NOW SHOWING

OBES, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang panggil Siti, ada yang panggil Ajira. Berjaya di desa dan cemerlang di kota. Namun ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga. Kaya, handsome, stylo itulah Farhan. Usahawan aksesoris dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Kedua-duanya anti cinta. Ajira benci lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan fobia perempuan kerana apa yang diperlakukan oleh tunangnya terhadap beliau sangat tidak boleh diterima. Takdir ALLAH mengatasi segala, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Sunday, November 4, 2012

AMIR MINAH MACHO

Salam untuk semua pembaca blog Ummu Wafa. Untuk pengetahuan pembaca Setanggi Rindu telah ditukar kepada tajuk Amir Minah Macho oleh pihak penerbitan dan akan berada di pasaran tidak lama lagi. Ummu Wafa  berharap para pembaca sudi memberi sokongan kepada Karya wafa yg terbaru ini. Konsep dan Temanya sama iaitu Novel Islamik yang romantik komedi. Sila layannnn....

No comments:

Post a Comment