebab terlalu terkejut.Tapi mana ibu dapat gambar-gambar ni?”
“Ada orang hantar dan ibu juga tak
kenal siapa orangnya.”
“Sabar ya ibu. Sesungguhnya ALLAH
sedang menguji kita.”
“Ya, ibu tahu. Kalau tak dari tadi ibu
dah jadi gila sebaik saja melihat gambar-gambar ini.”
“Tak berbaloi ibu, kalau ibu nak gila
hanya kerana lelaki yang tak setia macam ayah.”
“Entahlah Ariel, sekarang ni ibu buntu
sangat.”
“Sabarlah ibu, zikir banyak-banyak.
Isikan segenap ruang hati ibu dengan mengingati ALLAH, insya-ALLAH ibu akan
kuat.”
“Terima kasih Ariel.”
“Sama-sama. Ariel nak solat Asar dulu
ya.”
“Yalah, tapi lepas tu jumpa ibu balik
sebab masih ada perkara penting yang ibu nak bincangkan.”
“Mengenai apa?” Ariel berpusing balik
sebaik saja dia membuka pintu.
“Tadi peguam syarikat kita cakap dia
nak jumpa kita berdua esok. Ada perkara penting yang dia nak beritahu.”
“Kenapa ya ?”
“Entahlah, tapi katanya rahsiakan
daripada pengetahuan ayah tentang pertemuan tu nanti.”
“Macam berat saja kesnya.” Ariel mula
rasa tak sedap hati.
“Entahlah, kita tengoklah nanti.”
“Okeylah ibu, nantilah kita bincang
semula.” Ariel meninggalkan bilik ibunya dengan perasaan yang bercelaru.
No comments:
Post a Comment